MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

The First Ten or Last Ten Verses of Sūrah al-kahf

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

KONSEP YAWM AL-MA AD DAN SUNAN AL-SITTAH. Kalimah Yawm al-ma ad bererti hari kembali. Dalam bahasa yang lebih mudah

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

The Virtues of Surah An-Nasr

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Sustaining Islam in a Multicultural Environment in Malaysia - Family Values

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Ulasan Buku / Book Review

Khairun Nisaa bt Mohd Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

AKADEMIKA 63 (Julai 2003) Chinese Women in Industrial Home-based Sub-contracting in the Garment Industry in Kuala Lumpur: Neither Valued nor Costed

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Transcription:

1 MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN Abu Zaki bin Ismail Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia. Tel: (+60)19-6643462. Email: abuzaki@kuis.edu.my ABSTRAK Perbahasan mengenai status hadis daif dan palsu telah menimbulkan konflik yang berpanjangan. Semakan dan penentuan status hadis memerlukan keilmuan dalam bidang dan kemahiran merujuk. Ia menjadikan status hadis seperti itu sukar difahami oleh orang awam. Sedangkan hadis-hadis sahih dan hasan yang dapat dijadikan hukum masih banyak dan belum didedahkan kepada masyarakat awam. Artikel ini menghuraikan isu ini dengan menggunakan metode analisis dan menyarankan agar masyarakat awam dibekalkan dengan pendedahan terhadap pengajian matan hadis-hadis sahih dan hasan berbanding sibuk mendapatkan hukum dan status sesuatu hadis, apatah lagi jika ia hanya disebarkan dalam bahasa bukan Arab. Ia adalah inspirasi dari memahami peranan dan kedudukan hadis sebagai sumber panduan hidup adalah lebih utama dengan meninggalkan hadis yang masih dipertikaikan. Kata Kunci: hadis daif, hadis palsu, konflik hadis. 1. Mukadimah Minat kepada perbincangan tentang hadis dalam kalangan masyarakat Islam semakin meningkat hari ini. Kepesatan pengajian-pengajian agama di masjid dan surau, pengajian berkitab, rakaman video pengajian dan perbincangan melalui media sosial telah menjadikan masyarakat awam lebih mendekati hadis-hadis Rasulullah SAW. Namun, perkongsian itu juga turut melibatkan perbahasan tentang status sesuatu hadis yang sengit antara pihak yang men jarḥ dan men ta dil, sama ada dalam media Facebook, WhatsApp, Youtube, laman web dan lain-lain. Beberapa aspek berkaitan dengan isu hadis daif ini perlu dianalisis dalam konteks semasa untuk melihat jalan keluar darinya. 2. Masalah Beberapa masalah dapat dianalisis berkaitan dengan penyebaran hadis-hadis Rasulullah SAW sama ada melalui pengajian mahupun perkongsian dalam media sosial. Ini termasuk pertikaian tentang status hadis, tahap kefahaman masyarakat tentang kedudukan hadis dan kesukaran membuat semakan. 2.1 Status Hadis Yang Diperselisihkan Perbahasan tentang status hadis melibatkan hukum-hukum ṣaḥīḥ, ḥasan, ḍa īf dan mawḍū (palsu). Hadis-hadis yang bertaraf ṣaḥīḥ dan ḥasan disepakati ulama untuk diterima,

2 diamalkan dan menjadi hujah. Hadis yang mawḍū pula ditolak dari diamalkan apatah lagi mahu dijadikan hujah. Manakala hukum hadis ḍa īf pula melibatkan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Namun, perbezaan pendapat juga melibatkan metode yang digunakan oleh mereka. Justeru, perbezaan pendapat tentang isu hadis ḍa īf dan mawḍū melibatkan beberapa perkara: i. Hukum beramal dengan hadis ḍa īf sama ada harus atau dilarang. ii. Perbezaan metode dalam menentukan sesuatu hadis sama ada ḍa īf atau tidak. iii. Perbezaan pendapat menilai perawi-perawi hadis dan rujukan kitab berkaitan. iv. Perbezaan pendapat tentang hadis ḍa īf yang banyak jalan riwayat, atau banyak hadis ḍa īf dalam topik yang sama. v. Perbezaan pendapat dalam menentukan sesuatu hadis itu mawḍū atau ḍa īf. Kesemua perbezaan pandangan ini berlaku pada masa silam dan berlanjutan hingga sekarang. Sebahagian dari perbezaan itu dapat ditangani dengan sikap tasāmuḥ antara mazhab dan pengajian fekah perbandingan (fiqh muqārin). Namun, terdapat juga perbezaan yang telah ditangani itu digali semula dan dilontarkan oleh kalangan pentaksub mazhab. Ia menjadikan pertembungan tersebut berlangsung semula dan mencetuskan pertikaian. Apa lebih dikesalkan adalah, pertembungan itu melibatkan sikap suka berbahas yang dilarang dalam hadis Rasulullah SAW: من تع ل م الع لم ل يباهي به الع لماء و يماري به السفهاء و يصرف به وجوه الناس أدخ ل ه اهلل جهن م. Maksudnya: Barangsiapa yang mempelajari ilmu untuk berbangga di depan para ulama, untuk berdebat dengan orang-orang jahil dan untuk menarik perhatian orang ramai, maka Allah memasukkannya ke dalam neraka Jahannam. 1 2.2. Kesukaran Memahamkan Kedudukan Hadis Dan Hukum Beramal Menguasai bidang dan ilmu hadis adalah sukar dan mengambil masa yang panjang. Selain dari jumlah hadis yang sangat banyak, keperluan mengenali rawi yang ramai, memahami pelbagai istilah ilmu hadis dan jenis-jenis hukum hadis yang berbeza menjadikan ilmu ini sukar dikuasai. Ia sukar dikuasai hatta oleh ilmuan pengajian Islam, apatah lagi oleh masyarakat awam. Untuk memahami konsep ṣaḥīḥ, ḥasan dan ḍa īf tidak begitu sukar. Namun untuk memahami istilah-istilah cabang dari perbahasan itu melibatkan banyak aspek termasuk periwayatan, penilaian matan, sumber-sumber rujukan dan lain-lain. Status hadis itu pula akan berkaitan dengan hukum beramal dan kedudukannya sebagai hujah dalam agama. Ini menjadikan perkara ini hanya dapat dikuasai oleh kalangan yang mengaji bidang ini dan memiliki kekuatan ingatan dan akal yang cerdas. Kecerdasan akal tanpa pengajian yang lama atau pengajian yang lama tanpa kecerdasan akal tidak akan menghasil seorang sarjana yang mampu menguasai bidang ini. Namun, dengan ruang pengajian terbuka dalam majlis-majlis ilmu dan pengajaran dalam talian (online) menjadikan pengajian tahap tinggi turut melibatkan pendengar yang masih belum menguasai ilmu asas pengajian Islam. Justeru itu, konflik dalam perbahasan hadis sering melibatkan orang-orang yang jahil terutama dalam media sosial pada ruang komen dan respon yang terbuka. 1 Al-Albānī, Ṣaḥīḥ al-targhīb, Kitab al- Ilm, Bab: Tarhib Min Ta allum al- Ilm li Ghayr Wajh Allāh Ta ālā, jil 1, hlm 26, no. 109. Ḥasan li ghayrih.

3 2.3 Sukarnya Menyemak Status Hadis Hadis-hadis Rasulullah SAW berjumlah ratusan ribu terkandung dalam pelbagai sumber dan karya. Ini menjadikan semakan ke atas seuatu hadis menjadi jauh lebih sukar dari menyemak teks al-quran. Walaupun dengan adanya rujukan sumber melalui teknologi digital dan perisian komputer serta Apps dalam telefon, semakan hadis masih memerlukan kepakaran dalam memilih perkataan, menentukan perkataan yang hampir sama dan mencari berdasarkan kata dasar serta cabang-cabangnya. Ini belum mengambil kira bahawa ruang carian akan melibatkan matan hadis, sanad dan catatan huraian dari kalangan perawi hadis. Selain dari itu, sebaran hadis hanya dengan terjemahan dalam bahasa bukan Arab atau dalam bahasa Arab pasar ( ammī) menjadikan carian lebih sukar walaupun menggunakan komputer. Pencari perlu meneka-neka teks asal dalam bahasa Arab dalam membuat semakan. Tugasan seperti itu lebih baik dirujukkan kepada pakar yang telah menghafaz banyak hadis, telah membaca banyak kitab matan hadis, telah mengaji hadis secara berkitab atau banyak menyertai majlis sama hadis. Menyemak hadis yang sahih jauh lebih mudah kerana dengan mendengar sebahagian matannya, seorang yang alim boleh menemuinya dalam hafalannya atau dalam kitab yang dirujuknya, jika dia sudah biasa mendengarnya. Namun, jika ungkapan yang didakwa hadis itu hanya dalam teks terjemahan dan asing bunyinya, keadaan menjadi lebih sukar. Jika ia adalah terjemahan dari hadis ṣaḥīḥ yang biasa didengar, semakan dapat dilakukan dengan cepat. Sebaliknya jika bukan, untuk menentukan ia sebagai hadis ḍa īf atau bukan hadis, ia memerlukan kepastian dari pelbagai kitab dan rujukan. Ini menjadikan usaha yang lebih diperlukan. Justeru itu, dalam beberapa keadaan, ulama berhati-hati dalam menjelaskan tentang kedudukan hadis yang sukar ditemui dengan mengatakan saya tidak menemui sumber hadis ini, bukan terus menghukum hadis ini rekaan dan tidak ada. 3. Sebab Saranan Berdasarkan kepada huraian masalah tersebut, tumpuan wajar diberi kepada penyebaran hadis ṣaḥīḥ dan ḥasan yang masih banyak untuk dipelajari dan didedahkan kepada masyarakat awam. Saranan ini adalah berdasarkan kepada kepentingan fokus umat, menghentikan khilaf dan mengelak bahaya yang lebih besar. 3.1 Fokus Kita Adalah Mengambil Panduan Hidup Dari Wahyu Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam merupakan panduan hidup yang telah ditegaskan dalam sabda Rasulullah SAW: ت ر ك ت ف يك م أ م ر ي ن ل ن ت ض ل وا م ا ت م س ك ت م ب ه م ا ك ت اب ال ل ه و س ن ة ن ب ي ه

4 Maksdunya: Aku tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selamalamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya. Iaitu kitab Allah dan sunnah nabi- Nya. 2 Bagi memenuhi tuntutan tersebut, tumpuan umat hendaklah dibawa kepada mempelajari al-quran dan hadis-hadis sebagai panduan hidup. Namun, suruhan agar menjadikan keduadua wahyu tersebut sebagai panduan hidup menghadapi beberapa cabaran iaitu: i. Golongan yang tidak mempedulikan agama, yang mengabaikan terus al-quran dan hadis. ii. Golongan yang mengambil berat tentang agama, tetapi tidak menghiraukan sumber dan tafsiran sama ada ṣaḥīḥ atau tidak. iii. Golongan yang melihat isu pertikaian terhadap sumber dan tafsiran lalu menolak hadis dan tafsiran ulama tradisi. Ini menjadikan sebahagian besar masa dan kudrat akademik dipenuhi untuk menjawab isuisu yang ditimbulkan. Sedangkan majoriti umat masih jahil terhadap banyak lagi ajaran al- Quran, tafsirannya dan pengajian hadis-hadis Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan hidup. 3.2 Koleksi Hadis Yang Berautoriti Masih Banyak Dalam banyak keadaan, perbincangan tentang status sesuatu hadis yang diriwayatkan turut mengabaikan hadis berautoriti (ṣaḥīḥ dan ḥasan) yang masih banyak. Situasi ini ada hubungannya dengan sabda Rasulullah SAW: م ا أ ح د ث ق و م ب د ع ة إ ل ا ر ف ع م ث ل ه ا م ن الس ن ة ف ت م س ك ب س ن ة خ ي ر م ن إ ح د اث ب د ع ة Maksudnya: Tidaklah sesuatu golongan mencipta perkara bid ah melainkan akan terangkat satu sunnah yang sebandingnya. Maka berpegang kepada satu sunnah itu lebih baik dari mereka bid ah. 3 Justeru, apabila kita berhadapan dengan situasi adanya satu hadis ṣaḥīḥ dalam satu topik dan ada pula hadis ḍa īf mengenainya, sudah sepatutnya kita berpada dengan riwayat yang ṣaḥīḥ. Kita tidak perlu lagi berpenatan dengan riwayat yang ḍa īf. 4 3.3 Menghentikan Khilaf Yang Tidak Berkesudahan Perselisihan dalam kalangan umat telah berlaku dalam banyak perkara termasuk dalam perbahasan hadis antara menerima atau menolak riwayat tertentu. Sedangkan hadis yang diterima secara sepakat masih banyak belum didedahkan kepada umat Islam awam. Justeru, adalah lebih baik perbahasan dan pertikaian itu berlaku di kalangan sarjana hadis sahaja tanpa melibatkan kalangan awam sama ada melalui pengajian umum atau melalui media sosial. Para penceramah agama dan pendakwah wajar mengelakkan khilaf seperti ini 2 Riwayat Mālik, Muwaṭṭa Mālik, Bāb al-nahy An al-qawl fī al-qadr, jild 5, hlm 1323, no hadis: 3338. 3 Riwayat Aḥmad, Musnad Aḥmad, Bāb Ghaḍīf bin al-ḥārith, jilid 34, hlm 325, no hadis 16356. Menurut Ibn Ḥajar, isnadnya jayyid. 4 Al-Qaraḍāwī (1990), Kayfa Nata āmal Ma a al-sunnah al-nabawiyyah, Virginia USA: al-ma had al- Ālamī li al-fikr al-islāmī, 77.

5 dibesar-besarkan dalam masyarakat awam supaya mereka dapat berpegang kepada kaedah yang disebut dalam sabda Rasulullah SAW: د ع م ا ي ر يب ك إ ل ى م ا ل ا ي ر يب ك Maksudnya: Tinggalkan apa yang meragukanmu dan ambil yang tidak meragukanmu. 5 Apatah lagi, perselisihan mengenai sebahagian riwayat sudah berlarutan beberapa kurun sehingga menimbulkan ketegangan. Para ulama juga telah memberikan jalan keluar dari masalah seperti ini iaitu dengan kaedah meninggalkan perselisihan itu lebih digalakkan.(الخروج من الخالف مستحب ( 3.4 Perselisihan Yang Dimanfaatkan Oleh Musuh Perselisihan tentang hadis dan.. menjadi salah satu aspek yang diperhatikan oleh musuh. Dalam sebuah laporan penyelidikan oleh Bahagian Penyelidikan Keselamatan Negara di Amerika Syarikat (RAND) 6, perselisihan ini dinamakan sebagai hadith wars. Laporan tersebut kemudiannya menyarankan beberapa pendekatan yang sesuai digunakan oleh Amerika dengan memanfaatkan pertembungan antara kumpulan-kumpulan yang dinamakan sebagai modenis, tradisionalis, fundamentalis, sufis, sekularis dan lain-lain dalam kalangan umat Islam. Secara keseluruhan, ia menggalakkan hubungan antara mereka dengan aliran Islam demokratik sivil. 4. Penutup Dengan mengalih perhatian dan menyibukkan masyarakat dengan hadis sahih dan hasan yang masih banyak, diharapkan masyarakat akan mendapat panduan selengkapnya dalam hidup mereka dari al-quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Hadis-hadis berautoriti yang banyak telah menyentuh pelbagai isu dan topik kehidupan manusia. Dengan merujuk kepada hadis ṣaḥīḥ dan ḥasan, secara tidak langsung meningkatkan penghormatan terhadap autoriti hadis. Masyarakat awm juga dapat dibiasakan dengan uslub (gaya bahasa) hadis yang sebenar dan dapat membantu mengenali hadis palsu dengan lebih mudah untuk menjauhinya. 5 Riwayat al-tirmidhī, Sunan al-tirmidhī, Kitāb Ṣifah al-qiyāmah wa al-riqāq wa al-war an Rasūl Allāh, jilid 9, hlm 58, no hadis: 2442, hadis ḥasan ṣaḥīḥ. 6 Cheryl Benard (2003), Civil Democtaric Islam, Parteners, Resources and Strategies, National Security Research Division (RAND) https://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/monograph _reports/2005/mr1716.pdf