Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ISLAMIC ARTS IN THE CIVILIZATION HERITAGE KESENIAN ISLAM DALAM WARISAN KETAMADUNAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

CABARAN PENDIDIKAN ISLAM DI ERA MEDIA SOSIAL (Challenges of Islamic Education in Social Media Era)

Architecture according to the Perspective of the Qur'an: An Evaluation

PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

Transcription:

Fikiran Masyarakat, Vol. 6, No. 1, 2018 Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara Khairiah Binti Mohamad, Khazri Bin Osman, Anuar Bin Puteh Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Kampus, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. E-mail: qayreahmohammad@gmail.com; khazri@ukm.edu.my; anteh@ukm.edu.my Abstrak - Seni khat dikenali sebagai kaligrafi yang merupakan salah satu kesenian Islam yang mendapat perhatian besar kepada umat Islam. Seni khat diilhamkan daripada al-quran yang mempunyai nilai tinggi dan membawa mesej tauhid serta ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kebanyakan karya tentang kesenian Islam yang dihasilkan oleh orientalis kurang mengupas tentang kesenian Islam di negara-negara wilayah NUSANTARA, sedangkan negara-negara di NUSANTARA adalah merupakan di antara negara-negara pertama di sebelah timur yang telah menerima Islam beberapa tahun selepas keruntuhan beberapa empayar Islam di Timur Tengah. Kajian ini mengupas tentang kesenian Islam di NUSANTARA selain memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia supaya menghargai seni khat sebagai simbolik warisan kesenian dalam tamadun Islam NUSANTARA. Kajian ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian di NUSANTARA. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan dengan membuat analisis dan ulasan terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati terdapat bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bermulanya seni khat daripada pengenalan tulisan khat, bentuk-bentuk dan ciri-cirinya tersendiri, yang mana telah dicatatkan oleh sejarah terdapat fahaman-fahaman atau agama-agama lain yang mendahului Islam dalam kesenian seni khat ini khususnya di NUSANTARA. Kata Kunci: Seni Khat, Seni Khat Dalam Kesenian Islam, NUSANTARA I. Pendahuluan Seni khat merupakan suatu seni yang begitu unik dan berhubung terus dengan keindahan yang diciptakan oleh Allah SWT dengan zat yang Maha Agung. Seni khat tidak dapat dibandingkan dengan tulisan-tulisan lain ciptaan manusia yang telah berkembang sebelumnya. Oleh hal sedemikian, manusia turut mencintai keindahan yang juga dicintai oleh Allah SWT. Penghayatan terhadap Islam tidak dapat dipisahkan daripada sumber asas pegangan al-din itu sendiri iaitu al-quran dan al-sunnah. Manakala kedua-dua sumber ini berkait secara langsung dengan kemahiran dalam Bahasa Arab. Malahan aspek ibadah fardhu ain perlu dilaksanakan dengan memiliki kemahiran asas bahasa tersebut iaitu membaca, menulis dan memahaminya. Dari aspek inilah tulisan khat memainkan peranannya. Kesenian adalah pancaran daripada sebuah tamadun. Ketinggian tamadun sesuatu bangsa besar itu dicerminkan melalui kecemerlangan keseniannya, baik dalam aspek warisan fizikal mahupun dalam bentuk pemikiran. Dalam konteks bangsa Melayu kedua-duanya telah banyak merubah corak dan cara hidup masyarakat khususnya setelah mereka menerima agama Islam sebagai pegangan hidup. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya memberikan tumpuan kepada aspek Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam Di NUSANTARA. Manuscript received 13 Desember 2017, revised 20 Desember 2017 17 Copyright 2018 Kemala Publisher. - All rights reserved

K. B. Mohammad, K. B. Osman dan A. B. Puteh 18 Artikel ini menyusur-galurkan sejarah perkembangan kesenian Islam yang dimulai dengan pengenalan tulisan itu sendiri bukan sahaja indah tetapi juga telah digunakan sebagai media menyampaikan perutusan Allah SWT yang ditampilkan melalui beberapa bahan seni Islam terutamanya pada seni khat. Perutusan-perutusan itu tersimpul dalam satu perkataan iaitu tauhid yang menjadi ciri utama kesenian Islam. Melalui warisan yang telah ditinggalkan, di antaranya seperti yang di bicarakan dalam artikel penulisan ini, dengan memperlihatkan kepatuhan para seniman Islam terhadap doktrin tersebut. II. Penyataan Masalah Seni khat diilhamkan daripada al-quran yang mempunyai nilai tinggi dan membawa mesej tauhid serta ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kebanyakan karya tentang kesenian Islam yang dihasilkan oleh orientalis kurang mengupas tentang kesenian Islam di negara-negara wilayah NUSANTARA, sedangkan negara-negara di NUSANTARA adalah merupakan di antara negara-negara pertama di sebelah timur yang telah menerima Islam beberapa tahun selepas keruntuhan beberapa empayar Islam di Timur Tengah. Oleh hal sedemikian, kajian ini mengupas tentang sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian Islam di NUSANTARA selain memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia supaya menghargai seni khat sebagai simbolik warisan kesenian dalam tamadun Islam NUSANTARA. III. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Data dikumpulkan melalui artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain dan menggunakan analisis kandungan dengan membuat analisa dan ulasan terhadap buku-buku yang berkaitan dengan perkembangan seni khat, kesenian Islam, kesenian khat dalam kesenian Islam di NUSANTARA. IV. Seni Khat Menurut Abdul Rahman Hj. Chik Tajuddin (2011), dalam sejarah kesenian Islam, seni khat ini tidak boleh disamakan dengan bentuk seni yang lain kerana mempunyai kaitan secara langsung dengan agama yang didatangkan daripada langit (samawi), iaitu puncak seni yang dianggap suci (sakral). Hal ini berbeza dengan seni yang dihasilkan dengan seni sekular yang ada. Khat merupakan salah satu kesenian Islam yang dikagumi oleh umat Islam. Maka dengan itu, seni khat wajar diminati oleh setiap lapisan masyarakat Islam daripada raja sehinggalah masyarakat umum. 4. 1. Kesenian Islam Sejarah mencatatkan bahawa semenjak abad 1H/662M, sudah terbentuk sistem kawalan mutu di setiap peringkat penghasilan kerja seni, bermula dari seni mushaf, iaitu naskhah al-quran yang bertulis tangan. Sistem kawalan ini bukan sahaja berada pada seniman, malah telah ada badan tertentu yang mengawasinya dan orang awam yang menerima atau membelinya. Kepincangan akan mengakibatkan jatuhnya nilai seni itu. Seni yang terunggul dalam Islam ialah seni pada al-quran. Proses penghasilan pula perlu dilakukan dengan penuh ketekunan, berdisiplin dan ikhlas. Seni mushaf pembuka segala saluran estetik dalam jiwa manusia ke arah menghayati kebesaran Maha Pencipta sekalian alam semesta (Siti Zainin Ismail 1989). 4. 2. Nilai Kesenian Islam Kehidupan seseorang yang beragama Islam tidak dapat lari daripada menghayati isi kandungan al-quran, seperti firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran yang bermaksud Al-Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (al-quran, Ali-Imran, 3: 138). Dalam petikan ayat tersebut, jelaslah bahawa kehidupan seseorang Muslim itu perlu berpegang kepada ajaran di dalam al-quran pada setiap masa dalam gerak-geri serta tindakan baik secar fizikal mahupun kerohaniannya. Selain itu, tulisan di dalam al-quran dianggap salah satu cabang seni Islami. al-quran dikaitkan dengan seni perhiasan Islami yang terulung yang dikenali dengan panggilan seni khat. al-quran itulah sejarah tulisan khat itu bermula di negerinegeri Arab, sebagaimana pepatah Arab ada mengatakan bahawa khat Arab itu adalah bahasa tangan dan gaya yang hebat. Keindahan di sini sebenarnya mempunyai maksud yang luas, antaranya ciri-ciri ketakwaan, keimanan, keyakinan, kemurnian, kerharmonian, keseimbangan, peraturan dan kesempurnaan. Manusia itu dijadikan hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini, maka hamba dan khalifah itu dianggap indah semuanya di sisi Allah SWT, selagi ia tidak bercanggah dengan peranan pengabdian. Oleh sebab itu biarlah segala keindahan yang dikecapi itu tidak bercampur baur dengan pengingkaran atau kemaksiatan terhadap Pencipta Pentadbir itu (Bukhari Lubis H.M 1994).

K. B. Mohammad, K. B. Osman dan A. B. Puteh 19 Menurut Abdul Rahman Hj. Chik Tajuddin (2011) memang terdapat larangan dalam Islam terhadap penggunaan lambang-lambang manusia dan benda-benda bernyawa dan dalam kebanyakan contoh-contoh yang dimuatkan dalam artikel ini menunjukkan larangan itu telah dipatuhi. Dengan larangan tersebut tidaklah pula bermakna hasil seni yang dihasilkan oleh seniman Islam tidak cantik atau tidak indah, malahan dengan adanya larangan tersebut telah membolehkan seniman-seniman Islam mencipta motif-motif lain yang tidak kurang menarikannya. Menurut Othman Yatim (1989) kesediaan umat Islam mengekalkan kesinambungan dengan zaman lampau, khususnya dari segi pemakaian motif-motif ragam hias dalam seni pertukangan tangan, memperlihatkan kematangan dan kemampuan mereka dalam menapis dan menyesuaikan unsur-unsur tradisi Islam dan diperkayakan lagi dengan pengambilan motif-motif daripada alam persekitaran mereka mengikut kesesuaian dan anjuran al-quran dan al-sunnah. Pemilihan motif-motif itu dibuat secara berhati-hati dengan penuh teliti agar tidak bercanggah dengan agama Islam. Berdasarkan kenyataan ini, keindahan dalam hasil seni Melayu harus diukur berdasarkan ciri-ciri yang bersesuaian dengan etika Islam. Corak dan motif yang abstrak, kesesuaian warna dan fungsi objek adalah di antara ciri-ciri yang harus diambil kira untuk mengukur hasil seni Melayu yang menyelitkan etika Islam. V. Seni Khat Dalam Kesenian Islam Satu hakikat yang telah diterima umum, terutamanya di kalangan para pelajar tamadun Islam islah kesenian itu adalah salah satu ciri yang terpenting dalam tamadun Islam. Tetapi, dalam percubaan untuk memperjelaskan tentang kesenian Islam, masyarakat akan berhadapan dengan beberapa persoalan yang agak rumit kerana berpunca daripada kegagalan para sarjana kesenian Islam sendiri dalam mencapai kata sepakat tentang beberapa isu yang berhubung dengan perkaraperkara makna, ruang dan masa yang dicakupi oleh kesenian Islam, peranan seni dalam Islam, konsep-konsep keindahan dan yang paling pokok ialah isu penggunaan figura atau patung dalam dekorasi kesenian Islam. Menurut Zain Abi (1984) dengan segera tergambar dalam pemikiran kita satu linkungan yang memisahkan Islam dan bukan Islam. Seumpanaya, pada permulaan ada orang Arab yang tidak Islam; ada orang India beragama Hindu atau Buddha, ada orang Melayu penganut anamisme dan Hindu atau Buddha, dan lain-lain juga tidak Islam. Kemudian, kedatangan Islam diterima hingga akhirnya terpisahlah orang Arab yang Islam; dan tanah air kita orang Melayu yang dahulunya menganuti anamisme dan Hindu atau Buddha terpisah dengan Islam. Perubahan ini berpunca dari perubahan pemikiran dan pemahaman. Sejarah membuktikan bahawa melalui perantaraan perdagangan, peranan para ahli Sufi dan melalui sistem kesultanan, datuk nenek kita terdahulu telah memeluk Islam. Persoalannnya sekarang ialah apakah perubahan fahaman dan pemikiran yang diperkenalkan oleh Islam itu berubah corak dan gaya kehidupan dan seterusnya mencorakkan seni dan budaya kita kepada Islam. Sebenarnya memang tidak terdapat kesepakatan pendapat para pengkaji kesenian Islam tentang definisi umum kesenian Islam itu. Lantaran itu kesenian Islam telah diberikan pelbagai tafsiran. Perkara-perkara yang ditekankan dalan tafsirantafsiran itu ialah ciri-ciri, bentuk-bentuk, tema dan sumber-sumbernya, tempat asal (region), para karyawan, penjenisan, tahun penciptaan dan sebagainya. Persoalan yang sering timbul ialah apakah hasil seni yang dicipta di zaman pra-islam dikekalkan terus penggunaannya oleh umat Islam boleh dianggap sebagai kesenian Islam? Apakah bahan-bahan yang berunsur agama sahaja yang dianggap sebagai seni Islam? Walau bagaimanapun, menurut Othman Yatim (1989) lagi, untuk menggunakan tafsiran yang telah dibuat oleh Lois Lamya al-faruqi Haider (1982) yang menyatakan bahawa kesenian Islam itu buakanlah terhad kepada hasil ciptaan atau bangunan yang berunsur keagamaan semata-mata. Kesenian juga meliputi semua hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai estetika dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada diguanakn untuk tujuan keagamaan atau tidak. Seperti yang sedia maklum bahawa agama Islam telah tersebar luas dan menembusi batas-batas geografi dan politik negara-negara kini. Islam menjadi anutan beberapa bangsa di dunia ini. Apakah faktor-faktor yang menyatukan umat Islam? Telah dipersetujui umum bahawa agama Islam itu sendiri dan tulisan Arab adalah faktor-faktor yang mengikat semua umat Islam. Selain itu juga, isu yang sering dikaitkan dengan kesenian Islam ialah apakah sebenarnya peranan seni itu kepada masyarakat ataupun seni untuk seni atau seni untuk masyarakat ataupun seni untuk menghambakan diri kepada Tuhan. 5. 1. Sumbangan Kesenian Islam Menurut Lois Lamya al-faruqi Haider (1986) lagi, kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup Muslimin dengan menyatukan pekerjaan masa lapang, dan hiburan dengan berbagai-bagai aspek lain dalam kehidupan kita. Majoriti umat Islam berpendapat agama Islam bukan sahaja menentukan kewajipan-wajipan agama, akan tetapi termasuklah kehidupan budaya, ekonomi, sosial dan politik. Sebenarnya Islam bukanlah sahaja suatu agama dalam pengertian yang terbatas seperti yang biasa fahaman di barat, tetapi juga suatu cara hidup yang lengkap. Jika ini benar, maka segala bentuk seni hiburan dan riadah hendaklah tunduk kepada ajaran tauhid sepertimana aspek kehidupan yang lain juga. Menurut Siti Zainon Ismail (1989), pengertian seni hias selalu difahami sebagai sesuatu yang memberikan keindahan kepada bentuk dan rupa yang dihampiri. Sehingga kerap kali orang melupakan makna, terutamanya dari sudut fungsi dan sejarah budayanya. Dari tinjauan estetik, seni hias sering melibatkan bukan sahaja bentuk yang

K. B. Mohammad, K. B. Osman dan A. B. Puteh 20 diindahkan, akan tetapi turut juga menghubung kaitkan peranan individu, kelompok masyarakat, serta alam semula jadi. Soal kepercayaan atau anutan kelompok masyarakat juga memainkan yang tertentu. Sejarah awal membuktikan bahawa pengertian seni adalah sekadar untuk memenuhi selera diri sendiri, seniman atau masyrakat. Sebenarnya mencipta sesuatu seni hias bukanlah mengikut sesuka hati begitu sahaja. Malah seni ini mempunyai tujuan dan makna yang tersirat di sebaliknya. Ramai pengkaji kesenian Islam berpendapat bahawa salah satu ciri kesenian Islam ialah indah. Keindahan telah ditafsirkan sebagai kecantikan, keelokkan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang indah. Perkataan indah sendiri diistilahkan sebagai sesuatu yang cantik, bagus benar, elok atau molek. Dalam perihal tentang keindahan, Ku Zam Zam Ku Idris (1984) telah merujuk tulisan Roger Fry dalam artikelnya An Essy in Aethetics dalam buku Morris Weitz Problems in Aethetics yang menyarankan bahawa sesuatu objek yang diciptakan untuk menimbulkan kesan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan (utility purpose) tapi penciptaanya diharapkan dapat melahirkan rasa dihargai dan menggembirakan atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba (1977) dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian pula menyatakan bahawa teori-teori tentang keindahan yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah sejak dahulu lagi dapat dibahagikan kepada teori-teori lama yang bersifat psikologikal. Plato, Plotinus dan Hegel berpegang kepada teori-teori metafizikal tentang keindahan. Bagi mereka, keindahan itu dapat disamakan dengan kebenaran, kebaiakan dan kesempurnaan. (Beauty = truth = the good = the absolute). Plato misalnya menyatakan keindahan itu ialah yang abadi dan tidak berubah. Dari segi psikologi, keindahan itu dilihat sebagai sesuatu yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa. Dikatakan bahawa akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu) tapi juga indera rasa. Sifat-sifat keindahan yang lahir dapat menimbulkan rasa kesenangan atau kepuasan yang tertentu dalam diri kita yang disebut estetika. Dalam menghayati estetik atau keindahan ini kita seolah-olah ditarik ke dalam objek keindahan itu menyebabkan timbulnya rasa persatuan yang penuh dengan objek itu dan juga rasa kebebasan dan kesempurnaan. VI. Pengenalan Tulisan Arab di NUSANTARA NUSANTARA ialah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa Kuno, iaitu nusa (pulau) antara (lain) dalam penggunaan bahasa moden, istilah NUSANTARA merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan. Istilah padanan untuk NUSANTARA (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia. Ibn Batutah telah menggunakan nama al-jawah bagi merujuk kepada NUSANTARA. Perkataan jawi ialah nama bagi penduduk-penduduknya. Dengan itu, nama Jawah dan Jawi hanya merujuk kepada kepulauan Jawa dan penduduknya sahaja bahkan digunakan untuk seluruh daerah Asia Tenggara dan penduduknya sekali (Ibnu Batutah 1964). Menurut pandangan Didin Sirojuddin A.R (1992) seni khat juga telah muncul di Nusantara pada abad ke-11, terbukti setelah ditemukannya tulisan seni khat di atas batu nesan di makam Maulana Malik Ibrahim dan Fatimah binti Maimun di Leran Gresik di Jawa Timur pada 1424 oleh J.P. Moquette pada tahun 1921 Pada masa berikutnya, khususnya sejak abad ke-13 seperti terlihat pada makam raja-raja Peurelak8 dan Pasai di Aceh, penulisan huruf Arab kian meluas dan menyebar di kalangan penduduk Nusantara yang mulai memeluk agama Islam. Menurut pandangan Persatuan Seni Khat Kebangsaan (1998) berbanding dengan negara-negara Islam lainnya di Timur Tengah, seni khat di Nusantara tidak begitu menonjol sebagai karya seni rupa. Hal ini dikeranakan penerapan seni khat sebagai hiasan sangat terhad penggunaannya. Binaan-binaan tertua pada zaman permulaan kerajaan Islam tidak dapat memberi peluang yang berarti bagi penerapan hiasan seni khat ini. Masjid-masjid lama seperti di Banten, Cirebon, Demak, Kelantan, Johor, Brunei dan Kudus serta tempat-tempat lain di Nusantara telah menerapkan penulisan seni khat tetapi sebatas sebagai pelengkap motif hiasan yang bersumberkan kepada tradisi seni hias budaya Indonesia- Melayu-Hindu. Menurut pandangan Didin Sirojuddin A.R (1992) lagi, selain penulisan seni khat dan Jawi di batu nesan tersebut, terdapat juga dalam seni lain seperti seni ukiran sebagai alat penyebaran agama Islam di Nusantara. Seni khat terkesan kuat dalam mempengaruhi kesenian Islam. Perkembangan ini terlihat di pelbagai pola dan motif hiasan pada seni ukir, seni pahat, seni batik, sulam, tenun ikat, lukisan kaca, kraftangan dan seni bina masjid, istana, rumah kediaman dan lain sebagainya yang ditulis mahupun diukir dengan memperlihatkan ciri-ciri ketamadunan Islam Nusantara. Kemudian untuk keperluan menyalin kitab suci, menulis buku-buku, mencetak naskah-naskah keagamaan dan pembudayaan sastera, seni khat juga digunakan sebagai medium untuk mengungkapkan perasaan seni dan estetik. Dapat dikatakan bahawa seni khat menjadi lambang seni rupa Islam utama, di samping merupakan salah satu manifestasi penting dalam ketamadunan sebagai asset khazanah bangsa kerana semua hiasan yang digunakan cuba menampilkan lambang atau simbol tidak bertentangan dengan syariat Islam. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1969); Abdul Rahman Hj. Chik Tajuddin (2011); Abd Rahman Hamzah (2008) berpendapat bahawa kesan daripada pengaruh Islam, bahasa Melayu mengali banyak perubahan dan perkembangan disebabkan oleh penyerapan banyak perkataan Arab dan Parsi. Sebelum ini, bahasa Melayu telah memperolehi taraf bahasa kesusasteraan dan keagamaan serta menjadi media bagi pengembangan agama serta lingua

K. B. Mohammad, K. B. Osman dan A. B. Puteh 21 franca, menggantikan penggunaan bahasa Jawa yang telah lama bertapak di NUSANTARA ini. Sejarah seni khat di NUSANTARA khususnya di Malaysia banyak menitikberatkan nama-nama tokoh terdahulu yang banyak memberi sumbangan dalam bidang seni khat tanah air. Tokoh yang terkenal di Malaysia sebelum ini adalah seperti Sayed Abdul Rahman Al-Attas r.h, seorang tokoh seni khat pada tahun 1950-an dan 1960-an. Anak kelahiran Johor Baharu, Sayed Abdul Rahman pada mulanya belajar di Singapura, kemudian melanjutkan pelajarannya di Madrasat Tahsin al-khutut di Kaherah Mesir pada tahun 1910-1914. Buat kali keduanya beliau melanjutkan pelajaran seni khat di Universiti al- Azhar. Apabila pulang ke tanah air, dan menjadi penulis seni khat separuh masa. Bentuk tulisannya adalah mirip kepada tulisan Hashim al-baghdadi r.h, seorang penulis seni khat terkenal yang digolongkan sebagai penulis seni khat moden. Masyarakat amat menyanjung tokoh ini sebagai khattāt yang ulung di tanah air, malah beliau digelar Bapa Seni Khat Malaysia. Beliau menegaskan bahawa tulisan Thuluth adalah raja bagi segala jenis khat yang mempesonakan kerana ia mempunyai bentuk huruf yang seimbang, struktur susunan huruf yang cantik dan mempunyai ruang yang tepat. Beliau juga, telah menghasilkan buku yang pertama, bertajuk Tulisan Cantik yang memuatkan karya beliau dari jenis khat Thuluth, Nash dan Riq ah. Beliau juga berpeluang mencurahkkan baktinya mengajar seni khat di Madrasah al-attas, Johor Bahru. Setelah itu, munculah pula penulis-penulis khat baru yang terkenal seperti Omar al-bassarre r.h, Jainal Sakiban al-jauhari, Mohd. Salleh Hassan, Mohammed Yusof Abu Bakar, Sayed Mahdzar, Omar Rahmat r.h dan ramai lagi. Semua tokoh ini digolongkan dalam generasi mutakhir yang muncul pada tahun 1970- an sehingga 1990-an. Sejarah mengenai seni khat yang lebih terperinci, boleh didapati dengan merujuk fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor. Siri kedua, oleh Sahibus Samahah Datuk Sayed Alwi Tahir al-haddad r.h. Fatwa ini menceritakan susur galur sepajang sejarah tulisan Melayu yang berkaitan dengan kemasukan Islam di negara ini. Susur galur itu dikatakan ada hubungannya semenjak dari zaman Saidina Uthman ibn Affan RA lagi pada kurun ke-13 M. sehinggalah kedatangan kembali syiar Islam buat kali yang keduanya (Jainal Sakiban al-jawhari 2001). Di Malaysia tidak dapat dinafikan karya seni khat banyak memberikan sumbangan serta simbolik kepada pembangunana masyarakat. Hal ini termasuklah karya seni khat yang berbentuk grafik dan banyak memiankan peranan sebagai penyampai maklumat ke arah pembangunan pelbagai bidang seperti pendidikan, penulisan, perhiasan, pengiklanan, politik, ekonomi sosial, dan budaya negara ini. Karya seni khat agak artistik dalam bentuk grafik seperti logo, plak-plak perasmian, tanda-tanda jalan, masjid, makam, teks lama, watikah, poster dan hiasan yang membawa maklumat yang dipertanggungjawab dalam unsur-unsur pendidikan kepada masyarakat. Pada peringkat permulaan Islam, tulisan khat digunakan untuk menulis ayat-ayat al-quran, Hadis, surat kiriman, surat perjanjian dalam peperangan, surat jual beli, surat memerdekakan hamba, surut menyurat urusan kerajaan, mohor kerajaan dan raja-raja, siaran-siaran daripada istana untuk rakyat, menyalin kitab dan catatan sastera, prosa dan puisi. Selain itu, khat diukir pada batu nisan dan diabadikan pada masjid dan istana. Perkembangan seterusnya lebih meluas dan digunakan untuk menulis poster, iklan surat khabar, novel, cerpen, tulisan nama jalan, mencatat nota-nota pelajaran, buku teks, dan ditulis pada pelbagai media untuk mendapat berkat (Mohammed Yusof Abu Bakar 2001). Seterusnya, seni khat memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam dari dahulu hingga sekarang, hal ini, berpaksi kepada al-quran yang menggunakan tulisan Arab. Tulisan Jawi yang diambil daripada tulisan Arab dengan tokok tambah pada huruf tertentu seperti nga, ga, ca, nya, pa, dan va. Tulisan Jawi merupakan alat komunikasi pemebelajaran dan pendidikan Islam di Malysia khasnya dan di rantau ini amnya. Penggunaannya begitu meluas sebelum negara ini di jajah dan semasa negara ini dalam penjajahan. Banyak bukti penggunaan tulisan Jawi masih dapat ditemui sekiranya dirujuk ke Arkib Negeri dan Arkib Negara. Terakhir, dapatlah disimpulkan bahawa tulisan Jawi/Arab yang diukirkan pada batu-batu bersurat masih terdapat di NUSANTARA ini adalah satu warisan yang amat penting kepada generasi kita kini dan bukan sahaja menghasilkan hasil seni yang amat menarik malahan melambangkan ketinggian daya kreativiti masyarakat Melayu pada zaman lampau. VII. Kesimpulan Kebangkitan semula umat Islam hari ini, khususnya di Malaysia, memberikan gambaran seolah-olah mereka baru terjaga dari kealphaan yang panjang dan seolah-olah mereka kehilangan punca, sedangkan Islam telah wujud sejak zaman-berzaman dengan tamadunnya yang tinggi, kemudiaanya pesat dan dimajukan pula oleh bangsa-bangsa barat. Kesenian itu ialah cebisan daripada tamadun seperti yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah untuk dihayati oleh umat Islam kini agar dapat menghidupkan dan mengembalikan rasa bangga akan warisan sendiri dan menjadi punca inspirasi penciptaan seni masyarakat Islam akan datang. Contoh teladan yang boleh diperolehi daripadanya akan melahirkan umat Islam, khususnya di negara ini, yang benar-benar kuat perwatakannya melalui usaha mengejar kejayaan di dunia dan akhirat, sesuai dengan ungkapan berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamalamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Kegemilangan masa lampau sepatutnya dijadikan perangsang dan menjadi cerminan untuk masyarakat merenung masa hadapan yang penuh cemerlang. Sesungguhnya, apa yang telah mereka ciptakan melambangkan falsafah hidup yang mereka pegang dalam memenuhi tatacara hidup bermasyarakat dan memenuhi tuntutan alam persekitaran. Itulah faktor utama yang menyebabkan hasil kesenian Islam di rantau kita ini adalah sesuatu yang unik. Dek lantaran itu, ia menjadi kebanggaan kita semua.

K. B. Mohammad, K. B. Osman dan A. B. Puteh 22 Rujukan 1. Al-Quran. 2. Abdul Rahman Hj. Chik Tajuddin. 2011. Khat dan Pena Persepsi & Penerimaan Masyarakat. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Perpustakaan Negara Malaysia. 3. Abdul Rahman Hamzah. 2008. Khat & Jawi Mutiara Kesenian Sejagat. Universiti Teknologi Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia 4. Abdul Rahman Hamzah. 2012. Introduction to Islamic Challigraphy. Universiti Teknologi Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia. 5. Al-Attas, Syed M.N. 1969. Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malaysian. Singapore: Malaysian Sociological Research Institude Ltd. 6. AR Sirojuddin, H D. 2002. Lukisan Temok, Kaligrafi, dan Arabes dalam Ensiklopedia Islam. Jakarta: Ichtiar Baru van Hoeve. 7. Bukhari Lubis H.M. 1994a. Seni Khat dalam Kegaiatan Pengkaryaan Muslim Dalam Tamadun. Jun. 8. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996. Glosari Seni Lukis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Didin Sirojuddin A.R. 1985. Seni kaligrafi Islam. Jakarta: Pustaka Panjimas. 10. Didin Sirojuddin A.R. 1992. Dinamika kaligrafi Islam, (terj). Jakarta: Darul Ulum Press. 11. Ibn Batutah. 1964. Rihlat Ibn Batutah. Cetak Ulang. Beirut: Dar al-nafais Li al-tibacah wa al-nasyr wa al-tauzic. 12. Jainal Sakiban Al-Jawhari. 2001. Mukadimah Seni Khat. Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Cawangan Johor Baharu. 13. Ku Zam Zam Ku Idris. 1984. Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu. Dewan Budaya. Jun. Hlm 20-43. 14. Kang Kyoung Seock. 1990. Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Lois Lamya Al-Faruqi Haider. 1982. Peranan Seni dalam Islam. Dwan Budaya. Oktober. hlm. 23-25. 16. Mustafa Haji Daud. 1985. Pengantar Tamadun Isla. Petaling Jaya: Media Intelek Sdn. Bhd. 17. Mahayudin Yahaya. 2001. Tamadun Islam (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 18. Mahayudin Yahaya. 1990. Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19. Makmur. 2006. Seni kaligrafi Islam Jambi: Satu kajian kes (Thesis, Alam dan Tamadun Islam, UKM) 20. Mohammed Yusof Abu Bakar. 1998. Bentuk -Bentuk Seni Khat. Pesona Seni Khat. Persatuan Seni Khat Kebangsaan. Kuala Lumpur. 21. Mohammed Yusof Abu Bakar. 2001. Seni Khat Arab: Asal Usul dan Perkembangannya Hingga Ke Masa Kini (Makalah). Petaling Jaya. 22. Muhammad Naquib al-attas, Syed.1969. Preliminary Statement an A General Therapy of Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 23. Othman Mohd. Yatim. dan Abdul Halim Nasir. 1990. Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 24. Othman Mohd. Yatim. 1976. Ancient Gravestones in Peninsular Malaysian-A B rieft Survey. FMJ. (Siri Baru). Jilid 21. hlm 1-24. 25. Othman Mohd. Yatim. 1988. Batu Aceh: Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. 26. Persatuan Seni Khat Kebangsaan. 1998. Pesona Seni Khat Bil. Pertama. Petaling Jaya: PSKK. 27. Pameran Kesenian Islam Dunia Melayu. 2002. Anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia. Kuala Lumpur. 28. Sidi Gazalba. 1977. Pandangan Islam Tentang Kesian Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 29. Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 30. Syeikh Abdullah Muhammad Ismail. 1987. Pimpinan Ar-Rahman Pengertian al-quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri: Ulum al-qur an (Jurnal Ilmu dan Kebudayaan). 1995. Jilid 4. 31. Whitehead, A.N. 1959. Symbolism: Its Meaning and Effect, Cambridge: at the University Press. 1927 (Dicetak semula 1958). 32. Zurkani Yahya H.M. 1995. Islam di Asia Tenggara. Dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Jld. II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 33. Zain Abi. 1984. Kesenian Islam: Dilipat Sekecil Kuku Dihampar Seluas Alam. Dewan Budaya. September. hlm 9-10. 34. Zulkifli Hanafi 1985. Kompendium Sejarah Seni bina Timur. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.