Rahisam Ramli 55 Mohd Sabree Nasri Nurul Athirah Mohd Azmi Rusyda Yahya 56

Similar documents
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TABLE OF CONTENTS. Original Literary Work Declaration Form...ii. Abstract...iii. Abstrak...iv. Acknowledgements...v. Table of Contents...

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDINGS OF 2ND UUM INT.ERNA~IONA lb IC BUSINESS MJXNAGEMENTr DNFERENCE 20~ 8 (IBM 2018)

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Aplikasi Prinsip Wa d Dua Hala dan Cadangan Penerokaannya dalam Lindung Nilai

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

DETERMINANTS OF CREDIT RISKS IN ISLAMIC BANKS IN MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR. di Malaysia. Berdasarkan hasil perbincangan bab-bab yang lepas, bab ini akan membuat

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak MusharakahMutanaqisah

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Syariah Risk in Musyarakah Mutanaqisah Home Financing Contract in Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam

PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK KECAIRAN BARU YANG BERKUALITI TINGGI YANG PATUH SHARIAH

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO SYARIAH INSTITUSI KEWANGAN ISLAM: APLIKASI GLOBAL BAGI MENANGANI RISIKO KETIDAKPATUHAN SYARIAH

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Noraini Mat Yaakub Aisyah Abdul-Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Azam Sulaiman Universiti Malaya ABSTRAK

Mengukur Risiko Kabur Kadar Tukaran Asing (Measuring Fuzzy Foreign Exchange Rate Risk)

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 9, Issue 1 (2017) 75-91

SUKUK CREDIT RATING DI MALAYSIA: PERBANDINGAN DI ANTARA RAM DAN MARC. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

BITARA Volume 1, Issue 2, 2018: The Author(s) 2018 e-issn:

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnu

Transcription:

60. ELEMEN-ELEMEN PEMINDAHAN RISIKO DALAM KONTRAK PEMBIAYAAN RUMAH SECARA ISLAM 54. Rahisam Ramli 55 Mohd Sabree Nasri Nurul Athirah Mohd Azmi Rusyda Yahya 56 Abstrak Kertas ini bertujuan mengenalpasti elemen-elemen pemindahan risiko menerusi kontrak pembiayaan rumah. Keperluan kajian bertitik tolak dari dapatan kajian Bank Negara Malaysia pada tahun 2014 merekodkan sebanyak 46.8% tujuan pembiayaan rakyat Malaysia adalah untuk membeli rumah. Namun dari aspek amalan pasaran dan pemerkasaan pengguna tahun 2014 mendedahkan sebanyak 26% pengguna tidak memahami risiko produk. Sebanyak 41% responden hanya memahami manfaat produk sahaja dan 8% tidak memahami manfaat, kos atau risiko produk. Manakala kes-kes membabitkan pembiayaan perumahan di mahkamah yang masih berlaku akibat kekeliruan mengenai konsep pemindahan risiko yang wujud antara bank dan pelanggan. Keadaan ini boleh mendedahkan pengabaian tanggungjawab pelanggan kepada bank sekiranya berlaku risiko kemungkiran atau kes penamatan awal terhadap kontrak pembiayaan rumah. Implikasi lain ialah wujudnya ketidakstabilan terhadap prestasi, kecekapan urustadbir dan kadar keuntungan produk perbankan Islam. Sumber pencarian literatur diambil dari pangkalan data secara dalam talian dan perpustakaan. Penemuan awal mendapati elemen-elemen pemindahan risiko telah digunapakai oleh industri pembiayaan namun kurang diberi perhatian dalam kontrak pembiayaan rumah. Elemen tersebut perlu difahami oleh pihak berkontrak agar selari dengan penentuan kadar untung yang diambil. Justeru elemen pemindahan risiko memberi gambaran sebenar tanggungjawab dan penentuan kadar keuntungan dalam pembiayaan rumah. Katakunci; risiko, pemindahan risiko, pembiayaan rumah; perbankan Islam;kadar keuntungan. Pendahuluan Pemilikan rumah adalah keperluan asas yang penting kepada manusia dalam apa jua keadaan selain keperluan makanan, kesihatan, pendidikan dan pakaian. Namun memiliki rumah bukan satu perkara mudah bagi kebanyakan orang. Antara sumber yang menjadi pilihan untuk memiliki rumah 54 Kertas kerja dibentangkan dalam 6th International Conference on Global Business & Social Entrepreneurship pada 7 & 8 Disember 2016 di Holiday Villa Hotel Kota Bharu, Kelantan. 55 Pensyarah Akademi Pengajian Islam. Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka, 78200 Kuala Sungai Baru Melaka, Emel: rahisam@kuim.edu.my 56 Pensyarah Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan, Kolej Universiti Islam Melaka, 78200 Kuala Sungai Baru Melaka 498

adalah melalui pinjaman perumahan atau disebut sebagai pembiayaan dalam perbankan Islam. Ini disebabkan tahap kebolehupayaan seseorang untuk memiliki rumah memerlukan komitmen dalam dua bentuk. Komitmen pertama; bayaran ansuran rumah secara berterusan dalam jumlah yang besar. Komitmen kedua; tempoh pembiayaan pula mengambil masa yang panjang seperti 20-30 tahun atau mengikut umur persaraan. Bank Negara Malaysia pada tahun 2012 melaporkan 46.8% tujuan pembiayaan rakyat Malaysia adalah untuk membeli rumah. Namun sebanyak 26% pengguna tidak memahami risiko produk. Keadaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya pengabaian tanggungjawab pelanggan kepada bank sekiranya berlaku risiko kemungkiran atau kes penamatan awal kontrak pembiayaan rumah. Implikasi lain ialah wujudnya ketidakstabilan terhadap prestasi, kecekapan urustadbir dan kewangan kepada pemberi pembiayaan iaitu perbankan Islam. Kenaikan harga rumah memberikan implikasi kepada hutang isi rumah, maka penilaian bank yang sewajarnya terhadap tahap kemampuan membayar juga adalah penting untuk menyederhanakan hasrat peminjam yang mungkin terdorong untuk mengambil hutang yang berlebihan bagi memenuhi keinginan memiliki rumah. Dengan pelaksanaan Garis Panduan Mengenai Amalan Pembiayaan yang bertanggungjawab, penilaian bank terhadap tahap kemampuan membayar adalah jauh lebih baik. Kepentingan lembaran merupakan aspek penting diberi perhatian agar pihak terbabit lebih memahami dan bersedia ke arah pelaksanaan tanggungjawab dalam melunaskan pembiayaan rumah (Bank Negara Malaysia, 2014). Sorotan Kajian Lepas Mengenai Risiko Terdapat pelbagai definisi mengenai risiko. Antaranya risiko didefinisikan sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan hasil yang tidak diingini atau tidak dijangka, ketidaktentuan yang berkaitan mungkin dilihat dari aspek positif dan negatif. Risiko juga dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa masa depan yang tidak menentu yang boleh mempengaruhi pencapaian matlamat bank, termasuk objektif strategik, operasi, kewangan dan pematuhan (Solomon et al.,2000; Abd Ghafar Ismail 2015). Selain itu, Megginson (1997) telah mentafsir risiko sebagai kemungkinan besar kepada kerugian. Risiko juga dikaji dan dikenalpasti sebagai salah satu subjek dalam sains sosial yang termasuk statistik, ekonomi, pengurusan kewangan dan insurans. Penelitian risiko dalam setiap bidangan ilmu ini berdasarkan aspek-aspek tertentu yang berbeza antara satu sama lain. Risiko dalam bahasa Arab disebut sebagai mukhatir atau mukhatarah atau khatr. Khatr menurut pandangan ahli ilmuan, dari sudut bahasa, menyatakan bahawa risiko adalah terdedah kepada kerosakan dan kebinasaaan atau hampir kepada bahaya kebinasaan) (Ibn Manzur, 1990). Tetapi menurut jumhur ulama, khatr mempunyai pelbagai maksud seperti perjudian (maysir), ketidakpastian (gharar) ataupun ganti rugi (Al-Alawanah, 2009). Konsep risiko dalam perbankan dan kewangan Islam boleh difahami apabila dilihat dari dua dimensi: (1) larangan gharar; dan (2) kebebasan kontrak. Perbincangan mengenai risiko operasi di bank-bank Islam adalah penting dan menjadi lebih rumit berbanding dengan perbankan konvensional kerana ciri-ciri kontrak yang unik dan persekitaran undang-undang umum. Walaupun prinsip teras Basel II asas penyeliaan perbankan berkesan sama berkaitan dengan baik dan ideal sesuai dengan institusi perbankan Islam, pengurusan risiko dan amalan pengurusan risiko yang masih memerlukan penyesuaian khusus kepada ciri-ciri operasi bank-bank Islam Marliana Abdullah et al. (2011). Teori tanggungan risiko dari aspek kewangan Islam dirujuk sebagai alghurm bil ghunm (liabiliti sejajar dengan ganjaran) (Ahmad al-zarqa, 1989, h. 437). Perbincangan mengenai jenis-jenis risiko dalam kewangan telah banyak dikaji seperti Selma, 2014; Imran 2014; 499

Mohd Yusri & Aisyah 2013; Tariqullah & Habib 2001; Saiful Azhar Rosli 1999). Risiko juga dikategorikan mengikut keadaan seperti risiko larangan, risiko penting dan risiko boleh terima Ada risiko yang boleh dielakkan, sebahagiannya tidak boleh dipindahkan dan ada yang boleh diminimumkan. Maka struktur perlindungan risiko mengikut klasifikasi yang berlainan tetapi saling berhubung antara satu sama lain (Syed Ehsan Ullah Agha & Ruslan Sabirzyanov, 2015). Matlamat untuk mengkaji risiko adalah untuk mendapatkan beberapa kawalan ke atas risiko tersebut dan menguruskannya dengan cara yang dapat mengurangkan kesan buruk dalam membuat keputusan yang perlu diambil (Mohd Yusri Hidrus & Aisyah Abd Rahman, 2013). Ini bermakna risiko mesti dikenal pasti untuk mencegah atau mengawal daripada kesan-kesan yang menjejaskan sesuatu maksud yang dikehendaki oleh semua pihak terbabit. Setiap jenis pembiayaan mempunyai kaedah tersendiri. Kajian untuk mengenal pasti ukuran dan pengurusan risiko kredit, risiko kecairan, risiko pasaran dan risiko operasi bank Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara mendapati terdapat pelbagai kaedah boleh diambil oleh institusi perbankan Islam mengikut jenis pembiayaan (Selma, 2014). Ini menunjukkan pengurusan risiko yang efektif sangat penting bagi mengukuhkan kekuatan modal memberi manfaat kepada semua pihak (Imran Hussain Minhas, 2014). Pengurusan risiko kecairan sangat penting sehinggakan terdapat rangka kerja pengurusan kecairan di dalam Basel 3. Namun begitu rangka kerja pengurusan kecairan yang sedia ada hanya dikhususkan kepada perbankan konvensional. Manakala, perbankan Islam yang menawarkan produk dan perkhidmatan serta kontrak yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza (Noor Hashimah Husaini & Ismail, 2013). Bank-bank juga boleh menggunakan kaedah yang lebih inovatif dalam membentuk satu alat yang lebih berkesan dalam menguruskan risiko kredit. Seterusnya kajian beralih pula kepada bahagian kecekapan bank iaitu dengan melihat bagaimana ia mampu mempengaruhi perjalanan pengurusan bank serta risiko kredit itu sendiri (Mohd Yusri Hidrus & Aisyah Abd Rahman, 2013) Pengurusan risiko sebagaimana dinyatakan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013 hlm 24) mendefinisikan risiko kepada kestabilan kewangan mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 29 Akta Bank Negara Malaysia 2009. Namun jenis risiko sistemik lebih menyerupai maksud kajian ini iaitu: risiko sistemik berhubungan dengan sistem pembayaran yang ditetapkan, ertinya (a) risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya akan menyebabkan peserta lain menjadi tidak upaya untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya apabila kena dibayar; atau (b) risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya boleh menyebabkan masalah kecairan atau kredit ketara yang mungkin mengancam kestabilan sistem kewangan (Undang-undang Malaysia, 2013). Selanjutnya perbandingan antara risiko kecairan dalam deposit dan pelaburan mendapati instrumen deposit murabahah dan akaun pelaburan mudharabah mampu menguruskan risiko kecairan dalam perbankan. Maka cadangan dikemukakan supaya perbankan Islam menggunakan pendekatan yang berbeza (Noor Hashimah dan Ismail 2013). Perbezaan analisis kecekapan dan keuntungan bank-bank Islam di negara Arab yang pernah dibuat oleh Molyneux dan Iqbal (2005). Dalam kajian tersebut, mereka mendapati apabila kos ketidakcekapan adalah sama, keuntungan ketidakcekapan akan bervariasi. Kajian mendapati faktor risiko sememangnya memberi kesan signifikan kepada prestasi perbankan Islam di Malaysia sepanjang tempoh kajian. Keadaan ini dibuat kerana perbankan Islam di Malaysia bukan setakat 500

terdedah kepada bentuk risiko yang dihadapi oleh perbankan konvensional, malah turut terdedah kepada bentuk risiko unik lain yang timbul lebih-lebih lagi daripada proses penstrukturan produk kewangan Islam (Mohammad Taqiuddin Mohamad et al., 2010). Perkongsian risiko juga dijelaskan sebagai aktiviti melarang penerimaan atau pembayaran faedah, tetapi disokong oleh prinsip-prinsip lain daripada ajaran Islam menyokong perkongsian risiko, hak-hak dan kewajipan individu, hak harta, dan kesucian kontrak (Tarek S. Zaher & M. Kabir Hassan, 2001). Risiko yang sering diterjemahkan menerusi perkongsian kerana bank juga terlibat sebagai tanggungjawab sosial. Ini kerana kewangan Islam dibentuk menerusi konsep persaudaraan dan perpaduan. Para peserta perbankan dianggap rakan niaga yang sama-sama menanggung risiko dan keuntungan (Bhzad Sidawi & Sheik Meeran, 2011). Risiko dalam pembiayaan rumah Instrumen pembiayaan rumah dibentuk oleh prosedur yang sangat kompleks. Ini kerana ia melibatkan kepentingan pelbagai pihak. Misalnya institusi pembiayaan, pemaju, pembeli, penjual, peguam, penilai hartanah dan agen perumahan. Jumlah pembiayaan membabitkan komitmen bayaran bulanan yang besar, selain ia terdedah kepada pelbagai risiko. Umpamanya risiko perundangan, risiko kredit, risiko pasaran dan risiko keuntungan. Bagi memastikan pemindahan hak milik dari satu pihak kepada pihak lain secara adil oleh undang-undang, setiap instrumen mesti berupaya menangani sebarang risiko. Kajian-kajian terhadap instrumen pembiayaan rumah telah mendapat perhatian sarjana semenjak tahun 1990an. Misalnya Hatem El-Karanshawy (1992), Boualem Bendjilali &Tariqullah Khan (1995) dan Mahmoud Amin El-Gamal (2000) yang mengupas aspek berkaitan konseptual, struktur dan pelaksanaan instrumen pembiayaan rumah. Apa sahaja jenis pembiayaan rumah ia tetap mempunyai risiko dan cabaran yang perlu dianalisis untuk memastikan tahap keupayaan pembiayaan ini memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan. Pada masa kini terdapat 6 jenis pembiayaan rumah secara Islam diaplikasikan dalam perbankan Islam. Ia terdiri dari Bay c Bi Thaman Ajil (BBA), Tawarruq, Bai Inah, Ijarah Muntahiya Bi Tamlik, Ijarah Mausufah fi Zimmah dan Musyarakah Mutanaqisah (MM) 57. Walaupun pembiayaan perumahan konsep MM merupakan pembiayaan paling banyak ditawarkan berbanding Tawarruq, BBA, Ijarah Muntahia Bi Tamlik, Ijarah Mausufah fi Zimmah dan Bai c c Inah, Saiful Azhar Rosly antara terawal mengkaji risiko dalam pembiayaan BBA oleh menyatakan keuntungan yang dijana daripada jualan BBA adalah sah di sisi undang-undang syariah kerana ia berasal dari aktiviti perdagangan dan bukan hutang. Keuntungan dalam perdagangan dibenarkan kerana mereka tidak lari daripada risiko, kerugian, dan ketidaktentuan. Walaupun keuntungan yang telah ditetapkan dalam perdagangan, keuntungan sebenar kekal rawak dan tidak menentu (Saiful Azhar Rosly, 1999) Terdapat juga cadangan untuk menggunakan pendekatan Maqasid Syariah sebagai alat pengukuran yang telus untuk menyelesaikan beberapa ketidaktentuan dalam merangka suatu kemudahan pembiayaan rumah secara Islam, khususnya produk BBA dan bagi kes-kes yang melibatkan projek perumahan terbengkalai. Maka produk MM dilihat sebagai memenuhi keperluan maqasid syariah (Rafidah Mohd Azli et al., 2011). Justeru dalam konteks pembiayaan rumah, kajian 57 Rujuk The Fatwa of the First Conference for Islamic Banks - Dubai, 1399/1979; Fatawa Al-Syar iyyah Fi Al A mal Al-Masrafiyyah (Fatwas on Financial Transactions), (Dubai: Dubai Islamic Bank, 1985), hlm 22. 501

ini mengambil kira kaedah pengamalan pengurusan risiko kredit dan hubungan terhadap kesan kecekapan di institusi perbankan dan kewangan Malaysia dengan mencadangkan institusi bank perlu menggunakan kaedah yang lebih inovatif dalam menguruskan risiko kredit (Mohd Yusri & Aisyah 2013). Pemindahan risiko dalam konteks artikel ini bermaksud mengalihkan sebarang risiko kemungkiran atau kredit, risiko penamatan awal kontrak, risiko terhadap aset seperti kerosakan yang ditanggung oleh bank kepada pelanggan yang boleh mengurangkan kesan dan tanggungjawab bank kepada pelanggan. Meskipun idea awal mengenai pemindahan risiko lebih bersesuaian berbanding perkongsian risiko sebagaimana yang dihujahkan oleh Zubair Hassan (2014, 2015). Beliau berhujah kaedah tiada keuntungan tanpa risiko ( no risk no gain) tidak bertepatan dengan konsep perkongsian, tetapi ia lebih menyerupai pemindahan risiko. Maka sistem kewangan Islam perlu berada pada landasan sebenar untuk menterjemahkan maksud sebuah sistem kewangan tanpa faedah lebih bertepatan dengan istilah pemindahan risiko (Zubair Hasan, 2014, 2015). Sehingga artikel ini dihasilkan, pengkaji mendapati terdapat dua mekanisme pemindahan risiko yang digunakan iaitu wa ad dan wakalah. Melindungi nilai dalam kewangan Islam hampir menyerupai pemindahan risiko kontrak pembiayaan rumah secara Islam. Justeru mekanisme wa ad dalam pemindahan risiko diharuskan dalam Islam. Disebabkan perkembangan dan inovasi yang semakin meningkat dalam dunia kewangan Islam lindung nilai diperlukan bagi mengurangkan risiko keterdedahan peserta pasaran kepada risiko nilai mata wang dan harga yang tidak menentu. Rentetan itu, lindung nilai menjadi satu keperluan mendesak kepada pihak pelabur dan institusi kewangan Islam sebagai satu bentuk perlindungan daripada risiko yang tidak diingini. Kajian mengenai wa ad sebagaimana dinyatakan oleh Azlin & Shofian (2014) yang menumpukan prinsip wa d yang diamalkan dalam kontrak Islamic FX forward. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji Wa dan sebagai alternatif kepada wa d dalam produk lindung nilai, terutama dari aspek perbezaan Wa dan dan muwa adah serta menganalisis prospek pemakaian Wa dan sebagai asas dalam menghasilkan mekanisme lindung nilai Islam. Kajian mendapati bahawa konsep Wa dan berbeza dengan konsep muwa adah dari beberapa segi. Justeru, konsep Wa dan berpotensi dibangunkan dalam penstrukturan produk Islamic FX forward dalam lindung nilai yang lebih kompetitif dan inovatif (Azlin Alisa Ahmad & Shofian Ahmad, 2014). Selain wa ad yang selaras dalam pembiayaan rumah, penggunaan wakalah juga boleh dipraktikkan. Wakalah ialah melantik atau memberikan amanah kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas, yang mengikut undang-undang boleh diberikan kepada orang lain. Di bawah model ini, hubungan asas wakil digunakan untuk aktiviti penajaan jaminan (underwriting) dan pelaburan. Dalam penajaan jaminan, operator takaful bertindak sebagai wakil kepada pesertapeserta untuk mengendalikan dana takaful. Semua risiko ditanggung oleh dana dan lebihan kendalian dimiliki sepenuhnya oleh peserta. Operator takaful tidak terlibat dalam risiko yang ditanggung oleh dana dan tidak berhak ke atas sebarang lebihan. Kajian dalam produk takaful antaranya dikemukakan oleh Abdullah & Yaacob (2012) dalam produk model wakalah-waqf. Model ini mencadangkan dana waqaf sebagai alternatif prinsip tabarru (Abdullah & Yaacob, 2012). Kajian lain juga mendapati penggunaan wakalah juga menjadi faktor peningkatan permintaan takaful keluarga (Juliana Arifin et al., 2013). Namun kajian empirikal penggunaan wakalah masih belum ditemui setakat ini. Struktur ini menunjukkan pemindahan risiko dialihkan kepada dana yang diwujudkan oleh pengendali produk. 502

Elemen pemindahan risiko pembiayaan rumah. Berdasarkan sorotan kajian,pengkaji mengemukakan elemen pemindahan risiko pembiayaan rumah menggunakan pendekatan wa ad dan wakalah. Lihat rajah berikut. Pembiayaan rumah Risiko Faktor pelanggan Kredit Penamatan awal Kemungkira n Pasaran Pengurusan Operasi Pendekatan Kesan penentuan Wa ad Tahap risiko Harga Margin keuntungan bank rendah wakalah Tawarruq Bai inah Musyarakah Mutanaqisah Ijarah Mawsufah Fi Zimmah Ijarah Muntahia Bi Tamleek BBA Sumber: Pengkaji (2016). Rumusan Penemuan awal mendapati setiap produk pembiayaan mempunyai variasi pemindahan risiko yang memberi kesan pada penentuan harga. Selain itu kaedah pemindahan risiko dalam pembiayaan rumah yang tidak seragam menjadi punca ketidakfahaman pengguna. Elemen tersebut perlu difahami oleh pihak berkontrak agar selari dengan penentuan kadar untung yang diambil. Justeru elemen pemindahan risiko memberi gambaran sebenar tanggungjawab dan penentuan kadar keuntungan dalam pembiayaan rumah. Justeru kertas ini mencadangkan elemen pemindahan risiko yang mencerminkan keadaan sebenar dan sejajar dengan piawaian perkhidmatan kewangan yang kukuh sebagai asas produk patuh syariah. Kajian empirikal dicadangkan sebagai kajian lanjut untuk mengenal pasti bagaiamana parameter penggunaan wa ad dan wakalah selari dengan syariah dan bersesuaian dengan tahap risiko antara bank dan pelanggan. 503

Lampiran Lampiran JADUAL 1: Senarai institusi perbankan dan konsep pembiayaan perumahan di Malaysia Bil Institusi BBA Istisna Tawarruq Bai'inah Ijarah Muntahia bi tamlik Ijarah Mawsufah fi Zimmah Musyarakah Mutanaqisah Jumlah 1 Affin Islamic Bank 2 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) 3 Alliance Islamic Bank 4 AmIslamic Bank 2 5 Asian Finance Bank 6 Bank Islam Malaysia 7 Bank Muamalat 2 Malaysia 8 CIMB Islamic Bank 3 9 HSBC Amanah Malaysia 10 Hong Leong Islamic Bank 11 Kuwait Finance 2 House (Malaysia) 12 Maybank Islamic 2 13 OCBC Al-Amin Bank 14 Public Islamic Bank 4 15 RHB Islamic Bank 16 Standard Chartered Saadiq 17 Citibank JUMLAH PERATUS 3 11.5 1 3.8 7 26.9 1 3.8 3 11.5 3 11.5 8 30.8 26 100 Sumber: Diubahsuai dari laman web Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan berkenaan 22 Jun 2016 504

Penghargaan. Artikel ini merupakan sebahagian dari projek penyelidikan menerusi Geran Penyelidikan Dalaman Kolej Universiti Islam Melaka Fasa 1/2015 No GD/15/F1/07 Rujukan Abdullah, A., & Yaacob, H. (2012). Legal and Shariah Issues in the Application of Wakalah-waqf Model in Takaful Industry: An Analysis. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 65, 1040 1045. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.11.239 Azlin Alisa Ahmad, & Shofian Ahmad. (2014). Inovasi Pemakaian Prinsip Wa dan dalam Instrumen Lindung Nilai Islam ( Innovation in Applying the Principle of Wa dan in Instrument of Islamic Hedging ). Islamic Law and Society, 36(1), 21 32. Bank Negara Malaysia. (2013). Kepelbagaian produk perbankan Islam (BM). Bank Negara Malaysia. (2014). Amalan pasaran dan pemerkasaan pengguna. Kuala Lumpur. http://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2 Bhzad Sidawi, & Sheik Meeran. (2011). A framework for providing lifelong finance to the owners of affordable dwellings in the Kingdom of Saudi Arabia. Cities, 28(2), 138 146. http://doi.org/10.1016/j.cities.2010.11.001 Imran Hussain Minhas. (2014). Managing risks in Islamic finance. Journal of Islamic Banking and Finance, July-Septe, 14 25. Juliana Arifin, Ahmad Shukri, & Zunaidah Sulong. (2013). A conceptual model of literature review for family takaful ( Islamic life insurance ) demand in Malaysia. International Business Research, 6, 210 216. http://doi.org/10.5539/ibr.v6n3p210 Mohammad Taqiuddin Mohamad, Ahmad Azam Sulaiman@ Mohamad, & Joni Tamkin Borhan. (2010). Analisis pengaruh risiko terhadap prestasi keuntungan perbankan Islam di Malaysia. In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (Vol. 1, pp. 247 255). Mohd Yusri Hidrus, & Aisyah Abd Rahman. (2013). Pengamalan pengurusan risiko kredit serta hubungan terhadap kesan kecekapan di institusi perbankan dan kewangan Malaysia. In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (Vol. 3, pp. 1375 1400). Noor Hashimah Husaini, & Ismail, A. G. (2013). Pengurusan risiko kecairan di perbankan Islam. In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (Vol. 1, pp. 397 405). Rafidah Mohd Azli, Rohana Othman, Mardiyyah Sahri, Nooraslinda Abdul Aris, & Roshayani Arshad. (2011). Implementation of maqasid shari ah in Islamic house financing : A study of the rights and responsibilities of contracting parties in Bai'bithaman ajil and Musharakah Mutanaqisah. Journal of Applied Business Research, 27(5), 85 96. Saiful Azhar Rosly. (1999). Bai Bithaman Ajil Financing : Impacts on Islamic Banking Performance. Thunderbird International Business Review, 41(October 1999), 461 480. Selma, R. Ben. (2014). Risk management tools practiced in Islamic banks : evidence in MENA region. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 5(1), 77 97. http://doi.org/10.1108/jiabr-10-2012-0070 Syed Ehsan Ullah Agha, & Ruslan Sabirzyanov. (2015). Risk management in islamic finance: an analysis from objectives of shari ah perspective. International Journal of Business, Economics and Law, 7(3), 46 52. Tarek S. Zaher, & M. Kabir Hassan. (2001). A Comparative Literature Survey of Islamic Finance and Banking. Financial Markets, Institutions & Instruments, 10(4), 155 199. Undang-undang Malaysia. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) (2013). 505

Zubair Hasan. (2014). Risk-sharing versus risk-transfer in finance: A critique. Munich Personal RePEc Archive (MPRA), 58006, 1 15. Retrieved from https://mpra.ub.unimuenchen.de/58006/ Zubair Hasan. (2015). Risk-sharing: the sole basis of Islamic finance? It is time for a serious rethink. Munich Personal RePEc Archive (MPRA), 66895, 1 15. Retrieved from https://mpra.ub.uni-muenchen.de/66895/ 506