Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

Similar documents
وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Penyelidikan Arkeologi di Johor dari Sudut Pandangan Warisan vs Pembangunan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

1. Nyatakan sifat-sifat Allah yg terdapat dalan ayat Surah al-baqarah

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Kepelbagaian Nisbah 234 U/ 238 U dalam Jumlah Pepejal Terampai di Kuala Selangor

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

Hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

Transcription:

Jurnal Arkeologi Malaysia September 2016, Vol 29, No 2, hlm. 1-14 ISSN 0128-0732 (Print) XXXX-XXXX (Online) Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia Zuliskandar Ramli, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Mohd Samsudin, Mohammad Rohaizat Abdul Wahab, Muhammad Shafiq Mohd Ali & Muhammad Tarmizi Hasni 1 Abstrak Batu Acheh adalah salah satu objek budaya yang menarik minat para penyelidik yang berkecimpung dalam bidang arkeologi, sejarah dan budaya. Batu Acheh telah dijadikan sebagai salah satu bukti pengislaman raja-raja Melayu sejak abad ke-13 Masihi yang mana asal usul pembuatan batu Acheh ini adalah di Acheh. Keberadaan Batu Acheh di Pulau Langkawi sebelum ini hanya tertumpu kepada kehadiran sepasang Batu Acheh di Kampung Ulu Melaka dan dinamakan Makam Purba. Eksplorasi yang dijalankan pada tahun 2015 oleh pasukan arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mengidentifikasi penempatan purba di Langkawi telah menemukan tiga lagi makam yang menggunakan batu nisan Acheh. Dua makam ditemukan di Kampung Kubang Badak manakala sebuah lagi di Kampung Tanjung, Ulu Melaka, Langkawi. Berdasarkan kepada tipologi, batu Acheh yang di jumpai di Kampung Kubang Badak adalah daripada jenis H1 dan H2 yang mana tipologi tersebut sama seperti batu nisan di Makam Purba manakala Batu Acheh di makam Kampung Tanjung adalah daripada jenis M. Batu Aceh jenis H ini secara relatifnya dihasilkan pada abad ke-14 hingga 15 Masihi manakala jenis M pula dihasilkan pada abad ke-16 hingga 17 Masihi. Jumpaan batu nisan Acheh di Langkawi ini secara tidak langsung menunjukkan peranan dan kepentingan Langkawi sebagai salah satu daerah pentadbiran Kesultanan Melayu Kedah sejak abad ke-14 Masihi lagi. Kata kunci: Batu Acheh, Langkawi, Makam Purba, Kampung Tanjung, Ulu Melaka Abstract Batu Acheh or Acheh Tombstone was one of the cultural objects that attracts researchers who are involved in the field of archaeology, history and culture. Batu Acheh has been used as one of the evidences of Islamization of Malay Rulers since 13th century AD and the origin of Batu Acheh is from Acheh. The presence of Batu Acheh in Langkawi was only focus in one area which is located in Kampung Ulu Melaka and the tomb was called Makam Purba. Survey conducted by researchers from Universiti Kebangsaan Malaysia in 2015 in order to identify ancient settlement in Langkawi have found three more ancient tomb with Batu Acheh as a tombstone. Two of the tomb were located in Kampung Kubang Badak and one tomb was located in Kampung Tanjung, Ulu Melaka, Langkawi. Based on their typology, Batu Acheh from Kampung Kubang Badak are categorized as Type H tombstone which have the same typology of Batu Acheh from Makam Purba whilst Batu Acheh form Kampung Tanjung, Ulu Melaka are categorized as Type M.

2 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14 Type H Batu Acheh was produced in 14 th century to 15 th century AD whilst Type M was produced in 16 th century to 17 th century AD. The findings of Batu Acheh in Langkawi shows the important and role of Langkawi as a one of the administrative district in Kedah Malay Sultanate since 14 th century AD. Keywords: Batu Acheh, Langkawi, Ancient Tomb, Kampung Tanjung, Ulu Melaka Pengenalan Batu Aceh merupakan salah satu jenis batu nisan yang terdapat di Malaysia dan merupakan antara peninggalan sejarah yang penting. Batu Aceh berasal dari utara Sumatera sejak awal abad ke- 13 Masihi lagi. Istilah Batu Aceh muncul pada tahun 1920 berkenaan dengan penemuan sebuah makam keramat di Pahang dipercayai milik Keramat Saiyid Abu Bakar yang dijumpai oleh seorang wartawan Sircom. Beliau telah menerbitkan sebuah artikel berkaitan makam tersebut dengan menggunakan istilah Batu Aceh kepada nisan tersebut kerana menyerupai nisan-nisan yang terdapat di utara Sumatera yang pernah beliau temui (Othman Yatim 1988). Di Malaysia, Batu Aceh hanya digunakan sebagai tanda bagi makam orang kenamaan sahaja seperti sultan, kaum kerabat serta pembesar kerajaan. Batu nisan digunakan sejak dari abad ke-13 M sehingga abad ke-19 M. Hal ini berkemungkinan ada kaitan dengan hubungan perdagangan serta hubungan kekeluargaan antara pemerintah di Semenanjung Malaysia dengan pembesar Utara Sumatera terutamanya Aceh. Sebagai contoh, hubungan kekeluargaan yang terjalin antara Kesultanan Perak dengan Kesultanan Aceh pada tahun 1577 yang mana putera Sultan Mansur Shah, Sultan Perak yang ke-2 telah ditabalkan menjadi Sultan Aceh dengan gelaran Sultan Alauddin Mansur Shah memerintah dari tahun 1577-1585 (Abdul Halim Nasir 1977). Selain digunakan secara meluas di Malaysia sebagai tanda bagi makam orang kenamaan, Batu Aceh juga turut digunakan di Selatan Thailand serta Brunei. Batu Aceh yang tertua dijumpai di Kepulauan Melayu adalah milik Sultan Malik as-salih, sultan pertama yang memerintah Kerajaan Samudera Pasai di timur laut Sumatera, Wilayah Aceh sekarang yang bertarikh Ramadhan 696 H (1297 M). Nisan Aceh yang tertua dijumpai di Malaysia pula adalah bertarikh 856 H (1451-1453 M) yang dijumpai di Sayong Pinang, Johor (Daniel & Kamaruddin 2004). Dianggarkan terdapat lebih daripada 400 buah makam yang ditandakan Batu Aceh berjaya dikesan di negara kita walaupun kebanyakannya telah hilang dan musnah. Antaranya yang dijumpai di Langkawi yang dikenali sebagai Makam Purba. Batu Aceh Di Langkawi Langkawi terletak dalam wilayah Kedah iaitu negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Langkawi merupakan sebuah pulau bebas cukai dan pelancongan yang terkenal dengan keindahan dan lagendanya. Di Langkawi juga kajian berkenaan Batu Aceh sebelum ini menemukan satu makam sahaja yang ditandakan dengan Batu Aceh. Makam tersebut terletak di Kampung Ulu Melaka yang diketahui wujud semenjak pertengahan tahun 1970-an oleh Othman Yatim (Othman Yatim 1988). Makam tersebut tidak diketahui pemiliknya dan hanya dikenali sebagai Makam Purba. Batu Aceh yang terdapat di Makam Purba adalah Batu Aceh jenis H2 yang dihasilkan dalam abad ke-14 Masihi. Ciri khas Batu Aceh jenis H ialah bahu yang menonjol dan melengkung ke atas di kedua belah bahunya (bahu ini sering kali berlobus-lobus) serta kepala yang bertingkat 2 (lihat Rajah 1 dan Rajah 2). Jenis ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu bahagian puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, badan bahagian bawah dan bahagian dasar. Bahagian puncak mempunyai satu tingkat. Bahagian kepala dua mempunyai dua tingkat yang mana tingkat atasnya berbentuk tiga segi dan sering dihiasi dengan ukiran hujung panah yang bersambung dengan hiasan yang diukir bentuk bebawang yang berada di tingkat bawah yang berbentuk bebawang juga. Bahagian badan atas sering

Zuliskandar Ramli et. al. 3 dihiasi dua ukiran yang dipahat berbentuk tangga. Permukaan biasanya dihiasi panil-panil yang dipahat, tingkat-tingkat pseudo-kaligrafi, bunga-bunga, ukiran bersilang-silang dan pelbagai lagi. Pada bahagian badan bawah pula sering dihiasi tiga ukiran berbentuk bebawang menonjol pada muka besar. Bahagian dasar pula berbentuk empat segi panjang yang dihiasi satu atau beberapa ukiran berbentuk empat segi panjang yang dipahat. Rajah 1. Batu Aceh jenis H2 yang terdapat di Makam Purba. Beza antara H1 dengan H2 adalah di mana jenis H2 di bahagian bahu-bahu, kepala dan puncak dihiasi beberapa tingkat benggolan bebawang dan tiga segi (lihat Foto 1). Selain itu, kebanyakan Batu Aceh jenis H2 dihiasi sebuah tonjolan vertikal di tengah muka besar batu nisan daripada badan bahagian bawah hingga ke puncak. Kebiasaannya, di Semenanjung Malaysia, Batu Aceh jenis H adalah digunakan untuk menandakan makam milik golongan perempuan. Pada tahun 2015, penulis bersama pasukan penyelidikan arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia dibantu penduduk tempatan telah berjaya menemui 3 lagi Batu Aceh setelah menjalankan survei di beberapa kawasan dalam Pulau Langkawi. Dua daripadanya dijumpai di Kampung Kubang Badak dan satu di Kampung Tanjung, Ulu Melaka. Batu Aceh yang dijumpai di Kampung Kubang Badak adalah jenis H1 dan H2 iaitu sama dengan Batu Aceh yang terdapat pada Makam Purba. Kedua batu ini dijumpai di bahagian permukaan makam iaitu sebagai penanda makam tersebut. Walau bagaimanapun Batu Aceh tersebut berada dalam keadaan 30% hingga 35% baik sahaja manakala struktur yang lain telah rosak bermungkinan disebabkan oleh faktor alam sekitar mahupun gangguan daripada manusia atau haiwan. Batu Aceh satu lagi dijumpai melalui survei serta ekskavasi arkeologi di Kg. Tanjung, Ulu Melaka.

4 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14 Rajah 2. Lakaran Batu Aceh jenis H. Foto 1. Batu Aceh jenis H1 dan H2 yang dijumpai di Kg. Kubang Badak Batu Aceh Di Makam Kampung Tanjung, Ulu Melaka, Langkawi

Zuliskandar Ramli et. al. 5 Batu Aceh di Kampung Tanjung telah ditemui melalui kerja menyelamat pada 28 dan 29 Nov 2015 iaitu lanjutan dari hasil survei yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli dan beberapa orang penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kawasan makam ini berada dalam tanah persendirian penduduk kampung. Penelitian awal terhadap makam ini menunjukkan hanya sebuah sahaja batu nisan yang masih lagi boleh dilihat pada ukuran 16 cm dan selebihnya sudah tenggelam ke dalam tanah. Manakala satu lagi sudah tidak dapat dilihat akibat tertimbus sepenuhnya. Seramai 8 orang penyelidik di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli telah melakukan kerja-kerja menyelamat di makam tersebut setelah mendapat kebenaran dari tuan tanah. Prosedur ekskavasi dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan kerja ekskavasi dilakukan selama 2 hari. Antara garis panduan yang dilakukan dalam proses gali cari adalah seperti menentukan titik datum sebenar bagi menentukan tapak yang perlu di gali cari seperti dalam rajah 4 dan 5. Setelah garis datum dan tapak ditentukan, maka petak dibuka pada kiraan 2 meter x 2 meter dengan nombor petak CVII serta kedalaman satu spit bersamaan 20 cm. Foto 2. Proses penyediaan garisan datum. Foto 3. Permukaan petak CVII dengan kiraan 2 X 2 meter Gali cari dilakukan selama 2 hari yang mana telah berjaya mengeluarkan kedua nisan arah selatan di petak CVII dan nisan arah utara di petak CVI pada kedudukan spit 4. Setelah itu, sampel tanah diambil bagi menentukan jenis tanah serta stratigrafi tanah juga turut dilakukan seperti rajah

6 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14 6. Semasa proses gali cari, terdapat juga beberapa keping serpihan tembikar dijumpai pada petak CVII dengan kedalaman spit 3. Jumpaan tembikar tanah tersebut menunjukkan lapisan budaya yang berasosia dengan makam ini adalah berada pada kedalaman 60 cm dari permukaan tanah. Tembikar tanah yang dijumpai dalam bentuk serpihan dipercayai tembikar buatan tempatan. Foto 4. Keadaan Batu Acheh sebelum galicari dijalankan. Foto 5. Kedudukan Batu Nisan Acheh selepas galicari dijalankan.

Zuliskandar Ramli et. al. 7 Foto 6. Stratigrafi tanah. Foto 7. Antara serpihan tembikar yang dijumpai Jenis Batu Nisan Yang Dijumpai di Kampung Tanjung, Ulu Melaka Batu Aceh yang dijumpai pada makam Kg Tanjung adalah jenis M yang secara relatifnya dihasilkan pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi (lihat Rajah 3). Ciri khas jenis ini adalah mempunyai 5 bahagian iaitu puncak, kepala, badan bahagian atas, badan bahagian bawah dan dasar. Puncak berbentuk bebawang lapan muka dengan atasnya berbentuk panjang sekali. Bahagian kepala pula berbentuk satu atau dua tingkat cakera yang diukir berbentuk lapan daun atau kelopak bunga teratai (kadangkala dengan satu ukiran tiga persegi di antara dua ukiran daun). Terdapat sebuah tonjolan vertikal di sebelah tengah setiap muka badan bahagian atas yang tidak berhias. Badan bahagian bawah berbentuk segi lapan sama dan dihiasi pada setiap hujung dengan satu ukiran menonjol berbentuk bebawang. Bahagian dasar berbentuk segi empat sama dihiasi dengan satu atau beberapa ukiran empat persegi panjang yang timbul.

8 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14. Rajah 3. Lakaran Batu Aceh jenis M Batu Nisan Bahagian Selatan Pembukaan petak CVII berjaya mengeluarkan batu nisan sebelah selatan. Batu nisan ini telah patah kepada dua bahagian dan puncak batu nisan tersebut telah hilang dan tidak ditemui semasa proses survei dan ketika galicari. Bahagian pertama yang dikeluarkan ialah bahagian kepala, badan dan badan bawah yang berukuran 30.6 cm. Ukuran lilit bahagian badan atas 59 cm manakala ukuran lilit bahagian badan bawah 46 cm. Bahagian kepala yang mempunyai ukiran bentuk bunga teratai tidak sempurna. Manakala bahagian kedua yang dikeluarkan ialah tapak atau bahagian dasar batu nisan yang berukuran 29.5 cm dan mempunyai permukaan tapak berbentuk segi empat sama berukuran 17x17 cm (lihat Foto 8, Foto 9 dan Foto 10). Foto 8. Badan bahagian atas dan badan bawah

Zuliskandar Ramli et. al. 9 Foto 9. Bahagian dasar dan tapak batu nisan Batu Nisan Bahagian Utara Foto 10. Corak bungateratai Cari gali petak CVI bertujuan untuk mengeluarkan keseluruhan batu nisan sebelah utara. Ini kerana pada awalnya kepala batu nisan utara berada di bahagian petak CVI. Walau bagaimanapun separuh badannya dan juga dasar berada di luar tapak CVI. Batu nisan utara dijumpai lengkap akan tetapi telah patah kepada 4 bahagian. Bahagian pertama ialah puncak batu nisan tersebut. Bahagian kedua kepala, badan atas dan badan bawah yang berukuran 36 cm, bahagian ketiga bahagian dasar setinggi 10cm dan mempunyai kelebaran 2 0x 20 cm dan yang keempat tapak bawah setinggi 32 cm (lihat Foto 12, Foto 13). Lakaran bahagian badan, pandangan dari atas dan bahagian dasar boleh dirujuk di Rajah 4, Rajah 5 dan Rajah 6.

10 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14 Foto 11. Bahagian kepala berbentuk bunga teratai Foto 12. Kepala, badan atas dan badan bawah

Zuliskandar Ramli et. al. 11 Foto 13. Bahagian dasar dan tapak bawah Rajah 4. Lakaran Batu Nisan Acheh Jenis M di Kampung Tanjung, Ulu Melaka, Langkawi (Lakaran Oleh Ahmad Helmi Mohd Mukhtar)

12 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14 Rajah 5. Lakaran Batu Nisan Acheh Pada Pandangan Atas (Lakaran Oleh Ahmad Helmi Mohd Mukhtar) Rajah 6. Lakaran Batu Nisan Acheh di bahagian dasar dan tapak (Lakaran Oleh Ahmad Helmi Mohd Mukhtar)

Zuliskandar Ramli et. al. 13 Lakaran Stratigrafi Makam Kampung Tanjung Kesimpulan Penemuan baru Batu Aceh di Langkawi telah menambahkan lagi koleksi batu Aceh di negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya. Dua makam ditemukan di Kampung Kubang Badak manakala sebuah lagi di Kampung Tanjung, Ulu Melaka, Langkawi. Berdasarkan kepada tipologi, batu Acheh yang di jumpai di Kampung Kubang Badak adalah daripada jenis H1 dan H2 yang mana tipologi tersebut sama seperti batu nisan di Makam Purba manakala Batu Acheh di makam Kampung Tanjung adalah daripada jenis M. Batu Aceh jenis H ini secara relatifnya dihasilkan pada abad ke-14 hingga 15 Masihi manakala jenis M pula dihasilkan pada abad ke-16 hingga 17 Masihi. Jumpaan batu nisan Acheh di Langkawi ini secara tidak langsung menunjukkan peranan dan kepentingan Langkawi sebagai salah satu daerah pentadbiran Kesultanan Melayu Kedah sejak abad ke-14 Masihi lagi. Rujukan Abdul Halim Nasir. 1977. Sejarah Perak: Siri Pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium. Daniel Perret, Kamarudin Ab. Razak & Ludvik Kalus. 2004. Batu Aceh Johor: Dalam Perbandingan. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

14 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(2): 1-14 Othman Mohd. Yatim. 1988. Batu Aceh: Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia. Lumpur: Museum Association of Malaysia. Kuala Zuliskandar Ramli Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Bangi, Selangor Email: ziskandar2109@gmail.com Ahmad Helmi Mohd Mukhtar Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Bangi, Selangor Email: ahmpjg@gmail.com Mohd Samsudin Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Sains Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi Email:moss@ukm.edu.my Mohd Rohaizat Abd Wahab Calon Doktor Falsafah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Email: mrohaizat@gmail.com Muhamad Shafiq Mohd Ali Pegawai Sains Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Email: muhdshafiq@ukm.edu.my Muhammad Termizi Hasni Calon Sarjana Persuratan Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Email: termizi_hasni@yahoo.com