HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

KONSEP PENAMAAN DALAM SISTEM PERBANKAN, TAKAFUL DAN CARUMAN: IMPLIKASINYA MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN ISLAM

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

PELAKSANAAN HIBAH AMANAH SEBAGAI SUATU INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA ISLAM DI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

HIBAH HARTANAH: ISU DAN KONFLIK DALAM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

NUR SARAH TAJUL URUS 1

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

Plat Kaca Terma & Syarat

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

APLIKASI HIBAH DI MALAYSIA DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGANNYA. Abstrak. Kata kunci: Hibah, sistem kewangan Islam, takaful, undang-undang Islam

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

ISU DALAM MENGURUSKAN HARTA AL-MAFQUD DI MALAYSIA

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Amalan Hibah Di Syarikat Amanah: Satu Kajian Kes Di As-Salihin Trustee Berhad

LAWS OF BRUNEI CHAPTER 183 HALAL MEAT

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Transcription:

ISSN: 1985-7454 Volume 4, 2016 HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN. Dr.Hj Resali bin Muda. PhD Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak Pentadbiran harta pusaka Islam merangkumi satu proses yang merentasi berbagai peringkat proses dan melalui pelbagai prosedur. Terdapat isu tertentu disetiap peringkat. Pelbagai institusi yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka Islam, melalui berbagai undang-undang bertulis dan berlainan prosedur yang menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai bukan sahaja timbul semasa proses pembahagian dan pentadbiran harta pusaka tetapi juga timbul selepas itu. Penyelesaian yang berkesan memerlukan adanya satu kuasa perundangan yang bersepadu, dan institusi yang jelas serta kaedah dan prosedur yang seragam. PENGENALAN Apabila berlaku kematian, selepas pengkebumian simati, prinsip Islam menghendaki urusan harta simati (pusaka) diselesaikan dengan segera. Seringkali waris menjadi keliru, di mana dan bagimana harta pusaka boleh diselesaikan. Terdapat beberapa institusi yang berlainan yang menguruskan pembahagian harta pusaka ini dan beberapa perundangan tertentu yang mesti dipatuhi dan beberapa Institusi yang bertanggungjawab. Kedudukan ini mengelirukan ahli waris mengenai di institusi mana dan bagaimana menyelesaikan dan membahagikan harta pusaka ini. Artikel ini hanya menyentuh tentang kedudukan perundangan dan pentadbiran harta pusaka Islam dalam pembahagian pusaka untuk menjadi panduan pemahaman kepada waris untuk mengambil tindakan seterusnya dalam menyelesaikan isu ini. HARTA PUSAKA Harta Pusaka ialah harta yang ditinggal oleh seseorang yang mati untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang lain. Harta yang dimaksudkan itu ialah segala harta peninggalan simati yang meliputi harta alih dan harta tak alih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang. Kamus Dewan mentakrifkan harta pusaka sebagai harta yang ditinggal oleh seseorang yang mati untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang lain. 1 Bagaimanapun ini tidaklah bermakna semua harta simati menjadi harta pusaka. Harta yang dimaksudkan itu tidak termasuk harta yang telah diberi kepada orang lain semasa hayatnya, harta yang telah dijual oleh simati, harta yang telah diwakafkan, harta yang dipegang amanah oleh simati, pencen (termasuk Pencen terbitan), ganjaran dan Socso serta pemberian oleh orang yang menziarahi simati. 2 1 Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2 Harta Pusaka ialah segala harta peninggalan simati yang meliputi harta alih dan harta tak alih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang, Laman Web Amanah Raya Berhad. 1

Harta Pusaka bermaksud harta yang di tinggalkan oleh simati dan boleh diwarisi oleh ahli keluarganya (ahli waris). Ia juga di sebut harta warisan. Seksyen 2 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 3 mentafsir harta pusaka termasuk harta alih dan tak alih, ialah apaapa manfaat dalam harta alih atau tak alih, hak, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau yang selainnya mempunyai nilai menurut hukum syarak. Apabila pemunya harta itu meninggal dunia, hartanya 4 terjatuh dalam kategori harta pusaka. Harta terdiri boleh daripada (a) Harta tidak alih iaitu harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti tanah, bangunan, kebun, ladang dan rumah. (b) Harta alih, iaitu harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan, saham, akaun simpanan bank, simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dan sebagainya. (c) Gabungan harta tak alih dengan harta alih. Contohnya, si mati meninggalkan 2 bidang tanah dan wang simpanan di Lembaga Tabung Haji. Di Malaysia, harta Pusaka terdiri dalam dua status, Harta Pusaka bukan Islam 5 dan Harta Pusaka Islam. Harta warisan Islam ialah harta pusaka kepunyaan simati yang beragama Islam. Jenis-jenis Harta Pusaka Harta Pusaka Berwasiat (Testate) Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Ini bermakna keputusan memberi pemilikan harta atau manfaat selepas kematian pemberi wasiat. Bagaimanapun wasiat dalam Islam tertakluk kepada satu pertiga daripada hartanya sahaja. 6 Bagi orang bukan Islam, wasiat tertakluk kepada Akta Wasiat, 1959. Harta Pusaka Tidak Berwasiat (Intestate Estate) Simati meninggal dunia tanpa membuat wasiat atau tanpa sempat membuat wasiat. Harta Pusaka Kecil Harta Pusaka Kecil ialah harta yang tertaklok dibawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 7. Seksyen 3 Akta 98 mentafsirkan Harta Pusaka Kecil sebagai harta si mati yang meninggalkan harta tak alih (tanah) sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih dan nilai kesemuanya tidak melebihi RM 2,000,000 dan tidak berwasiat mengikut Akta Wasiat 1959 8 pada tarikh permohonan dibuat. 3 Enactment no. 4/ 1999. 4 Tidak termasuk perkara 3 diatas. 5 Peruntukan berkaitan harta simati tanpa wasiat terdapat dalam Distribution Act 1958. 6 Bagi orang Islam, beberapa negeri telah membuat Enakmaen berkaitan wasiat. Bagaimanapun terdapat beberapa isu berkaitan wasiat. Contohnya Selangor menggubal Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 mempruntukan wasiat wajibah (sek. 27, Wasiat kepada waris dan wasiat kepada bukan waris (sek. 26). 7 Akta 98. 8 Seksyen 3 (2) Akta 98, For the purposes of this Act a small estate means an estate of a deceased person consisting wholly or partly of immovable property situated in any State and not exceeding two million ringgit in total value. 2

Harta Pusaka Besar (dikenali juga harta pusaka biasa) Harta Pusaka Besar semua jenis harta peninggalan si mati, dengan wasiat (biasanya Harta Pusaka Bukan Islam) atau tanpa wasiat, dan (i) harta alih dan harta tak alih yang bernilai RM 2,000,000.00 ke atas kesemuanya; (ii) harta tak alih (tanah) yang bernilai lebih daripada RM 2,000,000.00; dan (iii) dengan wasiat walaupun nilai kesemuanya kurang daripada RM 2,000,000.00. 9 Harta pusaka ringkas Harta si mati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja dan nilainya tidak melebihi RM 600,000.00 berpandukan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 10. BIDANG KUASA Bidang kuasa Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 4(e)(1) Senarai 1, Jadual Kesembilan yang memperuntukkan undang-undang berkaitan pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah senarai Persekutuan. Ini bermakna kuasa perundangan berkaitan harta pusaka yang merangkumi harta alih atau tak alih, harta berwasiat atau bukan berwasiat adalah terletak kepada bidangkuasa Persekutuan. Kerajaan Persekutuan telah menggubal undang-undang berkaitan bidangkuasa ini. Undangundang yang merujuk kepada ketiga-tiga jenis harta pusaka ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Akta Probet dan Pentadbiran 1959, dan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Secara umumnya, terdapat tiga badan pentadbiran yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbirkan harta pusaka si mati selari dengan tiga jenis Harta Pusaka yang dinyatakan diatas iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil dan juga Amanah Raya Berhad. PERUNDANGAN HARTA PUSAKA ISLAM Harta Pusaka Islam juga tertakluk kepada realiti perundangan yang dinyatakan diatas. Harta Pusaka Islam yang terjatuh dalam ketiga jenis Pusaka hendaklah ditadbir mengikut Akta-Akta berkaitan selari dengan jenis Harta tersebut iaitu Harta Pusaka Kecil ditadbir mengikut peruntukan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Harta Pusaka Biasa mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan prosedur yang ditetapkan mengikut peruntukan dibawah Peraturan Mahkamah Sivil (Rules of Court, 2012) dan harta ringkas mengikut Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Dalam kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin, 11 mahkamah rayuan syariah telah memutuskan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara probet dan surat kuasa mentadbir, kerana perkara probet dan surat mentadbir pusaka terletak di bawah Senarai Kuasa Perundangan Persekutuan, dan undang-undang berkaitan tersebut (sepertimana terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959) tidak dikecualikan bagi orang Islam. 9 Ditadbir mengikut Akta Probate dan Pentadbiran 1959. http://www.nre.gov.my/ms-my/pusat Informasi/ Kampus NRE Executive Discourse/ PENGURUSAN %20HARTA PUSAKA KECIL DIMALAYSIA.pdf 10 Akta 532 11 [1998] 6 MLJ 556 3

Kes yang diputuskan di Mahkamah Agung, iaitu Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah binti Dato Talib, 12 telah mengiktiraf pentadbiran pusaka diletakkan di bawah Senarai Perundangan Persekutuan (Senarai 1 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan) dan tidak dikecualikan bagi orang Islam. Bagaimanapun, pembahagian harta pusaka si mati hendaklah mengikut undang-undang terpakai kepadanya. Bagi orang Islam, hendaklah menggunapakai perundangan Islam yang dinamakan faraid kerana undang-undang yang berkaitan (applicable) adalah undang-undang Islam. Seksyen 12(7) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. [Akta 98 ] menyatakan, Pemungut hendaklah menentukan, dalam apa cara yang paling sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan masingmasing. 13 Mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan suatu harta sebagai Harta Pusaka, memerintahkan pembahagian harta si mati atau memberi surat kuasa mentadbir harta pusaka. Perkara ini juga telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin. 14. Dalam kes ini Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa disebabkan perkara berkaitan probet dan pentadbiran adalah termasuk dalam kuasa perundangan Persekutuan yang eksklusif seperti yang diperuntukkan dalam Butiran 4(e)(i) Senarai Persekutuan, maka Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian, Badan Perundangan Negeri tidak boleh memperuntukkan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk memutuskan hal-hal probet dan pentadbiran. Bagaimanapun dalam perkara pembahagian Pusaka Islam, perundangan yang terpakai ialah undang-undang khusus kepada orang Islam terhadap perkara seperti penentuan waris, kadar bahagian masing-masing dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembahagian, semuanya tertakluk kepada hukum syarak. Perkara ini secara perundangannya terjatuh dalam bidangkuasa Negeri. 15 Maka negeri berhak membuat undang-undang berkaitan dengannya. Mahkamah syariah sebagai Institusi negeri yang membuat keputusan berkenaan perkara perundangan Islam mempunyai peranan dan kuasa yang terhad dalam perkara berkaitan harta Pusaka Islam. Dalam konteks pembahagian pusaka Islam, peranan Mahkamah syariah ialah memutuskan (jika berlaku) pertikaian berhubung masalah harta sepencarian, wasiat, hibah, wakaf, nazar dan lain-lain. Mahkamah syariah perlu dirujuk untuk keputusan terhadap perkara tersebut. Mahkamah Syariah juga mempunyai bidang kuasa dalam mengesahkan bahagian ahli waris yang berhak melalui pengeluaran sijil faraid atau perakuan warisan. Keputusan Mahkamah Syariah berkaitan dengan perkara-perkara di atas hendaklah diambil kira dalam sesuatu perintah pembahagian harta pusaka. Dalam kes Azzaharuddin bin Mohd Nadzir lwn 12 [1992] 2 MLJ 793 13 The Collector shall ascertain, in such manner as may be most appropriate, the law applicable to the devolution of the estate of the deceased, and shall decide who in accordance with that law are the beneficiaries and the proportions of their respective shares and interests. 14 [1998] 6 MLJ 556 15 Senarai Negeri (Senarai II Jadual Kesembilan) Perlembagaan Persekutuan. Senarai 2 Perlembagaan memperuntukkan Hukum Syarak dan Undang-Undang diri dan keluarga bagi orang Islam termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah Senarai Negeri. 4

Nordin bin Mohd Nazir & Lain-lain, 16 Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa mahkamah syariah tiada bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tentang isu pengisytiharan sesuatu harta sebagai harta pusaka kerana tiada peruntukan yang jelas dalam mana-mana undang-undang yang terpakai bagi mahkamah syariah tetapi boleh menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing berhak. penentuan waris dan bahagian setiap orang waris yang dikeluarkan dalam Sijil Faraid. PENTADBIRAN PUSAKA ORANG ISLAM Pentadbiran harta pusaka orang Islam bermaksud suatu proses berkaitan harta pusaka si mati yang melibatkan pengumpulan harta si mati, penyelesaian hutang dan baki sebelum dibahagikan kepada waris yang berhak. Ini bermakna sebelum suatu perintah pembahagian Pusaka dibuat, satu proses pentadbiran Pusaka perlu dilalui. Proses ini melibatkan proses permohonan oleh orang yang layak untuk mentadbir harta Pusaka, Proses carian harta Pusaka simati, permohonan perintah dan pengeluaran perintah pembahagian pusaka itu sendiri. Perkara-perkara ini perlu mengikut peruntukan perundangan yang dinyatakan diatas iaitu ketiga-tiga Akta Persekutuan yang dikenalpasti. 17 Ini bermakna, proses itu melibatkan pihak kerajaan, badan beratoriti yang releven, Mahkamah, pihak ahli waris dan keluarga simati. Prosesnya ialah melalui pematuhan kepada satu kombinasi undang-undang sivil dan undangundang syarak 18 dan perkongsian bidangkuasa pihak-pihak terbabit. ISU DALAM PROSES PENTADBIRAN PUSAKA ISLAM Beberapa isu yang perlu diputuskan dalam proses pentabdiran Pusaka Islam termasuk: Penentuan harta Pusaka Antara isu berbangkit dalam pentadbiran harta pusaka adalah untuk mengenalpasti harta si mati yang dimaksudkan ataupun dikategorikan sebagai harta pusaka sama ada dalam bentuk harta alih ataupun harta tak alih. 19 Sebelum harta simati menjadi Pusaka, perlu dipastikan beberapa perkara seperti; (i) Selepas di tolak belanja kematian atau perbelanjaan menguruskan jenazah 16 [2009] 4 ShLR 106. 17 Amanah Raya Berhad, satu badan dibawah Akta Amanah Raya Berhad, 1995 diberi kuasa untuk mentabdir Harta Pusaka. Anatara kauasa Amanah Raya Berhad iaklah Mewakili waris di Mahkamah dan menguruskan harta pusaka bagi pihak waris.meneliti senarai harta, liabiliti dan mengenalpasti Penghutang dan Pemiutang simati.melunaskan segala hutang simati kepada pihak-pihak yang berkaitan.mengeluarkansuratkuasa bagi Seksyen 17(1) dan 17(2).Pengagihan harta pusaka berdasarkan Hukum Faraid (bagi yang beragama Islam) atau Akta Pembahagian 1958 (bagi yang bukan Islam). 18 Peruntukan Akta lain mungkin terpakai seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Hakmilik Strata, Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri, Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Keterangan, 1950 (disemak 1971), Akta Tafsiran 1948 & 1967, Age of Majority Act 1971 (Act 21), Guardianship of Infants Act 1961 (Act 351), Akta Kontrek 1950, Trustee Act 1949 (Act 208), Power of Attorney Ordinance 1949, Akta Surat Kuasa Wakil 1949 (Akta 424).Manakala hukum syarak yang berkaitan pula antaranya:. Hukum faraid., Hukum wasiat., Hukum hibah., Harta sepencarian., Sah taraf anak/anak angkat. 19 Seksyen 2 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 mentafsirkan harta Pusaka termasuk harta alih dan tak alih, ialah apa-apa manfaat dalam harta alih atau tak alih, hak, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau yang selainnya mempunyai nilai menurut hukum syarak. 5

Perbelanjaan menguruskan jenazah yang diambil dari harta simati seperti pembelian peralatan kafan, keranda, upah memandikan jenazah,menggali kubur membawa jenazah ke kubur sama ada diusung atau dengan kereta jenazah. (ii) Hutang simati, perlu dipastikan dan seterusnya diselesaikan terlebih dahulu 20 barulah bakinya menjadi Harta Pusaka simati. (iii) Wasiat Wasiat boleh ditakrifkan sebagai suatu pengumuman atau pernyataan niat seseorang yang membuatnya di mana perkara yang dia niatkan itu, akan dilaksanakan sebaik saja dia mati atau selepas kematiannya sehingga niat itu ditarik balik. Seorang Islam boleh mewasiatkan satu per tiga dari hartanya. Jika menepati syarat dan rukun wasiat, maka harta yang di wasiatkan itu tidaklah menjadi sebahagian harta pusaka. (iv) Hibah Hibah pada istilah syarak ialah suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh seorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan ('iwad). Contohnya dengan menukarkan nama orang yang diberikan hibah ke dalam geran tanah atau rumah atau kereta. Setelah itu harta itu bukan lagi milik simati dan terkeluar dari senarai harta faraid (Pusaka). (v) Harta Sepencarian Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Jika berlaku kematian, contohnya kematian suami, isteri berhak menuntut harta sepencarian dan harta itu tidak terjatuh dalam harta pusaka. 21 Ini bermakna jika berlaku kematian si suami, si isteri berhak menuntut harta sepencarian dan juga hak faraid (harta Pusaka). Penentuan ahli waris Ahli waris ialah orang yang berhak menerima pusaka daripada simati. Penentuan ini bersumberkan dari al-quran, al-sunnah, Ijmak sahabat dan ijtihad. Sumber ini bukan sahaja dari aspek penentuan ahli waris tetapi juga bahagian-bahagian yang patut diterima oleh ahli waris tersebut dalam hal tertentu. Penentuan ini juga perlu mematuhi rukun dan syarat pusaka, serta kategori waris dan kadarnya. Penentuan ahli waris dan kadarnya ditentukan dan disediakan dan ditentukan oleh Mahkamah Syariah dengan pengeluaran Sijil Faraid atau Perakuan Ahli Waris. Sijil Faraid akan memperuntukan bahagian yang akan diterima oleh waris dan pembahagian dibuat mengikut Hukum Faraid atau Pusaka Islam. Bagaimanapun, ahli waris boleh membuat persetujuan dan mengemukakan Surat Persetujuan dan juga Penolakan (Takharuj) 22 atau Surat Pakatan Keluarga di dalam pembahagian harta pusaka. Pembahagian akan dibuat mengikut Surat Persetujuan atau Surat Pakatan berkenaan. 20 Seperti hutang zakat, kifarah, haji dan hutang simati kepada manusia. 21 Harta sepencarian boleh dituntut dalam keadaan berlakunya: Perceraian (Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, Seksyen 122,,Kematian (jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 18 April 2005 dan Poligami (Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, Seksyen 122). 22 Takharuj bermakna Penarikan diri daripada menerima bahagian harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya, dengan memberi bahagianya itu kepada seseorang atau beberapa orang atau kepada kesemua waris lain sama ada secara sukarela atau diberi balasan atau imbuhan atau dibayar ganti rugi daripada harta wariswaris atau diberi sebahagian daripada harta pusaka kepadanya. Muhammad Ali Ash-Shabuni, Pembagian Waris Menurut Islam (http;/media.isnet.org/islam/waris/taakharruj/html), h. 1 6

Membuat permohonan Prosedur pembahagan harta Pusaka hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan. (i) Harta Pusaka Besar Pentadbirannya tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad).Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan sama ada surat kuasa mentadbir pusaka (bagi pusaka tanpa wasiat), ataupun surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar (bagi si mati yang meninggalkan wasiat untuk sebahagian hartanya. 23 Permohonan tertakluk kepada beberapa keperluan dan prosedur yang ditetapkan oleh Akta dan prosedur di Mahkamah Tinggi sivil. Setelah Surat kuasa mentadbir pusaka diperolehi, hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang harta si mati. Setelah itu dia menyenaraikan semua aset simati (selepas membuat carian) dan mendapatkan sijil faraid dari Mahkamah Syariah. Kemudiannya dia hendaklah memohon satu perintah harta pusaka mengikut hukum faraid. Pembahagian dibuat samada secara persetujuan bersama atau ikut hukum faraid. 24 (ii) Harta Pusaka Kecil Permohonan pembahagian harta Pusaka Kecil boleh dibuat oleh orang layak. 25 Orang yang layak ialah (a) Waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya; (b) Pemiutang dan pengkaveat; (c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah; (d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati; (e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah; ( f) Amanah Raya Berhad. Orang yang layak boleh memohon dengan mengisi borang A dan mengemukakan beberapa dokumen termasuk sijil kematian, permit menguburkan dan dokumen berkaitan harta simati serta sijil carian harta. Borang A hendaklah diserahkan di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak. Penyelasian pusaka akan dibuat oleh Pegawai Pusaka Kecil atau Pegawai Penyelesaian Pusaka mengikut hukum syarak. Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju. Satu perintah pembahagian akan dikeluarkan. Pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut. Bagi harta tak alih, ke institusi berkaitan harta itu. (iii) Harta Pusaka Ringkas Harta Pusaka terdiri daripada harta alih sahaja tanpa wasiat seperti wang tunai tidak melebihi RM 600,000.00, saham-saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank atau lain-lain, dan sebagainya. Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad. Pembahagian harta pusaka tersebut dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut kadar tertentu seperti mana yang dinyatakan di dalam sijil faraid daripada mahkamah syariah. Pihak Pemutus 23 Orang bukan Islam boleh memohon probet iaitu surat kuasa wasiat. 24 Jika orang bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian, 1959 25 Seksyen 8(1) Akta 98 7

Pihak Pemutus ialah pihak yang mengeluarkan perintah pembahagian, bergantung kepada forum dimana permohonan dibuat samada di Mahkamah Tinggi, Pegawai Penyelesai Pusaka atau pentadbir Tanah atau Amanah Raya Berhad. 26 Seksyen 12(7) Akta 98 hanya menyatakan; Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam cara yang paling sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan masing-masing. Perintah Pembahagian Perintah pembahagian ialah perintah yang dibuat oleh pihak pemutus dan perintah ini mempunyai kuatkuasa perundangan. Perintah ini perlu dibawa ke pejabat tanah (jika melibatkan harta tak alih) untuk didaftarkan. Perintah Pembahagian Pusaka Islam dibuat dengan mematuhi hukum Islam (faraid) atau secara muafakat (persetujuan dikalangan ahli waris). KESIMPULAN DAN CADANGAN Pentadbiran harta pusaka Islam merangkumi satu proses yang merentasi berbagai peringkat proses dan melalui pelbagai prosedur. Masalah mungkin timbul disetiap peringkat. Terdapat sekurang-kurangnya empat institusi yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka Islam, disamping berbagai undang-undang bertulis, berlainan prosedur yang menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai. Masalah bukan sahaja timbul semasa proses perundangan dan pentadbiran harta pusaka tetapi juga timbul selepas perintah pembahagian pusaka. (i) Masalah selepas perintah Walau apapun perintah pembahagian ada bahagian Waris Tidak Boleh Didaftarkan kerana terdapat perundangan tertentu yang tidak membolehkan harta tersebut didaftarkan. AktaTanah (Kawasan Penempatan Berkelompok )1960, 27 membenarkan hanya pendaftaran dua orang pemilik bersama sahaja, Jika perintah pembahagian menyatakan lebih daripada dua orang maka ia tidak dapat didaftarkan. Tanah Rizab Melayu yang hanya membenarkan pendaftaran Hakmilik orang Melayu sahaja, jika perintah pembahagian memberikan hak kepada orang Islam tetapi bukan Melayu, maka hak itu tidak dapat didaftarkan. Jika perintah pembahagian memberikan hak tanah kepada bukan warganegara, hak tersebut tidak dapat didaftarkan kerana halangan Kanun Tanah Negara, 1956. (ii) Masalaah lain Terdapat masalah yang tidak berkait dengan pendaftaran tanah tetapi berkaitan dengan ketepatan perintah terutama melibatkan pihak pemutus yang tidak amanah, Isu anak angkat terutama jika anak angkat tersebut dinasabkan kepada simati sedangkan anak angkat tidak berhak kepada harta Pusaka dalam Islam. Isu lain seperti isu harta alih, iaitu penama dalam KWSP, LUTH dan polisi insuran. Isu dan masalah terpencil yang lain seperti isu kematian serentak, isu waris membunuh simati dengan sengaja atau tidak sengaja, anak dalam kandungan dan lain-lain isu yang memerlukan pengesahan serta perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah. 26 seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532) 27 Akta 530, seksyen 12,14 dan 15. 8

CADANGAN Masalah perundangan dan pentadbiran harta Pusaka Islam merupakan masalah yang berbagai hala. Bagaimanapun realiti elektronik iaitu adanya sistem internet yang memudah dan mempercepat penerimaan sesuatu dokumen kepada institusi-institusi berkaitan dan institusi itu boleh melaksanakan multi-tasking seperti e-syariah dan e-court telah menyelesaikan beberapa masalah jalanan isu ini. Cadangan Perundangan Perundangan substantif Dicadangkan diadakan pembahagian dan penyatuan perundangan bertulis. Satu undangundang bertulis yang bersifat substantif yang menjelaskan Harta Pusaka Islam, kelayakan pemohon dan aspek permohonan samada probet atau pentadbiran pusaka dimasukkan dalam satu Akta ini. Ia merupakan gabungan peruntukan dari Akta Probet dan Pentadbiran, Akta Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Akta ini menggabungkan proses, kuasa dan fungsi berkaitan harta pusaka. Akta ini memberikan kuasa dan tanggungjawab Pengarah Amanah Raya untuk memohon probet dan kuasa mentadbir pusaka di ketiga-tiga Institusi dan juga memohon sijil faraid di Mahkamah syariah dalam tempoh tertentu jika perkara ini tidak dimohon oleh orang-orang berkelayakan apabila berlaku kematian dikalangan orang Islam. Peruntukan tentang carian termasuk proses dan prosedur, penentuan Harta Pusaka Besar, Harta Pusaka Kecil dan Harta Ringkas dimasukkan dalam Akta ini. Selain itu perkara-perkara asas berkaitan proses permohonan kepada pentadbiran dan pembahagian Pusaka juga perlu dimasukkan dalam Akta ini. Dicadangkan Akta ini dinamakan Akta Harta Pusaka Islam. Perundangan Prosedur dan Kehakiman Satu Akta baru yang merangkumi satu Institusi dimana penghakiman keatas perkara Pusaka Islam diputuskan secara setempat. Institusi ini hendaklah mempunyai kuasa kehakiman (judicial authority). Semua peruntukan berkaitan permohonan, prosedur enkuari dan perbicaraan, keterangan dan perintah diperuntukkan dibawah Akta ini. Struktur institusi kehakiman berkaitan Pusaka Islam tidak perlu perubahan besar, cuma kuasa Mahkamah Tinggi di pindahkan ke Mahkamah Syariah sahaja. Dicadangkan Akta ini dinamakan Akta Mahkamah Pusaka Islam. Keanggotaan Institusi ini hendaklah terdiri daripada mereka yang layak yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi merangkumi bidang perundangan sivil dan syariah. Institusi Pengajian Tinggi dan Universiti Awam banyak mengeluarkan graduan yang mempunyai kelayakan untuk menganggotai Institusi ini. Perundangan Faraid, Wasiat dan Hibah. Satu perkara substantif khusus yang berbangkit daripada Pusaka Islam ialah isu faraid, Wasiat, Hibah dan harta sepencarian. Satu Akta khusus yang menyatakan secara jelas ketiga-tiga perkara ini perlu di adakan. Akta ini terpakai kepada semua Negeri. Akta ini juga harus menyelesaikan masalah sampingan seperti isu Pusaka di bawah Penempatan Berkelompok, Tanah Rizab Melayu dan masalah yang telah dikenalpasti ketika ini termasuk kaedah penentuan pembahagian dan ketetapan mengenai syer mengikut undang-undang Islam. 9

PENUTUP Adalah satu fakta bahawa bilangan Pusaka Islam yang belum diselesaikan makin bertambah. Penyelesaian segera amat perlu kerana kelewatan akan membawa banyak masalah. Semua pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan kearah penyelesaiannya. Penyelesaian pusaka adalah tanggungjawab bersama. Penyelsaian yang berkesan memerlukan adanya satu kuasa perundangan yang bersepadu, dan institusi yang jelas serta kaedah dan prosedur yang seragam. 10