DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

Similar documents
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

TELEVISION BROADCASTS LTD DAN SATU LAGI LWN PUSAT VIDEO GLOBE DAN LAIN-LAIN

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SENARAI KES BICARA YANG DIKENDALIKAN OLEH TPR / PKP DI UNIT PERBICARAAN BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN APRIL 2011 SIVIL

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

FAKTOR-FAKTOR PERUNDANGAN YANG LEMAH MENYEBABKAN TUNGGAKAN KADAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

NUR SARAH TAJUL URUS 1

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Plat Kaca Terma & Syarat

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

HIBAH HARTANAH: ISU DAN KONFLIK DALAM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

Pemandu Bas Terma & Syarat

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

KEKELIRUAN TERHADAP PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL DI MALAYSIA. Noor Inayah Yaakub & Hizri Hasshan **

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT AKAUN PULANGAN PENDAPATAN TETAP-i MATA WANG ASING (FCFRIA-i)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KONSEP PENAMAAN DALAM SISTEM PERBANKAN, TAKAFUL DAN CARUMAN: IMPLIKASINYA MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN ISLAM

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Kecurian Terma & Syarat

Transcription:

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC)-1207-07/2017 ANTARA 1. ROHANA BINTI MOHAMMAD (NO. K/P: 720419-03-5444) 2. RUSLIZA BINTI MOHAMMAD (NO. K/P: 780807-03-5205) PERAYU-PERAYU/BAKAL- BAKAL PENCELAH DAN 1. MUSTOFA BIN HUSSIN (NO. K/P: 630102-03-6343/6969343) 2. RAHIMAH BINTI MOHAMMAD (NO. K/P: 680528-03-6004) RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF 1

DAN RAHIMAH BINTI MOHAMAD DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Interlokutari Kandungan 31) A. LATAR BELAKANG [1] Ini merupakan rayuan permohonan Interlokutari Perayu- Perayu/Bakal-Bakal Pencelah dikandungan 31 untuk Perayu-Perayu/Bakal- Bakal Pencelah (i) diberi kebenaran untuk mencelah sebagai Pencelah di dalam prosiding ini dan (ii) bahawa tajuk tindakan ini dipinda untuk menunjukkan Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah sebagai pihak di dalam prosiding ini. [2] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini pada 31/5/2017 memutuskan untuk menolak permohonan ini dengan kos sebanyak RM1,000.00. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut Perayu-Perayu/Bakal- Bakal Pencelah telah memfailkan rayuan ini kepada Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut. B. FAKTA KES [4] Plaintif pada masa yang material adalah orang perseorangan dan mempunyai alamat penyampaian di Lot 326 Kampung Che Latiff, Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan. 2

[5] Defendan pada masa yang material adalah tuan punya berdaftar ke atas tanah yang dikenali sebagai Lot PT 1165 H.S(M) 880, Mukim Telok Baru, Daerah Kubang Kerian, Jajahan Kota Bharu, Kelantan berserta dengan bangunan-bangunan yang terdiri di atasnya (selepas ini dirujuk sebagai hartanah tersebut). Alamat penyampaian Defendan ialah di Lot 680 Jalan Hikmat, Lorong Huda, 15200 Kota Bharu. Mengikut Defendan, hartanah ini adalah harta pesaka peninggalan ayahnya yang mana dia adalah juga pemegang amanah bagi pihak kesemua adik beradiknya, memandangkan dia adalah anak yang sulung. [6] Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah merupakan dua orang daripada lima adik Defendan. Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah mempunyai rumah kediaman di atas hartanah tersebut. [7] Pada 13 April 2011, di atas permintaan Defendan, Plaintif telah memberikan pinjaman tunai sebanyak RM230,000 kepada Defendan untuk digunakan sebagai modal perniagaan. Defendan bersetuju untuk membuat bayaran semula didalam tempoh 3 bulan dari tarikh pinjaman tersebut diluluskan. [8] Defendan juga telah membuat tawaran kepada Plaintif bahawa sekiranya Defendan gagal membuat pembayaran balik pinjaman tersebut, Defendan akan menjual hartanah tersebut kepada Plaintif dengan harga sebanyak RM640,561.24, dengan jumlah pinjaman yang diberikan dan ini akan menjadi sebahagian dari harga jualan tanah tersebut. 3

[9] Sebagai persetujuan kepada kemudahan pinjaman tersebut, Defendan juga dengan berpengetahuan penuh telah menandatangani satu surat Akuan Persetujuan bertarikh 21 Februari 2012. Surat akuan ini dikira sebagai satu kontrak yang mengikat pihak-pihak. [10] Melalui Surat Akuan tersebut juga, Defendan telah bersetuju untuk menerima jumlah pinjaman tersebut sebagai deposit bagi pembelian hartanah tersebut dan mengesahkan penerimaan jumlah wang sebanyak RM230,000.00 tersebut daripada Plaintif. Defendan juga telah bersetuju bahawa baki harga jualan bagi hartanah tersebut masih lagi berjumlah RM410,561.24. [11] Defendan telah gagal mematuhi syarat bagi Pinjaman tersebut apabila gagal membuat bayaran sebagaimana yang dipersetujui di mana pinjaman tersebut hendaklah dibayar dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh pinjaman tersebut dan/atau dalam masa empat (4) bulan dari tarikh Surat Akuan tersebut dikeluarkan. [12] Akibat kegagalan Defendan untuk membuat pembayaran balik bagi pinjaman tersebut, Plaintif melalui peguamcaranya Tetuan Apandi Ali & Co, telah mengeluarkan suatu Notis Tuntutan Bayaran Balik bertarikh 10 Jun 2012 dan dihantar kepada Defendan secara A.R Berdaftar. [13] Defendan telah gagal untuk membuat pembayaran balik walaupun satu Notis Tuntutan Bayaran Balik telah diserahkan kepadanya bagi pinjaman tersebut yang berjumlah RM230,000.00 yang dikira setakat 31 Januari 2013. 4

[14] Justeru itu, Plaintif telah menuntut untuk Perintah terhadap Defendan sebagaimana berikut:- 1. Suatu Pengisytiharan dan Perintah bahawa Surat Akuan bertarikh 21 Februari 2012 oleh Rahimah Binti Mohammad (No. K/P:680528-03- 6004) atau Defendan hendaklah dikira sebagai suatu kontrak dan mengikat pihak-pihak untuk suatu Perjanjian Jual Beli yang sah di sisi undang-undang; 2. Suatu Pengisytiharan dan Perintah bahawa Plaintif telah menjelaskan deposit sebanyak RM230,000.00 kepada Defendan dan Plaintif mempunyai kepentingan milikan (beneficial interest) di dalam tanah tersebut; 3. Suatu Pengisytiharan dan Perintah bahawa bayaran baki harga jualan sebanyak RM410,561.24 mengenai Lot Tanah Lot PT 1165 H.S.(M)880, Mukim Telok Bharu, Daerah Kubang Kerian, Jajahan Kota Bharu, Kelantan berserta dengan bangunan-bangunan yang terdiri di atasnya sebagaimana Surat Akuan bertarikh 21 Februari 2012 oleh Defendan hendaklah dijelaskan kepada Defendan di dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh Perintah ini diperolehi; 4. Suatu Pengisytiharan dan Perintah bahawa sebahagian bayaran baki harga jualan sebanyak RM410,561.24 akan dijelaskan kepada Malayan Banking Berhad bagi maksud perlepasan gadaian dibawah perserahan 5500/2007 yang digadaikan pada 22 Ogos 2007; 5

5. Sekiranya Defendan enggan menandatangani Memorandum Pindahmilik (Borang 14A) bagi manfaat Plaintif, Timbalan Pendaftar diberikuasa untuk menandatangani Memorandum Pindahmilik bagi pihak Defendan; 6. Kos di dalam tindakan ini; dan 7. Lain-lain perintah yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia. [15] Pihak Plaintif kemudiannya pada 25 Jun 2013 telah memfailkan permohonan di Lampiran 4 memohon kepada Mahkamah untuk diberi kebenaran untuk mencatatkan penghakiman muktamad sebagaimana yang dipohon melalui Writ dan Penyata Tuntutan di atas sebab Defendan gagal memasukkan kehadiran walaupun Writ dan Penyata Tuntutan telah diserahkan secara kendiri kepada Defendan. [16] Pihak Plaintif kemudiannya telah mendapat tahu bahawa Defendan telah diberikan Perintah Penerimaan dan Penghukuman pada 18 Disember 2012 atas permohonan daripada pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad, menjadikan Defendan seorang Bankrap. [17] Plaintif kemudiannya telah memfailkan permohonan di Lampiran 7 yang bertarikh 31 Oktober 2013 memohon kebenaran Mahkamah untuk meneruskan tindakan terhadap Defendan yang telah bankrap. 6

[18] Lampiran 7 telah dibenarkan oleh Mahkamah pada 3 Disember 2013. Pada 10 Februari 2014, satu Perintah Muktamad sepertimana dipohon telah diberikan oleh mahkamah ini oleh Y.A Dato Azman bin Abdullah. [19] Hartanah tersebut telah digadaikan kepada pihak Malayan Banking Berhad. Pihak Plaintif kemudiannya telah memfailkan Lampiran 17 memohon perlanjutan masa memandangkan perintah yang diberikan memberi tempoh kepada Defendan untuk membayar baki harga jualan dalam tempoh 3 bulan sahaja dan pihak Malayan Banking gagal memberikan redemption statement pada masa yang ditetapkan. Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif melalui lampiran 17 pada 7 Disember 2014. [20] Pihak Plaintif pada 23 Jun 2016 telah membayar sejumlah RM417,252.24 (baki jualan RM410, 561.24) kepada pihak Malayan Banking. Plaintif telah membayar sejumlah keseluruhan sebanyak RM647,252.24 walaupun perjanjian diantara Plaintif dan Defendan hanya menyatakan harga jualan hanya RM640, 561.24. Ini kerana pihak Malayan Banking telah mendapatkan perintah jualan dan hartanah tersebut sepatutnya dilelong pada 29 Oktober 2014 di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu Kelantan. [21] Timbalan Pendaftar kemudiannya telah menandatangani borang 14A dan seterusnya hartanah ini telah berpindah kepada Plaintif sebagai pemilik berdaftarnya selaras dengan Perintah Muktamad yang diberikan pada 10 Februari 2014. 7

[22] Pihak Plaintif kemudiannya telah memfailkan permintaan untuk mengeluarkan writ perlaksanaan melalui L23 pada 17 Julai 2016 untuk mendapatkan writ milikan dan permohonan tersebut telah dibenarkan pada 15 Ogos 2016. Ekoran daripada itu, Writ Pemilikan bertarikh 15.1.2017 telah dikeluarkan melalui kes DA-37WP-1-01/2017. [23] Pihak Bakal mencelah kemudiannya telah menfailkan Kandungan 31 pada 26 Februari 2017 iaitu untuk:- (i) (ii) Diberi kebenaran melalui permohonan dikandungan 31 untuk mencelah dan disebut sebagai Pencelah didalam prosiding ini. Bahawa tajuk tindakan ini dipinda untuk menunjukkan Pencelah sebagai Pihak dalam prosiding ini. C. HUJAHAN PENCELAH [24] Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah telah menyatakan bahawa Defendan adalah kakak sulung mereka. Mengikut Affidavit Perayu- Perayu/Bakal-Bakal Pencelah, hartanah berkenaan adalah tanah pusaka arwah ayah mereka iaitu Mohammad bin Musa. Untuk menyenangkan urusan pembahagian hartanah tersebut kepada semua adik beradik mereka, ayah mereka telah menamakan Defendan sebagai pemilik berdaftar bagi tanah tersebut dan di dalam masa yang sama adalah pemegang amanah bagi kesemua adik beradiknya seperti berikut:- (a) Rohana binti Mohammad. (b) Rastom bin Mohammad. (c) Rusliza binti Mohammad. 8

(d) Raimi Ramzi bin Mohammad. (e) Razima Adila binti Mohammad. [25] Menurut Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah lagi, arwah ayahnya sentiasa berpesan bahawa sekiranya beliau meninggal dunia, semua hartanya termasuk hartanah tersebut hendaklah dibahagikan sama rata sesama mereka adik beradik. [26] Justeru itu Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah menegaskan bahawa mereka berdua serta adik beradik yang lain mempunyai kepentingan ke atas hartanah tersebut, selain daripada Defendan iaitu tanah di Lot PT 1165 HS(M) 880, Mukim Teluk Baru, Daerah Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Tambahan pula rumah arwah tersebut kini diduduki oleh Perayu/Bakal Pencelah Rohana bt Mohammad bersama Razima Adila bt Mohammad. Perayu/Bakal Pencelah Rusliza bt Mohammad dan Defendan telah membina rumah sendiri di atas tanah tersebut. Kesemua mereka juga dibesarkan dan telah menduduki di atas tanah tersebut selama 30 tahun. [27] Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah menegaskan bahawa kepentingan ke atas hartanah tersebut jelas bukan hak Defendan sepenuhnya malah adalah hak bersama adik beradik yang lain dan fakta ini sentiasa di dalam pengetahuan Plaintif. [28] Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah menegaskan bahawa mereka mempunyai merit untuk menjadi Pencelah atau dinamakan di dalam tindakan ini kerana jika permohonan ini tidak dibenarkan mereka akan 9

diprejudiskan kerana mereka tidak berkedudukan untuk mempertikaikan tindakan Plaintif dan Defendan ini. Sebaliknya jika permohonan ini diluluskan ianya tidak memprejudiskan Plaintif kerana Plaintif tidak menduduki di atas tanah tersebut dan tidak mempunyai harta di atas tanah tersebut. [29] Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah juga berhujah bahawa transaksi jual beli di antara Plaintif dan Defendan adalah tidak sah kerana Defendan adalah seorang Bankrap dan kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi dan Mahkamah tidak diperolehi. D. HUJAHAN PLAINTIF [30] Plaintif membantah dan mempertikaikan permohonan ini. Menurut Plaintif, Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah gagal membuktikan merit dan keadaan istimewa yang mewajarkan permohonan mereka ini dibenarkan. Menurut Plaintif, Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah hanya mempunyai tuntutan terhadap Defendan dan bukan terhadap Plaintif kerana Plaintif telah pun membeli tanah tersebut mengikut undang-undang dan kini adalah pemilik berdaftar hartanah tersebut yang mana tidak boleh disangkal mengikut Seksyen 340 Kanun Tanah Negara. [31] Plaintif juga menghujahkan bahawa transaksi jual beli hartanah tersebut di antara Plaintif dan Defendan adalah transaksi yang sah dan ianya di dalam pengetahuan Defendan sebagai Pemilik Berdaftar dengan bayaran yang telah dijelaskan dan disempurnakan sebagaimana Perintah Muktamad bertarikh 10 Februari 2014 tersebut. Justeru Plaintif adalah bona fide purchaser. 10

[32] Plaintif juga menghujahkan bahawa permohonan ini wajar ditolak kerana ianya remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses undang-undang. [33] Plaintif juga menghujahkan bahawa kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi telah pun diperolehi didalam prosiding ini dan begitu juga kebenaran mahkamah. E. HUJAHAN DEFENDAN [34] Defendan tidak membuat apa-apa bantahan terhadap permohonan Perayu-Perayu/ Bakal-Bakal Pencelah, dan tidak pula mengemukakan apa-apa hujahan. F. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [35] Perlu ditekankan disini bahawa permohonan ini dibuat oleh Perayu- Perayu/Bakal-Bakal Pencelah terlalu lewat memandangkan bahawa Perintah Muktamad telah dikeluarkan pada 10 Februari 2014 lagi, sedangkan permohonan untuk mencelah difailkan baru-baru ini sahaja iaitu pada 26 Februari 2017. Mahkamah berpendapat tindakan Perayu- Perayu/Bakal-Bakal Pencelah ini adalah merupakan afterthought. Ianya juga merupakan satu tindakan untuk melengah-lengahkan perlaksanaan muktamad iaitu Writ Pemilikan. Memandangkan kes ini telah selesai dan hanya menunggu perlaksanaan sahaja maka adalah tidak wajar permohonan ini dibenarkan di peringkat ini. Sepatutnya permohonan ini difailkan di awal perbicaraan lagi. 11

[36] Di dalam kes Jerry Wa Dusing & Anor V. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors [2017] 1 CLJ 133 Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: This overriding discretion given to the courts has been curtailed by judicial decisions to say that the party who wants to intervene must show direct interest in the matter. [37] Di dalam kes Damai Motor Kredit Sdn Bhd & Anor V. Kementerian Kerja Raya Malaysia [2015] 1 CLJ 44 Abdul Aziz Rahim HMR menyatakan sebagaimana berikut: Adalah undang-undang mantap bahawa apabila undang-undang atau perintah mahkamah memerlukan seseorang untuk bertindak dan tiada jangka masa ditetapkan untuk tindakan itu, tindakan itu harus dilakukan dalam tempoh masa yang munasabah atau dengan secepat mungkin (s. 54 Akta Tafsiran 1948 & 1967). Dalam rayuan ini, terdapat kelewatan hampir setahun dari tarikh responden dimaklumkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor berkenaan award pampasan yang melebihi penilaian yang telah dicapai. Surat dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor bertarikh 17 November 2009, sebulan selepas inkuiri telah diputuskan dan pengeluaran Borang H yang mengesahkan jumlah award pampasan. Responden memfailkan permohonan saman dalam kamar untuk pelanjutan masa hanya pada 3 September 2010 dan Borang N telah difailkan pada 24 Mac 2011. Responden boleh memfailkan Borang N sebaik sahaja ia menerima surat dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor untuk 12

membantah jumlah pampasan yang telah diawardkan dan dengan itu tidak perlu dengan keperluan untuk memohon melanjutkan masa untuk pemfailan Borang N. Tindakan responden dengan jelasnya telah memprejudiskan perayu-perayu. [38] Justeru adalah jelas 3 tahun kelewatan seperti di dalam kes ini merupakan kelewatan yang amat tidak munasabah. Perayu-Perayu/Bakal- Bakal Pencelah menyatakan mereka merupakan orang yang terkesan dengan perintah yang diberikan kerana hartanah tersebut merupakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh bapa mereka dan mereka mempunyai rumah kediaman di atas hartanah tersebut. Perayu/Bakal Pencelah Pertama diberikan rumah arwah ayahnya bersama-sama dengan adiknya Razima Adila bt Mohammad dan Perayu/Bakal Pencelah Kedua telah mendirikan rumah kediaman di hartanah tersebut. Namun begitu, tidak ada penjelasan diberikan apakah sebab mereka mengambil masa hampir 3 tahun untuk memfailkan permohonan ini. Hartanah tersebut sepatutnya telah dilelongkan pada 29 Oktober 2014 dan pihak Perayu-Perayu/Bakal- Bakal Pencelah sepatutnya telah mempunyai pengetahuan berkaitan perkara ini apabila rumah tersebut hendak dilelongkan lagi. [39] Perintah yang bertarikh 10 Februari 2014 merupakan satu Perintah Deklarasi yang sah dan tidak pernah diketepikan. Di dalam kes Low Kum Yoon v The Kim Huah [1979] 1 MLJ 83 dinyatakan bahawa Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan deklarasi yang mana ianya perlu dilakukan secara care and caution dan Mahkamah tidak akan memutuskan sesuatu deklarasi untuk satu persoalan purely academic atau untuk melengah-lengahkan masa. 13

[40] Mahkamah juga mendapati bahawa Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah tidak bercakap benar di dalam Affidavit mereka yang mana telah diikrarkan bahawa hartanah tersebut adalah tanah pusaka dari Mohammad bin Musa. Sebenarnya ianya adalah pindah milik daripada Mohammad bin Musa melalui perserahan 122/2007 bertarikh 22 Februari 2007 kepada Defendan sewaktu Mohammad bin Musa masih hidup. Perayu- Perayu/Bakal-Bakal Pencelah juga menyatakan Defendan adalah pemegang amanah bagi pihak kesemua adik beradiknya. Tidak ada apaapa bukti dokumentari yang dikemukakan kepada mahkamah mengenai ini. [41] Mahkamah juga mendapati bahawa penafian pengetahuan terhadap tuntutan Plaintif oleh Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah adalah tidak benar. Ini adalah kerana melalui rekod perserahan 1258/2016 Perayu- Perayu/Bakal-Bakal Pencelah telah menerima Notis Cadangan Pemotongan Kaveat Persendirian (Removal) pada 17 Mei 2016 lagi dari Pejabat Tanah Kota Bharu, Kelantan. [42] Mahkamah juga mendapati bahawa oleh kerana terdapatnya tindakan cagaran sebelum ini sehingga hartanah tersebut telah sampai ke proses lelongan, mahkamah berpendapat pihak Perayu-Perayu/Bakal- Bakal Pencelah telah mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini dan tindakan untuk mencelah selanjutnya sepatutnya dibuat ketika itu dan bukannya disaat-saat akhir ini. 14

[43] Mahkamah juga mendapati bahawa hanya 2 orang sahaja adik beradik Defendan yang membuat permohonan untuk mencelah. Andainya apa yang didakwa Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah adalah benar persoalan timbul kenapa lain-lain adik beradik tidak memohon untuk mencelah. [44] Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah menyarankan bahawa pemindah milik hartanah ini adalah tidak sah kerana Defendan adalah seorang bankrap maka mengikut Sek. 8 dan Sek. 38 Akta Kebankrapan, kebenaran KPI adalah perlu diperolehi. Namun, kedua-dua tersebut tidak diperolehi. [45] Mahkamah mendapati bahawa perkara ini adalah tidak benar kerana Perintah Mahkamah telah diperolehi pada 03 Disember 2013 sebelum Perintah Muktamad tersebut dikeluarkan pada 10 Februari 2014 yang diberikan oleh Tuan Badrul Munir B. Mohd Hamdy (Lihat Eksibit MH4 Plaintif). Kebenaran KPI juga telah diperolehi. Malahan KPI melalui surat bertarikh 3 Disember 2014 mengesahkan bahawa walaupun Defendan diisytiharkan bankrap, hartanah tersebut tidak terletak hak kepada KPI. (Lihat Eksibit MH6 Plaintif). G. KESIMPULAN [46] Mahkamah mendapati bahawa transaksi jual beli ini adalah sah dan mengikut undang-undang dan Plaintif adalah bona fide purchaser dan ianya tidak sepatutnya dipertikaikan oleh Defendan mahupun Perayu- Perayu/Bakal-Bakal Pencelah. Tindakan Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah adalah satu tindakan yang sia-sia dan tidak bermerit hanya untuk 15

melengah-lengahkan proses perlaksanaan Perintah-Perintah yang diperolehi Plaintif dan menggagalkannya. [47] Mahkamah mendapati bahawa Perayu-Perayu/Bakal-Bakal Pencelah tidak mempunyai merit dan gagal menunjukkan keadaan yang istimewa yang mewajarkan permohonan ini diluluskan. Justeru itu permohonan ini ditolak dengan kos sebanyak RM1,000.00. Tarikh: 31 Julai 2017 (DATO AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Peguam Perayu-Perayu/Bakal-bakal Pencelah: En. Mathi S. Nayagam Tetuan Ahmad Rastom & Nayagam Peguambela & Peguamcara Tingkat 3, Bangunan PKINK, Jalan Tg. Maharani, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Responden/Plaintif: En. Mohamed Asyraf Bin Mustapha Tetuan Apandi Ali & Co Peguambela dan Peguamcara Wisma Apandi, Jalan Padang Garong, 15000 Kota Bharu, Kelantan 16

Peguam Defendan: Rajasegeram Ramasamy Tetuan R.Rajasegeram & Co Peguambela dan Peguamcara Tingkat 2, Kompleks Yakin, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan 17