Aplikasi Kaedah Fiqh dan Pendalilan Ayat Hukum Dalam Fatwa Berkenaan Status Senaman Yoga Terhadap Umat Islam

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Surah Mumtahina. Tafseer Part 1

Amar Makruf Nahi Mungkar

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Ayatul Kursi (2: )

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

The Virtues of Surah An-Nasr

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HE NEEDS TO COMPLETE RECITATION OF THE WHOLE QUR AN IN AN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

The First Ten or Last Ten Verses of Sūrah al-kahf

23 FEBRUARY RABEE AL AKHAR 1435 CLASS #28

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

Fiqh of Dream Interpretation. Class 2 (24/7/16)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

QUR ANIC ARABIC - LEVEL 1. Unit ٢٦ - Present Passive

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

23 MARCH JAMAD AL AWWAL 1435 CLASS #32

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

KONSEP DAN HAK JIRAN DI DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: SATU KAJIAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

The Reason for the Revelation of this Surah and its Virtues

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Chapter 26: The Sin of Favoritism Be Just With Your Children

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

Islam and The Environment

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

A Glimpse of Tafsir-e Nur: Verses of Surah al-an am

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Ways the Misguided Youth Bent on Takfīr & Bombings

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

ITA AT: TO OBEY HIM WITHOUT QUESTION

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

Transcription:

Fikiran Masyarakat, Vol. 6, No. 1, 2018 Kemala Indonesia Aplikasi Kaedah Fiqh dan Pendalilan Ayat Hukum Dalam Fatwa Berkenaan Status Senaman Yoga Terhadap Umat Islam Nurul Ain binti Anuar Shariff, Abdul Basir Mohamad Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Email: ainshariff93@yahoo.com; abasir@ukm.edu.my Abstrak Yoga merupakan suatu senaman yang berasal dari negara India diamalkan sejak turun temurun iaitu 3000 tahun sebelum Masihi dikatakan boleh menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Akan tetapi dengan adanya gerakan-gerakan tubuh yang menggambarkan pemujaan dan unsur-unsur spiritual yang bertentangan dengan Islam, Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia seterusnya negeri-negeri di dalam Malaysia telah membuat keputusan pada tahun 2009 untuk mewartakan status senaman yoga di mana ia dihukumkan haram jika pelakunya terdiri daripada umat Islam. Ini kerana dikhuatiri dapat menghakis akidah dan pegangan masyarakat Muslim di negara ini. Disebabkan pengharaman yang telah dibuat itu, timbul persoalan berkenaan apakah aplikasi kaedah fiqh yang digunapakai di dalam fatwa tersebut atau penggunaan ayat hukum jika ada. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kaedah fiqh dan ayat hukum yang digunakan di dalam fatwa pengharaman yoga ini. Kajian ini ialah kajian kualitatif di mana kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data disampaikan secara deskriptif bersumberkan kitab-kitab ulama turath. Hasil kajian mendapati terdapat kaedahkaedah fiqh dan juga ayat hukum yang menyokong penghujahan fatwa tersebut. Oleh itu, pengharaman yoga yang diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan adalah bertepatan dengan kaedah fiqh dan ayat-ayat hukum. Kata kunci: yoga, fatwa, kaedah fiqh, ayat hukum. I. Pendahuluan Senaman dan gerakan tubuh badan yang aktif adalah baik untuk kesihatan manusia. Malah melakukan senaman selama empat hari dalam seminggu dengan memanfaatkan hanya dengan 30 minit dapat memberi kesan anti penuaan terhadap tubuh dan efek badan yang cergas. Pelbagai senaman kesihatan terdapat di negara Malaysia ikutan dari penduduknya yang berbilang bangsa. Bangsa Melayunya dengan silat, bangsa Cina dengan taichi dan juga taekwando, bangsa Indianya dengan senaman yoga. Disebabkan pelbagai etnik, budaya dan kaum yang ada inilah, senaman yoga mudah diserap masuk ke dalam negara dengan diadakan kelas pembelajaran dan pengajaran yoga di samping memuatkan info mengenainya dalam laman web, kedai buku dan artikel dalam majalah. Senaman yoga pada mulanya berasal dari India, wujud beribu tahun yang lalu. Di Malaysia, institusi yang mempersembahkan yoga ialah Sahaja Yoga Malaysia diasaskan oleh Shri Mataji Nirmala Devi. Menurut beliau, Sahaja Yoga dapat menyatukan inti semua agama yang terang-terang membawa kepada syirik dan pluralisme agama (JAKIM 2009). Perkara ini telah menimbulkan kerisauan terhadap umat Islam. Oleh itu, isu status senaman yoga terhadap umat Islam inilah yang akan dibahas dari segi pendalilannya melalui dalil-dalil yang disepakati ulama pada poin yang berikut. Manuscript received 24 Oktober 2017, revised 26 November 2017 1 Copyright 2018 Kemala Publisher. - All rights reserved

N. A. A Shariff dan A. B. Mohamad 2 II. Pengertian Senaman Yoga dan Jenis-Jenisnya Sebelum berpindah kepada poin perbahasan dalil, adalah lebih baik untuk mengetahui pengertian senaman yoga dan beberapa jenisnya terlebih dahulu. Perkataan Yoga berasal daripada bahasa Sanskrit dan ia mempunyai banyak pengertian. Yoga atau yuj bermaksud mengawal, menyambung, menyatu. Manakala dari segi istilah, bermaksud union, kesatuan, sambungan, atau kuk (penyatuan) roh individu dan roh alam semesta (JAKIM 2009). Sumber ilmu yoga terdapat dalam kitab suci agama Hindu iaitu Bagavad Gita. Menurut Bagavad Gita, perkataan yoga menunjukkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman) dan mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Tujuan yoga (nirvana atau moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad. Menurut kitab asal yoga, iaitu Bagavad Gita menyimpulkan kesedaran diri ada tiga perigkat iaitu: Brahman (tenaga sejagat yang tidak bersifat peribadi); Paramatma (Tuhan yang berada di setiap pusat hidupan); dan Bhagavan (Tuhan sebagai satu personaliti dengan bentuk transendental). Manakala jenis Yoga pula ada beberapa jenis iaitu: Hatha Yoga (Ha bermaksud matahari; Tha bermaksud bulan, menyatukan matahari dan bulan melalui jalan pernafasan. Yoga ini menguasai pemikiran manusia malalui cara pernafasan tertentu); Karma Yoga (Yoga Sebab Musabab,Tindakan Tanpa Mementingkan Diri); Bhakti Yoga (Pegabdian, yoga ibadat atau cinta Ilahi); Jnana Yoga (Yoga Pengetahuan atau Makrifat, Pengetahuan Mengatasi Diri); Raja Yoga (Yoga Diraja, membawa seseorang kepada Mutlaq Samadhi melalui Tafakur Psikofizikal). Senaman Yoga yang dibincangkan ialah Asana Yoga yang sebenarnya bukanlah senaman badan semata-mata. Ia tidak lengkap tanpa meditasi yang melibatkan pemikiran. Arah tuju meditasi ialah bermatlamat untuk bersatu dengan Tuhan. Asana Yoga ini boleh menggugat secara langsung dan tidak langsung terhadap falsafah pengamal yoga yang bukan beragama Hindu (JAKIM 2009). III. Aplikasi Kaedah Fiqh dan Pendalilan Ayat Hukum Dalam Fatwa Berkenaan Status Senaman Yoga Terhadap Umat Islam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia kali ke-83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah membuat suatu keputusan berkenaan dengan kedudukan senaman yoga terhadap umat Islam. Muzakarah memutuskan bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mantera, pemujaan bagi tujuan mendapat ketenangan dan kemuncaknya iaitu penyatuan diri dengan Tuhan, atau tujuan-tujuan yang selain daripada itu adalah tidak sesuai kerana ia boleh merosakkan akidah sebagai seorang yang beragama Islam. Oleh itu, muzakarah juga bersetuju terhadap apa jua jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur seperti di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana yoga tidak wujud di dalam agama Islam, tetapi wujud di dalam agama lain seperti Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian (Basri bin Ibrahim et. al 2015). Yoga mengandungi unsur-unsur falsafah agama lain dan kesyirikkan, adalah haram bagi umat Islam untuk mengamalkannya. Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah bahawa yoga adalah dilarang ikutan daripada pendalilan ayat-ayat hukum antaranya seperti berikut: وٱع ب دوا ٱ و ال ت ش ر ك وا ب ه ۦ ش ي ا Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun. (al-nisa 4: 36) Perintah وٱع ب د وا ٱ (sembahlah Allah) menurut Ibnu Abbas r.a, bahawasanya menyembah Allah atau beribadah kepada Allah merujuk kepada segala perbuatan yang dilakukan dan ditinggalkan semata-mata atas suruhan dan perintahnya termasuklah gerak hati dan tubuh badan. Ayat و ال ت ش ر ك وا ب ۦ ه ش يا pula merupakan perintah agar tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun berikutan turunnya perintah agar menyembahnya maka mesti beribadah dan menyembahnya dengan rasa yang penuh ikhlas. Ini kerana sesiapa yang menyamakan Allah dengan yang lain atau mempersekutukannya, hamba itu bukanlah hamba yang ikhlas. Berpandukan firman Allah s.w.t di dalam Surah al- Bayyinah ayat 5 berkenaan dengan ikhlas yang bermaksud: Padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya dan tetap teguh di atas tauhid (al-razi 2000). Kesinambungan daripada ayat di atas juga membawa kepada pengertian syirik. Syirik bermaksud seseorang telah menganggap ada yang melebihi atau menyamai kekuasaan Allah s.w.t. Syirik sangat berbahaya kerana ia merupakan satu dosa dan kezaliman besar yang tidak diampuni oleh Allah. Ia juga terbahagi kepada dua, iaitu:

ال" N. A. A Shariff dan A. B. Mohamad 3 1. Syirik Jalli - Syirik yang secara jelas mempersekutukan Allah dengan selainnya. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga bentuk, iaitu: 1)Melalui iktikad atau hati. 2)Melalui perbuatan. 3)Melalui lidah. 2. Syirik Khafi - Syirik kecil dan tersembunyi yang diperlakukan tanpa sedar atau secara tidak langsung. Ia menyebabkan pahala yang diperolehi oleh seseorang akan luput dan perbuatan baik yang dilakukan tidak mendapat pahala. (Zulkifli 2011, Abd. Latif & Rosmawati 1999). Ulama ada menyebut kebimbangan terhadap bahayanya senaman yoga ini kerana ia telah menepati dua ciri syirik yang jalli. Pertama, melalui perbuatan dengan melakukan senaman dan kedua, melalui lidah dengan ucapan-ucapan yang diiringi bersama pergerakan badan. Yang tinggal hanyalah iktikad dan dalam hati kecil manusia yang tiada siapa ketahui. Dalil kedua daripada ayat hukum, firman Allah s.w.t: أ ن ٱع ب د وا ٱ و ٱج ت ن ب وا ٱلط غ وت Maksudnya: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut (al-nahl 16: 36). Ayat al-quran ini menunjukkan seruan oleh setiap Rasul yang diutuskan kepada kaumnya agar menyembah Allah Tuhan Yang Esa tanpa mensyirikkannya, ikhlas dalam beribadat kepadanya, berhati-hati daripada diperdaya oleh syaitan, dan setiap apa yang membawa kepada kesesatan (Afif Abdul Fattah 1998). Ayat jauhilah Taghut membawa maksud yang banyak hasil dari carian istilah Taghut itu sendiri. Sepertimana yang disebutkan dalam Kitab Fath al-qadir karangan Imam Shaukani, Taghut bermaksud bomoh atau dukun, syaitan, berhala, ahli sihir, setiap yang disembah selain Allah dan dia redha, atau setiap pencipta undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t (Arabiyy 1999). Ayat ini jelas menunjukkan larangan terhadap penyembahan selain daripada Allah ataupun yang merujuk kepada berhala atau seumpamanya. Larangan dan dalil ini boleh diaplikasikan dalam fatwa senaman yoga kerana yoga sering digambarkan dengan dewa-dewa khayalan, dan juga patung-patung yang berada di kuil-kuil selain dikatakan senaman ini merupakan senaman bagi kaum yang menyembah matahari seperti yang telah disebutkan di dalam kenyataan fatwa Islamweb.net oleh Dr. Abdullah Faqih. Pandangan Fatwa tersebut menekankan bahawa yoga bukanlah satu senaman badan semata-mata, tetapi ia adalah satu ibadah yang dihadapkan oleh pelakunya kepada matahari selain daripada Allah s.w.t yang dulunya tersebar ke seluruh India sejak zaman-berzaman. Lagi pula nama asal senaman ini dalam bahasa Sanskrit iaitu sastanja surya nama sakar memberi maksud sujud kepada matahari dengan lapan titik di tubuh. Kedudukan pertama dalam setiap latihan yoga tersebut menggambarkan penghormatan kepada yang disembah iaitu matahari disertai dengan mantera-mantera yang mengandungi sebutan nama-nama matahari yang dua belas tampak kelihatan bahawa aktiviti tersebut bertentangan dengan ajaran Islam (JAKIM 2009). Sebagai individu Muslim, kita mestilah menjauhkan diri daripada perkara syirik, kufur dan meniru-niru amalan orang musyrik. Seperti yang "وال أنا عابد ما عبدتم " dan أعبد ما تعبدون " berbunyi digambarkan di dalam Surah al-kafirun ayat 2 dan 4 yang bermaksud: wahai orang-orang Kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Di dalam kitab Tafsir al-munir karangan Dr. Wahbah Al-Zuhaili (1991) ada menyatakan tafsir ayat ke-dua surah ini bermaksud wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan sesekali menyembah batu-batu berhala yang kamu semua sembah dan aku tidak akan menyembah tuhan-tuhan kamu dalam apa jua keadaan. Ayat ke-empat pula memberi penafsiran aku tidak akan beribadat secara kamu semua beribadat bermaksud: cara beramal dan beribadah orang kafir itu tidak akan aku ikut, bahkan aku beribadah sesuai dengan apa yang diredhai Allah s.w.t. Ini kerana orang-orang kafir, mereka telah mencipta berhala, amalan dan seumpamanya hanya daripada akal fikiran mereka sendiri. Dan semua perkara syirik itu diundang daripada pekerjaan syaitan dan hawa nafsu. Oleh kerana yoga dianggap sebagai ibadah bagi orang kafir, maka wajiblah ke atas umat Islam untuk menghindari amalan tersebut bagi membezakan amalan atau ibadah orang-orang Islam yang semestinya tidak sama dengan ibadah orangorang kafir. Orang-orang Islam juga perlu memelihara diri daripada jatuh ke lembah kekufuran kerana satu-satunya agama yang benar yang diterima Allah hanyalah agama Islam dengan jujur melaksanakan perintah dan mentauhidkannya (Al-Zuhaili, 1991). Segala amalan mesti dijaga daripada gugur dan terbatal disebabkan dosa yang dilakukan. Sesuai dengan ayat al-quran yang berikut: ي أ ي ھ ا ٱل ذ ين ء ام ن و ا أ ط يع وا ٱ و أ ط يع وا ٱل رس ول و ال ت ب ط ل و ا أ ع م ل ك م (Muhammad 47: 33) Maksudnya: Wahai orang-orang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah. Dan janganlah kamu batalkan amalan-amalan kamu.

N. A. A Shariff dan A. B. Mohamad 4 Kandungan ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menyeru orang beriman supaya mentaati Allah dan RasulNya serta janganlah mereka batalkan amal kebaikan mereka dengan mensyirikkan Allah, melakukan lain-lain maksiat dan syirik kecil. Faktor tersebutlah yang menyebabkan pintu keampunan untuk mereka tertutup. Apabila mati dalam kekafiran tidak akan diampun dosanya (Abd Latif & Rosmawati 1999). Perkara di atas adalah jelas jika dikaitkan dengan amalan senaman yoga, ketika pengamalnya adalah Islam dan tidak mengetahui hakikat sebenar senaman itu yang asalnya menyembah Tuhan agama lain boleh mengakibatkan terbatal amalan tanpa sedar. Di samping pendalilan menggunakan ayat hukum, hadis hukum juga boleh digunakan di dalam isu senaman yoga ini. Seperti hadis berikut: ع ن اب ن ع م ر ق ا ل : ق ال ر س ول الله ص ل ى الله ع ل ي ه و س ل م : ب ع ث ت ب ي ن ي د ي ال ساع ة ب ال سي ف ح ت ى ي ع ب د الله و ح د ه ال ش ر يك ل ه و ج ع ل ر ز ق ي ت ح ت ظ ل ر م ح ي و ج ع ل ال ذل ة و ال صغ ار ع ل ى م ن خ ال ف أ م ر ي و م ن ت ش ب ه ب ق و م ف ھ و 1 م ن ھ م Ayat م ن ت ش ب ه ب ق و م ف ھ و م ن ھ م menjelaskan barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam golongan mereka kelak di akhirat. ف ھ و م ن ھ م bererti akan tergolong di kalangan mereka sama ada dalam kalangan mereka yang baik atau mereka yang berdosa. Jika yang ditiru itu ialah orang-orang salih, maka dia juga tergolong di kalangan orang-orang salih dan dikumpulkan bersama mereka kelak di hari kiamat dan begitu pula hal keadaan jika yang ditiru itu sebaliknya (Abu al-jauzaa 2011).Berkata sheikh al-albani di dalam kitabnya Jilbab al-mar ah al-muslimah : Sememangnya Syarak sudah menegaskan bahawa umat Islam lelaki dan perempuan dilarang meniru gaya hidup orang-orang Kafir. Sama ada dalam perkara ibadah mereka, perayaan atau gaya berpakaian mereka. Jika kita lihat pada keadaan dan fenomena yang berlaku, ramai orang Islam sendiri yang jahil terhadap agamanya kerana terjebak dengan ikutan hawa nafsu. Mereka lebih cenderung kepada gaya hidup masyarakat Barat lantas menjadikan bab dalam tasyabbuh ini salah satu kelemahan umat Islam pada satu sudut pandang. Islam melarang umatnya daripada meniru buta amalan dan gaya hidup penganut agama lain. Ini kerana dalam Islam sendiri kita sebenarnya sudah mempunyai panduan yang cukup lengkap yang diwajibkan ke atas kita untuk mengikutinya. Hadis lain yang boleh dijadikan sebagai dalil juga adalah seperti hadis-hadis berikut: 2 د ع م ا ي ر يب ك إل ى م ا ال ي ر يب ك Maksudnya: Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. Dan hadist: 3 ف م ن ات ق ى ال شب ھ ات ف ق د اس ت ب ر أ ل د ين ه و ع ر ض ه Maksudnya: Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Dua hadis di atas ialah petikan daripada hadis ke-11 dan hadis ke-6 Kitab Hadis 40 Imam al-nawawi. Hadis pertama menerangkan bahawa seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Berbalik dalam isu senaman yoga, jika seseorang berasa ingin mencuba sesuatu amalan tetapi terlintas keraguan pada masalah hukum sebaiknya dia meninggalkan sahaja perkara tersebut. Jika dia meneruskan keinginannya, boleh jadi dia akan terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya adalah haram. Manakala pengajaran di dalam hadis kedua secara mafhum mukhalafahnya, orang yang tidak menjauhkan diri dari perkara-perkara yang tidak pasti, iaitu yang syubhat dalam kehidupannya, maka dia telah menyerahkan dirinya ke dalam celaan sepertimana yang diungkapkan dalam hadis pertama. Selain pendalilan menggunakan ayat hukum mahupun hadis hukum, kaedah-kaedah fiqh juga dapat menjadi dalil untuk memperoleh keputusan terhadap sesuatu permasalahan syarak. Di dalam isu senaman yoga ini, kaedah-kaedah fiqh seperti yang berikut boleh diaplikasikan: 1 Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar, Sahih Abu Daud, Bab al-libas, No.Hadis 3401. 2 Hadis diriwayatkan oleh Hassan bin Ali bin Abi Thalib. Sunan al-tarmizi. No.Hadis 2518. 3 Hadis diriwayatkan oleh al-nu man bin Basyir, Sahih Muslim, No.Hadis 1599.

N. A. A Shariff dan A. B. Mohamad 5 ما أتى إلى الحرام فھو حرام -1 Maksudnya: Apa yang membawa kepada haram, maka hukumnya adalah haram. Selain daripada kaedah ما أفضى إلى الحرام di atas, terdapat juga kaedah-kaedah lain yang berkongsi makna yang sama seperti ما يؤول الى,إتيان الحرام فھو حرام,كل ما يؤدي إلى حرام فھو حرام,ما أدى إلى الحرام فھو حرام,فھو حرام Para ulama kesemuanya telah menyatakan bahawa Syarak telah.الوقوع في الحرام فھو حرام mengharamkan segala wasilah, cara atau sesuatu yang membawa kepada yang haram. Oleh itu, mereka sepakat mengatakan sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya adalah haram (Islamweb.net 2002). Kesemua kaedah di atas pada asalnya datang daripada bab Sad al-zara i (Mohd Ali Farkos 2015). Menurut prinsip yang digariskan Islam bahawa setiap kali Islam mengharamkan sesuatu, yang membawa kepada haram itu juga turut menjadi haram kerana ia menjadi suatu penghubung kepada berlakunya perkara haram tersebut. Begitu juga topik yang dibincangkan seperti senaman yoga ini, ia dihukumkan haram kerana boleh membawa kepada perkara haram, iaitu melakukan ibadah yang sama seperti orang-orang kafir. Terdapat banyak penyebab yang membawa kepada haram contohnya sesuatu yang membawa kepada zina turut menjadi haram, yang bersekongkol dalam menyediakan arak adalah haram, begitu juga dalam interaksi riba. Kesimpulannya, kesemua yang membantu untuk acara haram, maka ia juga turut dihukumkan haram. Sesiapa yang membantu kepada haram pula, dia berkongsi ganjaran dosa yang sama terhadap perbuatan haram (al-qardhawi 1997). درء المفاسد مقدم على جلب المصالح -2 Maksudnya: Menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan. Kaedah ini membawa maksud, sekiranya ada pertentangan antara kebaikan dengan kerosakan, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan berbanding usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit seperti judi dan arak. Berdasarkan kaedah ini diharamkan keduanya walaupun terdapat sedikit manfaat. Namun bahaya dan kerosakannya lebih besar sehingga faedah yang sedikit itu tidak diambil kira oleh syarak (Ab. Latif & Rosmawati 2000). Begitu juga halnya senaman yoga, manfaat yang diperoleh hasil daripada latihan senaman itu memberi kebaikan kepada tubuh badan yang sihat. Namun timbul kekhuatiran andai orang yang melakukan latihan berasa terpengaruh dengan ajaran yang diselitkan dalam senaman yoga tersebut. Oleh kerana senaman itu pada asalnya ialah ibadah bagi penyembah matahari, maka ia perlu ditegah sebelum berlaku kerosakan yang lebih besar iaitu terseleweng dalam akidah. الضرر Selain itu, kaedah di atas juga merupakan kaedah pecahan daripada salah satu kaedah asas yang lima iaitu al- (bahaya mesti dihapuskan). Kaedah fiqh ini turut menjadi salah satu kaedah yang berada di bawah kaedah Sad يزال Zara i. Sad al-zara i menggambarkan sesuatu perkara yang menjadi perantaraan atau wasilah kepada sesuatu perkara yang ditegah serta mengandungi kerosakan atau perkara yang diharamkan. Ini kerana perkara yang merosakkan adalah ditegah (Ab. Latif & Rosmawati 2001). Dalam erti kata lain, Sad al-zara i ialah mencegah wasilah yang asalnya ia perkara harus namun boleh membawa kepada kerosakan. Hal ini berlaku kerana penilaian syarak terhadap sesuatu perkara ialah merujuk kepada tujuan asalnya sama ada perkara itu baik ataupun buruk. Justeru itulah, perkara yang menjadi perantaraan kepada unsur haram, hukumnya diharamkan. إذا اجتمع الحالل والحرام غلب الحرام -3 Maksud kaedah: Apabila berhimpun yang halal dan yang haram, diambil kira yang haram. Kaedah ini dirumuskan daripada hadis " اجتمع الحالل والحرام إال غلب الحرام الحالل "ما bermaksud: Tidaklah berhimpun di antara halal dengan haram, melainkan dimenangkan yang haram terhadap yang halal. 4 Apa yang penting bagi pengambilan hadis dan kaedah ini ialah sebagai pegangan atas dasar berhatihati sebelum berlaku perlanggaran terhadap hukum yang lebih teruk lagi. 4 Hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas ud. Kitab al-maqasid al-hasanah. Al-Sakhawi. No.Hadis 426. Diberi hukum dha if dan terputus kerana ia terhenti setakat Ibnu Mas ud sahaja, ujar al-zaila i.

N. A. A Shariff dan A. B. Mohamad 6 إذا تعارض المانع Kaedah pecahan atau kaedah juz iyyah yang mempunyai kaitan dengan kaedah ini ialah kaedah yang bermaksud: Apabila berlawanan di antara menghalang(mencegah) dengan menuntut والمقتضى يقدم المانع (mengharus), diutamakan yang menghalang(mencegah) (Ab. Latif & Rosmawati 2000). IV. Kesimpulan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Hussin telah membuat suatu kenyataan pada 22 November 2008 di mana beliau menyebut Terdapat keraguan dan kekhuatiran terhadap senaman yoga kerana kita tidak mengetahui ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan boleh jadi membawa kepada kesesatan. Ia tidak digalakkan sepertimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Kebangsaan, senaman yoga dilarang kerana bertentangan dengan syariat Islam selain merupakan salah satu komponen yang membawa kepada perkara syirik. Negara Islam luar sudahpun mengharamkan senaman ini seperti di Mesir (JAKIM 2009) dan Singapura (Muis.gov.sg). Oleh itu, umat Islam diminta agar berhati-hati dan berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah. Ini penting untuk kita membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengamalkan apa-apa amalan yang belum mendapat kepastian yang sah. Manakala kesihatan dan ketenangan diri yang diwar-warkan melalui senaman yoga itu boleh didapati dengan menunaikan solat, melazimi zikir, beristighfar, berbasikal dan lain-lain senaman kesihatan yang tidak melambangkan apa-apa latar belakang atau falsafah agama kafir sesuai dengan identiti individu Muslim. Dan dari segi pelaksanaan undang-undang pula ia terletak di bawah bidangkuasa negeri untuk menjayakannya (Bernama 2008). Kajian mendapati Jabatan Mufti di Negeri Pulau Pinang telah mewartakan pengharaman senaman yoga pada 8 Oktober 2009 di dalam buku Himpunan Fatwa mereka berserta dalil-dalil pengharaman isu tersebut. Jawatankuasa Fatwa di negeri tersebut memutuskan senaman yoga adalah haram berdasarkan hadis ما يريبك إلى ما ال يريبك,دع hadis menunjukkan kajian pendalilan ayat hukum dan ما أتى إلى الحرام فھو حرام serta kaedah fiqh من تشبه بقوم فھو منھم kaedah fiqh ini menepati pendalilan yang digunakan oleh salah satu Jabatan Mufti di Malaysia. Dan dalil-dalil lain yang turut dinyatakan dalam kajian ini dapat menjadi dalil-dalil yang menyokong ke atas pengharaman fatwa tersebut. Akhirnya, pengharaman yoga yang diputuskan oleh Majlis Fatwa pada awalnya adalah bertepatan dengan pendalilan ayat hukum, hadis hukum serta beberapa kaedah fiqhiyyah. Rujukan 1. Al-Quran Al-Karim. 2. al-qardhawi, Yusuf. 1997. Al-Halal Wa al-haram Fi al-islam. Kaherah: Maktabah Wahbah. 3. Al-Razi, Muhammad bin Umar bin Hussain bin Hassan ibnu Ali. 2000. Al-Tafsir al-kabir au Mafatih al-ghaib. Beirut: Dar al-kutub al-ilmiah. 4. Al-Zuhaili, Wahbah. 1991. Tafsir al-munir - Fil Aqidah Wa al-syariah Wa al-manhaj (Juz 29). Beirut: Dar al-fikr. 5. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1999. Huraian Ayat-Ayat Hukum 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 6. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1999. Huraian Hadis-Hadis Hukum 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 7. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2001. Perbahasan Usul Ahkam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 8. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 9. Afif Abdul Fattah Tabbarah. 1998. Tafsir Surah al-hijr, al-nahl, al-isra. Beirut: Dar al-ilm lil Malayin. 10. Basri bin Ibrahim, Engku Ahmad Tajuddin bin Engku Alwi, Zulkifli bin Mohd & Ahmad Faizol bin Ismail. 2015. Fatwa-Fatwa Berkaitan Fiqh Semasa Di Malaysia. Selangor: Hidayah House of Publishers. 11. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2009. Yoga. Putrajaya: Penerbitan JAKIM. 12. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. 2014. Fatwa-Fatwa Yang Telah Diwartakan Di Negeri Pulau Pinang 1996-2014. Pulau Pinang: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. 13. Zulkifli Mohd Yusoff. 2011. Tafsir Ayat Ahkam. Selangor: PTS Darul Furqan Sdn Bhd. 14. Abu al-jauzaa. 2011. Takhrij Hadits : Barangsiapa yang Menyerupai Suatu Kaum, Maka Ia Termasuk Golongan Mereka dan Faedah Ringkas yang Terdapat di dalamnya. http://abul-jauzaa.blogspot.my/2011/01/takhrij-hadits-barangsiapa-yang.html. [8 Oktober 2017]. 15. Arabiyy. 1999. Makna Taghut. https://www.google.com/amp/s/arabiyy.wordpress.com/2009/12/09/makna-taghut/amp/. [4 Oktober 2017]. 16. Bernama. 2008. Yoga Haram - Majlis Fatwa. http://mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t82907.html. [5 Oktober 2017]. 17. Islamweb.net. 2001. Al-Yoga Ibadah Wathaniah li al-syams. http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&option=fatwaid&id=1043. [9 Oktober 2017]. 18. Mohd Ali Farkos. 2015. Syarah Qawa id al-khams al-kubra. http://www.ajurry.com/vb/showthread.php?t=44907. [8 Oktober 2017] 19. Pejabat Mufti Singapura. T.t. Irsyad - Advisory On Yoga Practice. https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/irsyad/advisory-on-yogapractice(eng).html [15 November 2017].