MEMELIHARA KEMURNIAN AKIDAH DAN AMALAN MUSLIM: PERANAN DAN CABARAN INSTITUSI MUFTI DALAM ERA GLOBALISASI

Similar documents
RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

WAQF MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA: ITS IMPLEMENTATION FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

THE PROPOGATION OF DOCTRINE OF DEVIANT RELIGIOUS TEACHINGS IN THE CYBER NET

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

BUTIRAN PERIBADI

MOHD KAMEL MAT SALLEH MOHD AL ADIB SAMURI MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM FATWA AS AN AUTHORITY IN SECULAR COURTS OF MALAYSIA

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

THE RELIABILITY OF AL-MAFQUD LIFE DETERMINATION PERIOD BASED ON THE PHYSICAL AND HEALTH ASPECTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya.

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

Transcription:

MEMELIHARA KEMURNIAN AKIDAH DAN AMALAN MUSLIM: PERANAN DAN CABARAN INSTITUSI MUFTI DALAM ERA GLOBALISASI (Protecting the Purity of Muslims Belief and Deeds: The Role and Challenges of the Institution of Mufti in the Era of Globalisation) Mohd. Hisham Mohd. Kamal mkmhisham@iium.edu.my Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Abstrak Makalah ini membicarakan peranan institusi mufti mengeluarkan fatwa untuk memurnikan akidah dan amalan Muslim pada era globalisasi yang kian mencabar. Di Malaysia, hanya aliran Ahli Sunah Waljamaah yang diterima oleh undang-undang. Atas premis ini, ajaran yang bertentangan akan difatwakan sebagai sesat dan dilarang. Dicadangkan juga sifat yang sepatutnya dimiliki oleh mufti dan beberapa saranan bagi menjayakan lagi peranan institusi mufti di Malaysia. Kata kunci: mufti, akidah, amalan, Malaysia, globalisasi Abstract This article discusses the role of the institution of mufti in Malaysia in ensuring the sanctity of Muslims belief and the rightfulness of their deeds in this challenging era of globalisation. This role is closely related to the function of mufti in issuing fatwa. In Malaysia, only the Ahli Sunnah wa al-jama ah school is acceptable by the law. It is on this premise that contrary teachings will be determined by way of fatwa as deviant and thus prohibited. Proper attributes of the successors of prophets are identified, and Mufti 15 Jun 2017.indd 36

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 37 suggestions are given so that the institution will become more successful. Keywords: mufti, Islamic belief, deeds, Malaysia, globalization PENDAHULUAN Makalah ini membincangkan peranan institusi mufti yang mengeluarkan fatwa untuk memastikan kemurnian akidah dan amalan Muslim di Malaysia. Makalah akan melihat peranan mufti sebagai ulama yang mewarisi perjuangan para nabi, kelayakan dan sifat yang perlu ada pada diri seseorang mufti. Seterusnya makalah akan membincangkan cabaran globalisasi terhadap kemurnian akidah dan amalan Muslim. Makalah akan diakhiri dengan beberapa saranan bagi memantapkan lagi peranan institusi mufti bagi mendepani cabaran globalisasi. Terdapat banyak tulisan tentang fungsi mufti dan institusi fatwa dalam sistem undang-undang Islam di Malaysia, terutama tentang pengeluaran fatwa 1, termasuk untuk memerangi ajaran sesat 2. Walau bagaimanapun, fokus makalah ini lebih tertumpu pada peranan mufti untuk memastikan kemurnian akidah dan amalan umat Muslim di 1 Lihat Abdul Samat Musa et al. (Ed.) (2006). Prinsip dan pengurusan fatwa di negara-negara ASEAN. Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (INFAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM); Othman Ishak (1981). Fatwa dalam Perundangan Islam. Shah Alam: Fajar Bakti; Mahmud Saedon A. Othman (1996). Institusi pentadbiran undang-undang dan kehakiman Islam (pp. 137-171). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka; Mohd. Daud Bakar (1997). Instrumen fatwa dalam perkembangan perundangan Islam. Jurnal Syariah, 5(1), 1-14; Haji Mohd. Sanusi Mahmood (1984). The role of the mufti in the administration of the court system. Syariah Law Journal, 53-61; Mohd. Hisham Mohd. Kamal. Office of the mufti in Malaysia: Legal history and constitutional role [2009] 4 Shariah Law Reports, 65-89. 2 Ahmad Hidayat Buang (2011). Fatwa ajaran sesat dari sudut undangundang dan cabaran pembanterasannya di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 2, 27-47; Farawahida Mohd. Yusof (2011). Fatwa: Keberkesanannya memerangi ajaran sesat di Malaysia. Johor: UTM Press. Mufti 15 Jun 2017.indd 37

38 KANUN [JULAI 2017] Malaysia dalam mendepani cabaran era globalisasi. MUFTI DAN PERANANNYA Mufti ialah seorang ulama yang diberikan mandat untuk mengeluarkan fatwa 3 bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan agama Islam, terutama yang berkaitan dengan isu berbangkit yang berkaitan dengan keabsahan sesuatu pemikiran atau amalan dan isu yang tidak disentuh atau yang tiada nas dalam al-quran ataupun hadis. Dalam hal ini, mufti akan memberikan pendapatnya untuk menyelesaikan soalan berbangkit tersebut. Antara entiti yang boleh merujuk atau menanyakan soalan berbangkit kepada mufti termasuklah pemerintah, hakim dan juga individu 4. Untuk menyelesaikan masalah berbangkit, mufti harus mempunyai kelayakan sebagai mujtahid 5 dan dengan itu keputusan dapat dibuat berdasarkan sumber undang-undang Islam 6 melalui proses ijtihad 7. Oleh itu, mufti perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang teks undang-undang, serta al-quran dan hadis; mengetahui perkara yang diselesaikan melalui ijmak 8 dan masalah 3 Untuk takrifan fatwa, sila lihat Othman (1981). Fatwa dalam Perundangan Islam (pp. 9-11); Mahmud Saedon (1980). Institusi Pentadbiran Undangundang dan Kehakiman Islam (pp. 137-144). 4 Mohd. Daud Bakar (1997). Instrumen fatwa dalam perkembangan perundangan Islam (p. 2). 5 Mujtahid bermaksud orang yang berkelayakan mengeluarkan ijtihad. 6 Sumber utama undang-undang Islam ialah al-quran, hadis, ijmak (kesepakatan pendapat) dan qiyas (penetapan berasaskan analogi). Sumber sekunder termasuklah urf (adat), istihsan (ekuiti), istishab (andaian keberkekalan hukum), masalih al-mursalah (kepentingan dan kebajikan umum), amalan orang Madinah dan sadd al-dhara i (pencegahan). 7 Mahmud Saedon. Institusi (pp. 150-152); Abdul Monir Yaacob (2006). Kepelbagaian fatwa: Kekuatan atau kelemahan? (pp. 191-214) dlm. Abdul Samat Musa et al. (Ed.), Prinsip dan pengurusan fatwa di negara-negara ASEAN. Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (INFAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM). Ijtihad bermaksud proses mengeluarkan hukum syarak dengan merujuk sumber atau menerima pakai hukum syarak dalam sesuatu isu yang berkaitan. 8 Apabila sesuatu perkara itu diselesaikan melalui ijmak, mufti hendaklah Mufti 15 Jun 2017.indd 38

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 39 berbangkit 9 ; mengetahui cara untuk menggunakan qiyas; dan fasih berbahasa Arab. Oleh sebab fatwa merupakan satu bentuk ijtihad 10, asasnya umat Muslim tidak terikat dengan sesuatu fatwa 11 melainkan apabila diwartakan sebagai undang-undang rasmi 12. Sesuatu ijtihad daripada mufti yang tidak diwartakan sebagai undang-undang rasmi tidak mengikat umat Muslim dan akan diterima sebagai nasihat agama. Seorang mufti perlulah bersifat adil, boleh dipercayai dan warak 13. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ulama ialah waris nabi 14. Begitu juga mufti yang benar-benar berkelayakan juga merupakan pewaris nabi 15. Mereka bertanggungjawab untuk memantau amalan Muslim supaya amalan itu benar-benar mengikut ajaran al-quran dan Sunah Rasulullah SAW. Jika terdapat mengikut peraturan yang dipersetujui bersama. Lihat Uthman el-muhammady (2006). Kaedah-kaedah dan adab-adab mengeluarkan fatwa dlm. Abdul Samat Musa et al. (Ed.), Prinsip dan pengurusan fatwa di negara-negara ASEAN (p. 9-10). Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (INFAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM). 9 Apabila mazhab bercanggah antara satu dengan yang lain tentang sesuatu perkara, mufti boleh membuat ijtihad. 10 Farid Sufian Shuaib, Tajul Aris Ahmad Bustami dan Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2010). Administration of Islamic law in Malaysia: Text and material (Edisi Kedua)(p. 268). Kuala Lumpur: LexisNexis Malaysia Sdn. Bhd. 11 Mahmud Saedon. Institusi (p. 144, 157 dan 160); Mohammad Hashim Kamali (2006). An introduction to shari ah (p. 155 dan 168). Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers; Mohammad Hashim Kamali (2001). The Johor fatwa on mandatory HIV testing. 9 IIUMLJ, 111. 12 Mahmud Saedon. Institusi (p. 160); Ahmad Hidayat Buang (2006). Ke arah penyelarasan fatwa: Masalah, kemungkinan dan cara penyelesaian dlm. Abdul Samat Musa et al. (Ed.), Prinsip dan pengurusan fatwa di negaranegara ASEAN (p. 34). Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (INFAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM). 13 Mahmud Saedon. Institusi (p. 149-150); El-Muhammady Kaedah-kaedah dan Adab-adab Mengeluarkan Fatwa (2006) (p. 4-5). 14 Abu Dawud Sulayman ibn al-ash ath al-sajastani al-azadi (1998). Sunan Abi Dawud (p. 560). Beirut: Dar ibn Hazm. 15 El-Muhammady (2006). Kaedah-kaedah dan adab-adab mengeluarkan fatwa (p. 1). Mufti 15 Jun 2017.indd 39

40 KANUN [JULAI 2017] individu yang menyimpang daripada ajaran sebenar agama Islam, mufti bertanggungjawab untuk memimpin individu itu kembali ke jalan yang benar 16. Walaupun individu yang menyimpang itu ialah seorang yang berkuasa, mufti hendaklah berani menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah. Mufti tidak boleh mempunyai perasaan takut kepada manusia, kecuali bertakwa kepada Allah SWT semata-mata. Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, muncul beberapa individu yang mendakwa diri masing-masing sebagai nabi, contohnya Musailamah bin Habib. Nabi menggelarkan Musailamah sebagai si pembohong dalam surat balas Baginda terhadap dakwaan palsu 17. Selepas kewafatan Nabi, Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan memerangi nabi palsu dan mengambil tindakan ketenteraan terhadap golongan yang engkar membayar zakat 18. Khalifah Abu Bakar menunjukkan keberanian dan ketegasan beliau untuk memastikan kemurnian akidah dan amalan Muslim. Akidah dan amalan yang murni penting sebagai syarat untuk diterima amalan dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti. Akidah boleh rosak akibat ajaran sesat atau pemikiran yang diimport daripada budaya dan agama lain, atau ideologi yang mensyirikkan Allah SWT. Tambahan pula, amalan boleh ditolak jika disertai unsur syirik, khurafat atau bidaah. Walau bagaimanapun, sesuatu budaya yang sesuai dengan ajaran Islam, meskipun datang daripada masyarakat bukan Islam, boleh diamalkan oleh umat Islam. Contohnya, Nabi Muhammad SAW menerima beberapa budaya 16 Uthman El-Muhammady (2008). Konspirasi intelektual serang institusi mufti. Capaian daripada uthman-elmuhammady.blogspot.com pada 27 Mac 2008. 17 Akbar Shah Najeebabadi (2000). The History of Islam (Jilid 1) (p. 289). Safi-ur-Rahman Mubarakpuri (penyemak), Abdul Rahman Abdullah dan Muhammad Tahir Salafi (Ed.). Riyadh, Houston, New York, Lahore dan Dhaka: Darussalam. 18 Akbar Shah Najeebabadi (2000). The History of Islam (Jilid 1) (p. 280-297). Safi-ur-Rahman Mubarakpuri (penyemak), Abdul Rahman Abdullah dan Muhammad Tahir Salafi (Ed.). Riyadh, Houston, New York, Lahore dan Dhaka: Darussalam. Mufti 15 Jun 2017.indd 40

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 41 Arab dan budaya antarabangsa lain yang diamalkan sebelum kedatangan Islam yang bermanfaat dan sesuai dengan ajaran Islam seperti diyat, jual beli salam, dan menghormati diplomat dan triti 19. Aspek pemurnian akidah dan amalan Muslim berkait rapat dengan fungsi mufti untuk mengeluarkan fatwa. Oleh sebab itu, mufti mesti dilantik dalam kalangan ulama yang mahir dalam bidang usuluddin dan fikah. Sesuatu pemikiran baharu atau amalan yang bertentangan dengan Islam, yakni al-quran dan sunah hendaklah difatwakan sebagai haram. Sebaliknya sesuatu pemikiran atau amalan yang baharu tetapi sesuai dengan dalil daripada al-quran dan sunah hendaklah difatwakan sebagai diterima. Seorang mufti harus tegas dalam perkara ini. Atas dasar inilah, undang-undang rasmi yang berkaitan dengan agama dihasilkan menerusi fatwa oleh mufti yang berkelayakan. Umat Islam pula perlu menghormati mufti dan pendapat mereka agar akidah dan amalan mereka terpelihara daripada kesesatan dan kekeliruan. INSTITUSI MUFTI DI MALAYSIA Di Malaysia, hal ehwal perundangan Islam diperuntukkan di bawah bidang kuasa negeri 20, dengan raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing 21 dan Yang di-pertuan Agong sebagai 19 Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2013). Meaning and method of interpretation of sunnah in the field of siyar: A reappraisal. dlm. Marie-Luisa Frick dan Andreas Th. Muller (Ed.), Islam and international law: Engaging selfcentrism from a plurality of perspectives (p. 65-68). Leiden dan Boston: Martinus Nijhoff Publishers. 20 Perlembagaan Persekutuan, perkara 74(2) dan Jadual Kesembilan, Senarai II, Butiran 1. 21 Perlembagaan Persekutuan, perkara 3(2). Perlembagaan Negeri-negeri Melayu turut menyatakan bahawa raja merupakan ketua agama Islam dalam negeri itu. Lihat Undang-undang Tubuh Negeri Johor, bahagian pertama, perkara 57A; Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, perkara 33B; Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan (bahagian pertama), perkara 6; Undang-undang Tubuh Negeri Negeri Sembilan, 1959, perkara 6(2); Undang-undang Tubuh Negeri Pahang, bahagian I, perkara 24; Undang-undang Tubuh Negeri Perak, bahagian I, perkara 6; Undang-undang Mufti 15 Jun 2017.indd 41

42 KANUN [JULAI 2017] ketua agama Islam di negeri yang tidak mempunyai raja dan Wilayah Persekutuan 22. Oleh sebab itu, enakmen undang-undang Islam digubal di Dewan Undangan Negeri, termasuk untuk mewujudkan institusi mufti, mahkamah syariah dan majlis agama Islam di bawah kuasa raja 23. Mufti dilantik oleh raja 24 dan berdasarkan seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) 25, mufti boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh raja. Islam ialah agama bagi negeri yang membentuk Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri berkenaan 26. Terdapat banyak aliran yang dikaitkan dengan Islam, namun di Malaysia, Islam hanya dikaitkan dengan Ahli Sunah Waljamaah 27 Tubuh Negeri Perlis, perkara 6; Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, 1959, perkara 48; Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu (bahagian pertama), perkara 4. 22 Perlembagaan Persekutuan, perkara 3(3) dan (5). Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak memperuntukkan bahawa Yang di-pertuan Agong merupakan ketua agama Islam dalam negeri itu. Lihat Undang-undang Tubuh Negeri Melaka, perkara 5; Undang-undang Tubuh Negeri Pulau Pinang, perkara 5(2); Undangundang Tubuh Negeri Sabah, perkara 5B; Undang-undang Tubuh Negeri Sarawak, perkara 4A. 23 Abdul Aziz Bari (2005). Islam dalam perlembagaan Malaysia (p. 54). Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. 24 Lihat sebagai contoh, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen 44. 25 Akta 388. 26 Undang-undang Tubuh Negeri Johor, bahagian pertama, perkara 57; Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, perkara 33A; Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, bahagian pertama, perkara 5; Undang-undang Tubuh Negeri Melaka, perkara 4A; Undang-undang Tubuh Negeri Negeri Sembilan, perkara 5; Undang-undang Tubuh Negeri Pahang, bahagian I, perkara 23; Undang-undang Tubuh Negeri Perak, bahagian I, perkara 5; Undang-undang Tubuh Negeri Perlis, perkara 5(1); Undang-undang Tubuh Negeri Pulau Pinang, perkara 5(1); Undang-undang Tubuh Negeri Sabah, perkara 5A; Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, perkara 47; Undang-undang Tubuh Negeri Trengganu (bahagian pertama), perkara 3. 27 Ezad Azraai Jamsari et al. (2001). Penetapan mazhab Ahli Sunah Waljamaah sebagai definisi Islam di Malaysia: Hak penyebaran agama bagi kumpulan agama minoriti. 15 JUUM, 32-35. Mufti 15 Jun 2017.indd 42

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 43 yang dapat dilihat dalam dokumen perundangan negeri. Perlembagaan negeri Kedah dan Perlis secara khususnya memperuntukkan bahawa agama bagi negeri berkenaan ialah agama Islam Ahli Sunah Waljamaah 28. Perlembagaan negeri Kedah, Kelantan dan Perlis turut memperuntukkan bahawa raja negeri berkenaan hendaklah menganut agama Islam Ahli Sunah Waljamaah 29, yang memberikan penekanan bahawa agama Islam Ahli Sunah Waljamaah ialah agama bagi negeri berkenaan. Perlembagaan negeri Kelantan turut mentakrifkan Ahli Sunah Waljamaah sebagai mazhab yang didirikan oleh Abu al-hassan al-asha ri dan Abu Mansoor al-maturidi, serta penyokong dan pengikut mereka 30. Perlembagaan negeri Perak pula memperuntukkan bahawa Sultan hendaklah menganut agama Islam mazhab Shafii 31 yang merupakan salah satu mazhab fiqah dalam aliran Ahli Sunah Waljamaah dan begitu jugalah hendaknya Orangorang Besar Negeri 32. Keadaan ini bererti agama Islam mazhab Shafii ialah agama bagi negeri Perak. Enakmen undang-undang Islam negeri memperuntukkan bahawa mufti hendaklah mengeluarkan fatwa mengikut pendapat mazhab Syafii. Walau bagaimanapun, jika tidak bersesuaian dengan kepentingan umum, mufti boleh mengambil kira pendapat mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali 33 yang juga merupakan mazhab fiqah dalam aliran Ahli 28 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, perkara 33A; Undang-undang Tubuh Negeri Perlis, perkara 5(1). 29 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, perkara 17; Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, bahagian kedua, perkara 15; Undang-undang Tubuh Negeri Perlis, perkara 19. 30 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, bahagian kedua, perkara 4. 31 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, bahagian II, perkara 5. 32 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, bahagian II, perkara 38(1) proviso (v) dan perkara 47(2)(b). 33 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, seksyen 54; Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008, seksyen 26; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, seksyen 42; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, seksyen 54; Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 (Pahang), seksyen 41; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, seksyen 54; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, seksyen 43; Enakmen Pentadbiran Mufti 15 Jun 2017.indd 43

44 KANUN [JULAI 2017] Sunah Waljamaah. Seksyen 37(2) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 juga turut memperuntukkan bahawa mufti hendaklah mengikut pendapat Ahli Sunah Waljamaah dalam perkara yang berkaitan dengan akidah. Namun, terdapat banyak enakmen undang-undang Islam negerinegeri yang mentafsirkan hukum syarak yang perlu dirujuk sebagai hukum syarak mengikut mazhab Syafii, Maliki, Hanafi atau Hambali 34. Enakmen Tarekat Tasawuf 2005 (Negeri Sembilan), misalnya memperuntukkan seksyen 18(3) amalan tarekat tasawuf hendaklah dipastikan tidak bercanggah dengan hukum syarak yang ditafsirkan sebagai mengikut mazhab Syafii atau mengikut mana-mana satu mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali. Pemurnian akidah dan amalan Muslim di Malaysia bererti mufti hendaklah memastikan pegangan dan amalan Muslim di Malaysia selari Undang-undang Islam 1992 (Sabah), seksyen 40; Enakmen Fatwa 2004 (Sabah), seksyen 14; Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001, seksyen 39; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen 54; Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001, seksyen 54; Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, seksyen 39. 34 Lihat, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003; Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003; Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008; Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2002 (Kelantan); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (Kelantan); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002; Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003; Enakmen Tarekat Tasawuf 2005 (Negeri Sembilan); Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005; Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004; Enakmen Undangundang Keluarga Islam 2005 (Pahang); Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2005 (Pahang); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004; Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Perak) 2004; Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2006 (Perlis); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004 (Sabah); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003; Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999; Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Mufti 15 Jun 2017.indd 44

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 45 dengan pegangan Ahli Sunah Waljamaah, serta mazhab Syafii, Hanafi, Maliki, dan Hambali. Sesuatu ajaran yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Waljamaah hendaklah difatwakan sebagai sesat, pembawa dan pengamalnya hendaklah didakwa atas kesalahan melanggar fatwa, dan buku yang mengandungi ajaran sesat hendaklah diharamkan. Di Malaysia, kebanyakan mufti dilantik dalam kalangan ulama yang mahir dalam bidang usuluddin dan syariah. Perlantikan mufti dari bidang syariah penting bagi pengeluaran fatwa tentang sesuatu perkara baharu yang berbangkit dari sudut halal atau haram. Contohnya adalah seperti pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pada tahun 1992 dan 1993, negeri Kedah mengeluarkan fatwa bahawa jual beli saham ASN dan ASB adalah sah 35. Kemudian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKOM) pula mengeluarkan buku kecil bertajuk FAQ Hukum Pelaburan ASN & ASB yang menyatakan bahawa hukum melabur dalam ASN dan ASB adalah harus 36. Pelantikan mufti dalam bidang usuluddin penting bagi pengeluaran fatwa tentang kebenaran sesuatu ajaran atau aliran. Untuk tujuan ini, ada juga mufti yang dilantik dalam kalangan ulama sufi bagi menentukan kemurnian sesuatu ajaran tarekat sufi. Menurut Ahmad Hidayat (2004, p. 163-180), fatwa dalam bentuk warta usuluddin ialah fatwa yang paling banyak dikeluarkan berbanding dengan fatwa syariah dan kemasyarakatan 37. Fatwa usuluddin merangkumi fatwa ajaran sesat atau doktrin palsu, contohnya fatwa yang melarang ajaran al-arqam, Qadiani, Bahai dan Syiah. Sebahagian daripada ajaran sesat dan doktrin palsu ini berasal dari Malaysia seperti ajaran al-arqam, manakala sebahagian yang lain datang dari luar negara seperti ajaran Qadiani yang berasal dari 35 Ahmad Hidayat Buang (2004). Analisis fatwa-fatwa syariah di Malaysia. dlm. Ahmad Hidayat Buang (Ed.), Fatwa di Malaysia (p. 179). Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 36 Capaian daripada www.asnb.com.my>pdf>media>harus pada 6 Mac 2017. 37 Ahmad Hidayat (2006). Fatwa ajaran sesat dari sudut undang-undang dan cabaran pembanterasannya di Malaysia (p. 33-34). Mufti 15 Jun 2017.indd 45

46 KANUN [JULAI 2017] India dan ajaran Bahai yang datang dari Persia. Pada era globalisasi ini, pengeksportan ajaran dari luar lebih senang berlaku dan lebih sukar dikawal kerana tersebar luas menerusi internet. Antara tindakan yang pernah diambil bagi menjaga kemurnian akidah dan amalan Muslim, termasuk pengeluaran fatwa oleh Mufti Negeri Sembilan pada tahun 1994 terhadap buku Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan al-arqam yang didapati mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah, serta boleh menyesatkan masyarakat Islam. Fatwa tersebut seterusnya mengharamkan buku dan kumpulan berkenaan 38. Pada tahun 2013 pula, Mufti Negeri Sembilan mengeluarkan fatwa mengharamkan ajaran Taslim, Qadiani dan Syiah kerana bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Waljamaah 39. CABARAN GLOBALISASI Secara ringkasnya, globalisasi membawa maksud dunia ini semakin menjadi seperti sebuah masyarakat dari hari ke hari. Dalam konteks sistem kepercayaan, nilai dan amalan, globalisasi merupakan suatu situasi kepercayaan, nilai atau amalan yang berasal dari sesebuah masyarakat diterima oleh satu demi satu masyarakat lain sehingga akhirnya hanya tinggal kepercayaan, nilai atau amalan itu sahaja di seluruh dunia dan menjadi yang paling dominan. Globalisasi memberikan cabaran kepada dunia Islam kerana menyebabkan sesuatu kepercayaan, nilai atau amalan yang berasal dari sesebuah masyarakat bukan Muslim diserap ke dalam masyarakat Muslim. Contohnya, sambutan Hari Valentine dan himpunan nyalaan lilin yang berasal dari Barat ditiru oleh sebahagian Muslim di Malaysia. Malah sesuatu kepercayaan, nilai atau amalan yang berasal dari sesebuah 38 Capaian daripada www.muftins.gov.my/idex.php/arkib2/himpunan-fatwa/ 169-fatwa-mufti-negeri-sembilan/526-aurad-muhammadiah pada 2 Mac 2017. 39 Capaian daripada www.muftins.gov.my/idex.php/arkib2/himpunan-fatwa/ 169-fatwa-mufti-negeri-sembilan/867-penyelewangan-ajaran-taslimqadiani-syiah pada 2 Mac 2017. Mufti 15 Jun 2017.indd 46

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 47 masyarakat Muslim juga dieksport ke masyarakat Muslim lain, yang asalnya berpegang pada mazhab atau aliran agama yang berbeza. Contohnya, menurut Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Ustaz Bungsu Aziz Jaafar, dari tahun 2010 hingga 2012 sebanyak 17 permohonan dikemukakan untuk berkahwin secara mutaah 40, iaitu satu amalan yang berasal daripada penganut Syiah di negara Iran. Penyebaran amalan tersebut berlaku secara berleluasa melalui pelbagai perantara seperti internet dan media elektronik. Dalam era globalisasi, bangsa yang kuat dari segi politik akan mempromosikan dan memaksa budaya mereka diterima oleh masyarakat yang lebih lemah. Keadaan ini membentuk hegemoni kuasa besar yang menentukan nilai budaya dan tamadun di seluruh dunia. Contohnya, dunia Barat yang menguasai media antarabangsa mempromosikan budaya mereka melalui penyiaran berita, program televisyen, filem, dan sebagainya. Melalui media juga, dunia Barat memberikan gambaran yang negatif kepada nilai lain agar meninggalkannya. CABARAN GLOBALISASI DI MALAYSIA Melalui teknologi maklumat, kepercayaan, nilai dan amalan yang tidak murni, sama ada yang datang daripada masyarakat bukan Muslim atau Muslim sampai kepada masyarakat Muslim di Malaysia. Kepercayaan, nilai dan amalan yang tidak murni atau yang bertentangan dengan kepercayaan, nilai dan amalan tempatan boleh mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat tempatan. Bagi mengelakkan situasi tidak harmoni dalam kalangan anggota masyarakat, para ulama, terutama mufti berperanan memastikan kepercayaan dan amalan masyarakat Muslim tempatan kekal murni. Dalam keadaan ini, mufti boleh mengeluarkan fatwa atau nasihat agama tentang kepercayaan, nilai dan amalan yang tidak murni. Bahaya yang lebih besar dalam era globalisasi ini ialah 40 Capaian daripada http://says.com/my/news/senator-datuk-noriah-mahatminta-kementerian-dalam-negeri-haram-karya-buku-syiah pada 6 Mac 2017. Mufti 15 Jun 2017.indd 47

48 KANUN [JULAI 2017] penyebaran nilai hak asasi manusia menurut pandangan Barat. Falsafah hak asasi manusia menurut pandangan Barat bersifat sekular kerana tidak berasaskan mana-mana agama. Ahli teori universalisme mendakwa bahawa hak asasi manusia hendaklah sama di semua tempat dan keadaan. Pihak Barat melihat kepercayaan mereka tentang hak asasi manusia bersifat sejagat. Oleh sebab itu, mereka berusaha memaksa umat Islam menerima kepercayaan mereka, seperti kebebasan beragama yang bererti bebas untuk keluar Islam, kebebasan bersuara yang bererti bukan hanya ulama sahaja yang berhak untuk berbicara tentang agama, dan kesamarataan gender yang bererti wanita bebas berpakaian. Walau bagaimanapun, terdapat umat Islam yang menerima pandangan hak asasi manusia dari Barat ini dan memberikan tafsiran ayat al-quran sewenang-wenangnya dengan tujuan membentuk kepercayaan agama mengikut hak asasi manusia beracuankan Barat. Contohnya, Shad Saleem Faruqi mendakwa bahawa perbuatan menjadi murtad bukanlah suatu jenayah yang boleh dihukum di dunia. Beliau bukan seorang ulama, namun cuba mewajarkan pendapatnya dengan merujuk ayat 256, Surah al- Baqarah yang bermaksud, Tidak ada paksaan dalam agama dan ayat 6, Surah al-kafirun yang bermaksud Untukmu agamamu dan untukku agamaku sebagai sandaran 41. Untuk memahami maksud sebenar ayat al-quran, umat Islam perlu memahami sebab ayat tersebut diturunkan. Ayat 256, Surah al-baqarah diturunkan apabila sahabat Nabi dari kaum Ansar memaksa anak mereka yang beragama Yahudi untuk memeluk Islam 42. Ayat ini melarang 41 Shad Saleem Faruqi (2 Mei 2007). Separating fact from fiction. The Star (p. N41). 42 Abu Abdullah Muhammad ibn Ahmad al-ansari al-qurtubi (t. th). al-jami li-ahkam al-qur an. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah (Jilid 3) (p. 182); Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al-shawkani (1418H/1998). Fath al- Qadir al-jami bayn Fannay al-riwayah wa-al-dirayah min Ilm al-tafsir (Jilid 1) (p. 304). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi; Abu al-fida Isma il ibn Kathir (1420H/2000). Tafsir al-qur an al- Azim (Jilid 1) (p. 321). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Mufti 15 Jun 2017.indd 48

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 49 perbuatan memaksa orang bukan Islam memeluk Islam dan bukannya membenarkan umat Islam menjadi murtad, meskipun terdapat beberapa hadis sahih yang menghukum perbuatan menjadi murtad seperti hadis yang bermaksud, Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia 43. Begitu juga dengan ayat 39, Surah al-taghabun, yang bermaksud, Katakanlah: Apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang-orang jahil? yang memerintahkan Nabi mengisytiharkan kebencian Baginda terhadap perbuatan syirik yang dicadangkan oleh orang kafir Quraisy 44. Keadaan ini menunjukkan bahawa ayat yang engharamkan syirik ditafsirkan sebagai membenarkan perbuatan menjadi 43 Abu Abdullah Muhammad ibn Isma il al-bukhari (1419H/1999). Sahih al-bukhari (p. 1193). Riyadh: Dar al-salam li-al-nashr wa-al-tawzi ; Abu Dawud Sulayman ibn al-ash at al-sajastani al-azadi (1419H/1998). Sunan Abi Dawud (p. 657). Beirut: Dar Ibn Hazm; Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al-shawkani (t. th). Nayl al-awtar (Jilid 7) (p. 216). Beirut: Mu assasat al-tarikh al- Arabi; Yusuf al-qaradhawi (2001). Jarimah al- Riddah wa Uqubat al-murtad fi Daw al-qur an wa-al-sunnah (p. 32), Beirut: Mu assasat al-risalah; Muhammad Abu Zahrah (t.th.). al- Uqubah (p. 172). Kaherah: Dar al-fikr al- Arabi; Said Ibrahim (1998). Jinayah Murtad dari Sudut Hukum Syara dan Perundangan Islam (p. 7). Kuala Lumpur: Darul Ma rifah. 44 Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al-shawkani (1418H/1998). Fath al- Qadir al-jami bayn Fannay al-riwayah wa-al-dirayah min Ilm al-tafsir (Jilid 4) (p. 511). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi; Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al-shawkani (1418H/1998). Fath al-qadir al-jami bayn Fannay al-riwayah wa-al-dirayah min Ilm al-tafsir (Jilid 5) (p. 557 dan 559). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi; Wahbah al-zuhayli (2003). Tafsir al-munir fi al- Aqidah wa-al-shari ah wa-al-manhaj (Jilid 12) (p. 361 dan 363). Damsyik: Dar al-fikr; Wahbah al-zuhayli (2003). Tafsir al-munir fi al- Aqidah wa-al-shari ah wa-al-manhaj. Damsyik: Dar al-fikr (Jilid 15), (p. 837-840); ABM. Mahbubul Islam (2002). Freedom of religion in shari ah: A comparative analysis (pp. 127-129). Kuala Lumpur: A. S. Noordeen; Abu al-fida Isma il ibn Kathir (1420H/2000). Tafsir al-qur an al- Azim (Jilid 4) (p. 61). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi; Abu al-fida Isma il ibn Kathir (1420H/2000). Tafsir al-qur an al- Azim (Jilid 5) (p. 556). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Mufti 15 Jun 2017.indd 49

50 KANUN [JULAI 2017] murtad sedangkan perbuatan tersebut bermaksud melakukan syirik 45. Mufti perlu memurnikan kefahaman umat Islam tentang hak asasi manusia bahawa Islam meletakkan manusia pada martabat yang mulia seperti yang digambarkan dalam Surah al-isra, ayat 70 yang bermaksud: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, dan telah Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan telah Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan telah Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya daripada kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. Islam juga bukan sahaja menetapkan tanggungjawab, bahkan hak asasi untuk manusia. Contohnya, ketika Nabi menyampaikan khutbah Haji Perpisahan, Baginda memberikan tumpuan terhadap hak asasi manusia. Sabdanya bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu dan mereka juga mempunyai hak ke atasmu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan seseorang yang tidak kamu sukai duduk di atas katilmu dan mereka tidak boleh melakukan perbuatan keji yang nyata. Tetapi jika mereka melakukan kesilapan ini, Allah mengizinkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Jika mereka berhenti daripada kesilapan itu, maka hak mereka ialah kamu berikan mereka rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah wasiatku untuk berbuat baik dengan wanita, kerana mereka adalah pembantumu. Mereka tidak 45 Untuk perbincangan lanjut, lihat Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2012). Freedom of religion, apostasy and blasphemy in Islam dlm. Abdul Ghafur Hamid@Khin Maung Sein (Ed.), Human rights law: International, Malaysian and Islamic perspectives (pp. 433-445). Selangor, Malaysia: Sweet and Maxwell Asia; Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2009). Kebebasan beragama dan isu riddah dari perspektif syariah dlm. Mohd. Hisham Mohd. Kamal dan Shamrahayu A. Aziz (Ed.), Isu-isu kebebasan beragama dan penguatkuasaan undang-undang moral. Selangor: Jabatan Undang-undang Islam dan Pusat Undang-undang Harun M. Hashim. Mufti 15 Jun 2017.indd 50

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 51 mempunyai apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah, dan kemaluan mereka halal bagimu dengan kalimah Allah. 46 Mufti juga perlu menjelaskan bahawa manusia tidak berhak melakukan maksiat kerana bertentangan dengan tujuan penciptaan manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah al-dhariyat, ayat 56 yang bermaksud, Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepada-ku. Konsep hak asasi manusia dari Barat ini menjadi cabaran yang besar kepada dunia Islam kerana bersifat inklusif, iaitu menerima segala pandangan dan kelompok dari semua segi, termasuk dalam hal beragama dan bersuara. Oleh itu, konsep asasi manusia dari Barat lebih disenangi oleh banyak golongan yang tidak suka akan batasan agama. Namun, para ulama perlu menjelaskan kepada masyarakat akibat buruk yang akan menimpa seperti penyakit, kemusnahan harta dan wang, kehilangan sifat kemanusiaan, dan yang paling besar, kemurkaan Allah SWT, sekiranya konsep hak asasi manusia dari Barat diamalkan. Contohnya, hubungan songsang sesama jenis meruntuhkan institusi kekeluargaan, menyebabkan pelbagai penyakit, menjadikan manusia dikuasai oleh hawa nafsu sehingga bertindak lebih hina daripada binatang, dan akhirnya dihancurkan oleh Allah SWT seperti yang berlaku pada kaum Nabi Lut a.s. SARANAN Untuk mengeluarkan fatwa, oleh mufti mesti mempunyai ilmu agama yang mendalam dan menguasai ilmu lain yang berkaitan dengan sesuatu isu kerana proses mendalami ilmu dan menajamkan fikiran merupakan suatu proses yang berterusan. Kitab karya ulama 46 Abu Ja far Muhammad ibn Jarir al-tabari (1998). Tarikh al-tabari al-ma ruf bi-tarikh al-umam wa-al-muluk (Jilid 3) (p. 25). Abda Ali Mahana (Ed.). Beirut: Mu assasat al-a lami li-al-matbu at; Shaikh Shaukat Hussain (2001). Human Rights in Islam (Edisi Ketiga) (p. 106). New Delhi: Kitab Bhavan. Mufti 15 Jun 2017.indd 51

52 KANUN [JULAI 2017] muktabar dari Ahli Sunah Waljamaah hendaklah dimiliki oleh jabatan mufti negeri sebagai rujukan. Seminar dan perbincangan ilmiah dalam kalangan ahli agama hendaklah kerap diadakan untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Mufti juga hendaklah banyak menulis untuk memperhalusi ilmu. Kerajaan negeri juga hendaklah mempertimbangkan pembelian kitab buku dan jurnal, penganjuran seminar dan perbincangan ilmiah, penerbitan buku dan menaikkan jumlah peruntukan perbelanjaan Jabatan Mufti. Selain itu, mufti juga dibenarkan oleh enakmen negeri untuk mengambil inisiatif seperti mengeluarkan fatwa 47. Kebenaran tersebut hendaklah dimanfaatkan untuk menangani sesuatu isu yang timbul dengan kadar segera dan tidak membiarkan isu tersebut tanpa penyelesaian sehingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Ketajaman berijtihad dapat dipertingkat dengan bersikap proaktif mengeluarkan fatwa dan nasihat. Mufti juga biasanya kelihatan bersendirian untuk mendepani sesuatu isu. Lebih mendukacitakan apabila kadang-kadang pendapat mufti disanggah oleh ahli agama lain. Kadang-kadang sesuatu nasihat atau pendapat daripada mufti dilihat oleh sesuatu golongan dalam masyarakat sebagai menyebelahi kerajaan hingga menimbulkan tuduhan dan fitnah terhadap mufti. Contohnya, baru-baru ini Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas mufti yang menyangkal dakwaannya bahawa jemaah haji tajaan IMDB tidak mendapat haji mabrur sebagai pengampu kerajaan 48. Sebelum itu, rentetan krisis politik negeri Perak pada tahun 2009 Ustaz Ahmad Awang yang berselisih dengan Mufti Tan Sri Harussani Zakaria 49. Sesungguhnya fitnah merupakan suatu perkara yang lumrah dalam perjuangan nabi dan pewaris nabi yang boleh menjauhkan sesetengah anggota masyarakat daripada agama. 47 Sebagai contoh, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, seksyen 34. 48 (t.n.) Mufti pengampu kerajaan, tak bebas bersuara, bidas Dr. M. Capaian daripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/07/ mufti-pengampu-kerajaan-tak-bebas-bersuara-bidas-dr-m/ pada 7 Mac 2017. 49 Capaian daripada http://usahmadawang.blogspot.my/2009/08/krisis-politik -aerak-ahmad-awang.html pada 7 Mac 2017. Mufti 15 Jun 2017.indd 52

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 53 Pihak istana disarankan agar melakukan suatu pembaharuan dalam aspek pelantikan mufti. Raja boleh mengarahkan agar pihak kerajaan negeri mengadakan satu mesyuarat pemilihan mufti dan menjemput semua ulama di negeri tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa nama yang dipersetujui oleh pihak istana dikemukakan kepada para ulama yang hadir untuk berbincang sesama mereka dan memilih salah seorang daripada mereka sebagai mufti. Setelah mendapat kata putus daripada para ulama, nama berkenaan diserahkan kepada istana untuk proses pelantikan sebagai mufti. Kaedah yang disarankan ini sebenarnya pernah dilakukan di Negeri Sembilan semasa pelantikan Syeikh Haji Ahmad Syeikh Haji Mohd. Said sebagai mufti negeri yang pertama pada tahun 1950 50. Dengan cara ini, raja masih mengekalkan kuasa mereka dalam pelantikan mufti. Cara ini dapat mengurangkan campur tangan daripada pihak eksekutif, dan mufti akan bebas daripada mengikut telunjuk Menteri Besar dan terlindung daripada fitnah yang disebutkan. Dengan cara ini juga, mufti yang dilantik akan mendapat sokongan daripada ulama bagi mendepani isu yang mendatang dan mufti tidak lagi bersendirian menangani perkara baharu yang timbul pada era globalisasi ini. Perkara yang paling penting, mufti tidak lagi disanggah oleh ahli agama kerana semua ulama terlibat dalam proses pemilihan mufti tersebut. 50 Mahmud Saedon Awang Othman (1980). Tuan Haji Ahmad bin Mohd. Said: Pemimpin al-tarikat al-ahmadiyyah al-rashidiyyah al-dandarawiyyah (p. 25). dlm. Majlis Memperingati Tokoh Ulamak Silam yang ke-v anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 15 Mac 1980; Norida Omar (1984/85) (p. 38). Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 1950-1982 (Disertasi B.A.). Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor; Haji Hasan Saleh dan Muhammad Nur Manuti (1980). Tuan Mufti as-sheikh al-haj Ahmad bin al-sheikh Muhammad Said al-dandarawi (1910-1964) (1980, 15 Mac) (p. 7). dlm. Majlis Memperingati Tokoh Ulama Silam yang ke-v anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Mufti 15 Jun 2017.indd 53

54 KANUN [JULAI 2017] KESIMPULAN Golongan ulama, terutamanya mufti, mempunyai tanggungjawab yang besar bagi menegakkan syiar Islam dan memperkukuh institusi mufti di Malaysia. Mereka hendaklah terus mendalami ilmu, mempamerkan kematangan dengan berbincang secara berlapang dada, ikhlas memperelok budi dan pekerti, serta bersikap aktif dan proaktif dalam berijtihad. Mufti juga perlu berani dan tegas untuk menentang pemikiran dan amalan yang tidak murni dan menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar, iaitu dalam konteks Malaysia, aliran Ahli Sunah Waljamaah. Pemilihan mufti dalam kelangan ulama negeri berkenaan diharap dapat memperkasakan lagi institusi mufti untuk menghadapi cabaran era globalisasi yang kian mencabar. RUJUKAN Abdul Aziz Bari (2005). Islam dalam perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. Abdul Monir Yaacob (2006). Kepelbagaian fatwa: Kekuatan atau kelemahan?. dlm. Abdul Samat Musa et al. (Ed.), Prinsip dan pengurusan fatwa di negara-negara ASEAN (pp. 191-214). Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (INFAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM), Abdul Samat Musa et al. (Ed.) (2006). Prinsip dan Pengurusan fatwa di negara-negara ASEAN. Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (INFAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM). Abu Dawud Sulayman ibn al-ash ath al-sajastani al-azadi (1419H/1998). Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar ibn Hazm. Ahmad Hidayat Buang (2011). Fatwa ajaran sesat dari sudut undang-undang dan cabaran pembanterasannya di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 2, 27-47. Ahmad Hidayat Buang (2006). Ke arah penyelarasan fatwa: Masalah, kemungkinan dan cara penyelesaian. dlm. Abdul Samat Musa et al. (Ed.), Prinsip dan pengurusan fatwa di negara-negara ASEAN (pp. 25-53). Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (IN- FAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM). Ahmad Hidayat Buang (2004). Analisis fatwa-fatwa syariah di Malaysia. Mufti 15 Jun 2017.indd 54

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 55 dlm. Ahmad Hidayat Buang (Ed.), Fatwa di Malaysia (pp. 163-180). Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Akbar Shah Najeebabadi (2000). The history of Islam (Jilid 1). Safi-ur- Rahman Mubarakpuri (penyemak), Abdul Rahman Abdullah dan Muhammad Tahir Salafi (Ed.). Riyadh, Houston, New York, Lahore dan Dhaka: Darussalam. al-bukhari, Abu Abdullah Muhammad ibn Isma il (1419H/1999). Sahih al-bukhari. Riyadh: Dar al-salam li-al-nashr wa-al-tawzi. al-shawkani, Muhammad ibn Ali ibn Muhammad (1418H/1998). Fath al-qadir al-jami bayn Fannay al-riwayah wa-al-dirayah min Ilm al-tafsir (Jilid 1, 4, 5). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. al-shawkani, Muhammad ibn Ali ibn Muhammad (t. th.). Nayl al-awtar (Jilid 7). Beirut: Mu assasat al-tarikh al- Arabi. al-tabari, Abu Ja far Muhammad ibn Jarir (1998). Tarikh al-tabari al- Ma ruf bi-tarikh al-umam wa-al-muluk (Jilid 3). Abda Ali Mahana (Ed.). Beirut: Mu assasat al-a lami li-al-matbu at. al-qardawi, Yusuf (2001). Jarimah al-riddah wa Uqubat al-murtad fi Daw al-qur an wa-al-sunnah. Beirut: Mu assasat al-risalah. al-qurtubi, Abu Abdullah Muhammad ibn Ahmad al-ansari (t. th.). Al- Jami li-ahkam al-qur an (Jilid 3). Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. al-zuhayli, Wahbah (2003). Tafsir al-munir fi al- Aqidah wa-al-shari ah wa-al-manhaj (Jilid 12, 15). Damsyik: Dar al-fikr. Ezad Azraai Jamsari, Mohd. al-adib Samuri, Salmy Edawaty Yaacob, Noor Aziah Mohd. Awal, Izhar Ariff Mohd. Kashim dan Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari (2001). Penetapan mazhab Ahli Sunah Waljamaah sebagai definisi Islam di Malaysia: Hak penyebaran agama bagi kumpulan agama minoriti. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 15, 31-42. Farawahida Mohd. Yusof (2011). Fatwa: Keberkesanannya memerangi ajaran sesat di Malaysia. Johor: UTM Press. Farid Sufian Shuaib, Tajul Aris Ahmad Bustami dan Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2010) (Edisi Kedua). Administration of Islamic Law in Malaysia: Text and material. Kuala Lumpur: LexisNexis Malaysia Sdn. Bhd. Faruqi, Shad Saleem (2007, 2 Mei). Separating fact from fiction. The Star. (p. N41). Haji Hasan Saleh dan Muhammad Nur Manuti (1980, 15 Mac). Tuan Mufti As-Sheikh Al-Haj Ahmad bin Al-Sheikh Muhammad Said Mufti 15 Jun 2017.indd 55

56 KANUN [JULAI 2017] Al-Dandarawi (1910-1964) (pp. 3-14). Kertas kerja dalam Majlis Memperingati Tokoh Ulama Silam yang ke-v anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Haji Mohd. Sanusi Mahmood (1984). The role of the mufti in the administration of the court system. Syariah Law Journal, 53-61. Hussain, Shaikh Shaukat (2001). Human rights in Islam (Edisi Ketiga). New Delhi: Kitab Bhavan. Ibn Kathir, Abu al-fida Isma il (1420H/2000). Tafsir al-qur an al- Azim (Jilid 1, 4, 5). Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Mahbubul Islam, ABM (2002). Freedom of religion in shari ah: A comparative analysis. Kuala Lumpur: A. S. Noordeen. Mahmud Saedon A. Othman (1996). Institusi pentadbiran undang-undang dan kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmud Saedon Awang Othman (1980, 15 Mac). Tuan Haji Ahmad bin Mohd. Said: Pemimpin al-tarikat al-ahmadiyyah al-rashidiyyah al-dandarawiyyah (pp. 17-43). Majlis Memperingati Tokoh Ulama Silam yang ke-v. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Mohammad Hashim Kamali (2006). An introduction to shari ah. Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers. Mohammad Hashim Kamali (2001). The Johor fatwa on mandatory HIV testing. IIUM Law Journal, 9, 99-116. Mohd. Daud Bakar (1997). Instrumen fatwa dalam perkembangan perundangan Islam. Jurnal Syariah, 5(1), 1-14. Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2013). Meaning and method of interpretation of sunah in the field of siyar: A reappraisal. dlm. Marie-Luisa Frick dan Andreas Th. Muller (Ed.), Islam and international law: Engaging self-centrism from a plurality of perspectives (pp. 64-80). Leiden dan Boston: Martinus Nijhoff Publishers. Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2012). Freedom of religion, apostasy and blasphemy in Islam. dlm. Abdul Ghafur Hamid@Khin Maung Sein (Ed.), Human rights law: International, Malaysian and Islamic perspectives (pp. 433-445). Selangor, Malaysia: Sweet and Maxwell Asia. Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2009). Kebebasan beragama dan isu riddah dari perspektif syariah. dlm. Mohd. Hisham Mohd. Kamal dan Shamrahayu A. Aziz (Ed.), Isu-isu kebebasan beragama dan penguatkuasaan undang-undang moral (pp. 53-82). Selangor: Jabatan Undang-undang Islam dan Pusat Undang-undang Harun M. Hashim. Mufti 15 Jun 2017.indd 56

Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti dalam Era Globalisasi 29 KANUN (2) Mohd. Hisham Mohd. Kamal 57 Mohd. Hisham Mohd. Kamal (2009). Office of the mufti in Malaysia: Legal history and constitutional role. Shariah Law Reports, 4, 65-89. Norida Omar (1984/85). Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 1950-1982 (Tesis tidak diterbitkan). Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Othman Ishak (1981). Fatwa dalam perundangan Islam. Shah Alam: Fajar Bakti. Said Ibrahim (1998). Jinayah murtad dari sudut hukum syara dan perundangan Islam. Kuala Lumpur: Darul Ma rifah. (t.n.) (t.th). Capaian daripada says.com/my/news/senator-datuk-noriahmahat-minta-kementerian-dalam-negeri-haram-karya-buku-syiah pada 6 Mac 2017. (t.n.) (t.th). Capaian daripada usahmadawang.blogspot.my/2009/08/krisispolitik-perak-ahmad-awang.html. pada 7 Mac 2017. (t.n.) (t. th). Capaian daripada www.asnb.com.my>pdf>media>harus pada 6 Mac 2017. (t.n.) (t.th). Capaian daripada www.muftins.gov.my/idex.php/arkib2/ himpunan-fatwa/169-fatwa-mufti-negeri-sembilan/526-auradmuhammadiah pada 2 Mac 2017. (t.n.) (t.th). Capaian daripada www.muftins.gov.my/idex.php/arkib2/ himpunan-fatwa/169-fatwa-mufti-negeri-sembilan/867-penyelewangan-ajaran-taslim-qadiani-syiah pada 2 Mac 2017. (t. n.) (2017). Mufti pengampu kerajaan, tak bebas bersuara, bidas Dr. M. Capaian daripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/07/mufti-pengampu-kerajaan-tak-bebas-bersuara-bidasdr-m/ pada 7 Mac 2017. Uthman el-muhammady (2006). Kaedah-kaedah dan adab-adab mengeluarkan fatwa. dlm. Abdul Samat Musa et al. (Ed.), Prinsip dan pengurusan fatwa di negara-negara ASEAN (pp. 1-18). Nilai: World Fatwa Management and Research Institute (INFAD), Islamic University College of Malaysia (KUIM). Uthman el-muhammady. Konspirasi intelektual serang institusi mufti. Capaian daripada uthman-elmuhammady.blogspot.com. pada 27 Mac 2008. Diperoleh (Received): 5 Oktober 2016 Diterima (Accepted): 8 Februari 2017 Mufti 15 Jun 2017.indd 57