MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-87-08/2015] PENDAKWA RAYA LWN

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

ISI KANDUNGAN. iv v vi ix x

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FAKTOR-FAKTOR PERUNDANGAN YANG LEMAH MENYEBABKAN TUNGGAKAN KADAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

ERBEKALAN CUTI UNIVERSITI UNIT PERKHIDMATAN & SARAAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN (BPSM&P) JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

TELEVISION BROADCASTS LTD DAN SATU LAGI LWN PUSAT VIDEO GLOBE DAN LAIN-LAIN

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF

TOPIC 8 THE MORAL DIMENSIONS OF AN ECONOMIC SYSTEM (DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI)

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017 Dihadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK Pengerusi (Bersidang Berseorangan) Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Perak Tarikh Rujukan : 25 September 2014 Tarikh Sebutan : 20 November 2014, 18 Disember 2014, 20 Januari 2015, 23 Februari 2015, 16 Mac 2015, 7 April 2015 & 15 September 2015 Tarikh Bicara : 16 Oktober 2015 Perwakilan : Encik P. Ponnusami Pegawai Perhubungan Perusahaan Malaysia Trade Union Congress(MTUC) Perak Division (Wakil Pihak Yang Menuntut) Encik T. Selvadoray Tetuan T. Selva & Co. Peguambela & Peguamcara (Peguam Pihak Syarikat) 1

Rujukan Ini adalah suatu rujukan yang bertarikh 25 September 2014 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja Kolandan a/l Ramasamy (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut ) oleh Belton Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat) pada 16 April 2014. AWARD Fakta Kes 1. Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 22.9.1992 sebagai Welder. Jawatan terakhir Pihak Menuntut pada masa pembuangan kerja adalah sebagai Production Operator dan gaji terakhir beliau adalah RM36.70 sehari. 2. Pihak Syarikat melalui surat bertarikh 18 April 2014 memaklumkan kepada Pihak Menuntut bahawa memandangkan beliau telah didapati tidak hadir untuk bertugas dari 11 April 2014 sehingga 15 April 2014 tanpa memohon cuti terlebih dahulu atau cuba menghubungi pihak pengurusan untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran beliau pada tarikh-tarikh tersebut, dengan itu Pihak Menuntut dianggap telah membatalkan perjanjian pekerjaan dengan Pihak Syarikat selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pekerjaan 1955. 3. Pihak Menuntut mendakwa beliau telah ditamatkan perkhidmatan oleh Pihak Syarikat, dengan itu telah membuat representasi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. 4. Pihak Syarikat menafikan mereka telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut sebaliknya menegaskan Pihak Menuntut sendiri yang telah melanggar 2

kontrak perkhidmatan beliau dan dengan itu telah menamatkan pekerjaannya dengan Pihak Syarikat. Kes Pihak Syarikat 5. Pihak Syarikat telah mengemukakan dua orang saksi dalam perbicaraan di Mahkamah ini iaitu: i. COW-1 - Encik Tang Ah Ming Production Manager ii. COW-2 - Encik Yap Kim Pong HR Manager 6. COW-1 dalam keterangannya menyatakan Pihak Menuntut tidak membuat sebarang permohonan untuk bercuti pada 11.4.2014 dengan beliau dan menafikan beliau ada memberitahu Pihak Menuntut bahawa Pihak Menuntut tidak perlu datang bekerja keesukan harinya iaitu pada 12.4.2014. COW-1 juga menyatakan Pihak Menuntut tidak membuat sebarang permohonan untuk bercuti tanpa gaji pada 12.4.2014, dengan itu beliau tidak pernah membenarkan sebarang cuti tanpa gaji pada tarikh tersebut kepada Pihak Menuntut. 7. Sementara COW-2 pula dalam keterangannya menyatakan Syarikat tidak menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut sebaliknya Pihak Menuntut sendiri yang telah melanggar kontrak perkhidmatan beliau apabila beliau gagal hadir untuk bekerja mulai 11.4.2014 sehingga 15.4.2014 tanpa memohon cuti terlebih dahulu. Pihak Menuntut juga gagal memaklumkan sebab-sebab ketidakhadiran beliau pada tarikh-tarikh tersebut kepada Syarikat. Olehkerana beliau tidak hadir untuk bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa sebarang permohonan cuti dan gagal memaklumkan sebab-sebab ketidakhadirannya kepada Syarikat, maka beliau telah melanggar kontrak perkhidmatan beliau dan dengan itu dianggap telah menamatkan perkhidmatannya dengan sendirinya. 3

8. COW-2 selanjutnya menyatakan Syarikat telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada Pihak Menuntut melalui surat bertarikh 18.4.2014 (mukasurat 1 COB- 1). Mengikut COW-2 lagi, pada 22.4.2014, setelah menerima surat ini Pihak Menuntut ada datang berjumpa dengan beliau dan merayu supaya Pihak Menuntut dibenarkan untuk terus bekerja dengan Syarikat. Setelah menimbang rayuan Pihak Menuntut, COW-2 telah mengarahkan Pihak Menuntut untuk datang bekerja semula pada 23.4.2014. Pihak Menuntut sebaliknya menyatakan beliau hanya boleh datang untuk bekerja semula pada 2.5.2014 dan cadangan ini tidak dipersetujui oleh COW-2. Selanjutnya pada 29.4.2014, COW-2 ada menerima surat rayuan daripada Pihak Menuntut yang dihantar melalui courier (mukasurat 2 COB-1) dimana melalui surat tersebut Pihak Menuntut telah melampirkan salinan surat dari klinik yang mengesahkan Pihak Menuntut ada membeli ubat-ubatan pada 14.4.2014 dari klinik tersebut (mukasurat 3 COB-1). 9. Menurut COW-2 lagi Pihak Syarikat telah menimbang rayuan yang dibuat oleh Pihak Menuntut yang dibuat pada 22.4.2014 dan bersetuju untuk mengambil beliau bekerja semula dengan Syarikat tetapi memandangkan Pihak Menuntut telah memilih untuk datang bekerja mengikut kesesuaian masa beliau sendiri, maka atas alasan ini dan juga setelah mengambilkira rekod lampau beliau, Syarikat tidak bersetuju untuk mengambil beliau bekerja semula. COW-2 juga menyatakan Pihak Menuntut kerapkali mengambil cuti tanpa rekod dan tidak hadir bekerja tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu. COW-2 telah merujuk kepada mukasurat 4-15 COB-1 iaitu punch card Pihak Menuntut untuk tahun 2013 yang menunjukkan kekerapan ketidakhadiran dan cuti tanpa gaji yang telah diambil oleh Pihak Menuntut. Sementara itu mukasurat 25-26 COB- 1 pula adalah laporan berkaitan dengan cuti yang telah diambil oleh Pihak Menuntut untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2014. 4

Kes Pihak Menuntut 10. Pihak Menuntut dalam keterangannya menyatakan pada 11.4.2014 lebihkurang pukul 9.00pagi, beliau ada memberitahu COW-1 bahawa beliau ingin memohon untuk bercuti pada hari tersebut atas alasan beliau tidak sihat. Pihak Menuntut menyatakan COW-1 memberitahu akan mengisi borang cuti dan telah membenarkan Pihak Menuntut balik. Sementara untuk 12.4.2014 pula, Pihak Menuntut mendakwa beliau telah diarahkan oleh COW-1 untuk mengambil cuti pada hari tersebut. Selanjutnya pada tarikh 14.4.2014, Pihak Menuntut mengakui beliau tidak pergi bekerja seperti biasa pada hari tersebut kerana mengalami sakit di bahagian belakang dan beliau telah ke klinik dan telah diberi ubat. Memandangkan klinik tersebut bukan merupakan klinik panel Syarikat, maka Pihak Menuntut telah tidak mengambil cuti sakit kerana Syarikat akan hanya menerima sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh klinik panel sahaja. Selanjutnya pada 15.4.2014, Pihak Menuntut masih mengalami kesakitan di bahagian belakang, oleh itu beliau telah memberitahu kerani melalui telefon bahawa beliau sakit dan bercuti pada hari tersebut. 11. Selanjutnya Pihak Menuntut menyatakan pada 16.4.2014 lebihkurang jam 7.00 pagi, beliau ada pergi untuk bekerja seperti biasa tetapi semasa beliau hendak mengetik punch card, beliau dapati punch card beliau tidak berada di situ dan setelah membuat pertanyaan didapati punch card beliau telah disimpan oleh COW-2. Pihak Menuntut menyatakan apabila beliau menemui COW-2, beliau diberitahu bahawa perkhidmatan beliau telah ditamatkan. Beliau telah pergi berjumpa dengan COW-1 untuk bertanyakan kenapa beliau diberhentikan dan COW-1 menyatakan beliau diberhentikan kerana kerap mengambil cuti. Pihak Menuntut juga menyatakan walaupun sebelum ini beliau telah beberapa kali tidak hadir untuk bertugas, tetapi Syarikat tidak mengambil sebarang tindakan disiplin keatas beliau malah beliau masih dibenarkan untuk bekerja seperti biasa selepas itu. Pihak Menuntut juga menyatakan beliau terpaksa kerap mengambil cuti kerana beliau mengalami masalah sakit bahagian belakang. 5

Isu 12. Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah sama ada Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Pihak Syarikat ataupun Pihak Menuntut yang telah melanggar kontrak perkhidmatannya dan dengan itu telah menamatkan perkhidmatannya. Penilaian Keterangan dan Dapatan Mahkamah 13. Pihak Menuntut telah memplidkan di paragraph 11 Pernyataan Kesnya bahawa pada 14.4.2014 beliau mengalami sakit di bahagian belakang dan dengan itu telah pergi ke Klinik Tweedie untuk mendapatkan rawatan dan tidak dapat pergi bekerja pada 14.4.2014 dan 15.4.2014. Beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Mr. Siva, Penyelia beliau, dan beliau telah diarahkan oleh Mr. Siva untuk memohon cuti setelah beliau kembali untuk bekerja. Namun begitu segala dakwaan ini telah tidak dinyatakan dalam surat beliau bertarikh 28.4.2014 (mukasurat 2 COB-1). Sekiranya segala pernyataan ini benar, maka sudah tentu perkara ini akan dinyatakan oleh Pihak Menuntut dalam surat tersebut. Pihak Menuntut langsung tidak membangkitkan perkara ini dalam surat tersebut. Sebaliknya dalam surat tersebut beliau telah memohon maaf diatas kesilapan beliau iaitu tidak hadir untuk bertugas tanpa sebarang sebab atau alasan. Kegagalan beliau untuk menyatakan secara jelas berkaitan dakwaan bahawa beliau ada menghubungi Mr. Siva untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran beliau dan permohonan maaf yang dibuat dengan jelas menunjukkan bahawa segala dakwaan bahawa beliau ada menelefon Mr. Siva adalah satu pemikiran semula (afterthought) dan rekaan semata-mata. Malah kesimpulan yang boleh dibuat melalui permohonan maaf beliau kepada Syarikat menunjukkan beliau mengakui kesalahan beliau iaitu telah tidak hadir untuk bertugas pada 11.4.2014 sehingga 15.4.2014 tanpa memohon cuti terlebih dahulu atau memaklumkan kepada Pihak Syarikat mengenai ketidakhadirannya pada tarikh-tarikh tersebut. 6

14. Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati Pihak Menuntut telah memberi keterangan yang bercanggah dimana semasa pemeriksaan awal beliau menyatakan beliau telah memohon untuk bercuti pada 11.4.2014 tetapi dalam pemeriksaan balas beliau telah menyatakan beliau tidak memohon cuti pada tarikh tersebut. Keterangan beliau adalah seperti berikut: Q: You didn t apply for any annual leave on 11.4.2014? A: Yes. Q: You didn t tell anybody in the company that you will be on leave from 11.4.2014 to 12.4.2014? A: I agree. 15. Pihak Menuntut mengakui beliau tidak memberitahu sesiapa bahawa beliau akan bercuti dari 11.4.2014 sehingga 15.4.2014. Beliau juga mengakui tidak memberikan sebarang sijil cuti sakit untuk tempoh 11.4.2014 sehingga 15.4.2014. Pihak Menuntut juga mengakui tidak hadir bekerja pada 16.4.2014 dan dengan itu segala dakwaan beliau bahawa beliau ada berjumpa dengan COW-2 pada tarikh tersebut ternyata tidak benar sama sekali dan rekaan semata-mata. 16. Pihak Menuntut juga dalam keterangannya menyatakan pada 14.4.2014 beliau tidak hadir untuk bekerja kerana mengalami masalah sakit di bahagian belakang dan pening dan beliau telah ke Klinik Tweedie untuk mendapatkan rawatan tetapi tidak mendapatkan cuti sakit kerana klinik ini bukan klinik panel bagi Syarikat. Walau bagaimanapun sekiranya surat dari klinik tersebut diteliti (mukasurat 3 COB-1) jelas menunjukkan pada 14.4.2014, Pihak Menuntut hanya membeli ubat sahaja di klinik tersebut dan beliau tidak berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatannya. Malah dalam surat bertarikh 28.4.2014 (mukasurat 2 COB-1) Pihak Menuntut mengakui bahawa beliau sememangnya tidak hadir bekerja pada 14.4.2014 dan 15.4.2014 tanpa 7

mengambil cuti sakit dan tidak memaklumkan kepada sesiapa di Syarikat mengenai ketidakhadiran beliau pada tarikh-tarikh tersebut. 17. Wakil Pihak Menuntut dalam hujahan bertulisnya telah membangkitkan isu berkaitan dengan kegagalan Pihak Syarikat untuk mengambil sebarang tindakan keatas Pihak Menuntut apabila Pihak Menuntut tidak hadir untuk bekerja sebelum ini iaitu pada 28.3.2014 sehingga 31.3.2014 dan daripada 1.4.2014 sehingga 2.4.2014. Menurut wakil Pihak Menuntut memandangkan Syarikat tidak mengambil sebarang tindakan ketika itu diatas ketidakhadiran Pihak Menuntut, maka Syarikat telah memaafkan (condone) Pihak Menuntut dan dengan itu Syarikat kini tidak boleh bergantung kepada alasan ketidakhadiran untuk bekerja sebagai alasan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Atas isu ini Mahkamah dengan segala hormatnya tidak dapat bersetuju dengan hujahan tersebut. Ini adalah kerana tindakan Pihak Syarikat kini adalah atas ketidahhadiran beliau pada 11.4.2014 sehingga 15.4.2014 dan bukannya ketidakhadiran pada tarikh-tarikh yang lepas seperti yang dinyatakan diatas. COW-2 dalam keterangannya telah menjelaskan bahawa Syarikat tidak mengambil sebarang tindakan sebelum ini terhadap Pihak Menuntut walaupun beliau mempunyai rekod kehadiran yang teruk kerana Syarikat mengambilkira fakta bahawa beliau telah berkhidmat lebihkurang 20 tahun dengan Syarikat dan Syarikat juga ingin memberi peluang kepada Pihak Menuntut untuk berubah. Malangnya walaupun peluang telah diberikan, Pihak Menuntut masih gagal untuk menunjukkan sebarang perubahan dan masih gagal hadir untuk bertugas tanpa sebab yang munasabah, dengan itu Syarikat tidak boleh bertoleransi lagi atas isu ini kerana ianya adalah tidak adil kepada Syarikat dimana kerja-kerja Pihak Menuntut perlu dijalankan oleh pekerja-pekerja lain dan ini sudah tentu akan menggangu tugas hakiki pekerja-pekerja tersebut. 8

Kesimpulan 18. Sebagai kesimpulan, setelah mengambilkira segala keterangan yang dikemukakan dan pada masa yang sama kepada peruntukan seksyen 30(5) Akta, untuk bertindak mengikut ekuiti, hati nurani dan merit kes tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah mendapati Pihak Menuntut telah tidak hadir untuk bertugas pada 11.4.2014 sehingga 15.4.2014 tanpa mengemukakan sebarang sijil cuti sakit, memohon cuti tahunan ataupun memaklumkan mengenai ketidakhadiran beliau kepada Syarikat. Keterangan menunjukkan bahawa beliau gagal untuk hadir bertugas melebihi dua hari berturut-turut tanpa sebarang sebab yang munasabah atau telah cuba memberitahu Syarikat secepat yang mungkin mengenai ketidakhadirannya untuk bekerja pada tarikh-tarikh tersebut. Oleh itu Mahkamah mendapati tindakan Pihak Syarikat yang telah menggunapakai peruntukan Seksyen 15(2), Akta Pekerjaan 1955 adalah satu tindakan yang bermerit. Kegagalan Pihak Menuntut untuk hadir bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa sebarang sebab yang munasabah atau tanpa memohon cuti terlebih dahulu dan kegagalan beliau memaklumkan kepada Syarikat secepat yang mungkin mengenai ketidakhadirannya dengan jelas menunjukkan beliau telah melanggar kontrak perkhidmatan beliau dan dengan itu telah menamatkan perkhidmatannya selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 15(2), Akta Pekerjaan 1955 dan Syarikat tidak pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan beliau. Dengan itu Mahkamah menolak tuntutan Pihak Menuntut. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 11 JULAI 2017. (DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK 9