Siti Fatimah Mohd Rahimah Embong Hanif Md Junid Mohamad Zaidin Mohamad

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Ulasan Buku / Book Review

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Tema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia. Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Amar Makruf Nahi Mungkar

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

SEBUAH ANALISIS TENTANG PENDEKATAN KAJIAN R. O. WINSTEDT TERHADAP ISLAM DI TANAH MELAYU

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Takrifan Etika ethos

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Transcription:

Karekteristik dan Cabaran Tamadun Islam Menurut Pemikiran Muhammad Asad Siti Fatimah Mohd Rahimah Embong Hanif Md Lateh @ Junid Mohamad Zaidin Mat@ Mohamad Abstrak Orientalisme merupakan satu daripada cabaran buat perkembangan peradaban Islam kontemporari sama ada terhadap umat secara amnya dan golongan pendakwah khususnya. Hal ini dikatakan sebagai cabaran kerana terdapat sebahagian orientalis yang memeluk Islam dengan tujuan menghancurkan Islam. Golongan ini menghasilkan penulisan berlatarkan Islam, namun telah mengemukakan fakta kontradik dengan kebenaran demi mengelirukan umat Islam sepertimana yang telah dilakukan oleh Snouck Hurgronje di Indonesia. Walaupun begitu, terdapat sebahagian orientalis yang memeluk Islam berdasarkan prinsip agama Islam sebagai agama sebenar. Bertitik tolak daripada realiti tersebut, kajian ini memberi fokus terhadap Muhammad Asad (sebelum ini dikenali sebagai Leopold Weiss) (1900-1992) yang merupakan seorang orientalis Yahudi dan telah memeluk Islam. Kajian ini mendapati gagasan pemikiran Muhammad Asad adalah jelas mengenai sifat-sifat tamadun Islam iaitu transenden, universal, seimbang dan terkawal. Manakala elemen-elemen utama tamadun Islam merangkumi Tauhid, al-qur an dan al-sunnah serta ilmu pengetahuan. Muhammad Asad.juga mendapati cabaran utama yang harus ditempuh oleh tamadun Islam adalah serangan Orientalis, pertembungan tamadun dan ulama duniawi (Pseudo). Kajian ini memberi implikasi kepada keperluan dialog peradaban dan Islamisasi pendidikan. Kesimpulannya, pendekatan Muhammad Asad tidak menjadi cerminan beliau sebagai orientalis yang mengelirukan. Kata kunci: Muhammad Asad, Islam at the Crossroads, Orientalisme, Tamadun Islam, Pemikiran Islam Abstract Orientalism is one of the challenges for the development of the contemporary Islamic civilization whether the Muslim society in general or the Islamic preacher in particular. This becomes a challenge when some orientalists who converted to Islam with the aim of destroying Islam. These people produce writings based on Islam, but presenting the facts which are contradict to the truth in order to bring confusion among Muslims as what has been done by Snouck Hurgronje in Indonesia.However, some orientalists who converted to Islam with the conviction of Islam as the true religion. Therefore, this study focuses on Muhammad Asad (formerly known as Leopold Weiss) (1900-1992) who was a Jewish orientalist and had converted to Islam. This study has found that Muhammad Asad s civilizational thoughts are clear about the distinguished characterisctics of Islamic civilization namely transcendent, universal, balanced and controlled. While its essential elements include Tawhid, al-qur'an and al-sunnah and knowledge. He also identified the main challenges facing the Islamic civilization which are clash of civilizations, Orientalist threats 48

and the worldly (Pseudo) scholars. This study has implications on the urgent needs of civilizational dialogue and the Islamization of education. In summary, Muhammad Asad s approarch did not reflect himself as a misleading orientalist. Key words: Muhammad Asad, Islam at the Crossroads, Islamic Civilization, Islamic Thoughts Pendahuluan Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang menepati gambaran keadaan negara yang aman sejahtera serta makmur bahagia sebagaimana firman Allah SWT dalam kitab-nya: baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur (al-quran 34: 15). Manakala manusia pula merupakan sebaik-baik ciptaan Allah SWT yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir serta mengurus alam (Mustafa, 2004). Hal ehwal pengurusan serta pentadbiran alam ini meliputi hubungan manusia dengan Allah SWT (hablun min Allah), hubungan manusia dengan manusia (hablun min al-nas) serta hubungan manusia dengan alam (Mustafa, 2004). Gabungan dua amanat utama iaitu sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di dunia mampu menghasilkan satu bentuk kejayaan yang disebut sebagai tamadun Islam (Rasid, 1996). Melalui pemikiran Muhammad Asad, aspek yang perlu diberi keutamaan adalah karekteristik penting dalam pembangunan tamadun Islam serta cabarancabaran yang dihadapi oleh tamadun tersebut. Asad pada asalnya seorang Yahudi bernama Leopod Weiss. Beliau dilahirkan di Hasburg (Ukraine) pada 12 Julai 1900 dan meninggal pada Februari 1992 ketika berumur 91 tahun. Asad (1982) dalam aluan karyanya telah menyatakan beliau memeluk Islam pada tahun 1926. Muhammad Asad sepanjang hidupnya telah berkhidmat sebagai penulis, aktivis, diplomat dan penterjemah al-quran (Amir, 2015). Karekteristik Tamadun Islam Menurut Muhammad Asad Karekteristik ini dibahagikan kepada ciri-ciri serta elemen-elemen utama tamadun Islam. Esa (2001) membawa pandangan Jurji Zaidan tentang ciri-ciri tamadun Islam yang berpaksikan rabbaniyyah (ketuhanan), insaniyyah (kemanusiaan), dunyawiyyah (keduniaan) dan syumuliyyah (menyeluruh). Manakala, Muhammad Asad (1982) pula menegaskan bahawa ciri-ciri tamadun Islam adalah bersifat transenden, universal, seimbang dan terkawal. Keempat-empat ciri ini merupakan rangkuman karakter tamadun Islam. Walaupun mempunyai perbezaan dengan ciri yang dinyatakan Jurji Zaidan, akan tetapi konsep keseluruhannya mempunyai rangkuman yang sama. a. Tamadun Islam Tamadun Transenden Menurut Muhammad Asad (1982), tamadun Islam mesti bersifat dengan sifat transenden yang bermaksud kewahyuan. Kewahyuan yang dimaksudkan adalah disebabkan al-quran dan al- Sunnah merupakan paksi utama. Paksi yang datang dari Allah SWT merupakan panduan dan tidak 49

bergantung pada pemikiran serta akal manusia semata-mata. Melalui panduan wahyu, tamadun Islam meraikan kedua-dua aspek pembangunan material serta spiritual manusia (Asad, 1982). Ciri ini diungkapkan Asad melalui petikan: Islam, being based on transcendental conception, regards the soul as a reality beyond question or doubt. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Asad menunjukkan keberadaan wahyu sebagai konsep penting dalam pembinaan tamadun Islam. Kenyataan ini sejajar dengan prinsip Islam seperti mana dipersetujui Osman Bakar et al. (2009) Selanjutnya, Muhammad Asad membandingkan tamadun Islam dengan tamadun China dari segi cakupannya. Tamadun China terkenal sebagai satu tamadun yang besar, namun hanya tertumpu kepada satu benua sahaja. Berbeza dengan tamadun Islam, ia meliputi timur dan barat dunia serta berjaya mengislamkan manusia hampir ke seluruh pelusuk dunia. Beliau menulis: We need not search far for an explanation of this wonderful spectacle: it was the religious teaching of the Quran that give a solid foundation and the life-example of the Prophet Muhammad that formed a band of steel around that grand social structure. The Roman Empire had no such spiritual element to keep it together, and therefore it broke down so rapidly. (Asad, 1982) Dalam hal ini, Muhammad Asad menegaskan bahawa al-quran dan al-sunnah adalah faktor utama kekuatan tamadun Islam yang membezakannya dengan Tamadun Rom. Tamadun Rom diiktiraf sebagai tamadun yang kuat namun ia runtuh perlahan-lahan kerana tiada asas utama iaitu keimanan kepada Allah SWT dan Rasul SAW (Asad, 1982). Penegasan Asad dalam petikan di atas mebawa faham bahawa pembinaan tamadun Islam mempunyai sandaran serta asas kukuh. Keadaan ini menjadi pemangkin kepada ketamadunan Islam yang tidak dialirkan daripada akal manusia yang seringkali mencuba dan sentiasa bereksperimental.. b. Tamadun Islam Tamadun Universal Tamadun Islam perlu bersifat universal. Universal menurut Kamus Dewan (2005) bermaksud meliputi seluruhnya atau semuanya di dunia ini atau berlaku keseluruhannya. Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia tanpa membezakan warna kulit mahupun harta serta kasta. Tamadun Islam, tegas Muhammad Asad (1982) menuruti sifat universal Islam ini. Ia tidak tertumpu kepada individu tertentu malah meliputi seluruh muka bumi. It is to be found in the fact that Islam, as a teaching, undertakes to define not only the metaphysical relations between man and his creator, but also and with scarcely less insistence the earthly relations between the individual and his social surroundings. (Asad, 1982). Dalam Islam, penekanan bukan sahaja diberi ke atas hubungan manusia dengan pencipta, namun begitu hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam turut diberi perhatian. Semua manusia adalah sama; yang meninggikan darjat mereka adalah sifat taqwa yang wujud dalam hati mereka. Firman Allah SWT: 50

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ١٣ ى ك م أ تق إ ن أ كر م ك م ع ند ٱ لل Maksudnya: Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa. (al-hujurat, 49: 13) Muhammad Asad menjelaskan: While in the Islamic Empire there was no privileged nation and power was made subservient to the propagation of an idea regarded by its torchbearers as the sublime religious truth, the idea underlying the Roman Empire was conquest of power and the exploitation of other nations for the benefit of the mother country alone...the famous Roman justice was justice for the Romans alone. (Asad, 1982) Melalui petikan di atas, dapat dicerakin bahawa tamadun Islam sangat istimewa berbanding negara atau empayar yang lain. Penjustikasian ini dibuat dalam konteks Islam tidak mempunyai batasan dari segi bangsa mahupun agama. Contoh bandingan yang dikemukakan Asad adalah tamadun Rom. Rom menggunakan slogan Roman justice yang diaplikasikan hanya kepada warga Rom sahaja. Rakyat dari negara jajahan lain pula dilayan seperti hamba abdi serta tiada keadilan buat mereka. Keadaan ini menjelaskan sifat universal yang dimiliki tamadun Islam tanpa batasan. c. Tamadun Islam Tamadun Seimbang Tamadun Islam juga perlu bersifat seimbang. Berbanding dengan tamadun Barat, ia berpaksikan pembangunan material atau lahiriyyah semata-mata. Kewujudan agama dalam tamadun tersebut hanya sebagai simbol dalam kehidupan masyarakat. Berbeza dengan Islam. Islam menekankan pembangunan lahiriyyah serta batiniyyah, material serta spiritual. Justeru itu, tamadun Islam bukan hanya memfokuskan pembangunan pembandaran tetapi juga pembangunan sistem sosial dalam masyarakat (Asad, 1982). Wujudnya kepercayaan terhadap keesaan Allah SWT menjadikan tamadun Islam sebuah tamadun yang kukuh. Ia diseimbangkan dengan fokus terhadap pembangunan kedua-dua aspek penting dalam kehidupan manusiawi. Muhammad Asad menjelaskan:...the achievement of this purpose remains impossible so long as we divide our lives into two parts, the spiritual and the material: they must be bound together...into one harmonious entity (Asad, 1982) 51

Hal ini berbeza dengan tamadun Rom yang berpegang pada slogan Render into Caesar that which belongs to Caesar, and render unto God that which belongs to God. Bagi mereka, tiada ruang bagi agama mencampuri urusan pembangunan duniawi. Justeru itu, jelaslah bahawa tamadun Islam bersifat lebih seimbang berbanding tamadun Barat dalam menjayakan kelangsungan tamadun tersebut. d. Tamadun Islam Tamadun Terkawal Tamadun Islam juga bersifat terkawal. Hal ini adalah kerana tamadun ini mempunyai al-quran dan al-sunnah sebagai panduan dalam melakukan sebarang perlakuan. Ia juga mengakui bahawa segala yang wujud di dunia ini adalah milik Allah SWT dan manusia diciptakan untuk mentadbir bumi sebagai khalifah-nya (Asad, 1982). Kepercayaan bahawa segala kejadian adalah ketentuan Allah SWT menjadikan tamadun Islam lebih terkawal dalam usaha pembangunannya. Ia juga dibantu oleh kefahaman bahawa pembangunan moral serta akhlak lebih penting berbanding pembangunan material sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh tamadun Barat (Asad, 1982). Elemen Metafizik Tamadun Islam Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa tamadun Islam berdiri atas gabungan kesepaduan beberapa elemen utama. Elemen-elemen ini membentuk tamadun yang kukuh dan seimbang. Para sarjana mempunyai pelbagai pendapat mengenai elemen-elemen ini. Muhammad Asad pula lebih cenderung mementingkan elemen-elemen metafizik (ma nawi) dalam pembentukan tamadun Islam. Elemen-elemen yang dititikberatkan oleh beliau ialah: Tauhid, al-quran dan al-sunnah serta ilmu pengetahuan a. Tauhid Faham tauhid adalah kefahaman asas dalam ajaran Islam. Tauhid ialah meyakini keesaan Allah SWT dari sudut sifat serta perbuatan-nya (Rasid, 1996). Aqidah serta keimanan yang kukuh menjadi kunci utama kesepaduan hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Tauhid ini mendorong manusia menjadi hamba Allah SWT serta khalifah-nya dengan amanah dan adil (Esa, 2001). Syeikh Muhammad Abduh menekankan bahawa tamadun Islam itu dibina atas faktor agama (Rasid, 1996). Menurut Muhammad Asad (1982) pula, tauhid merupakan identiti kepada tamadun Islam yang mampu menjadikannya satu entiti yang kukuh dan padu. b. al-quran dan al-sunnah 52

Allah SWT menjadikan al-quran sebagai satu garis panduan bagi ummatnya menjalani kehidupan di dunia. Al-Quran menjelaskan hakikat kehidupan duniawi yang sementara. Walau bagaimanapun, ia tidak menolak pembangunan serta kemajuan duniawi. Al-Quran menyebabkan tamadun Islam kekal bertahan walaupun diasak oleh pihak musuh dari pelbagai penjuru. Dalam hal ini Muhammad Asad menjelaskan: We need not search far for an explanation of this wonderful spectacle: it was the religious teaching of the Quran that give a solid foundation and the life-example of the Prophet Muhammad that formed a band of steel around that grand social structure. (Asad, 1982) Al-Sunnah pula merupakan petunjuk praktikal kehidupan Nabi Muhammad SAW. Walaupun baginda SAW telah wafat, namun ummat Islam yang terkemudian mampu melihat baginda SAW melalui hadis-hadis yang ditinggalkan. Baginda SAW telah meletakkan batu asas dalam pembinaan tamadun Islam. Setiap suruhan serta larangan baginda SAW mengandungi hikmah yang tersendiri kerana baginda SAW tidak mengucapkan sesuatu melainkan melalui wahyu Allah SWT: In enjoining us to do this or to avoid that, he always had some strategic objectives in view which he thought to be indispensable for the spiritual or social welfare of man. (Asad, 1982) Menurut Muhammad Asad (1982), mengikut sunnah Nabi SAW merupakan satu elemen penting jika bercita-cita untuk menjadi seorang Muslim yang benar. Beliau menegaskan: To follow him in all that he commanded is to follow Islam; to discard his Sunnah is to discard the reality of Islam. Justeru, al-sunnah merupakan paksi utama kelangsungan tamadun Islam. c. llmu Pengetahuan Salah satu elemen penting dalam pembinaan tamadun ialah faktor keilmuan (Esa, 2001). Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW juga berkenaan dengan ilmu. Ilmu diperlukan bagi pembangunan serta kemajuan dalam segenap aspek kehidupan sama ada sosial, politik serta ekonomi. Islam tidak menghalang kemajuan dalam bidang keilmuan dan pendidikan. Menurut Muhammad Asad: Islam has never been a barrier to progress and science. It appreciates the intellectual activities of man... (Asad, 1982) Namun dalam hal ini, Muhammad Asad menerangkan bahawa dasar keilmuan yang diambil dari Barat perlu dilakukan secara berhati-hati. Segala bentuk pemikiran serta ideologi menyeleweng Barat perlu dijauhi. Umat Islam perlu berdiri teguh dengan dasar-dasar keilmuan yang Islamis. We must have the will to learn... but the one thing Muslims must not wish is... to think in Western patterns of thought: they must not wish, if they desire to remain Muslims, to 53

exchange the spiritual civilization of Islam for the materialistic experimentation of the West...(Asad, 1982) Cabaran-Cabaran Tamadun Islam Menurut Muhammad Asad Pengkaji mendapati terdapat beberapa cabaran tamadun Islam yang digariskan oleh Muhammad Asad. Cabaran-cabaran tersebut ialah pertembungan tamadun, serangan orientalis, dan kemunculan pseudo ulama. a. Pertembungan Tamadun Umat manusia telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai bangsa dan kaum. Kepelbagaian ini mewujudkan kawasan kediaman serta pemerintahan masing-masing. Ia menjadikan kehidupan lebih kompleks dan meluas. Sesetengah bangsa atau kumpulan berjaya mencipta tamadun serta peradaban mereka yang tersendiri. Keperluan hidup pula memaksa tamadun-tamadun ini berinteraksi sesama mereka bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan, bersosial serta hubungan politik. Interaksi ini membawa kepada pertembungan antara tamadun. Asad (1982) dalam konteks ini jelas menunjukkan peri penting interaksi antara tamadun. Teori pertembungan tamadun (clash of civilization) telah diperkenalkan oleh Samuel P. Huntington pada tahun 1993. Islam sentiasa menjadi sasaran kebencian Barat sejak dahulu lagi malah gelaran terrorist telah diberikan kepada orang-orang Islam (Shamrahayu, 2010). Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Barat ini menyebabkan timbul beberapa cabaran terhadap tamadun Islam sendiri iaitu (1) pergolakan antara agama, (2) persaingan dari sudut keilmuan dan (3) imitasi kebudayaan. b. Serangan Orientalis Barat berniat jahat mengkaji ketamadunan Islam dengan tujuan mencari kelemahan dan keburukannya. Kebencian ini menurut Muhammad Asad, menjadikan kajian terhadap Islam tidak dilakukan secara adil. Islam dianggap seolah-olah seperti pesalah yang telah dianggap bersalah sebelum dihakimi: In their investigation it almost appears as if Islam could not be treated as a mere object of scientific research, but as an accused standing before his judges.(asad, 1982) Kebencian kumpulan orientalis ini jelas kelihatan melalui tulisan-tulisan orientalis Barat seperti H.A.R. Gibb, Ignaz Goldziher serta Phillip Hitti. Muhammad Asad menulis: 54

They select the evidence according to the conclusion that they a priori intend to reach. Where an arbitrary selection of witness is impossible, they cut parts of the evidence of the available witness out of context...(asad, 1982) Dalam penulisan-penulisan mereka, dalil-dalil yang dikemukakan dipilih terlebih dahulu bagi menyokong hujah-hujah serta idea-idea jahat mereka. Dalil yang bertentangan dengan pandangan mereka pula akan ditolak mentah-mentah. c. Ulama Pseudo Ulama pseudo atau ulama ad-dunya merupakan cabaran dalaman yang terpaksa ditangani oleh tamadun Islam. Peranan sebagai ulama yang sepatutnya memberi pencerahan kepada orangorang awam mengenai Islam tidak dilakukan sebaliknya, golongan ulama pseudo ini bertindak melihat tamadun Barat sebagai satu acuan kemodenan. Muhammad Asad menulis: Out of Muslim ignorance of the true teaching of Islam-very largely due to the narrow minded attitude of the so-called ulama class arose the idea that Muslims might not able to keep pace with the progress...unless they adopted the social and economic rules of the West. (Asad, 1982) Situasi ini menurut Muhammad Asad, dapat dilihat melalui tulisan-tulisan mereka. Mereka mendakwa, Islam akan lebih ke hadapan dengan mengadaptasi nilai-nilai dari Barat: In their well-meant but misguided efforts, such enlightened Muslims were assisted throughout the first two decades of this century by a flood of second-rate apologetic writings...(asad, 1982) At best, our so-called intellectuals adopt an apologetic attitude and try to convince themselves and others that Islam is compatible with the adoption of Western values.. (Asad, 1982) Kemunculan golongan pseudo ulama ini menjadi cabaran besar buat tamadun Islam. Kedudukan mereka sebagai golongan intelek dan terpelajar menyebabkan masyarakat awam mudah terpengaruh dengan idea-idea yang dilontarkan. Implikasi Kajian Kajian terhadap pemikiran Muhammad Asad mengenai tamadun Islam melalui karya beliau Islam at the Crossroads telah memberi dua implikasi utama iaitu dialog peradaban dan Islamisasi pendidikan. Implikasi ini sebagai respon pada cabaran dan cadangan penyelesaian yang perlu dilakukan oleh pembangunan ketamadunan Islam. 55

a. Dialog Peradaban Antara kaedah untuk memelihara keharmonian antara tamadun ialah dengan memahami nature atau tabiat sesuatu tamadun lain. Usaha pemahaman ini boleh dilakukan melalui dialog peradaban (Izzedin, 2010). Kaedah berdialog banyak dicatatkan dalam al-quran antaranya dalam surah al- Kahfi ayat 34 dan 37, surah Yusuf ayat 8-14 serta surah al-mujadilah ayat 1. Usaha dialog peradaban ini memerlukan kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip yang betul dan tepat bagi menjamin keberhasilannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa beberapa prinsip telah digunakan oleh Muhammad Asad dalam membahaskan ehwal pertembungan tamadun. Prinsipprinsip ini boleh diguna pakai oleh pendialog peradaban dalam sesi-sesi dialog mereka. Antaranya ialah: i. Mengemukakan hujah yang bernas Pendialog perlu mengemukakan hujah yang kukuh dan bernas. Hujah-hujah ini sama ada bersumberkan dalil naqli atau dalil aqli (Asad, 1982). Dalil yang bernas dan jelas akan menyedarkan pihak lawan dengan mudah. Contoh-contoh dialog antara Nabi Musa AS dengan Firaun dan Nabi Ibrahim AS dengan Namrud dalam al-quran merakamkan gaya dialog nabi-nabi yang mematikan hujah-hujah pihak lawan. Penyelidikan perlu dilakukan oleh pendialog bagi menyediakan hujahan yang baik. ii. Lunak dalam penyampaian Sesuatu dialog perlu dibina atas landasan tawadhuk dan bebas daripada ciri-ciri kesombongan bagi mencapai matlamat sebenar dialog tersebut. Islam menggariskan kaedah mujadalah alhasanah; iaitu perdebatan secara lemah lembut dan lunak. Malah dialog antara Nabi Musa AS dengan Firaun juga diarahkan oleh Allah SWT supaya dilakukan dengan menggunakan qaulan layyinan (kata-kata lembut). Kaedah ini diharap mampu membukakan hati dan pandangan pendialog peradaban lain untuk menerima Islam. iii. Konsisten dan iltizam atas pendirian Konsisten adalah sikap yang dilihat oleh lawan sebagai nilai utama dalam diri pendialog (Asad, 1982). Pendialog perlu beriltizam dengan isu serta titik utama perselisihan. Sikap tidak konsisten dan suka mencampuradukkan isu menyebabkan skop perbahasan gagal diselesaikan dan permuafakatan antara peradaban gagal dicapai. iv. Tegas dalam menyatakan pendirian Pendialog-pendialog peradaban Islam perlu tegas dalam mempertahankan tamadun serta peradaban Islam. Pendialog tidak boleh mudah terpengaruh dengan hujah-hujah yang 56

dikemukakan oleh pendialog peradaban lain (Asad, 1982). Namun begitu, ini tidak bermakna pendialog perlu bersikap garang atau tidak beradab. b. Islamisasi Pendidikan Kajian ini didapati turut memberi implikasi kepada gerakan islamisasi pendidikan. Muhammad Asad dalam penulisan beliau banyak menekankan bahawa setiap aspek dalam kehidupan perlu dilihat serta dilakukan dalam nilai islamis. Hal ini penting bagi membantu mencegah umat Islam daripada terpengaruh dengan nilai-nilai Barat. Pendidikan yang sebenar akan melahirkan insan yang seimbang lahiriyyah serta batiniyyah. Sistem pendidikan Barat yang berorientasikan keperluan material semata-mata akan menghasilkan manusia yang berideologi sekular dan seterusnya menterjemahkan ideanya ke dalam masyarakat (Rahimah, 2011). Pengasingan sistem pendidikan daripada panduan wahyu Allah SWT juga membuktikan kerapuhan sistem tersebut. Kesimpulan Tamadun Islam yang dibawakan dalam Islam at The Crossroads oleh Muhammad Asad jelas menunjukkan keberadaan dan keselarian karakteristik dan elemen metafizik yang sesuai dengan prinsip sebenar Islam. Selanjutnya, pembawaan cabaran-cabaran terhadap pembangunan peradaban Islam menunjukkan juga keluhuran hasil kepengarangan oleh Muhammad Asad. Keadaan ini membolehkan Asad disingkirkan daripada golongan orientalis yang cenderung pada niat jahat terhadap Islam. Bahkan, bingkisan cabaran tersebut menyerlahkan keprihatinan dalam penjagaan dan perkembangan tamadun Islam oleh pengarang Islam at The Crossroads. Sebagai kesimpulan, pencirian serta justifikasi Muhammad Asad melalui karyanya menunjukkan bahawa Islam mempunyai struktur tamadun yang tersendiri serta melangkaui tamadun dunia lain. Langkauan ini dilihat dari karakteristik yang melibatkan trasenden, universal, seimbang dan terkawal. Rujukan Asad, Muhammad. (1982). Islam at the Crossroads. Lahore: Dar al-andalus. Amir, Z.M. (2015). First Wind of Islamic Revivalisme after World War II: Muammad Asad (1900-92) and International Islamic Colloquium, 1957-58. Kyoto Bulletin of Islamic Area Studies. 8, Mac 2015, h. 88-102. Kyoto: Graduate School of Asian and African Area Studies, Kyoto University. Esa Khalid. (2001). Konsep Tamadun Islam: Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia. 57

Izzedin Ibrahim. (2011). Observations for Successful Dialogue of Civilizations. Journal of Islamic Education, Scientific and Cultural Organization. Jilid 27 2011, h. 109-116, Rabat: Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO). Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Daud. (1994). Pengantar Politik Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. (2004). Tamadun Islam Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (Ed.) (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Rahimah Embong. (2011). The Concept of Islamic Integrated Curriculum (IIC): Implications for Islamic Schools. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Rasid Muhamad. (1996). Matra Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Aangkatan Belia Islam Malaysia. Shamrahayu A. Aziz. (2010). Ahad 28 September. Barat Sengaja Tidak Mahu Memahami Islam. Berita Harian, h. 16-17. Siti Fatimah Mohd Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin sitifatimah.mohd@yahoo.com Rahimah Embong Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin rahimahembong@unisza.edu.my Hanif Md Lateh @ Junid Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin hanifjunid@unisza.edu.my Mohamad Zaidin Mat@ Mohamad Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin mzaidin@unisza.edu.my 58