kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

Similar documents
PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

APLIKASI PRINSIP KEBAJIKAN KANAK-KANAK DALAM KES HADANAH

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IAIS Malaysia Policy Issue Papers

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

Latifah Abdul Aziz, Tarikh: 2 Mac 2012

Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN SEBAGAI HAK DAN KEWAJIPAN IBU

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

Transcription:

5.1. PENUTUP Perbincangan mengenai pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan perkahwinan sivil dan implikasi terhadap hak hadanah bukanlah perkara remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Setelah meneliti dan menganalisa beberapa kes yang berkaitan dengan kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama Prinsip kebajikan kanak-kanak yang merupakan pertimbangan yang paling utama dalam penentuan hak hadanah adalah dilihat selari diantara Mahkamah Sivil 163 dan Mahkamah Syariah. Untuk mengguna pakai prinsip ini, Mahkamah telah mengklasifikasikan beberapa perkara yang berkaitan, walaupun bukan menyeluruh ia mesti dinilai secara terperinci 164 : i) Memastikan keinginan dan perasaan kedua-dua anak tersebut ii) Berkenaan dengan keperluan fizikal, emosi dan pendidikan kedua-dua anak tersebut iii) Kesan terhadap kedua kanak-kanak tersebut mengenai apaapa perkara yang berubah iv) Berkenaan dengan umur, jantina dan latar belakang dan apa-apa karakter kedua-dua anak adalah dalam pertimbangan mahkamah v) Apa-apa bahaya yang dideritai oleh kedua-dua anak dan apa-apa risiko yang ditanggungi mereka vi) Sejauh mana kedua ibu dan bapa kedua-dua anak tersebut memenuhi kehendak mereka vii) Keinginan kedua ibu dan bapa kanak-kanak tersebut 163 Lihat juga Lim Fang Keng v Toh Kim Choo [1995] 4 CLJ 733 dan Nur Aisyah Suk Abdullah v Harjeet Singh dalam [1999] 4 CLJ 566. 164 Shamala Sathiyaseelan v Dr. Jeyaganesh C Mogarajah [2004] 3 CLJ 523. 128

Kebajikan kanak-kanak adalah pertimbangan yang utama dapat dilihat di dalam peruntukan Akta 164 menerusi seksyen 88(2) yang menyatakan: (2) In deciding in whose custody a child should be placed the paramount consideration shall be the welfare of the child and subject to this the court shall have regard - (a) to the wishes of the parents of the child; and (b) to the wishes of the child, where he or she is of an age to express an independent opinion. Begitu juga dengan peruntukan dalam seksyen 11 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 yang menyatakan: The Court or a Judge, in exercising the powers conferred by this Act, shall have regard primarily to the welfare of the infant and shall, where the infant has a parent or parents, consider the wishes of such parent or both of them, as the case may be. Kebajikan kanak-kanak adalah juga merupakan pertimbangan yang utama oleh Mahkamah Syariah. Ini boleh dijelaskan berdasarkan kepada peruntukan seksyen 86(2) Akta 303. 2) Untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang kanakkanak patut diletakkan, pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan, tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada :- (a) kemahuan-kemahuan ibu bapa kanak-kanak itu; dan (b) kemahuan-kemahuan kanak-kanak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri. 129

Terdapat kes yang boleh menyokong hujahan ini iaitu dalam Wan Abdul Aziz dengan Siti Aishah. 165 Ibu dan bapa dalam kes ini telah berkahwin pada tahun 1965 dan kemudiannya telah berlaku perselisihan faham antara keduanya sekitar tahun 1972 dan mereka mula tinggal berasingan dengan kedua-dua anak tinggal bersama bapanya. Pada tahun 1973, anak pertama mereka mula tinggal bersama dengan ibunya manakala anak yang kedua tetap tinggal bersama bapanya. Pada tahun 1974 pula, pasangan ini sah bercerai dan ibu kanak-kanak ini memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan hak hadanah anaknya yang kedua. Mahkamah Kadi telah membenarkan permohonan ini berdasarkan kepada fakta kes yang menunjukkan bahawa kanak-kanak itu berumur empat tahun pada waktu itu. Bapa kanak-kanak ini tidak berpuas hati dan membuat permohonan rayuan. Jemaah pengadilan telah menerima rayuan ini dan berkata: Menurut catitan perbicaraan kes ini ternyata Wan Anita Kartini iaitu anak kedua pasangan ini telah mulai menetap duduknya di bawah jagaan dan pengawasan bapanya dalam pemeliharaan dan asuhan Hajjah Wan Zabidah iaitu ibu kepada bapanya merangkap nenek kepada kanak-kanak ini dari masa dia berumur dua tahun tiga bulan dan setelah menetap kira-kira setahun setengah barulah dituntut oleh ibunya. Sehingga hari ini, Wan Anita Kartini telah duduk bersama Hajjah Wan Zabidah lebih daripada dua tahun setengah, iaitu suatu tempoh yang dipercayai menjadikan Wan Anita Kartini telah bermesraan penuh dengan neneknya. Maka dengan berdasarkan kepada keadaan tersebut Jemaah Pengadilan berpendapat akan tersentuh jiwa hati Wan Anita Kartini kalau dipisahkan dari neneknya itu. 165 [1975] 1 JH (1) 47; [1977] 1 JH 50. 130

Antara lain, kes Nooranita bte Kamaruddin dengan Faeiz bin Yeop Ahmad adalah sokongan terhadap hujahan yang menyatakan bahawa kebajikan anak adalah menjadi keutamaan dalam pertikaian mengenai hak hadanah. Dalam kes ini mahkamah menyatakan bahawa: pertimbangan utama yang terpakai dalam semua kes-kes hadanah ialah hak kanak-kanak yang dipertikaikan mestilah diberikan keutamaan daripada hak orang yang menuntut hadanah kerana tujuan hadanah itu sendiri ialah untuk kebajikan kanak-kanak dan bukanlah untuk kebajikan pihakpihak yang bertelingkah. 166 Dalam kes Abdul Rahman dengan Husna dan lain-lain 167, pertelingkahan yang berlaku adalah diantara seorang ayah sebagai pemohon dan Ibu saudara sebelah ibu bertindak sebagai responden yang mana anak dalam kes ini adalah dalam jagaan responden setelah ibu dan bapanya bercerai. Jagaan sebenar ke atas anak ini telah diberikan kepada ibunya ketika anak ini berusia dua tahun. Setelah ibu tersebut berkahwin semula, dia menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh kakaknya memandangkan anak itu telah berada dalam jagaan kakaknya sejak dari usia lima bulan. Ketika mengetahui yang ibu tersebut telah berkahwin semula, pemohon telah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan hak jagaan tersebut yang mana ketika itu anak tersebut berusia 4 tahun. Mahkamah menolak permohonan pemohon dan kemudiannya rayuan dilakukan yang mana tidak dapat didengar sehinggalah anak tersebut berusia tujuh tahun. Semasa dalam sesi temubual, anak tersebut selesa menyatakan bahawa beliau berkehendakkan untuk tinggal bersama dengan responden. Tambahan pula terdapat bukti yang menunjukkan bahawa anak tersebut adalah 166 [1989] 2 MLJ cxxiv. 167 [1998] XII JH (II) 221. 131

mendapat jagaan yang baik daripada responden. Untuk itu hak hadanah anak tersebut diserahkan kepada responden. Oleh itu, dapatlah disimpulkan sekiranya hak antara ibu atau bapa atau penjaga untuk mendapatkan hadanah ke atas seseorang anak bertembung dengan kepentingan dan kebajikan anak itu, maka kebajikan anak itulah yang diutamakan. (2) Keharusan Hak Hadanah Kepada Ibu Atau Bapa Yang Bukan Islam Pandangan sebahagian fuqah Islam mengenai ibu atau bapa yang bukan Islam dibenarkan untuk mendapatkan hak hadanah adalah boleh dilaksanakan di Malaysia. Perkara ini telah pun dikupas secara jelas di bab ketiga disertasi ini. Secara rumusannya fuqah Mazhab Syafii 168 menyatakan bahawa hak hadanah tidak boleh jatuh kepada orang yang bukan Islam. Namun berbeza pula dengan pandangan daripada Mazhab Hanafi dan juga Mazhab Maliki yang membenarkan hak hadanah diberikan kepada orang yang bukan Islam berdasarkan kepada syarat tertentu. uqah Mazhab Hanafi menghadkan hak hadanah kepada ibu dan kaum kerabat wanita sahaja. Ini bermakna bapa dan kaum kerabat lelaki yang tidak beragama Islam adalah tidak layak untuk mendapatkan hak hadanah kerana hak seorang lelaki ke atas hadanah adalah bersandarkan kepada hukum pewarisan harta dimana seorang yang bukan Islam tidak layak mewarisi harta orang Islam dan sebaliknya. 169 Hak hadanah 168 us qi -Din Abu Bakar b. al-muhammad, Kif y t al-akhyar fi il h y t al- khtis r, jil. 2 (Bandung: Syarikat al-m rif t.t) 286. 169 Muh Zahrah, Al-Ah l al- haks yyah, (Beirut: Dar al-fikr al-arabi, 1957), 409. 132

seorang bukan Islam hanyalah terhadap anak kecil yang belum mengerti tentang agama dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anak ini akan cenderung kepada agama yang lain, tetapi jika si anak telah sampai ke peringkat mengenal agama dan dibimbangi akan terpengaruh maka ketika itu ibunya tidak berhak ke atas anak tersebut. 170 Pandangan muktamad dalam Mazhab Maliki pula menyatakan bahawa si ibu berkenaan masih berhak memelihara anaknya sama seperti berhaknya seorang ibu yang beragama Islam menjaga anaknya yang Islam. Hal ini adalah kerana mereka tidak mensyaratkan persamaan agama antara penjaga dan anak peliharaannya. Jika sekiranya si ibu mengambil kesempatan untuk memesongkan agama dan akhlak si anak, maka menjadi kewajipan pihak berkuasa Islam untuk memastikan anak tersebut berada di bawah pengawasan orang-orang Islam pada masa yang sama hak hadanah kepada si ibu masih terpelihara. Mazhab Maliki juga mengharuskan hak hadanah kepada bapa yang bukan Islam ke atas anaknya yang beragama Islam. 171 Untuk itu, sekiranya dilihat kepada perbezaan pandangan yang wujud dikalangan fuqah mazhab dalam Islam terdapat kelonggaran yang ditonjolkan untuk menyeimbangi hak hadanah antara pasangan bagi kes salah seorang sahaja yang memeluk Islam. Adalah bersesuaian pandangan yang memberi hak hadanah kepada pasangan yang bukan Islam untuk dipraktikkan di Malaysia sekiranya terbukti dengan hujah-hujah yang menunjukkan bahawa yang bukan Islam tersebut adalah berkelayakan 170 r hsh h - Al-Mabs t, jil. 5 (Beirut: Dar al-m rif h 1986) 210. 171 Al-Dasuqi, Shams al-din Muhammad al- Irf h shiyah al-dusuqi ala al-syarh al kab r j. 2. (Beirut: r Ih Kutu r i h t.t) 529. 133

untuk mendapatkan hak tersebut 172 seperti juga yang telah diputuskan Yang Arif Hakim Faiza dalam kes Shamala. Keputusan tersebut adalah berdasarkan kepada pertimbangan yang cukup teliti berdasarkan kepada hujahan pihak-pihak yang terlibat. Namun bukanlah dalam semua situasi hak hadanah boleh diberikan kepada yang bukan Islam. Terdapat juga kekhuatiran yang timbul dalam penentuan yang sebegini kerana bukanlah satu perkara yang dapat dipastikan tanpa sebarang keraguan bahawa si ibu atau si bapa yang bukan Islam tidak akan mendidik anak tersebut mengenai agama yang dianutinya kerana adalah sukar untuk mereka mengikuti prinsip yang digariskan oleh fuqah Islam. Ia terbukti melalui kes Shamala yang mana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang memberikan hak jagaan kepadanya tetapi tidak dalam penentuan agama anak-anak yang telah diislamkan oleh bapanya. Satu garis panduan berdasarkan kepada undang-undang perlu digubal untuk menyelesaikan pertikaian seperti ini sekiranya terdapat lagi kes yang sebegini pada masa akan datang agar pihak yang terlibat jelas dengan hak masing-masing. (3) Peranan Badan Perundangan Negeri Peranan Badan Perundangan Negeri sebagai penggubal undang-undang Islam di Malaysia bagi menentukan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui perkara 74(2) dan 77 bahawa ia memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah. 172 Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pertukaran Agama: Hak Penjagaan Anak Isu dan Masalah, [2004] 3 MLJ xxxiv. 134

Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri. (2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undangundang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain,badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama. Perkara 77. Kuasa baki perundangan. Badan Perundangan sesuatu Negeri berkuasa membuat undangundang mengenai apa-apa perkara yang tidak disebut satu persatu dalam mana-mana Senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, iaitu yang bukan suatu perkara yang berkenaan dengannya Parlimen berkuasa membuat undangundang. Mahkamah Syariah adalah ditubuhkan di bawah undang-undang negeri dan kuasa kerajaan negeri membuat undang-undang berkenaan adalah tertakluk kepada Jadual Kesembilan Senarai II, item 1 Perlembagaan Persekutuan dimana kuasa negerinegeri berhubung dengan Hukum Syarak dengan tidak mengenepikan 3 perkara iaitu: i. Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas orang yang beragama Islam, ii. Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah mengenai perkara yang setakat diperuntukkan menerusi item 1 Senarai Negeri, iii. Bidang kuasa Mahkamah Syariah yang menyentuh tentang kesalahan yang melanggari Hukum Syarak adalah seperti apa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan menerusi item 1 Senarai Negeri 173. 173 Senarai II- Senarai Negeri: Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang 135

Adalah jelas bahawa tujuan Parlimen menggubal perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan ialah untuk menyingkirkan bidang kuasa Mahkamah-Mahkamah Tinggi di dalam mana-mana perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. 121(1A) Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh kerana itu apabila ada konflik bidang kuasa, pendekatan yang betul ialah pertama sekali melihat sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan bukan sama ada Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa memperuntukkan undang-undang yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah. 174 Ini kerana kesahan undang-undang negeri hanya boleh dipersoalkan di prosiding berasingan di bawah perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana setakat berkaitan memperuntukkan: (3) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau (a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa Negeri; (b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan Negeri itu. menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu. 174 Mohamed abibullah bin Mahmood l n. aridah bte Dato Talib [1992] 2 MLJ 800. 136

Dengan perkara 4(4) di baca bersama perkara 128, Mahkamah Agong sahaja boleh mengisytiharkan bahawa undang-undang itu tidak sah di dalam prosidingprosiding yang dirujukkan di dalam perkara 4(3). Sesungguhnya keadaan bahawa orang-orang Islam di negeri ini telah tertakluk kepada undang-undang diri dan undang-undang keluarga Islam telah wujud dengan kedatangan Islam ke negeri ini pada kurun ke 15. Undang-undang seperti ini bukan sahaja ditadbirkan oleh Mahkamah Syariah tetapi juga oleh mahkamah-mahkamah awam. Apa yang telah dibuat oleh perkara 121(1A) ialah memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah-Mahkamah Syariah di dalam mentadbirkan undang-undang Islam seperti itu. Dengan perkataan yang lain, perkara 12(1A) adalah peruntukan untuk mengelakkan bidang kuasa bercanggah antara Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Mahkamah-Mahkamah Syariah. 175 5.2. CADANGAN Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa cadangan adalah relevan dan berkaitan sebagaimana berikut: 175 Ahmad Mohamed Ibrahim, Bidang kuasa dan Kuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah: Hakim dan Pegawai Syariah dalam Pentadbiran Undang-Undang Islam, (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 1997), 267-270. 137

(1) Mahkamah Syariah tidak perlu memutuskan isu hadanah anak Setelah beberapa penelitian dilakukan dalam kajian ini, penulis memberikan cadangan bahawa Mahkamah Syariah tidak perlu memutuskan tentang isu yang berkaitan dengan penentuan hak hadanah ke atas anak-anak khusus dalam kes pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan perkahwinan sivil. Ini adalah kerana keputusan Mahkamah Syariah tidak akan mengikat pihak yang bukan Islam serta Mahkamah Sivil dalam membuat penghakimannya. Ia adalah berbeza dengan pengesahan pembubaran perkahwinan yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah sekiranya salah seorang daripada pasangan perkahwinan sivil memeluk Islam. Sekalipun pembubaran perkahwinan yang diputuskan di Mahkamah Syariah tidak mengikat pasangan yang bukan Islam dan Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan dari segi undang-undang untuk membuat pengesahan pembubaran tersebut. Perkara ini juga merupakan hak ke atas pihak yang memeluk Islam dari segi undangundang untuk diadili menerusi seksyen 46(2) Akta 303 dimana: Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah. Setelah diperhalusi berkenaan dengan peruntukan undang-undang bagi Mahkamah Syariah untuk memutuskan mengenai penentuan hak hadanah, tidak ada peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam yang memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar tentang permohonan 138

kes hadanah sekiranya salah seorang pasangan perkahwinan sivil memeluk Islam. Oleh yang demikian untuk mengelak daripada konflik bidang kuasa terus berlanjutan, sekurang-kurangnya apabila Mahkamah Syraiah tidak membicarakan tuntutan hak hadanah yang sebegini mengurangkan konflik bidang kuasa. Justeru, apabila Mahkamah Syariah tidak perlu mendengar dan memutuskan perkara ini cadangan berikut yang sering diketengahkan dalam penulisan-penulisan adalah perlu untuk dikemukakan. (2) Seksyen 51 Akta 164 perlu dipinda Sesungguhnya, dalam membincangkan tindakan seseorang bukan Islam yang memeluk agama Islam, begitu rumit dan berlaku konflik dalam sistem undang-undang di Malaysia, terutamanya apabila ia berkaitan dengan pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan suami isteri perkahwinan bukan Islam pada asalnya. Malah ia menimbulkan suatu pertentangan bidang kuasa yang tidak jelas dalam sistem dualisme Mahkamah Malaysia. 176 Ini adalah kerana pasangan yang memeluk Islam tidak boleh menfailkan pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil memandangkan peruntukan seksyen 51 Akta 164 telah menyatakan pihak yang boleh membuat petisyen perceraian adalah hanya pihak yang kekal dalam agama asal. Sekiranya pembubaran perkahwinan tersebut difailkan di Mahkamah Syariah, maka keputusan yang dikeluarkan tidak akan mengikat 176 Suwaid b. Tapah. Pe e u Is : Per i c g aripada Perspektif Undang-Undang di M si Jurnal Syariah 4, bil. 1, (1996): 114. 139

pasangan yang satu lagi kerana mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. Persoalannya, adakah terdapat mekanisme untuk mengharmonikan dan memurnikan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah apabila terdapat kes seperti ini? Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan dalam perkara 121(1A). Mekanisme harmonisasi ini boleh berlaku sekiranya peruntukan seksyen 51 Akta 164 dipinda. Sekiranya ia dipinda maka seksyen 3 dalam Akta yang sama juga mesti dipinda agar keadilan kepada semua pihak yang terlibat terlaksana 177 seperti yang dicadangkan di atas. Ini adalah kerana, setakat ini apa yang dapat dibuat oleh Mahkamah Syariah hanyalah mengesahkan yang perkahwinan tersebut adalah terungkai. 178 Pandangan yang sama mengenai pindaan terhadap seksyen 51 Akta 164 turut dizahirkan oleh Yang Amat Arif Hakim Ismail Yahya dalam memutuskan kes Aisyah 177 Prof. Tan Sri Datuk Ahmad b. Mohamed I r hi Pertu r g Is, Tinjauan Kepada Perundangan Islam, disunting oleh Abdul Monir Yaacob dan Sarina Othman, (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2000), 77-78. 178 Moh e z Moh e i Kes I p i si Pertu r g alam Perundangan M si, Undang-Undang Islam di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia, disunting oleh Ahmad Hidayat Buang (Universiti Malaya: Jabatan Syariah Undang-Undang, 1998), 32. 140

Salman Sian 179 mengenai permohonan secara ex parte untuk membubarkan perkahwinan sivilnya kerana beliau telah memeluk Islam manakala suaminya Ee Lian Kuan masih kekal dalam agama asal iaitu agama Buddha. Yang Amat Arif Hakim menyatakan bahawa: [46] berdasarkan kepada pendapat-pendapat yang telah dijelaskan, eloklah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 itu dimansuhkan seberapa segera dan diganti dengan satu Akta yang lebih mesra kepada pemeluk Islam. Atau paling tidaknya dibuat pindaan serta merta bagi membolehkan pemeluk Islam mempetisyenkan perceraian akibat dari pasangannya tidak ikut sama memeluk Islam. Pindaan perlu dilakukan terhadap beberapa seksyen dalam Akta 164, kerana setakat ini hanya dilihat bahawa melalui ruang undang-undang ini sahajalah yang akan dapat menyelesaikan masalah ini kerana Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa ke atas seseorang yang bukan Islam. Pindaan yang dimaksudkan ialah 180 : a. Supaya menyebutkan bahawa Akta Membaharui Undang- Undang (Perkahwina dan Perceraian) 1976 tidak terpakai jika kedua-dua pihak orang Islam. b. Supaya memperuntukkan jika sesuatu pihak kepada suatu perkahwinan telah menukar agamanya melalui pertukaran agama selepas perkahwinan itu, ini akan menjadi suatu fakta yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah apabila memutuskan sama ada perkahwinan itu telah pecah belah dengan tidak dapat dipulihkan Dikemukakan di sini draf pindaan oleh al-marhum Profesor Ahmad Ibrahim, pakar perundangan Malaysia seperti dilampiran 1. 179 [2010] 2 ShLR 143. 180 h Moh e I r hi Effect of Co versio on Marriage Section 51 of the Law Reform (M rri ge ivorce) ct 1976, The Administration of Islamic Law in Malaysia. (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2000), 224. 141

(3) Konteks Semasa Malaysia: Harmonisasi Undang-Undang Syariah dan Sivil Menurut mantan Ketua Hakim Negara, hakikatnya, proses kearah mengharmonikan undang-undang Syariah dan Sivil telah berlangsung selama lebih kurang dua dekad yang lalu walaupun per t h r o i itu ti igu eti itu. Us h u tu mengharmonikan kedua-dua undang-undang ini adalah menerusi pendekatan peraturan prosedur dan pembuktian yang ketika ini diaplikasikan di Mahkamah Syariah sebagai contoh, penggubalan Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah, Akta/Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah. 181 Kesemua ini adalah disesuaikan daripada Mahkamah Sivil dengan beberapa perubahan yang diselarikan dengan undang-undang Islam agar dapat diaplikasikan di Mahkamah Syariah. Selain itu Mahkamah Syariah juga kelihatan seperti Mahkamah Sivil dari segi nama mahkamah, jawatan hakim-hakim mahkamah, pakaian hakim ketika bersidang di dalam mahkamah dan cara memanggil gelaran hakim-hakim adalah dipinjam daripada Mahkamah Sivil. 182 Cadangan Yang Arif Hakim Abdul Hamid Mohamed dalam kes Lim Chan Seng 183 telah dilihat dapat meminimakan pertikaian antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, malahan juga berkemungkinan menyelesaikan pertikaian antara kedua mahkamah tersebut iaitu: 181 to u i Moh e. Harmonization of Shariah and Civil Law in Malaysia: Present Reality and Future Actions. Dibentangkan di International Conference on Harmonization of Shariah and Civil Law, (Hotel Legend Kuala Lumpur, 20-21 Oktober 2003). 182 Ibid. 183 [1996] 2 CLJ 234. 142

(3) Satu jalan untuk mengatasi masaalah percanggahan bidang kuasa ialah dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk membicarakan dan memutuskan semua isu-isu dalam sesuatu kes seperti ini, termasuk persoalan Hukum Syarak. Tetapi semasa membicarakan kes tersebut Hakim Mahkamah Sivil hendaklah dibantu oleh seorang Hakim Syarie dan keputusan Hakim Syarie itu, mengenai Hukum syarak, haruslah mengikat Hakim Mahkamah Sivil tersebut. Satu lagi cara, yang lebih radikal, ialah dengan menyatukan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil, yang bermakna, Hakim-Hakim Syarie hendaklah juga dilantik ke Mahkamah Sivil. Jika timbul persoalan yang melibatkan undang-undang sivil dan Hukum Syarak dalam satu kes, dua orang Hakim akan bersidang bersama-sama. Hakim Sivil akan memutuskan persoalan undang-undang sivil dan Hakim Syarie memutuskan persoalan Hukum Syarak. Antara sebab cadangan ini dikemukakan, adalah melihat kepada percanggahan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil seperti tidak berkesudahan terutamanya apabila timbul beberapa isu penting iaitu, pertama Mahkamah Syariah cuma mempunyai bidang kuasa terhadap orang-orang Islam sahaja, sedangkan persoalan Hukum Syarak boleh timbul dalam kes-kes dimana salah satu pihak adalah bukan Islam. Keduanya, Persoalan yang menyentuh Hukum Syarak juga boleh timbul bersekali dengan persoalan yang menyentuh undang-undang Sivil yang jelas terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Adalah cukup jelas, ruang kepada tafsiran-tafsiran yang sesuai dengan konteks semasa dan masyarakat setempat terbuka luas. Cumanya, ia terpulang kepada pihakpihak yang berkuasa untuk menggubal undang-undang supaya selaras dengan keperluan semasa tanpa melanggar batasan syarak. Sehubungan dengan itu, mahkamah yang kompeten untuk mengendalikan perkara yang berkaitan dengan hak hadanah dalam kes pemelukan Islam salah seorang pasangan perkahwinan sivil adalah Mahkamah Sivil. 143

Walaupun begitu diharapkan agar ia tidak mengenepikan perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memartabatkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Oleh itu, apa yang dapat disimpulkan dari kajian ini ialah tindakan segera perlu diambil agar masyarakat tidak keliru dengan konflik perundangan yang wujud serta memantapkan keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti sistem kehakiman di Negara Malaysia. 144