AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

Similar documents
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

TELEVISION BROADCASTS LTD DAN SATU LAGI LWN PUSAT VIDEO GLOBE DAN LAIN-LAIN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Petisyen pilihanraya ini difail oleh seorang pengundi berdaftar di kawasan N5, Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu, Trengganu.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SENARAI KES BICARA YANG DIKENDALIKAN OLEH TPR / PKP DI UNIT PERBICARAAN BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN APRIL 2011 SIVIL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

NUR SARAH TAJUL URUS 1

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MANUAL PANDUAN PENGGUNA

Plat Kaca Terma & Syarat

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

Transcription:

1 SUPREME FINANCE (M) BERHAD lwn. TAN CHONG KEAT & SATU LAGI MAHKAMAH TINGGI, PULAU PINANG DATO' ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMED H SAMAN PEMULA NO. 24-812-85 25 OKTOBER 1993 [1994] 2 CLJ 374 AMANAH DAN PROSEDUR: Perintah jualan - Permohonan untuk mengenepikan perintah - Permohonan dibuat enam tahun selepas tarikh perintah - Samada permohonan satu penyalahgunaan proses Mahkamah - Samada estoppel terpakai - Samada Mahkamah telah functus officio. Melalui satu saman pemula plaintif telah memperolehi perintah jualan terhadap sekeping tanah yang digadaikan kepadanya oleh defendan. Perintah ini diperolehi pada tahun 1987. Bagaimana pun sehingga tahun 1993 tanah tersebut masih belum dapat dilelong dan dalam tempoh tersebut sebanyak empat saman untuk arahan telah difail oleh plaintif. Permohonan terakhir untuk mendapat tarikh lelong telah dibuat oleh plaintif pada 15 Februari 1993. Pada 21 Mei 1993 defendan kedua telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah jualan yang dibuat pada tahun 19877 dahulu. Soalan yang timbul adalah samada permohonan defendan merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah dan samada Mahkamah mempunyai kuasa untuk mengenepikan perintah jualan tersebut. Diputuskan: [1] Dalam kes ini pemohon tahu tentang prosiding berkenaan perintah jualan tersebut dan mempunyai peluang untuk membantah tetapi beliau bukan sahaja tidak berbuat apa-apa malah membiarkan plaintif memperolehi perintah itu. Hanya setelah enam tahun perintah jualan itu dibuat barulah keputusan diambil untuk memohon mengenepikannya. Ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah dan pemohon harus ditahan daripada mengambil tindakan ini. [2] Walaupun bukan dalam semua keadaan apabila berlaku kelewatan Mahkamah terus menolak sesuatu permohonan atas alasan itu sahaja, Mahkamah juga perlu bersikap tegas dan tidak melayan permohonan orang-orang yang dengan nyata menyalahgunakan proses Mahkamah untuk menggagalkan atau melambatlambatkan proses keadilan. Guaman juga mesti ada akhirnya dan Peguam-peguam tidak mempunyai hak yang tidak terhad untuk mengorek semula perkaraperkara yang telah lama selesai untuk menghidupkannya kembali. [3] Dalam kes ini kelewatan pemohon membuat permohonan adalah keterlaluan, sebabsebabnya tidak berpatutan dan penjelasan mengenainya tidak memuaskan. Mahkamah juga telah functus officio berkenaan perintah jualan tersebut dan tidak mempunyai kuasa lagi untuk mengenepikannya.

2 [Permohonan ditolak]. Case(s) referred to: Asia Commercial Finance (M) Bhd. lwn. Kimden Housing Development BANKINGANDFINANCE [1993] 1 AMR 10 (tidak diikuti) Mui Bank Bhd. lwn. Cheam Kim Yu (Beh Sai Meng, Intervener) [1992] 2 MLJ 642 (diikuti) Counsel: Bagi pihak plaintif - T.M. Chuah; T/n. Khaw & Hussein Bagi pihak defendan-defendan - Pearl Wee; T/n. NikHussain & Partners Abdul Hamid Bin Haji Mohamed H: ALASAN PENGHAKIMAN Ini adalah permohonan defendan kedua untuk mendapatkan perintah (a) untuk mengenepikan perintah jualan yang dibuat pada 9 Mac 1987; (b) supaya defendan kedua diberi kebebasan untuk memfailkan memorandum kehadiran selepas masa yang dihadkan; dan (c) supaya kos permohonan ini dibayar oleh plaintif. Permohonan ini dibuat enam tahun selepas perintah jualan itu dibuat. Untuk mendapat gambaran yang sebenar biarlah saya perturunkan sejarah kes ini. Pada 14 November 1985, plaintif memohon melalui saman pemula untuk mendapat perintah jualan dan lain-lain perintah yang berkenaan terhadap kedua-dua defendan. Defendan pertama memasukkan kehadiran. Defendan kedua (perayu sekarang) tidak memasuki kehadiran walau pun saman pemula itu disampaikan ke dirinya - Lampiran 5. Pada 9 Mac 1987 Mohamed Dzaiddin H. (pada masa itu) membuat perintah jualan dan menetapkan tanah berkenaan dilelong pada 2 September 1987. Defendan pertama diwakili oleh peguam pada hari itu. Defendan kedua tidak hadir dan tidak diwakili peguam. Selepas itu sehingg tahun 1993 sebanyak empat kali permohonan dibuat oleh plaintif untuk mendapat tarikh lelong baru dan sebanyak empat kali saman untuk arahan difail. Tanah itu masih belum dapat dilelong. Permohonan untuk ditetapkan tarikh lelong baru terkahir dibuat pada 15 Februari 1993. Kemudian, pada 17 Mei 1993 defendan pertama memohon untuk mengenepikan perintah jualan bertarikh 9 Mac 1987 itu. Permohonan ini kemudiannya ditarik

3 balik. Defendan kedua pula pada masa yang hampir sama, iaitu pada 21 Mei 1993 membuat permohonan ini. Kiranya difikirkan bahawa defendan kedua tidak tahu berkenaan prosiding ini sebelum itu, biarlah saya tegaskan bahawa minit-minit dalam fail kes berkenaan jelas menunjukkan beberapa kali Cik Margaret Kam mewakili kedua-dua defendan. Pada 10 Ogos 1987, semasa Penolong Kanan Pendaftar mendengar Lampiran 17 (saman untuk arahan) Cik Margaret Kam memberitahu Penolong Kanan Pendaftar bahawa defendan kedua pada masa itu diwakili oleh Tetuan Nik Hussain & Partners. Juga seperti yang saya telah sebutkan, saman pemula itu telah disampikan ke diri defendan kedua. Prosiding-prosiding selepas itu pun disampaikan kepadanya. Defendan kedua, sekurangkurangnya semenjak sebelum 10 Ogos 1987 dan dalam permohonan ini diwakili oleh Tetuan Nik Hussain & Partners. Sila lihat juga surat-menyurat antara Nik Hussain & Partners dengan Peguam plaintif yang mengaku mewakili defendan kedua daripada 8 September 1989 hingga 1993 - Lampiran 91. Daripada apa yang diperturunkan di atas adalah jelas bahawa permohonan ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Seperti yang saya pernah katakan, jika pentadbiran keadilan mahu dihormati, Mahkamah mestilah bersikap tegas dan tidak melayan permohonan orang-orang yang dengan nyata menyalahgunakan proses Mahkamah untuk menggagalkan atau melambatlambatkan proses keadilan. Berhubung dengan kelewatan membuat permohonan ini, defendan kedua menyatakan dalam afidavitnya seperti berikut: 22. Permohonan untuk mengenepikan perintah tersebut hanya dibuat kini selepas lebih kurang 6 tahun kerana terdapatnya perkembangan baru dari segi undang-undang yang menyebabkan Peguam saya meneliti semula kes ini dan mendapati bahawa terdapatnya merit di dalam pembelaan saya. 23. Di samping itu juga saya dinasihatkan bahawa persoalan kelewatan menfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah Mahkamah bukanlah faktor utama yang dititikberatkan oleh Mahkamah tetapi yang lebih penting ialah merit suatu kes. Perkembangan baru dari segi undang-undang yang dimaksudkan itu nampaknya ialah penghakiman James Foong Cheng Yuen H. dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd. lwn. Rimden Housing Development [1993] 1 AMR 10. Dalam kes itu perintah jualan yang dibuat dalam tahun 1986 tanpa kehadiran defendan-defendan telah diketepikan atas permohonan yang difailkan oleh pelikuidasi persendirian (private liquidator) dalam tahun 1992. Mengikut laporan itu penghakiman itu bertarikh 25 November 1992. Tidak diketahui sama ada tarikh itu tarikh perintah itu dibuat atau tarikh alasan penghakiman ditulis. Tetapi, perlu diambil perhatian bahawa dalam penghakiman itu penghakiman Mahkamah Agung dalam kes 0Mui Bank Bhd. lwn. Cheam Kim Yu (Beh Sai Meng, Intervener)[1992] 2 MLJ 642 bertarikh 5 September 1993 telah tidak dirujukkan kepada Hakim yang arif itu, mungkin kerana ia belum dilaporkan. Walau bagiamana pun dalam kes Mui Bank, Mahkamah Agung dengan jelas mengatakan, di

4 halaman 649: Once the order for sale is made, drawn up and perfected, as here, the learned Judge is functus officio and therefore has no power to set aside the order for sale. Perlu diambil perhatian bahawa dalam kes Mui Bank permohonan untuk mengenepikan perintah jualan itu dibuat oleh seorang pencelah, yang bukan satu pihak dalam prosiding untuk mendapat perintah jualan itu. Kedudukannya adalah lebih kuat daripada defendan kedua dalam kes ini kerana pencelah itu tidak mempunyai peluang sebelum itu untuk didengar. Dalam kes ini orang yang memohon untuk mengenepikan perintah jualan itu ialah defendan kedua sendiri. Dia telah mempunyai peluang untuk membantah. Dia tahu akan prosiding itu. Dia tidak berbuat apa-apa, malah telah membiarkan plaintif memperolehi perintah itu. Selepas itu dia diwakili beberapa kali dalam prosiding berikutnya. Hanya enam tahun selepas perintah jualan itu dibuat, dia mengambil keputusan untuk memohon mengenepikan perintah jualan itu. Ini adalah penyalahgunaan proses Mahkamah. Malah defendan kedua harus ditahan (estopped) daripada mengambil tindakan ini. Dia telah mempunyai peluang sepenuhnya untuk berbuat demikian tetapi tidak melakukannya. Kes Asia Commercial Finance nampaknya bercanggah dengan penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Mui Bank. Sebaliknya, jika apa yang dikatakan oleh Mahkamah Agung itu cuma satu obiter pun, saya mengikutinya kerana itu adalah penghakiman sebulat suara Mahkamah Agung. Dalam penghakiman saya, Mahkamah ini telah functus officio berkenaan perintah jualan itu. Mahkamah ini tidak mempunyai kuasa lagi untuk mengenepikan perintah jualan itu. Alasan bahawa setelah enam tahun peguam defendan kedua meneliti semula kes ini dan mendapati bahawa terdapat merit dalam pembelaannya, bukanlah satu alasan yang patut diterima oleh mahkamah. Guaman mesti ada akhirnya. Peguam-peguam tidak mempunyai hak yang tidak terhad untuk mengorek semula perkara-perkara yang telah lama selesai untuk menghidupkannya semula. Demi pentadbiran keadilan yang cekap dan adil (keadilan bukanlah hak defendandefendan sahaja) perbuatan seperti ini tidak patut dibenarkan berlaku. Dikatakan juga dalam afidavit defendan kedua, di perenggan 23 bahawa kelewatan membuat permohonan bukanlah faktor utama yang dititikberatkan oleh Mahkamah tetapi yang lebih penting ialah merit sesuatu kes. Memanglah betul bahawa bukanlah dalam semua keadaan apabila berlaku kelewatan Mahkamah terus menolak sesuatu permohonan atas alasan itu sahaja. Tetapi Mahkamah tetap mengambil kira tempoh kelewatan itu, sebab-sebabnya dan sama ada penjelasan yang berpatutan diberi. Terdapat kes-kes di mana kerana kelewatan beberapa bulan pun suatu permohonan itu ditolak. Ada pula kes-kes di mana, walau pun terdapat kelewatan lebih daripada setahun, permohonan masih dilayan. Saya tidak fikir Mahkamah boleh menetapkan satu tempoh di mana jika kelewatan melebihi tempoh itu permohoan mesti ditolak atau sebaliknya. Setiap kes itu mestilah diputuskan mengikut fakta sekelilingnya. Dalam keadaan kes ini, kelewatan membuat permohonan ini adalah keterlaluan, sebabsebabnya tidak berpatutan, penjelasan mengenainya tidak memuaskan. Permohonan ini tidak patut dilayani, selain daripada atas alasan bahawa Mahkamah ini telah functus officio. Dalam keadaan ini saya tidak fikir adalah perlu bagi saya membuat keputusan mengenai alasan-alasan yang dikemukakan oleh defendan kedua mengapa perintah jualan bertarikh 9

5 Mac 1987 itu patut diketepikan. Saya menolak permohonan ini dengan kos.