KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

Similar documents
Isu dan Pengurusan Sisa Pepejal di Pulau Pangkor, Perak

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SISTEM GAMIFIKASI KITAR SEMULA. Muhammad Hazim bin Mohd Hafis Dr Amirah binti Ismail

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

KEFAHAMAN DAN AMALAN KEPENGGUNAAN HIJAU DI KALANGAN PENGGUNA SABAH DAN PERANAN KOMUNIKASI. Mohd Hamdan Adnan, JP Diana Demiyah Hamdan.

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP KUTIPAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN LUAR BANDAR MUSFIRAH BINTI ABD JALIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

MASALAH LONGGOKAN SAMPAH KAWASAN PERUMAHAN BERTERES KAJIAN KES: TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR

Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia

Jurnal Personalia Pelajar 18 (2)(2015): [PREVIEW COPY]

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Kata kunci: Alam sekitar, kerajaan, keselamatan, kepenggunaan, kesihatan, media massa, NGO, pencemaran, pendidikan alam sekitar.

Abstrak. Abstract. Received: 5 April 2018; Accepted: 11 July 2018; Published: 31 October 2018

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

JEREBU MERENTAS SEMPADAN: PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAANNYA DI MALAYSIA DAN SINGAPURA

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD) Peneraju Proses: Pejabat Naib Canselor, (Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PENGARUH AGAMA DALAM TINGKAH LAKU KESEDARAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL MASYARAKAT ISLAM: KAJIAN DI KELANTAN.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ALAT KITARAN PEMBAKAR SAMPAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PERSEPSI PENDUDUK TAMAN SRI PULAI, SKUDAI, JOHOR TERHADAP PENGURUSAN SAMPAH ISI RUMAH MENURUT PENDEKATAN ISLAM HADHARI FATIMAH BINTI MUSENI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MODEL MENTAL MURID TENTANG ALAM SEKITAR DI SATU KAWASAN YANG TERCEMAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

CTU 085 TASAWWUR ISLAM

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Komposisi Sisa Pejal di Kawasan Perumahan Terpilih di Tawau, Sabah

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KOMEN PELANGGAN DARIPADA SOAL SELIDIK JANUARI HINGGA DISEMBER 2013

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page ), Corrrespondence: Norita Kamaruddin

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPAK RESIDU DALAM PENILAIAN INPUT EKOLOGI DAN EIA BAGI PROJEK KUARI DI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN DERMA SUSU ABSTRAK

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi. amaran.sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam.

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

PENILAIAN PENGETAHUAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE IMPORTANCE OF MANAGEMENT BASED ON ISLAMIC IN THE COUNTRY S GREEN TECHNOLOGY SECTOR

PERANAN AMALAN PENGURUSAN RISIKO TERHADAP PERKEMBANGAN AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP MASYARAKAT

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

KONSEP HALALAN TAYYIBA DALAM MAKANAN MENURUT MUFASSIR

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

32/,6,.(3(1'8'8.$11(*$5$1(*$5$$6($16$78 7,1-$8$1. Rahmah, M.A * 3(1*(1$/$1

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

Fenomena Jerebu antara Perspektif Quran dan Sains Moden (Haze Phenomenon between Quran and Modern Science Perspectives)

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

HALANGAN EKONOMI DALAM MENUNAIKAN TUNTUTAN ZAKAT DI KALANGAN OKU PENGLIHATAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Transcription:

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR Menganggu Keseimbangan Ekosistem Pengurusan sampah sarap yang tidak teratur di kawasan Kampung Rampaian akan menyebabkan pelbagai kesan yang negatif sehingga menjejaskan keseimbangan ekosistem persekitaran perkampungan tersebut. Perkara ini dapat dijelaskan seperti berikut. Sampah yang mengandungi bahan kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebihlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses eutrophication dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apabila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau decompose alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen. Akibat daripada kekurangan oksigen ini menyebabkan banyak hidupanhidupan akuatik mati di dalam sungai tersebut. Malahan, menyebabkan berlakunya pencemaran bau hasil daripada bangkai-bangkai hidupan air yang kekurangan oksigen. Kesan daripada ini juga akan menganggu keselesaan penduduk Kampung Rampaian yang terpaksa menghadapi masalah pencemaran bau daripada sampah yang tidak diurus dengan baik serta bau busuk bangkai hidupan akuatik yang mati di kawasan sungai di kampung tersebut. Menjejaskan Kesihatan Malahan, pembuangan sampah-sarap yang tidak sistematik dan tidak diurus dengan baik di kawasan Kampung Rampaian dimana hanya satu sahaja tong sampah besar sahaja yang disediakan oleh Majlis Daerah Kota Kinabalu, menyebabkan kawasan Kampung Rampaian yang tidak mempunyai tempat pembuangan sampah yang khusus, menyebabkan mereka mengambil inisiatif dengan membuang sampah di merata-rata tempat. Oleh itu, pembuangan sampah sarap yang tidak diurus dengan baik ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan masyarakat di kawasan perkampungan tersebut. Sisa-sisa pembuangan sampah juga boleh membawa pelbagai wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas, burung gagak, lalat dan lain-lain sehingga menyebabkan penularan pelbagai wabak penyakit kesan daripada pembuangan sampah sarap yang tidak teratur ini seperti demam denggi, Taun, Malaria, keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan

sampah di dalam air boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada orang sekeliling di Kampung Rampayan tersebut sehingga boleh membawa maut. Pencemaran Udara Pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat dan tiada pengurusan yang sistematik diambil untuk mengatasi masalah pembuangan sampah di Kampung Rampayan juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Perkara ini berlaku disebabkan bau yang busuk terhasil daripada sampah sarap ini akan menyebabkan wujudnya pencemaran bau dan seterusnya menyebabkan pencemaran udara berlaku. Maka bau-bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling kawasan alam sekitar yang terlibat. Malahan, ada segelintir masyarakat di kawasan perkampungan tersebut yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pembakaran terbuka untuk membuang sampah dari kediaman mereka. Pembakaran sampah ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang teruk. Tambahan lagi, jika sampah sarap yang dibakar itu merupakan barangan plastik, akan menyebabkan pembebasan bahan-bahan pencemar atau gas-gas yang berbahaya seperti karbon dioksida, Sulphur, nitrogen dan sebagainya dari barangan plastik tersebut apabila dibakar. Seterusnya menyebabkan pencemaran udara yang teruk serta dapat menjejaskan kualiti udara yang bersih akibat daripada pembakaran terbuka yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Kampung Rampayan untuk menyelesaikan masalah sampah sarap di kediaman mereka. Mencemarkan Keindahan Alam Sekitar dan Imej Penduduk Kampung Rampayan Selain itu, masalah pembuangan sampah turut mencemarkan imej Kampung Rampayan tersebut. Akibat daripada sistem pengurusan sampah yang tidak sistematik dan tidak teratur menyebabkan kawasan perkampungan tersebut kelihatan kotor. Keadaan kawasan kampung ini yang terjejas kebersihannya akan menyebabkan keindahan alam sekitar di sekeliling kampung tersebut akan menjadi terjejas dan juga mengundang persepsi yang negatif keatas penduduk di kawasan perkampungan tersebut. Pihak luar mungkin akan menganggap masyarakat Kampung Rampayan ini sebagai masyarakat yang kurang tahap kesedaran mengenai penjagaan kebersihan. Disamping itu, pembuangan sampah sarap merata-rata tempat juga akan menjejaskan keindahan alam

sekitar yang dimiliki oleh kampung tersebut. Dimana akibat daripada pembuangan sampah di kawasan kampung tersebut menyebabkan berlakunya pencemaran sungai dan kepupusan sesetengah spesies hidupan akuatik. Ini akan menjejaskan kebersihan dan keindahan alam sekitar yang dimiliki oleh Kampung Rampayan tersebut Berlakunya Bencana Alam Disamping itu, pembuangan sampah-sarap juga boleh mengundang kepada berlakunya bencana alam yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar serta hidupan lain. Perbuatan membuang sampah-sarap ke dalam longkang akan menyebabkan longkang menjadi tersumbat dan menghalang pengaliran air ketika hujan. Manakala, pembuangan sampah ke dalam sungai pula menyebabkan sungai menjadi cetek sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat akibat daripada limpahan air yang berlebihan dari sungai yang cetek dan longkang yang tersumbat. Seperti situasi di Kampung Rampayan dimana sentiasa berlaku banjir kilat ketika musim hujan berlaku. Perkara ini berlaku disebabkan pembuangan sampah yang tidak diselia dengan baik menyebabkan berlaku masalah longkang tersumbat akibat dipenuhi dengan sampah sarap menyebabkan sentiasa berlaku banjir kilat apabila tibanya musim tengkujuh di perkampungan tersebut. Menjejaskan Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Kampung Rampayan Melalui pembuangan sampah sarap yang tidak terurus ini juga akan memberi kesan kepada ekonomi dan pembangunan masyarakat Kampung Rampayan ini. Pengurusan sampah yang tidak sistematik ini akan menyebabkan berlakunya penyebaran wabak penyakit yang dibawa oleh binatang-binatang perosak seperti penyakit deman denggi, kencing tikus, keracunan makanan, taun dan sebagainya. Kesan daripada penyebaran wabak penyakit ini akan menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk di kawasan perkampungan ini. Impak daripada kesihatan yang terjejas juga telah memberi masalah kepada masyarakat kampung untuk keluar mencari rezeki kerana disebabkan kesihatan mereka yang tidak berapa baik seterusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi dan

produktiviti masyarakat perkampungan Rampayan tersebut. Disamping itu, pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal ini juga akan menyukarkan proses pembangunan dijalankan di kawasan perkampungan tersebut. Pihak kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk merawat masyarakat kampung tersebut dan juga untuk menyelesaikan masalah sampah sarap ini. Perkara ini telah menghalang kerajaan untuk membiayai aktiviti pembangunan di kampung tersebut kesan daripada aktiviti pengurusan aktiviti sampah yang tidak sistematik ini. RUJUKAN Geof Knight, Plastic Pollution, United Kingdom:Raintree, 2013.

David Naguib Pellow, Garbage Wars: The Struggle for Environmental Justice In World, Cambridge, Massachusetts: MIT Press, 2004. Eleonora Deschamps, Jörg Matschullat, Arsenic: Natural and Anthropogenic, Boca Raton, USA:CRC Press, 2011.