KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UJARAN BERIMPLIKATUR DALAM TEKS SULALATUS SALATIN MOHD ARIS BIN ANIS UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Lubna Abd Rahman Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

PERENGGU MINDA MELAYU DALAM LIRIK LAGU: SATU ANALISIS MAKNA (Malay Mindset in Lyrics: The Analysis of Meaning)

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Beberapa Kaedah untuk Pengajaran Ayat Sebagai Satuan dalam Wacana

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

THE APPLICATION OF SPEECH ACT IN THE INTERVIEW OF EMMA WATSON WITH DAVID LETTERMAN IN THE LATE SHOW TERM PAPER. By: Talitha Umaya

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

ANALISIS TEORI RELEVANS DALAM METAFORA

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

ANALISIS AL-NABR DALAM SURAH ABASA SHAHRIMAN BIN SAID FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

KATA PINJAMAN ARAB DALAM BAHASA MELAYU ANALISIS KAJIAN DARI SUDUT PERUBAHAN MORFOLOGI

Tekanan Perkataan Arab Sebagai Bahasa Asing dalam Kalangan Penutur Melayu

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

TERJEMAHAN KATA PANGGILAN BANGSAWAN DALAM WACANA AL-

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan di Malaysia

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Transcription:

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR Abstrak Nur Hafizah Razali 1, Normaliza Abd Rahim 1 Kajian ini memberi fokus kepada makna kata adjektif dalam bahasa Banjar. Kata adjektif yang dipilih dianalisis dari sudut makna dengan mengaplikasikan teori Analisis Komponen Makna oleh Nida, (1975). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan makna kata adjektif dalam ujaran masyarakat Banjar. Kata adjektif sifatan atau keadaan telah dipilih bagi kajian ini. Ujaran Banjar yang mengandungi penggunaan kata adjektif ini telah dirakam untuk dianalisis. Istilah dan makna dalam sesuatu bahasa adalah berbeza walaupun tergolong dalam rumpun yang sama. Bahasa Banjar tergolong dalam rumpun bahasa Melayu namun, tetap wujud penggunaan istilah yang berbeza. Oleh itu, kajian ini memilih kata adjektif bahasa Banjar sebagai data untuk dibincangkan dari sudut makna. Kata Kunci: Kata adjektif, Bahasa Banjar, Bahasa Melayu, ujaran, semantik 1 Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia, Tel : +6013-2837409, E-mel : nurhafizahbtrazali@gmail.com 1

Abstract THE ADJECTIVES OF SPEECH IN BANJAR SOCIETY This study focused on the meaning of the adjectives in Banjar. Adjectives were analyzed from the point of meaning by applying the Theory of Meaning Component Analysis (Nida, 1975). The objective of this study were to identify and discuss the meaning of the adjectives in the speech of Banjar s utterance. Adjective s situation have been selected for this study. Banjar s utterance that contains adjective were recorded for analysis. The term and meaning in the language is different even it belongs in the same family of languages. Banjar language were belongs to the Malay language but still using the different terminology. Therefore, this study identified the meaning of adjectives in Banjars. Keywords: Adjectives words, Banjars, Malays, Utterances, semantics PENDAHULUAN Kajian mengenai makna sentiasa berpandukan kepada semantik. Bidang semantik merupakan bidang linguistik yang khusus mengkaji segala perihal berkaitan makna sesuatu kata. Dari aspek semantik, bahasa difahami melalui komponen makna yang ada dalam kata. Menurut George (1964), bahasa amat kabur, dan bagi mengelakkan kekaburan dalam sesuatu bahasa itu, aspek kejelasan dan ketepatan haruslah diutamakan. Oleh itu, aspek makna perlulah dititikberatkan kerana tanpa unsur makna, sesuatu ujaran atau tulisan itu tidak akan bererti dan proses komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar. Seterusnya, menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2001:398-422), penerapan ilmu semantik dapat membantu menyelesaikan masalah definisi makna. Selain itu, melihat pada makna kata, Wittgenstein (1953), menegaskan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya. Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat merujuk kepada kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, dan banyak sekali (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2011: 225). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011), jenis kata adjektif terbahagi kepada sembilan iaitu kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera. Kajian tentang kata adjektif juga telah dilakukan oleh Normaliza Abd Rahim (2013) di mana keputusan kajian 2

Kata Adjektif Dalam Ujaran Masyarakat Banjar Nur Hafizah Razali 1, Normaliza Abd Rahim 1 menunjukkan pelajar dapat memahami tentang penggunaan kata adjektif dalam ayat mudah. Selain itu, pelajar juga dapat membezakan penggunaan kata adjektif dengan kata-kata yang lain. Oleh itu, kajian akan melihat makna sesuatu kata adjektif itu dalam penggunaannya. SOROTAN KAJIAN Kajian terhadap bahasa Banjar turut dilakukan oleh Maslida Yusof, Rahim Aman, Karim Harun, Shahidi Hamid, & Sa adiah Ma alip (2010) dari aspek kata kerja yang dilihat berdasarkan perkaitan semantik. Kajian ini dinataskan kepada bahasa Banjar Kuala yang merupakan kajian lapangan di Banjarmasin Indonesia. Teori yang digunakan adalah teori analisi kompenan makna yang mempunyai fitur distingtif untuk menandakan perbezaan setiap makna perlakuan bagi kata kerja dalam bahasa Banjar Kuala tersebut. Item-item dalam satu medan makna akan dianalisis menggunakan fitur (+) dan (-) bagi memperlihatkan ciri yang berkontras dan juga bersamaan. Fokus kajian ini adalah dari aspek makna leksikal kata kerja dengan melihat penggolongan benda berdasarkan kata-kata yang digunakan untuk mendenotasinya adalah berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang yang lain, bahkan antara satu dialek dengan dialek yang lain (Maslida Yusof, Rahim Aman, Karim Harun, Shahidi Hamid & Sa adiah Ma alip, 2010). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Maslida Yusof, Rahim Aman, Karim Harun, Shahidi Hamid, & Sa adiah Ma alip (2010), telah memberi ruang untuk kajian mengenai ujaran dalam masyarakat Banjar dilakukan. Hal ini kerana terdapat sebahagian kosa kata yang terdapat dalam bahasa Banjar mengenai makna yang sama atau hampir sama tetapi berbeza dari segi konsep penggunaannya. Bagi melihat makna yang lebih jelas, sesuatu makna perkataan itu perlu dikaji dari sudut pragmatik yang merujuk kepada ujaran yang dihasilkan oleh masyarakat Banjar itu sendiri. Hal ini turut dinyatakan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (1992), iaitu pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik yang dapat membantu pengkajian makna dengan lebih berkesan. Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2014) juga menyatakan bahawa huraian tentang sesuatu bahasa itu dapat difahami dengan lebih jelas dengan adanya analisis secara implisit dan eksplisit. Kajian mengenai analisis komponen makna kata kerja dalam slogan iklan produk kecantikan muka telah dijalankan oleh Indirawati Zahid & Fatmawati Zahid (2011). Kajian ini telah mengaplikasikan teori analisis komponen makna yang dipelopori oleh Nida, (1975) yang menggunakan fitur makna binari [+] dan [-]. Kajian ini melihat persamaan dan perbezaan antara kata kerja yang dianalisis. Data bagi kajian yang dilaksanakan oleh Indirawati Zahid & Fatmawati Zahid ini adalah 45 slogan iklan kecantikan muka yang diperoleh daripada Majalah Mingguan Wanita terbitan awal Januari 2006 hingga lewat Disember 2006. Daripada 45 slogan tersebut, terdapat 66 kata kerja yang dianalisis. Kajian ini 3

dijalankan berpandukan kepada tiga objektif iaitu yang pertama adalah untuk mengenal pasti kecenderungan penggunaan kata kerja dalam produk kecantikan muka, objektif kedua, memperlihatkan ketepatan pemilihan kata kerja yang digunakan dalam produk kecantikan muka dan objektif yang ketiga adalah untuk memaparkan penggunaan kata kerja yang bersifat spesifik dan umum yang digunakan. Hasil kajian mendapati dua jenis kata kerja yang digunakan dalam slogan ini dan seterusnya dilabelkan sebagai kata kerja yang bersifat spesifik fungsinya dan kata kerja yang bersifat umum. Kata kerja yang bersifat spesifik fungsinya dirujuk sebagai kata kerja yang berkolokasi dalam lingkungannya manakala yang bersifat umum sebagai sebaliknya. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa hanya terdapat lima kata kerja, iaitu 7.6 peratus yang bersifat spesifik manakala 61 kata kerja iaitu 92.4 peratus adalah bersifat umum digunakan dalam slogan kecantikan muka. Menurut Indirawati Zahid & Fatmawati Zahid (2011), ketepatan pemilihan kata kerja dalam slogan penting bagi menyampaikan mesejnya. Kajian makna seterusnya dikaji oleh Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad (2012) yang berkaitan dengan peluasan makna alim yang dianalisis dari aspek semantik kognitif. Faktor daripada fenomena pertambahan kosa kata Arab yang memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu telah membuatkan kajian berkaitan entri kata alim ini dianalisis. Pemilihan entri ini adalah daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007) yang dipilih berdasarkan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data konkordans alim di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah dianalisis. Hasil analisis kajian yang diilakukan oleh Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad (2012) ini mendapati makna alim telah meluas kepada makna-makna lain dan berbeza daripada dapatan kamus (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007). Namun, setiap peluasan ini adalah bermotivasi dan bukan wewenang. Oleh itu, dengan berpandukan kepada teori semantik kognitif dengan memanfaatkan teori prototaip, kategori jaringan radial, skema imej, metafora konsepsi dan metonimi, setiap motivasi peluasan makna dapat dijelaskan secara berpada. Berikutnya, Jehan Rizki Rakhmadani (2013) telah menjalankan kajian tentang analisis makna ujaran sebuah wacana pada dialog teks dalam naskhah drama The Importance of Being Earnest. Menurut Jehan Rizki Rakhmadani (2013), pemahaman yang mendalam mengenai makna sesuatu ujaran dalam sebuah wacana adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian yang khusus. Kemampuan memahami makna ujaran amat penting dalam mentafsir dan memahami maksud tindak tutur yang sedang berlaku antara penutur mitra tutur dalam sebuah wacana yang berbentuk dialog teks yang terkandung dalam naskah drama The Important of Being Earnest. Menurut Jehan Rizki Rakhmadani (2013), sebuah tindak tutur yang terkandung dalam naskah tersebut belum tentu mempunyai fungsi dan kaedah yang betul menurut aturan berbahasa kerana 4

Kata Adjektif Dalam Ujaran Masyarakat Banjar Nur Hafizah Razali 1, Normaliza Abd Rahim 1 wujudnya pengaruh konteks situasi di dalamnya. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mendeskripsikan beberapa makna ujaran yang terjadi dalam tindak tutur dalam dialog teks tersebut dan membincangkan factor-faktor yang mempengaruhinya. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori konteks situasi oleh J.R Firth (1930). Hasil kajian menunjukkan bahawa tindak tutur yang diujarkan oleh para tokoh dalam drama tersebut mempunyai makna ujaran yang berbeza atau dengan kata lain adalah menyimpang dari kaedah-kaedah berbahasa yang benar. Oleh itu, jelas bahawa sesuatu ujaran tersebut perlulah dikaitkan dengan konteks situasinya yang sebenar. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan kata adjektif dalam ujaran masyarakat Banjar. Kata adjektif yang terkandung dalam perbualan Banjar tersebut akan diterangkan dari sudut makna dengan menggunakan teori analisis komponen makna oleh Nida (1975). Setiap kata adjektif mempunyai makna tertentu dan kajian ini melihat penggunaan kata adjektif bahasa Banjar dari aspek makna berdasarkan ujaran sebenar. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini memperoleh data iaitu kata adjektif melalui proses temu bual, rakaman dan pemerhatian yang dilakukan kepada subjek. Subjek bagi kajian ini adalah masyarakat Banjar yang terdiri daripada dua buah keluarga yang menetap di Klang, Selangor iaitu seramai enam orang. Kajian ini telah dibataskan kepada satu jenis kata adjektif sahaja iaitu kata adjektif sifatan atau keadaan. Kajian ini dilakukan dengan menemu bual subjek mengenai kata adjektif ini dalam bahasa banjar dan penggunaan kata adjektif ini dalam ujaran bagi melakukan aktiviti harian. Pemilihan kata adjektif adalah secara rawak berdasarkan contoh ujaran atau perbualan yang subjek hasilkan semasa sesi pengumpulan data tersebut. Setelah kata adjektif dalam ujaran masyarakat Banjar telah diperolehi, data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan teori analisis komponen makna (Nida,1975). TEORI KAJIAN Teori analisis kompenan makna merupakan teori semantik yang dipelopori oleh Nida (1975). Berdasarkan teori analisis komponen, makna bagi sesuatu perkataan dianalisis sebagai suatu hubungan komponen-komponen yang kompleks. Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri daripada kosa kata atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang diikat secara logik dan tetap (logical constant). Teori ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terperinci dan memasukkan sama unusr-unsur pertentangan. Dalam menganalisis makna sesuatu kata (Nida,1975) mengusulkan model analisis komponen yang 5

menganalisis makna rujukan kata dengan pemberian fitur secara nilaian binary, iaitu tanda + yang merujuk fitur yang dimiliki dan yang merujuk pada fitur tidak dimiliki oleh sesuatu kosa kata tersebut. Dalam membincangkan analisis komponen ini, rujukan makna perlu dikenal pasti dengan pemberian fitur yang perlu dan signifikan bagi membezakan antara makna sesuatu kata dengan makna sesuatu kata yang lain. Pemberian fitur ini akan menentukan makna kata yang berada dalam medan makna yang sama. Analisis komponen makna merupakan kajian yang mengkaji bentuk serta fungsi rujukan dan paparan struktur makna kata dalam bahasa. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kata adjektif sifatan atau keadaan Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Jadual 1 berikut merupakan kata adjektif sifatan atau keadaan yang telah diperoleh berdasarkan data ujaran masyarakat Banjar. Kata Adjektif Bahasa Banjar Makna dalam Bahasa Melayu Ujaran Bahasa Banjar dan Bahasa Melayu Lawas Lama lawas ikam menukar baras lama kau membeli beras Kulir Malas kulir akuk handak umpat malas aku hendak ikut Supan Malu Jemput makan jangan supan Jemput makan jangan malu Lamak Gemuk Anak akuk lamak awaknya Anak aku gemuk badannya Jadual 1: Penggunaan kata adjektif sifatan atau keadaan dalam ujaran + panjang waktunya Lawas (lama) - sekejap - Baharu Rajah 1: Analisis Komponen makna bagi kata adjektif lawas (lama) Analisis komponen makna yang terdapat dalam Rajah 1 memperlihatkan bahawa kata adjektif bahasa Banjar lawas mempunyai fitur yang menunjukkan makna kepada tempoh yang lama (+ panjang waktunya), tidak sekejap (- sekejap) dan bukan sesuatu yang baharu (- baharu). Manakala makna kata adjektif lawas dalam ujaran tersebut iaitu lawas ikam menukar baras (lama kau membeli beras) tersebut merujuk kepada makna panjang waktunya dan tidak sekejap yang 6

Kata Adjektif Dalam Ujaran Masyarakat Banjar Nur Hafizah Razali 1, Normaliza Abd Rahim 1 menunjukkan tempoh masa yang lama diambil untuk membeli beras. Fitur bagi kata adjektif lawas (- baharu) iaitu yang membawa makna bukan sesuatu yang baharu tidak menggambarkan ujaran yang dihasilkan kerana ujaran yang dihasilkan merujuk kepada tempoh masa yang sahaja iaitu (+ panjang waktunya dan sekejap). Selain itu, istilah lawas dalam bahasa Melayu merujuk makna yang walaupun sama ejaan dan sebutan dengan bahasa Banjar iaitu hubungan makna yang tergolong dalam homonim. Homonim adalah kata-kata yang sama ejaan dan bunyi tetapi berbeza makna seperti kata lawas ini dalam bahasa Banjar dan bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, lawas bermakna lancar membuang air besar atau kecil dan membawa makna luas. Namun dalam bahasa Banjar, istilah lawas ini tergolong dalam kata adjektif sifatan atau keadaan yang mengandungi makna lama. Penggunaan kata adjektif lawas ini dalam bahasa Banjar mempunyai dua situasi iaitu yang berkaitan dengan masa yang lama dan juga sesuatu benda yang telah lama contohnya gerubok lawas (almari lama). Berdasarkan ujaran yang dihasilkan dalam Jadual 1, penggunaan kata lawas membawa makna tempoh masa yang lama. - mahu berbuat apa-apa Kulir (malas) - sudi - suka Rajah 2: Analisis komponen makna bagi kata adjektif kulir (malas) Analisis komponen makna yang terdapat dalam Rajah 2 memperlihatkan bahawa kata adjektif bahasa Banjar iaitu kulir mempunyai fitur - yang menunjukkan makna kepada sifat seseorang yang tidak ingin melakukan apa-apa (- mahu berbuat apa-apa) tidak sudi (- sudi) dan tidak suka (-suka). Berdasarkan ujaran yang dihasilkan iaitu kulir akuk handak umpat (malas aku hendak ikut) membawa makna subjek yang tidak sudi untuk mengikut serta pergi ke sesuatu tempat. Bagi fitur (- mahu berbuat apa-apa dan - suka) tidak menggambarkan makna kata penggunaan kata adjektif dalam ayat tersebut. Subjek hanya kulir yang merujuk kepada tidak sudi tetapi tidak bermakna subjek tidak mahu berbuat apa-apa dan tidak juga bermaksud subjek tidak suka pergi ke tempat tersebut. Oleh itu, makna penggunaan kata adjektif kulir dalam ujaran tersebut merujuk fitur makna (- sudi) iaitu tidak sudi untuk pergi ke tempat tersebut. Supan (malu) + berasa aib + segan + takut Rajah 3: Analisis komponen makna bagi kata adjektif supan 7

Analisis komponen makna yang terdapat dalam Rajah 3 memperlihatkan bahawa kata adjektif bahasa Banjar iaitu supan (malu) mempunyai fitur (+ berasa aib, + segan, + takut). Berdasarkan ujaran yang dihasilkan iaitu, Jemput makan jangan supan (Jemput makan jangan malu) merujuk kepada fitur (+ segan) iaitu jangan berasa segan. Makna penggunaan kata adjektif supan dalam ujaran tersebut tidak merujuk kepada fitur (+ berasa aib dan + takut). Hal ini kerana apa yang diujarkan itu tidak membawa makna sesuatu yang negatif yang boleh mendatangkan aib dan juga takut. Makna yang lebih tepat dalam ujaran tersebut adalah segan. Kebanyakan orang segan apabila disuruh makan atau menambah nasi dan jarang sekali seseorang itu berasa aib dan takut. Oleh itu, fitur makna bagi kata adjektif supan dalam ujaran tersebut merujuk kepada fitur makna (+ segan). + badan besar Lamak (gemuk) + subur - kurus Rajah 4: Analisis komponen makna bagi kata adjektif lamal (gemuk) Analisis komponen makna yang dilakukan memperlihatkan bahawa kata adjektif bahasa Banjar iaitu lamak (gemuk) mempunyai fitur (+ badan besar, + subur dan - kurus) iaitu merujuk makna bentuk fizikal badan yang besar, tanaman yang subur dan tidak kurus. Berdasarkan ujaran yang dihasilkan iaitu, Anak akuk lamak awaknya (Anak aku gemuk badannya), kata lamak merujuk fitur (+ badan besar dan kurus) iaitu sifat badannya yang besar dan tidak kurus. Manakala bagi fitur (+ subur) tidak menggambarkan makna penggunaan kata lamak tersebut kerana makna ujaran merujuk kepada manusia atau orang dan bukannya tanaman yang membawa makna fitur (+subur). Oleh itu, makna kata adjektif lamak dalam ujaran tersebut adalah berbadan besar dan tidak kurus yang merujuk kepada sifat fizikal seseorang. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini dapat menjelaskan makna kata adjektif bahasa Banjar dalam konteks penggunaan situasi sebenar dalam kehidupan seharian dengan merujuk kepada perbualan masyarakat Banjar tersebut. Sesuatu makna atau penggunaan kata itu termasuklah kata adjektif akan lebih mudah difahami jika melihat penggunaannya dalam konteks. Hal ini turut dipersetujui oleh kajian Wong Shia Ho (2014) bahawa makna sesuatu kata itu mempunyai makna literal dan konteks, maka penggunaan dalam konteks contohnya ujaran memainkan peranan penting dalam rujukan makna. Selain itu, makna penggunaan sesuatu kata itu juga lebih mudah difahami jika disertakan dengan contoh dalam penggunaan ayat atau ujaran oleh penutur bahasa itu sendiri (Norliza Hj. Jamaluddin: 2011). Bagi melihat makna kata adjektif bahasa Banjar, ujaran yang dihasilkan oleh masyarakat Banjar itu sendiri dibicangkan bagi mengetahui penggunaan sebenar kata adjektif tersebut. Hal ini turut disokong oleh 8

Kata Adjektif Dalam Ujaran Masyarakat Banjar Nur Hafizah Razali 1, Normaliza Abd Rahim 1 Goh Sang Seong (2011) dalam kajiannya berkaitan penterjemahan kata kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu yang dianalisis dari aspek ketepatan makna padanan. Menurut Goh Sang Seong (2011), faktor bahasa sasaran dan makna konteks memainkan peranan yang penting dalam penterjemahan semantik sesuatu kata. Selain itu, teori analisis komponen mampu menerangkan makna yang jelas dengan menggunakan fitur [+] dan [-] bagi kata yang hampir atau sama makna dengan sesuatu kata yang dikaji (Nida, 1975). KESIMPULAN Makna kata adjektif yang dianalisis menggunakan teori analisis komponen makna dapat memberi makna yang jelas bagi sesuatu kata itu. Tanda fitur yang digunakan dapat mengkategorikan makna kata dengan perkataan yang bersinonim atau sama erti. Penggunaan istilah kata adjektif dalam bahasa Banjar adalah berbeza dengan bahasa Melayu walaupun mempunyai fungsi yang sama tetapi berbeza dari segi istilah dan makna. Makna sesuatu kata adjektif lebih mudah difahami apabila dikaji dalam bentuk ujaran yang dihasilkan dalam kehidupan seharian. Kajian mengenai kata adjektif bahasa Banjar ini dapat memberi manfaat dan rujukan dalam memahami penggunaan kata adjektif sifatan atau keadaan dengan merujuk ujaran yang dihasilkan oleh penutur bahasa Banjar. Selanjutnya, kajian mengenai kata adjektif bahasa Banjar juga boleh dikaji dengan melihat jenis kata adjektif yang lain seperti kata adjektif ukuran, warna dan seumpamanya. Selain itu, kajian lanjutan berkaitan bahasa Banjar ini juga boleh dilihat dari pelbagai aspek contohnya penggunaan kata ganti nama dalam bahasa Banjar. RUJUKAN Gong Sang Seong. (2011). Penterjemahan Kata Kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: Satu Analisis Ketepatan Makna Pandanan, GEMA Online Journal of Languange Studies Volume 11(1) 2011 Indirawati Zahid & Fatmawati Zahid. (2011). Analisis Komponen Makna Kata Kerja Dalam Slogan Iklan Produk Kecantikan Muka. Jurnal Bahasa Jehan Rizki Rakhmadani. (2013). Analisis Makna Ujaran Sebuah Wacana Pada Dialog Teks Dalam Naskah Drama The Importance Of Being Earnest. Jurnal Linguistika\Akademia Vol.2, No2,2013, pp.156-168 Kamus Dewan. (2014). Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 9

Maslida Yusof, Rahim Aman, Karim Harun, Shahidi Hamid & Sa adiah Ma alip. (2010). Perkaitan Semantik Kata Kerja Bahasa Banjar Kuala: Satu Analisis Varian, Kuin, Banjarmasin. Jurnal Melayu (5) Nida, E.A. (1975). Componential Analisis of Meaning. Paris: Publishers The Hague Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad. (2012). Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif. GEMA Online Journal of Language Studies Norliza Hj. Jamaluddin. (2011). Kata Adverba Atau Kata Sifat? Jurnal Bahasa Normaliza Abd Rahim. (2013). Adjectives Identification in Television Advertisements. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, July 2013,12(3),15-2020 Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu Wong Shia Ho. (2014). Penggunaan Simbol Dalam Teks Ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis Teori Relevans. Jurnal Bahasa Jilid 14 Bil.1 2014 10