PERINGKAT PERKEMBANGAN AKHLAK MANUSIA MENURUT AL-QURAN. Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Abd. Muhsin Ahmad

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Ayatul Kursi (2: )

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ITA AT: TO OBEY HIM WITHOUT QUESTION

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Ways the Misguided Youth Bent on Takfīr & Bombings

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Amar Makruf Nahi Mungkar

The Virtues of Surah An-Nasr

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

THE RIGHTS OF RASOOLULLAH ON HIS UMMAH ARE 7:

Surah Mumtahina. Tafseer Part 1

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Chapter 26: The Sin of Favoritism Be Just With Your Children

ALI 258: Qualities of a Faithful believer Khutba No. 87 March 25, 2014/ Jumadi I 23, 1435

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

The First Ten or Last Ten Verses of Sūrah al-kahf

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

International Journal of Islamic and Civilizational Studies PERSONALITI: KONSEP, KUNCI DAN SUMBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

His supplication in Asking for Water during a Drought

Chapter 28: The Rights of Aunts, Uncles, In-Laws, and the Extended Family

Race2Jannah-4: Quran Question Bank for Group D. Angel Jibreel (A)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Four

Importance of Jama`ah & Ukhuah in Islam. Organize by Toronto Islamic Centre

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rabi`ul Awwal 13, 1439 H Fatah 2, 1396 HS December 2, 2017 CE

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

Islam and The Environment

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Six

Revealed in Mecca. Consist of 34 verses LESSONS FROM LUQMAN. Br. Wael Ibrahim. How can we implement the lessons in our daily lives?

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Submission is the name of an Attitude

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

ALI 256: Spiritual and Jurisprudential aspects Salaat

Adab 1: Prohibitions of the Tongue. Lecture 6

COMPREHENSIVENESS OF ISLAM

ا ح د أ ز ح ا س اح ني ح ث ع ا ت س اح ث ا بس أ ج ع ني, أ ال إ إ ال ا و ح د ال ش س ه ا ه ا ح ك ا ج ني و أ ش ه د أ س د ب

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Sustaining Islam in a Multicultural Environment in Malaysia - Family Values

Saudi Arabia s Permanent Council of Senior Scholars on Takfīr 1

The Reason for the Revelation of this Surah and its Virtues

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

In that context it is a contraction of the phase. adda wah ilallaah

K n o w A l l a h i n P r o s p e r i t y

Allah accepts only from the pious. (5:27)

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

F a i t h T H E B E L I E F S O F A M U S L I M

23 MARCH JAMAD AL AWWAL 1435 CLASS #32

A Glimpse of Tafsir-e Nur: Verses of Surah al-an am

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

Recitation of Surah Ash-Shams in the Isha' Prayer

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Being Grateful. From the Resident Aalima at Hujjat KSIMC London, Dr Masuma Jaffer address:

A Comparison between Those Obsessed with Takfīr & Bombings and Those Who Call for Peace & Well- Being 1

QUR ANIC ARABIC - LEVEL 1. Unit ٢٦ - Present Passive

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Salah The Backbone of Islam

Transcription:

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 4, No, 2, December 2017: 61-74 PERINGKAT PERKEMBANGAN AKHLAK MANUSIA MENURUT AL-QURAN Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Abd. Muhsin Ahmad ABSTRAK Al-Quran sebagai sumber utama dalam Islam yang diturunkan kepada nabi Muhaamad SAW merupakan asas dan sumber pengkajian pelbagai ilmu yang lengkap dan syumul. Ilmu yang terkandung di dalam al-quran meliputi segala aspek keperluan dan kehidupan manusia serta menjangkau keluasan ilmunya sejak penurunan al-quran sehingga ke akhir zaman. Malah, begitu banyak ilmu-ilmu yang telah dan baru ditemui oleh manusia telah dibuktikan oleh al-quran akan kebenarannya. Hakikatnya, selagi manusia mengkaji ilmu Allah SWT di dalam al-quran, pasti akan mendapat kebenarannya dan ilmu Allah tidak akan berkurangan sedikitpun.untuk tujuan kertas kerja ini, penulis akan mengetengahkan ilmu al-quran berkaitan peringkat perkembangan akhlak manusia. Penulis turut mengutarakan kajian dan pendapat tokoh-tokoh terbilang Islam yang bersandarkan kepada dalildalil al-quran berkaitan dengan hal ini. Seterusnya, penulis turut memperlihatkan implikasi pengetahuan ini secara prinsip dalam amalan pendidikan. Kata kunci: Perkembangan akhlak, al-quran, amalan pendidikan. THE STAGES OF HUMAN MORAL DEVELOPMENT ACCORDING TO THE AL-QURAN ABSTRACT Al-Quran, as revealed to the prophet Muhammad (PBUH), is the main source of study in Islam and is the basis of a complete study of various and universal knowledge. Ever since its revelation, the knowledge encompassed in the al- Qur'an covers all aspects of human needs and life and is far reaching until the end of time. In fact, so much of the knowledge that had been and recently discovered by humans has been proven by the al-quran as the truth. As a matter of fact, as long as human beings study the knowledge of Allah SWT in the al-quran, they

62 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam will acquire the truth and the knowledge of Allah will never diminish, not even a bit. For the purpose of this paper, the authors will highlight the knowledge in the al-quran regarding the stages of human moral development. The authors will also relate the opinions and studies of a number of Islamic eminent scholars which are based on evidences in the al-quran. Furthermore, the authors also demonstrate the implications of the principles of this knowledge in the educational practices. Keywords: moral development, Al-Quran, educational practices. PENGENALAN Kitab al-quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah merupakan sumber utama yang menjasi panduan dan memberi hidayah kepada umat manusia. Kitab al-quran membawa kebenaran kepada manusia dan menjelaskan erti kehidupan yang sebenar. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah az- Zumar, ayat 1-2: ت ن ز يل ال ك ت اب م ن الل ه ال ع ز يز ا ل ك يم Maksudnya: Kitab (Al Quran ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. إ ن ا أ ن ز ل ن ا إ ل ي ك ال ك ت اب ب ا ل ق ف اع ب د الل ه م ل ص ا ل ه الد ين Maksudnya: Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya. Kandungan al-quran bersifat syumul dan lengkap malah tidak ada sesuatupun yang tidak dijelaskan oleh al-quran tentang peraturan dan hukumnya yang meliputi segala keperluan manusia. Ini berdasarkan kepada firman Allah di dalam surah al-an aam, ayat 38: و م ا م ن د اب ة ف ا ل ر ض و ل ط ائ ر ي ط ري ب ن اح ي ه إ ل أ م م أ م ث ال ك م م ا ف ر ط ن ا ف ال ك ت اب م ن ش ي ء ث إ ل ر ب م ي ش ر ون

63 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam Maksudnya: Dan tiadalah Kami alpakan sesuatupun di dalam kitab al Quran ini. Rasulullah SAW diutusakn ke muka bumi merupakan rahmat kepada manusia dan sekelian alam. Sebagaimana firman Allah SWT, م ا أ ر س ل ن اك إ ل ر ح ة ل ل ع ال م ي. Maksudnya: Dan tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. (Surah al-anbiya, ayat 107) Antara tujuan utama perutusan nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT kepada manusia juga memperlihatkan kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam, sebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Imam Malik, hal. 132). Keseluruhan akhlak Rasulullah SAW merupakan contoh tauladan dan ikutan umat manusia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. ( Surah al-ahzab, ayat 21) Oleh itu, menurut kaca mata Islam nilai akhlak adalah sebahagian daripada agama Islam itu sendiri kerana ia merupakan teras ajaran Islam. Sesuai dengan definisi akhlak itu sendiri yang dari segi etimologinya dari kata jamak khuluq membawa maksud tabiat, perangai, maruah dan agama (Asmawati Suhid, 2009). Menurut Imam al-ghazali khuluq adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya perbuatan itu dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang mendalam. Justeru, dalam Islam manusia yang paling tinggi statusnya adalah manusia yang paling mulia akhlaknya dan tinggi sifat taqwanya. Malah, tidak sempurna iman seorang muslim itu sekiranya dia tidak memiliki nilai-nilai moral dan akhlak

64 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam yang mulia dan terpuji. Terdapat banyak hadith yang menunjukkan kaitan iman dengan akhlak. Misalnya, Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya (Imam Ahmad, Juz 3, no. 7406) dan Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri (Sahih Bukhari, Jilid 1, Bil. 10). Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa dengan memiliki akhlak yang sempurna dan mulia sudah memadai untuk dikategorikan sebagai muslim yang benar-benar beriman. Peranan iman dalam diri muslim diutamakan kerana ia merupakan asas yang menentukan segala amalan dan perilakunya diterima Allah SWT. Tiada gunanya seseorang itu berakhlak atau bermoral tinggi, namun dia tidak mempercayai dan patuh kepada peraturan dan hukum Allah SWT. (Asmawati Suhid, 2005). Ini kerana, kekuatan dan kemantapan iman seseorang muslim itu akan membuahkan sifat ketaqwaan yang tinggi yang akan menjadi perisai dalam tindakan dan perbuatannya demi mendapat keredhaan Allah SWT. Malah, dengan sifat taqwalah yang menjadikan seseorang muslim itu mulia di sisi Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-hujuraat, ayat 13 yang berbunyi: ي ا أ ي ه ا الن اس إ ن ا خ ل ق ن اك م م ن ذ ك ر و أ ن ث ى و ج ع ل ن اك م ش ع وب ا و ق ب ائ ل ل ت ع ار ف وا أ ك رم ك م ع ن د الل ه أ ت ق اك م إ ن الل ه ع ل ي م خ ب ري إ ن Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kesimpulannya, aspek akhlak (tanpa mengenepikan iman) sangat ditekankan dalam Islam, malah ia merupakan sebahagian daripada agama Islam itu sendiri. Akhlak merupakan buah yang dihasilkan daripada kemantapan iman dan aqidah serta pelaksanaan ibadah yang sahih. Untuk memelihara kehidupan yang harmoni dan diredhai Allah SWT, maka penekanan kepada sudut keagamaan dan kerohanian amatlah penting terutama dalam penekanan iman yang berlandaskan tauhid kepada Allah SWT. Justeru, kuat atau lemahnya

65 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam iman seseorang dapat diukur dan dilihat menerusi keperibadian dan akhlak mulia. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji (Mohd. Kamal Hassan, 1987). Maka jelas di sini, peranan agama dan aspek rohani perlu ditekankan dalam apa jua bentuk pendidikan akhlak dan moral. Pendidikan akhlak yang berteraskan nilai agama adalah lebih sempurna dan menjamin untuk melahirkan insan yang berkualiti sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. (Asmawati Suhid, 2005). KESYUMULAN SUMBER AL-QURAN Kitab al-quran merupakan sumber dan autoriti yang menjadi panduan dan rujukan umat Islam, Sebagai umat Islam, segala permasalahan dan persoalan yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada dalil atau nas al- Quran. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-nisa, ayat 59 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman. Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil amri di kalangan kamu. Beberapa nas daripada al-quran al-karim boleh diteliti dan direnung seterusnya diambil iktibar daripada intipatinya. Firman Allah SWT yang berbunyi: و م ا م ن د اب ة ف ا ل ر ض و ل ط ائ ر ي ط ري ب ن اح ي ه إ ل أ م م أ م ث ال ك م م ا ف ر ط ن ا ف ال ك ت ا ب م ن ش ي ء ث إ ل ر ب م ي ش ر و ن Maksudnya: Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. (Surah al-an am, ayat 38) ق ل ل و ك ان ال ب ح ر م د اد ا ل ك ل م ات ر ب ل ن ف د ال ب ح ر ق ب ل أ ن ت ن ف د ك ل م ات ر ب و ل و ج ئ ن ا ب ث ل ه م د د ا Maksudnya: Katakanlah, sekiranya laut menjadi tinta bagi kata-kata Tuhanku, maka akan keringlah laut itu

66 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam sebelum habis kata-kata Tuhanku, walaupun Kami datangkan lagi tinta sebanyak air laut itu. (Surah al-kahfi, ayat 109) ي ع ل م م ا ب ي أ ي د يه م و م ا خ ل ف ه م و ل ي يط و ن ب ش ي ء م ن ع ل م ه إ ل ب ا ش اء و س ع ك ر س ي ه الس م او ا ت و ا ل ر ض و ل ي ئ ود ه ح ف ظ ه م ا و ه و ال ع ظ يم ال ع ل ي Maksudnya: Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-baqarah, ayat 255) Berdasarkan contoh ayat-ayat yang diketengahkan di atas, jelas menunjukkan bahawa kitab al-quran sebagai sumber utama dalam Islam yang juga merupakan wahyu daripada Allah SWT adalah lengkap dan menyeluruh. Lengkap dan menyeluruhnya kandungan al- Quran ini meliputi segala aspek keperluan dan kehidupan manusia sejak penurunan al-quran hinggalah ke akhir zaman atau hari akhirat. Begitu juga lengkap dan menyeluruhnya ilmu al-quran boleh dilihat dari sudut pencakupannya dalam hal-hal keduniaan dan keakhiratan, juga mencakupi setiap masa, zaman dan tempat. Namun, dalam kertas kerja ini, penulis akan hanya memfokuskan perbincangan yang berkaitan dengan perkembangan akhlak manusia berdasarkan prinsip yang diketengahkan oleh dalil atau nas al-quran. Seterusnya, penulis turut mengupas idea tokoh-tokoh Islam yang telah banyak mengkaji kandungan al-quran berhubung aspek ini. PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA MENURUT AL- QURAN Menurut perspektif umum psikologi, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan sepanjang hayat dan kehidupannya secara berperingkat-peringkat. Bagi setiap peringkat itu pula, dihuraikan ciri-

67 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam ciri perbezaannya masing-masing. Sesungguhnya di dalam Islam berdasarkan dalil al-quran dan as-sunnah juga dijelaskan secara komprehensif tentang hal ini. Menerusi kedua-dua sumber Islam tersebut, diterangkan bahawa penciptaan manusia oleh Allah SWT adalah melalui beberapa peringkat yang meliputi perkembangan jasmani, rohani dan akhlak. Sebagaimana jelas di dalam firman Allah SWT yang berbunyi: ال ذ ي خ ل ق ك ف س و اك ف ع د ل ك ف أ ي ص ور ة م ا ش اء ر ك ب ك Maksudnya: Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang. Dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. (Surah al-infithaar, ayat 7-8) Islam turut membicarakan tentang perkembangan intelek manusia mengikut tahap tertentu dengan fungsi yang berbeza. Menurut Ahmad Muhammad Amir (1990), antara ciri pemikiran atau mental manusia ialah pemikiran berkembang tanpa had sepanjang kehidupan manusia. Beliau menambah lagi, Allah SWT menganugerahkan kepada manusia akal, namun tidaklah sesempurna sejak kelahiran, sebaliknya berkembang sedikit demi sedikit, bersama-sama perkembangan fizikal dan personaliti atau tingkah laku. Perkembangan pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Kanak-kanak, sebagai contohnya, sejak dilahirkan amat tertarik dengan apa yang ada di persekitarannya dan bertindak balas mengikut kemampuan dan kebolehannya dari segi tubuh badan, jiwa dan akal; dan setiap kali dia membesar, kemampuannya untuk bertindak balas turut berkembang. Secara terperincinya, dalam membincangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak, termasuk perkembangan mental, Ahmad Muhammad Amir (1990) turut menjelaskan kemampuan atau keupayaan mental pada setiap peringkat tersebut. Perkembangan mental manusia berkait rapat dengan tindakan atau tingkahlaku yang akan diambil oleh manusia. Peringkat-peringkat berkenaan ialah, pertama sebelum kelahiran; diikuti peringkat selepas kelahiran hingga akhir tahun kedua. Pada masa itu, perkembangan mental atau kognitif merangkumi setiap perkembangan pergerakan atau tingkah laku, perasaan, pancaindera dan percakapan. Justeru, berdasarkan pandangan

68 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam ini maka dapat diambil manfaat dan kaedah yang tertentu dalam pembentukan dan pendidikan akhlak manusia. PERKEMBANGAN AKHLAK MANUSIA MENURUT AL QURAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PENDIDIKAN Menurut beberapa orang ahli psikologi, dari sudut perkembangan tingkah laku realitinya kanak-kanak yang baru dilahirkan bukan melakukan sesuatu atas kehendak dan penguasaannya, sebaliknya ia merupakan tindak balas secara spontan. Contohnya, apabila terkena cahaya mata hari, secara spontan matanya tertutup akibat berasa kesan cahaya tersebut. Secara umumnya boleh dikatakan bahawa kanakkanak yang cepat perkembangannya dari sudut pergerakan dan perasaan adalah lebih pintar daripada kanak-kanak yang lambat perkembangannya. Bagaimanapun, fakta ini hanyalah berdasarkan hasil kajian dan akal manusia sahaja, kerana apa yang akan berlaku pada masa-masa akan datang merupakan kuasa dan iradah Allah SWT. Seterusnya ialah peringkat awal kanak-kanak, iaitu antara umur tiga hingga lima tahun. Di peringkat ini pemikiran kanak-kanak hanya bergantung kepada apa yang dipersepsikan melalui pancaindera. Manakala di peringkat keempat, iaitu peringkat pertengahan kanakkanak antara umur enam hingga lapan tahun, berlaku perkembangan mental yang membolehkan kanak-kanak merealisasikan pemikirannya dari sudut gambaran kepada kenyataan serta boleh membeza-bezakan dan memberi nama sesuatu benda mengikut sifat dan ciri tertentu. Peringkat kelima merupakan peringkat akhir kanak-kanak, iaitu antara umur lapan hingga 12 tahun. Di peringkat ini mereka mampu melakukan perkaitan atau menghubungkan dua perkara atau situasi dari aspek masa atau tempat serta menentukan persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Tegasnya, kebolehan kanak-kanak berkembang secara bertahap, iaitu tahap membilang (pada umur tiga atau empat tahun); tahap menyifatkan atau memberi gambaran (pada usia tujuh atau lapan tahun) dan tahap mentafsir (pada umur 12 atau 13 tahun). Terakhir ialah peringkat baligh atau cukup umur, iaitu antara 13 hingga 18 tahun, yang merupakan kesediaan kanak-kanak ke arah kematangan dan cerdik. Menurut Ahmad Muhammad Amir (1990), sesungguhnya kewajipan dalam syariat Islam adalah kembali kepada kefahaman akal

69 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam fikiran (sempurna akal) dan ilmu pengetahuan tentang hasil yang diperoleh daripada sesuatu perbuatan dan tingkah laku. Dengan kata lain, Islam menganggap peringkat ini sebagai peringkat di mana individu telah mula menerima tanggungjawab atau taklif kerana pengetahuan dan pemikiran mereka telah berkembang baik dan sempurna. Justeru, Islam mementingkan perkembangan akal dan jasmani dalam menentukan taklif seseorang. Seterusnya, segala tindakan dan perlakuan yang dibuat oleh mereka yang telah ditaklifkan terletak ke atas dirinya daripada sudut menerima pahala ataupun dosa. Sebagaimana dijelaskan di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa terdapat tiga keadaan dimana diambilkira (ditaklifkan) perkataan seseorang itu, iaitu orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia cukup umur dan orang gila sehingga dia berakal. Sesungguhnya, perkembangan kognitif pada peringkat ini berlaku dengan pantas dan cepat. Namun, tempoh baligh berbeza antara satu individu dengan individu lain. Berdasarkan penerangan di atas, boleh disimpulkan bahawa ahli-ahli psikologi Islam bersependapat bahawa perkembangan intelek manusia boleh dibahagikan kepada enam peringkat utama, iaitu peringkat sebelum dilahirkan; peringkat kanak-kanak baru lahir atau bayi; peringkat awal kanak-kanak; peringkat akhir kanak-kanak; peringkat remaja; dan peringkat matang (Abdul Rahman Salleh Abdullah, 1994). Seterusnya perkembangan intelek manusia diakui mempunyai pengaruh dalam tindakan dan perlakuan mereka sekiranya diatur secara munasbah dan mengikut syariat. PENDIDIKAN ANAK-ANAK BERDASARKAN PRINSIP AL- QURAN Berdasarkan dalil al-quran dan hadith serta pendapat pendidik dan ahli psikologi Islam tentang perkembangan kognitif, prinsip tentang bentuk dan kaedah pendidikan akhlak dapat disimpul dan diketengahkan. Daripada prinsip ini juga, secara langsung dapat dirumuskan bahawa terdapat tahap atau peringkat tertentu tentang perkembangan akhlak manusia. Namun perlu ditegaskan bahawa Islam menekankan penanaman aqidah dan pendidikan akhlak dilakukan di peringkat pralahir atau di dalam kandungan ibu lagi. Ini berasaskan kepada firman Allah SWT di dalam Surah al-insan, ayat 2 yang memperlihatkan bahawa manusia sudah boleh mendengar dan melihat semasa dalam kandungan ibu lagi.

70 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam إ ن ا خ ل ق ن ا ا ل ن س ان م ن ن ط ف ة أ م ش اج ن ب ت ل يه ف ج ع ل ن اه س يع ا ب ص ري ا Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Oleh sebab itu, berdasarkan kepada hadith-hadith juga, Islam menggalakkan ibu yang hamil agar memperelokkan akhlak, membaca al-quran dan perbanyakkan zikrullah. Mohammed Ali Albar (1992:139) turut menyatakan bahawa: Telinga-telinga fetus berfungsi seawal-awalnya pada bulan keempat kandungan. Fetus dapat mendengar suara ibunya, bunyi perut ibu yang menggerodak dan bunyi-bunyian semasa ibu makan dan minum. Ianya juga boleh mendengar bunyi luaran di dalam persekitarannya, sama ada bunyi saudara menangis, jeritan ayah atau orkestra yang ditayangkan melalui televisyen di rumah. Demikian juga di peringkat selepas kelahiran, Islam menggariskan prinsip-prinsip pendidikan akhlak mengikut tahap-tahap perkembangan manusia. Di awal peringkat kelahiran misalnya, bayi hendaklah diperdengarkan kalimah Tauhid (azan atau iqamah) bagi menanamkan roh dan akhlak Islam dalam jiwa mereka. Manakala dalam proses membesar dan menuju kematangan, kanak-kanak hendaklah dididik dengan adab-adab Islam yang murni sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Apabila kanak-kanak mencapai peringkat mumaiyyiz (peringkat kanak-kanak sudah boleh membezakan perkara yang baik dan yang buruk), maka pendidikan akhlak yang diberikan perlu lebih mantap dan kerap. Kanak-kanak di peringkat ini mampu memahami dan membezakan antara suruhan dan larangan agama. Di peringkat ini juga, anak-anak hendaklah diajarkan pelbagai adab terutamanya adab terhadap ibu bapa dan orang tua, pergaulan, berpakaian dan sebagainya (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990). Oleh itu, pendidikan akhlak perlu dilakukan secara berterusan dan diperteguhkan dengan ganjaran atau dendaan.

71 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam Manakala di peringkat anak-anak mencapai umur baligh, iaitu peringkat di mana Islam mentaklifkan segala perbuatan dan tindakan serta telah dipertanggungjawabkan atas segala amalan dan perlakuan, individu wajib mematuhi perintah dan peraturan Islam. Ini kerana, setiap tindakan dan tingkah lakunya akan diberi balasan pahala dan dosa atas setiap kebaikan dan kesalahan. Mereka seharusnya sudah mampu dan berupaya memikirkan sesuatu konsep, misalnya nilai akhlak, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan seharian. Malah, mereka berkebolehan memikirkan perkara yang abstrak bagi membantu pemahamannya dalam sesuatu perkara. Mengikut teori psikologi, peringkat ini dikira sebagai peringkat remaja, iaitu merupakan suatu zaman peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Para ahli psikologi barat juga menganggap ia merupakan zaman yang penuh konflik dan berlaku kekeliruan identiti ketika remaja (Atan Long, 1978; Mahmood Nazar Mohamed, 1992). Oleh itu, mereka dikatakan dalam proses mencari identiti, lantas terperangkap dalam dilema antara memelihara nilai budaya sendiri atau menggantikannya dengan nilai baru (Rosnani Hashim, 1998). Oleh itu, remaja sering dikaitkan dengan fenomena penyelewengan moral dan keruntuhan akhlak. Namun, menurut pandangan Islam, hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana faktor kematangan yang telah dicapai malah zaman remaja (baligh) merupakan zaman persediaan untuk memikul tanggungjawab atau taklif (Asmawati Suhid, 2009). Berkaitan kawalan atau isbat moral atau akhlak, Islam telah mengutarakan suatu pandangan yang jelas dan mantap. Hal ini terangkum dalam sebuah hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Dari Umar r.a katanya, pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datanglah kepada kami seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan tanda-tanda yang dia sedang dalam perjalanan (musafir). Dan tidak seorangpun daripada kami mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan Nabi SAW, lalu dia menyandarkan kedua lututnya kepada dua lutut nabi dan meletakkan kedua telapak

72 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam tangannya ke atas dua peha nabi. Kemudian dia berkata: Hai Muhammad, khabarkanlah kepadaku dari hal Islam. Maka Rasulullah SAW menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengaku tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau berkesanggupan. Dia berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Katanya lagi: Maka khabarkanlah kepadaku dari hal iman. Rasulullah SAW menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikatnya dan segala kitabnya dan para rasulnya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baiknya dan jahatnya. Dia berkata: Benarlah engkau. Kemudian dia bertanya lagi: Khabarkanlah kepadaku dari hal ihsan. Rasulullah SAW menjawab: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau (Sahih Muslim, Jilid 1, Bil. 1). Jelas daripada hadith ini, kawalan atau isbat moral atau akhlak bagi seseorang muslim adalah sifat ihsan iaitu kesedaran dan keinsafan bahawa setiap perlakuan dan tindakannya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Malah sifat ihsan, seperti yang dijelaskan oleh Asmawati Suhid dalam Abd. Rahman Md. Aroff (1991) merupakan kemuncak akhlak Islam. Pati sifat ihsan pula ialah kecintaan kepada Allah SWT. Kecintaan itu direalisasikan menerusi ketaatan dan kepatuhan kepada suruhan Allah SWT serta menghindarkan larangannya. Implikasinya, dia akan mengawal diri untuk melakukan kebaikan dan mengelakkan daripada kejahatan agar mendapat keredhaan Allah SWT. Oleh itu, menurut Islam, sebagaimana yang dilaporkan oleh Asmawati Suhid (2002), karakter yang diutamakan ialah yang terhasil daripada ciri-ciri dalaman manusia khususnya hati dan sanubari mereka. Sebagaimana maksud hadith: Katakanlah, bahawa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging, kiranya ia elok, maka eloklah seluruh tubuh

73 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam badan itu. Dan kiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan itu pula. Ia itu adalah hati. (Sahih Bukhari, Jilid 1, bil. 52). Di sinilah terpahatnya iman, taqwa dan ihsan seseorang muslim yang sebenar. KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan kesyumulan dan keluasan pencakupan ilmu al-quran dalam membincangkan hal ehwal kemanusiaan dan hubungannya dengan aspek lain dalam memenuhi kehidupan harian. Al-Quran secara komprehensif menyediakan panduan dan bimbingan dalam usaha pembentukan dan pendidikan akhlak manusia supaya sejajar dengan objektif penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah di muka bumi yang akhirnya menuju ke alam akhirat untuk dinilai dan dihitung setiap amal perbuatannya. Oleh itu, umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya hendaklah mengambil iktibar daripada dalil-dalil dan panduan al-quran serta hadith bagi mencapai matlamat umtuk melahirkan insan beriman, berilmu dan beramal. RUJUKAN Abdul Rahman Salleh Abdullah. (1994). Al-Marji fi tadrisi Ulum al-syariah. Aman: Muharrar al-kitab. Ahmad Muhammad Amir (1990). Usul ilmu al-nafs al-am fi Dau I al-islam. Jeddah: Dar al-syuruq. Asmawati Suhid (2009). Pendidikan Akhlak dan Adab Islam : Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors. Asmawati Suhid (2005). Pemantapan komponen akhlak dalam Pendidikan Islam bagi menangani era globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, 6, 95-103. Abdul Rahman Md. Aroff dan Asmawati Suhid (2002) Etika dalam pentadbiran sekolah. Dlm. Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan: Satu langkah ke hadapan, ed. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi, halaman 105-117. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Asmawati Suhid (1999). Akhlak Islam. Dalam Abdul Rahman Md. Aroff, Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang: Penerbit UPM Abu Abd. Allah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amru bin al- Harith (1951). Muwatta al-imam Malik wa Syarhuhu Tanwir al- Hawalik. Kaherah: Mustafi al Babi al-halabi.

74 Faktor Kesalahan Bahasa Yang Mempengaruhi Pelajar Melayu Dalam Atan Long (1978). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hamid Fahmy Zarkasyi (1990). Pemikiran al-ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmood Nazar Mohamad (1992). Pengantar psikologi. Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd. Kamal Hassan, 1987. Peranan akhlak dalam pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam. Bil. 8. Mohammed Ali Albar (1992). Terj. Rusli Haji Nordin. Perkembangan manusia menurut al-quran dan hadith. Kejadian manusia menurut ilmu perubatan dan al-quran. Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd. Rosnani Hashim (1998). Ke arah perindustrian negara Islam berasaskan moral dan etika. Jurnal Pendidikan Islam, 8,1. Sahih Bukhary (1981). Surabaya: Penerbit Toko Kitab al-asriyah. Al-Imam Ahmad bin Hanbal (1991). Al-Musnad. Juz. 3. Kaherah: Dar al-fikr. PM. Dr. Asmawati Suhib Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Email: asmawati@upm.edu.my Dr Fathiyah Mohd Fakhruddin Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Email: fathi@upm.edu.my Abd. Muhsin Ahmad Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Email: amuhsin@um.edu.my