PERANAN INTELEKTUAL Diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya, Selangor ISBN

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ANALISIS KONSEP PERPADUAN KAUM DALAM NOVEL TERPILIH ABDULLAH HUSSAIN ROSLI B IBRAHIM

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Vol. 12, No. 3 (2017), 020 ISSN: x

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

MODAL INSAN KOPERASI :

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan di Malaysia

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

BUTIRAN PERIBADI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PENGARUH BUDAYA DALAM DRAMA BISIKAN MALAYA CULTURAL INFLUENCE IN MALAY DRAMA BISIKAN MALAYA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERADABAN ISLAM TERAS TRANSFORMASI NASIONAL (Islamic Civilization as the Basis of National Transformation)

Transcription:

PERANAN INTELEKTUAL Diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya, Selangor. 2016. ISBN 9789670960104. Buku PERANAN INTELEKTUAL ini pernah diterbitkan oleh Institut Analisa Sosial (INSAN) pada tahun 1987 dengan menggunakan judul yang sama iaitu PERANAN INTELEKTUAL. Akan tetapi edisi keluaran INSAN itu hanya mengandungi dua makalah sahaja iaitu pertama, Peranan Intelektual hasil karya Usman Awang dan yang kedua, makalah yang bertajuk Sikap dan Peranan Kaum Intelektual di Dunia Ketiga oleh Pramoedya Ananta Toer. Terdapat perbezaan jumlah makalah dalam PERANAN INTELEKTUAL keluaran SIRD, pada tahun 2016 dengan keluaran INSAN pada tahun 1987. Keluaran edisi 2016 oleh SIRD mengandungi empat makalah iaitu pertama, dikekalkan makalah tulisan Usman Awang dengan tajuk Peranan Intelektual dan juga makalah kedua hasil tulisan Pramoedya Ananta Toer dengan tajuk yang sama iaitu Sikap dan Peranan Kaum Intelektual di Dunia Ketiga. Makalah yang ketiga ialah oleh Ahmat Adam yang bertajuk Sang Intelektual di Kawasan Nusantara:Suatu Tinjauan Histories dan yang keempat ialah bertajuk Tradisi Intelektual Melayu dan Pembentukan Bangsa Malaysia:Beberapa Persoalan Sosial oleh Rustam A. Sani. Perbezaan seterusnya selain daripada penambahan dua makalah yang baharu, ialah Pendahuluan:Peranan Intelektual dalam buku edisi terkini ditulis oleh Syed Husin Ali dan sebagai penutup buku ini dimasukkan juga sajak yang bertajuk Cendekiawan Tanpa Pendirian hasil karya Otto Rene Castillo. Buku ini mengandungi 139 muka surat dan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Setiap tajuk makalah itu memberi gambaran kepada topik perbincangan. Malah dalam menghuraikan isi perbincangan pula, setiap pengarang memberikan sub-topik untuk lebih mudah memahami. Pendahuluan:Peranan Intelektual ini dikupas terlalu panjang seperti menulis satu makalah yang lain. Adalah molek jika bahagian pendahuluan ini hanya sekadar pengenalan kepada setiap tajuk sahaja supaya mendorong pembaca untuk membaca makalah berkenaan lebih lanjut pada tajuk dan tulisan sebenar pengarangnya. Sebelum mengulas dengan lebih lanjut berkaitan dengan isi penting dalam setiap makalah, adalah lebih wajar jika diperkenalkan biodata setiap pengarang terlebih dahulu. Keempat-empat makalah dalam buku ini ditulis oleh pengarang yang berbeza termasuk juga sajak pada bahagian terakhir. Biodata penulis ini disusun mengikut makalah yang terdapat dalam buku ini. Juga biodata penulis ini tertera pada penghujung dalam setiap artikel. Walaupun penulis berbeza tetapi keempat-empat makalah ini mengangkat tema yang sama iaitu tentang intelektual. (a) Usman Awang: Tajuk makalah Peranan Intelektual Usman Awang ialah seorang Sasterawan Negara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001 ketika berusia 72 tahun. Dato Usman Awang lebih menggemari menggunakan nama penanya Tongkat Warrant, malah Dato Usman terkenal 1

sebagai seorang penyair dan ahli drama yang prolifik. Pada tahun 1991, Dato Usman telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan. Bagi memperingat sumbangan Dato Usman kepada masyarakat, sebuah sekolah kerajaan di Johor telah dibina dengan menggunakan nama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang. Dato Usman telah memberi sumbangan dalam pelbagai kepada masyarakat seperti penulisan sajak-sajak yang segar dan kukuh yang begitu akrab dengan akar budi Melayu termasuk dalam hal perikemanusiaan. (b) Pramoedya Ananta Toer: Tajuk makalah Sikap dan Peranan Kaum Intelektual di Dunia Ketiga Pramoedya Ananta Toer ialah seorang sasterawan Indonesia yang dianggap sebagai seorang pengarang yang produktif dalam sejarah sastera Indonesia. Pramoedya Ananta Toer dilahirkan pada tahun 1925 di Blora, Jawa Tengah, Indonesia. Pramoedya Ananta Toer meninggal dunia pada 30 April 2006 ketika berusia 81 tahun. Dalam sepanjang hayatnya, Pramoedya Ananta Toer telah Berjaya menghasilkan lebih 50 buah karya dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen, esei, penulisan polemik dan juga kisah sejarah tentang masyarakat serta tanah air beliau. (c) Ahmat Adam: Tajuk makalah Sang Intelektual di Kawasan Nusantara:Suatu Tinjauan Histories Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam dilahirkan di Melaka pada tahun 1941. Beliau menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Inggeris yang kemudiannya diteruskan di Maktab Perguruan Bahasa pada tahun 1961 hingga 1962. Seterusnya di Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam bidang Seni Lukis dan kemudiannya menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya pada tahun 1967 hingga 1970 serta ijazah pasca siswazah di School of Oriental & African Studies, University of London pada tahun 1970 hingga 1075. Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam antara sebilangan warga Malaysia yang membuat penyelidikan tentang sejarah Malaysia dan juga Indonesia. Antara karya utama yang diterbitkan sekitar lima tahun terkebelakang ialah Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa, Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2013, Suara Minangkabau, Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2012 dan Letters of Sincerity:the Raffles Collection of Malay Letters, 1780-1823 yang diterbitkan oleh Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society pada tahun 2010. Buku terbaharunya ialah Sulalat u s-salatin sebuah edisi kritis dengan diberi pengantar dan anotasi yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan dan makalah serta The New Date of the Trengganu Inscription yang diterbitkan dalam Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society pada Jun 2016. (d) Rustam A. Sani:Tajuk makalah Tradisi Intelektual Melayu dan Pembentukan Bangsa Malaysia:Beberapa Persoalan Sosial 2

Rustam A. Sani ialah seorang ahli akademik, kolumnis surat khabat, penyair dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti politik, sosial dan sastera. Beliau pernah berkhidmat di Univeristi Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia. Antologi sajak yang bertajuk Riak-riak Kecil telah dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1977. Pada tahun 1988/1989, Rustam telah mendapat anugerah berprestij iaitu Hadiah Sastera Negara (National Literary Award) dalam kategori esei dan kritikan sastera. Rustam dilahirkan pada 12 Ogos 1944 dan meninggal dunia pada 23 April 2008. Rustam mendapat ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dan melanjutkan pelajaran di University of Reading, University of Kent di Canterbury dan Yale University. Syed Husin Ali menulis Pendahuluan:Peranan Intelektual dengan mengupas keempat makalah di dalam buku ini secara terperinci. Syed Husin Ali membincangkan tentang Peranan Intelektual yang ditulis oleh Usman Awang dalam bidang politik, ekonomi dan sosial termasuk bidang pendidikan. Begitu juga ulasan Syed Husin Ali dalam makalah yang kedua, hasil tulisan Pramoedya Ananta Toer yang bertajuk Sikap dan Peranan Kaum Intelektual di Dunia Ketiga. Ulasan Syed Husin Ali tentang makalah ini yang membicarakan tentang peranan golongan intelektual dalam Dunia Ketiga yang berhadapan dengan Barat. Menurut Syed Husin Ali, terdapat perbezaan pendekatan Usman Awang dan Pramoedya Ananta Toer dengan Ahmat Adam dan Rustam A. Sani. Hal ini kerana Ahmat Adam dan Rustam A. Sani tidak merumuskan apa seharusnya sikap dan peranan intelektual dalam masyarakat. Akan tetapi mereka memerikan apa yang telah berlaku dalam masyarakat dan apa peranan yang berjaya atau tidak berjaya dilakukan oleh golongan intelektual yang wujud ketika itu. Merujuk kepada makalah yang bertajuk Peranan Intelektual yang ditulis oleh Usman Awang. Sebenarnya makalah ini telah dibentangkan dalam satu ceramah kepada para pelajar Malaya dan Singapura di Malaysia Hall, London yang dianjurkan oleh London Union of Malaysian Students (LUMS), pada 25 Mei 1970. Usman Awang menjelaskan maksud intelektual dengan beberapa kategori maksud intelektual itu sendiri yang tanpa batasan dan ukuran dengan lebih terbuka. Apatah lagi, sikap pada seorang yang bergelar intelektual itu sendiri bergantung kepada pendirianlah yang menentukan sikap mereka iaitu sikap seorang intelektual progresif atau sebaliknya. (halaman 28). Usman Awang melihat maksud intelektual itu ada empat kategori iaitu orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan otak (fikiran) yang sentiasa memperkembang ilmu pengetahuannya. Kedua, orang yang sentiasa berfikir (pemikir), menyumbang dan mengembang idea. Ketiga, orang yang memperguna ilmu dan ketajaman fikiran untuk mengkaji dan yang keempat ialah orang yang mengenal kebenaran serta berani untuk memperjuang kebenaran demi kemajuan dan kebebasan masyarakat. Penulis menyentuh tentang sikap golongan intelektual melihat kemiskinan di kawasan luar bandar. Golongan intelektual perlu pergi mendekati masyarakat, mendengar suara mereka dengar fikiran terbuka dan menyelami perasaan mereka dengan jiwa perikemanusiaan. Bukan 3

hanya datang seperti pelancong dan seterusnya membuat kesimpulan bahawa mereka pemalas seperti yang pernah dikemukakan oleh pihak penjajah. Sikap pemalas mereka itu terbukti dengan keadaan kemiskinan dan kemunduran yang berlaku atas faktor keadaan kehidupan kampung yang natural. Seharusnya kemunculan beberapa individu seperti Lincoln di Amerika, Sukarno dan Gamal Nasir membuktikan bahawa kerajinan, ketekunan, giat berusaha dan kegigihan akan memperoleh kejayaan. Cuma bilangan yang sedikit ini perlu ditingkatkan dengan kesungguhan masyarakat untuk lebih maju. Sistem ekonomi, sosial dan politik yang mendokong kemajuan masyarakat perlu ditingkatkan agar kekayaan tidak menyebelahi satu pihak sahaja. Usman Awang menegaskan bahawa persoalan yang lebih penting ialah situasi masyarakat itu sendiri sama ada mendorong ke arah kemajuan dengan mementingkan ilmu pengetahuan, bergotong-royong, semangat tolong-menolong ataupun sistem masyarakat sebaliknya. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 ialah antara contoh peranan golongan intelektual. Institusi ini mendorong agar masyarakat bersikap terbuka dalam bentuk persaingan yang sihat untuk mengejar ilmu pengetahuan. Jika ada dalam kalangan anggota masyarakat yang boleh menjejak kaki sehingga ke peringkat universiti ini bukanlah mutlak kerana kerajinan dan ketekunan, tetapi oleh suatu nasib di mana ia terlepas dari ikatan dan sistem yang mencerutinya. (halaman 35) Soal sistem yang merantai masyarakat untuk terus maju dengan kehidupan yang lebih selesa perlu ditangani dengan bijaksana. Justeru itu, Usman Awang tidak menyetujui dengan konsep intelektual yang mengubah masyarakat dan menjadi pemimpin. Penulis menegaskan bahawa sejarah perubahan sesuatu masyarakat dan negara bukan kerana pimpinan dan perjuangan intelektual tetapi lahir dan timbul dari masyarakat dengan perjuangan rakyat itu sendiri. Perjuangan golongan intelektual dengan jumlah yang sedikit tidak mungkin memulakan suatu revolusi tetapi rakyatlah yang memulakannya. Lantas masyarakat berharap agar tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan jawatan yang disandang dan sikap yang menindas serta tiada undang-undang yang digubal demi kepentingan pihak tertentu sahaja. Seterusnya makalah kedua bertajuk Sikap dan Peranan Kaum Intelektual di Dunia Ketiga yang ditulis oleh Pramoedya Ananta Toer. Makalah ini merupakan petikan dari teks ceramah beliau di Universiti Indonesia atas undangan Senat Mahasiswa universiti itu. Cuma tiada catatan tarikh oleh penulis. Makalah ini juga membicarakan tentang peranan intelektual sama seperti tema penulis Usman Awang tetapi sedikit berbeza apabila intipati makalah ini lebih kepada sikap dan peranan intelektual dalam konteks Dunia Ketiga. Kebanyakan negara dalam Dunia Ketiga pernah dijajah oleh kuasa Barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan Jepun. Faktor ekonomi berbentuk perdagangan yang menjadi antara tujuan utama penjajahan. Contohnya, faktor perdagangan rempah-ratus menyebabkan Barat menguasai Nusantara. Perluasan empayar Barat telah berakhir dengan kebanyakan negara jajahan telah dimerdekakan. Penjajahan itu banyak mendatangkan keuntungan kepada kuasa Barat tetapi telah menyebabkan negara bekas jajahan berada dalam kemiskinan dan keterbelakangan dalam arus pembangunan. Barat menamakan 4

Dunia Ketiga ini diberi nama manis:negeri/negara yang sedang berkembang (membangun). Kesemua ini termasuk pengkategorian negara-negara Utara-Selatan adalah untuk tidak menonjolkan gelaran bekas negara jajahan dan bekas penjajah dan tidak menampakkan imej kaya-miskin. Pramoedya Ananta Toer menggunakan kata Sahibul Hikayat untuk menjelaskan maksud kaum intelektual iaitu kaum yang menempatkan nalar (pertimbangan akal) sebagai memahami kebenarannya dengan penalarannya. Golongan intelektual juga diibaratkan sebagai satu gedung ilmu yang terbaik untuk membuat keputusan. Pramoedya Ananta Toer lebih cenderung melihat golongan intelektual dalam masyarakat Hinduisme yang mempunyai kasta. Kaum intelektual berada dalam kasta Brahmin. Cuma yang membezakan ialah kaum Brahmin moden menjadi jambatan pada masa depan. Untuk itu, penulis telah menyenaraikan 11 perkara berkaitan sikap dan peranan yang harus ada pada kaum intelektual yang diringkaskan di sini. Kaum intelektual berperanan bergerak secara aktif untuk membangunkan budaya masyarakat Indonesia dan Dunia Ketiga. Mereka juga tetap kritis terhadap potensi pengaruh budaya suku yang kalah dan mengajak kalah. Kaum intelektual khususnya di Indonesia perlu dilatih berani untuk mendapatkan keberanian bangkit daripada kekalahan. Keberanian kaum intelektual ini penting untuk membangkitkan bangsa Indonesia agar terus maju. Sebagai golongan intelektual Indonesia, sudah pasti tempatnya adalah di Indonesia. Kaum intelektual Indonesia yang terlepas dari perhadapan dengan Barat sebagai bahan sejarah kerana mereka tanpa sedarnya akan terlepas dari ikatan sejarah, ikatan pengalamannya sendiri. Barat berbangga dengan kekuasaan, kemajuan dan kemakmuran hasil daripada Dunia Ketiga dengan menganggap mereka adalah yang terbaik. Daripada sudut sejarah, masyarakat Dunia Ketiga mempunyai hak menuntut dari Barat pertanggungjawaban moral dengan konsekuensinya yang wajar dan manusiawi Barat sepatutnya melepaskan tanggapan bahawa Dunia Ketiga adalah pengikutnya. Malah Barat wajar membantu Dunia Ketiga agar menjadi dirinya sendiri Justeru, kaum intelektual Indonesia sedang berlatih memperkuat keberanian intelektual dan keberanian moral untuk belajar menghadapi Barat yang bukan superior tetapi sebagai lembaga yang berhutang dengan Dunia Ketiga. Kekuatan peradaban Barat yang mampu berkembang dan bertahan berabad dalam sejarah umat manusia sepatutnya dipelajari secara kritis. Peranan kaum intelektual Indonesia sudah jelas. Gagasan perjuangan untuk melahirkan bangsa Indonesia diawali oleh mereka dengan kesedaran dan komitmen. Makalah ketiga bertajuk Sang Intelektual di Kawasan Nusantara:Suatu Tinjauan Histories yang ditulis oleh Ahmat Adam. Menurut penulis, gejala intelektual dalam masyarakat Melayu- Indonesia adalah sesuatu yang baharu sekitar abad ke-20 di Indonesia dan lebih baharu di Malaysia. Pemakaian istilah intelektual ini merujuk kepada kelompok kecil yang secara 5

langsung menyumbang terhadap penciptaan, pancaran dan kritikan idea-idea. Namun begitu, istilah cendekiawan telahpun wujud dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Bermula dengan bertapaknya agama Buddha di Sumatera telah membawa kepada perkembangan filsafat Buddha. Peninggalan agama ini jelas terbentuk pada kesenian bersifat ukiran dan pahatan pada candi-candi. Manakala filsifat Saiva-Buddha terpancar dalam karya-karya kepujanggaan keraton. Kedatangan Islam menyebakan munculnya kerajaan-kerajaan Melayu iaitu dengan kebangkitan kerajaan Pasai dan Aceh di Sumatera, kerajaan Melaka di Semenanjung dan Brunei di Kalimantan. Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 telah memberi ruang kepada Aceh untuk menjadi pusat telaah Islam yang banyak mengundang lawatan para intelektual Islam. Ketika inilah munculnya Hamzah Fansuri. Kemunculan beberapa nama intelektual peribumi pada abad ke-16 dan ke-17 telah bertembung dengan ketibaan Barat di pesisir negeri-negeri di Nusantara. Tun Sri Lanang sebagai pengarang Sejarah Melayu dan selepas itu Raja Ali Haji yang menghasilkan Tuhfat al-nafis. Bidang kesusasteraan Melayu mengalami kemerosotan apabila berlaku pergolakan politik yang tidak menggalakkan sang intelektual untuk berkarya. Generasi muda yang menerima pendidikan Barat melihat ketidakadilan yang dilakukan oleh penjajah terhadap masyarakat Indonesia. Pihak penjajah bersikap mengenepikan anak watan dengan menempatkan golongan Eropah menyandang jawatan tertinggi dalam negara. Perasaan tidak puas hati ini telah mendorong kaum terpelajar bangkit membawa perubahan sosial dalam masyarakat yang dirasakan sudah ketinggalan zaman dan tidak mampu membawa masyarakat peribumi Indonesia ke gerbang pemodenan. Gagasan perubahan dimulai dengan menerbitkan surat khabar dan majalah berbahasa Melayu. Media cetak ini menjadi suara perjuangan golongan intelektual. Mereka melontar kritikan tajam terhadap golongan feudal yang menjadi punca penyakit sosial masyarakat peribumi. Mereka menentang adat sembah dan jongkok yang dianggap adat Mojopaitan atau adat kodokan kerana semua itu dikehendaki oleh mereka yang gila hormat. Sejurus itu, telah berlaku perbezaan pendapat antara kaum muda dengan kaum tua yang berlaku di Indonesia telah tersebar luas hingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Semangat pemodenan keagamaan turut di bawa ke Semenanjung Tanah Melayu tetapi tidak berkembang kerana pemikiran keagamaan orang Melayu terikat dengan struktur masyarakat Melayu yang amat kefeudalan. Yang menjadi cabaran kepada golongan intelektual apabila adat istiadat Melayu yang tergenggam dalam tangan majlis agama yang dikuasai oleh Sultan adalah penghalang yang paling kuat untuk suatu gerakan keintelektualan agama memberi kesan kepada masyarakat Melayu. Pihak penjajah mengaut keuntungan dengan pegangan tradisi masyarakat Melayu yang menumpahkan taat setia kepada raja beerti taat setia kepada British. Sistem pentadbiran kolonial British mengekalkan pengaruh mereka apabila jawatan dalam pentadbiran British hanya disandang oleh para lulusan dari sistem pendidikan Inggeris. Situasi ini telah mengasingkan masyarakat elit baru Melayu yang berpendidikan Barat dengan rakyat jelata 6

daripada kaum tani yang mempunyai nilai-nilai norma tradisional yang menjamin keutuhan struktur masyarakat yang sedia wujud. Hal yang sama juga berlaku di Indonesia apabila golongan terpelajar ini dengan jumlah yang kecil tidak dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat kerana keterbatasan penguasaan bahasa Melayu. Makalah yang keempat ialah hasil tulisan Rustam A. Sani bertajuk Tradisi Intelektual Melayu dan Pembentukan Bangsa Malaysia:Beberapa Persoalan Sosial. Makalah ini membicara tentang pembinaan negara bangsa. Penulis memberi maksud negara bangsa itu merupakan sebuah komuniti politik yang bersifat simbolis, yang dalam zaman moden ini seolah-olah merupakan komuniti politik yang dianggap lumrah. Perkara yang membezakan antara komuniti politik di dunia ialah segala macam unsur kehidupan sosial dan budaya yang dijadikan asas simbolis sesebuah negara bangsa asalkan simbol itu melambangkan kesepaduan. Proses pembinaan negara bangsa Malaysia perlu mengambilkira beberapa perbezaan yang wujud dengan mencari titik persamaan. Antaranya ialah krisis dalam kalangan pemimpin politik, sosio-budaya yang berbeza dengan adanya kepelbagaian etnik di Malaysia. Tradisi pemikiran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan pengucapan boleh mencorakkan pemikiran politik moden orang Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi penghubung dalam mewarisi tradisi keagamaan dan budaya ekspresif yang beraneka rupa dalam membantu perkembangan persuratan. Bahasa Melayu telah berlaku penyerapan unsur-unsur tradisi dan pengaruh dari tradisi Hindu, Islam dan Barat. Ini terjadi kerana selama ini alam Melayu menjadi gelanggang sosial dan budaya bagi pertemuan dan pertembungan beberapa peradaban agung. Dalam usaha-usaha awal untuk mengungkapkan cita-cita pembentukan sebuah negara bangsa, beberapa langkah pentadbiran untuk mendorong ke arah perpaduan nasional perlu dilihat supaya konsep kerukunan hidup bersama dan saling hormat-menghormati tercapai. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk mengatasi hambatan sosial terhadap tercapainya perpaduan nasional. Segala usaha ini dilaksanakan melalui pelbagai macam tindakan pentadbiran yang memanfaatkan sumber negara dalam upaya melahirkan satu golongan baru dalam kalangan orang Melayu yang akan menguasai modal. Dalam masa yang sama, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sekadar bersifat simbolis dan pentadbiran. Akan tetapi berperanan sebagai bahasa perantaraan dalam segala aspek kehidupan sosial dan kehidupan berbangsa di negara ini. Juga berkeupayaan pengisian bahasa itu menjadi bahasa ilmu moden memainkan peranan penting dalam pengungkapan cita-cita kebangsaan. Cetusan gerakan nasionalisme dalam agenda pembinaan negara bangsa boleh dilaksanakan berdasarkan beberapa kelebihan dari segi persediaan. Pertamanya, unsur kewilayahan negara bangsa itu boleh dianggap selesai. Yakni batas-batas kewilayahan negara yang kini dikenali sebagai Malaysia dapat diambil sebagai asas mentakrif aspek kewilayahan cita-cita kebangsaan tersebut. Kedua, gerakan dan cita-cita kebangsaan akan dipelopori oleh sebuah pemerintahan yang pastinya mempunyai keabsahan politik dengan penguasaan sumber-sumber negara untuk 7

menggerakkan gerakan itu. Perjuangan gerakan nasionalisme diharapkan berupaya untuk meruntuhkan aturan sosial kolonial yang ditinggalkan. Cabarannya di sini ialah keupayaan untuk memikul bebanan yang bersifat intelektual dan pemikiran untuk mengungkap cita-cita dan visi politik yang akan mencirikan bangsa. Penggunaan pelbagai istilah-istilah yang dangkal dalam nasionalisme Melayu seperti bumiputeraisme (yang bersifat ekonomi cuma) dan ketuanan Melayu (yang bersifat hukum cuma) sebolehnya dihindari. Adalah lebih bertepatan jika pemikiran dan penyuluhan visi politik yang bersifat intelektual lagi kreatif ke arah pembentukan satu negara bangsa diperjuangkan. Kesimpulannya, buku ini amat sesuai untuk pembacaan semua masyarakat tanpa mengira sama ada dia seorang intelektual atau bukan intelektual atau pun bakal seorang intelektual. Ayu Nor Azilah Mohamad Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 8