Allah. Begitupun, proses kejadian 'Isa sentiasa dikaitkan sebagai kejadian yang

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Ulasan Buku / Book Review

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

BAB 2 TEORI ASAL-USUL AGAMA

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

KONSEP KETUHANAN MENURUT AJARAN INAYAT KHAN: SATU PENILAIAN DENGAN AKIDAH ISLAM

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

TOPIK 1 MANUSIA DAN AGAMA

Implikasi Tafsiran Muhammad Asad bagi Perkataan Islam terhadap Pegangan Ahl al-sunnah wa al-jamaah

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

Alpha and Omega Apostasy in the writings of Ellen G. White. Pdt Donny Chrissutianto, PhD

DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN.

Sufisme (Sufism) dan Ahli Sufi (The Sufis) Menurut Inayat Khan ( )

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

AL-USWAH DALAM PENDIDIKAN KEROHANIAN : SATU PENDEKATAN OLEH BADIIUZZAMAN SAID AL-NURSI. Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari ah Islamiyah

AN ANALYSIS OF FEMINISM AS REFLECTED IN LOUISA MAY

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Tanggungjawab dan Pelaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

ANALISIS KONSEP PERPADUAN KAUM DALAM NOVEL TERPILIH ABDULLAH HUSSAIN ROSLI B IBRAHIM

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Janji-janji Laluan Berkhutbah

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Transcription:

KESUCIAN MARY MENURUT BIBLE Oleh Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali* Abstract The word irgin is always associated to Mary which known as the Virgin Mary and Virgin Mother of Jesus Christ. Thus the concept of the irgin is not known. Therefore, this article attempts to elaborate cumprehensi ely (he Virgin Mary based on scriptures and church's claims. PENDAHULUAN Proses penciptaan Adam dan Hawa tanpa kewujudan wanita dan lelaki lain, penciptaan 'Isa tanpa bapa di dalam suasana manusia telah dicipta dan kejadian manusia lain melalui proses persenyawaan hasil dari wujudnya hubungan antara wanita dan lelaki merupakan rahsia kehidupan manusia yang tersendiri. Setiap proses kejadian tersebut mempunyai nilai hikmah yang menunjukkan kekuasaan Allah. Begitupun, proses kejadian 'Isa sentiasa dikaitkan sebagai kejadian yang teristimewa kerana telah dilahirkan oleh seorang gadis suci bernama Maryam tanpa seorang bapa yang hidup dalam suasana kitaran manusia telah dicipta. Pemilihan Maryam dari kalangan wanita-wanita Bani Israel sebagai bonda 'Isa adalah anugerah teristimewa sehingga agama Kristian meletakkan beliau sebagai telah tersedia untuk Tuhan.1 Justeru, Maryam atau Mary telah diberi kedudukan istimewa oleh agama Kristian bukan sahaja sebagai bonda isa atau Jesus tetapi turut meletakkannya sebagai lambang kesucian seorang gadis sunti pilihan Tuhan. Kisah kesucian Mary ini turut dipaparkan di dalam Bible dan sekaligus kenyataan-kenyataannya dijadikan tunjang kepada kepercayaan agama Kristian Pensyarah di Jabaian Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Univcrsiti Malaya 'Untuk mengetahuinya lebih lanjul. sila lihal Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali, "Triniti Menurut Agama Kristian", Jurnat Usuluddin. Bil. 2, Universiti Malaya Mei 1995. h. 29. 89

Jurnal Usuluddin dalam meletakkan kedudukan Mary sebagai wanita suci, mulia dan perlu dihormati. Begitupun terdapat sedikit perbezaan di antara Mazhab Katholik dan Protestant dalam melihat Mary sebagai gadis suci dan bonda Jesus Christ. Walaupun wujud pandangan yang berbeza, ia tetap berasaskan kenyataan dalam Bible. Justeru, kajian ini melihat Bible sebagai kitab suci yang dinilai dari aspek keyakinan dan kepercayaan penganut Kristian terhadap keabsahannya sebagai rujukan ajaran dan memiliki nilai religious berasaskan ajaran agama tersebut dalam usaha melihat kesucian Mary. DAUL KESUCIAN MARY Kenyataan-kenyataan di dalam Bible khususnya Bible Perjanjian Bam atau New Testament dijadikan asas dan dalil dalam melihat kesucian Mary. Kenyataan-kenyataannya sentiasa berkaitan dan mempunyai tujuan yang sama walaupun dalam gospel berlainan. Peristiwa yang dipaparkan dalam gospel mempunyai tujuan yang sama iaitu menceritakan kesucian Mary sebagai bonda Jesus tetapi berbeza dari aspek penceritaan kerana setiap gospel mempunyai topik tertentu yang perlu ditekankan.2 Bible Old Testament telah menceritakan tentang kelahiran Jesus yang akan dilahirkan oleh seorang gadis sunti dan suci iaitu Mary ini lebih kurang 5,000 tahun sebelum kelahiran bayi dan turut menyebut bahawa seorang gadis sunti akan melahirkan anak lelaki yang membawa kegembiraan dan rahmat untuk seluruh manusia.3 Kenyataan ini menjelaskan tentang kelahiran seorang nabi yang ditunggu-tunggu membawa rahmat dan kegembiraan untuk seluruh alam dan sekaligus menjelaskan kisah seorang gadis suci dan sunti sebagai bonda nabi tersebut. Namun yang lebih utama dalam paparan tersebut adalah kisah kesucian bonda nabi tersebut, Mary yang diakui sebagai gadis sunti dan suci. 3Umpamanya, Gospel Matthew lebih menekankan topik yang berkaitan dengan kisah keturunan Jesus dan diikuti dengan peristiwa kelahirannya, m anak a la Gospel Mark pula menekankan aspek pembaptisan Jesus, Gospel Luke pula menumpukan kepada orang-orang penting yang berkaitan dengan Jesus iaitu John Pembaptis dan bondanya Mary dan Gospel John melihat kisah kehidupan Jesus. Namun keempat-empat Gospel bertujuan sama menceritakan kisah kelahiran Jesus dan kehidupannya termasuklah kisah kesucian Mary. Hanya Gospel Luke lebih memberikan tumpuan kepada kisah Mary. Sila lihat The Holy Bible Containing Old Testament And New Testament, Grand Rapids, U.S.A. 1990. 'Isaiah 7:14-15 90

Kesucian Mary Menurui Bible Selain daripada itu, Gospel Matthew menyebut "The virgin will be with child and will give birth to a son, and they will call him Immanuel - which mean "God with us".* Gospel Luke turut menyebut peristiwa yang dialami olen Mary, gadis sunti yang dipilih sebagai bonda Jesus Christ: In the sixth month, God sent the angel Gabriel to the Nazareth, A town in Galilee, to a virgin pledged to be married to a man named Joseph, a descendant of Dand. The virgin's name was Mary. The angel went to her and said "Greetings, you who are Highly favored! The lord is with you. Mary was greatly troubled at his word and wondered what kind of greeting this might be. But the angel said to her, "do not be afraid, Mary, you have found favor with God. You will be with child and give birth to a son, and you are to Give him the name Jesus. He wilt be great and wilt be called the Son of the Most High. The Lord God will give him the throne of his father David and he will reign over the house of Jacob forever; his kingdom wilt ever end. How will this be, Mary asked the angel, "since I am virgin?" The angel an swered, The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you. So the holy one to be born wilt called the Son of God5 Kenyataan-kenyataan di atas menjelaskan peristiwa pemilihan Mary seorang gadis sunti dan suci sebagai bonda Jesus Christ yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Di samping peristiwa tersebut, Bible turut menyebut Mary sebagai bonda Jesus Christ atau juga disebut bonda, sebagai contoh : "On the third day a wedding took place at Cana in Galilee. Jesus' mother was there and Jesus and his disciple had also been invited "*. Galatians 4:4 pula menyebut "God sent his Son, born of a woman ". Selain daripada kenyataan-kenyataan tersebut, Bible tidak banyak menyentuh kisah tentang Mary. Walaubagaimanapun, Bible ada menyebut di dalam Gospel John, Jesus telah memperlihatkan salah satu daripada mukjizatnya kepada Mary dan para pengikutnya dengan menukarkan air kepada wine dalam upacara perkahwinan 'Matthew 1: 23 'Luke 1; 26-37 6John 2: 1-2 91

Jurnal Usuluddin yang dihadiri mereka kerana wine telah habis.7 Di samping itu, Bible turut menyebut kisah Mary yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada puteranya dengan menunggu Jesus berdakwah dan selepas kisah tersebut, Bible tidak lagi menyebut kisah berkaitan dengan Mary dan cerita mengenainya hilang begitu sahaja sehinggalah hari Jesus dijatuhkan hukuman salib, Mary disebut telah muncul dan menerima hukuman yang dijatuhkan ke atas Jesus dengan tenang kerana memahaminya sebagai melaksanakan perintah Tuhan. Justeni, Mary digambarkan sebagai seorang bonda yang merestui perlaksanaan hukuman yang dilaksanakan oleh Jesus semata-mata untuk memberi rahmat dan kegembiraan kepada seluruh alam." Berasaskan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Mary memperlihatkannya sebagai seorang gadis sunti yang bertanggungjawab melahirkan Jesus dan sekaligus sebagai bonda yang prihatin terhadap tanggungjawab puteranya Jesus sebagai penyelamat manusia sejagat. Mary juga seorang yang warak dan alim sentiasa bersedia menerima segala perintah dan amanah Tuhan. Justeru. Mary tabah dan tenang menerima segala peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupannya sebagai bonda Jesus Christ, khususnya sebaik sahaja beliau melahirkan Jesus. Mary telah dicemuh oleh golongan Bani Israel dan dituduh telah berzina kerana golongan tersebut meyakini segala sesuatu yang berlaku perlu ada sabab dan musabbab. Namun, Allah ternyata lebih berkuasa untuk mencipta sesuatu tanpa perkara tersebut. Begitupun, agama Kristian tidak pernah meletakkan peristiwa tersebut sebagai sesuatu yang mencemarkan kemuliaan diri Mary bahkan mereka meyakini ianya adalah anugerah Tuhan kepada Mary seperti yang terpapar di dalam Bible dan telah disebut sebelum ini ( hal. 90-91 ). Oleh itu tidak timbul peristiwa cemuhan disebut dalam Bible. Bagaimanapun, kajian ini tidak bermaksud untuk membincangkan cemuhan yang dilemparkan kepada Mary kerana ianya telah dimaklumkan di dalam ai-qur'an, surah Maryam ( 19 ): 27-34. Apa yang lebih penting di sini adalah sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Mary yang begitu tenang, tabah, sabar dan memahaminya sebagai amanah Tuhan yang perlu dilaksanakan untuk terus mendidik puteranya sebagai seorang insan yang bakal memberi petunjuk ke jalan yang benar dan diredai Tuhan. 'John 2 : J-JO Sila lihat Gospel Matthew 27: 56, Gospel Mark IS: 47, Gospel Luke 24: JO dan Gospel John 19. 25-27. 92

Kesucian Mary Menurut Bible Berasaskan dalil-dalil tersebut, agama Kristian meletakkan penghormatan yang tinggi dan mulia terhadap Mary sebagai seorang yang suci dan warak. Justeru, dalam persidangan gereja di Nicea telah ditetapkan suatu kepercayaan kepada Mary yang bukan sahaja dianggap sebagai bonda Jesus tetapi lebih daripada itu yang terangkum dalam konsep kepercayaan terhadap kesucian Mary. KESUCIAN MARY Menurut perakuan persidangan gereja di Nicea yang terangkum dalam Nicene Creed menyebut bahawa pihak gereja meyakini Jesus telah dilahirkan oleh seorang gadis sunti yang membawa maksud bahawa janin Jesus telah dikandung dalam rahim seorang gadis sunti tanpa seorang bapa yang hidup,g yang dilakukan oleh Holy Spirit dengan meniupkannya ke dalam rahim Mary sepertimana yang telah disebut terdahulu ( hal. 90-91 ) Justeru, kelahiran Jesus adalah suatu yang istimewa dan beliau kemudiannya dianggap sebagai insan yang unik, sempurna dan suci kerana sekiranya ia dilahirkan seperti dalam proses kejadian manusia yang lain iaitu melalui hubungan antara lelaki dan wanita. tujuan Jesus untuk memberi rahmat kepada alam tidak akan tercapai dengan sempurna kerana beliau adalah insan biasa tidak lebih dari itu dan tidak mungkin dapat meletakkan dirinya sebagai sa iour. '" Oleh kerana itu. Mary adalah gadis teristimewa yang terpilih untuk memikul amanah Tuhan melahirkan Jesus. Kelahiran Jesus melalui rahim seorang gadis sunti ini dikenali sebagai The Virgin Birth dan bersesuaian dengan tujuan kelahirannya sebagai sa iour, mengorbankan diri untuk menyelamatkan manusia sejagat. Mary telah turut dianggap sebagi suci daripada memikul dan menanggung dosa warisan atau original sins sebaik sahaja janin Jesus dikandunginya.11 Kepercayaan ini dikenali sebagai Immaculate Conception dalam kepercayaan Katholik. Walaubagaimanapun, ajaran ini tidak dilaksanakan oleh gereja Katholik secara rasmi sehinggalah 8 Disember 1854 dan ianya telah 'Michael Keene. The Catholic Experience. Stanley Thornes Lid. England Wellington Street. 1996. hal. 40. "'Sila lihal Khadijah binti Muhd Khamhali <s> Hambali, "Trinili Menurut Agama Kristian", hal. 45-46 dan Khadijah binti Muhd Khambali @ Hambali. '"Isa al-masih Putera Maryam : Suatu Taakulan", Jumal Usuluddin. Bil. 3. Disemher 1885. hal- 29. "Michael Keens. The Catholic Experience, hal. 4(1 dan sila lihatjuga dalam Alan Brown ( ed. ). Festivals in World Religions, London : Longman. 19S6, hal. 127 dan Nancy Price, Pagan's Progress: High Days and Holy Days. London : Museum Press. 1954. hal. 100. 93

Jurnal Usuluddin dijadikan sebagai ajaran rasmi mereka.'2 Selain dahpada itu, kesucian Mary ini telah turut dijadikan sebagai satu perayaan penting dalam usaha mengingati peranan Mary sebagai bonda Jesus yang tabah dan sabar menghadapi segala yang berlaku ke atas puteranya kerana ianya sebagai perintah Tuhan dan atas alasan ini Mary layak menerima anugerah dari Tuhan. Justeru, gereja Katholik meyakini bahawa tubuh dan roh Mary telah diangkat ke syurga dan dipercayai sebagai permaisuri yang bertahta di sebelah kanan bersama-sama puteranya sebagai raja di syurga. Perayaan ini dikenali sebagai The Assumption of The Virgin Mary yang diraikan pada setiap 15 Ogos setiap tahun. Kepercayaan ini turut diyakini oleh pihak Kristian Ortho dox.13 Kepercayaan tersebut agak berbeza dari apa yang diyakini oleh pihak Prot estant kerana mereka hanya mempercayai Mary adalah seorang gadis sunti yang melahirkan putera Jesus Christ. Justeru, Mary adalah gadis sunti dan suci yang layak dinisbahkan sebagai bonda Jesus Christ. Berasaskan kedudukannya sebagai bonda Jesus, pihak Protestant memberi penghormatan yang tinggi kepada Mary seorang gadis sunti yang terpilih memikul amanah Tuhan melahirkan Jesus Christ dan keyakinan mereka tidak lebih daripada ini.14 Walaupun terdapat perbezaan pendapat dan keyakinan terhadap kedudukan Mary, namun pihak gereja Katholik dan Protestant tetap mempunyai kepercayaan yang sama iaitu meyakini kesucian Mary sebagai gadis sunti dan bonda Jesus Christ dan beliau layak dan perlu dihormati. Dalam memberi penghormatan kepada Mary, Katholik ternyata lebih memuliakannya berbanding Protestant yang hanya menghormati Mary sebagai bonda Jesus. Manakala Katholik dalam kepercayaan gerejanya hari ini meletakkan Mary sebagai salah satu daripada objek penyembahan kerana peranannya yang paling penting melahirkan Jesus sebagai sa-iour sehingga mencatatkan sejarah utama dalam ajaran Kristian. Keyakinan ini terungkap dalam persidangan gereja kedua di Vatican yang menyebut, Her role as "Mother Of God and of the Redeemer " means that she: "Far surpasses all crea tures, both in hea en and earth. "1S "Ibid ''Ibid "Sila lihat. T.R Glover, The Conflict Of Religious In The Early Roman Empire, cet, 1, Lon don : Methuen & Co., 1909, hal. 88. "Sila lihat The Second Vatican Council. 94

Kesucian Mary Menurut Bible Gereja Katholik dan Orthodox ternyata lebih memuliakan Mary atas sifatnya sebagai gadis suci dan sunti yang terpilih melahirkan Jesus dan sekaligus memikul amanah Tuhan sehingga tujuan dan misi kelahiran Jesus dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berasaskan perkara tersebut juga, Mary telah diberikan kedudukan teristimewa dalam gereja Katholik khususnya hari ini. KEDUDUKAN MARY DALAM GEREJA KATHOLIK Sebagaimana yang telah dinyatakan. Katholik memuliakan Mary atas alasan yang telah disebut ( hal. 93-95 ) sehingga meletakkannya sebagai teristimewa dalam kepercayaan gereja mereka. Katholik meyakini bermula saat Mary diberitahu sebagai bonda Jesus oleh Gabriel ( hal. 90-91 ), Mary telah bersedia menerima amanah Tuhan dan bertanggungjawab mendidik puteranya agar misi kelahirannya sebagai sa iour dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sekaligus memberi rahmat dan kegembiraan kepada manusia sejagat. Oleh kerana itu, di saat akhir hayatnya, Katholik mempercayai bahawa jasad dan roh Mary telah diangkat ke syurga dan selayaknya beliau menerima kurniaan tersebut."1 Selain daripada itu, pihak gereja Katholik turut mempercayai Mary sebagai Church's Model of Faith and Charity memandangkan personalitinya sebagai seorang gadis yang warak dan alim yang sentiasa menunaikan perintah Tuhan dan tidak menolak amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sebagai bonda Jesus. Justeru Mary adalah supermodel dalam keanggotaan sebagai ahli gereja yang taat dan setia.17 Di samping itu juga, Katholik meyakini bahawa Mary adalah bonda Jesus yang sentiasa diberkati sepanjang kehidupannya dan selepas kehidupannya yang diingati oleh seluruh penganut Kristian kerana telah memberikan cahaya kepada mereka dengan mengurniakan Jesus sebagai pembawa rahmat dan kegembiraan. Lantaran itu, satu perayaan khusus untuk Mary telah diadakan sebagai penghormatan dan diiringi doa-doa khusus untuk memberkatinya yang telah disebut sebelum ini ( hal. 94 ). Kedudukan Mary yang mulia dan suci dalam kepercayaan Katholik adalah sejajar dengan tanggungjawab yang dipikul dengan jayanya oleh Mary dalam mendidik dan memberi perhatian yang secukupnya kepada Jesus untuk melaksanakan misinya sebagai sa iour seperti beliau "Sila lihat, Robin Keeley ( ed.). Handbook of Christian Belief, London : Lion Publishing, h. 85-87. "Ibid, dan lihat juga Michael Keent. The Catholic Experience, hal. 39. 95

Jurnal Usuluddin mengalu-alukan pengorbanan yang dilakukan oleh Jesus semasa hampir disalib (hal. 92 ). Gereja Katholik memperlihatkan bahawa selayaknya Mary diberikan kedudukan yang istimewa sejajar dengan tugas dan amanah yang telah berjaya dilaksanakannya sehingga seluruh alam mendapat keberkatan daripada rahmat Jesus Christ. PENUTUP Agak jelas daripada perbincangan-perbincangan tersebut di atas memperlihatkan pihak gereja Katholik lebih menekankan kedudukan Mary sebagai bonda Jesus Christ yang bertanggungjawab membuka lembaran sejarah dalam dunia agama Kristian dan sekaligus meletakkan kesuciannya sebagai gadis sunti yang terpilih untuk memikul amanah Tuhan melahirkan Jesus tanpa seorang bapa yang hidup sebagai lambang keimanan dan ketakwaan yang sewajarnya dimiliki oleh setiap pengikut Katholik. Kesucian Mary tidak hanya sebagai suatu cerita kosong tetapi ia adalah seorang wanita yang berperanan penting dalam menyingkap perjalanan kehidupan sa lour yang bertanggungjawab merubah perjalanan hidup manusia sejagat daripada dibelunggui oleh original sins kepada suatu bentuk kehidupan yang lebih bermakna kerana sentiasa dalam rahmat Tuhan pencipta alam. Keyakinan Katholik ini berbeza daripada Protestant yang mempercayai Mary adalah seorang gadis sunti dan suci terpilih menjadi bonda Jesus Christ. Atas sifat kesuciannya dan kesediaannya sebagai bonda Jesus selayaknya Mary dihormati dan tidak lebih dari itu. Begitupun, ternyata. kedua-dua aliran mazhab tersebut meyakini bahawa Mary adalah gadis sunti yang suci dan alim yang sekaligus melayakkannya terpilih sebagai bonda Jesus Christ di antara wanitawanita Bani Israel yang lain. Kecenderungan yang sama ini telah menghasilkan kepercayaan yang agak sedikit berbeza datam meletakkan penghormatan kepada Mary yang memperlihatkan Katholik menjadikannya sebahagian ajaran penting dalam gereja tetapi Protestant hanya sekadar menghormatinya sebagai gadis sunti yang terpilih sebagai bonda Jesus Christ. Perbezaan kepercayaan tersebut terhasil daripada interpertasi yang berbeza terhadap dalil-dalil dalam Bible yang menjelaskan kesucian Mary sehingga melahirkan suatu bentuk kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam Bible umpamanya Assumption of The Virgin Mary yang diketengahkan oleh Katholik tetapi masih tetap berasaskan dalil-dalil dalam Bible. 96