APLIKASI HIBAH DI MALAYSIA DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGANNYA. Abstrak. Kata kunci: Hibah, sistem kewangan Islam, takaful, undang-undang Islam

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HIBAH HARTANAH: ISU DAN KONFLIK DALAM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

PELAKSANAAN HIBAH AMANAH SEBAGAI SUATU INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA ISLAM DI MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

POSITION OF CONDITIONAL HIBAH IN TAKAFUL PRODUCTS: A LITERATURE REVIEW

Amalan Hibah Di Syarikat Amanah: Satu Kajian Kes Di As-Salihin Trustee Berhad

KONSEP PENAMAAN DALAM SISTEM PERBANKAN, TAKAFUL DAN CARUMAN: IMPLIKASINYA MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN ISLAM

TAHAP PENGETAHUAN HIBAH HARTANAH DALAM PERANCANGAN HARTA ORANG ISLAM

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Analisis Kes Amalan Hibah Bersyarat di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

Garis Panduan dalam Penyediaan Borang Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

International Journal of Islamic and Civilizational Studies Civilizational Studies

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Transcription:

APLIKASI HIBAH DI MALAYSIA DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGANNYA Abstrak Hibah adalah salah satu kontrak Islam yang terjadi apabila seorang pemberi hibah memindah milik hartanya dengan kerelaan bebas (tanpa mengharapkan balasan) kepada penerima hibah tanpa melibatkan apa-apa bayaran terhadap perpindahan milik tersebut.amalan hibah di Malaysia pada masa ini sangat meluas sehinggakan mencakupi insitusi kewangan Islam, sistem takaful Islam sistem pengurusan harta dan banyak lagi. Antaranya perkara yang dibincangkan di dalam artikel ini adalah mengenai perbincangan aplikasi hibah dalam Sistem Kewangan Islam, Sistem Takaful, Sistem pengurusan Harta dan kes-kes yang membincangkan mengenai isu hibah. Kata kunci: Hibah, sistem kewangan Islam, takaful, undang-undang Islam Hibah ia an Islamic contract to transfer one s ownership, with free will, of a property to another without any exchange for the transferred property.grant practices in Malaysia is currently very widespread even accounting for Islamic financial institutions, Islamic takaful system property management system and more. Among the matters discussed in this article is about the grant application discussion in the Islamic Financial System, Property Management System and the cases discussed the issue of grant. Pendahuluan 1. Konsep Hibah Hibah adalah pemberian sesuatu harta semasa hidup (disposition intervivos) daripada seseorang kepada suatu pihak yang lain secara sukarela tanpa ada balasan atau tukaran. Pindah milik hibah bertaku semasa penghibah ( pemberi) masih hidup. Ia juga mestilah dilakukan dalam keadaan yang sihat kerana hibah ketika sakit akan mengambil hukum wasiat, iaitu setakat satu per tiga harta sahaja. Menurut pandangan ulama, tindakan hibah ketika sakit adalah sah dengan syarat menyatakan bahawa barangan sudah diserahkan semasa penghibah masih sihat (qabd). Dalam hal ini, unsur kerelaan sangat penting dan sebarang tindakan paksaan dalam proses hibah adalah batal (Jasni Sulong2011: 109). Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada kepada waris atau bukan waris. Menurut jumhur, anak-anak sendiri juga harus mendapat hibah kerana sekiranya hibah harus diberikan kepada orang luar ( al-ajanib) sehingga keseluruhan harta, maka pemberian kepada anak-anak "افضل الصدقة على ذى الرحم الكاشح" hadisnya: adalah lebih utama. Sabda Rasulullah SAW dalam yang bermaksud sedekah yang terbaik ialah ke atas mereka yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat.

1.1 Definisi Hibah Hibah secara bahasa adalah adalah berasal daripada perkataan arab yang berasal daripada kata kerja wahaba yang bermaksud tabarru atau pemberian tanpa balasan (Nasrul Hisyam 2011:2). Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian, sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai makna yang hampir sama. Perbezaannya adalah dari aspek tujuan pemberian itu; di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya daripada yang kaya kepada yang miskin; manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubung kait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah ialah hibah, tetapi bukan semua hibah ialah sedekah dan hadiah (Mohd Zamro Muda 2008:2) Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan ( iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan ( iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya (Mohd Zamro Muda 2008:2) 1.2 Rukun Hibah Jumhur ulama mengemukakan bahawa rukun hibah ada empat (Abdul Rahman et.al: 160): 1. Orang yang menghibahkan (al-wahib) Orang yang memberi itu mestilah seorang yang ayak memilik barang dan mempunyai kebebasan untuk menguruskan barangan itu. Tidak boleh berhibh harta yang dipunyai oleh orang lain atau harta yang dipegang amanah bagi pihak orang lain seperti hart anak yatim atau harta orang yang tidak sempurna akal (Ahamd Tarmizi Jusoh: 2009:81). 2. Harta yang dihibahkan (al-mauhub) 3. Lafaz Hibah Ijab adalah ucapan penawaran barangan hibah itu seperti Aku berikan basikal ini kepada kau (Ahamd Tarmizi Jusoh: 2009:82). 4. Orang yang menerima hibah (Mauhub Lahu) Mestilah seseorang yang layak memiliki barang yang diberikan kepadanya. Tidak sah hibah kepada seseorang yang belum cukup umur atau tidak sempurna akal, maka penjaganya bleh mewakili untuk menerima harta bagi pihaknya (Ahamd Tarmizi Jusoh: 2009:82). 1. Umra 1.3 Hibah Dalam Bentuk al- Umra dan al-ruqba (Hibah Bersyarat)

Umra ertinya umur. Menurut Sayyid Sabiq, umra adalah seperti hibah. Iaitu seseorang menghibahkan sesuatu kepada orang lain selama dia hidup dan jika yang diberi hadiah itu mati, maka barang itu kembali lagi kepada penghibah. Contoh, aku umra-kan rumah ini kepadamu ertinya aku berikan kepadamu selama engkau hidup. Orang yang mengucapkan umra tersebut disebut mu mir dan benda yang di umrakan disebut mu mar (Abdul Rahman et.al 2010: 166) Hibah Umra mempunyai tiga jenis iaitu: 1) Muabbadah: Iaitu al-umra selamanya kepada penerima Hibah. Contohnya: Aku hibahkan rumah ini kepada kamu selama kamu hidup. Sekiranya kamu mati dahulu, rumah ini akan menjadi harta pusaka kepada waris-warismu. 2) Mutlaqah :Iaitu al-umra yang tidak terikat kepda mana-mana syarat misalnya: Aku hibahkan rumah ini kepada kamu. Dalam kontrak ini penerima hiah automatik menjadi pemilik tehadap rumah yang dihibahkan itu dan sekiranya dia mati dahulu, rumat tersebut menjadi harta pusaka kepada waris-warinya. 3) Muqayyadah: Iaitu al-umra yang menyatakan syarat secara jelas. Conohnya pemberi hibah mengatakan Aku hibahkan tanah ini kepada kamu semasa kamu hudup, tetapi sekiranya kamu mai dahulu, tanah ini akan kembali kepada ku dan sekiranya aku mati selepas kamu, tanah ini kan menjadi harta pusaka kepada wariswarisku (Dr Ismail Mohd 2006: 69). Berdasarkan hadis Nabi S.a.w, pengembalian umra setelah orang yang diberi itu mati adalah batal. Seharusnya kepemilikan umra itu bersifat kekal bagi orang yang diberi umra semasa hidupnya. Setelah orang yang diberi umra itu mati, maka berpindah kepada ahli warisnya, jika tidak memiliki ahli waris, maka diberikan kepada baitulmal. Pendapat ini dianuti oleh Hanafi, Syafi i dan Ahmad berdasarkan hadis Nabi s.a.w: من أعمر عمرى فهي له ولعقبه يرثها من يرثه من عقبه من بعده Maksudnya: Dari Urwah bahawa Nabi bersabda, Barangsiapa diberi umra, maka umra itu baginya dan bagi anak-anaknya. Umra itu diwarisi oleh orang yang mewarisi di antara anak-anaknya sesudah ia mati. Berbeza dengan pandangan Imam Malik, beliau berkata bahawa umra adalah pemilikan manfaat dan bukan penguasaan. Jika umra itu diberikan kepada seseorang, maka itu baginya selama ia hidup dan tidak dapat diwariskan. Jika diberikan kepadanya dan anak-anaknya setelah ia meninggal dunia, maka umra itu menjadi harta warisan bagi keluarganya. (Abdul Rahman et.al 2010:166-167) 2. Ruqba Ruqba adalah apabila seseorang berkata kepada seseorang aku ruqbakan rumahku kepadamu aku berikan kepadamu selama engkau hidup. Jika engkau mati sebelum aku maka, kembalikan rumah itu kepadaku. Dan jika aku mati sebelum kamu, maka rumah itu

menjadi milikmu dan orang sesudahmu. Maka, masing-masing keduanya ini menunggu kematian salah seorang sehingga kepemilikan rumah tersebut nanti menjadi milik siapa yang masih hidup di antara mereka berdua (Abdul Rahman et.al 2010:167). Istilah ruqba ini diambil dari perkataan bahasa arab iaitu ruqub dan taraqqub yang bermaksud menunggu. Masing-masing menunggu kematian siapa terlebih dahulu ( Zulkifli 2011:196). 1.4 Hibah Pada Masa Marad Al-Mawt Perkataan marad al-mawt bermaksud sakit yang boleh menyebabkan kematian. Syaratsyarat berikut diperlukan bagi menentukan marad al-mawt, iaitu: (i) (ii) (iii) Penyakit itu yang menyebabkan kematian si mati. Penyakit itu menyebabkan kecemasan kematian dalam fikiran si mati. Terdapat tanda-tanda luar yang menunjukkan bahawa penyakit itu berat. Oleh itu, hibah pada masa marad al-mawt ialah pemberian yang dibuat oleh seseorang yang sakit tenat yang boleh membawa kepada kematian. Dalam undang-undang Islam, pemberian itu melibatkan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang hibah dan wasiat. Dalam undang-undang Islam, jika pemberi hibah menemui ajal berikutan dengan lafaz pemberian itu, maka pemberian itu samalah seperti pemberian melalui wasiat dan tertakluk kepada hukum wasiat iaitu (Mohd Zamro et.al 2008135-136): (i) (ii) Pemberian itu tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati. Pemberian itu tidak diberikan kepada waris kecuali waris-waris lain telah bersetuju. Undang-undang Majallah Ahkam Al- Adliyyah ada menerangkan beberapa peruntukan tentang hibah, syarat-syarat dan hukumnya (Mohd Zamro et.al 2008:137-138). Diantara peruntukkan tersebut ialah: (i) (ii) (iii) Apabila seseorang yang tidak mempunyai waris menghibahkan semua hartanya kepada seseorang pada masa marad al-mawt, kemudian pemberian itu diterima, maka hibah itu hukumnya sah. Apabila seseorang suami menghibahkan semua hartanya kepada isterinya atau sebaliknya pada masa marad al-mawt dan hibah itu elah diterima, sedangkan mereka tidak mempunyai waris lain, maka hibah itu hukumnya sah. Apabila seseorang telah menghibahkan seseuatu harta kepada salah seorang daripada waris pada masa marad al-mawt dan selepas kematiannya wariswaris lain tidak bersetuju, maka hibah itu hukumnya tidak sah.

(iv) Apabila seseorang yang banyak berhutang telah menghibahkan hartanya kepada waris atau sebaliknya dan diterima, maka hibah itu tidak sah. Ini beerti bahawa pemiutang-pemiutang (pemberi hutang) boleh membatalkan hibah itu dan harta-harta itu dibahagikan kepada pemiutang-pemiutang. 2. Aplikasi Hibah Di Malaysia Kedudukan Hibah di sisi undang-undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang utama Negara, oleh yang demikian itu, persoalan mengenai kedudukan hibah di sisi undang-undang di Malaysia perlulah dirujuk kepada Perlembagaan dan kemudiannya barulah kepada undang-undang subsidiari yang berkaitan ( Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011: 185). Di Malaysia, tiada peruntukan khusus tentang undang-undang hibah yang dikanunkan. Ini bermakna Dewan Perundangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) tidak pernah meluluskan statut khusus tentang hibah orang Islam untuk dilaksanakan di Mahkamah- Mahkamah Syariah. Setakat yang ada hanyalah peruntukan yang menjelaskan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah tentangnya termasuk dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa (Zamro Muda 2008 :13) : Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, pelantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai manamana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang

menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. Peruntukan di atas menunjukkan bahawa hibah ialah sebahagian daripada perkara negeri yang diletakkan di bawah pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan mengenai kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undangundang yang berkaitan dengan perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam Jadual Kesembilan tersebut. Bagi Wilayah-wilayah Persekutuan, badan yang diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi perkara-perkara berkenaan ialah Parlimen. Maka, secara tidak langsung dapat difahami bahawa undang-undang berkaitan hibah adalah tertakluk di bawah bidang kuasa negeri. Oleh itu, Dewan Undangan Negeri diberi kuasa untuk membuat undangundang mengenai hibah dan sebarang pertikaian mengenainya akan didengar di Mahkamah Syariah (Nasrul Hisyam 2011:186-187). Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap kes berkaitan hibah diperkukuhkan dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1998 yang menjelaskan lagi bidang kuasa Mahkamah tersebut dengan Mahkamah Sivil seperti yang diperuntukkan oleh perkara 121 (1A) : Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Oleh itu, jelaslah daripada peruntukan perlembagaan tersebut, iaitu hibah adalah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Walaupun perkara 74 (2) dengan jelas telah memperuntukkan bahawa Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk membuat undangundang berkaitan hibah, namun sehingga kini tidak terdapat lagi satu statut khusus yang memperuntukkan hibah sama ada dari segi hukum substantif mahupun kaedah pentadbiran harta hibah seperti yang disebutkan pada awal tadi. Usaha pengkanunan hibah secara khusus didapati jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan instrumen kehartaan Islam yang lain seperti zakat (Nasrul Hisyam 2011: 188). Sehubungan itu, berkaitan hibah, Seksyen 46(2)(b)(v) dan (vi), Akta Pentadbiran Undang- Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) ada memperuntukkan: Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah: (b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubung dengan (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seorang si mati Islam; (vi) alang semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang Islam Pemakaian perkataan alang yang dibuat semasa marad al-mawt atau semasa hidup dan penyelesaian yang dibuat tanpa balasan adalah merujuk kepada hibah atau pemberian.

Penggunaan perkataan yang sama digunakan juga di negeri-negeri lain seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Sementara itu, Negeri Sembilan menggunakan perkataan hibah, Pahang dan Perlis menggunakan perkataan pemberian dan Kelantan menggunakan perkataan alang hayat Daripada peruntukan di atas, jelaslah pelaksanaan hibah bukan sahaja diperuntukkan dalam undang-undang di Malaysia semasa hidup pemberi hibah, malah hibah semasa marad al-mawt juga ada diperuntukkan. Kes-kes hibah di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia, selalunya melibatkan pengesahan hibah, pertikaian takat atau kadar hibah dan penarikan balik hibah (Zamro Muda 2008:14) Dalam kes Harun bin Muda dan Lain-lain lwn. Mandak binti Mamat dan Lain-lain [1999] XIII(I) JH 63, melibatkan kes pertikaian takat hibah yang dikemukakan oleh plaintif ke atas sebidang tanah. Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh plaintif antara lain, untuk mengesahkan bahawa tanah tersebut sebagai pemberian hibah si mati (Muda bin Tahir) kepada mereka. Di samping itu, tuntutan juga dibuat supaya mahkamah mensabitkan bahawa tanah itu menjadi milik sah plaintif-plaintif berdasarkan takat yang telah disebutkan. Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah memutuskan bahawa tuntutan plaintif-plaintif tentang takat keluasan masing-masing yang dinyatakan di atas tanah tersebut adalah benar dan berpuas hati atas kebenaran tuntutan itu lalu memberikan keputusan bahawa telah sabit hibah si mati kepada plaintif-plaintif. Dalam kes di atas juga, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berpendapat bahawa berlakunya hibah sungguhpun qabul berlaku secara perbutan iaitu selepas berlakunya ijab harta itu telah dimajukan atau diusahakan atau dimanfaatkan oleh defendan (Zamro Muda 2008:14). Sebaliknya, dalam kes Salmiah binti Che Mat lwn Zakaria bin Hashim [2001] XIV JH 79 Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam Pulau Pinang berpendapat bahawa hibah tidak sah sungguhpun qabul kepada ijab sudah berlaku secara perbuatan. Dalam penghakiman kes ini, Mahkamah telah mengemukakan beberapa soalan. Isu pertama yang dibangkitkan ialah apakah dalam kes ini telah terlaksana dengan sempurna rukun-rukun hibah. Mahkamah mendapati bahawa rukun pemberi hibah, penerima hibah dan barang yang dihibahkan telah mencukupi syarat-syarat yang telah dikehendaki oleh hukum syarak. Namun demikian, bagi rukun sighah pula Mahkamah mendapati bahawa ia belum terlaksana dan belum sempurna, yang berlaku hanyalah ijab daripada Che Mat sahaja dan tidak ada qabul daripada defendan sama ada secara lisan atau tulisan. Dengan demikian, Mahkamah berpendapat hibah Che Mat kepada defendan tidak sah oleh sebab rukun sighah belum terlaksana dan belum sempurna. Dalam kes ini, jelas bahawa Mahkamah tidak mengiktiraf penggunaan dan pembangunan yang telah diusahakan ke atas tanah tersebut oleh defendan dengan mendirikan sebuah rumah sebagai qabul. Namun demikian, antara alasan lain Mahkamah tidak mengesahkan hibah tersebut adalah kerana penggunaan dan pembangunan yang

diusahakan ke atas tanah tersebut dilakukan sebelum keizinan diberi oleh pemberi hibah. Ini kerana menurut pendapat mazhab Syafie dan Hanbali, syarat pengambilan barang/harta yang dihibahkan adalah dengan keizinan pemberi hibah (Zamro Muda 2008:15). Sementara dalam kes Eshah binti Abdullah dan Lima Yang Lain lwn Che Aminah binti Abdul Razak dan Dua Yang Lain [2004] XVIII(I) JH 47, yang timbul ialah isu adakah qabul disyaratkan secara terang dan jelas selepas pemberian atau cukup dengan qarinah-qarinah lain yang membuktikan adanya penerimaan. Dalam kes ini, pemberi hibah telah meninggal dunia dan tidak ada penarikan balik hibah. Hibah tersebut juga telah disaksikan oleh saksi-saksi, namun bangunan yang dipertikaikan sebagai harta hibah masih didaftarkan atas nama si mati. Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu telah menerima rayuan yang dibuat oleh perayu-perayu berdasarkan kepada qarinah penerimaan daripada penerima, di mana ketiga-tiga penerima hibah mengaku bahawa mereka telah menerima hasil sewaan bangunan tersebut semasa hayat si mati. Apa yang menarik dalam kes ini ialah pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu iaitu: Diandaikan jika pemberian tersebut telah bertukar kepada nama penerimapenerima, kemungkinan kes ini tidak lagi perlu dibawa kepada mahkamah, kerana segala-galanya telah jelas dan tercatat dalam dokumen. Berdasarkan keterangan kes-kes di atas dan banyak lagi kes yang lain, sesuatu hibah boleh dicabar di Mahkamah Syariah, tidak kira sama ada ia dibuat secara lisan atau bertulis oleh individu atau peguam. Bagaimanapun, ia hanya boleh dicabar atau dipertikaikan dari sudut sahnya mengikut hukum syarak atau ada waris yang tidak bersetuju dengan kandungan hibah itu selepas kematian pemberi hibah (Zamro Muda 2008:15-16). 2.1 Aplikasi Prinsip Hibah Dalam Industri Perbankan Islam Di Malaysia Semua aktiviti Perbankan Islam dan Takaful di Malaysia diselia secara berpusat oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPSBNM). Segala keputusan yang dikeluarkan oleh MPSBNM akan mengikat bank dan juga syarikat takaful. Ini bermakna, amalan insitusi perbankan dan takaful tidak boleh menyalahi keputusan yang dikeluarkan oleh MPSBNM. Dari sudut ini, Majlis Penasihat Syariah yang wujud di bank, dan syarikat takaful hanya berfungsi untuk membanti dan sebagai pelengkap kepada MPSBNM (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011: 217). Prinsip hibah, secara umumnya bukanlah satu prinsip utama dalam pembinaan produkproduk perbankan Islam. Prinsip atau kontrak yang diangap sebagai prnsip dalam membentuk produk perbankan Islam adalah seperti kontark-kontrak jual beli (al bay ), sewaan (al-ijarah), gadaian (al-rahn), syarikat (al-sharikah), perkongsian untung rugi (al-mudharabah) dan simpanan

(al-wadiah). Prinsip hibah hanya digunakan sebagai suati prinsip sampingan didalam kontrakkontrak uama seperti yang telah dinyatakan itu. Oleh kerana matlamat utama perbankan Islam adalah untuk menjalankan perniagaan yang berorientasikan keuntungan, maka prinsip hibah yang lebih bersifat tabarru (sumbangan atau pemberian budi bicara daripada pihak bank) tidaklah sesuatu yang diberi penekanan.walaubagaimanapun, ia boleh dijadikan sebaai satu prinsip sokongan kepada produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam (Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011: 217). 2.1.1 Prinsip Wadiah Yad AL-Damanah Prinsip wadiah merupakan salah satu cara bagaimana perbankan Islam memperoleh dana tabungannya melalui akaun simpanan. Selain wadiah, satu lagi pinsip yang digunakan dalam akaun simpanan ialah prinsip mudarabah. Wadiah menurut istilah fuqaha ialah satu kontrak di mana pemilik sesuatu harta memberikan kuasa kepada orang lain supaya menjaga barang atau hartanya itu untuk keselamatannya. Dalam konteks amalan bank, istilah wadiah ini dipakai dengan ditambah dengan frasa yad damanah yang beerti simpanan dengan jaminan. Ia merujuk kepada seseorang (pendeposit) yang memberi kuasa kepada orang lain (bank) untuk menyimpan hartanya untuk tujuan keselamatan barang tersebut daripada kehilangan, kemusnahan, kecurian danm sebagainya. Dengan demikian, hubungan antara bank dengan pelanggannya merupakan hubungan jaminan (bailment); iaitu pendeposit sebagai oenerima jaminan (bailee) wang simpanan dan bank sebagai pemberi jaminan (bailer) kerana hak milik harta tidak berpindah kepada bank, Cuma bank hanya mempunyai kuasa dan kawalan terhad terhadap wang yang disimpan. Oleh kerana itu, pendeposit masih mempunyai hak ke atas wang tersebut (Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011:218). Modus operandi prinsip Wadiah Yad Al-Damanah ini yang diaplikasikan dalam akauan semasa dan akauan simpanan semasa adalah seperti berikut (Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011:218) : 1) Bank menerima deposit daripada pelanggannya yang memerlukan tempat selamat untuk simpanan wang mereka dan mudah pula untuk mereka menggunakannya dalam bentuk akaun semasa dan akaun simpanan dengan menggunakan prinsip Wadiah Yad al-dmanah 2) Bank meminta kebenaran daripada penyimpan-penyimpannya untuk menggunakan wang simpanan itu selama wang itu berda dalam simpanannya. 3) Penyimpan-penyimpan berhak mengelarkan sebahagian atau seluruh baki simpanan pada bila-bila masa mereka kehendaki dan bank memberi jaminan untuk mengembalikan baki tersebut. 4) Semua keuntungan daripada penggunaan bank terhadap simpanan yang ada adalah menjadi milik bank. Tetapi bank boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberi keuntungan kepada semua penyimpannya atau sebahagian akaun penyimpanpenyimpannya.

5) Bank memberi buku, cek, kad ATM atau perkhidmatan lain mengenai akaun semasa atau simpanan kepada penyimpan. Daripada operasi wadiah yad al-damanah tersebut, dapatlah difahami bahawa konsep hibah digunakan sebagai satu bentuk insentif, dividen atau sagu hati oleh pihak bank untuk menarik pelanggan supaya menyimpan di dalam akaun di perbankan Islam.Dari segi luarannya, insentif ini sama bentuknya dengan apa yang dikatakan sebagai faedah dalam sistem konvensional. Oleh krana itu, untuk mengelakkan pembayaran dividen ini menyerupai bayaran faedah, jum;ah, bentuk dan peratus pembayarannya adalah mengikut budi bicara bank. Ini bermakna keuntungan daripada penggunaan wang pelanggan ini sebenarnya adalah milik bank sepenuhnya. Namun, atas budi bicara pihak bak keatas pelanggannya, bank memberikan sebahagian tertentu daripada keuntungan tersebut kepada pelanggannya yang boleh dianggap sebagai hibah atau hadiah daripada bank. Walaubagaimanapun, kaedah pengiraan keuntungan ini masih terikat dengan kaedah biasa pembayaran faedah. Sebagai contoh, sekiranya dividen dibayar pada setiap bulan, kaedah pengiraannya ialah baki komulatif harian untuk bulan berkenaan dibahagi dengan jumlah hari dalam bulan, didrarab dengan kadar keuntungan yang ditentukan dan didarab dengan ½ (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011: 219). 2.1.2 Prinsip al-ijarah Thumma Al-Bay (AITAB) Produk al-ijarah Thumma al-bay (AITAB) merupakan gabungan antara dua konsep, iaitu ijarah (Sewaan) dan bay (beli). Ijarah adalah sau kontrak yang membawa kepada pemindahan hak milik manfaat sesuatu barang dengan bayaran dalam tempoh yang telah dipersetujui. Manakala bay pula ialah sat kontrak pertukaran barangan antara dua pihak yang memberi hak pemilikan kepada pihak-pihak tersebut. AITAB yang juga dikenali sebagai Ijarah wa Iqtina ini baru dalam fiqh muamalah dan tidak dikenali oleh ahli fiqh Islam. Namun, ia dibenarkan kerana tidak mengandungi sebarang unsur yang membuat akad itu tidak sah. AITAB adalah satu bentuk produk di mana penyewa, diakhir tempoh sewaan diberikan pilihan oleh ihak bank, sama ada untuk menyewa semula atau membeli aset berkenaan (Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011: 219). Jika dilihat dari segi strukturnya, ia adalah gabungan antara dua akad yang sememangnya diiktiraf syarak, iaitu akad sewaan dan jual beli. Modus operandinya, bank akan menyewakan asset kepada pelanggan yang kemudiannya akan membayar secara ansuran sebanyak jumlah yang telah dipersetujui dalam tempoh tertentu. Kadar sewaan adalah berdasarkan harga asset dan juga tempoh masa penyewaan. Pada akhir tempoh sewaan tersebut, pelanggan diberi pilihan sama ada untuk menyewa semula atau membeli asset berkenaan. Jika pelanggan memilih utuk membeli, hanya harga nominal dikenakan kerana harga bayaran sewa yang dibuat selama ini akan diambil kira. Jika dilihat dari segi operasi AITAB di perbankan Islam, kedua-dua akad ini dibuat secara bersingan dan pembelian aset dianggap sebagai satu bentuk janji oleh penyewa di akhir tempoh sewaan nanti (Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011: 220).

Dalam usaha perbankan Islam menggalakkan pelanggan AITAB mematuhi jadual pembayaran bulanan mereka, hibah diberikan kepada mereka sebagai satu bentuk insentif. MPSBNM telah memutuskan bahawa prinsip hibah yang digunakan dalam akad AITAB sebagaisatu bentuk insentif kepada pelanggan adalah diharuskan (Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011: 220). 2.1.3 Prinsip Qard al-hasan Qard al-hasan bermaksud kontrak hutang terhadap sesuatu yang bernilai (mithl) dengan pembayaran balik kadar yang sama. Dalam konteks amalan perbankan Islam, qard al-hasan merujuk kepada pinjaman tanpa faedah (interest-free loan) yang diberikan kepada peminjam untuk kebajikan. Berdasarkan prinsip ini, peminjam hanya dikehendaki membayar hutangnya berdasarkan jumlah yang dipinjam sahaja dan bank tidak dibolehkan untuk meminta sebarang bayaran lebihan. Walaubagaimanapun, pihak peminjam adalah bebas dan digalakkan untuk membayar dengan kadar yang lebih daripada jumlah tersebut atas dasar budi bicaranya kepada pihak bank. Lebihan yang diberikan secara sukarela oleh pihak peminjam ini dianggap hibah dan diharuskan dalam syarak. Majlis Penasihat Syariah BNM menasihatkan agar amalan (bayaran lebihan) ini perlu dipraktikkan secara jujur bagi mengelakkan ia menjadi urf kebiasaan (Nasrul Hisyam Nor Muhamad 2011: 221). 2.3 Aplikasi Hibah Dalam Takaful Islam Secara umumnya terdapat dua bentuk perniagaan takaful yang dinyatakan dala Akta Takaful, iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am (Seksyen 3 (1) (a), Akta Takaful 1984: 3. Bagi maksud Akta ini (a) perniagaan takaful hendaklah dibahagikan kepada dua kelas (i) perniagaan perpaduan keluarga yang, sebagai tambahan kepada semua perniagaan takaful berkenaan dengan sijil perpaduan, hendaklah termasuk, dalam hal pengendali takaful, apa-apa jenis takaful yang dijalankan hanya sebagai sampingan kepada perniagaan perpaduan lain oleh pengendali itu; dan (ii) perniagaan am, iaitu, semua perniagaan takaful yang bukan perniagaan perpaduan keluarga, dan mentakaful semula liabiliti di bawah sijil takaful hendaklah dianggap sebagai perniagaan takaful bagi kelas dan jenis yang mana sijil itu dimaksudkan sekiranya ia dikeluarkan oleh pengendali takaful semula; Kedua-dua jenis takaful ini boleh disamakan dengan insuran nyawa dan insuran am dalam konteks insuran konvensional. Takaful Keluarga yang merupakan versi Islam kontrak insuran nyawa adalah bertujuan melindungi peserta daripada kemalangan diri atau kematian pada masa hadapan. Takaful keluarga juga merupakan satu bentuk simpanan yang mana peserta

akan diberi ganjaran dalam bentuk perolehan simpanan bersama keuntungan pada akhir tempoh matang simpanan tersebut (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011: 221). Takaful Am pula meliputi semua aspek perlindungan insurans yang menawarkan perlindungan kepada peserta daripada apa-apa kerugian atau risiko yang timbul daripada kemalangan ata kerosakan dan kehilangan harta benda. Secara ringkasnya, prinsip hibah dalam industry takaful digunakan dalam kebanyakan produk Takaful Keluarga. Dalam produk Takaful Keluarga, peserta takaful boleh menggunakan hibah sebagai salah satu cara untuk mengagihkan manfaat takaful (takaful benefit) kepada penama (penerima hibah). Selain itu, rinsip hibah juga diaplikasikan sebagai salah satu struktur daripada model produk takaful itu sendiri, khususnya yang melibatkan bentuk takaful pendidikan kanak-kanak (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011:222). Misalnya, hibah yang berlaku sebagai struktur produk takaful. Dalam hal ini, peserta takaful yang dinamakan dalam produk takaful adalah benefisiari menerima hibah. Hal ini berlaku apabila ibu atau bapa menjadi pencarum kepada anaknya dalam produk takaful pendidikan. Modus operandi hibah jenis ini mudah difahami kerana pencarum (bapa misalnya) menjadi donor dengan membayar jumlah tertentu setiap bulan sehingga tempoh matang sebagai caruman untuk kepentingan anaknya (peserta) yang disebut sebagai benefisiari(nasrul Hisham Nor Muhamad 2011: 228). Apabila caruman tersebut mencapai tempoh matang, maka wang caruman (simpanan) beserta dengan faedahnya (jika ada) akan diserahkan kepada benefisiari (anak). Begitu juga segala manfaat hasil penyertaannya dalam produk takaful juga menjadi hak milik anaknya. Aplikasi ini berlaku dalam produk takaful yang bersifat simpanan pendidikan di kebanyakan syarikat pengendali takaful. Hiah dalam produk tersebut juga melibatkan pemberian ganjaran tertentu kepada peserta oleh syarikat pengendali takaful. Ganjaran hadiah kecemerlangan akademik contohnya diambil daripada Tabung Tabarru (Tabung Khas Peserta) yang dikendalikan oleh sesebuah syarikat takaful (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011: 229). Prinsip hibah yang diaplikasikan dalam konteks mengagihkan manfaat takaful selepas kematian peserta adalah untuk memberi perlindungan kepada keluarga terdekat seperti anakanak, isteri, dan ibu bapa. Melalui pemberian kepada individu yang dikenali sebagai keluarga terdekat, maka bayaran manfaat takaful tersebut tidak tertakluk pada pembahgian secara faraid. Ini akan menjamin keluarga terdekat dari segi kebajikan hidup mereka selepas kematian peserta. Tambahan pula, jika dilihat dari segi tujuan seseorang individu mencarum dalam skim takaful, terutama Takaful Keluarga adalah untuk memberi perlindungan dan menjaga kebajikan ahli keluarga yang berada dibawah tanggungannya. Seandainya prinsip hibah tidak diaplikasikan, syarikat pengendali takaful hanya akan mengagihkan wang manfaat tersebut kepada penama yang disenaraikan oelh peserta yang kemudiannya akan diagihkan pula kepada waris peserta untuk diagihkan semula mengikut peraturan faraid dalam undang-undang Islam.

Berbeza dengan situasi jika peserta takaful tidak membuat hibah dan hanya membuat penamaan sahaja, maka peraturan penamaan adalah terpakai iaitu orang yang dinamakan itu akan bertindak sebagai executor atau wasi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan wang manfaat takaful kepada waris peserta. Manakala bagi prinsip hibah yang diaplikasikan secara langsung, hibah berlaku apabila ibu bapa membayar caruman ke atas nama anak-anak mereka dengan matalamat untuk memastikan anaka-anak mereka mempunyai asas tabungan yang mencukupi untuk tujuan tertentu terutamanya pelajaran di samping untuk tujuan perlindungan daripada sebarang risiko (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011: 230). 2.3 Aplikasi Pengurusan Hibah Masa Kini Antara aplikasi hibah yang terkini diamalkan di Malaysia adalah Amanah Hibah (trust hibah). Kaedah ini merupakan satu langkah terbaik bagi mengatasi kelemahan amalan biasa hibah yang mudah diseleweng oleh sesetengah penerima hibah dengan mengadai atau menjual harta tersebut semasa pewaris hidup. Trust Hibah adalah gabungan antara hibah mutlak dan hibah melalui pemegang amanah seperti yang diterangkan di atas. Produk ini telah diadaptasi daripada Transfer of Property Act 1882 yang diperundangkan oleh British di India Trust hibah adalah gabungan antara hibah dan amanah. Ia adalah pemberian harta oleh seseorang atas dasar kasih sayang yang berlaku ijab dan qabul pada masa hayat pemberi hibah. Harta hibah tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah dan diserah milikkan kepada penerima selepas kematian pemberi hibah atau menurut persetujuan pihak-pihak berkenaa (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011: 212) Dalam pelaksanaan Trust Hibah, terdapat dua peringkat yang dilalui iaitu (Nasrul Hisham Nor Muhamad 2011:213): 1) Kontrak hibah antara penghibah dan penerima hibah dengan mematuhi syarat, rukun dan pindak milikan (qabd). Pada peringkat ini, hibah telah sempurna dan penerima hibah dianggap telah memiliki mawhub (barang yang dihibah). 2) Perlantikan pemegang amanah untuk mengurus harta tersebut yang dibuat sejurus sahaja selepas peringkat pertama. Pada peringkat kedua ini, surat ikatan amanah (trust deed) ditandatangani antara penghibah (settlor), penerima hibah (benefisiari), dan pemegang amanah. Dalam trust deed tersebut, pelbagai syarat boleh dimasukkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak termasuk syarat umra dan ruqba. Mawhub pada etika ini akan dipindah milik kepada pemegang amanah yang menjadi pemilik secara perundangan manakal penerima hibah adalah pemilik secara benefisial. Dalam mekanisme trust hibah, hibah yang dibuat oleh ibu bapa dan datuk boleh dibatalkan. Manakala hibah oleh penghibah yang selain ibu bapa dan datuk tidak boleh dibatalkan kecuali

melalui salah satu dari tiga cara ini iaitu, keenaran penerima hibah, telah dipersetujui dalam perjanjian (Surat Ikatan Amanah), dan perintah mahkamah. Amanah Hibah juga dapat mengatasi masalah pembahagian harta pusaka yang sedikit yang akan diwarisi oleh sesetengah waris dan dapat memberikan bahagian yang terjamin untuk waris tertentu seperti anak kurang upaya. Penyediaan surat wisayah sebagai susulan kepada proses penamaan dan perlantikan wasi pusaka bertujuan untuk mengelak daripada tindakan salah laku pihak penama selaku pemegang amah daripada mengambil hak pusaka waris-waris yang lain. ( Jasni Sulong 2011: 204) Kini dengan adanya muncul pelbagai agensi yang terlibat dalam soal penulisan hibah maka dengan itu timbul pula pelbagai cara yang dilakukan oleh agensi-agensi berkenaan dalam memperkembangkan ruang lingkup hibah seperti trust hibah. 3. Isu Hibah di Malaysia dan Cadangan Topik ini membincangkan mengenai isu yang berbangkit mengenai perlaksanaan prinsip Hibah di Malaysia. Antara isu hibah yang dibincangkan adalah mengenai ketiadaan undang-undang hibah yang komprehensif, keperluan untuk menggubal undang-undang amanah Islam, isu dalam hibah hartanah, pengawasan syariah dalam industri berasaskan hibah, dan perlunya galakan daripada kerajaan untuk memajukan industry berkaitan hibah. Perbincangan mengenai isu tersebut akan disertakan cadangan penyelesaian. Cadangan 1: Undang-undang Hibah yang Komprehensif Walaupun dari segi perundangan, hibah diletakkan di bawah senarai negeri yang memeri kuasa kepada badan perundangan di peringkat negeri untuk membuat undang-undang berkaitan hibah, namun, sehingga kini tiada satu undang-undang khusus mengenai hibah yang bersifat substantf dibuat atas ruang lingkup yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan, Cuma yag ada hanyalah peruntukan mengenai bidang kuasa mahkamah syariah dalam mendengar kes berkaitan hibah seperti yang terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan juga Enakmen Mahkamah Syariah Negeri-negeri. Berdasarkan realiti tersebut, rujukan mengenai prinsip hibah dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya akan dibuat khususnya kepada kitab fikah dan bukannya secara langsung kepada statut. Walaupun diakui tiada salahnya membuat rujukan secara langsung kepada hukum syarak, namun peruntukan statuori adalah penting kerana peruntukan ini dilihat sbagai rujukan utama dalam sesuatu perkara yang dipertikaikan di Mahkamah. Bagi syarikat amanah yang ingin membangunkan produk hibahnya dalam keadaan ketiadaan undang-undang yang jelas menenai

hibah, apa yang boleh dilakukan adalah dengan meminta pandangan atau kelulusan daripada badan fatwa. Ini adalah perkara yang dilakukan oleh Bumiputra Commerce Trustee Berhad (BCTB) ketika mula-mula memperkenlkan produk hibahnya. Langkah ini adalah merupakan satu penyelesaian jangka pendek, kerana pada hakikatnya, fatwa yang dikeluarkan dalam bentuk memenuhi permintaan syarikat amanah tidak boleh diperluaskan pemakaiannya bukan sahaja ke negeri-negeri lain, bahkan dalam ruag lingkup negeri yang mengeluarkan fatwa itu sendiri. Masalah ketiadaan undang-undang hibah bukan hanya memberi kesan kepada industry, malah juga kepada kefahaman masyarakat Islam mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hibah apabila mereka terlibat sama dalam perlaksanaan hibah sama ada sebagai penghibah ataupun penerima hibah. Maka, dalam konteks inilah, dicadangkan perlu adanya satu undang-undang hibah yang komprehensif dan seragam antara negeri-negeri di Malaysia perlu diwujudkan ( Nasrul Hisyam 2011: 236-237). Cadangan 2: Penggubalan Undang-undang Amanah Islam. Amanah merupakan salah satu mekanisme perancangan harta yang boleh digunapakai oleh orang Islam selain mempunyai kaitan dengan prinsip hibah. Amanah Islam disenaraikan bersama-sama dengan perkara berkaitan dengan keagamaan dan undang-undang Islam yang lain di bawah Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan sebagaimana berikut: Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, pelantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya dalam Negeri Walaubagimana pun kini, idak dapat satu statut khusus berkenaan apa yang dikaakan sebagai amanah Islam. Diperingkat persekutuan hanya beberapa undangundang yang mentadbir hal ehwal amanah secara sivil telah diperkenalkan iaitu Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, Akta Syarikat Amanah 1949 dan banyak lagi. Namun akta akta ini tidak mempunyai peruntukan khusus berkaitan amanah menurut hukum syarak. Oleh itu, kewujudan undang-undang amanah Islam adalah perlu ketika ini selain ruang lingkup harta amanah dalam undang-undang Islam lebih luas berbanding undang-undang sivil. Undang udang Amanah Islam perlu mematuhi peraturan hukum syarak seperti

memenuhi peraturan akad (ijab dan qabul), saksi, aset mestilh memenuhi piawaian syariah dan penunaian zakat daripada aset tersebut. Akta Pemegang Amanah1949 boleh dijadikan asas kepada penggubalan Undang-undang Amanah Islam engan melakukan sedikit perubahan bagi menjadikannya patuh syariah. Bagi memastikan kepatuhan kepada hukum syarak, Akta Pemegang Amanah Islam mestilah memperuntukkan bahawa setiap syarikat amanah yangmengendalikan harta amanah Islam perlu dikawal selia oleh satu juwatankuasa syariah yang berkelayakan.