Keywords: Objectivity, Research, Value-free, Islam, Social Science

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Ulasan Buku / Book Review

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SEMESTER /2015 TUGASAN 2 TOKOH PEMIKIRAN KRITIS: IBN HAYTHAM

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

Academic Qualification Institution Field Bachelor of Science (Honours) Universiti Sains Malaysia, Pulau. Universiti Sains Malaysia, Pulau

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Takrifan Etika ethos

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARDS AN ISLAMIC PARADIGM OF THE INFORMATON SOCIETY ABBAS GHANBARI BAGHESTAN FBMK

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Jurnal Hadhari 9 (2) (2017) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

Siti Fatimah Mohd Rahimah Embong Hanif Md Junid Mohamad Zaidin Mohamad

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

ADAB-ADAB PENYELIDIK MUSLIM BERDASARKAN SURAH AL-HUJURAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 2 KONSEP ETIKA KERJA ISLAM PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Bab Kedua TULISAN SEJARAH ISLAM DI ALAM MELAYU. sejarah secara rasmi oleh golongan-golongan profesional. 1 Penulisan sejarah secara

Transcription:

Objektiviti Dalam Penyelidikan Sains Sosial: Perbandingan Perspektif Positivisme dengan Perspektif Islam Mohd Syahmir Alias Abstrak Objektiviti merupakan konsep penting dalam penyelidikan sains sosial yang disesuaikan daripada penyelidikan sains tabii. Ia bertitik tolak daripada pandangan sarjana beraliran positivisme yang melihat penyelidikan sains sebagai suatu yang bersifat bebas nilai. Persoalannya, adakah konsep objektiviti positivisme yang mementingkan fakta empirikal semata-mata wajar diikuti dalam melakukan penyelidikan bertunjangkan Islam? Adakah pertimbangan nilai seperti nilai agama akan menjejaskan objektiviti fakta yang diperoleh oleh seseorang penyelidik? Justeru, makalah ini mengandungi dua tujuan penting. Pertama, meneliti konsep objektiviti dalam penyelidikan dari perspektif sarjana beraliran positivisme dan sarjana Islam. Kedua, membandingkan kedua-dua pendapat dari segi konsepnya. Melalui kaedah analisis kandungan dan kaedah perbandingan, makalah ini menemukan dua perkara penting dalam konsep berkaitan objektiviti. Pertama, konsep objektiviti dalam penyelidikan dari sudut pandang positivisme dan Islam mempunyai beberapa perbezaan yang ketara iaitu dari aspek teras konsep objektiviti, matlamat utama, hubungan dengan nilai agama, epistemologi konsep dan proses terpentingnya. Kedua, walaupun berbeza, tidak dinafikan kedua-duanya mempunyai persamaan asas iaitu mengiktiraf elemen kejujuran intelektual dan keadilan. Secara keseluruhannya, perkara ini mempamerkan pentingnya objektiviti dicapai dalam penyelidikan sains sosial baik daripada pihak sarjana beraliran positivisme mahupun sarjana Muslim. Kata kunci: Objektiviti, Penyelidikan, Bebas Nilai, Islam, Sains Sosial Abstract Objectivity is an important concept in social science research, adapted from the natural science research. It stems from positivistic philosophy which view scientific research as value-free. The question is whether the concept of positivistic objectivity that emphasized empirical facts should be accepted in Islamic-based research? Is religious value judgment affect the objectivity of facts obtained by a researcher? Thus, this paper aims two important purposes. Firstly to study the concept of objectivity from the perspective of positivists and Muslim scholars. Secondly to compare those perspectives conceptually. Using content analysis method and comparison method, the paper discovered two important things in relation to the concept of objectivity. First, the concept of objectivity in research from the perspective of positivists and Muslim scholars has a few significant differences which are their principal element, their ultimate goal, their relationship with religion, their epistemological concept and critical process. Second, both perspectives share similar basic elements which is intellectual honesty and justice. Overall, the findings demonstrate that objectivity have an important account for both perspectives in doing research. Keywords: Objectivity, Research, Value-free, Islam, Social Science 1

Pendahuluan Aliran positivisme merupakan paradigma yang dominan dalam penyelidikan sains fundamental di Barat (Mat Rofa Ismail, 2014). Paradigma ini mula menjadi model kajian sains sosial, khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua (Neuman, 2011). Menurut Bourdeau (2014) dan Howell (2013), paradigma positivisme yang diperkenalkan oleh Auguste Comte melalui penulisan beliau yang bertajuk A General View of Positivism pada tahun 1844 mula diterima secara meluas di Barat pada separuh kedua abad ke-19. Comte berpandangan bahawa penyelidikan dalam sains sosial perlu berasaskan pengamatan empirikal yang dapat ditaakul secara sebab dan akibat menggunakan perkaedahan saintifik (Babbie, 2013). Selanjutnya pada abad ke-20 pula, perkaedahan yang mementingkan aspek teori dan aspek empirikal berasaskan pengaruh positivisme ini diteruskan pengajarannya dalam falsafah sains melalui paradigma positivisme logik (logical positivism) dengan tiga andaian utama. Pertama, eksperimen menjadi asas kepada pengetahuan. Kedua, susunan logik perlu diterokai dalam realiti fizikal dan sama sekali tidak melibatkan spekulasi metafizik. Ketiga, pembentukan teori dapat diinduksikan secara langsung melalui eksperimen-eksperimen yang dijalankan (Betz, 2011). Selaku tokoh positivisme dalam bidang sosiologi, Émile Durkheim mementingkan kaedah eksperimen bagi menjelaskan fenomena sosial dengan pengitlakan hukum sosial (social laws). Hal ini diambil daripada kaedah cerapan sains fizik yang kemudiannya menerbitkan hukum fizik (physical laws) (Bailey, 1982). Oleh itu, Berg dan Lune (2012) menyimpulkan bahawa positivisme pada hakikatnya menggunakan kaedah empirikal yang dipinjam daripada sains tabii bagi meneliti fenomena sosial. Menurut Platt (1996), usaha untuk menyama ratakan sains sosial dengan sains tabii sememangnya disokong oleh tokoh-tokoh yang fanatik dengan sains atau digelar golongan saintisme. Bersama-sama dengan semangat sains, tema-tema seperti objektiviti, kebolehcerapan (observability), operationalism, behaviourism, bebas nilai (value-free), pengukuran, dan pengkuantitian (quantification) sentiasa dihubungkan dalam perbincangan paradigma positivisme. Dalam kepelbagaian tema perbahasan positivisme, objektiviti merupakan konsep penting dalam penyelidikan sains sosial (Neuman, 2011; Babbie, 2013). Menurut Betz (2011), ia merupakan suatu konsep yang disesuaikan daripada penyelidikan sains tabii. Sungguhpun begitu, seseorang penyelidik sains sosial tidak dapat membebaskan nilai subjektiviti sepenuhnya ketika melakukan kajian yang berurusan dengan pelbagai kelakuan manusia (Bierstedt, 1958). Hal ini kerana, Shmueli (1979) berpendapat bahawa isu objektiviti dalam sains sosial lebih mencabar berbanding dalam sains tabii. Persoalannya, adakah konsep objektiviti positivisme yang mementingkan fakta empirikal semata-mata wajar diikuti dalam melakukan penyelidikan bertunjangkan Islam? Adakah pertimbangan nilai seperti nilai agama akan menjejaskan objektiviti fakta yang diperoleh oleh seseorang penyelidik? Justeru, makalah ini mengandungi dua tujuan penting. Pertama, meneliti konsep objektiviti dalam penyelidikan dari perspektif sarjana beraliran positivisme dan sarjana Islam. Kedua, membandingkan kedua-dua pendapat dari segi konsepnya. Perbincangan dalam makalah ini pula dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, perbincangan mengenai definisi 2

objektiviti yang dimaksudkan dalam makalah ini. Kedua, penelitian mengenai konsep objektiviti dari perspektif falsafah positivisme. Ketiga, penelitian konsep objektiviti dari perspektif Islam. Keempat, perbandingan di antara kedua pendapat mengenai objektiviti dalam penyelidikan sains sosial. Definisi Objektiviti Secara umumnya, Shmueli (1979) mendefinisikan objektiviti sebagai satu sifat atau keadaan yang diperlukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sahih. Manakala bagi Betz (2011) pula, objektiviti ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan tentang sesuatu objek yang bebas daripada pemikiran pemerhati. Secara lebih terperinci, Bierstedt (1958) mendefinisikan objektiviti sebagai: Objektiviti bermaksud kesimpulan yang dibina sebagai hasil daripada pencarian dan pengkajian yang bebas daripada kecenderungan pengkaji terhadap mana-mana kaum (bangsa), warna kulit, kepercayaan, pekerjaan, kewarganegaraan, agama, keutamaan moral dan politik. Sekiranya penyelidikan beliau adalah benar-benar objektif, ia semestinya bebas daripada unsur-unsur subjektif dan keinginan peribadi yang ada pada dirinya. Oleh itu, objektiviti dikira sebagai sifat ideal dalam satu-satu penyelidikan saintifik kerana setiap pernyataan, kaedah dan dapatan dalam sains seharusnya tidak dipengaruhi pandangan dan minat peribadi (Reiss & Sprenger, 2013). Secara kesimpulannya, Conill (2013) berpendapat bahawa objektiviti dapat dicapai melalui suatu pemerhatian secara serius dan penelitian dari pelbagai sudut pandang. Hal ini kerana kepelbagaian sudut pandang turut mencerminkan pengaruh pengalaman empirikal seseorang penyelidik. Hal ini selari dengan penegasan Hicks (2013) bahawa untuk mencapai objektiviti, penilaian perlulah bersandarkan kesedaran penyelidik tentang fakta-fakta yang wujud dan keterbukaan pemikiran penyelidik untuk menerima data baharu termasuklah data yang disukainya mahupun tidak disukainya. Konsep Objektiviti Dari Perspektif Positivisme Menurut Mirsepassi (2010), berdasarkan tafsiran sarjana beraliran positivisme, asas objektiviti tidak mempunyai hubungan kebenaran yang khusus dengan subjek metafizik. Hal ini kerana, objektiviti merupakan suatu pengiktirafan terhadap sains yang dikatakan tidak bias atau tidak menuruti kecenderungan mana-mana pengkaji. Sedangkan subjek metafizik atau sebarang kecederungan akan membantutkan seseorang pengkaji daripada mencari atau menerima bukti berasaskan fakta empirikal (Rubin & Babbie, 2011). Oleh hal yang demikian, sains seringkali dikaitkan sebagai suatu ilmu yang hanya berhubung dengan fakta (Dupré, 2007). Maka, terdapatnya hubungan yang erat antara fakta dengan objektiviti. Ayer (1952) dalam mentakrifkan fakta menegaskan bahawa kriteria utama sesuatu pernyataan yang dianggap fakta perlulah boleh ditahkikkan (verifiability). Sehubungan dengan itu, bagi memastikan sesuatu fakta itu bersifat objektif, terdapat tiga peraturan yang perlu dipatuhi menurut Durkheim (1982). Pertama, seseorang pengkaji mesti 3

mengetepikan semua prasangka secara sistematik. Kedua, subjek penelitian hanya perlu mencakupi sekelompok fenomena yang ditakrifkan terlebih dahulu melalui ciri-ciri luaran sepunya (common external characteristics) yang khusus dan semua fenomena yang sesuai dengan takrifan ini perlu diikut sertakan. Ketiga, apabila seseorang pengkaji sanggup menyelidiki setiap urutan fakta sosial, pengkaji itu harus berusaha untuk mempertimbangkannya dari sudut pandang sebagaimana mereka menampilkan diri yang terpisah daripada manifestasi peribadi. Berdasarkan peraturan-peraturan Durkheim (1982) ini, fakta sosial dalam falsafah positivisme logik begitu bersifat luaran. Seperti yang dijelaskan oleh Lincoln dan Guba (1985), kaedah penyelidikan yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh positivisme logik memerlukan responden-responden untuk mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan mereka. Walaupun Max Weber lebih menekankan perbezaan fakta dengan nilai pada peringkat perkara-perkara saintifik dan perkara-perkara bersifat politik (Cuff, Sharrock & Francis, 1998), namun beliau turut bersetuju dengan pandangan bahawa nilai tidak boleh dideduksikan daripada fakta (Kincaid, Dupré & Wylie, 2007). Menurut Cuff, Sharrock dan Francis (1998), Weber pernah menegaskan bahawa ahli sains sosial hanya ditugaskan untuk melaporkan apa-apa perkara yang berlaku, tetapi mereka sama sekali tidak boleh menjustifikasikan bagaimana sesuatu perkara itu sepatutnya terjadi. Oleh hal yang demikian, fakta seringkali disabitkan dengan pernyataan is, manakala nilai pula dikaitkan dengan pernyataan ought (Williams & May, 1998). Perkara ini sepertimana yang ditegaskan oleh Weber (1949) melalui pernyataan berikut: Kita semua sedia maklum bahawa sains yang kita fahami pada permulaan berhubung kait dengan pertimbangan amalinya. Satu-satunya tujuan yang lazim tentang sains adalah untuk menyebelahi penilaian yang mengukur dasar ekonomi negara Keadaan ini secara perlahan-lahan telah diubahsuai. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian ini tidak dilakukan dengan suatu formulasi perbezaan yang logik antara pengetahuan yang wujud iaitu pengetahuan tentang apa-apa yang ada dengan pengetahuan normatif iaitu pengetahuan tentang apa-apa yang sepatutnya. Rossi (1964) yang menyokong konsep objektiviti Weber juga bersependapat dengan Agassi (1974) dan Hicks (2013). Menurut Agassi (1974), sekiranya seseorang pengkaji melakukan penyelidikan dengan sudut pandangnya yang subjektif atau sebagai urusan persendirian sematamata, maka kajian itu berkecenderungan mengetepikan segala kritikan orang dan perbahasan yang rasional serta menafikan keintelektualan kemanusiaan. Justeru, ia akan mengakibatkan berlakunya ketidakrasionalan dan sifat elitisme dalam masyarakat atau sifat perkauman. Hal ini setidak-tidaknya bakal menafikan salah satu elemen objektiviti yang ditekankan oleh Hicks (2013) iaitu kejujuran intelektual. Elemen kejujuran intelektual sebenarnya merujuk kepada suatu komitmen untuk mengiktiraf fakta tentang sesuatu perkara sebagaimana ia wujud. Pada pandangan Rossi (1964), penerimaan terhadap konsep objektiviti adalah untuk menolak sifat subjektif yang ada pada pemikiran penyelidik agar penyelidik dapat memberikan pandangan yang neutral sewaktu menjalankan kajian. Walau bagaimanapun, dalam proses 4

penyelidikan yang sebenar, pendekatan bebas nilai Weber untuk mencapai objektiviti tidak mencukupi. Oleh itu, Rossi (1964) mengemukakan batasan bagi mewujudkan sebarang hipotesis nilai (value hypotheses) iaitu melalui tiga syarat. Pertama, hipotesis nilai perlu dinyatakan dengan jelas agar peranannya dapat dikenal pasti oleh penyelidik lain dan juga dapat mengelakkan kekeliruan dengan fakta. Kedua, hipotesis nilai perlu digunakan sebagai hipotesis bekerja (working hypotheses) dan ditentusahkan dengan perkembangan proses penyelidikan secara tetap. Ketiga, hipotesis nilai boleh dijadikan sekadar pola penjelasan (explanatory patterns), malah ia boleh, sama ada dikekalkan atau ditolak menerusi pengalaman penyelidik-penyelidik lain. Konsep Objektiviti Dari Perspektif Islam Menurut Osman Bakar (1991), sarjana Barat telah menganggap pengetahuan empirikal sebagai satu-satunya pengetahuan yang objektif kerana boleh diakses dan ditentusahkan oleh ramai penyelidik. Walau bagaimanapun, konsep objektiviti dalam tradisi kesarjanaan Islam mempunyai pandangan alam (tasawur) yang berbeza. Sungguhpun sifat kesaksamaan, tidak berkepentingan dan keadilan diiktiraf sebagai elemen-elemen dalam objektiviti, namun elemen-elemen tersebut berasaskan kualiti penyelidikan dengan kesepaduan dan kesedaran tauhid. Malah, Muhammad Syukri Salleh (2008) menambah sekiranya konsep objektiviti diambil daripada pemikiran sarjana Barat semata-mata, perkara tersebut boleh membahayakan pegangan akidah seseorang penyelidik Muslim. Hal ini kerana, pendekatan bebas nilai yang meletakkan kerasionalan sebaga sumber pengetahuan semata-mata dan objektiviti sebagai matlamat utama penyelidikan menafikan nilai-nilai Islam. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Syed Muhammad Naquib al-attas bahawa objektiviti dalam penyelidikan saintifik Barat memandang skeptik terhadap agama kerana agama dilihat sebagai perkara yang subjektif (Wan Mohd Nor, 2005). Oleh yang demikian, adalah wajar untuk meletakkan elemen kesedaran tauhid sebagai tunjang konsep objektiviti dalam Islam. Syed Muhammad Naquib al-attas (1989) berpandangan bahawa sikap dikotomi dalam tradisi penyelidikan saintifik Barat yang sebenarnya menolak elemen tauhid yang wujud untuk mencapai kebenaran dalam penyelidikan Islam. Hal ini kerana, kesedaran tauhid merupakan hal keagamaan dan metafizik yang dianggap tidak bersifat objektif atau dalam perkataan lain, dipengaruhi subjektiviti. Menurut Syed Muhammad Naquib al-attas (1989) lagi, kebenaran merangkumi sifat objektif dan subjektif. Ia boleh dianalogikan dengan agama dan iman, kedua-duanya tidak sama tetapi saling memerlukan dan tidak boleh dipisahkan. Justeru, terdapatnya suatu perkaitan konsep yang penting di antara objektiviti sains dengan kesedaran agama (Osman Bakar, 1991). Menurut Anis Malik Thoha (2009), objektiviti mempunyai kaitan dengan objek kajian dan kaedah yang digunakan ketika berhadapan dengannya. Malah dalam al-qur an, objektiviti ini dikaitkan dengan konsep keadilan dalam Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak 5

melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam perkara yang kamu lakukan. (al-ma idah, 5:8) Sayyid Quthb (2000) dalam menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa konsep keadilan di dalam Islam perlu dikukuhkan dengan perkaitan tauhid kerana jiwa manusia seringkali mengarah kepada melakukan penyelewengan. Apatah lagi sekiranya perkara atau kelompok manusia yang diadili itu tidak disukainya. Maka Sayyid Quthb (2000) menegaskan individu Muslim perlu menegakkan keadilan kerana ketakwaan (takut kepada pandangan Allah SWT). Petikan ayat al- Qur an ini juga turut dinyatakan oleh Khalif Muammar A. Harris dan Adibah Mukhtar (2008) bagi menjalinkan konsep objektiviti yang hakiki dalam Islam. Hal ini kerana, keadilan dituntut dalam Islam dengan menyatakan sesuatu secara jujur dan berusaha untuk meneliti fakta sebenar bagi sesuatu permasalahan. Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang itu kaya atau miskin kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-nisa, 4:135) Oleh itu, seseorang penyelidik yang bersifat objektif perlu lengkap dengan bukti dan hujah yang kukuh, tidak berat sebelah dan mengelakkan persangkaan terhadap objek kajiannya (Khalif Muammar & Adibah, 2008). Hal ini selaras dengan konsep objektiviti yang digunapakai dan dijelaskan oleh sarjana-sarjana Islam seperti Ibn al-haytham dan al-biruni. Dalam Kitab al-manazir, Ibn al-haytham (1989) menyatakan: Setelah kami melakukan penyelidikan dan penaakulan secara berperingkat-peringkat dan teratur, kritikan premis dan kesimpulan dibuat dengan berhati-hati matlamat kami supaya setiap pengujian dan penyorotan terhadap sesuatu subjek dapat diadili, tidak mengikut prasangka serta mengambil kira perkara yang kami nilai dan kritik yakni yang dicari kebenarannya dan tidak terpengaruh dengan pendapat. (Ibn al-haytham, 1989) Begitu juga dengan al-biruni (1910) yang mempunyai pandangan objektivitinya yang tegas dalam mengkaji masyarakat beragama Hindu di India. Dalam Kitab fi Tahqiq ma lil-hind min Maqulah Maqbulah fi al- Aql aw Mardhulah, beliau menegaskan: Saya tidak seharusnya menghasilkan hujah-hujah seperti orang-orang yang membenci iaitu untuk menyangkal semata-mata, kerana saya berkeyakinan mereka dalam kesalahan. Buku saya hanyalah suatu rekod fakta sejarah yang ringkas. Saya sepatutnya menyatakan kepada pembaca teori agama Hindu sebagaimana adanya, dan sepatutnya juga menyebut teori orang-orang Yunani bagi memperlihatkan hubungan yang wujud antara keduanya. (al-biruni, 1910) 6

Perbezaan Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Kedua-dua sarjana Muslim ini telah menunjukkan sikap yang tidak berprasangka dan mengikut tanpa usul periksa dalam pelitian mereka. Secara keseluruhannya, konsep objektiviti dalam falsafah Islam mempunyai perspektif yang tersendiri. Ia merupakan suatu penegasan yang membezakan di antara yang Mutlak (Absolute) dengan yang nisbi (relative) atau di antara Tuhan dengan yang selain daripada-nya (Osman Bakar, 1991). Perbandingan Objektiviti Perspektif Positivisme Dengan Islam Daripada kedua-dua perbincangan mengenai konsep objektiviti dari pespektif positivisme dan Islam, makalah ini dapat membandingkan kedua-dua perspektif tersebut. Perbandingan ini melibatkan aspek perbezaan antara keduanya dan persamaan. Walau bagaiamanapun, terdapat lima aspek yang membezakan kedua-dua pandangan ini iaitu teras konsep objektiviti, matlamat utama, hubungan dengan nilai agama, epistemologi konsep objektiviti dan proses terpentingnya. Secara lebih khusus, perbandingan ini dijelaskan dalam Jadual 1: Jadual 1 Perbandingan Konsep Objektiviti dalam Penyelidikan Konsep Objektiviti Perspektif Positivisme Perspektif Islam 1. Teras Berpaksikan dikotomi dalam Berpaksikan kepada kesatuan atau konsep penyelidikan tauhid 2. Matlamat Mencapai objektiviti untuk Mencapai objektiviti untuk utama diterima sebagai suatu kajian menyingkap sifat ketuhanan (Divine konsep saintifik quality) dalam kajian 3. Hubungan konsep dengan keagamaan 4. Epistemologi konsep 5. Proses yang dipentingkan dalam konsep Persamaan Menolak peranan agama dalam penyelidikan kerana ia suatu perkara yang subjektif dan mewujudkan sentimen yang berat sebelah atau bias Meletakkan pandangan agama Islam sebagai aspek penting bagi mencapai objektiviti yang sebenar Pertimbangan akliah para sarjana sahaja Pertimbangan akliah para sarjana berasaskan hujah wahyu Pengumpulan data menerima Penganalisisan data data termasuklah data yang mengemukakan data secara jujur disukainya mahupun tidak dan meneliti fakta sebenar bagi disukainya sesuatu permasalahan Mengiktiraf elemen kesaksamaan, kejujuran, tidak berkepentingan dan keadilan dalam mengumpul data Berdasarkan Jadual 1, dapat dilihat bahawa teras konsep objektiviti dalam perspektif falsafah positivisme ialah berpaksikan dikotomi fakta dan nilai dalam penyelidikan. Ia dilakukan bagi mencapai matlamatnya iaitu agar diterima sebagai suatu kajian yang saintifik oleh komuniti sains dan memberi implikasi bahawa agama tidak berperanan langsung dalam penyelidikan. Hal ini sama sekali berbeza dengan konsep objektiviti dalam Islam yang berteraskan konsep kesatuan atau tauhid iaitu mentauhidkan Allah SWT. Oleh itu, ia mengutamakan matlamat untuk menyingkap 7

sifat-sifat Allah SWT seperti Maha Benar (al-haqq) dan Maha Mengetahui (al- Alim). Hal ini secara tidak langsung mengiktiraf agama ke dalam penyelidikan saintifik. Dari segi epistemologi konsep objektiviti pula, falsafah positivisme meletakkan pertimbangan empirikal dan rasional semata-mata (Howell, 2013) sekali gus mementingkan aspek pengutipan data yang disukai mahupun tidak. Berbanding dengan objektiviti dalam Islam, pertimbangan empirikal dan rasional adalah berasaskan hujah-hujah daripada al-qur an dan Hadith (Osman Bakar, 1991). Perkara ini memberi kesan terhadap mengutamakan penganalisisan data supaya para penyelidik menyatakan data secara jujur dan amanah kerana keterikatan Islam yang kuat dengan aspek kebenaran mutlak yang datangnya daripada Tuhan (al-kahf, 18:29), bukan semata-mata daripada objek atau fenomena yang dikaji seperti yang difahami dalam perspektif positivisme. Walau bagaimanapun, terdapat juga persamaan antara konsep objektiviti perspektif positivisme dengan perspektif Islam seperti kedua-duanya menerima nilai kesaksamaan, kejujuran, tidak berkepentingan dan tidak berat sebelah dalam pengutipan data. Namun, penerimaan nilainilai ini secara tidak langsung menafikan sifat bebas nilai yang diangkat oleh pendukung positivisme. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa konsep objektiviti dalam penyelidikan dari sudut pandang positivisme dan Islam mempunyai beberapa perbezaan yang ketara. Antaranya dari sudut prosesnya iaitu dari perspektif positivisme objektiviti lebih dipentingkan dalam pengumpulan data, manakala dari perspektif Islam, ia signifikan dalam penganalisisan data. Hal ini disebabkan oleh keterikatan perspektif Islam yang kuat dengan aspek ontologi atau aspek kebenaran mutlak adalah daripada Tuhan, bukan semata-mata daripada objek atau fenomena yang dikaji seperti dalam perspektif positivisme. Sungguhpun begitu, tidak dinafikan kedua-duanya mempunyai persamaan asas iaitu mengiktiraf elemen kejujuran intelektual dan keadilan. Walau bagaimanpun, keadilan yang tidak didasari dengan ketakwaan kepada Tuhan yang Maha Esa tidak dapat dicapai dengan baik kerana tabii manusia yang seringkali terjatuh kepada berat sebelah. Secara keseluruhannya, perkara ini mempamerkan pentingnya objektiviti dicapai dalam penyelidikan baik daripada pihak sarjana positivisme mahupun sarjana Muslim. Rujukan Al-Qur an al-karim. Abdullah Muhammad Basmeih. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur an. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Agassi, J.B. (1974). Objectivity in the Social Sciences. Dlm. Seeger, Raymond J. & Cohen, Robert S. (ed.). Philosophical Foundations of Science. Dordrecht-Holland: D. Reidel Publishing Company. 8

Anis Malik Thoha (2009). Research note: Objectivity and the scientific study of religion. Intellectual Discourse, 17(1): 83-92. Ayer, A.J. (1952). Languange, Truth and Logic. New York: Dover Publications, Inc. Babbie, E. (2013). The Practice of Social Research. United State of America: Wadsworth Cengage Learning. Bailey, K.D. (1982). Methods of Social Research. New York: The Free Press. Betz, F. (2011). Managing Science: Methodology and Organization of Research. New York: Springer Science+Bussiness Media. Bierstedt, R. (1957). The Social Order: An Introduction to Sociology. New York: McGraw Hill. al-biruni, Abu Rayhan Muhammad Ibn Ahmad (1910). Alberuni s India. (Terj. Sachau, Edward C.). London: Kegen Paul, Trench, Trübner & Co. Ltd. Bourdeau, M. (2014). Auguste Comte Dlm. E. N. Zalta (Ed.), The Stanford encyclopedia of philosophy. Dicapai daripada http://plato.stanford.edu/entries/comte/. Caldas, J.C. & Neves, V. (2012). The Meaning of Objectivity: What Can We Learn from Robbins and Myrdal?. Dlm. José Castro Caldas & Vitor Neves (ed). Facts, Values, and Objectivity in Economics. London: Routledge. Carrier, M. (2013). Values and Objectivity in Science: Value-Ladenness, Pluralism and the Epistemic Attitude. Science & Education, 22(10): 2547-2568. Conill, J. (2013). The Philosophical Foundations of the Capabilities Approach. Dlm. Luetge, Christoph (ed.). Handbook of the Philosophical Foundations of Business Ethics. New York: Springer Science+Bussiness Media. Cuff, E.C., Sharrock, W.W. & Francis D.W. (1998). Perspectives in Sociology. New York: Routledge. Dupré, J. (2007). Fact and Value. Dlm. Kincaid, Harold, Dupré, John & Wylie, Alison (ed.). Value- Free Science?: Ideals and Illusions. New York: Oxford University Press. Durkheim, E. (1982). The Rules of Sociological Methods. (Terj. Halls, W. D.). New York: The Free Press. Hicks, S. (2013). Entrepreneurship and Ethics. Dlm. Luetge, Christoph (ed.). Handbook of the Philosophical Foundations of Business Ethics. New York: Springer Science+Bussiness Media. Howell, K.E. (2013). An Introduction to The Philosophy Of Methodology. London: SAGE Publications. Ibn al-haytham, al-hasan ibn al-hasan (1989). The Optics of Ibn al-haytham, Book I-III: On Direct Vision. (Terj. Abdelhamid I. Sabra). London: Warburg Institute, University of London. Khalif Muammar A. Harris & Adibah Mukhtar (2008). Objektiviti Menurut Perspektif Islam. Kertas kerja Seminar Pengurusan Pembangunan Islam II: Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam, 6 Februari, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kincaid, H., Dupré, J. & Wylie, A. (2007). Value-Free Science?: Ideals and Illusions. New York: Oxford University Press. Lincoln, Y.S. & Guba, E.G. (1985). Naturalistic Inquiry. California: SAGE Publications. Mat Rofa Ismail. (2014). Mantik dan Etnomantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mirsepassi, A. (2011). Political Islam, Iran and the Enlighment: Philosophie of Hope and Despair. Cambridge: Cambridge University Press. 9

Mohd Syahmir Alias. (2015). Ibn al-haytham: Pelopor Konsep Penyelidikan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Syukri Salleh (2008). Kaedah penyelidikan berteraskan Islam: Keperluan, kedudukan dan hala tuju. Pemikir, 54: 133-164. Myrdal, G. (1969). Objectivity in Social Research. New York: Pantheon Books. Neuman, W.L. (2011). Social Research Methods, Qualitative and Quantitative Approaches. Boston: Pearson Education, Inc. Osman Bakar (1991). Tawhid and Science: Essays on the History and Philosophy of Islamic Science. Pulau Pinang: Secretariat for Islamic Philosophy and Science. Platt, J. (1996). A History of Sociological Research Methods in America, 1920-1960. New York: Cambridge University Press. Reiss, J. & Sprenger, J. (2013). Scientific Objectivity. http://laeuferpaar.de/papers/objectivity.pdf (2 Jun 2014). Rossi, P. (1964). Scientific Objectivity and Value Hypotheses. International Social Science Journal, 17: 64-70. Rubin, A. & Babbie, E. (2011). Research Methods for Social Work. United States of America: Brooks/Cole. Sayyid Quthb (2000). Tafsir fi Zhilalil-Qur an: Di Bawah Naungan. Jil. 3. (Terj. As ad Yasin, Abdul Aziz Salim Basyarahil & Muchotob Hamzah). Jakarta: Gema Insani. Shmueli, E. (1979). How is Objectivity in the Social Sciences Possible? A Re-evaluation of Karl Mannheim s Concept of Relationism. Journal for General Philosophy of Science, 10(1): 107-118. Syed Muhammad Naquib al-attas (1989). Islam and the Philosophy of Science. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization. Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Weber, M. (1949). On the Methodology of the Social Sciences. United States of America: The Free Press. Williams, M. & May, T. (1996). Introduction to the Philosophy of Social Research. London: UCL Press. Mohd Syahmir Alias Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang. syahmir@usm.my 10