Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

KECEKAPAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN AGIHAN ZAKAT: KAJIAN DI MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Jurnal Pengurusan JAWHAR LEMBAGA EDITOR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HAIRUNNIZAM WAHID 1 SANEP AHMAD 2 MOHD ALI MOHD NOR 3 MARYAM ABD RASHID 4 Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

Nur Aliah Mohd Sukeri 1 Zulaikha Mohd Hanafiah 2 Hairunnizam Wahid 3

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

'#k & ,.,,,,:: '#% ;ia,,,u,,,,,,,,,.,,,r-,urt'*,,n-.-*u, ,,,*, t', i*.& **,* rl * * *t...:. '.t,, l. 1;i;a1,,;,;,. search Centre

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

THE 5 th ISDEV INTERNATIONAL ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE (IDMAC 2011) Islamic Marketing & Asset Management DECEMBER 2011

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Transcription:

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016 PROCEEDINGS OF THE 3 RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016 Disunting oleh: Sharifah Shazwani Syed Mohamed Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Amiratul Nadiah Hasan Suhaili Alma amun UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM (CMIEF) 2016 Cetakan Pertama, 2016 Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu. Diterbitkan dan dicetak oleh Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia http://www.ekonis-ukm.my/ Tarikh dan Tempat Persidangan: 24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437 International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur Anjuran Bersama: Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM ISBN 978-983-3198-94-8 ii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 ISI KANDUNGAN Isi Kandungan Kata Pengantar iii vi WAQF & CROWDFUNDING Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan Wakaf Selangor Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di Kuala Langat Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd Adib Ismail Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di Kalangan Negara Islam Terpilih Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru Perniagaan Sosial Islam : Kajian di Air Riths Airline. Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam Crowdfunding Oleh Anisa Syazwani Aris Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma amun Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian Awal Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma amun & Shifa Mohd Nor Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia: Satu Tinjauan Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi Perundangan Malaysia Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma amun & Asma Hakimah Ab. Halim The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A Proposed Framework Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Mohd Fairuz Md Salleh 1 8 18 31 43 53 62 78 89 104 129 iii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 ZAKAT & PERCUKAIAN Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim Localization Model for Education Zakat Distribution Among University Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia (IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS) Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Atas Status Anak Negeri Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf: Kajian di Malaysia Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma mun 142 158 167 181 191 200 213 226 TAKAFUL Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro: Prospek & Cabaran Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z Altman Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful Keluarga Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan 236 245 264 280 291 iv

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan Pengguna Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan Akaun Amanah Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan Secara Islam Oleh Kerajaan Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Ruzian Markom Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 313 322 334 343 357 LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) Terhadap Risiko Kecairan Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja Sektor Swasta di Melaka Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma amun & Hairunnizam Wahid Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 367 381 394 405 414 v

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 KATA PENGANTAR Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM. Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016 Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak. vi

PROCEEDING OF THE 3 rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016 PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016 PENGAGIHAN ZAKAT PERUBATAN DI MALAYSIA: PERANAN BANK RAKYAT Mohd Yusof Bin Ismail 1 Hairunnizam Wahid 2 Zulkefly Abdul Karim 3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600, UKM Bangi, Selangor ABSTRAK Isu kesihatan menjadi isu yang sentiasa wujud selagi ada kehidupan. Setiap tahun, Kerajaan terpaksa memperuntukkan jutaan Ringgit bagi menampung keperluan kepada masyarakat. Pembinaan hospitalhospital baru serta klinik-klinik seoalah menjadi agenda wajib di dalam belanjawan kerajaan. Dari kacata mata lain, beban kos perubatan juga meningkat seiring kemajuan negera. Pelbagai penyakit dikesan dan menghingapi rakyat. Tekanan hidup melampau menunjukkan kos perubatan menjadi faktor utama di dalam kehidupan seharian. Perbincangan Zakat Perubatan jarang dibincangkan di dalam kerangka masyarakat umat Islam di Malaysia.Prestasiagihan zakatyang baik dan cekap pula sangat dititikberatkan bagi memastikan agenda pembasmian kemiskinan dan pembangunan masyarakat dicapai.kajianini bertujuan untuk mengkaji peranan Bank Rakyat di dalam pengagihan zakat perubatan kepada Asnaf yang dipilih bagi tahun 2013 hingga 2015.Kajian juga mencadangkan agar mekanisma yang lebih baik di dalam pengagihan kepada zakat perubatan agar ianya dapat membantu asnaf yang memerlukan di saat ditimpa ujian penyakit dan juga keperluan peralatan perubatan dan juga bantuan kepada mangsa bencana. Kata kunci: Zakat Perubatan, Bank Rakyat, Majlis Penasihat Shariah, Pengurusan agihan zakat PENGENALAN Zakat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Islam.Pengamalan berzakat merupakan persoalan pokok dalam agama Islam.Hakikat ini dapat dilihat melalui kedudukannya sebagai salah satu daripada rukun Islam berasaskan sabdaan Rasulullah s.a.w melalui sabdaannya yang bermaksud: "Islam diasaskan atas lima perkara: kesaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Inilah salah satu ibadah yang menjadi ujian berat kepada umat manusia pada hari ini. Dengan peningkatan mendadak keperluan hidup disusuli dengan kenaikan harga barangan dan kos kepenggunaan yang memuncak menyebabkan manusia semakin terarah untuk mengawal harta dan 1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: mybi46@gmail.com 2 Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; hairun@ukm.edu.my 3 Prof Madya di FEP, UKM; mail: zak1972@ukm.edu.my 158

juga berlumba-lumba mencari peluang menambah sumber pendapatan. Sekaligus ada di kalangan umat Islam yang menyangka bahawa mereka tidak diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas harta mereka. Ada juga yang menyangka bahawa mengeluarkan zakat itu hanya pada bulan Ramadhan sahaja, iaitu zakat fitrah. Sedangkan zakat di dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat ke atas harta dan zakat ke atas badan (zakat fitrah). Inilah ujian dan fitnah yang terdapat pada harta itu. Firman Allah SWT di dalam surah al-anfal ayat 28: Ketahuilah bahawa sesungguhnya harta-harta dan anak-anak kamu adalah ujian dan fitnah, dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah adalah ganjaran yang besar. Ramai dalam kalangan manusia yang lupa dan melupakan akan hak-hak Allah baik dalam harta mereka dan diri mereka sama ada kerana kejahilan mereka akan akibatnya, atau kerana keingkaran terhadap nikmat-nikmat kurnian Allah, atau kerana kebakhilan, cintakan dunia dan sebagainya. Allah mengingatkan kita di dalam surah at-taubah, ayat 34 dan 35: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. Ingatlah hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahannam, lalu dengan itu diseterika dahi, lambung dan belakang mereka, lalu dikatakan kepada mereka "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakan akibat dari apa yang kamu simpan itu". Zakat ditakrifkan sebagai harta atau nilai milik sempurna yang wjib diserahkan kepada amil atau mana-mana asnaf mengikut keutamaan, atas kadar yang ditetapkan pada atau dalam tempoh hawl kerana Allah SWT. Terdapat 8 golongan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu al-fuqara (golongan fakir), al-masakin (golongan miskin), Amil, al-gharimin (golongan berhutang), muallaf, ibn sabil (golongan bermusafir), al-riqab (hamba) dan fi-sabilillah (golongan berjuang dijalan Allah) Di Malaysia, segala urusan berkaitan memungut dan mengagihkan zakat serta segala urusan berkaitan agama di negeri-negeri adalah di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) 4. Tanggungjawab ini merupakan salah satu daripada fungsi teras dalam pentadbiran MAIN yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. Di peringkat negeri undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan zakat termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri masing-masing, di mana di dalamnya terkandung peruntukan mengenai pentadbiran Islam di peringkat negeri secara umumnya. Kebanyakan negeri tidak mempunyai perundangan atau enakmen khas mengenai zakat. Sehingga ini hanya Kedah dan Sabah sahaja yang mempunyai undang-undang khas mengenai Zakat Negeri Selangor sedang dalam peringkat penggubalan enakmen khas mengenai zakat dan dijangka akan dapat membentang perundangan zakatnya tidak beberapa lama lagi. Di samping Selangor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) juga sedang bergerak ke arah yang sama. Pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JWZH) serta Jabatan Peguam Negara telah selesai merangka perundangannya dan kini sedang disemak oleh Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara sebelum dapat dibentang ke Parlimen. Apabila Akta ini diluluskan, ianya akan menjadi model law untuk dapat dicontohi oleh negeri-negeri lain yang belum mempunyai perundangan yang khusus mengenai zakat. Namun begitu persoalan kajian ini ialah sejauhmanakah pengagihan zakat dapat dilakukan secara efisien dan cekap oleh MAIN. Ini kerana isu pengagihan zakat masih menjadi isu utama yang sering dibincangkan dalam kalangan pengkaji (Muhammad Syukri, 2004; dan Sanep & Hairunnizam, 2004). Masalah ini akan menjejaskan keyakinan masyarakat untuk membayar zakat melalui saluran formal (Sanep, 2006). Kecekapan prestasi agihan zakat adalah sesuatu yang dipandang penting oleh masyarakat terutamanya oleh pembayar zakat (Eza Ellany at. Al, 2014). 4 Butiran (1) Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, zakat terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. 159

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan kecekapan pengagihan zakat seperti melalui kaedah lokalisasi turut juga dibincangkan (Muhammad Syukri, 2006). Kebanyakan kajian yang ada banyak membincangkan aspek agihan zakat terhadap asnaf fakir dan miskin (Azninainie et al, 2013). Namun begitu, kajian ini berpendapat dimensi perbincangan berkenaan pengagihan zakat perlu diperluaskan lagi kepada bentuk pengagihan zakat yang lain termasuklah aspek zakat perubatan dan mengutakan lagi keberkesanankonsep lokalisasi dalam agihan zakat perubatan 5 di hospital kerajaan (Muhammad Hafiz et. al, 2016). Jumlah dana yang diperuntukkan oleh institusi zakat semakin bertambah ekoran keperluan yang meningkat serta kenaikan harga ubat-ubatan dan juga kos rawatan yang semakin mendesak. Berdasarkan Laporan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kuala Lumpur menunjukkan jumlah dana yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan PPUKM mengikut tahun bagi membantu pesakit dalam kalangan asnaf yang memerlukan (Muhammad Hafiz et. al, 2016). Namun begitu kajian ini berpendapat, institusi kewangan juga boleh membantu pihak MAIN dalam mengagihkan zakat terutamanya berfokuskan kepada aspek zakat perubatan, iaitu institusi kewangan Bank Rakyat 6 yang turut sama berperanan mengagihkan zakat di seluruh Malaysia (Norilmiyah, 2014). Namun kajian ini akan mengkaji peranan Bank Rakyat dalam mengagihkan zakat dalam bentuk zakat perubatan yang mana kajian zakat perubatan masih lagi kurang dibincangkan secara akademik. Kajian ini juga akan mengkaji peranan serta bidang kuasa Bank Rakyat melalui Jawatankuasa Syariah (JS) dalam mengagihkan zakat sertapengkategorian asnaf al-ghariminoleh JS dan hubungannya dengan agihan zakat perubatan. KAJIAN LEPAS Kajian-kajian berkaitan topik zakat telah banyak dijalankan sebelum ini terutamanya aspek pengurusan zakat seperti aspek kutipan dan juga aspek pengagihan zakat kepada pelbagai asnaf. Ahmad Hidayat Buang (2000) contohnya telah mengariskan beberapa asas pengurusan zakat yang telah disebut di dalam Al Quran dan hadith seperti berlaku keadilan dalam pungutan zakat, memudahkan pungutan zakat, jumlah dan kaedah bayaran hendaklah jelas dan tepat, harta yang dipungut bukan dari harta yang paling disukai, pihak pengurusan zakat berilmu dan berkelayakan, wujud badan yang mengawasi pengurusan zakat, mempercepatkan agihan, amil wajib menjalankan tugas dengan tegas serta menggalakan muslim membayar zakat melalui nasihat dan kempen. Kesemua asas-asas pengurusan tersebut agar pengurusan zakat lebih effisen dan mencapai objektif ibadah zakat. Cadangan dan inovasi berkaitan bagi mempertingkatkan kecekapan kutipan zakat juga diutarakan oleh ramai pengkaji. Antaranya kajian pengkorporatan institusi zakat (Nor Ghani et al., 2001), kesedaran masyarakat terhadap pembayaran zakat yang diiktilaf (Sanep & Hairunnizam, 2004), penguatkuasaan undang-undang pembayaran zakat (Kamil, 2006), meningkatkan kesedaran membayar zakat di kalangan masyarakat termasuklah kumpulan pekerja professional (Mohd Ali, Hairunnizam & Nor Ghani, 2004) dan penggunaan kaedah bayaran zakat pendapatan melalui skim potongan gaji kakitangan (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2007). Terdapat kajian yang mencadangkan penyelesaian masalah pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf yang memerlukan, contohnya kajian oleh Muhamad Syukri (2006) mencadangkan struktur baru yang di dalam urusan 5 Secara umumnya bantuan zakat perubatan kepada asnaf adalah bertujuan meringankan kos rawatan kesihatan yang dihadapi mereka semasa mendapatkan rawatan di hospital. Bantuan ini, bukanlah dalam bentuk cek atau wang tunai tetapi bantuan terus kepada pihak hospital yang merangkumi pembiayaan kos penbedahan, kos rawatan, ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan tambahan dan lain-lain. 6 Bank Rakyat ditubuhkan pada tahun 1954 yang dikenali pada waktu itu sebagai Bank Agong Kampong Berkerjasama-sama Persekutuan Tanah Melayu Dengan Tanggongan (Bank Agong) secara rasminya didaftarkan dan Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim dipilih sebagai Presiden Lembaga Penaja. Cawangan pertama di Jalan Petri, Sungai Petani dipindahkan ke Jalan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Ibu Pejabat pertama didirikan di Bukit Mertajam. 160

pengagihan zakat iaitu penyetempatan atau melokalisasikan kuasa pengurusan zakat kepada suatu daerah atau penempatan yang tertentu. Menurut Muhamad Syukri (2006), konsep lokalisasi pengagihan zakat berlaku di mana kuasa kutipan dan agihan zakat diperuntukan kepada pusat pengurusan zakat dijalankan dalam lokaliti atau kawasan yang tertentu secara relatifnya adalah lebih kecil. Konsep ini akan mengecilkan kuasa pusat pengurusan zakat kepada lokaliti tertentu seperti daerah, mukim, kampong atau kariah untuk mengutip hasil zakat daripada pembayar zakat yang wajib dan seterusnya mengagihkan kepada golongana asnaf yang memerlukan di kawasan lokaliti tersebut. Amil zakat yang dilantikkan dapat mengesan dan menyalurkan zakat kepada asnaf dengan lebih tepat dan dekat dengan penerima zakat. Ini secara tidak langsung akan memudahkan pihak pengurusan zakat untuk berinteraksi dengan masyarakat kerana berlakunya perubahan struktur pentadbiran dan akauntabiliti yang merangkumi sempadan geografi. Proses lokalisasi ini, akan dapat mengatasi masalah jurang komunikasi antara pusat pengurusan zakat dan asnaf. Ini kerana kegagalan pusat pengurusan zakat mengenalpasti fakir dan miskin secara tepat dan dapat mengurangkan karenah birokrasi kerana proses ini melibatkan kakitangan yang terdiri orang tempatan dalam proses ini. (Muhammad Syukri, 2006). Selain itu, lokalisisasi juga mampu memperbaiki kualiti hidup asnaf melalui perubahan sikap yang positif untuk meningkatkan pendapatan (Hairunnizam & Sanep, 2012). Kajian oleh Hairunnizam (2009) pula telah menjelaskan bahawa institusi zakat amat penting dalam pengurusan zakat, ia adalah perantara di antara pembayar dan penerima zakat (asnaf). Institusi ini mempunyai tanggungjawab yang amat besar, iaitu memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan cekap dan diagihkan zakat tersebut dengan cekap dan berkesan kepada asnaf. Seandainya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka sistem zakat tidak berjaya untuk dilaksanakan. Institusi zakat seharusnya menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi, seperti amanah dan adil dalam pengurusan zakat dan bersifat profesionalisme. Cabaran institusi zakat menguruskan zakat pada masa kini ialah tidak seperti zaman dahulu di mana seorang amil sangat diyakini oleh masyarakat setempat berdasarkan latar belakang mereka sebagai ustaz, guru agama dan imam. Manakala Azninainie et al. (2013) pula telah mengkaji tentang pengagihan zakat di negeri Kelantan berdasarkan data laporan zakat dari tahun 2003 hingga 2012. Hasil kajian mendapati bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengamalkan corak agihan yang cenderung kepada membantu asnaf fakir dan miskin. Dasar ini masih kekal seperti yang telah diamalkan oleh kerajaan negeri pada sebelumnya. Melalui pengekalan dasar ini, MAIK berkeyakinan dana zakat yang diagihkan dapat memberi bantuan secara menyeluruh untuk jangka masa panjang dan percaya bahawa golongan asnaf fakir miskin perlu diberi peluang menukar keadaan kehidupan dan kedudukan ekonomi mereka ke arah yang lebih baik. Kajian berkaitan zakat perubatan adalah terhad dan antara bentuk agihan zakat yang terkini adalah zakat perubatan yang bertujuan meringankan beban kos perubatan pesakit.subaib (2009) mencadangkan supaya menubuhkan farmasi di pelbagai lokaliti yang berbeza dengan menyediakan rawatan kepada golongan miskin tanpa mengenakan sebarang caj atau dengan bayaran yang minimum. Bantuan zakat perubatan telah diagihkan kepada asnaf yang tertentu seperti asnaf fakir, miskin, muallaf dan gharimin yang meliputi bantuan perubatan kronik, rawatan bulanan, peralatan dan juga bantuan dialisis (Zurina, et al. 2013). Selain bantuan secara terus, kewujudan zakat perubatan dalam bentuk Tabung Pesakit Kronik dan Kecemasan di hospital-hospital terpilih bagi membantu asnaf yang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital tersebut. Terdapat kajian diperingkat antarabangsa berkaitan penggunaan dana zakat perubatan bagi membiayai kos rawatan pesakit. Dengan menggunakan wang zakat, bantuan akan diberikan melalui caruman insuran kesihatan kepada rakyat miskin (Mohamed, 2007) dan juga menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma kepada rakyat (Public Health Institute; Shaikh 2011). Penggunaan zakat perubatan ini menjadikan pengagihan lebih terus kepada asnaf yang berkelayakan. Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna daripada aspek fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas daripada pelbagai penyakit dan cacat. Tahap penjagaan kesihatan yang baik bukan sahaja memberi kesan kepada kualiti hidup individu bahkan turut memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi negara. Kajian Bloom, Canning & 161

Savilla (2001) mendapati bahawa tahap kesihatan individu lebih signifikan menyumbang kepada agregat output negara berbanding tahap pendidikan individu. METODOLOGI Kajian ini menggunakan beberapa laporan zakat oleh Bank Rakyat serta data sekunder. Data yang diperoleh daripadalaporan Kewangan Tahunan Bank Rakyat bermula tahun 2011 sehingga 2014 serta Laporan Zakat Bank Rakyat dan Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank Rakyat Di bawah Asnaf (JZPBA). Kesemua data yang diperoleh telah disahkan oleh Ketua Audit Negara Malaysia. HASIL KAJIAN Bank Rakyat meneruskan usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya. Pembiayaan secara berhemah dan dasar-dasar pengurusan risiko yang ketat tidak menghalang Bank daripada mencapai keputusan positif. Pada tahun 2014, keuntungan bersih Bank Rakyat meningkat 2.68 peratus kepada RM1.96 billion berbanding RM1.91 billion yang dicatatkan pada tahun 2013. Perkembangan dan keuntungan Bank Rakyat terus memberangsangkan setiap tahun. Ini dapat ditunjukkan di Jadual 1. Jadual 1: Keuntungan dan zakat oleh Bank Rakyat Tahun 2011-2015 (RM) 2011 2012 2013 2014 2015 Keuntungan sebelum cukai dan 2.09 2.11 2.12 2.18 2.01* zakat (RM Bilion) Zakat (RM Juta) 33.6 45 34 39 40.3 Nota: *Keuntungan Kumpulan Bank Rakyat Sumber: Laporan Kewangan Bank Rakyat 2011-2015 Berdasarkan Bidang Rujukan Syariah Bank Rakyat telah menetapkan Pembentukan Jawatankuasa Syariah (JS) Bank Rakyat adalah satu keperluan yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia bertujuan untuk memastikan semua pengurusan aktiviti, produk, urusniaga, operasi dan zakat Bank Rakyat dan semua anak syarikatnya mematuhi Syariah sepanjang masa sebagai sebuah intitusi kewangan Islam lengkap sepenuhnya yang diperbadankan di Malaysia. Salah satu peranan dan tanggungjawab JS adalah: 3.10 Menasihati Bank Rakyat berhubung pengiraan, peruntukan dan pengagihan zakat dan mengesahkan senarai penerima zakat selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank di bawah asnaf (JZPBA). Bagi memastikan JZPBA berperanan dengan betul dan menepati tanggungjawab, JS dilantik sebagai penasihat JZPBA bagi memastikan pengurusan zakat mematuhi Syariah. Wakil JS atau penasihat zakat tersebut hendaklah memberikan khidmat nasihat berhubung hal-hal zakat yang merangkumi pengiraan, peruntukan, pengagihan, isu had kifayah (jumlah yang mencukupi) dan kelayakan asnaf berkaitan hal-hal yang selari dengan prinsip dan keperluan Syariah. Peruntukan zakat adalah jumlah keseluruhan zakat perniagaan bank yang cukup haul dan nisab pada tahun tersebut. Peruntukan agihan zakat perniagaan Bank Rakyat dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu (1) Zakat Negeri : Peruntukan agihan sebanyak 5/8 bahagian daripada peruntukan zakat perniagaan tahunan kepada Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat Negeri. (Zakat Negeri ) Jumlah peruntukan bayaran zakat negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah tertakluk kepada keuntungan cawangan yang di setiap negeri. (2) Zakat Asnaf: iaitu peruntukan agihan sebanyak 3/8 bahagian daripada peruntukan zakat perniagaan tahunan secara terus kepada 6 kategori asnaf seperti di Jadual 2. 162

Jadual 2: Kategori asnaf oleh Bank Rakyat No. Kategori Asnaf Peratusan 1 1. Fi sabilillah: Segala bentuk usaha yang memenuhi makna jihad fisabilillah ( jihad di jalan Allah ) demi untuk meninggikan syariat Islam 2. Miskin: Seseorang yang mempunyai harta atau pendapatan yang melebihi 50 30% peratus tetapi tidak mencapai haddul kifayah untuk keperluan asas diri dan tanggungannya. 3. Fakir: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan halal atau yang menerima pendapatan tidak sampai 50% peratus daripada keperluan asas harian diri dan tanggungannya mengikut ukuran hidup yang sederhana. 5% 4. Muallaf: Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan 5% kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau mereka yang baru memeluk Islam dan belum kukuh Islamnya. 5. Gharimin: Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri, 5% keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan oleh Syarak. 6. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasa perjalanan 5% (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang diharuskan oleh syarak. Jumlah 100% Nota: 1 Perubahan peratusan peruntukan zakat mengikut kategori asnaf adalah bergantung kepada kelulusan mesyuarat JZPBA dengan sokongan Penasihat Syariah dari masa ke semasa. Sumber: Polisi Bil 135 Pengurusan Zakat Perniagaan Bank Rakyat 50% Berdasarkan Polisi Bil 135 Pengurusan Zakat Perniagaan Bank Rakyat, pihak Bank Rakyat telah menetapkan pecahan pengagihan zakat asnaf perniagaan mengikut kategori asnaf seperti Jadual 3 di bawah: Jadual 3: Peruntukan agihan zakat untuk kategori asnaf Kategori Peratusan Peruntukan Asal (2012) Peruntukan Asal (2013) Peruntukan Asal (2014) Peruntukan Asal (2015) Fisabilillah 50 7,637,796.00 7,687,500.00 7,687,500.00 6,973,500.00 Miskin 30 4,582,677.00 4,612,500.00 4,612,500.00 4,184,100.00 Fakir 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00 Mualaf 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00 Gharimin 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00 Ibnu Sabil 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00 Jumlah 100 15,275,591.28 15,375,000.00 15,375,000.00 13,947,000.00 Sumber: Laporan Zakat Bank Rakyat 2012-2015 Nota: Jumlah pengagihan boleh dipindahkan mengikut keutamaan yang berlaku. Namun ianya perlu dikemukakan permohonan di dalam JZPBA. 163

Kajian ini mendapati kategori zakat perubatan adalah termasuk di dalam kategori asnaf gharimin 7 iaitu asnaf yang dibebani hutang berdasarkan laporan zakat Bank Rakyat. Walaupun jumlah peruntukan kecil (hanya 5%) daripada jumlah zakat yang diagihkan oleh Bank Rakyat, namun pengagihan zakat perubatan kepada asnaf menunjukkan peningkatan setiap tahun kecuali tahun 2015. Daripada senarai permohonan dan kelulusan JZPBA menunjukan zakat perubatan diberikan kepada 3 kategori iaitu a) Bantuan Perubatan / Kos Pembedahan b) Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan c) Bantuan Bencana Alam Jadual 4: Kategori bantuan zakat Perubatan oleh Bank Rakyat Tahun 2013-2015 (RM) Kategori 2013 2014 2015 Bantuan Perubatan/ Kos Pembedahan 442,129.05 307171.40 195,900.25 Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan 15,496.00 2,200 347,339.75 Bantuan Bencana Alam 15000.00 17,200.00 121,000.00 JUMLAH 472,625.05 328,585.40 664,240.00 Sumber: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank Rakyat di Bawah Asnaf (JZPBA) 2013-2015 IMPLIKASI DASAR DAN PERBINCANGAN Berdasarkan kepada pengagihan zakat perubatan ianya menunjukkan jumlah agihan yang agak besar iaitu bagi kategori Bantuan Perubatan/ Kos Pembedahan berjumlah RM195,900.25 dan RM347,339.75 bagi kategori Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan bagi tahun 2015 sahaja. Walaupun berlaku sedikit penurunan pada tahun 2014 (RM328,585.40), jumlah kelulusan bagi tahun 2015 meningkat sebanyak 50.3 peratus. Ini jelas menunjukkan keperluan asnaf kepada zakat perubatan ini perlu diberikan penekanan kerana masih ramai asnaf yang memerlukan. Sumbangan zakat al-gharimin bagi bantuan bencana alam (banjir) juga bagi membaikpulih rumah penerima zakat. Jumlah ini penerima sebenarnya jauh lebih besar kepada pengagihan zakat lebih banyak diberikan di dalam kategori asnaf miskin dan fakir. Agihan yang cekap perlu dilaksanakan pada tahun semasa kutipan wang zakat diperoleh (Eza Ellany et al. 2014). Beberapa cadangan dicadangkan untuk meningkatkan prestasi agihan zakat perubatan di Bank Rakyat. Antara cadangan tersebut ialah mempergiatkan kempen kesedaran tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Islam di Bank Rakyat kerana dengan cara tersebut setiap keuntungan daripada perniagaan Bank Rakyat akan dipulangkan kepada masyarakat Islam melalui zakat yang dikeluarkan berbanding pemilihan perkhidmatan konversional yang tidak menitik beratkan soal pembayaran zakat. KESIMPULAN Bank Rakyat merupakan salah satu institusi yang penting di dalam membangunkan ekonomi (perbankan) umat Islam di Malaysia. Keuntungan hasil operasi Bank telah menyumbang kepada agihan dana zakat yang cekap adalah amat diperlukan bagi menjamin matlamat untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Islam ke tahap yang lebih baik tercapai, khusunya zakat perubatan. Oleh itu, prestasi pengurusan kewangan dan prestasi agihan zakat yang cekap perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih baik. Melalui pengurusan 7 Pada prinsipnya ulama fiqh telah menentukan kriteria tertentu bagi al-ghârim yang berhak menerima zakat ditinjau dari faktor penyebab atau dibebani hutang.ada dua jenis penyebab seseorang dibebani hutang atau menjadi al-gharimiaitu Ghârim limaslahati nafsihiiaitu dibebani hutang demi kemaslahatan dirinya dan Ghârim li ishlâhi dzatil bainiaitu dibebani hutang karena mendamaikan manusia, qabilah atau suku.kedua jenis al-ghârim diatas berhak menerima zakat tetapi dengan syarat tambahan pada ghârim linafsihi iaitu harus dalam keadaan miskin. Sedangkan untuk ghârim li ishlâhi dzatil bain maka boleh diberi zakat meskipun dia seorang yang kaya (Abu Riyadl Nurcholis Mursidi, 2010 ) 164

yang cekap maka keyakinan masyarakat akan bertambah dan sekaligus menjana kepada peningkatan kutipan di masa akan datang. Pertambahan dan peningkatan dana kutipan zakat akan membolehkan lebih banyak perancangan dan pembangunan dapat dijalankan unutuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Islam. Perlaksanaan zakat perubatan oleh Bank Rakyat yang mana telah dipantau dan dipastikan sistem dan prosedur yang ditetapkan maka ianya dapat membantu proses lokalisasi pengurusan zakat kepada asnaf yang memerlukan. Setiap cawangan Bank Rakyat di seluruh Negara menjadi agen perubahan untuk mengenalpasti dan seterusnya mengemukakan permohonan kepada pihak JZPBA untuk kelulusan. Kewujudan 149 Cawangan seluruh Negara sekurang-kurangnya memudahkan asnaf untuk memohon bantuan dana zakat perubatan. RUJUKAN Al Quran Abu Riyadls Nurcholis Mursidi. 2010. Kreteria Gharimin Penerima Zakat. Majalah As-Sunnah Edisi 04-05/Tahun XIV/1431/2010M. Surakarta. Yayasan Lajnah Istiqomah. Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2015. Analisis Prestasi Kutipan Zakat di Malaysia. Dlm.Nor Aini Ali, Azizi Che Seman & Mohamad Taqiuddin Mohamad (pnyt). Isu Kotemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia, hlm. 1-20. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ahmad Hidayat & Saidatul. 2014. Pentadbiran zakat dan kesedaran masyarakat Islam membayar zakat di daerah Kota Belud Sabah. Sains Humanika 2(1): 125-134. Ahmad Hidayat Buang. 2000. Pengurusan Zakat: Satu Analisis Dari Perspektif Al Quran dan Al- Sunnah. Jurnal Syariah, 8(2), 89-102. Aino Moktar.2016. Mengapa masih berlapar? Harakah. 27-30 Jun: F8 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas 1978) Eza Ellany, Mohd Rizal &Mohamat Sabri. 2014. Prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan kewangan dalam kalangan institusi zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 51-60. Faiz Mat Isa, Hairunnizam & Sanep. 2014. Pengukuran prestasi menggunakan nisbah aliran tunai dan nisbah tradisi: perbandingan di antara Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agam Islam dan Adat Melayu Perak. Dlm. Prosiding International Conference Muamalat, Economic & Islamic Finance.310-325. Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2012. Cadangan penyetempatan pengagihan zakat di Malaysia: Adakah amil sudah bersedia? Jurnal Ekonomi Malaysia, 46(2), 17 27. Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2014. Faktor mempengaruhi tahap keyakinan agihan zakat: Kajian terhadap masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 41-50. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor& Maryam Abd Rashid, 2015, Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri. Dlm Nor Aini Ali et.al (penyt). Isu Kontemporari agihan zakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). hlm 21-35. Hairunnizam, Sanep & Radiah. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati? Shariah Journal 17(1): 89-112. Harunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. 2007. Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29, 53-70. http://www.mainpp.gov.my (Diakses pada 10 Mei 2016) http://www.zakatpenang.com (Diakses pada 10 Mei 2016) Ismail Hj Ahmad & Masturah Main. 2014. The efficiency of zakat collection and distribution: Evidence from two stage analysis. Journal of Economics and Development 35(3): 133-170. Kamil Md Idris.2006. Kesan Persepsi Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Dlm. Abdul Ghafar Ismail &Hailani Muji Tahir (pnyt.). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan. Bangi. Penerbit UKM. 165