PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN NEGERI KEDAH BERDASARKAN SURAT RAJA-RAJA (SRR) DAN SURAT- MENYURAT SULTAN ABDUL HAMID (SMSAH)

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PENINGKATAN KAWALAN BRITISH MELALUI PERJANJIAN PERLIS-BRITISH 1930 DAN PENGUKUHAN KUASA ELIT MELAYU

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Malayan Union dan Persekutuan Oleh. Dr Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Globalisasi. 2000), ms Thomas L Friedman, The Lexus and the Olive Tree: Understanding Globalization, Anchor Publisher (New York,

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Vol. 12, No. 3 (2017), 020 ISSN: x

Transcription:

PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN NEGERI KEDAH BERDASARKAN SURAT RAJA-RAJA (SRR) DAN SURAT- MENYURAT SULTAN ABDUL HAMID (SMSAH) Haslindawati Saari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani haslindawati@ipsah.edu.my Ameer Fuhaili Mohamad Hashim Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi Universiti Malaysia Perlis ameerfuhaili@unimap.edu.my Fauziah Ismail Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi Universiti Malaysia Perlis fauziahismail@unimap.edu.my Nor Syamimi Mohamed Adnan Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi Universiti Malaysia Perlis syamimiadnan@unimap.edu.my Mohd Kasturi Nor Abd Aziz Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi Universiti Malaysia Perlis kasturi@unimap.edu.my Abstrak Perbincangan tentang sistem pentadbiran dan perundangan di negeri Kedah berdasarkan Surat Raja- Raja (SRR) dan Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid (SMSAH) sebagai warisan Kesultanan Melayu. Berdasarkan SRR dan SMSAH didapati peranan Sultan Kedah yang memainkan peranan penting sebagai pemutus undang-undang dan pentadbiran negeri dengan dilaksanakan oleh para pembesar dan pegawai kerajaan. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Kedah pada tahun 1905 merupakan satu titik perubahan penting dalam sistem pentadbiran dan perundangan negeri Kedah. Melaluinya, peraturan dan undang-undang digubal bagi mengukuhkan pentadbiran negeri dan mewujudkan keadilan kepada semua pihak. Malah, pihak Siam dan kemudiannya British turut menggunakan institusi ini untuk mengikat golongan elit Kedah dalam aspek kesetiaan dan kepatuhan. Pelbagai undangundang moden berbentuk tambahan dan baru diperkenalkan seterusnya memansuhkan tradisional. Perubahan ini yang berkait rapat dengan peranan Majlis Mesyuarat Negeri terhadap aspek perundangan yang diubahsuai daripada undang-undang Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Maklumat menerusi SRR dan SMSAH mampu memberi gambaran dengan lebih jelas tentang pembabitan yang serius golongan pemerintah tempatan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah (1882-1943) dalam membangunkan Kedah sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dalam sistem pentadbiran dan perundangan. Bidang Kajian: manuskrip, warisan, Kedah, pentadbiran & perundangan Organized by https://worldconferences.net Page 482

Pengenalan E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL Terdapat dua manuskrip yang mengandungi maklumat penting tentang Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Dua manuskrip tempatan tersebut ialah Surat Raja-Raja (SRR) dan Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah (SMSAH). Merujuk kepada Surat Raja-Raja (SRR), manuskrip ini mengandungi sejumlah 1083 pucuk surat merupakan dokumen penting yang mencatatkan perjalanan pentadbiran dan pembangunan negeri Kedah. Secara umumnya, SRR ditemui dalam tahun tertentu sahaja iaitu tahun 1882, 1888 hingga 1889, 1895 hingga 1897, 1903 hingga 1904 dan 1899 hingga 1911 (Haslindawati Saari, 2015: 31). Terdapat kira-kira 2,951 halaman naskah Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah (SMSAH) yang bertulisan tangan dengan tulisan jawi dalam 14-16 buah buku meliputi sekitar tahun 1300 1362 Hijrah/1882 1943 Masihi dalam koleksi Arkib Negara Malaysia cawangan Kedah & Perlis. Koleksi Surat-menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah atau SMSAH telah diklasifikasikan kepada lima kumpulan utama. Salah satu kumpulan utama itu adalah koleksi surat menyurat kiriman yang mengandungi isi kandungan tertentu tentang maklumat penting kerajaan Kedah sepanjang pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, 2011: 46). Kehadiran SRR yang dijilidkan dalam tiga buah buku dan SMSAH dalam 14-16 buah buku ini mampu memaparkan dengan lebih jelas pembabitan yang serius golongan pentadbir semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah dalam membangunkan Kedah sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. Sistem pentadbiran tradisional Kedah menyaksikan sultan adalah tokoh penting dalam negeri dan titahnya boleh menjadi kata pemutus bahkan sebagai undang-undang. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Kedah pada tahun 1905 merupakan satu titik perubahan penting dalam sistem pentadbiran negeri Kedah. Melaluinya, peraturan dan undang-undang dikeluarkan bagi mengukuhkan pentadbiran negeri dan mewujudkan keadilan kepada semua pihak. Kerajaan Siam dan kemudiannya British turut menggunakan institusi ini untuk mengikat golongan elit Kedah dalam aspek kesetiaan dan kepatuhan. Selain Sultan Abdul Hamid, terdapat beberapa aktor lain yang memainkan peranan dalam mengubal undang-undang dalam negeri Kedah. Pada peringkat awal, pelbagai undang-undang termasuk undangundang tambahan dan baru dibuat untuk menghapuskan perundangan yang berteraskan tradisi lama. Perubahan ini berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Mesyuarat Negeri yang kerap mengadakan mesyuarat dan membuat sistem perundangan baru yang sebenarnya ditiru dan diubahsuai daripada undang-undang Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sistem Pentadbiran dan Perundangan Kedah Pada Akhir Kurun ke-19 Hingga Awal Kurun ke- 20 Kedah seperti negeri-negeri Melayu lain yang dijajah kuasa asing turut mengalami perubahan dalam pentadbiran yang melibatkan peraturan dalam negeri Kedah. Menurut Khoo Kay Kim, Kedah dapat Organized by https://worldconferences.net Page 483

mengembangkan sistem politik yang lebih tersusun berbanding negeri-negeri Melayu lain (contohnya, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) sebelum campur tangan British kerana Kedah telah memiliki pegawai-pegawai yang berpengalaman dan dapat memainkan peranan yang berkesan dalam sistem pentadbiran. Oleh itu, Kedah tidak perlu bergantung kepada begitu ramai pegawai British sebagaimana Perak dan Selangor. Kehebatan pentadbiran negeri Kedah turut mendapat perhatian Residen Kaunselor Pulau Pinang iaitu Charles Walter Sneyd-Kynnersley selepas lawatan beliau ke Kedah pada 1901. Beliau melaporkan amatlah menarik bila melihat sebuah Kerajaan Negeri Melayu tanpa campur tangan atau bimbingan orang Eropah telah berusaha mencontohi pentadbiran penjajah sehinggakan pada tahap perlantikan Ketua Audit Negeri. (Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad, 1990:178). Laporan di atas menandakan pentadbiran negeri Kedah telah beransur beralih kepada institusi pentadbiran yang lebih moden. Tambahan pula, selepas termeterainya Perjanjian Pinjaman Siam (Perjanjian Bangkok) pada 16 Jun 1905, bermulalah era pentadbiran negeri yang dikendalikan oleh sebuah institusi moden iaitu Majlis Mesyuarat Negeri yang sebelum ini kuasa mutlak pentadbiran negeri di bawah kuasa seorang sultan iaitu Sultan Abdul Hamid. Pelantikan seorang sultan dalam kalangan anak lelaki atau adik lelaki bukanlah pelantikan cara automatik. Mereka tidak ada hak untuk berbuat demikian dan perkara ini terpulang kepada budi bicara para pembesar negeri. Demikianlah dengan pelantikan Sultan Abdul Hamid yang disokong penuh oleh Tunku Yaakob dan Wan Muhammad Saman (J.M. Gullick, 1972: 87). Oleh demikian, wajarlah topik ini membincangkan terlebih dahulu tokoh dan institusi yang terlibat dari aspek perundangan dan peraturan dalam negeri Kedah. Pentadbiran negeri Kedah amat bertuah kerana mewarisi sejarah kepimpinan dan pentadbiran negeri yang cekap serta mantap. Selain daripada sultan yang menjadi tunggak utama dalam pentadbiran negeri, tokoh seperti Tunku Abdul Aziz (Raja Muda dan Pemangku Raja), Wan Muhammad Saman (Menteri Besar Kedah) dan Tunku Mahmud (Presiden Majlis Mesyuarat Negeri) turut berjuang memelihara kedaulatan negeri. Malah, sultan sendiri memperkenankan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri yang anggotanya terdiri daripada kaum kerabat baginda sendiri serta orang-orang yang dipercayai baginda. Pada masa yang sama, pentadbiran Kedah juga perlu menerima seorang Penasihat Kewangan Siam berketurunan Barat. Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai bidang kuasanya yang tersendiri iaitu: Meluluskan secara tender terbuka terhadap permohonan mendapatkan ladang perolehan dan kawasan monopoli negeri. Menerima dan memutuskan mengenai rayuan untuk mengurangkan kadar nilaian tanah, sewa tanah, hasil tanah dan cukai pintu. Organized by https://worldconferences.net Page 484

Menetap dan menentukan kutipan dan perbelanjaan semua hasil negeri serta menetapkan imbuhan gaji dan elaun untuk pegawai-pegawai negeri. Menggubal undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil yang perlu untuk kelicinan pentadbiran negeri (CO 716/1, September 1905 to August 1906: 8-9). Jentera pentadbiran sebelum 1905 memperlihatkan sultan menduduki tempat paling atas dalam struktur politik dan sosial di negeri Kedah. Baginda bertanggungjawab melantik para pembesar termasuk pemimpin peringkat mukim. Adakalanya mukim yang dikendalikan oleh pembesar tradisional atau pembesar daerah berhak melantik penghulu dengan perkenan sultan di samping mengutip cukai bagi pihaknya. Penghulu merupakan wakil pemerintah pusat yang bertanggungjawab mengerah rakyat dan mengutip sewa tanah bagi pihak sultan. Namun adakalanya sesetengah penghulu menyalahgunakan kuasa mereka dengan melakukan penyelewengan dalam hal berkaitan kutipan sewaan tanah. Mereka tidak menyerahkan semua wang kutipan kepada perbendaharaan negeri sebaliknya masuk ke poket mereka. Inilah salah satu cara mereka mengumpul kekayaan dan pengaruh. Kemasukan British ke Kedah pada tahun 1909 juga menjadi penyebab kepada sesetengah penghulu untuk terlibat dalam kegiatan jenayah akibat kegiatan ekonomi kapitalis yang rencam (Mahani Musa, 2005: 42, 2003: 145 & 147). Jika diteliti, melalui koleksi SRR dan SMSAH, di bahagian tajuk surat-menyurat tertera perkataan pemegang mukim atau penghulu. Dengan ini, secara tidak langsung SRR dan SMSAH dapat mendedahkan beberapa maklumat baru tentang tokoh-tokoh yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran negeri Kedah. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid, pelantikan seseorang yang bergelar pembesar adalah berdasarkan faktor keturunan darah dan perkahwinan dalam kalangan kerabat diraja. Kebanyakan pembesar daerah yang kaya adalah daripada keluarga diraja terutamanya pembesar dari daerah Kota Setar, Kulim dan Kuala Muda. Bagi seorang penghulu pula, seseorang yang dilantik itu datangnya daripada keluarga yang kaya, disegani, disokong oleh penduduk dan mengetahui sedikit sebanyak soal agama (Sharom Ahmat, 1970: 119; Md Isa Othman, 1986: 7). Mereka merupakan tenaga penggerak dalam pentadbiran negeri yang mewujudkan kelas pemerintah. Walau bagaimanapun, jentera pentadbiran negeri berubah selepas penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1905. Pentadbiran negeri Kedah dimodenkan melalui Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan pada tahun 1905. Melalui rajah di atas, sultan masih lagi menduduki tempat teratas tetapi kekuasaan sultan dalam pentadbiran negeri mulai goyah dengan kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri. Bidang kuasa dan tugas Majlis meliputi pengendalian pajak, monopoli negeri, hadiah dan derma daripada hasil negeri, pentadbiran dan tafsiran tanah, sewa, kutipan hasil negeri, menetapkan elaun kerabat diraja, gaji, kuasa mengeluarkan peraturan dan meluluskan enakmen serta undang-undang yang sebelum ini di bawah kuasa seorang sultan (Mohammad Isa Othman, 1986: 74). Kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri tleah meyebanbkan kuasa sultan yang tiada had dalam pentadbiran negeri dikurangkan. Pembentukan Majlis Organized by https://worldconferences.net Page 485

telah membuka era baru yang menandakan pemodenan di negeri Kedah. Pada masa ini, peranan Tunku Abdul Aziz begitu menonjol sekali. Sebelum 1905 lagi, Tunku Abdul Aziz telah membuat beberapa perubahan penting dalam pentadbiran negeri seperti menetapkan waktu pejabat, pekerjaan polis, pekerjaan pegawai daerah, mewujudkan Pejabat Tanah Jajahan (Daerah), pendaftaran kerbau lembu, pekerjaan kerja raya, mendirikan sekolah dan lain-lain termasuk peraturan mahkamah. Di bawah Majlis, semua bidang kuasa negeri dipecahkan kepada unit-unit tadbir yang tertentu dan diketuai oleh seorang pegawai yang dilantik. Koleksi SRR dan SMSAH jelas menunjukkan wujudnya pelbagai unit tadbir selepas era 1905. Dari surat-surat ini juga dapat dikenalpasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ketika itu (Mohammad Isa Othman, 1986: 69). Antaranya: Tunku Abdul Aziz (Presiden 1905-1907) G.C. Hart, Meadow Frost (Penasihat Kewangan) Che Mohd Ariffin Mohd Arshad (Setiausaha Sultan) Haji Ahmad (Ketua Hakim) Syed Abdullah al-mahdali (Bendahari Negeri) Keanggotaan dalam Majlis ini kecil bilangannya yang dilantik atas nama sultan. Namun, mereka memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dari aspek perundangan dan peraturan negeri. Adakalanya, presiden bertindak membelakangkan sultan dalam membuat keputusan dan meluluskan undang-undang. Perkara ini berlaku kerana sultan tidak menjadi anggota Majlis dan tidak bertindak sebagai Presiden Majlis. Sepanjang tahun 1882 hingga 1909, Kedah adalah negeri moden yang mempunyai jabatan-jabatan penting seperti Pejabat Tanah, Mahkamahmahkamah, Pejabat Kewangan, Pejabat Pos dan Telegraf dan Jabatan Polis. Lebih istimewa lagi, golongan pembesar tradisional masih lagi menguasai pentadbiran walaupun pembaharuan telah dilaksanakan. Ini bermakna kuasa utama dalam Majlis masih lagi dipegang oleh pentadbir tempatan. Sejak pengesahan baginda sebagai sultan, Sultan Abdul Hamid memupuk satu suasana yang harmoni antara Kedah dan Siam. Baginda sentiasa mematuhi arahan yang datang dari Siam. Kemudian, sultan terpaksa bekerjasama dengan pihak British demi memastikan kelangsungan kedudukan baginda dan kedaulatan negeri Kedah. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal kemasukan British ke Kedah, bilangan pegawai British yang bertugas di Kedah adalah kecil. Ini termasuklah Penasihat British, Penolong Penasihat, Penasihat Tanah, Penasihat Undang, Pelindung Orang Cina dan Pelindung Buruh (Md Isa Othman, 1986: 113). Pengubahsuaian jentera pentadbiran ke arah kemajuan rakyat dan negeri sering dibuat sehingga British tidak berupaya campur tangan. Hal ini dianggap benar apabila Sultan Abdul Hamid akur dengan ketetapan pihak Majlis mengenai penetapan imbuhan gaji dan elaun pegawai-pegawai kerajaan oleh Organized by https://worldconferences.net Page 486

pihak Majlis sendiri, bukan lagi berdasarkan ampun kurnia dan pemerolehan elaun sepenuhnya daripada hasil pajakan negeri. Walaupun demikian, perubahan yang berlaku akibat campur tangan pihak British, Sultan Abdul Hamid masih lagi berkesempatan memajukan hal-hal pembangunan di negeri Kedah dengan menerima beberapa perubahan besar dari aspek peraturan dan perundangan negeri, sebagaimana perbincangan berikutnya. Sistem Pentadbiran Cukai dan Ampun Kurnia di Kedah Sultan sebagai unit tertinggi dalam pentadbiran negeri dan memiliki pejabatnya yang tersendiri, diketuai oleh Che Mohd Ariffin Mohd Arshad sebagai Setiausaha Sultan. Segala urusan pentadbiran termasuk surat-menyurat di antara sultan dengan pembesar-pembesar kerajaan dan rakyat jelata akan dijalankan menerusi pegawaipegawai di pejabatnya (Zaini Mariah Mat Rejab, 1993: 4). Kedudukan baginda yang teratas dalam tampuk pemerintahan membolehkan baginda memberi ampun kurnia kepada sesiapa yang baginda sukai. Hal ini termasuklah dalam aspek percukaian kerana cukai tidak dikutip oleh mana-mana pihak sebaliknya dipajakkan kepada si pemajak tertentu yang dipercayai oleh sultan sebagai wakilnya. Sistem pajakan memberi kuasa kepada pemajak untuk memungut dan mengutip cukai dalam tempoh masa tertentu yang dibenarkan. Melalui kaedah ini, sultan memperoleh pendapatan dalam jumlah yang banyak dengan kadar segera. Sebenarnya keistimewaan-keistimewaan yang sebegini paling banyak diperoleh oleh kaum kerabat sultan sendiri dan orang kepercayaan baginda. Misalnya, Che Mohd Ariffin yang mendapat penghormatan melalui pangkat kerani. Beliau juga memperoleh beberapa keistimewaan lain seperti pelepasan cukai tanah dengan keizinan dan kuasa daripada sultan. Hal ini dikesan melalui surat kiriman bertarikh 18 Rabiulakhir 1323H (21 Jun 1905M) yang menyatakan tentang pelepasan cukai bagi semua tanah-tanah milik Che Ariffin di Mukim Gurun (SMSAH No. 10, 22 Mei 1905M; SMSAH No. 8, 4 Mac 1905M: 168) Sehingga tahun 1909, dilaporkan Tunku Mohammad Saad masih lagi mempunyai hak mengutip cukai bagi pasar di daerah Kulim, Syed Osman bagi pasar daerah Yan dan Cik Mohd Ariffin bagi pasar daerah Krian. Sebagai isteri sultan, ada di antara mereka turut diberi keutamaan dalam beberapa urusan tertentu seperti Saripah Seha yang mendapat hak untuk mengutip cukai di daerah Sungai Petani (CO 716/1, 1909-1327) dan Mak Wan Sara (isteri sultan) yang memperoleh ampun kurnia bagi Mukim Simpor (SRR, 1312/1895 No. 2: 39). Selain itu, sesetengah tindakan golongan kerabat diraja turut mendapat teguran daripada pemimpin Kedah yang lain. Misalnya, Tunku Muhammad Saad ditegur oleh Tunku Abdul Aziz kerana membelanjakan hasil pajakan yang diampun kurniakan kepada beliau di Kulim melebihi daripada perbelanjaan yang sepatutnya. Surat bertarikh 10 Rejab 1314H (7 Disember 1896M) menyebut tentang perbelanjaan bulanan Tunku Muhammad Saad lebih kurang 700 rial sebulan yang sepatutnya beliau dibenarkan berbelanja hanyalah sebanyak 50 rial sebulan sahaja (SRR, 1312/1895 No. 2:226). Maklumat ini jelas menunjukkan bahawa inilah salah satu faktor yang menyebabkan negeri Kedah Organized by https://worldconferences.net Page 487

sering mengalami masalah kewangan kerana perbelanjaan melebihi pendapatan. Sebenarnya, melalui SRR banyak ditemui surat-menyurat yang menunjukkan perbincangan mengenai isu pajakan milik golongan elit tempatan yang diampun kurniakan kepada mereka. Penerima ampun kurnia ini mendapat faedah yang lumayan dan ada kalanya menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri Kedah. Misalnya, berlaku perebutan tanah bagi pihak si penerima ampun kurnia selepas kematian si pemberi ampun kurnia dengan pemilik tanah yang sah. Hal ini menjadi isu mahkamah dan menjadikan satu bebanan kerja kepada Wan Muhammad Saman seperti mana yang tercatat dalam surat bertarikh 21 dan 27 Syaaban 1314H/24 dan 30 Januari 1897M (SRR, 1312/1895 No. 2: 259 & 279). Walau bagaimanapun, keistimewaan yang dikurniakan oleh sultan kepada seseorang mulai pudar apabila tertubuhnya Majlis Mesyuarat Negeri mulai 1905. Sultan tidak lagi dapat bertindak sewenang-wenangnya dalam hal ampun kurnia. Malah, pada permulaan tahun 1909, dikesan terdapat lebih kurang 47 jenis ampun kurnia yang dianugerahkan oleh sultan kepada berbagai peringkat golongan elit. Pihak British dan Majlis berusaha menghapuskan sistem ini demi kepentingan kewangan negeri. Ketika ini, sistem pajakan telah ditukar kepada sistem cukai dengan pembayaran lesen dan perkhidmatan (CO 716/1, September 1905-August 1906: 59). Malah, pihak Majlis juga mengambil keputusan untuk menghapuskan sistem ketua atau pemegang mukim kerana sistem ini dianggap hanya memberi faedah kepada kumpulan yang mendapat anugerah sahaja. Walaupun hak istimewa golongan pembesar tradisional dan penerima ampun kurnia lain ditarik balik menerusi proses undang-undang tetapi pelaksanaannya sangat perlahan (CO 716/1, September 1905-August 1906: 9). Menurut laporan rasmi daripada pihak British, sehingga tahun 1909, terdapat 21 penerima ampun kurnia yang dapat dikesan. Walaupun demikian, selepas campur tangan British, sistem tradisional ini berjaya diselesaikan dan keadaan dianggap lebih mudah apabila si penerima ampun kurnia telah meninggal dunia (CO 716, 1327/ January 1909-January 1910: 59). Pada bulan Oktober 1909, Sultan Abdul Hamid menandatangani pengisytiharan menghapuskan sistem kerah dan pemegang mukim (CO 716/1, 1909-1910: 12; Md Isa Othman, 1986: 133). Selain aspek percukaian seperti yang dibincangkan di atas, kutipan ripai turut ditamatkan dan digantikan dengan kutipan cukai lain seperti mana yang diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain. Begitu juga dengan cukai nobat juga dimansuhkan kerana orang nobat akan dibayar gaji mulai Disember 1910 (CO 716/1, 1909-1910: 12). Namun, hal ini tidak didedahkan menerusi koleksi SRR dan SMSAH. Walau bagaimanapun, secara tidak langsung, kerajaan negeri dapat menentukan kutipan serta perbelanjaan semua hasil negeri menerusi Majlis Mesyuarat Negeri. Sistem Perundangan di Kedah Bagi masyarakat bumiputera di pantai barat Tanah Melayu, tidak ada kakitangan khas dan tempat khas perbicaraan bagi urusan mahkamah serta peruntukan perundangan tertentu untuk melaksanakan perbicaraan. Malah, sistem perundangan ketika itu digambarkan tiada pakar atau Organized by https://worldconferences.net Page 488

penasihat yang terpelajar dalam undang-undang sebaliknya pembesar yang berstatus rendah menjadi hakim dalam kawasannya sendiri. Pembesar negeri atau daerah bertindak sebagai hakim di daerah mereka. Semasa Kedah berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid, didapati Kedah telah memiliki sistem mahkamah yang agak teratur dan aktif membicarakan kes-kes yang melibatkan kontrak, pajakan, pinjaman dan urusan-urusan yang melibatkan jenayah (Wan Shamsudin Mohd Yusof, 1996: 20). Oleh demikian, apa yang digambarkan oleh J.M. Gullick tentang ketiadaan individu yang memiliki kepakaran dalam bidang perundangan bagi masyarakat bumiputera di pantai barat Tanah Melayu dan peranan mereka dalam sistem mahkamah sememangnya benar tetapi kurang tepat. Walaupun individu yang mengendalikan sistem kehakiman di Kedah tidak memiliki pendidikan tinggi dalam bidang perundangan seperti mana kelayakan akademik bagi seorang hakim atau peguam tetapi Kedah memiliki individu yang mempunyai pengalaman luas tentang peraturan dan undang-undang mengenai politik dan sosioekonomi masyarakat Tanah Melayu, khasnya di Kedah. Malah, melalui koleksi SRR dan SMSAH, didapati sistem keadilan di Kedah telah mengalami pemodenan dengan memiliki tempat-tempat khas (mahkamah) untuk proses pengadilan dan penjara untuk menempatkan pesalah-pesalah dalam negeri Kedah (J.M. Gullick, 1972: 187-188). Dalam SMSAH, terdapat fasal yang menetapkan tentang keperluan membina penjara bagi memenjarakan pesalah yang terlibat dengan jenayah seperti mencuri, menyamun, pecah amanah, menyabung ayam dan membunuh (SMSAH No.16, 1900-1902: 94-95) Malah, melalui SRR pula ada tercatat tentang peranan Ku Baharudin Ku Meh (Ku Din Ku Meh) sebagai Penguasa Penjara Alor Setar sebelum beliau dihantar ke Setul (SRR No. 2, 1312/1895: 173). SRR juga banyak menonjolkan peranan yang dimainkan oleh Wan Muhammad Saman dalam mahkamah dan telah membicarakan pelbagai isu jenayah yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Wan Muhammad Saman adalah tokoh yang memiliki pelbagai pengalaman dalam pentadbiran negeri dan kebolehan beliau telah dibincangkan sebelum ini. Di dalam Mahkamah Besar Alor Setar, beliau berkuasa mengadili pelbagai kes berat termasuk kes-kes luar yang dirujukkan kepada beliau (SRR No. 2, 1312/1895: 55) termasuk kes jenayah berkaitan kecurian gajah melibatkan penduduk Yala (SRR No.2, 1312/1895: 118), kematian seorang bangsa Cina dari Sik akibat ditembak (SRR No.2, 1312/1895: 130), penipuan membuat not (duit atau wang) (SRR No.2, 1312/1895:136), kehilangan barangan dalam rumah (SRR No.2, 1312/1895: 139), kecurian kerbau lembu dan lain-lain kes yang merentas sempadan. Dalam rekod-rekod rasmi pihak British, banyak perihal kegiatan jenayah direkodkan oleh mereka tetapi kurang menyentuh tentang peranan dan penglibatan yang dimainkan oleh penguatkuasa undang-undang atau hakim tempatan di Kedah. Walau bagaimanapun, adakalanya proses pengadilan di Kedah ketika itu seringkali diganggu oleh arahan-arahan daripada pihak atasan terutamanya sultan. Wan Muhammad Saman perlu akur dengan arahan daripada Sultan Abdul Hamid (berkuasa memberi pengampunan) dan Tunku Abdul Aziz Organized by https://worldconferences.net Page 489

(pemangku raja dan Raja Muda Kedah) untuk memberi kelonggaran hukuman bagi sesetengah kes atau membebaskan pesalah yang telah dijatuhkan hukuman. Hal ini dikesan menerusi surat kiriman bertarikh 25 Rabiulawal 1314H/2 September 1896M (SRR No.2, 1312/1895: 135 ).Terdapat juga kes berkaitan Sultan Abdul Hamid memberi arahan kepada Wan Muhammad Saman supaya melepaskan Haji Hussin yang terbabit dengan kesalahan membawa lari hasil beras (SRR No.2, 1312/1895: 55). Perkara ini bermakna pemerintah negeri boleh campur tangan dalam urusan mahkamah dan hal ini menunjukkan Sultan Abdul Hamid berkuasa dalam setiap aspek pentadbiran negeri Kedah ketika itu. Berdasarkan koleksi SRR dan SMSAH, isi kandungannya dikesan membincangkan hal-hal mahkamah yang membicarakan pesalah-pesalah yang terlibat dengan pelbagai kejadian jenayah sama ada jenayah berat atau jenayah yang ringan sifatnya. Selain Wan Muhammad Saman, terdapat beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai peranan yang sama dengan Wan Muhammad Saman di dalam mahkamah. Dikesan beberapa suratmenyurat memaparkan tentang peranan Wan Yunus dan Wan Ishak Haji dalam mengendalikan kes-kes tertentu di mahkamah (SRR No. 2, 1312/1895: 310 & 325; SMSAH No.16, 1900-1902: 94-95) Dipercayai mereka juga hakim yang bertindak sebagai pengganti sementara kepada Wan Muhammad Saman semasa ketiadaan beliau dalam negeri Kedah. Namun demikian, tidak dapat dipastikan dengan tepat tentang jenis mahkamah yang diwakili oleh mereka berdua. Mahkamah di Kedah juga sering menerima aduan daripada rakyat berbangsa Cina mengenai hal-hal tertentu. Misalnya, surat kiriman daripada Tunku Abdul Aziz kepada Wan Muhammad Saman yang bertarikh 26 Muharam 1314H (6 Julai 1896M) menyebut tentang aduan daripada Tan Alak dari Karangan tentang pencerorobohan ke atas kawasan atau tanah perlombongan bijih timah miliknya. Beliau meminta agar kerajaan negeri segera bertindak berdasarkan aduan yang telah dibuatnya (SRR No.2, 1312/1895: 107). Selain kes mahkamah melibatkan rakyat biasa, terdapat juga kes yang melibatkan golongan pembesar walaupun dianggap bukan kesalahan besar. Misalnya, terdapat permohonan daripada Wan Muhammad Saman untuk mengeluarkan waran ke atas Wan Abdullah kerana kesalahan tidak menghadiri perbicaraan di mahkamah walaupun sebagai saksi ke atas Wan Muhamad Tahir (SRR No.2, 1312/1895: 135). Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Kedah memberi keadilan kepada semua pihak dan Wan Muhammad Saman dilihat seorang yang bertanggungjawab di atas pekerjaannya dan beliau seorang yang patuh kepada setiap protokol dengan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Tunku Abdul Aziz sebelum bertindak. Berkaitan dengan jenis hukuman, ternyata isi kandungan SRR turut menunjukkan adanya hukuman berbentuk dendaan (SRR No.2, 1312/1895: 141-142), penjara dalam kurungan dan penjara dalam kurungan yang memakai rantai di kaki (SRR No. 2, 1312/1895: 143). Sukar untuk dipastikan jenisjenis hukuman lain dan sejauhmana pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mampu mengurangkan kes-kes rumit dalam negeri Kedah. Malah, tidak dapat dijelaskan prosedurprosedur yang perlu dilalui oleh seorang hakim, pengadu mahupun seorang pesalah. Walau Organized by https://worldconferences.net Page 490

bagaimanapun, koleksi SRR dan SMSAH memperlihatkan bahawa pemerintah Kedah dan pimpinan negeri yang lain memainkan peranan penting bagi menjaga keamanan negeri melalui sistem mahkamah yang teratur dalam negeri Kedah. Selepas tahun 1905, peranan institusi mahkamah lebih jelas. Laporan rasmi daripada pihak British menunjukkan mahkamah diwujudkan dalam empat kategori iaitu Mahkamah Polis, Mahkamah Qadhi, Mahkamah Penghulu dan Mahkamah Majlis Mesyuarat Negeri. Keempat-empat mahkamah ini mempunyai peranan masing-masing (CO 716/1, September 1905 to August 1906: 12). Kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri memantapkan lagi fungsi mahkamah dan melicinkan urusan setiap kes yang perlu diadili. Walau bagaimanapun, selepas kedatangan British ke Kedah pada tahun 1909, hal ehwal mahkamah ini tidak banyak berubah. Mahkamah Qadhi dikenali sebagai Mahkamah Syariah yang masih mengendalikan kes yang sama manakala Mahkamah Majlis Negeri ditukarkan kepada Mahkamah Tinggi selain kewujudan Mahkamah Daerah yang kesemuanya di bawah bidang kuasa Enakmen Mahkamah Kedah (CO 716/1, January 1909-12 th. January 1910: 30). Menerusi koleksi SRR dan SMSAH, walaupun tidak disebut tentang kewujudan kepelbagaian mahkamah tetapi suratmenyurat ini menunjukkan individu yang mengendalikan urusan mahkamah masih lagi dipegang oleh golongan elit tempatan. Mereka berkuasa memutuskan hukuman yang sewajarnya dengan diperkenankan oleh sultan. Walau bagaimanapun, sistem mahkamah di Kedah mengalami perubahan ke arah pemodenan dalam memberi keadilan kepada rakyat. Kesimpulan Peranan yang dimainkan oleh Majlis Mesyuarat Negeri dalam sistem pentadbiran Kedahadalah untuk mewujudkan undang-undang di negeri ini. Walau bagaimanapun, setiap keputusan yang dibuat mesti mendapat pengesahan daripada sultan sebelum diwartakan atas nama sultan. Sultan Abdul Hamid dan pemimpin negeri Kedah menjadikan pentadbiran negara luar sebagai model untuk memodenkan pentadbiran negeri Kedah di samping membuat beberapa pengubahsuaian sebagai persediaan menghadapi perubahan. Misalnya, perubahan dalam jentera pentadbiran negeri termasuk pos dan telegraf mulai tahun 1899 dan sistem perundangan secara keseluruhannya merujuk kepada matlamat utama Majlis Mesyuarat Negeri Kedah. Peraturan negeri turut berubah walaupun pada peringkat awal agak sukar untuk dilaksanakan kerana sultan masih lagi menguasai kewangan negeri dan beberapa hal ehwal negeri seperti pajakan, ampun kurnia, orang nobat dan pemegang mukim. Perjanjian Bangkok 1909 mengesahkan lagi kedudukan British di negeri Kedah. Pada peringkat awal, pihak British masih tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem pentadbiran Kedah kerana Majlis Mesyuarat Negeri dikuasai secara mutlak oleh pentadbir tempatan. Sememangnya diakui bahawa kelancaran dan pemodenan dalam pentadbiran negeri Kedah juga berkait rapat dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun wujud konflik kuasa berikutan penubuhan Majlis tetapi kuasa menjalankan pentadbiran masih lagi di bawah kuasa seorang sultan. SRR Organized by https://worldconferences.net Page 491

merupakan salah satu koleksi surat-menyurat yang dapat memberi maklumat baru tentang kepentingan pejabat sultan dan peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang bertanggungjawab menjaga perjalanan pentadbiran negeri Kedah walaupun terdapat campur tangan daripada pihak Siam dan British. Hal ehwal pentadbiran negeri banyak didokong oleh para pembesar tempatan yang berusaha mengekalkan identiti negeri Kedah sebagai negeri Melayu yang berdaulat. Rujukan CO 716/1 Kedah Annual Report (Administration of the State of Kedah September 1905 to August 1906). CO 716/1 Kedah Annual Report (Monthon Saiburi: Administration of the State of Kedah September 1906 to February 1908). CO 716/1 Kedah Annual Report (The Annual Report of the Adviser to the Kedah Government for the Year 1327 A.H. 23 rd. January 1909-12 th. January 1910). Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad (pengr). (1990). Kolonialisme di Malaysia dan Negara- Negara Lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gullick, J.M.. (1972). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haslindawati Saari. (2015). Pensejarahan Politik Negeri Kedah Berdasarkan Surat Raja-Raja, 1882-1911, Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia. Mahani Musa. (2003). Kongsi Gelap Melayu di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an. MBRAS Monograph No. 36. Mahani Musa. (2005). Sejarah Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah: 1881-1940. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Md Isa Othman. (1986). Kedudukan dan Perkembangan Golongan Politik Elit Tradisional di Negeri Kedah Sebelum dan Semasa Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1881-1943. Tesis Ijazah Sarjana Sains Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Sains Kemanusiaan. Mohd Kasturi Nor Abd Aziz. (2011). Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid: Satu Kajian Pensejarahan Negeri Kedah, 1882-1920an. Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Sharom Ahmat. (1970). The Political Structure of the State of Kedah 1879-1905. Journal of Southeast Asian Studies. Vol. 1 & 2, September. Sharom Ahmat. 1970. The Structure of the Economy of Kedah. Kedah Dari Segi Sejarah. 4 (1). 43 (2) Salinan Surat Kepada Raja-Raja T.H 1313 T.M 1895 No 2. Salinan Surat-Surat Raja-Raja T.H 1317-1329 (T.M 1899-1911) No. 3. Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 8. T.H.1315-1331H/1897-1912M. Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 10. T.H.1323-1325H/1905-1907M. Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid No. 16 T.H 1318-1320 T.M 1900-1902 Surat Raja-Raja T.H 1306 T.M 1888 No. 1. Wan Shamsudin Mohd Yusof. (1996). Pembinaan Mahkamah Tinggi Kedah. Warta Darulaman, 11, 20. Zaini Mariah. (1993). Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid T.H 1323-1325 / T.M 1905-1907 (No. 10): Sebagai Sumber Kajian Politik dan Pentadbiran Kedah Sezaman, HSM 411 Dokumen-Dokumen dalam Sejarah Malaysia. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Organized by https://worldconferences.net Page 492