-W,: Tuan FIj. Ishaq bin Muhammad Arif. Beberapa Asas Ajaran Tasawuf. Abdul Manam Mohamad

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Amar Makruf Nahi Mungkar

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Ulasan Buku / Book Review

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Sufisme (Sufism) dan Ahli Sufi (The Sufis) Menurut Inayat Khan ( )

International Journal of Islamic and Civilizational Studies PERSONALITI: KONSEP, KUNCI DAN SUMBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

THE UNIQUENESS OF MYSTIC AMONG THE SOCIETY OF MANDAILING IN LONGAT

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Alpha and Omega Apostasy in the writings of Ellen G. White. Pdt Donny Chrissutianto, PhD

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Kesan Semantik Tafsiran Perkataan Islam daripada Perspektif Muhammad Asad ke Atas Konsep Muslim

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

Transcription:

-W,: lilis$$if JURNAL ISI-AM dan Masyarakat Kontemporari Ild. 2,2009, 41-s3 Beberapa Asas Ajaran Tasawuf Tuan FIj. Ishaq bin Muhammad Arif Abdul Manam Mohamad ABSTRACT Tuan Hj. Ishaq, one of the prominent figures of Tariqa Naqshabandiyyah Khalidiyyah in Malaysia, was an active writer. This writing explains several of his thoughts in tasawuf such as the definition of tasawuf, the position of tasawuf in Islam, the position of karamah in tasawuf, tasawuf as an achievement and ways to achieve it. Data is gathered through analisis of his writing and speeches. His views and thoughts on tasawuf are in line with al- Qur'an, Sunnah and opinions ofother sufi scholars. Keywords: Sufism leader; Teaching of tasawuf; Imam Pendahuluan Di Malaysia terdapat beberapa tokoh pengembang tasawuf yang produktif Jengan menghasilkan karya-karya ilmiah khususnya mengenai tasawuf dan :arekat seperti Sheikh'Abd al-samad (Tuan Tabal), Sheikh'Abd al-malik (Tok?ulau Manis), Sheikh Ahmad bin Muhammad Sa'id, Sheikh Daud Bukit Abal lan lain-lain. Antara mereka juga ialah Tuan Hj. Ishaq bin Muhammad Arif iaitu :okoh pemimpin kumpulan pengamal tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah r ang berpusat di Dong, Raub, Pahang. Tulisan ini akan menganalisa pemikiran reliaumengenai beberapapersoalan tentang tasawuf merangkumi takrif tasawuf, kedudukan karamah dalam hubungan dengan tasawuf, hakikat tasawuf yang merupakan suatu pencapaian dan cara mencapai tasawuf, yang termuat dalam karya-karya beliau, di samping ajaran-ajaran lisan yang pernah disampaikan kepada para murid beliau. Pengenalan Ringkas Tuan Hj. Ishaq bin Muhammad Arif \ama Tuan Hj. Ishaq yang lebih lengkap ialah Ishaq bin Muhammad Arif bin Sutan Tujuan Saka bin Sutan Limbang Laut bin Merah Mas (Jahid t.th., 1). Beliau lebih dikenali dengan panggilan Imam Hj. Ishaq. Gelaran Imam ini 4I

;tkffiffi dihubungkan dengan nama beliau kerana beliau pernah berkhidmat sebagai imam dan amil masjid dalam tempoh yang melebihi 30 tahun. Tuan Hj. Ishaq dilahirkan pada tahun 1908 di Kampung Rawa, Cemur, Perak (Jamaluddin t.th., l). Keturunan beliau daripada pihak ayahanda berasal daripada keluarga Kesultanan Rawa, Sumatera, Indonesia (Jahid t.th., 1; Jamaluddin t.th., 1). Manakala daripada pihak bonda pula berasal daripada keluarga orang kenamaan di Selangor di mana Tengku Nahmad iaitu datuk sebelah ibu beliau yang asalnya berketurunan Siak, Sumatera, telah mengembara ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Kampung Kuantan, Klang, Selangor. Di sana beliau dikenali dengan panggilan Dato' Ubah (Ishaq t.th., lbl,3). Walaupun Tuan Hj. Ishaq mempunyai latar belakang pendidikan keagamaan secara ffadisional di surau dan masjid, namun beliau aktif menulis dan telah menghasilkan beberapa buah karya keagamaan terutamanya mengenai ajaran tasawuf dan tarekat serta sejarah perkembangannya di Raub, Pahang. Antara karya-karya beliau yang telah dihasilkan ialah Maimu' al-masa'il, Tanbih al-muridin, Majmu' al-maw'izah, Cara-Cara Menjalani Amalan Dalam Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah Untuk Mencapai Kepada Tasawuf, AsaI-U sul Perkembangan Tarekat Naqshabandiyyah di Daerah Raub, P ahang, dan S ej arah P e rkembangan Tarekat N aqshabandiyy ah Khalidiyyah di Kampung Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang Dar al-ma'mur di samping tulisan-tulisan dan risalah-risalah lain yang tidak dibukukan. Tuan Hj. Ishaq meninggal duniapada2l Februari 1992 dtkampung Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang, kerana sakit tua. Usia beliau ketika itu ialah 84 tahun. Jenazahbeliau telah dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut yang terletak tidak jauh dari Surau Suluk Ihya' al-qulub. Penglibatan dengan Pengamalan Tarekat Naqshabandiyyah Tuan Hj. Ishaq mula mengenali Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah ketika beliau belajar ilmu tasawuf daripada Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib bin Sutan Kaya. Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib adalah anak murid Sheikh Hj. Umar bin Muhammad al-khdidi dankhalifah beliau yang paling tua. Sebelum berpindah ke Raub, Pahang. Tuan IIj. Ishaq merupakan seorang guru agama serta pemimpim suluk di Kampung Bertam, Tanjung Malim, Perak dan mempunyai ramai murid di sana. Tuan Hj. Ishaq telah mengambil talqin zikir dan bay'ah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah daripada guru beliau itu pada tafuln 1927.Pada ketika itu beliau baru berumur 19 tahun (Jamaluddin t.th.,2; Ishaq t.th., [b], 9). Setelah menerima talqin danbay'ah tarekat daripada guru beliau itu, maka pada 42

kkw penghujung tahun yang sama, beliau mula menjalani suluk di bawah pimpinan sheikh Hj. umar bin Muhammad sendiri bertempat di surau Suluk Kubu di Kmpung Durian Sebatang, Raub, Pahang (Ishaq t.th., [b], 9). Setelah hampir tujuh tahun mempelajari serta mengamalkan tarekat dan beberapa kali medalani suluk di bawah bimbingan dan asuhan Sheikn Hj. (Im.il, maka Tuan Hj. Ishaq telah diangkat menjadi khalifah serta diizinkan pla mengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khatidiyyah oleh guru beliau itu pada 6un 1353 hijrah (1934) (Ishaq t.th., [a], 5). Pada waktu itu umur beliau 25 trhun. Selepas kewafatan sheikh Hj. Umar, Tuan Hj. Ishaq telah dibimbing dm diberi tunjuk ajar pula oleh dua orang khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang juga merupakan murid kepada sheikh Hj. umariaitu Tuan Hj. Ir{uhammad Salih bin Hj. Umar dan Tuan Hj. Abdul Wahab bin tlj. Muhammad Si<ldiq bin Hj. Salim (Jamaluddin t.th.,2). Setelah hampir 30 tahun diizinkan nengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah oleh Sheikh Hj. Umar, barulah beliau mula memimpin suluk. Suluk pertama yang dipimpin oleh Tuan Hj. Ishaq adalah pada tahun 1964 di Surau Suluk Kampung Ajai, Raub, Pahang. suluk pimpinan beliau tmudiannya berpindahj<e tempat baru iaitu Surau Suluk Kampung Jeram Bang&in, Dong, Mukim Gali, Raub, Pahang. Surau tersebut yang lebih dikenali dengan natna za.wiyah Ihya' al-qulub mula didirikan dan beroperasi pada pertengahan tahun 1960-an. Pertama kali suluk di surau tersebut diadakan adalah pada bulan Oktober tahun 1965 (Ishaq t.th., [a], 6). Tuan Hj. Ishaq telah menjadikan Zawiyah Ihya' al-qulub sebagai Flsat pengamalan dan penyebaran Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pimpinannya. Di samping itu, di surau tersebut juga diadakan kuliah agama yang meliputi pelajaran ilmu usuluddin, fiqh, al-quran, hadis dan tasawuf. Walau bagaimanapun beliau lebih menekankan kepada pengajaran ilmu tasawuf dan tarekat (Jamaluddin t.th., 3). Zawiyahlhya' al-qulub telah menarik ramai murid tarekat untuk datang belajar, menerima dan seterusnya mengamalkan Tarekat Naqshabandiyyah IGalidiyyah di bawah pimpinan Tuan Hj. Ishaq. Mereka datang dari seluruh pelusuk tanah air malah ada juga yang datang dari Singapura, Thailand dan Sumatera (Jamaluddin t.th., 3). Zawiyah ini merupakan antara zawiyah tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang terbesar dan terkenal khususnya di kalangan pengamal tarekat di Malaysia. Murid-murid Tuan Hj. Ishaq dianggarkan melebihi 5000 orang yang terdiri daripada laki-laki dan juga perempuan (Kamarul, Temubual, Jun 2000). Sehingga kini tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pimpinan Tuan Hj. Ishaq ini masih lagi diamalkan malah dikembangkan 43

ffiwwwr dan disebarluaskan lagi oleh para khatifah beliau sehingga ia menjadi arftata kumpulan pengamal dan penyebar tarekat yang aktif dan mempunyai ramai pengikut di Malaysia. Pandangan Tuan Hj. Ishaq Mengenai Tasawuf Penelitian terhadap karya-karya yang telah dihasilkan, kuliah-kuliah yang dirakamkan dan temubual dengan para murid Tuan Hj. Ishaq mendapati bahawa beliau ada membicarakan dan memberikan huraian khusus mengenai tasawuf dan beberapa persoalan yang berkaitan dengannya. Antara persoalan yang sering dibicarakan bahkan menjadi doktrin utama beliau adalah seperti yang disenarai berikut. Kedudukan Tasawuf dalam Islam Dalam memberikan gambaran umum tentang tasawuf, Tuan Hj' Ishaq menjelaskan bahawa agama terbina dan menjadi sempurna atau lengkap dengan tiga perkara iaitu islam, iman dan ihsan (Ishaq, Kuliah, Mei 1989). Islam adalah kerja anggota di mana ia menyentuh persoalan amali atau praktikal dan tempatnya ialah anggota lahiriah manusia. Iman adalah kerja hati di mana ia menyentuh persoalan keyakinan dan tempatnya ialah dalam hati. Manakala ihsan pula adalah keikhlasan di mana ia merujuk kepada persoalan kerohanian dan tempatnya ialah batin, roh atau hati manusia (Ishaq, Kuliah, Mei 1989)' Islam tertakluk dengan ilmu fiqh, iman tertakluk dengan ilmu usuluddin dan ihsan pula tertakluk dengan ilmu tasawuf. Islam membicarakan hukum-hukum lahiriah, iman (usul) membicarakan persoalan keyakinan, manakala ihsan pula membicarakan hukum-hukum batin (Ishaq, Kuliah, Mei 1989). Dari perspektif ilmu tasawuf, pengamalan terhadap islam yang berasaskan keimanan membentuk suatu yang diistilahkan sebagai syariat. Manakala peningkatan tahap kebersihan dan kejernihan rohani yang dicapai hasil daripada pengamalan terhadap syariat itu disebut sebagai tarekat. Tarekat itu pula akan membuahkan ihsan iaitu apa yang diistilahkan sebagai hakikat. Hakikat itu secara umumnya bermaksud pencapaian dan penyaksian rohani terhadap hakikathakikat ketuhanan Allah dan keikhlasan dalam melaksanakan ibadat. Oleh itu hakikat adalahhasil atau natijah yang diperolehi daripada tarekat dan tarekat itu pula adalah natijah yang didapati daripada syariat (al-kumushkhanawi 1328, 77). Dengan kata lain syariat itu ialah ibadat kepada Allah yang berasaskan keyakinan terhadapnya semata-mata. Tarekat itu ialah gerakan rohani iaitu peningkatan tahap kehadiran hati dan kebersihan batin yang berlaku di sebalik ibadat tersebut. Manakala hakikat itu pula ialah penyaksian terhadap hakikathakikat ketuhanan Allah sehingga fana' dalam penyaksian tersebut.

W ill..i:..r.lrttl:lr;.: - Penelitian mendapati bahawa ahli tasawuf menggunakan istilah yang :e:ragai-bagai dalam menggambarkan ketiga-tiga perkara ini. Antaranya, ada,:_: menjelaskan syariat itu sebagai 'ibadah, tarekat itu 'ubudiyyah dan hakikat.- ;budah (Ibn 'Ajibah 1983, jil.1: 10). Ada juga yang menggambarkan syariat :- sebagai khidmah (praktik atau amali), tarekat itu qurbah (pendekatan diri) :::: hakikat ituwuslah (pencapaian rohani) (al-kumushkhanawi 1328,77). Ada -:r. \'ang menyebut syariat itu sebagai ibadat, tarekat itu hudur (kehadiran hati) :.: hakikat itu shuhud (penyaksian rohani) (Ibn'Ajibah 1983, jil.1: 10). Apa.:e jelas, kepelbagaian istilah tersebut adalah merujuk kepada perkara yang Penjelasan Tuan Hj. Ishaq bahawa agama Islam menjadi lengkap dengan -:. perkara iaitu islam, iman dan ihsan, menepati kandungan hadis Jibril a.s..,.u:datangan Jibril a.s. untuk menemui Nabi s.a.w. dan seterusnya bertanyakan :"rnda tentang islam, iman dan ihsan dalam peristiwa yang terkenal itu :'-lah bertujuan mengkhabarkan tentang rukun agama yang terdiri dari tiga :c:kara tersebut. Perkara ini dapat diperhatikan pada penjelasan Nabi s.a.w., rg bermaksud "sesungguhnya dia itulah Jibril yang datang kepada kamu bagi ::ngajarkan kepada kamu agama kamu"(al-bukhari 1987 & al-naysaburi 1954 :. il'n Hanbal t.th., jil.1: 64). Demikian juga penjelasan Tuan Hj. Ishaq bahawa islam itu amalan j:.ssota lahiriah, iman itu keyakinan hati dan ihsan itu pula keikhlasan, adalah :-:nepati jawapan Nabi s.a.w. terhadap peftanyaan Jibril a.s. mengenai perkara- :erkara tersebut. Ini dapat dilihat dengan jelas di mana keseluruhan rukun islam.:jah merujuk kepada amalan lahiriah manusia. Rukun iman pula merujuk r-:rad? kepercayaan dan keyakinan hati. Manakala ihsan pula merujuk kepada :envaksian batin yang membawa kepada pencapaian hakikat keikhlasan (al- 3rkhari 1987 & al-naysaburi 1954 & Ibn Hanbal t.th., jil.l: 64). Kenyataan Tuan Hj. Ishaq bahawa agama itu menjadi lengkap dan r.mpurna dengan tiga perkara iaitu islam, iman dan ihsan atau syariat, tarekat ::n hakikat, menunjukkan bahawa ketiga-tiga perkara itu mempunyai pertalian..lns sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Masing- :rasing menjadi pelengkap dan penyempurna kepada yang lain. Menurut :eliau, berpegang dengan tali Allah yang terkandung dalam firman Allah yang :ermaksud "dan hendaklah kamu semua berpegang dengan tali Allah"(Ali i-nlran: 103) bermaksud berpegang dengan islam, iman dan ihsan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan tali Allah itu ialah :di rahmat Allah atau jalan yang boleh membawa kepada mendapat rahmat.\llah yang terdiri dari ketiga-tiga perkara tersebut (Ishaq, Kuliah, Mei 1989). 45

ffiffiw Takrif Tasawuf Untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang persepsi Tuan Hj. Ishaq terhadap tasawuf dan persoalan-persoalan yang berkaitan dengannya, maka kita perlu melihat definisi beliau terhadap tasawuf itu dan juga beberapa ajaran beliau mengenainya. Dalam memberikan definisi terhadap tasawuf, beliau menjelaskan bahawa tasawuf itu ialah kebersihan zahir dan batin dari sesuatu yang dicela oleh syarak (Ishaq, Kuliah, Mei 1989). Kebersihan zahir, seperti yang dapat difahami daripada kenyataan beliau ini bermaksud keterikatan anggota lahiriah dengan peraturan-peraturan syariat yang merangkumi suruhan dan larangan Allah. Manakala kebersihan batin pula bermaksud kejernihan keyakinan terhadap hakikarhakikat iman dan terbuangnya sifat-sifat kecelaan serta terhias pula dengan sifat-sifat kepujian. Definisi tasawufyang dikemukakanolehtuan Hj. Ishaqini iaitukebersihan zahir dan batin dari sesuatu yang bercanggahan dengan syarak mempunyai hakikat yang boleh dirujuk dalam al-quran. Ini kerana tasawuf itu merupakan tingkatan khusus dan orang yang mencapainya pula merupakan manusia pilihan yang diistilahkan sebagai sufi. Dalam al-quran golongan manusia pilihan ini dinamakan awliya'. Mengenai mereka ini, Allah berfirman yang bermaksud, "Ketahuilah bahawa sesungguhnyapafa wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak berdukacita. Mereka itu ialah orang-ofang yang (benar-benar) beriman dan bertaqwa" (Yunus: 62-63). Al-Quran telah menjelaskan tentang sifatsifat mereka bahawa mereka itu ialah orang-orang yang memiliki keimanan dan ketaqwaan yang hakiki. Lantaran memiliki keimanan dan ketaqwaan yang sebenar inilah menjadikan mereka tidak merasa takut kepada yang lain dari Allah dan tidak pula berdukacita. Hakikat keimanan dan ketaqwaan yang menjadi ciri utama kewalian ini merujuk kepada pengertian kebersihan zahir dan batin iaitu kemurnian serta keteguhan iman dan keterikatan anggota zahir dengan hukum syarak. Oleh itu tasawuf adalahwilayah (kewalian) yang disebut dalam al-quran. Penelitian terhadap takrifan Tuan Hj. Ishaq mengenai tasawuf mendapati bahawa ia tertumpu kepada makna kesucian diri sama ada zahir mahu pun batin. Kesucian diri ini merupakan intipati atau unsur asasi bagi tasawuf seperti yang dapat dilihat dalam takrifan yang diberikan oleh para ulama tasawuf. Unsur kesucian diri seumpama ini dapat dilihat dalam takrifan-takrifan yang diberikan oleh tokoh-tokoh seperti Sheikh Abu Bakr al-kattani, Sheikh Abu Sa'id al- Khrraz dan Sheikh'Abd al-qadir al-jilani. Dalam mentakrifkan tasawuf, al- Kattani menyebut bahawa tasawuf itu ialah kesucian (safa') dan penyaksian (mushahadalz) (Mahmud t.th., 43). Kesucian dalam takrifan al-kattani ini bermaksud kebersihan zahir dan juga batin manusia. Demikian juga unsur

k;ililm kesucian diri ini dapat dilihat dalam takrifan al-kharraz (Mahmud t.th.,42-43) dan al-jilani (al-jilani 1956: 558). Takrifan tasawuf yang dikemukakan oleh Tuan Hj. Ishaq ini secara tidak langsung, juga mengandungi unsur ibadat ketinggian akhlak dan juga kezuhudan yang merupakan sebahagian dari unsur kesufian seperti yang dapat diperhatikan pada takrifan para ulamanya (al-qushayi 1,990,280: al-ghazali 1986,21; Mahmud t.th., 38). Kebersihan zahir padatakrifan Tuan Hj. Ishaq itu, mengandungi pengertian keterikatan anggota lahfuiah dengan peraturan syariat yang mana ia adalah perlaksanaan ibadat. Manakala kebersihan batin pula iltara lain mengandungi pengertian terbuangnya sifat-sifat kecelaan diri dan erhiasnya ia dengan sifat-sifat terpuji yang mana ia adalah akhlak. Demikian jugakebersihan batin ini mengandungipengerliantidakcenderung atau terbuang sifat kegilaan terhadap perkara-perkara keduniaan dari hati yang mana ia adalah kezuhudan. Dari satu sudut yang lain, tasawuf seperti yang didefinisikan oleh Tuan Hj. Ishaq secara zahirnya didapati hanya menyentuh satu daripada dua sudut uama tasawuf. Ini kerana tasawuf itu mengandungi dua sudut utama iaitu jalan atau perantaraan (wasilah) dan matlamat atau tujuan (ghayah). Tasawuf dalam bentuknya yang merangkumi ini telah didefinisikan oleh Sheikh Abu Bakr al- Kaftani. Tasawuf menurut beliau, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, ialah kesucian (safa') dan penyaksian (mushahadah) (Mahmud,43). Kesucian adalah perantaraan yang perlu dilalui dan dicapai terlebih dahulu dan penyaksian batin pula adalah matlamat akhir tasawuf yang hendak dicapai. Dalam takrifan Tuan IIj. Ishaq, kebersihan zahir danbatin daripada sesuatu yang dicela syarak adalah merujuk kepada jalan atau perantaraan tasawuf. Manakala matlamat tasawuf itu tidak dinyatakan secara jelas dalam takrifan beliau itu. Walau bagaimanapun matlamat tersebut pada hakikatnya tetap ada dan berhubungan dengan takrifan beliau itu yang terangkum dalam pengertian kebersihan batin. Ini kerana, dengan tercapainya kebersihan batin maka mushahadah dengan sendirinya terhasil. Kedudukan Karamah dalam Hubungan dengan Tasawuf Penjelasan Tuan Hj. Ishaq terhadap tasawuf bahawa ia merupakan kebersihan, kejernihan atau kesucian zahir dan batin daripada sesuatu yang bercanggahan dengan syarak memperlihatkan bahawa beliau tidak memberikan perhatian dan tidak mengambilkira perkara-perkara luar biasa (karamah hissiyah) dalam menjelaskan tentang pencapaian hakikat tasawuf. Dengan kata lain, beliau tidak mengsyaratkan pada seseorang sufiita terjadi pada dirinya perkara-perkara yang menyalahi adat kebiasaan. Apa yang menjadi tumpuan beliau dalam hal yang berkait dengan tasawuf ini ialah kekeramatan makn awi (karamah ma' nawiyyah) 47

iaitu kekeramatan iman dan amal (Jahid, Temubual, September 1999). Kerap kali beliau menegaskan bahawa bukanlah menjadi tujuan bertarekat untuk mendapatkan kehebatan dan perkara-perkara yang luar biasa, tetapi tujuan - bertarekat itu ialah untuk memperbaiki akhlak (Ishaq, Kuliah, Mei 1989) dan juga untuk menghampirkan diri kepada Allah serta mendapat keredhaan-nya (Ishaq t.th., [c], 1). Tinjauan terhadap pendirian para ulama tasawuf mendapati bahawa mereka juga tidak memberikan penumpuan kepada kekeramatan zahir. Mereka sebenarnya merasa bimbang dengan kezahiran perkara-perkara seperti itu kerana ada kalanya ia menjadi istidraj (al-sha'rani 1305,2: 113). Di samping itu kekeramatan zahir di sisi mereka adalah termasuk dalam perkara-perkara yang dikira sebagai karenah nafsu (Ibn 'Arabi t.th.,2: 371). Menurut mereka, kekeramatan zahir itu bukanlah menjadi ukuran atau tanda keutamaan, kelebihan dan ketinggian darjat seseorang yang mencapai tahap kewalian (al-yaf i 1961, 119). Ketidakzahiran kekeramatan zahir itu pula tidak dikira sebagai sesuatu yang mencacatkan kewalian seseorang itu (a1-qushayri, 355). Malahan, kadangkadang wali yang tidak zahir kekeramatannya, lebih utama dan lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang zahir kekeramatannya itu (Hamid 1380, r28). Kekeramatan yang menjadi tumpuan dan nilaian ulama tasawuf ialah kekeramatan maknawi (karamah haqiqiyyah / karamah ma'nawiyyah). Mengenai hal ini Sheikh Abu al-hasan al-shadhili menjelaskan bahawa apa yang menjadi perhatian dan penilaian ialah kekeramatan yang sebenar iaitu tercapainya istiqamah dan sampainya ia ke tahap kesempurnaannya. Ia merujuk kepada dua perkara iaitu iman yang betul terhadap Allah dan mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. zahir dan batin (Hamid, 128). Imam al- Qushayri pula menentukan kekeramatan maknawi tersebut sebagai kekeramatan yang paling besar yang dikurniakan kepada para wali. Mengenai hal ini beliau menyatakan bahawa antarakekeramatan yang paling agung bagi para wali ialah sentiasa mendapat taufiq bagi melakukan ketaatan dan terpelihara dari maksiat serta perkara-perkara yang menyalahi syariat (a1-qushayri, 356). Kekeramatan maknawi ini menurut Sheikh Muhy al-din ibn 'Arabi, hanya dikenali oleh golongan khusus dari kalangan hamba Allah, sedangkan orang awam tidak mengenalinya (Ibn 'Arabi, 2:369). Tasawuf adalah Satu Pencapaian Penelitian terhadap keterangan Tuan Hj. Ishaq mengenai tasawuf mendapati bahawa beliau memahami tasawuf dengan makna mencapai hakikatnya iaifu kebersihan dan kesucian zahir dan batin, bukan hanya mengetahui hakikat tersebut. Ini dapat dilihat di mana orang yang bertasawuf bagi beliau itu 48

-riah orang yang telah mencapai hakikatnya. Sebaliknya orang yang hanya ::,engetahui tentang hakikat tasawuf, tetapi masih belum mencapainya, seperti -,Wl*W ::,engetahui tentang sifat-sifat madhmumah tetapi ia masih wujud dalam hati, n;rka dia masih belum boleh dikatakan sudah bertasawuf (Ishaq, Kuliah, Mei -is9). Hal ini juga dapat dilihat di mana beliau sendiri ada mengeluarkan rhuah buku yang mengandungi keterangan mengenai cara-cafa mengamalkan Trrekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang diberi jtdal Cara-Cara Menjalani.\q-a,lan Dalam Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah Untuk Mencapai f,.cpada Tasawuf. Penamaan itu sendiri memperlihatkan bahawa tasawuf itu runla tanggapan beliau adalah suatu pencapaian yang mana cata mencapainya lrj.ah dengan bertarekat. Dari segi ini, Tuan Hj. Ishaq didapati telah memberikan huraian yang rnifat khusus bagi tasawuf. Ini kerana tasawuf itu, berdasarkan kepada ri.eterangan ulamanya, mempunyai dua pengertian iaitu pengertian umum dan sngertian khusus. Pengertian umum bagi tasawuf, secara keseluruhannya, :,ilah satu bentuk ilmu tentang cafa-cmamendidik dan membersihkan hati, yang nana ia boleh diketahui menerusi pembelajaran dan pengkajian (Zm:q 1318, r: Haji Khalifah 1360, jil. l: 413). Manakala tasawuf dengan pengerliannya i ang khusus pula merujuk kepada pencapaian hakikat-hakikat tasawuf tersebut :ehingga ia menjadi suatu pengalaman bagi diri seseorang itu dan seterusnya nenjadi sifat yang sebati dengan dirinya (al-qushayri, 280; al-tusi 1960, 45). Imam al-ghazali telah menggabungkan kedua-dua pengertian tasawuf :ni dalam satu definisi. Menurut beliau, tasawuf itu permulaannya ilmu, rertengahannya amal dan kesudahannya pemberian (mawhibah). Ilmu itu membongkar apa yang dikehendaki, amal itu membantu dalam menuntut apa yang dikehendaki), dan pemberian itu menyampaikan kepada kemuncak ira-cita (al-ghazali 1986, 22). Gabungan kedua-dua pengertian tasawuf ini dapat dilihat dalam definisi beliau di atas di mana beliau telah membahagikan rasawuf itu kepada tiga peringkat iaitu permulaan (ilmu), pertengahan (amal) lan kesudahan (pemberian). Ketiga-tiga perkara tersebut bagi beliau, adalah erangkum dalam pengertian tasawuf. Demikian juga Sheikh Ibn 'Ajibah di rnana beliau juga telah menggabungkan kedua-dua pengertian tasawuf ini dalam ratu definisi (Ibn'Ajibah 1355,4). Cara Mencapai Tasawuf Oleh kerana Tuan Hj. Ishaq memahami tasawuf dengan pengertian khusus iaitu pencapaian hakikat-hakikatnya, maka sebab itu beliau berpendapat bahawa msawuf itu tidak sekali-kali diperolehi menerusi pembacaan kitab-kitab tasawuf. Dengan membaca kitab tasawuf semata-mata adalah tidak memadai bagi mencapainya. Tasawuf hanya dapat dicapai menerusi amalan dan menjalani 49

ffiffiw jalan-jalannya (Ishaq, Kuliah, Mei 1989) iaitu mengamalkan tarekat, sama ada tarekat umum atau tarekat khusus. Pandangan Tuan Hj. Ishaq ini bersesuaian dengan apa yang telah diutarakan oleh tokoh-tokoh tasawuf terkenal mengenai pprkara ini seperti Imam al-ghazali, Sheikh Muhy al-din ibn'arabi dan Sheikh 'Abd al-wahhab al-sha'rani. Mengenai hubungan antara pengamalan (bertarekat) dengan pencapaian hakikat tasawuf ini, al-ghazali menjelaskan bahawa jalan ke arah mencapai hakikattasawufituialahdenganmendahuhtkanmujahadnh,menghapuskansifatsifat yang tercela, memutuskan ikatan-ikatan hati seluruhnya dan menumpukan perhatian dengan penuh hemah (kemahuan) kepada Allah s.w.t. (Mahmud t.th., 309). Bukan setakat itu sahaja, malahan beliau menegaskan bahawa hakikat tasawuf itu tidak dapat dicapai menerusi pembelajaran. Ia hanya dapat dicapai dengan dhawq (rasaan rohani) dan pertukaran sifarsifat diri daripada sifat-sifat yang keji kepada sifat-sifat yang terpuji yang mana annl mujahadah itu adalah pembuka jalan ke arah itu (Mahmud t.th.,373). Hal yang sama juga telah dinyatakan oleh Ibn 'Arabi. Mengenai hal ini beliau menjelaskan bahawa jalan ke arah mencapai ilmu ahli tasawuf itu ialah menerusi iman dan taqwa (al-sha'rani t.th., 6). Iman itu adalah asas atau dasar keyakinan dan taqwa itu pula merupakan penjagaan dan pengamalan terhadap syariat zahir dan batin. Begitu juga al-sha'rani, beliau menjelaskan bahawa tasawuf itu merupakan hasil daripada pengamalan seseorang terhadap syariat. Menurut beliau, ilmu tasawuf itu ialah ilmu yang tercetus dalam hati para wali ketika hati mereka itu bersinar menerusi pengamalan terhadap al-quran dan Sunnah. Setiap orang yang beramal dengan kedua-duanya, akan tercetus daripada pengamalannya itu ilmu-ilmu, adab-adab, rahsia-rahsia dan hakikat-hakikat yang mana lidah (pertuturan atau bahasa) tidak berkeupayaan menjelaskannya (al-sha'rani 1305, 6). Selanjutnya beliau menjelaskan lagi bahawa tasawuf itu merupakan saripati daripada pengamalan seseorang terhadap peraturanperaturan syariat apabila amalannya itu bersih daripada sebarang kecacatan dan tuntutan hawa nafsu (al-sha'rani 1305, 6). Keterangan al-ghazali, Ibn'Arabi dan al-sha'rani tersebut jelas menunjukkan bahawa hakikat tasawuf itu hanya dapat dicapai menerusi pengamalan atau bertarekat seperti juga yang telah dinyatakan oleh Tuan Hj. Ishaq. Walau bagaimanapun Tuan Hj. Ishaq tidak menafikan sama sekali adanya orang yang mencapai hakikat tasawuf tanpa menerusi tarekat. Dia hanya mengamalkan syariat yang zahir dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan agama yang asas iaitu apa yang diistilahkan sebagai mujahadat taqwa ya\g menjadi kewajipan ke atas setiap muslim. Orang seumpama ini disebut sebagai majdhub (orang yang mendapat jadhbah). Majdhub ini dimisalkan oleh Tuan Hj. Ishaq sebagai orang yang menjadi kaya kerana mendapat harta karun. Dia 50

k w memiliki kekayaan tetapi tidak tahu cara-cara berusaha untuk mendapatkan kekayaan itu. Kerana itu dia tidak boleh dijadikan ikutan. Disebabkan kewujudan orang seumpama ini sangat jarang maka kerana itu dia tidak boleh dijadikan ukuran bagi kebanyakan orang (Jahid, Temubual, September 1,999). Kesimpulan Daripada penjelasan yang telah dinyatakan dapat dibuat kesimpulan bahawa tasawuf menurut pandangan Tuan Hj. Ishaq ialah kebersihan dan kesucian diri manusia zahir dan batin. Ia adalah satu pencapaian menerusi amalan khusus yang dilaksanakan, bukan hanya memiliki pengetahuan mengenainya. Ia adalah maqam ihsan yang merupakan salah satu dari tiga rukun agama, yang berfungsi memantapkan keimanan dan pelaksanaan syariat agama. Pemikiran dan pandangan Tuan Hj. Ishaq mengenai tasawuf ini menyentuh intipati dan unsur asas tasawuf itu sendiri di samping selari dengan petunjuk al-quran, sunnah dan juga pendirian para ulama tasawuf mengenai persoalan yang dibicarakan. 51

ffiffiw Rujukan al-bukhari,muhammadibnlsma'il, 1987ll4O7,AI-Jami'al-Sahihal-Mukhtasar, Beirut: Dar Ibn Kathir. al-ghazali, Muhammad ibn Muhammad, 1986/ 1406, Rawdat al-talibin wa 'Umdat al-salikin, dlm. Maimu'at Rasa'il al-imam al-ghazali, Beirut: Dar al-kutub al-'ilmiyyah. Haji Khalifah, Mustafa ibn 'Abd Allah, 136O, Kashf al-zunun 'an Asami al- Kutub wa al-funun, J7l,l, t.tpt: Matba'ah al-ma'arif al-turkiyyah. Ibn'Ajibah, Ahmad, 1983 / 1403, Iqaz al-himam fi Sharh al-hiknm, Jil.l & 2, Beirut: Dar al-kitab al-'arabi. Ibn 'Ajibah, Ahmad, 1355 H, Mirai al-tashawwuf ila Haqa'iq al-tasawuf, t.tpt: Matba' ah al-i' tidal. Ibn'Arabi, Muhy al-din Muhammad ibn'ali, t.rh., al-futuhat al-makkiyyah, Jil.2, Beirut: Dar al-sadir. Ibn Hanbal, Ahmad al-shaybani, t.ft., Musnad al-imam Ahmad ibn Hanbal, JLL.I,2,3, & 4, Misr: Muassasah Qurtubah. Ishaq Muhammad Arit t.th., (a), Asal-Usul Perkembangan Tareknt Naqsyabandiyyah di Daerah Raub, t.tpt: t.pt. Ishaq Muhammad Arif, t.th., (b), Sejarah Perkembangan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah Di Kampung Durian Sebatang, Mukim GaIi, Raub, Pahang, Dar al-ma'mur, t.tpti t.pt. Ishaq Muhammad Arif, t.th., (c), Cara-Cara Menjalani Amalan Dalam Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Untuk Mencapai Kepada Tasawuf, t.tpt: t.pt. Ishaq Muhammad Arif, t.th., (d), Sejarah Hidup Seorang Hamba Allah Yang Bernama Ishaq bin Muhammad Arif Dan Sejarah Penerokaan Kampung Temau (Dong Raub, Pahang,t.tpt: t.pt. Ishaq Muhammad Arif, t.th., (e), Majmu' al-masa'il. t.tpt: t.pt. Ishaq Muhammad Arif,1988, (fl, Majmu' al-maw'izaft, Raub: Pustaka al- Huda. Ishaq Muhammad Arif,1987, (g), Tanbih al-muridin, Kuala Lumpur: Nurin Interprise. Tuan Hj. Ishaq bin Muhammad Arif, Kuliah Dalam Ijtimak di Surau Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang, Mei 1989. Jahid Sidek, t.th., Biografi al-imam Haii Ishaq bin Muhammad Arif, t.tpt: t.pt. Jamaluddin bin Taib, t.th., al-imam Haii Ishaq bin Muhammad Arif,t.tpt: t.pt. al-jilani, 'Abd al-qadir, 1956, Al-Ghunyah Ii Talib Tariq al-haq, Kaherah: Maktabah wa Matba'ah Mustafa al-babi al-halabi wa Awladihi. al-kumushkhanawi, Ahmad, 1328, Jami' al-usulfi al'awliya', Kaherah: t.pt. 52

ktmw Matrmud, 'Abd al-halim, t.th., Qadiyyat al-tasawwuf: al-munqidh min al- Dalal, Kaherah: Dar al-ma'rifah. al-naysaburi, Muslim ibn al-hajjaj al-qushayri,1954}lu 1374H, Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya' al-turath al-'arabi. al-qushayri, 'Abd al-karim ibn Hawazin, L990, al-risalah al-qushayriyyah, Beirut: Dar al-jayl. Saqr, Hamid, 1380, Nur al-tahqlq, Misr: Matba'ah Dar al-ta'lif. al-sha'rani,'abd al-wahhab, t.th., al-tabaqat al-kubra, Beirut: al-maktabah al-sha'biyyah. al-sha'rani, 'Abd al-wahhab, 1305, al-yawaqit wa al-jawahir, J1l.l & 2, t.tpt: Matba' ah al-azhariyyah al-misriyyah. al-tusi, Abu Nasr al-sarraj, 1960, Al-Luma' fi al-tasawuf, Kaherah: Dar al- Kutubal-Hadithah,Baghdad:Maktabahal-Mathna. al-yaf i, 'Abd Allah, 1961M/ 1381 H, Nashr al-mahasin al-ghaliyahfi Fadl al-mashayil*t al-sufiyyah, Kaherah: Maktabah wa Matba'ah Mustafa al- Babi al-halabi wa Awladihi. 7araq, Ahmad, 1,31,8, Qawa'id al-tasawuf,kaherah: Matba'ah Misr. ABDUL MANAM MOHAMAD, Ph.D. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA 21300 Kuala Terengganu, MALAYSIA. Emel : abdulmanam @ udm.edu.my 53