TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK

Similar documents
UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. MAZLAN YUSOFF PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA UniMAP MAC 2010

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MODAL INSAN KOPERASI :

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

& International Food Festival

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROGRAM DUTA PERPADUAN GLOBAL PEACE CONVENTION 2013

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Welcoming Remarks and Introduction of the Book ASEAN FutureForward

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PROFIL KORPORAT. Corporate Profile

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO' DR

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Travelog Mobiliti Antarabangsa: Dari Universiti di Rimba Hijau Ke Kota Makasssar

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI SEIMBANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERADABAN ISLAM TERAS TRANSFORMASI NASIONAL (Islamic Civilization as the Basis of National Transformation)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Menjana Budaya Ilmu di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA 2011 (AGS) 12 APRIL 2011

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK (ilead PARK) 27 FEBRUARI 2014 (KHAMIS), 3.30 PETANG ilead PARK, INTAN KAMPUS WILAYAH UTARA

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakuh, Salam 1Transformasi dan Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Yang Berbahagia Dato' Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Yang Berhormat Dato Abdul Puhat bin Mat Nayan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Yang Berhormat Dato Farizan Darus Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Berbahagia Dato Dr. Mazlan Yusoff Pengarah INTAN 2

Yang Berbahagia Dato' Mohtar Mohd Abd. Rahman Pengarah Bahagian Perkhidmatan Yang Berusaha Dr. Zurina Abdul Hamid Pengarah INTAN Kampus Wilayah Utara Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Yang Berbahagia Dato -Dato, Tuan-Tuan dan Puan- Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah saya memanjatkan setinggi-tinggi pujian dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan limpah kurnia dan inayah-nya, maka kita dapat bersama-sama pada petang yang bersejarah ini dalam Majlis Perasmian INTAN Leadership Development Park atau ringkasnya ilead PARK. 3

2. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada INTAN kerana sudi menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Perasmian ilead-park ini. Majlis pada petang ini adalah begitu besar maknanya kepada kita semua kerana INTAN khususnya di Kampus Wilayah Utara akan buat julung-julung kalinya menampilkan satu inisiatif baharu yang bukan sahaja inovatif malah sejajar dengan agenda transformasi Perkhidmatan Awam yang giat kita laksanakan sekarang. MENGGENGGAM TRANSFORMASI, MENGHAYATI AGENDA NASIONAL Hadirin yang dihormati sekalian, 3. Dasar Transformasi Nasional yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd Razak adalah merupakan 4

prakarsa mega Negara dalam mengemudi haluan Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020. Setelah melalui pelbagai cabaran hebat, Alhamdulillah, hari ini kita sedang berada di selekoh akhir pengembaraan transformasi untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari. Di bawah Dasar Transformasi Negara ini, Kerajaan telah merangka pelbagai program bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi, Politik dan Sosial. 4. Di bawah gagasan dan falsafah induk Negara 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, telah digariskan beberapa prinsip penting, antaranya bersifat inklusif agar semua rakyat Malaysia dapat merasai impak dan ganjaran daripada program transformasi negara. Perkhidmatan Awam Malaysia tidak terkecuali daripada arus transformasi ini kerana seramai 1.4 5

juta penjawat awam adalah merupakan nadi penggerak dan tiang seri pembinaan Negara Bangsa. Malah, kitalah yang menjadi pembawa obor transformasi untuk menerajui dan merealitikan iltizam ini. 5. Usaha menjayakan agenda transformasi Negara menuntut setiap penjawat awam berperanan sebagai change agent atau pemacu perubahan. Dalam konteks Merakyatkan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang digagaskan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, kita diminta supaya menjadi thinkers, planners dan implementers menerusi 6 prinsip utama iaitu Keterbukaan, Turun Padang, Musyawarah, Insaniah, Kekitaan dan Kerjasama Awam, Swasta serta NGO bagi menjayakan agenda Perkhidmatan Awam. Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam ini hendaklah sentiasa didakap erat dan dipugar 6

sepanjang masa menerusi tindakan kita dalam pelaksanaan tugasan seharian. KERANGKA KERJA TRANSFORMASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM: SEBUAH ILTIZAM 6. Sebagai agensi utama yang menerajui transformasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengorak langkah transformatif untuk memacu agenda ini melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam bertunjangkan 5 Teras Strategik iaitu Mendaya Upaya Bakat; Merekayasa Organisasi; Merakyatkan Perkhidmatan; Merangkum dan Sepunya; serta Membudaya Nilai. 7. INTAN secara khususnya mempunyai peranan yang begitu signifikan untuk memastikan amanah membangunkan Talent-4-Nation dalam Perkhidmatan Awam dapat direalisasikan. Usaha 7

ini termasuklah pemerkasaan latihan kepimpinan, pengupayaan pegawai muda serta memartabatkan tradisi intelektual sebagai sebahagian daripada budaya Perkhidmatan Awam. Menerusi kesemua teras tersebut, INTAN bukan sahaja perlu memastikan kelima-lima teras ini dihayati oleh para penjawat awam, bahkan menggalas tugas besar agar teras kelima iaitu Membudaya Nilai benar-benar menjadi pedoman dan amalan dalam penyampaian Perkhidmatan Awam. MENDAYA UPAYA BAKAT, MEMBANGUN MODAL INSAN Hadirin yang dihormati sekalian, 8. Walaupun organisasi Perkhidmatan Awam memiliki aset dan sumber yang banyak tetapi jika modal insan tidak diuruskan dengan baik, maka pembaziran sumber akan berlaku sekaligus 8

menghampakan impian dan cita-cita kita. Quality goods and services begin with a quality man, we must build people first before product or service. Oleh kerana itulah Teras Strategik Transformasi Perkhidmatan Awam yang pertama iaitu Mendaya Upaya Bakat menjadi teras penting dalam meningkatkan kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi para penjawat awam. 9. Jika kita teliti The Leadership Code, sebuah naskhah hasil nukilan Dave Ulrich telah menampilkan 5 Rules To Be A Great Leader atau 5 Peranan Pemimpin Unggul iaitu: a. Peranan pertama, Strategist Shape The Future. Seorang pemimpin unggul yang berperanan sebagai strategist tidak hanya menjangka masa hadapan tetapi mencipta masa hadapan. Pemimpin itu perlu bijak mengemudi hala tuju organisasi dengan 9

memanipulasi sumber yang terhad dan bekerjasama dengan seluruh anggota organisasi supaya matlamat tercapai; b. Peranan kedua, Executor Make Things Happen. Pemimpin adalah pelaksana dengan menterjemahkan strategi melalui tindakan menggunakan sistem yang tepat dan fokus kepada pelaksanaan agenda yang berkesan berkesan; c. Peranan ketiga, Talent Manager Engage Today s Talent. Pemimpin yang unggul juga berperanan sebagai pengurus bakat. Tahu kemahiran yang diperlukan dalam organisasi yang dipimpin dan bijak menarik bakat yang tepat untuk menyertai organisasi; 10

d. Peranan keempat, Human Capital Developer Build the Next Generation. Pemimpin unggul dengan peranan ini akan memfokuskan kepada pembangunan modal insan jangka panjang yang akan menjamin pertumbuhan dan kemajuan organisasi. Mereka berupaya mengenal pasti bakat atau kemahiran yang diperlukan dan tahu bagaimana untuk membangunkan bakat atau kemahiran tersebut; dan e. Peranan terakhir: Personal Proficiency Invest in Yourself. Pemimpin ini sentiasa mengambil iktibar daripada kegagalan ataupun kejayaannya, melalui pembacaan dan pengalaman. Ia sentiasa menambah kemahiran peribadinya. Pemimpin yang effektif mampu membangkitkan rasa hormat dan muhibah dalam kalangan anggota organisasinya kerana sentiasa 11

bertindak dengan penuh integriti dan amanah. 10. Sehubungan dengan itu, penggunaan pendekatan baharu dalam mengurus modal insan seperti penerapan experiental learning merupakan satu langkah yang tepat dalam menjana modal insan secara lebih menyeluruh. Saya percaya modal insan yang dijana dengan segenap kemahiran kepimpinan, dibajai dengan nilai-nilai murni dan profesional serta disemai pelbagai kepakaran tambahan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan Program Transformasi Perkhidmatan Awam. 11. Alhamdulillah, pada hari ini saya amat berbangga dan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas kepada INTAN kerana berjaya mencetuskan satu idea baharu demi memantapkan strategi sistem penyampaian perkhidmatan awam. 12

Ia merupakan satu titik tolak yang amat penting dalam Transformasi INTAN sebagai sebuah institusi latihan unggul bukan sahaja kepada Perkhidmatan Awam bahkan rakyat Malaysia amnya. Kita menghasratkan INTAN yang bukan sahaja bermanfaat kepada penjawat awam tetapi turut melimpahkan hasil dan melebarkan impaknya kepada masyarakat. i-lead PARK: MERCU TANDA BAHARU LATIHAN KEPIMPINAN Hadirin yang dihormati sekalian, 12. Jika kita fikirkan mengapakah ilead-park ini kita bina dengan pelbagai kemudahan yang moden dan terkini serta dibangunkan di INTURA yang berada di Negeri Kedah? Apakah signifikannya pewujudan ilead-park ini kepada pembangunan kepimpinan Perkhidmatan Awam? Sudah pastilah, 13

Negeri Kedah ini begitu sinonim dengan tradisi kepimpinan hebat. Nama-nama besar seperti Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara figura kepimpinan yang terbukti legasinya yang lahir di negeri Jelapang Padi ini. Justeru itu, nama i-lead-park yang terletak di Negeri Kedah ini sendiri sudah membawa maksud Memimpin. Ia membawa maksud bahawa di sinilah falsafah kepimpinan yang unggul akan diterjemahkan demi melahirkan pemimpin yang berwibawa dalam Perkhidmatan Awam. Hari ini, kita tidak lagi berbicara soal kepimpinan dahulu dan sekarang tetapi kita bercakap mengenai bagaimana kita mengadun acuan kepimpinan muda hari ini sebagai peneraju Perkhidmatan Awam pada masa hadapan. 14

13. Sebagai meneruskan momentum transformasi ke arah memperkasakan komitmen Perkhidmatan Awam dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik, inisiatif pewujudan ilead PARK ini amatlah bertepatan untuk memupuk sebuah kesatuan All for one and one for all ataupun bak kata pepatah Melayu Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat secara langsung dalam kalangan peserta dan organisasi. 14. Selaras dengan aspirasi Memacu Transformasi Melalui Pembelajaran, saya yakin dan percaya pembinaan ilead PARK di INTURA yang merupakan satu pendekatan baharu dalam mengenal pasti dan membangunkan kompetensi kepemimpinan pasukan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap akan melahirkan generasi baharu Perkhidmatan Awam yang bukan sahaja bertindak sebagai ketua yang hebat bahkan 15

berupaya menjadi pemimpin kepada pasukan transformatif. Hal ini sebagaimana disebutkan oleh Theodore Roosevelt "People ask the difference between a leader and a boss...the leader works in the open, and the boss in covert. The leader leads and the boss drives." PENUTUP 15. Akhir kata, melalui pembinaan ilead PARK ini, saya berharap agar ia dapat dimanfaatkan secara bersama oleh semua pihak dalam menjadikan INTAN sebagai sebuah Centre of Excellence. Malah ilead-park ini haruslah memainkan peranan yang lebih luas bagi melahirkan penjawat awam yang berilmu, berkemahiran, berhemah tinggi, beradab, berbudaya dan responsif. Jangan sekadar melihat penggunaannya dalam kalangan agensi tertentu sahaja, bahkan mesti diperluaskan kepada agensi yang lain secara kreatif dan inovatif. 16

Optimumkanlah pelaksanaan 1MTC menerusi kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan agar manfaatnya dapat kita nikmati bersama-sama. 16. Kualiti seperti ini akan memberi keupayaan dan kekuatan kepada penjawat awam yang berpotensi (talented) sebagai penggerak utama dan pemangkin kepada pembangunan negara melalui latihan dan corak pembelajaran yang inovatif, unik dan relevan. 17. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan INTAN Leadership Development Park (ilead PARK). Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih. 17