20 15 D UA M E I OG OS English Week.6 Who s Who Corner: Angkatan Udara.....17 Databank Corner: Jins Shamsudin...18 Buat Julung kalinya program anjuran bersama InfoLibNews, BK1MC (Bernama Kids 1Malaysia Club), Pusat Kecemerlangan, Benita, Akrab dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Pusat Darah Negara dan Institut Kanser Negara telah menganjurkan Mini Karnival Kesihatan yang berlangsung pada 4 Jun yang lalu. Program diadakan di Tingkat 9, Wisma Bernama. Bagi InfoLibNews aktiviti galakan penggunaan perpustakaan dan menggalakkan budaya membaca kali ini dianjurkan dengan skala lebih besar dengan melibatkan lebih banyak pihak Bernama dan luar dengan bantuan Cik Nur Athirah Che Zahariman dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM sebagai pengurus program serta Encik Mohammad Hasnol Abd Halim dan Cik Nur Nadzmi Nabilah Mohd Nasir dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI yang mana mereka merupakan pelajar praktikal di InfoLibNews. Mini Karnival Kesihatan yang mendapat sambutan daripada pengunjung ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat; menanam minat dan memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan di kalangan petugas Bernama. Program ini diadakan bersempena dengan cuti persekolahan pertengahan tahun, Sambungan ke m/s 2 ulangtahun pertama InfoLibNews berada di Tingkat 11 dan Hari Pustaka-
Bertemakan penjagaan kesihatan, Mini Karnival Kesihatan ini dimeriahkan dengan program yang boleh disertai sepanjang hari oleh pengunjung iaitu petugas Bernama dan jemputan luar seperti Pameran mengenai Kanser oleh Institut Kanser Negara, Putrajaya. Mereka juga mengadakan pemeriksaan tekanan darah dan kadar nikotin dalam badan yang disertai seramai 92 pengunjung. Terdapat juga pameran mengenai Kesihatan oleh Unit Pameran dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP). Bagi memeriahkan dan menggalakkan pengunjung untuk melihat bahan pameran maka telah disediakan Kuiz Kesihatan yang disertai seramai 55 penyertaan. Kuiz ringkas yang berkaitan dengan kesihatan juga diadakan iaitu Dart a Quiz telah berjaya menarik lebih dari 100 penyertaan. Dengan seramai 142 pengunjung, pemeriksaan gigi oleh pasukan daripada Klinik Pergigian Dato Keramat telah diadakan. Pengunjung mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan ini dan berharap bahawa khidmat ini boleh diadakan secara berkala. Aktiviti menderma darah dari Pusat Darah Negara dengan kelengkapannya dan diadakan saban tahun di Bernama yang mana telah disertai seramai 35 orang pengunjung. Seramai lebih 300 pengunjung termasuk seramai 218 pengunjung berdaftar pada hari tersebut dan aktiviti pinjaman sebanyak 308 buah buku pada hari tersebut. Terdapat hadiah bagi peminjam bertuah dan juga pengunjung bertuah yang juga berupa barangan kesihatan. Terdapat kopun untuk aktiviti Photobooth bagi sesiapa yang membuat pinjaman buku. Kenangan menyertai program ini boleh dirakam dengan mengambil foto beramai-ramai atau secara individu. Bagi memeriahkan lagi program dan menarik pengunjung maka terdapat sebanyak 10 buah gerai pelbagai seperti jualan makanan, minuman, pakaian, buku, barangan rumah serta barangan kesihatan. Terdapat khidmat urutan refleksologi dari kawasan Cheras iaitu wakil Persatuan Orang Buta Malaysia yang menawarkan khidmat urut kaki RM 10 seorang selama 15 minit urutan. Benita juga menjual vitagen dan mempromosi aktiviti tahunan mereka iaitu Sepatu Raya bagi mendermakan sepasang kasut raya kepada anak yatim.
Akrab juga telah mengadakan pameran mengenai Akrab dan menjalankan dua ujian iaitu Inventori Personaliti Warna (41 peryertaan) dan ukuran minat kerjaya - Self Directed Search Test - SDS Test (29 penyertaan). Penyertaan pengunjung juga diberikan gift, Wheel of Colors dan Good Saying. Ahli Akrab bertugas secara bergilir-gilir bagi menjayakan aktiviti ini. PPM (Persatuan Pustakawan Malaysia) juga mengadakan pameran maklumat berkaitan PPM bersempena Hari Pustakawan. Tarikh 6 Jun setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Pustakawan Peringkat Kebangsaan. Sambutan hari berkenaan adalah sebagai penghormatan kepada semua pustakawan di negara ini dalam usaha menyuburkan keilmuan dalam kalangan masyarakat. Aktiviti jualan buku terbitan PPM juga diadakan. Perantara sepanjang Mini Karnival ialah Encik Sobri Bokri (Brother Sob) dan Cik Fatin Najmi Mohammad Shah mewarnai dan melancarkan lagi program pada hari tersebut. Bermula seawal jam 8.30 pagi, program telah dimulakan dengan sesi pendaftaran serta sarapan pagi dan diteruskan dengan acara Zumba yang diterajui oleh Brother Sob. Senaman adalah antara aktiviti yang digalakkan dan boleh meningkatkan kesihatan diri. Pada sebelah pagi juga terdapat program bicara kesihatan bagi menambah ilmu iaitu Bicara Penjagaan Kesihatan yang disampaikan oleh Cik Zaidatul Nadhirah Zainal Abidin iaitu seorang pelajar nutrisi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seterusnya Bicara Pengurusan Stress yang dikendalikan oleh Puan Nur Farhana Fizal, yang merupakan Pegawai Psikologi dari Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Disamping itu juga, mini karnival ini juga turut di meriahkan dengan program BK1MC yang dikendalikan oleh pegawai dari Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Slot yang membentangkan tentang pemakanan sihat dan piramid makanan itu berjaya menarik perhatian anak-anak petugas Bernama. Hasnol dan Nadzmi telah menyediakan sebuah model piramid makanan sebagai bahan pengajaran.
Anak- anak kecil ini juga diberi pendedahan mengenai penjagaan gigi dan diteruskan dengan demontrasi menggosok gigi oleh petugas dari Unit Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Keterujaan anak- anak kecil ini bertambah apabila diberi berus dan ubat gigi secara percuma. Program pada sebelah petang pula diteruskan dengan sesi bicara gaya hidup sihat yang disampaikan oleh Encik Yusman Yusuff, seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang erobik dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Program yang mempunyai sedikit kelainan apabila mereka turut diajar cara untuk melakukan senaman ringkas di tempat kerja serta juga dijalankan seperti forum dengan bantuan oleh Brother Sob. Kemeriahan mini karnival ini juga diteruskan dengan Pertandingan Penyediaan Makanan Sihat yang memerlukan penyertaan satu kumpulan terdiri daripada dua (2) orang dewasa serta dua (2) orang ahli BK1MC dan disertai sebanyak 6 kumpulan. Mereka dibekalkan dengan beberapa jenis bahan sebagai cadangan hidangan dan harus menyediakan hidangan sihat daripada bahan- bahan tersebut. Para peserta dilihat sudah dapat memahami konsep idea makanan sihat apabila mereka dapat mengulas dan mengolah rasa dalam menu yang disediakan. Cik Zaidatul Nadhirah Zainal Abidin sebagai juri dan dibantu oleh Fatin Najmi. Disamping itu pula, anak- anak petugas Bernama dihiburkan dengan program Cuba Adik Teka yang memerlukan mereka untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan kesihatan, penjagaan diri dan pemakanan sihat. Pertandingan yang memerlukan penyertaan daripada ahli BK1MC itu berjaya menarik minat anak- anak kecil ini apabila hadiah diberikan kepada setiap soalan yang mampu dijawab oleh mereka. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Zulkefli Salleh. Beliau berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan pada tahun berikutnya. Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini termasuk semua pengunjung yang hadir ke program tersebut.
In line with the aim of government to strengthen the use of English language among Malaysian, InfoLibNews has conducted English Week from 11 until 16 May 2015. This programme is handle by our two practical student from University Sultan Idris (UPSI) which taking English as their course in Diploma study; Hasnul and Nazmi. The first day begin with silver screen summary where the shows begin with the movie of Women in Black. This movie shows is free of charge but they just need to pay us back by summarizing the movie at the end of the shows. Besides that, we also prepared English breakfast throughout one whole week. The so call western breakfast come with many kind of sets of the day. For day one, we prepared bread, sunny side up omelette, sausage and the baked beans. While pancakes, salami and half boiled egg are prepared on the day two. This marvellous breakfast would not been completely prepared deliciously if there is not help from pantry team of InfoLibNews. Hashbrown, sandwiches and coleslaw also part of menu for the day three, four and five. The second day followed by the activity of don t forget me where the participants are given listed name of song and they have to continue to sing the song without lyric given. The day three come with intellectual activity where we conducted one whole day English class to Bernama staff. The workshop name as English at the workplace workshop are aim to enhance the listening, speaking, writing and reading skills of the staff. This workshop get positive feedback from participants and they are really supportive and enjoy the session that was taught by our practical students; Hasnul and Nazmi. Karaoke session marks the last activity on this one whole week event. This is one of the leisure activities apart of others. The objective of this activity is to see the pronunciation and understanding towards the lyric sang. The karaoke session that was conducted at Multipurpose cube is among activities that got big support from Bernama s staff where lot of participants registered. The winner for this activity goes to Puan Azura from Human Resource department. This one whole week programme is successfully conducted with the efforts of all InfoLibNews team and also with the collaboration with Special Issue and Features Desk and Centre of Excellent InfoLibNews would like to thanks all the participants and support from Bernama staff and others.
di I no v as i n a g in d Pertan tahun Me nyer tai na ulang e p m e s k engan taju Bernama D i. t e a k M g 8 n 1 ri pe pada art e 47 tahun Tokoh (Sm k ta a a m D a n rn e la a B gk Digital Pautan Pan ibnews ( L o v n -I Imej dan E mendapat n Portal h c a a d tt A ) h c rt a a Att lan Sm r). Kumpu Converte
10 June 9.30 am (9 participant)
Bertempat di InfoLibNews, Tingkat 11, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan jamuan akhir tahun InfoLibNews diadakan pada 13 Ogos 2015 yang lepas. Majlis yang diadakan bermula pukul 12.30 tengah hari, disambut begitu meriah dengan kunjungan ramai para jemputan yang terdiri warga Bernama daripada pelbagai jabatan dan pihak syarikat pembekal InfoLibNews. Persiapan rapi oleh petugas InfoLibNews yang mengikut unit, membuatkan majlis ini berjalan lancer dengan juadah-juadah yang pelbagai jenis. Majlis turut diceriakan dengan sesi karaoke oleh petugas Bernama yang ingin menghiburkan para jemputan.
Aktiviti Clientele Café (High Tea) pada hari Rabu 26 Ogos mulai 2.30 petang. Diadakan jualan makanan dan minum petang. Diadakan juga aktiviti mempromosi Brain Game Corner dengan mengadakan permainan Bingo Game dan kuiz dalam Bahasa Inggeris. Pembentangan Outcome Projek BeInfoLib di JPM pada 17 Ogos 2015.
NAMA JAWATAN TERK- INI : Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Zain Shamsudin (PSM, PJN, DPMP, JSM, KMN, AMP, AMN) : Film Producer, Film Director and Scriptwriter TARIKH LAHIR : 5 November 1935 TEMPAT LAHIR AGAMA NAMA ISTERI BILANGAN ANAK NAMA ANAK ALAMAT RUMAH : Taiping, Perak Darul Ridzuan : Islam : 1. Rahmah Binti Rahmat (meninggal dunia) 2. Jamilah Binti Sukor 3. Puan Sri Halijah Binti Abdullah : 4 orang : 1. Jeffri Zain (ank Rahmah binti Rahmat) : 2. Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain (ank Jamilah binti Sukor) : 3. Putera Hang Jebat (ank Puan Sri Halijah binti Abdullah) : 4. Putera Hang Nadim (ank Puan Sri Halijah binti Abdullah) : Lot 1405, Jalan Ulu Kelang 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan TEL: 03-4107 4545 PENDIDIKAN : SEKOLAH RENDAH 1941 Sekolah Melayu Bendang Siam 8 1946 Passed Special Malay Class : SEKOLAH MENENGAH King Edward V11 School Taiping, Perak Darul Ridzuan : PENDIDIKAN TINGGI 1970 1972 -: Diploma in Motion Picture Technology London Film School 27/3/2010 -: Doctorate in Philosophy Universiti Utara Malaysia (UUM) KERJAYA ANUGERAH / PINGAT : FILEM - (1951) Matahari, (1957) Kaseh Sayang & Pancha Delima, (1958) Azimat & Sarjan Hassan, (1959) Dandan Setia, (1960) Lela Manja : MUZIK - Selamat Hari Raya (Faridah Joned) : SWASTA - Pengacara rancangan radio Warung Jins Shamsudin : POLITIK - Menyertai UMNO awal 70-an : KERAJAAN PERSEKUTUAN 1986 - Ahli Mangku Negara (AMN) 1990 - Kesatria Mangku Negara (KMN) 1993 - Johan Setia Mahkota (JSM) Layari Modul Who s Who di http://blis.bernama.com
Sidang Pengarang Penasihat & Editor Hasnita Ibrahim (InfoLibNews) Nor Aini Abd Rashid (Jab. Pengarang) Penyumbang Artikel Hasnita Ibrahim Jizni Azrin Juhari Mohd Sobri Amat Bokri Pereka Grafik Jizni Azrin Juhari Mohd Tadzman INFOLIBNEWS Tingkat 11, Wisma BERNAMA 28, Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak 50700, Kuala Lumpur Hotline: 603-26962202 Faks: 603-26944203 InfoLib@bernama.com Pengurus Maklumat Hasnita Hj. Ibrahim HUBUNGI Pustakawan Masfaliza Masmuda Rozlen Mustapa Unit Pakej Maklumat Lalitha A/P Nadarajah Fatin Najmi Mohammad Shah Mohd Adli Shahar Unit Digital Jizni Azrin Juhari Muhammad Abdul Hadi Abdul Halim Ariffin Raghavan A/L Krishnan Hafizzul Hakimi Hamzah Mohd Fikri Ahmad Unit Rujukan & Maklumat Mohamod Nik Mohd Sobri Amat Bokri Rohana Mohd Noor Mohd Tadzman Utuh Tang Siti Nur Azahani Unit Pangkalan Data Tokoh Baharudin Jalil Norlizawati Yahya Akmal Hakim Mohd Nur Anis Aqilah Unit Pangkalan Data Berperkara Arif Shamsuddin Jenah Baba Mohd Wahid Md. Som Nor Lela Hanapiah 420 432 271 379 678 677 172 657 169 206 316 171 203 656 175 676 167 205 439 168 185 588 587 565