International Conference on Arabic Studies & Islamic Civilization

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG DALAM TERJEMAHAN ARAB MELAYU

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

HBT 105 KAEDAH PENTERJEMAHAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Kesan Semantik Tafsiran Perkataan Islam daripada Perspektif Muhammad Asad ke Atas Konsep Muslim

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Ulasan Buku / Book Review

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TERJEMAH, TAFSIR DAN TAKWIL DALAM AL-QURAN. DR. MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL MANAF

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Transcription:

International Conference on Arabic Studies & Islamic Civilization Journal homepage: https://worldconferences.net/journals/icasic Aspek Semantik Dalam Terjemahan Unsur Budaya Ke Bahasa Melayu: Kajian Dalam Surah Al-Baqarah Arnida A Bakar, Sulhah Ramli & Lubna Abd Rahman Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia Email Address : arnida@usim.edu.my, sulhah@usim.edu.my & lubna@usim.edu.my ABSTRAK Setiap bahasa mempunyai budaya yang berbeza. Pemindahan unsur budaya dari satu bahasa ke bahasa yang lain menimbulkan kekangan yang membatasi kerja penterjemahan dan meletakkan penterjemah berada dalam dilema ketika proses pemilihan perkataan dan pembinaan struktur ayat. Bertitik tolak dari permasalahan ini, kajian memfokuskan penterjemahan makna unsur budaya dalam al-quran ke dalam bahasa Melayu, dengan meninjau pendekatan yang digunakan oleh penterjemah makna al- Quran dalam memindahkan makna tersebut. Metodologi kajian adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen dalam mengakses kajian terdahulu dan mengumpul data unsur budaya tersebut dalam surah al-baqarah dan terjemahannya. Ini adalah kajian analitikal kerana ia mengaplikasi analisis semantik untuk meninjau makna unsur budaya. Melalui analisis semantik, kajian akan mengenal pasti pendekatan yang diguna pakai oleh penterjemah dalam memindahkan makna unsur budaya itu. Hal ini kerana pendekatan dalam terjemahan menyediakan pelbagai kaedah yang boleh disuai padan dengan ciri-ciri budaya yang melatari teks. Kata kunci: Unsur budaya, Surah al-baqarah, analisis semantik, pendekatan terjemahan ARTICLE INFO Article History: Received : 28 February 2017 Accepted : 21 June 2017 E-ISSN : 2289-6759 @ worldconferences.net - Koperasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Berhad ICASIC Journal Vol 4 2017 (PP. 18-27) 18

1. Pendahuluan Secara umumnya, bahasa merupakan sebahagian daripada unsur budaya. Bagi memastikan unsur budaya ini difahami dalam Bahasa sasaran, maka ia perlu diterjemahkan kepada makna yang paling hampir. Perbezaan antara rumpun bahasa yang pelbagi menyebabkan kekangan untuk memahami budaya dan makna yang cuba disampaikan. Oleh itu, terjemahan memainkan peranan besar dalam memindahkan makna unsur budaya sumber kepada budaya sasaran. Dalam hal ini, ternyata terjemahan mempunyai kepentingan tersendiri kerana ia sangat berkait rapat dengan budaya yang boleh diklasifikasikan kepada beberapa unsur seperti keperluan harian, keagamaan, ekologi, geografi, sosial, gestur, sejarah, ekspresi budaya dan lain-lain (Hussein Abdul Raof, 2001; Newmark, 1993 & Nida 1964). 2. Kajian literatur Bahasa ialah satu cara untuk memahami budaya. Dalam erti kata lain, Bahasa menggambarkan budaya penuturnya yang meliputi cara hidup dan persekitaran fizikal dan sosialnya. Ini bermakna sifat-sifat sesuatu Bahasa sangat dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakatnya (Ainon, 1985). Lantaran itu, terjemahan bukan hanya satu proses pengalihan Bahasa, tetapi juga wasilah untuk menyampaikan maklumat tentang budaya yang terkandung dalam teks sumber. Terjemahan teks yang terpisah daripada konteks masyarakatnya boleh menyebabkan kesukaran untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan (Khairunisah, 2008). Setiap bangsa mempunyai budaya yang menggambarkan keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Nilai budaya yang berbeza ini adakalanya membawa kepada kekangan dalam memahami makna dalam penggunaan Bahasa yang menjurus kepada ketakbolehterjemahan. Menurut Nur Hafeza dab Goh Sang Seong (2014) penterjemahan budaya daripada teks sumber kepada teks terjemahan sememangnya mengalami masalah, terutamanya teks sumber yang mendukung unsur budaya sesuatu bangsa atau kaum yang sosiobudayanya berbeza daripada sosiobudaya bangsa atau kaum yang mengamalkan bahasa teks terjemahan. Kesukaran ini timbul sekiranya penterjemah tidak dapat mencari padanan yang sesuai bagi sesuatu perkataan atau ungkapan yang tidak wujud dalam budaya Bahasa sasaran oleh kerana tiada perkataan mahupun frasa yang boleh menggambarkan dengan tepat maksud Bahasa sumber, sekiranya teks sumber tersebut mendokong unsur budaya khusus dan kepercayaan sesuatu bangsa atau kaum (Larson, 1984; Goh, 2007). Penterjemah harus menyedari kepentingan dan peranan unsur budaya yang terdapat dalam sesebuah teks. Penterjemah itu perlu memahami dengan mendalam perbendaharaan kata atau leksis sesuatu bahasa yang tidak dapat dipisahkan sama sekali dengan budaya bahasa sumbernya (Syed Nurul Akla, 1999). Penterjemahan yang hanya menumpukan kepada bentuk maklumat untuk mengekalkan ciri-ciri luaran seperti bentuk stilistik, rima, rentak dan mainan perkataan, boleh menjurus kepada terjemahan yang mengelirukan dan menimbulkan salah faham. Tumpuan juga harus diberikan kepada isi kandungan teks sumber yang mengandungi aspek budaya yang berperanan dalam menyumbang kepada penyampaian mesej teks sumber (Ainon, 1985). Hal ini kerana perbezaan budaya mungkin menyebabkan suatu perkara yang membawa suatu maksud tertentu ditafsirkan dengan cara yang berlainan dalam budaya yang berbeza (Haslina, 2015). Dalam terjemahan, aspek makna atau semantik seringkali menjadi tumpuan untuk menghasilkan teks terjemahan berkualiti yang mendatangkan kesan paling hampir sepertimana dalam teks asal kepada pembaca sasaran. Menurut Larson (1984), terjemahan ialah satu proses pemindahan makna daripada Bahasa sumber kepada Bahasa sasaran. Pemindahan makna yang sesuai perlu dilakukan apabila melibatkan terjemahan teks yang dilatari oleh budaya berbeza antara kedua-dua Bahasa tersebut agar dapat mewujudkan kesan yang sama terhadap pembaca Bahasa sasaran. Justeru, penterjemah seharusnya melakukan pelbagai penyesuaian semula dalam terjemahan serta perubahan tertentu untuk mengelak ketaksaan dan kekeliruan dalam memahami unsur budaya Bahasa sumber. Perkara-perkara seperti pemilihan perkataan, laras Bahasa, teknik pengolahan, dan cara penyampaian 19

merupakan aspek penting yang perlu dititikberat dalam menghasilkan teks terjemahan (Khairunisah, 2008). Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005), terjemahan yang bermutu tinggi ialah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Oleh itu unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan. Beberapa kaedah diutarakan oleh Ainon dan Abdullah untuk menterjemah teks yang mengandungi unsur budaya, antaranya mengekalkan unsur budaya tersebut, menghilangkannya atau menyesuaikannya semula dengan budaya Bahasa sasaran. Menurut Nida (1996) masalah budaya terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu, budaya ekologi, budaya material, budaya sosial, budaya agama dan budaya linguistik. Newmark (1988) pula mengklasifikasikan aspek budaya kepada budaya ekologi, budaya material (artifak), budaya sosialpekerjaan dan masa lapang, budaya organisasi, adat resam, konsep dan budaya gerak tubuh dan isyarat. Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada budaya agama. Penulis mendapati kajian budaya dalam teks agama sejak kebelakangan ini mula mendapat perhatian para penyelidik. Hal ini mungkin disebabkan oleh wujudnya keperluan untuk memahami dan mengamal teks tersebut yang semakin meningkat dalam masyarakat setempat pada masa kini. Agama dan budaya diumpamakan dua sisi mata wang yang tidak dapat dipisahkan (Ahmad Buhori, 2014). Justeru, teks agama, seperti al-quran dan hadis, tidak terlepas daripada mengandungi unsur budaya. Menurut Abdul-Wahid Lu Lu A (1999), masalah budaya dalam teks sumber merupakan satu isu penting yang perlu diberi perhatian dalam penterjemahan teks agama, terutamanya terjemahan istilah agama berunsur akidah, seperti salat, hajj, zakat, sadaqa, dan cabd yang mendokong makna khusus dalam agama Islam. Beliau berpendapat bahawa perkataan tersebut tidak seharusnya diterjemahkan, tetapi seharusnya ditransliterasikan serta diberikan penerangan pada bahagian pengenalan teks sasaran. Menurut Nur Hafeza dab Goh Sang Seong (2014), dalam menangani unsur budaya khusus yang hanya terdapat dalam bahasa sumber, penterjemahan boleh dilakukan mengikut strategi tertentu, antaranya menggunakan strategi terjemahan literal sekiranya maksud yang terkandung di dalam kamus boleh mendukung mesej yang terkandung dalam perkataan sumber dan sesuai dengan konteks penggunaan ayat. Namun sekiranya strategi tersebut tidak sesuai, strategi-strategi seperti padanan budaya atau padanan fungsian atau padanan deskriptif boleh digunakan mengikut kesesuaian. Strategi yang sesuai perlu diaplikasi oleh penterjemah untuk mencari padanan dalam menterjemah unsur budaya dalam teks sumber. Antara factor kejayaan sesuatu terjemahan ialah pemilihan padanan yang sesuai dan dapat menyampaikan mesej teks sumber serta kefahaman yang jelas kepada pembaca sasaran. Terjemahan budaya dalam teks agama perlu disesuaikan antara makna yang terkandung dalam teks sumber dan penerimaan serta kefahaman pembaca sasaran agar maksud yang disampaikan tidak menimbulkan ketaksaan atau salah tafsir. 3. Metodologi kajian Metodologi kajian adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen dalam mengakses kajian terdahulu dan mengumpul data unsur budaya yang terdapat dalam surah al-baqarah dan terjemahannya. Ini adalah kajian analitikal kerana ia mengaplikasi analisis semantik dengan meninjau makna unsur budaya dalam terjemahan Melayu dan membandingkannya dengan makna yang dimaksudkan dalam al-qur an. Kajian menganalisis teks sumber iaitu al-qur an al-karim dan beberapa teks terjemahan al- Quran ke Bahasa Melayu sebagai teks sasaran seperti al-kalam Terjemahan al-hidayah al-qur an al- Karim (al-hidayah House, 2012), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur an 20

(Abdullah Basmeih, 1988) dan Tafsir Mahmud Yunus (Mahmud Yunus, 2008). Kajian mengenal pasti dua puluh lima kata nama berkaitan unsur budaya dalam surah al-baqarah, kemudian memilih beberapa unsur itu secara rawak berstruktur. Kemudian, kajian meninjau terjemahan Melayu bagi unsur itu melalui analisis semantik yang memfokuskan aspek makna, dengan merujuk kepada kitab al-tahrir wa al-tanwir (2000), al-tafsir al-kabir (1981) dan al-kasysyaf (1995) bagi memastikan kesahihan makna yang dipindahkan dalam bahasa Melayu. Melalui analisis semantik, kajian akan mengenal pasti pendekatan yang diguna pakai oleh penterjemah dalam memindahkan makna unsur budaya itu. Hal ini kerana pendekatan dalam terjemahan menyediakan pelbagai kaedah yang boleh disuai padan dengan ciri-ciri budaya yang melatari teks. 4. Hasil kajian dan perbincangan Sampel data kajian ini terdiri daripada lima unsur budaya terpilih dan diambil dari surah al-baqarah. Sampel ini dikategorikan kepada beberapa klasifikasi iaitu unsur budaya material, unsur budaya ekologi, unsur budaya yang merujuk kepada fakta sejarah, unsur budaya agama dan unsur budaya geografi. Berikut ialah analisa penterjemahan makna unsur budaya ke dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Malaysia berdasarkan klasifikasi terpilih dalam surah al-baqarah. T1 (TPAR) T2 TMY) T3 (al-kalam) al-baqarah: ayat 57 وأنزلنا عليكم المن dan Kami turunkan kepada kamu Mann dan Salwa dan Kami turunkan kepada kamu Mann dan Salwa dan Kami turunkan kepadamu mann dan salwa والسلوى Mann : Sejenis makanan yang manis pekat macam madu yang turun seperti embun dari langit, dan jatuh ke atas batu dan daun-daun kayu. Salwa : sejenis burung. Perluasan Tiada Mann ialah makanan manis seperti madu, salwa ialah sejenis burung puyuh Jadual 1 21

Penterjemah menterjemah secara literal bagi perkataan mann dan salwa. Kedua-dua perkataan tersebut mewakili unsur budaya material (makanan) dan ekologi (fauna) (Nida, 1964). Penterjemah menggunakan pendekatan perluasan bagi menerangkan maksud mann dan salwa iaitu dengan teknik nota kaki. Namun bagi haiwan salwa, ada penterjemah yang hanya menerangkannya sebagai sejenis burung sahaja, manakala ada penterjemah yang menyatakannya dengan lebih terperinci iaitu sejenis burung puyuh. Dalam tafsir al Tahrir wa al Tanwir (ms 510) ada menerangkan tentang terjemahan salwa iaitu burung daratan yang dagingnya lazat dan mudah diburu, dan disebut dalam tafsir ini sebagai burung puyuh. Begitu juga dalam tafsir al-kasysyaf (ms 271) salwa bermaksud burung alsumana (puyuh). Penterjemah menggunakan strategi terjemahan literal bagi mengekalkan unsur budaya teks sumber dan menerangkannya dalam bentuk perluasan bagi menjelaskan unsur budaya tersebut kepada budaya bahasa sasaran. Ini memberi gambaran jelas kepada budaya bahasa sasaran maksud kedua-dua perkataan tersebut yang dinyatakan dalam teks sumber. T1 (TPAR) T2 TMY) T3 (al-kalam) al-baqarah: ayat 62 إن الذين ءامنوا والذين هادوا والنصارى والصابئين من ءامن باهلل واليوم اآلخر Sesungguhnya orangorang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Nasaara (Nasrani), dan orangorang Saabi in, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat, Sesungguhnya orangorang yang beriman, orang-orang Yahudi, Nasrani dan Sabiin (seperti ahli kitab) barangsiapa yang beriman di antara mereka itu kepada Allah dan hari kemudian, Perluasan Sesungguhnya orang mukmin, orang Yahudi, orang Nasrani dan orang Sabi in, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian, Saabi in bermaksud orang-orang yang keluar dari satu ugama ke satu ugama yang lain. (Seperti ahli kitab) Orang yang mengikuti syariat nabi-nabi zaman dahulu atau orang yang menyembah bintang atau yang menyembah dewadewa Jadual 2 22

Penterjemah memindahkan perkataan Saabi in secara literal ke dalam budaya bahasa sasaran. Perkataan tersebut mewakili unsur budaya yang merujuk kepada fakta sejarah (umat terdahulu yang hidup sebelum Nabi Muhammad diutuskan iaitu Yahudi, Nasrani dan Saabi in) (al-tafsir al- Muyassar, ms 10). Penterjemah menggunakan pendekatan perluasan bagi menerangkan maksud Saabi in iaitu dengan teknik nota kaki. Dalam al-tafsir al-muyassar ada menjelaskan siapa kaum Saabi in ini iaitu kaum terdahulu (sebelum diutuskan nabi Muhammad s.a.w.) iaitu Yahudi, Nasrani dan Saabi in. Mereka adalah kaum yang tidak mempunyai agama yang tetap dan tidak berpegang kepada agama yang khusus. Tafsir al Kasysyaf (ms 277) juga ada menyentuh tentang maksud Saabi in iaitu orang yang meninggalkan agamanya dan memeluk agama yang lain, dan mereka adalah kaum yang menukar dari agama Yahudi dan Nasrani kepada menyembah malaikat. Ada penterjemah yang menerangkan Saabi in adalah seperti ahli kitab yang lain iaitu termasuklah Yahudi dan Nasrani. Penerangan ini ringkas dan tiada penjelasan terperinci mengenai siapa kaum ini. Penterjemah masih menggunakan strategi terjemahan literal bagi mengekalkan unsur budaya teks sumber dan menerangkannya dalam bentuk perluasan bagi menjelaskan unsur budaya tersebut kepada budaya bahasa sasaran. Ini membantu memberi gambaran nyata kepada budaya bahasa sasaran tentang siapa yang dimaksudkan dan disebutkan dalam teks sumber. T1 (TPAR) T2 TMY) T3 (al-kalam) al-baqarah:ayat 125 Dan jadikanlah oleh kamu Maqaam Ibrahim itu tempat sembahyang, Dan ambillah maqam Ibrahim menjadi tempat sembahyang, Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat, واختذوا من مقام إبراهيم Perluasan مصلى tempat Nabi Ibrahim berdiri ketika ia membina Ka bah bersama-sama anakandanya Nabi Ismail. Tiada Al-Kalam: tempat berdiri Nabi Ibrahim Alaihissalam ketika membuat Kaabah. Jadual 3 Penterjemah menterjemah secara literal bagi perkataan maqam. Perkataan ini mewakili unsur budaya yang mengandungi fakta sejarah iaitu peristiwa Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail a.s. (Hussein Abdul-Raof, 2001). Penterjemah menggunakan pendekatan perluasan bagi menerangkan maksud maqam iaitu dengan teknik nota kaki. Berdasarkan jadual ini, ada penterjemah yang mengambil pendekatan terjemahan literal tanpa perluasan, manakala ada penterjemah yang menggunakan strategi transliterasi Arab-Rumi, iaitu dengan menukar perkataan yang ditulis dalam tulisan Arab ke dalam tulisan Rumi bagi perkataan maaqam. Walau bagaimanapun, penterjemah tersebut mengambil inisiatif menggunakan pendekatan perluasan bagi menjelaskannya kepada budaya bahasa sasaran. Dalam al-tafsir al-muyassar, maqam merujuk kepada batu di mana berdiri Nabi Ibrahim di atasnya ketika membina Ka bah. Selain itu, tafsir al-kasysyaf (ms 319) menerangkan perkataan tersebut sebagai batu yang mempunyai kesan tapak kaki Nabi Ibrahim padanya, atau tempat yang mempunyai batu di mana terdapatnya kesan tapak kaki ini dinamakan maqam Ibrahim. Manakala di dalam tafsir al-tahrir wa al-tanwir (ms 710), Maqam Ibrahim dimaksudkan dengan kaabah, iaitu tempat berdirinya Nabi Ibrahim di situ bagi menyembah Allah taala dan menyeru kepada mengesakan Allah taala. Dapat difahami bahawa perkataan maqam merangkumi batu yang digunakan sebagai alat bagi membolehkan Nabi Ibrahim berdiri untuk membina Kaabah. Di sini berlaku pengguguran perkataan batu (lebih khusus) dan digantikan dengan perkataan tempat (lebih umum). 23

Penterjemah menggunakan strategi terjemahan literal bagi mengekalkan unsur budaya teks sumber dan menerangkannya dalam bentuk perluasan bagi menjelaskan unsur budaya tersebut kepada budaya bahasa sasaran. Namun berlaku juga pengguguran dan penggantian bagi terjemahan perkataan maqam berdasarkan kepada penerangan yang terdapat dalam tafsir terpilih. Ini memberi gambaran bahawa penterjemah membuat pilihan untuk tidak memindahkan unsur budaya tersebut secara lebih terperinci, asalkan penerangan tersebut jelas kepada budaya bahasa sasaran tentang maksud perkataan tersebut dalam teks sumber. T1 (TPAR) T2 TMY) T3 (al-kalam) al-baqarah: ayat 144 وإن الذين أوتوا الكتاب ليعلمون أنه احلق من رهبم Dan sesungguhnya orangorang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Ka bah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; Sesungguhnya ahli Kitab (Yahudi, Nasrani) benar-benar mengetahui, bahawa yang demikian itu satu kebenaran dari Tuhannya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya Perluasan tiada penerangan tentang maksud Kitab terjemahan ahli Kitab Taurat dan Injil Jadual 4 Penterjemah memindahkan perkataan Kitab secara literal ke dalam budaya bahasa sasaran. Perkataan tersebut mewakili kumpulan unsur budaya agama (Nida, 1964). Dalam jadual ini, dapat difahami bahawa terdapat penterjemah yang menggunakan pendekatan perluasan bagi menerangkan maksud Kitab iaitu dengan teknik nota kaki. Dalam al-tafsir al-kabir karangan al-razi (ms 135) ada menyebut bahawa apa yang dimaksudkan dengan kitab adalah Taurat dan Injil. Kamus Dewan edisi Empat (ms 797) ada menjelaskan kitab bermaksud buku suci yang mengandungi perkara-perkara keagamaan seperti hukum, ajaran dan sebagainya. Kitab dalam Islam merujuk kepada empat buah yang utama iaitu samada Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur. Perkataan kitab dalam teks sumber ini merujuk kepada Taurat dan Injil berdasarkan kepada makna kontek yang melatari ayat ini iaitu disebut tentang orang-orang Yahudi dan Nasrani. Kitab Taurat diturunkan kepada kaum Yahudi (Nabi Musa) dan kitab Injil diturunkan kepada kaum Nasrani (Nabi Isa). Di samping itu, penterjemah masih kekal dengan teknik transliterasi Arab-Rumi, namun mengambil inisiatif memperincikannya di perluasan dengan menerangkan maksud al-kitab itu ialah Taurat dan Injil. Penterjemah masih menggunakan strategi terjemahan literal bagi mengekalkan unsur budaya teks sumber dan menerangkannya dalam bentuk perluasan bagi menjelaskan unsur budaya tersebut kepada budaya bahasa sasaran. Ini membantu dalam menyampaikan maklumat dengan lebih jelas kepada budaya bahasa sasaran tentang maksud perkataan yang dibincangkan dalam jadual ini berdasarkan kepada kontek dalam teks sumber. 24

T1 (TPAR) T2 TMY) T3 (al-kalam) al-baqarah: ayat 158 إن الصفا والمروة من Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syi ar (lambang) ugama Allah; Sesungguhnya Safa dan Marwa adalah syiar (tanda-tanda agama) Allah. Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada Syiar Allah. شعائر اهلل Perluasan Tiada Tiada tempat-tempat beribadah kepada Allah Jadual 5 Penterjemah menterjemah secara literal bagi perkataan Safa dan Marwah. Kedua-dua perkataan tersebut mewakili unsur budaya yang merujuk kepada fakta geografi (Hussein Abdul Raof, 2001). Berdasarkan jadual di atas, hanya seorang penterjemah sahaja menggunakan pendekatan perluasan bagi menerangkan maksud Safa dan Marwah iaitu dengan teknik nota kaki. Dalam al-tafsir al-kabir (ms 174) Safa dan Marwah adalah dua kata nama khas bagi bukit kecil terletak berhampiran Kaabah (di sebelah timur) dan merupakan tempat untuk melakukan ibadah sai. Di samping itu, tafsir al-tahrir wa al-tanwir (ms 60 61) menyatakan bahawa safa dan marwah ialah dua bukit kecil yang mengadap di antara satu sama lain dan terletak berhampiran dengan masjidil haram, tempat di mana ibadah sai dilakukan. Penterjemah menggugurkan maklumat khusus mengenai bentuk geografi bagi Safa dan Marwah. Hanya maklumat umum dibekalkan mengenai kedua dua tempat ini iaitu tempattempat beribadah kepada Allah taala. Kedua tempat ini menjadi mercu utama dalam ibadah haji dan umrah. Penterjemah menggunakan strategi terjemahan literal bagi mengekalkan unsur budaya teks sumber dan hanya menerangkannya secara umum dalam bentuk perluasan bagi menjelaskan unsur budaya tersebut kepada budaya bahasa sasaran. 5. Kesimpulan Menerusi analisis kajian yang telah dibuat mengenai penterjemahan unsur budaya dalam surah al- Baqarah ke dalam bahasa sasaran, jelas dapat diperhatikan secara umum bahawa penterjemahan makna unsur budaya ini menggunakan pendekatan literal. Ini bertujuan mengekalkan unsur budaya bahasa sumber agar makna yang diterjemahkan tidak diseleweng dan ditafsir sewenang-wenangnya serta teks yang diterjemah ialah teks kitab suci iaitu al-quran al-karim. Di samping itu, terdapat juga perkataan dalam Bahasa sumber yang dikekalkan dalam terjemahan tanpa sebarang perluasan untuk tujuan memberi kefahaman dan rujukan lanjutan seperti tafsir al-quran. Hasil kajian menunjukkan bahasa terdapat beberapa teknik yg diaplikasi untu menterjemah unsur budaya yang dikaji, iaitu teknik perluasan dan transliterasi rumi. Teknik ini membantu dalam memberi panduan dan gambaran bagi memahami makna unsur budaya tersebut apabila diterjemahkan maknanya ke dalam bahasa sasaran. 25

Rujukan Al-Quran al-karim. Al-Quran al-karim wa bihamishihi, tafsir al-muyassar (t.t.) Abdullah Basmeih. 1988. Tafsir Pimpinan ar-rahman kepada Pengertian al-quran. Kuala Lumpur: Darul Kitab. Abdul-Raof, Hussein. 2001. Quran Translation: Discourse. Texture and Exergesis. London and New York: Routledge Taylor and Francis Group. Abdul-Wahid Lu lu a. 1999. Problems in Translating Religious Text, dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Penterjemah Malaysia. 44-49. Ahmad Buhori. 2014. Teori Kajian Budaya dan Terapannya, dalam Religi, Vol. 5, No. 2. 279-282. Ainon Muhammad. 1985. Panduan Menterjemah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 2005. Teori Dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Al-Kalam, Terjemahan al-hidayah al-quran al-karim. 2012. Al-hidayah House of Quran Sdn. Bhd. Al-Zamakhsyari, Abu Qasim Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Umar al-khawarizmi. 1995. al- Kasysyaf. Cetakan Pertama. Beirut: Dar al-kutub al-ilmiyyah. Goh Sang Seong. 2007. Kebolehterjemahan Aspek-Aspek Budaya Dalam Terjemahan Shui Hu Zhuan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Tesis PhD Kamus Dewan. 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi Empat. Haslina Haroon. 2015. Penterjemahan Gaya Bahasa Daripada Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu Dalam Baris Kepala Iklan, dalam Malaysian Journal of Communication, Jilid 31(1). 1-26. Ibn Asyur, Sheikh Muhammad Tahir. 2000. Tafsir al-tahrir wa al Tanwir. Beirut: Muassasah al- Tarikh. Khairunisah Sayed Ibrahim. 2008. Unsur Budaya Dalam Koleksi Terjemahan Cerita Jenaka Bahasa Melayu Bahasa Jerman: Satu Analisis. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Tesis Sarjana. Larson, M.L. 1984. Meaning-based translation: A guide to cross-language equivalence. Lanham, MD: University Press of America Newmark, P. 1988. A Textbook of Translation. New York London: Prentice Hall. Mahmud Yunus. 2008. Tafsir Mahmud Yunus. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. Muhammad al-razi Fakhruddin. Al-Tafsir al-kabir. 1981. Beirut: Dar al-fikir. Nida, E.A. 1964. Towards a Science of Translation. Leiden: E.J. Brill. Noor Eliza Abdul Rahman, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Najihah Abdul Wahid. 2015. Penterjemahan Unsur Budaya Dalam Sari Kata Drama Flag of Truth, dalam Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. 26

Nur Hafeza dab Goh Sang Seong. 2014. Strategi Penterjemahan Nilai Dan Kepercayaan Dalam Novel Sungai Mengalir Lesu, dalam Jurnal Bahasa, Vol. 13(2). 273-291 Syed Nurul Akla Syed Abdullah. 1999. Faktor Leksiko-budaya dalam karya Rihlah ibn Battutah, dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Penterjemah Malaysia. 69-91. 27