KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

International Journal of Education and Research Vol. 2 No. 12 December 2014

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

HADITH-HADITH DALAM BUKU MOTIVASI DI MALAYSIA (KAJIAN SANAD DAN MATAN)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

The Virtues of Surah An-Nasr

Lubna Abd Rahman Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Register Doa Shalat Istikharah Sesuai Sunnah

Transcription:

AL-BANJARI, hlm. 296-306 Vol. 16, No.2, Juli-Desember 2017 ISSN (Print) 1412-9507 ISSN (Online) 2527-6778 KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH Nor Bazila Shafie dan Mohd Arif Nazri Jabatan Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia. norbazilashafie@ymail.com dan mohdarif@ukm.edu.my Abstract: Takhrij is an important method in hadith studies and one of the methodologies used by hadith scholar to determine the position of hadith issued to know the source and the status of hadith either maqbul or mardud. There are 101 dua' from hadith found, with unknown specified source and status. The objective of this research is purposely to reveal both the validity and to rereview the status of hadith by takhrij means. The methodology used for this research is qualitative by analyzing each hadith with referring to original and authorized scriptures in order to determine the authentic sources as well as the status of the hadiths. In conclusion, 51% of the hadiths consist of hadiths maqbul, while 47% of hadiths are mardud, the rest 2% is irrelevant. This study provides the contribution for hadith researchers and communities in practicing the daily dua' sourced authentic hadith. Keywords: Status Hadith, Doa Mustajab, Takhrij Hadith. Pendahuluan Kajian ini berkisarkan kedudukan hadith dalam Buku Doa-doa Mustajab Harian yang Dipetik Daripada Hadith dan al-quran. Doa-doa yang terkandung dalam buku ini diambil dalam majalah Pengasuh terbitan Majlis Agama Islam Kelantan. Buku ini dicetak pada tahun 1991 oleh Percetakan Watan Sdn Bhd yang diedarkan secara percuma. Doa merupakan senjatan dan satu ibadah yang dituntut dalam islam kepada semua umat Islam. Doa juga merupakan penghubung antara hamba Url: http://jurnal.uin-antasari.ac.id/index.php/al-banjari/index DOI: http://dx.doi.org/10.18592/al-banjari.v16i1.1416

Nor Bazila Shafie Kedudukan Hadith 297 dengan penciptanya(allah).ini bertetapan dalam ayat al-quran yang mengalakkan Umat Islam berdoa. Firman Allah Taala: و إ ذ ا س أ ل ك ع ب اد ي ع ن ف إ ن ق ر يب أ ج يب د عو ة ٱلد اع إ ذ ا د ع ان ف لي ست ج يب وا ل و لي ؤم ن وا ل ع ل ه م ي رش د ون ب Maksudnya: Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenai aku, maka, (beritahu kepada mereka)sesungguhnya aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut (dengan mematuhi perintahku), dan hendaklah mereka beriman kepada aku sampai mereka menjadi baik serta betul. 1 (Surah al-baqarah 2:186). Menurut Ibn Qayyim, doa terbahagi kepada dua bahagian iaitu i) doa yang merupakan puji-pujian serta ibadat ii) doa yang merupakan permintaan atau permohonan 2. Ini dapat disimpulkan bahawa bentuk dan lafaz doa sangat meluas, sebahagiannya merupakan puji-pujian, tasbih, takbir dan sebagainya. Doa ataupun zikir yang lebih afdal adalah ayat suci al-quran kerana ia merupakan sumber syariat Islam yang pertama. Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulnya Muhammad SAW untuk memberi petunjuk kepada umat Islam daripada kesesatan. Selain itu, banyak juga doa atau zikir yang diambil dan dijadikan amalan daripada hadith. Ini kerana hadith merupakan sumber Islam yang kedua selepas al-quran. Terdapat banyak hadith Rasullulah SAW mengajarkan kepada kita lafaz doa yang pelbagai dan harus diamalkan, diikuti dan menjadi teladan supaya tidak ada penyelewengan dalam berdoa daripada segi bahasa dan cara yang tidak sesuai 3. Namun, kita digalakkan untuk berdoa dengan memohon apa sahaja yang diinginkan. Namun, terdapat juga doa yang dilarang daripada dihajati iaitu memohon sesuatu kejahatan dan keburukan pada diri sendiri, keluarga, anak- 1 Semua terjemahan ayat al-qur an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-qur an kepada Pengertian al-qur an, edisi keenam, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1983). [Semua terjemahan ayat al-qur an dalam tulisan ini dibuat oleh penulis kecuali kalau dinyatakan sebaliknya.] 2 Abu Dayf al-muduniy Doa Munajat Para Nabi. (Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher, 1997), hlm.17. 3 Azharuddin Sahil.Doa Makbul atau Tertolak. (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn Bhd, 2002), hlm.124/125.

298 AL-BANJARI Vol. 16, No.2, Juli-Desember 2017 anak dan sebagainya 4. Selain itu, tidak memohon sesuatu yang diluar kemampuan sebagai manusia atau sesuatu yang mustahil kita capai. Ini adalah salah satu sebab-sebab doa kita tertolak 5.Sebaliknya, kita dianjurkan untuk memohon sesuatu yang baik untuk diri sendiri serta untuk orang lain dan memohon sesuatu yang tidak bertentangan dengan al-quran Buku ini dipilih kerana menghimpunkan doa-doa harian yang dipetik daripada hadith dan al-quran yang digunakan dan diamalkan oleh masyarakat walaupun telah dicetak beberapa tahun yang lalu terutamanya masyarakat sebelum ini yang telah menggunakan buku tersebut, dan terdapat cetakan yang terbaru yang telah dijual kepada masyarakat, ini menunjukkan bahawa buku doa-doa harian masih diguna pakai oleh masyarakat. Maka, buku ini memerlukan kajian dalam penelitian semula tentang sejauh mana kesahihan hadith tersebut yang dijadikan doa melalui kaedah takhr j dan kajian ini juga bertujuan bagi mencadangkan penambahbaikan buku tersebut. Namun, jika doa yang petik daripada hadith ini merupakan hadith yang bertaraf da c if, tidak bermakna ia tidak boleh diamalkan selagi ia bertetapan dan tidak melampau makna al-quran dan hadith serta membawa makna doa yang baik. Namun, apabila sesuatu itu telah disandarkan pada hadith daripada Nabi Muhammad SAW maka, ianya mestilah sah h darinya. Walau bagaimanapun, ulama telah memberi pelbagai pandangan dalam memberi hukum mengamalkan hadith yang bertaraf da c f 6 Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kualitatif analisis kandungan dan menggunakan pengumpulan data melalui literasi kepustakaan dan kandungan teks. Pengkaji juga akan mengumpul doa-doa harian yang dipetik daripada hadith. Selepas mengumpul dan mengenal pasti hadith-hadith, pengkaji akan menilai kedudukan hadith tersebut melalui kaedah takhr j terhadap hadith-hadith yang dijadikan doa-doa mustajab harian untuk mengetahui hukum hadith sama sah h, hasan atau da c f. 4 Abu Dayf al-muduniy. Doa Munajat Para Nabi. (Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher, 1997) hlm.65. 5 Azharuddin Sahil. Doa Makbul atau Tertolak. (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn Bhd, 2002) hlm.66. 6 Muhammad Abu al-laith al-khair Abadi. 2009. Ulum Hadith. (Darul Syakir, 2009) hlm.156-160

Nor Bazila Shafie Kedudukan Hadith 299 Hadith adalah salah satu sumber rujukan yang kedua selepas al-quran dan menjadi pegangan kepada umat Islam, sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam hadis : ت ر ك ت ف يك م أ م ر ي ن ل ن ت ض ل وا م ا ت س ك ت م ب م ا ك ت اب ا لل و س ن ة ن ب ي ه 7 Maksudnya: Aku telah tinggalkan kepada kamu semua dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-nya. Berdasarkan hadith di atas, jelaslah bahawa sesungguhnya manusia itu akan sentiasa berada di landasan Islam yang sebenar dan tidak akan sesat selagi mana mereka berpegang kepada al-quran dan Sunnah yang betul dan sahih. Seperti yang diketahui, doa atau zikir merupakan senjata bagi umat Islam dalam kehidupan mereka sehingga keutamaan berdoa atau zikir kepada Allah Ta c ala telah disebut di dalam al-quran menerusi surah al-baqarah ayat 152: ف ٱذك ر و ن أ ذك رك م و ٱشك ر وا ل و ل ت كف ر ون Maksudnya: Ingatlah kamu kepadaku( dengan mematuhi hukum dan undangundangku) sampai aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu kufur ( akan nikmatku). ".(Tafsir Pimpinan al-rahman, 1983). 8 Kebanyakan doa-doa atau zikir diambil daripada al-quran dan Hadith yang dijadikan panduan dan amalan harian manusia bagi mendapat ganjaran daripada Allah Ta c ala. Seperti dalam buku Himpunan Doa Mustajab oleh Syeikh Ahmad Abd. Jawad, Doa-Doa dalam al-quran oleh Ahmad Kamal Wong dan sebagainya yang memuatkan dan menghimpunkan doa-doa yang diambil daripada al-quran dan hadith. Terdapat banyak kajian yang berkaitan mentakhrij hadith sama ada hadith yang berkaitan doa-doa, ibadah, akidah dan sebagainya. Antara contohnya dalam Jurnal Hadith Masyhur Dalam Masyarakat Melayu: Takhrij Dan Analisis oleh Jawiah Dakir(2009). Selain itu juga, Terdapat 3 kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengkaji kitab 40 Hadis Membudayakan al- 7 Imam Malik, Muwatta Imam Malik, Kitab al-qadr, Bab Larangan Ucapan Qadar. No: 3 8 Semua terjemahan ayat al-qur an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-qur an kepada Pengertian al-qur an, edisi keenam, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1983). [Semua terjemahan ayat al-qur an dalam tulisan ini dibuat oleh penulis kecuali kalau dinyatakan sebaliknya.]

300 AL-BANJARI Vol. 16, No.2, Juli-Desember 2017 Sunnah yang terdapat 3 siri iaitu kajian pada tahun 2012 oleh Ahmad Mujahideen Bin Haji Yusoff yang bertajuk Takhr j dan Ta c liq Hadis di dalam Kitab 40 Hadis Membudayakan al-sunnah Siri ke-2, dan Wan Khairul Aiman Bin Wan Mokhtar yang bertajuk Takhr j dan Ta c liq Hadis di dalam Kitab 40 Hadis Membudayakan al-sunnah Siri ke-4.selain itu, kajian ini diteruskan oleh Wan Azlee Bin Wan Ibrahim, 2014 Kedudukan Hadis Dalam Kitab 40 Hadis Membudayakan al-sunnah ( Siri Ketiga ) Jabatan Agama Johor. Tujuan utama kajian di atas dijalankan untuk mengenal pasti sumber serta hukum atau status hadith bagi memberi kepercayaan kepada pembaca atau masyarakat yang fgkmenggunakan kitab tersebut tanpa ragu-ragu serta menjadikan kitab tersebut sebagai kitab yang berautoriti. Namun, kajian ini, Kedudukan Hadith Dalam Buku Doa-doa Mustajab Harian yang Dipetik Daripada Hadith dan al-quran yang diambil dalam majalah Pengasuh terbitan Majlis Agama Islam Kelantan merupakan kajian yang menilai kedudukan hadith tersebut melalui takhrij hadith untuk mengetahui sumber dan hukum hadith sama ada maqb l atau mard d. Ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pembaca mengenai kedudukan hadith dalam setiap doa-doa tersebut sekaligus memberi kepercayaan kepada mereka dalam mengamalkan doa-doa tersebut serta meningkatkan kredibiliti sesebuah buku untuk diguna pakai sepanjang masa. Metode Kajian Pemilihan metode kajian yang betul dan tepat adalah sangat penting untuk memastikan kajian ini dijalankan dengan lancar. Justeru, pengkaji memilih metodologi reka bentuk kualitatif berbentuk kajian kepustakaan atau analisis kandungan. Walau bagaimanapun, terdapat dua metode yang diperlukan di dalam kajian ini iaitu metode pengumpulan data dan metode menganalisis data. a. Metode Pengumpulan Data Pengkaji menggunakan beberapa instrumen yang penting untuk mendapatkan dan mengumpulkan data yang tepat. Bagi mencapai objektifobjektif kajian seperti di atas, antara metode pengumpulan data yang digunakan adalah seperti berikut: Literasi kepustakaan: dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kajian kepustakaan yang mana menggunakan buku-buku thurat sebagai rujukan yang utama seperti kitab Tis c ah dalam mengkaji hadith-hadith tersebut sebagai contoh: Sah h Bukh r, Sah h Muslim, Sunan Ab Daw d,

Nor Bazila Shafie Kedudukan Hadith 301 Sunan al-tirmidh, Sunan al-nas dan Sunan Ibn Majah, Musnad Darimi, Muwatta Malik dan Musnad Ahmad Ibn Hanbal. Selain itu, pengkaji akan merujuk kepada kitab lain jika tidak terdapat dalam kitab Tis c ah seperti Sah h Ibn Hibban, Mustadrak al-hakim dan sebagainya. Selain itu juga, Pengkaji juga menggunakan kaedah kandungan teks untuk mengumpul data yang diperoleh melalui kandungan teks dan sebagainya yang mana mampu dilihat didengar dan diterjemahkan. Kaedah takhrij hadith yang digunakan dalam kajian ini ialah: 1. Penggunaan Perisian Jaw mi c al-kalim: Perisian hadith dalam Jaw mi c Kalim adalah merupakan salah satu kaedah pencarian yang penting dan cepat serta memudahkan pengkaji kerana perisian di dalamnya lebih luas dan banyak. Dalam perisian ini, pengkaji hanya perlu mengenal pasti perkataan pada matan hadith untuk dijadikan sebagai keyword atau kata kunci untuk mendapatkan hadith. Perisian ini digunakan tujuan ini dilakukan hanya untuk membantu mencari dan mendapatkan sumber hadith, namun, pengkaji merujuk kepada kitab-kitab asal terhadap hadith-hadith tersebut. Pengkaji banyak menggunakan perisian ini bagi memudahkan pencarian hadith ini kerana ianya merupakan perisian yang sangat baik dan maklumat yang begitu mendalam. 2. Penggunaan Perisian hadith Maktabah al-syamilah: Penggunaan Perisian hadith Maktabah al-syamilah adalah sama seperti pencarian dalam perisian Jaw mi c Kalim dan tidak banyak perbezaan dalam keduanya. Walau bagaimanapun, pengkaji tetap merujuk kepada kitab-kitab asal terhadap hadith-hadith tersebut. 3. Penggunaan Perisian di Internet: Selain itu juga, terdapat teknologi yang menggunakan internet yang menyediakan ruangan pencarian dan mendapatkan hadith yang menjadi rujukan kepada pengkaji kepada beberapa laman web hadith yang berautoriti yang kebanyakannya adalah daripada laman web berbahasa Arab. Antara laman web yang menjadi rujukan ialah www.islamweb, www.dorar.net,. Perisian ini memudahkan pencarian hadith sama seperti perisian sebelum ini. Namun, pengkaji juga akan merujuk semula kepada kitab-kitab asal dalam mendapatkan sumber dan hukum setiap hadith.

302 AL-BANJARI Vol. 16, No.2, Juli-Desember 2017 Setelah maklumat dan data telah dikumpulkan daripada pelbagai sumber, penulis menggunakan metode analisis kandungan dalam menganalisis serta mengolah data-data tersebut dalam kajian ini. Terdapat tiga bentuk analisis data yang digunakan dalam kajian ini iaitu: 1. Metode Induktif: satu kaedah membuat kesimpulan daripada beberapa data yang bersifat umum, namun, kaedah ini digunakan untuk menjelaskan sesuatu dengan gambaran yang menyeluruh. Kaedah ini digunakan dalam kajian ini bagi menentukan sumber rujukan hadith dengan menjelaskan sumber asal setiap hadith melalui takhrij hadith. 2. Metode Kompratif/Perbandingan: merupakan kaedah yang membuat kesimpulan berdasarkan perbandingan data-data yang diperoleh oleh pengkaji semasa membuat kajian. Kaedah ini diaplikasikan dalam menentukan status perawi dengan membuat perbandingan ulama Ulama Jarh wa Ta c dil dalam menghukumkan perawi tersebut. Selain itu, dalam menetapkan dan memilih status atau hukum hadith, penulis akan mengemukakan pandangan dan pendapat ulama mutaqaddimin dan kontemporari dan memilih mengikut pendapat yang Jumhur. 3. Rajah: metode ini memberikan gambaran yang lebih jelas dan memberi kefahaman yang mudah kepada pembaca. Kaedah ini digunakan dalam membuat aliran sanad ( shajaratu al-asanid) dalam riwayat hadith supaya lebih jelas jalan atau jalur sanad dalam sesebuah hadith tersebut sama ada bertaraf sahih, hasan, atau da c if. b. Analisis Terhadap Kedudukan dan Hukum Hadith Setelah melakukan kajian, analisis terhadap kedudukan dan hukum hadith terdapat beberapa hadith yang berkedudukan maqbul dan mardud serta bukan berkenaan, hadith yang berkedudukan maqb l termasuk hadith yang sah h iaitu sah h al-bukh r dan Muslim serta sahih selainnya serta hadith yang bertaraf hasan. Manakala, hadith yang berkedudukan mard d pula iaitu hadith yang bertaraf da c f dan da c f Jiddan dan bukan berkenaan pula ialah doa yang bukan daripada hadith, akan tetapi doa yang diambil daripada potongan ayat al-quran dan sejarah(hikayat) daripada sumber T rikh Damsyiq oleh Ibn c As kir. Berikut adalah gambaran hadith dalam kajian ini. 1. Kedudukan Hadith (1) Maqb

Nor Bazila Shafie Kedudukan Hadith 303 Sebanyak 51% hadith yang dikategori sebagai hadith yang maqb l yang mana terdiri daripada sah h termasuk sah h dalam Bukh r dan Muslim serta hasan. (2) Mard d Sebanyak 47% hadith yang dikategori sebagai hadith yang Mard d yang mana terdiri daripada da c f dan da c f Jiddan. (3) Bukan berkenaan Sebanyak 2% doa yang bukan berkenaan iaitu bukan daripada hadith. Berikut adalah rajah bagi menggambarkan dengan jelas dalam kedudukan hadith dalam kajian ini: Kedudukan Hadith: Maqbul atau Mardud Bukan Berkenaan, 2% Mardud, 47% Maqbul, 51% Maqbul Mardud Bukan Berkenaan Rajah 1: Peratusan Kedudukan Hadith: Maqb l atau Mard d dalam Kitab Doa Mustajab Harian Yang Dipetik daripada Hadith dan al-quran. 2. Hukum Hadith (1) Sah h dan sah h Bukh r dan Muslim

304 AL-BANJARI Vol. 16, No.2, Juli-Desember 2017 Sebahagian besar hadith yang dijadikan doa yang terdapat dalam buku ini adalah hadith Sahih termasuk sah h dalam Bukh r dan Muslim. Pengakaji mendapati terdapat 38 (38%) hadith sahih yang mana 19 sahih selain Bukh r dan Muslim dan 19 hadith selain Bukh r dan Muslim. (2) Hasan Terdapat 14 (14%) hadith hasan. Kebanyakkan hadith bertaraf hasan ini, pengkaji mendapati bahawa hadith asalnya bertaraf da c f yang mempunyai shaw hid dan Mut ba c t yang mengangkat martabat hadith ini menjadi hasan. (3) Da c f dan Da c f Jiddan Terdapat Sebanyak 43 (43%) hadith daripada 101 hadith dalam kajian ini diklasifikasikan sebagai hadith da c f dan 4 (4%) hadith yang bertaraf dan da c f Jiddan. (4) Bukan hadith Terdapat 2 (2%) buah doa yang terdapat dalam buku ini yang bukan daripada hadith iaitu 1 daripadanya adalah doa yang dinukilkan daripada potongan ayat al-quran dan 1 daripadanya merupakan daripada sejarah(hikayat) daripada sumber T rikh Damsyiq oleh Ibn c As kir. Berikut adalah rajah bagi menggambarkan dengan jelas hukum hadith dalam kajian ini:

Nor Bazila Shafie Kedudukan Hadith 305 Hukum Hadith Dalam Buku Doa-Doa Mustajab yang dipetik daripada Hadith dan al-quran Da'if Jiddan 4% Bukan Hadith 2% Sahih Hasan Da'if 43% Sahih 38%, Da'if Da'if Jiddan Bukan Hadith Hasan 14% Rajah 2: Peratusan Hukum Hadith dalam Kitab Doa Mustajab Harian Yang Dipetik daripada Hadith dan al-quran. Simpulan Setelah melakukan kajian terhadap buku Doa-Doa Mustajab yang dipetik daripada Hadith dan al-quran melalui kaedah takhrij. Keseluruhan kajian mendapati sebanyak 51% hadith yang maqb l dan 47% yang berkedudukan mard d dan 2% bukan berkenaan.melalui hasil kajian, cadangan kajian bagi meningkatkan lagi usaha dalam menambahbaikan buku ini melalui beberapa cadangan. Antaranya ialah: 1. Buku ini perlu penambahbaikan dengan menyusun semula kandungan doa supaya dapat dibezakan antara doa yang diambil daripada al-quran atau hadith dengan meletakkan nama surah serta nombor ayat al-quran yang diambil. 2. Buku ini juga perlu ditahkrij walaupun secara ringkas dengan meletakkan sumber dan hukum hadith yang dijadikan doa sama ada Sah h, Hasan, Da c f dan meletakkan doa yang sahih sahaja supaya masyarakat dapat menjadikan amalan doa harian dan rujukan. 3. Buku ini perlu ditulis dan dicetak semula dengan versi yang baru serta teknikal bagi menarik masyarakat untuk membaca.

306 AL-BANJARI Vol. 16, No.2, Juli-Desember 2017 Daftar Pustaka Al-Quran. Abu Dayf al-muduniy.1997. Doa Munajat Para Nabi. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publisher. Ahmad Mujahideen Bin Haji Yusoff. 2012. Takhrij dan Ta c liq Hadis di dalam Kitab 40 Azharuddin Sahil.2002. Doa Makbul atau Tertolak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn Bhd. Hadis Membudayakan al-sunnah Siri ke-2. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia. Imam Malik. 1985 Muwatt Im m M lik. Juz 1. Beirut: Darul Ihy Tur th al- Arab. Jawiah Dakir, Budah@Udah Mohsin, Mazlan Ibrahim & Faisal Ahmad Shah. 2009. Hadith Masyhur dalam Masyarakat Melayu: Takhrij dan Analisis. Jurnal Usuluddin. Bil 29 (2009) : 119-146. Muhammad Abu al-laith al-khair Abadi. 2009. Ulum Hadith. Cetakan Pertama. Darul Syakir. Tafsir kepimpinan al-rahman. 1983. Tafsir Pimpinan al-qur an kepada Pengertian al-qur an. Ed.ke-6. Kuala Lumpur: Dar Fikr: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Wan Azlee Bin Wan Ibrahim 2014.Kedudukan Hadis dalam Kitab 40 Hadis Membudayakan al-sunnah (siri ketiga) oleh Jabatan Agama Johor. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia. Wan Khairul Aiman Bin Wan Mokhtar. 2012. Takhrij dan Ta c liq Hadis 40. Membudayakan al-sunnah Siri ke-4. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.