Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Petisyen pilihanraya ini difail oleh seorang pengundi berdaftar di kawasan N5, Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu, Trengganu.

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TELEVISION BROADCASTS LTD DAN SATU LAGI LWN PUSAT VIDEO GLOBE DAN LAIN-LAIN

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

SENARAI KES BICARA YANG DIKENDALIKAN OLEH TPR / PKP DI UNIT PERBICARAAN BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN APRIL 2011 SIVIL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MUZAKARAH PAKAR IKIM MALAYSIA: KEMELUT NEGARA ISLAM NEGARA SEKULAR 19 Februari 2013

MALAYSIA. Warta Kerajaan SERI PADUKA BAGINDA DITERBITKAN DENGAN KUASA HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY RANG UNDANG-UNDANG

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

Pendakwa Raya v Rosman Bin Saprey and Another Appeal

Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

Transcription:

1 GOH AH BA & LAU AH KEAT lwn. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, MALAYSIA & SATU LAGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PULAU PINANG ABDUL HAMID MOHAMAD PERMOHONAN JENAYAH NO. 44-17-90 & NO. 44-20-90 6 JULAI 1990 [1990] 1 CLJ Rep 367; [1990] 2 CLJ 557 TAHANAN PENCEGAHAN: Habeas corpus - Perintah tahanan - Perintah perlanjutan - Pembatalan perintah perlanjutan dan perintah tahanan baru dibuat serentak - Samada perintah sah - Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8 - Akta Dadah Berbahaya (Langkahlangkah Pencegahan Khas) 1985. Pemohon pertama telah ditahan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak Muar mulai 18 Mei 1987 di bawah perintah tahanan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 16 Mei 1987. Pada 29 April 1989 Timbalan Menteri telah mengeluarkan perlanjutan perintah tahanan selama dua tahun lagi mulai 17 Mei 1989 di tempat yang sama. Pada 3 April 1990 Timbalan Menteri telah membatalkan perintah perlanjutan itu dan mengeluarkan satu perintah tahanan baru, mengarahkan pemohon pertama ditahan selama 13 bulan di tempat yang sama. Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza. Kedua-dua pemohon telah mencabar perintah membatalkan perlanjutan itu dan perintah tahanan baru atas tiga alasan - pertama, kerana undang-undang berkenaan adalah " discriminatory " dan oleh itu bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan; kedua, kerana perintah membatalkan perlanjutan dan perintah tahanan baru itu dibuat pada tarikh yang sama dan oleh itu tidak mengikuti undang-undang; ketiga, kerana seksyen 5 Akta A766 tidak boleh berdiri dengan sendirinya, malahan ia sepatutnya dimasukkan dalam Akta 316. Diputuskan: [1] Undang-undang berkenaan tidak " discriminatory " dan oleh itu tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan. [2] Perintah membatalkan perlanjutan dan perintah tahanan baru itu adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang oleh itu alasan ini gagal. [3] Hujah pemohon mengenai alasan ketiga tidak berasa langsung perkara ini terserah kepada budi bicara penggubal undang-undang dan Parlimen. Case(s) referred to: Datuk Haji Harun Bin Haji Idris V. Public Prosecutor [1976] 1 LNS 19

2 Legislation referred to: Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985, ss. 3(3), 5(4), 6(1), 11A(1)(a)(aa) Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) (Amendment) Act 1990, s. 3(1)(b) Federal Constitution, arts. 4, 8 Counsel: Bagi pihak pemohon - M. Athimulan; M/s. Shan & Gooi Bagi pihak penentang - Jaladin bin Salleh; M/s. Peguam Kanan Persektuan PENGHAKIMAN Abdul Hamid Mohamed PK: Pemohon dalam Permohonan Jenayah No. 44-17-90 (Pemohon Pertama) ditahan atas perintah yang dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (selepas ini disebut " Akta 316"). Perintah itu dibuat pada 16 Mei 1987 dan mengarahkan pemohon pertama ditahan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor mulai 18 Mei 1987. Pada 29 April 1989 Timbalan Menteri itu mengeluarkan perlanjutan perintah tahanan di bawah seksyen 11A(1)(a)(aa) Akta 316 yang mengarahkan supaya pemohon pertama ditahan selama dua tahun selanjutnya mulai 17 Mei 1989 di pusat yang sama. Pada 3 April 1990 Timbalan Menteri itu mengeluarkan pula pembatalan perlanjutan perintah tahanan di bawah seksyen 11B Akta 316. Perintah ini membatalkan perlanjutan perintah tahanan yang dibuat pada 29 April 1989. Pada 3 April 1990 juga, Timbalan Menteri itu mengeluarkan perintah tahanan baru di bawah seksyen 6(1) Akta 316. Perintah ini mengarahkan pemohon pertama ditahan selama 13 bulan di pusat yang sama. Pemohon dalam Permohonan Jenayah 44-20-90 (pemohon kedua) pula mula-mula ditahan atas perintah yang dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah s. 6(1) Akta 316. Perintah itu dibuat pada 21 Julai 1986 dan mengarahkan pemohon kedua ditahan selama dua tahun mulai dari 24 Julai 1986 di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor. Pada 21 Julai 1988 Timbalan Menteri itu mengeluarkan perlanjutan perintah tahanan di bawah seksyen 11A(1)(aa) Akta 316 yang mengarahkan supaya pemohon kedua ditahan selama dua tahun selanjutnya mulai 23 Julai 1988 di pusat yang sama.

3 Pada 3 April 1990 Timbalan Menteri itu mengeluarkan pembatalan perintah tahanan di bawah seksyen 11B Akta 316. Perintah itu membatalkan perlanjutan perintah tahanan yang dibuat pada 21 Julai 1988. Pada 3 April 1990 Timbalan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan baru di bawah s. 6(1) Akta 316. Perintah ini mengarahkan pemohon kedua ditahan selama satu tahun di pusat yang sama. Kedua-dua mereka diwakili oleh peguam yang sama dan membuat permohonan atas alasanalasannya yang sama. Oleh itu atas persetujuan semua pihak, kedua-dua permohonan didengar serentak. Peguam pemohon-pemohon mengemukakan tiga alasan bagi permohonan-permohonan itu. Alasan Pertama Alasan pertama ialah seksyen 3(1)(b) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 1990 (Akta A766) yang meminda seksyen 6A Akta 316 adalah berlawanan dengan perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tak berperlembagaan (unconstitutional) dan oleh itu mengikut perkara 4 Perlembagaan Persekutuan terbatal. Hujah peguam pemohon-pemohon ialah perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Mengikut beliau s. 6 Akta 316 memberi perlindungan kepada orang tahanan dalam ertikata perintah tahanan hanya boleh dibuat setelah menteri menimbang laporan lengkap penyiasatan yang dikemukakan di bawah s. 3(3) Akta 316 dan laporan Pegawai Siasatan yang dikemukakan di bawah s. 5(4) Akta yang sama. Pindaan berkenaan menghapuskan perlindungan-perlindungan itu. Dalam lain perkataan perintah tahanan baru boleh dibuat walaupun laporan-laporan baru di bawah ss. 3(3) dan 5(4) tidak dikemukakan. Oleh itu orang yang terhadapnya perintah tahanan baru dibuat tidak menikmati hak yang sama dengan orang yang terhadapnya perintah tahanan asal dibuat. Oleh itu terdapat ketidaksamarataan di sisi undang-undang antara mereka. Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: 8(1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law. Berkenaan dengan cara pendekatan yang saya patut buat dalam memutuskan soalan ini saya petik dan saya ikut penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Haji Harun bin Haji Idris v. Public Prosecutor [1976] 1 LNS 19di mana Suffian KHN, di mukasurat 165 berkata: With respect, we would agree with the solicitor-general's submission that the first question we should ask is, is the law discriminatory, and that the answer should then be - if the law is not discriminatory, if for instance it obviously applies to everybody, it is good law, but if it is discriminatory, then because the prohibition of unequal treatment is not absolute but is either expressly allowed by the constitution or is allowed by judicial interpretation we have to ask the further question, is it allowed? If it is, the law is good, and if it is not,

4 the law is void. Jadi soalan pertama yang perlu diputuskan ialah adakah seksyen 6A(2) itu " discriminatory"? Sekali lagi saya mengikuti pendekatan Mahkamah Persekutuan dalam kes itu dalam memutuskan soalan ini, iaitu "... our approach to it must be informed by a sense of perspective and proportion, avoiding a dogmatic and finical approach." Dalam hal ini latar belakang peruntukan seksyen 6A(2) itu perlulah diambil perhatian. Sebelum pindaan kepada Akta 316 itu dibuat melalui Akta A766, Menteri mempunyai kuasa untuk membatalkan perintah tahanan (seksyen 11B(1)) tetapi tidak mempunyai kuasa membuat perintah tahanan baru di bawah seksyen 6(1) semata-mata berasaskan peruntukan seksyen 11B(2). Ini diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Poh Chin Kay v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan lain-lain (Rayuan Jenayah Maklumah Agung Bil. 05-9-90). Dalam penghakimannya di mukasurat 11 YA Hakim Besar Malaya menyatakan: Our conclusion is that in respect of all these appeals there was no power for the minister to make a fresh order under subsection (1) of s. 6 of the act relying solely on a saving provision of s. 11B of the act. Akta A766 mewujudkan kuasa menteri yang sebelumnya tidak ada itu. Pindaan itu memberi kuasa kepada menteri untuk, antara lain, membuat perintah tahanan baru di bawah s. 6(1). Akta Pindaan yang sama juga memasukkan subseksyen (2) baru kepada s. 6A yang berbunyi: (1) Tiada perintah tahanan baru atau perintah sekatan baru yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen 11B boleh menjadi tak sah atau tak berkuatkuasa oleh sebab tiada laporan baru telah dikemukakan di bawah subseksyen (3) seksyen 3 dan subseksyen (4) seksyen 5 atau perintah tahanan atau perintah sekatan itu telah dibuat atas alasan yang sama seperti perintah tahanan atau perintah sekatan yang terdahulu. Dalam penghakiman saya, peruntukan ini tidak " discriminatory " kerana ia jelas meliputi semua orang yang terhadapnya perintah tahanan baru dibuat, bukan kepada seseorang atau sesuatu kes yang tertentu. Kedua, jika peruntukan s. 6A(2) itu " discriminatory", bertentangan dengan pandangan saya, saya berpendapat, terdapat pengkelasan yang munasabah (reasonable classification) di dalamnya, mengikut prinsip-prinsip yang diterima oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes yang sama di mukasurat 166 iaitu: (i) the classification is founded on an intelligible differentia which distinguishes persons that are grouped together from others left out of the group; and (ii) the differentia has a rational relation to the object sought to be achieved by the law in question. Pengkelasan yang dibuat adalah jelas. Ia meliputi semua orang yang terhadapnya perintah

5 tahanan baru dibuat di bawah s. 6(1) berdasarkan s. 11B(2). Saya juga berpendapat pembezaan (differentia) yang dibuat mempunyai hubungan yang rasional dengan tujuan yang hendak dicapai oleh undang-undang itu. Tujuan yang hendak dicapai ialah untuk mengesahkan perintah tahanan baru walaupun laporan-laporan yang tersebut itu tidak dikemukakan semula kepada menteri. Sayugia diambil ingatan bahawa orang-orang yang termasuk dalam golongan ini, iaitu orangorang yang terhadapnya perintah tahanan baru dibuat adalah orang-orang yang terhadapnya perintah tahanan asal telah dibuat terlebih dahulu. Sebelum membuat perintah tahanan asal itu kedua-dua laporan itu telah dikemukakan kepada menteri. Oleh itu adalah tidak betul mengatakan bahawa s. 6A(2) itu mendiskriminasikan orang-orang yang terhadapnya perintah tahanan baru dibuat jika dibandingkan dengan orang-orang yang terhadapnya dibuat perintah tahanan asal. " Hak " yang diberi kepada orang-orang yang terhadapnya perintah tahanan asal dibuat telah diberi dan telah terlebih dahulu " dinikmati" oleh orang-orang yang terhadapnya perintah tahanan baru dibuat. Oleh itu, dalam penghakiman saya s. 6A(2) tidaklah " unconstitutional", dan alasan pertama kepada permohonan-permohonan ini gagal. Alasan Kedua Peguam pemohon-pemohon menarik perhatian saya bahawa dalam kedua-dua kes ini Timbalan Menteri membatalkan perlanjutan perintah tahanan dan pada hari yang sama membuat perintah tahanan baru. Katanya, ini tidak mengikut undang-undang. Mengikut undang-undang, jika yang dibatalkan itu perlanjutan perintah tahanan, menteri hanya boleh membuat perlanjutan perintah tahanan baru. Jika beliau membatalkan perintah tahanan, beliau cuma boleh membuat perintah tahanan baru. Dan jika beliau membatal perintah sekatan beliau cuma boleh membuat perintah sekatan baru, dan bukan perintah-perintah lain. Peguam pemohon-pemohon menarik perhatian saya kepada penghakiman K C Vohrah H., dalam kes Moo Meow Fatt v. Minister of Home Affairs dan lain-lain (Permohonan Jenayah Mahkamah Tinggi Alor Setar Bil. 44-17-90) terutama sekali kepada mukasurat 12 di mana Hakim Yang Arif itu berkata; It will be noticed that the power to make a fresh order or fresh direction is " in respect of the person against whom the order or direction which is revoked was made (sic) or given". Reading the words which have been underlined it would mean that a fresh order or fresh direction must correspond with the original order or direction revoked; that is to say, if what is revoked, say, is a direction under s. 11A(1), then the (sic) only a fresh extension order may be made, not a fresh order under s. 6(1). Walaubagaimanapun Hakim Yang Arif itu menyatakan seterusnya: This point was not argued in Court but when writing this judgment I noticed this other peculiarly in the language used in the second limb of subsection (2) of s. 11B but I make no decision on the matter. Ringkasnya, walaupun Hakim Yang Arif itu menyentuh hal ini beliau tidak membuat apa-apa

6 keputusan mengenainya. Peruntukan s. 11B berkenaan eloklah diperturunkan di sini. 11B(1) Walauapapun yang terkandung dalam Akta ini, menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana perintah tahanan yang dibuat di bawah subseksyen (1) s. 6, atau mana-mana perintah sekatan yang dibuat di bawah subseksyen (3) s. 6, atau mana-mana perintah tahanan yang digantung, atau mana-mana arahan di bawah subseksyen (1) s. 11A bagi perlanjutan jangkamasa mana-mana perintah sedemikian, jika difikirkannya adil atau patut berbuat demikian. (2) Apa-apa pembatalan di bawah subseksyen (2) tidaklah menjelaskan keesahan perintah atau arahan sebelum pembatalannya atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya, atau kuasa menteri untuk membuat perintah baru atau memberi arahan baru sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) berkenaan dengan orang yang terhadapnya perintah atau arahan yang dibatalkan itu telah dibuat atau diberi. Subseksyen (1) memberi kuasa kepada menteri untuk membatalkan perintah tahanan, perintah sekatan, perintah tahanan yang digantung atau arahan perlanjutan tahanan. Subseksyen (2) mempunyai dua bahagian. Pertama ia mengesahkan perintah atau arahan berkenaan sebelum pembatalannya atau apa-apa yang telah dilakukan di bawahnya. Bahagian ini tidak berkenaan dalam kes ini. Bahagian kedua memberi kuasa kepada menteri untuk membuat perintah baru atau memberi arahan baru. Soalnya ialah adakah kata-kata " sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) berkenaan dengan orang yang terhadapnya perintah atau arahan yang dibatalkan itu telah dibuat atau diberi " mensyaratkan bahawa hanya perintah atau arahan yang serupa dengan yang dibatalkan sahaja boleh dibuat oleh menteri? Pada pandangan saya kata-kata " sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1)" itu hanya merujuk kepada jenis-jenis perintah atau arahan yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa mengulanginya semula. Ertinya perintah atau arahan baru dari jenis-jenis itu boleh dibuat oleh menteri. Soalan seterusnya ialah adakah kata-kata " berkenaan dengan orang yang terhadapnya perintah atau arahan yang dibatalkan itu telah dibuat atau diberi " menghendaki bahawa perintah baru atau arahan baru itu mestilah dari jenis yang sama dengan yang dibatalkan? Pada pandangan saya, tidak. Kata-kata itu hanya mengatakan siapakah orang-orang yang terhadapnya menteri boleh membuat perintah atau arahan baru. Orang-orang itu adalah orang-orang yang terhadapnya perintah atau arahan tersebut telah dibuat dan dibatalkan. Dalam penghakiman saya, subseksyen (2) tidak mensyaratkan bahawa perintah atau arahan baru yang dibuat itu mestilah dari jenis yang sama dengan yang telah dibatalkan. Pandangan ini juga berdasarkan bahawa kesan arahan perlanjutan tahanan yang dibatalkan dan perintah tahanan baru yang dibuat adalah sama - kedua-duanya mengakibatkan orang tahanan itu ditahan di pusat yang dinyatakan. Saya tidak membuat penghakiman sama ada subseksyen ini membolehkan perintah tahanan baru dibuat selepas membatalkan perintah sekatan kerana perkara itu tidak berkenaan dalam kes ini.

7 Kesimpulannya dalam penghakiman saya, alasan kedua ini juga gagal. Alasan Ketiga Alasan ketiga ialah, dalam perkataan peguam pemohon-pemohon, " s. 5 Akta A766 tidak boleh berdiri dengan sendirinya. " Ia tidak sepatutnya dijadikan s. 5 kepada Akta A766 (Akta Pindaan) itu. Ia sepatutnya dimasukkan ke dalam Akta 316 (Akta Ibu). Katanya, dalam keadaan yang ada sekarang, terdapat dua s. 5. Pada pandangan saya, hujah ini tidak berasas langsung. Terserahlah kepada budibicara penggubal undang-undang dan parlimen di mana seksyen itu hendak diletakkan. Malah saya berpendapat bahawa cara yang dilakukan ini adalah amat wajar dan sesuai memandangkan bahawa seksyen itu adalah satu seksyen pengesahan - mengesahkan perintah-perintah yang dibuat dalam tempoh peralihan yang disebut dalam seksyen itu. Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, kedua-dua pemohon gagal dalam semua alasanalasan permohonan-permohonan mereka dan permohonan-permohonan mereka ditolak.