Salam Perlis Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Similar documents
& International Food Festival

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. MAZLAN YUSOFF PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA UniMAP MAC 2010

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Welcoming Remarks and Introduction of the Book ASEAN FutureForward

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA 2011 (AGS) 12 APRIL 2011

TEKS UCAPAN BRIGEDIER JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) DALAM ISTIADAT KONVOKESYEN KHAS

MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR BARU SIDANG AKADEMIK 2009/2010 SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN SISWA SISWI BAGI SIDANG AKADEMIK 2009/2010.

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SIARAN AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H / 2017M ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

WARTA UNIVERSITI BIL. 53 OKTOBER 2016 ISSN ISTIADAT KONVOKESYEN. Sabtu, 15 Oktober 2016 hingga Selasa, 18 Oktober 2016

21 MAC 2011, DEWAN KEIKHLASAN, TINGKAT 10, BANGUNAN KWSP, KANGAR. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1 Malaysia.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

UCAPAN SYUKUR UCAPAN TAHUN BARU ~~ew

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

JABATAN PENGAJIAN AM. Laporan Jabatan Pengajian Am

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

MODAL INSAN KOPERASI :

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

International Memory of the World Register

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO' DR

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

C A ) / M S 4 A 1 H 0 2 (K 2 2 IL B H U L U P A A U U D D E KI IS D E

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

JABATAN KEJURUTERAAN STRUKTUR & BAHAN DIARI JKSB. Edisi ke-2 / APRIL JUN 2017 STRUCTURING EFFORTS, MATERIALIZING GOALS. Fkaas.uthm.edu.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

KONVO INFO TERKINI KONVOKESYEN KE-61

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KONVO INFO TERKINI KONVOKESYEN KE-61 92/ NOVEMBER 2018 I 3 RABIUL AWAL 1440H I SESI II & III BIL.

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Transcription:

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA MAJLIS SANTAPAN MALAM REJIMENTAL KE-7 PALAPES UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS BERTEMPAT DI HOTEL GRAND ALORA, ALOR STAR PADA 19 OKTOBER 2014 السلام عليكم ورحمةااللهوبركاته Salam Perlis Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Sesungguhnya Segala Pujian Itu Milik Allah (S.W.T) Pemerintah Sarwa Jagat. Selawat Dan Salam Diucapkan Kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad (S.A.W.), Para Sahabat Dan Ahli Keluarga Baginda. Menghadap Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Brig. Jen. Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis, Dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah merangkap Pro-Canselor Universiti Malaysia Perlis. Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun. Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung setinggi - tinggi kasih yang tidak terhingga, atas limpah perkenan duli yang teramat mulia tuanku berdua bercemar duli berangkat hadir ke majlis santapan malam rejimental PALAPES dan SUKSIS Universiti Malaysia Perlis pada hari ini dalam suasana untuk meraikan pegawai muda yang telah ditauliahkan. Page 1

Page 2 Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun. Izini Patik Menyampaikan Ucapan Kepada Barisan Tetamu Yang Dimuliakan Dan Para Pegawai Muda Yang Diraikan. Ampun Tuanku Salutation Mejar Jeneral Dato Suhaimi bin Hj Mohd Zuki, Panglima Mk Latihan dan Yang Berbahagia Datin, Mejar Jeneral Dato Pahlawan Zulkifli bin Mansor, Assisten Panglima Pasukan Simpanan dan Yang Berbahagia Datin, Mejar Jeneral Datuk Mazelan bin Kasap, Ketua Staf dan Yang Berbahagia Datin, Brig Jen Dato Zulkapri Bin Rahamat, Pengarah Pengurusan Latihan dan Yang Berbahagia Datin, Brigedier Jeneral Zakaria Bin Yadi, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia dan Isteri Yang DiHormati SAC Dato Zull Aznam Bin Haron, Ketua Polis Perlis; Yang Berbahagia Brig. Jen. Hasagaya Bin Abdullah, Panglima 30 Briged Infantri; Yang Berbahagia Assistan Komisioner Polis (ACP/KS) Dato Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Komandan Kor SUKSIS UniMAP; Yang Berusaha Mejar Prof. Madya Dr. Zaliman Bin Sauli, Timbalan Komandan PALAPES UniMAP, Yang Berusaha Mejar Sukri Bin Bakar, Ketua Jurulatih PALAPES UniMAP, Pegawai-pegawai Utama Universiti, Dekan-Dekan, Ketua-Ketua Jabatan UniMAP, Pegawai-Pegawai Staf dan Pegawai Tetap, Pegawai-pegawai muda PALAPES DAN SUKSIS yang baru ditauliahkan, Para jurulatih, Rakan-rakan media serta hadirin dan hadirat sekalian. Kata-Kata Aluan

Page 3 1. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu tentera dan awam, kerana telah sudi melapangkan diri, meluangkan sedikit masa untuk hadir ke majlis ini bersama DYTM Tuanku Canselor dan DYTM Tuanku Pro Canselor UniMAP. Kehadiran Dato, Datin serta tuan, puan sekalian sudah pasti menguntum bahagia, menambah seri majlis kami di malam indah ini. 2. Makan malam rejimental kita lalui ketika ini sarat dengan ritual yang bertujuan memperkukuh adat resam dan budaya pasukan keselamatan yang disanjung tinggi. Biar hari silih berganti, biar masa berganti masa, namun bagi sesebuah universiti, hari ini jua yang kita nanti-nantikan. Inilah detiknya PALAPES dan SUKSIS mempamerkan rasa gahnya tersendiri kerana dapat membantu melahirkan insan kamil, yang Insya-Allah, akan berguna kepada agama, diri, ibu bapa, keluarga, bangsa, negara dan dunia seluruhnya. 3. Pada malam ini kita sama-sama bertuah kerana kita dapat melaksanakan majlis makan malam ini yang diserikan lagi dengan keberangkatan DYTM Tuanku berdua bercemar duli untuk meraikan pelajar-pelajar UniMAP yang telah ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Kor Rejimen Askar Wataniah di Universiti Pendidikan Sultan Idris [UPSI] pada 23 Ogos 2014 dan Inspektor dalam Polis DiRaja Malaysia di Universiti Teknologi Mara [UiTM] pada 24 Ogos 2014 yang lalu. 4. Selain itu, majlis ini merupakan satu penghargaan khas daripada universiti di atas sumbangan dan keringat yang telah diberikan selama tiga tahun berada di UniMAP sebagai pegawai kadet. Sesungguhnya pegawai muda PALAPES yang dilahirkan di UniMAP ini merupakan pegawai muda ketujuh dan mereka inilah yang akan mencorak dan mengukir nama UniMAP ke Rejimen Siri 500 Askar Wataniah apabila tamat pengajian di UniMAP nanti. 5. Dalam Istiadat Pentaulihan DiRaja Kadet PALAPES IPTA yang lalu, saya bersyukur kehadrat Allah (S.W.T) dan amat berbangga apabila tahun ini UniMAP mencatat sejarah tersendiri apabila melahirkan jumlah pegawai kadet yang paling ramai ditauliahkan sepanjang penubuhan 7 tahun yang lalu iaitu seramai

Page 4 115 orang pegawai muda terdiri daripada 49 orang pelajar ijazah sarjana muda dan 66 orang pelajar diploma mampu untuk menamatkan latihan dan seterusnya ditauliahkan dalam Rejimen Askar Wataniah. Manakala dalam Majlis Tamat Latihan SUKSIS pula, UniMAP melahirkan 49 orang pelajar ijazah sarjana muda yang menerima sijil sebagai Inspektor Sukarela dalam pasukan Police Volunteer Reserve atau PVR tahun ini. Data kebolehpasaran Pegawai Muda PALAPES/SUKSIS Hadirin yang saya hormati sekalian, 6. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai muda yang telah ditauliahkan kerana berjaya menyempurnakan perjalanan panjang yang penuh liku dan cabaran selama bergelar pegawai kadet meskipun perjuangan hidup sebenar baru bermula bagi mereka yang baru mengecapi alam pekerjaan. 7. Meskipun bergelar pegawai kadet, namun anak-anak didik saya ini telah membuktikan kemampuan untuk menjalani latihan seiring dengan pelajaran. Hasilnya daripada keseluruhan jumlah pegawai kadet Palapes yang ditauliahkan malam ini, berdasarkan data yang dikumpulkan, daripada 115 orang pegawai muda yang ditauliahkan pada Ogos lalu, sebanyak 9 orang iaitu (7.8%) telah diterima bekerja oleh pelbagai syarikat multinasional, syarikat setempat dan agensi kerajaan. 8. Sementara itu sebanyak 90 orang atau (78.3%) menyambungkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang masing-masing serta sebanyak 16 orang atau (13.9%) memilih untuk menceburi bidang perniagaan. Sukacita saya maklumkan bahawa data kebolehpasaran siswazah ini merupakan suatu pencapaian yang boleh dibanggakan berbanding tahun-tahun sebelum ini. 9. Begitu juga dengan anak-anak pegawai Kor Suksis, daripada keseluruhan 49 pegawai, 34 darinya masih berada di tahun akhir pengajian masing-masing

Page 5 manakala baki 15 pegawai telah bergraduasi pada konvokesyen UniMAP ke 9 yang lalu. Alhamdulillah, daripada 15 orang pegawai yang telah berijazah ini, 40% telah mendapat pekerjaan manakala bakinya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta menjalani latihan lanjutan industri. 10. Data yang dikemukakan sebentar tadi menjadi bukti bahawa Kolaborasi diantara Akademik dan Kokurikulum Beruniform (Ketenteraan/Kepolisan) telah diterima baik oleh industri di dalam negara dan pada masa sama melepasi piawai antarabangsa apabila terdapat sebahagian kecil yang diterima menyambungkan pengajian di universiti antarabangsa di serata dunia. 11. Harapan saya semoga anak-anak Pegawai Muda sekalian dapat memanfaatkan segala ilmu yang ditimba sepanjang 3 tahun untuk membangunkan kerjaya yang cemerlang; membantu ibu bapa yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga; dan memajukan negara sehingga berupaya berdaya saing di semua peringkat dan lapangan sepanjang masa. Saudara Saudari Pewaris Generasi Bangsa, 12. Melahirkan Wira dan Wirawati yang berketerampilan tinggi bukan sahaja bergantung kepada keupayaan akademik semata-mata, tetapi ia juga saling bekait rapat dengan pelbagai faktor lain. 13. Antaranya ialah pembentukan sahsiah diri yang baik, tahap disiplin dan nilai-nilai murni yang tinggi, mempunyai keterampilan diri yang unggul dan sikap kepimpinan yang terpuji. Inilah di antara ciri yang perlu dipupuk, disemai dan disemadikan dalam sanubari pegawai muda semua bagi melahirkan seorang pegawai tentera serta graduan yang bukan sahaja berkualiti, bahkan mampu menjadi aset yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, sesuai dengan Tema Sambutan Kemerdekaan Ke-57 iaitu Disini Lahirnya Sebuah Cinta. 14. Bagi pegawai dan jurulatih, saya menyeru agar saudara sentiasa memantau segala perkembangan persekitaran dengan lebih dekat dan mencari kaedah terbaik demi meningkatkan keberkesanan organisasi. Jangan takut mengambil

Page 6 risiko atau calculated risk dan sentiasa berfikiran di luar kotak kerana ia jelas akan memberikan hasil positif kepada organisasi. Saya juga menyeru para pegawai dan jurulatih untuk tidak gentar membuat perubahan atau membuat keputusan sekiranya ia memberikan manfaat yang baik. Saya menyeru kepada semua pemimpin dan lapisan dalam pasukan untuk mengamalkan pendekatan bekerja untuk organisasi dan bukan untuk individu kerana pendekatan ini akan mendewasakan kita serta dapat memacu ke landasan yang kukuh dan legasi yang membanggakan. 15. Hasrat dan keinginan saya adalah untuk melihat pelaksanaan Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy) yang perlu diterap dan digarapkan dalam semua urusan di universiti amnya atau badan- badan beruniform khasnya akhirnya dapat direalisasikan pada malam ini dengan perkongsian adat resam dalam penganjuran majlis makan malam rejimental PALAPES dan SUKSIS. Kita bagi satu tepukan yang gemuruh kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam merealisasikan hasrat murni ini. 16. Saya berharap dibawah kepimpinan Timbalan Komandan iaitu Mejar Prof. Dr. Zaliman Sauli, merangkap Pengarah Ko-Kurikulum mampu untuk melaksanakan lebih banyak konsep Strategi Laut Biru dalam Ko-Kurikulum sejajar dengan hasrat UniMAP kearah 500 Universiti Terbaik Dunia menjelang Tahun 2020. 17. Seperingatan ingin saya tujukan kepada semua Pegawai Muda yang berada dihadapan saya ini walau apa pun cabaran-cabaran yang mendatang ianya perlu terus dihadapi dengan hati yang utuh dan juga semangat juang yang kental, takkan pernah luntur walau dicabar dengan halilintar dan juga gelora ganas samudera. Berpeganglah pada kata-kata, without the darkness, a star will not born. Never fear of our shadow, because shadows only means a light shining somewhere nearby. Akhir kata, selamat maju jaya dan semoga anakanak pegawai muda di hadapan saya ini akan terus menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ampun Tuanku.

Page 7 Sekian sahaja ucapan patik. Patik ingin merafak sembah, menjujung kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berdua atas perkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES dan SUKSIS UniMAP yang sarat dengan sejarah ini. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.