Sah (الصحة) dan Batal (البطالن) Menurut Ulama Usul Fiqh

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

The Virtues of Surah An-Nasr

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Analisis Pandangan Ulama Fiqh Mengenai Kesan Kematian (Al-Maut) Terhadap Akad Jual Beli

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Amar Makruf Nahi Mungkar

ا ح د أ ز ح ا س اح ني ح ث ع ا ت س اح ث ا بس أ ج ع ني, أ ال إ إ ال ا و ح د ال ش س ه ا ه ا ح ك ا ج ني و أ ش ه د أ س د ب

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Ayatul Kursi (2: )

K n o w A l l a h i n P r o s p e r i t y

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

The First Ten or Last Ten Verses of Sūrah al-kahf

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MOHD SHAHRIZAL NASIR. Kata kunci: Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Fiqh of Dream Interpretation. Class 2 (24/7/16)

KONSEP YAWM AL-MA AD DAN SUNAN AL-SITTAH. Kalimah Yawm al-ma ad bererti hari kembali. Dalam bahasa yang lebih mudah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGARUH BAHASA ARAB DALAM PENDALILAN HUKUM SYARA: TINJAUAN PANDANGAN MUJTAHIDIN DALAM AYAT POLIGAMI

UMRA DAN RUQBA : ANALISIS MENGENAI KESANNYA TERHADAP KONTRAK HIBAH DAN POTENSINYA SEBAGAI INSTRUMEN AGIHAN HARTA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Surah Mumtahina. Tafseer Part 1

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Konsep Pertandingan Sukan Tradisional Menurut al-quran dan al-sunnah di Selatan Thailand

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Saudi Arabia s Permanent Council of Senior Scholars on Takfīr 1

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Rabi`ul Awwal 13, 1439 H Fatah 2, 1396 HS December 2, 2017 CE

ANALISIS TERHADAP HADITH TENTANG PENYAMATARAFAN WANITA DAN HAIWAN: ULASAN DAN KRITIKAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

Being Grateful. From the Resident Aalima at Hujjat KSIMC London, Dr Masuma Jaffer address:

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Ikhtilaf Hukum Solat Fardu Berjemaah Menurut Mazhab Syafie: Satu Sorotan Kajian

Analisis Terhadap Pengaruh Syair dan Ucapan Arab Dalam Tafsiran Tafsir Al-Māturidī Dan Al-Ṭabarī

Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Suggested Global Islamic Calendar By Khalid Shaukat, prepared for

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Race2Jannah-4: Quran Question Bank for Group D. Angel Jibreel (A)

Sirah of Sayyida Fatima al-zahraa d

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Our bodies & health is a trust & gift from Allah, therefore we must use it responsibly, not waste it, and maximise its benefit. Muslims/Asians are

KAEDAH DAN PENDIRIAN IMAM AL-TIRMIDIHI ( H) KETIKA MENJELASKAN DALIL IMAM AL-SHAFI I DI DALAM JAMI AL-TIRMIDHI

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Methods and Methodologies in Fiqh and Islamic Economics. Muhammad Yusuf Saleem (2010)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

The Reason for the Revelation of this Surah and its Virtues

Kata kunci : Asbᾱb al-wurūd, al-hadith, pengenalan. Pendahuluan

IS COUNTING TASBEEH AFTER THE PRAYER TO BE DONE WITH THE RIGHT HAND OR BOTH? 1

AL-HADITH: KEDUDUKAN DAN PERANANNYA

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Ways the Misguided Youth Bent on Takfīr & Bombings

KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Aplikasi Kaedah Fiqh dan Pendalilan Ayat Hukum Dalam Fatwa Berkenaan Status Senaman Yoga Terhadap Umat Islam

KONSEP ROH SUCI MENURUT ISLAM DAN KRISTIAN

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

ITA AT: TO OBEY HIM WITHOUT QUESTION

Transcription:

116 Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) Sah (الصحة) dan Batal (البطالن) Menurut Ulama Usul Fiqh Validity and Invalidity According to Scholars of Islamic Jurisprudence Principle Muhammad Akramin Kamarul Zaman Universiti Pendidikan Sultan Idris akramin@fsk.upsi.edu.my Abstrak Manusia diciptakan oleh Allah Ta ala dengan tujuan menghambakan diri dan beribadah KepadaNya.Oleh itu, Allah ta ala telah menurunkan al-quran sebagai panduan, disertai dengan hadithhadith Nabi S.A.W yang menghuraikan kehendak al-quran dalam perkara-perkara ibadah, di samping peraturan yang mengatur hubungan dan muamalat manusia seharian.peraturan-peraturan yang dinyatakan di dalam al-quran dan Hadith Nabi S.A.W termasuklah syarat-syarat dan panduan-panduan yang menentukan sah atau tidak sesuatu amalan ibadah dan urusan muamalat harian dalam kehidupan manusia. Para ulama telah berusaha menerangkan maksud sah dan batal serta perbezaan antara batal dan fasad menurut al-quran dan al-sunnah agar ia menjadi asas dalam memahami kehendak ibadah dan muamalat menurut Islam.Kajian melalui penulisan mazhab-mazhab fiqh telah menemukan kesimpulan bahawa terdapat mazhab yang membezakan antara batal dan fasad dalam hukum syarak. Kata Kunci: Sah, Batal, fasad, Usul Fiqh. Abstract Man is created by Allah in order to submit to Him. Thus, Allah revealed the Qur'an as a guide accompanied by the prophetic traditions of the Prophet SAW that clarify the meanings of the Quran on matters that are related to Islamic personal practices as well as rules which govern human interactions in their daily life. The said rules that are included in the Quran and prophetic traditions cover, among others requirements as well as guidelines for Muslims to ensure the validity (or invalidity) of their daily practices. The Muslim scholars had explained the meanings of validity and invalidity as well as the differences between invalidity and fasad according to Quran and prophetic traditions so as to guide the Muslims to understand Islamic practices as well as human interactions according to Islam. The study on the books of Islamic jurisprudence school of thought found that there were different opinions regarding the meaning of invalidity and fasad among the scholars from different schools. Keywords: Validity, Invalidity, Fasad and Principles of Islamic Jurisprudence. Pendahuluan Perbahasan ini akan membincangkan pengertian sah (ا صذت) dan batal (ا بطال ) menurut pandangan ulama Usul Fiqh. Ia merupakan tajuk penting kerana ulama Usul Fiqh membincangkan mengenainya di dalam bab pendahuluan kitab-kitab Usul Fiqh. Secara umum, mereka telah menetapkan beberapa dawabit 1 dan kaedah khusus dalam menentukan sah atau batalnya sesuatu amalan menurut hukum syarak. Definisi Sah Perkataan sah berasal dari kalimah Arab صخ yang bererti terlepas daripada penyakit dan kekurangan.(ا ؼ ١ ب) Dari kalimah ini terbinanya kalimah al-sihhah ( ا ص ذت ), yang bermaksud berlalunya penyakit atau terlepas dari sebarang kekurangan (ا ؼ ١ ب) (al-raziy, 1979, jil.3: 281).

Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) 117 Sebahagian fuqaha dan ulama Usul membezakan definisi sah (ا صذت) dalam perkaraperkara ibadah berbanding urusan muamalat.menurut mereka akad yang sah adalah terbentukmenurut kehendak syarakyang memberi kesan hukum terhadap pelaksanaan akad seperti pemilikan dalam akad, iaitu berlakunya hukum yang,(حب ت ب ػ جب ا ششع ١ تشتب آحبس ) dikehendaki daripada perbuatan tersebut.contohnya, apabila fuqaha mengatakan pernikahan itu sahih, maka ia bermaksud hukumnya adalah sah yang membawa kepada pelaksanaan segala kesan daripada pernikahan berkenaan seperti tanggungan nafkah dan kewajipan isteri mematuhi suami.manakala persoalan mengenai sah (ا صذت) dalam perkara-perkara ibadah, ulama Usul Fiqh telah berselisih pandangan dalam menyatakan definisinya. Golongan Fuqaha 2 mendefinisi sah (ا صذت) dalam perkara ibadah sebagai pelaksanaan perbuatan yang mencukupi syarat dalam mengugurkan keperluan qada ( ل ع ا فؼ وبف ١ ب ف عم ط ا مضبء ), seperti solat yang dilaksanakan memenuhi segala rukun dan syaratnya, maka ia tidak perlu diqadha serta dihukumkan sebagai sah. Golongan Mutakkallimun 3 pula mendefinisi sah (ا صذت) dalam perkara ibadah sebagai menepati arahan Allah menurut zan 4 mukallaf, bukan pada perbuatan itu, al-zarkashi )( افمت أ ش ا شبسع ف ظ ا ى ف ال ف فظ األ ش). sendiri 2007,jil. 1: 251). Menurut al-jurjani, sah (ا صذت) itu ialah keadaan atau kemampuan yangmenghasilkan perbuatan-perbuatan yang menepati tuntutan (.(دب ت أ ىت ب ب تصذس األفؼبي ػ ضؼ ب ع ١ ت Maka ia adalah suatu perlakuan yang menggugurkan keperluan qadha dalam perkara ibadah, atau perlakuan yang menyebabkan terlaksana kesan-kesan yang dikehendaki oleh syarak daripada perlakuan tersebut dalam perkara muamalat, atau suatu sifat yang merujuk kepada perlakuan mukallaf, jika ia memenuhi rukun-rukun serta syarat-syarat maka syarak menghukumkan sebagai sah(al-jurjani, 1989: 132). Menurut al-samarqandi, sah (صخ) ialah sesuatu yang memenuhi rukun-rukun dan ب اعتج غ أسوب ) hukum syarat-syaratnya, yang membawa kepada penerimaan syarak pada hak iaitu setiap perlakuan manusia sama ada dalam,( ششائط بذ ١ ج ٠ ى ؼتبشا ششػب ف دك ا ذى perkara ibadah atau perkara muamalat yang dianggap sah atau dihukumkan sebagai sah menurut syarak, jika memenuhi semua rukun dan syaratnya sebagaimana yang dituntut(al- Samarqandi, 1997: 37). Al-Syatibi menyatakan bahawa pengertian sah (ا صذت) adalah: Pertama: Sahbermaksud terlaksananya kesan-kesan perlakuan di dunia sepertimana dalam perkara ibadah bahawa ia adalah sah dengan erti kata ia diterima dan terlepasnya zimmah serta gugurnya tuntutan qadha dalam ibadah yang mempunyai tuntutan qadha. Kedua: Sah bermaksud terlaksananya kesan-kesan yang dikehendaki daripada perlakuan tersebut di akhirat seperti diberikan pahala, maka jika dikatakan amalan ini sah, bermaksud ia sepatutnya beroleh pahala di akhirat(al-shatibiy,1997,jil. 1: 451-452). Kesimpulannya, ulama Usul Fiqh terbahagi kepada dua golongan dalam mendefinisi maksud sah (ا صذت) dalam perkara ibadah: Pertama: Golongan yang mengatakan bahawa sah dalam perkara ibadah ialah menggugurkan tuntutan qada iaitu sesuatu yang menepati tuntutan syarak dan diterima.gugurnya qada bermaksud tidak dituntut mengulangi perlakuan tersebut untuk kali kedua bagi memenuhi tuntutan pertama. Kedua: Golongan yang mengatakan bahawa sah dalam perkara ibadah ialah jika ianya menepati tuntutan syarak menurut zan mukallaf, bukan menurut hakikat perbuatan, sama ada yang mempunyai tuntutan qada atau tidak. Oleh itu, setiap ibadah yang dilaksanakan menurut tuntutan syarak dianggap sah, walaupun kurang satu syarat daripada syarat-syaratnya. Contohnya, dalam ibadah solat, jika ia dilaksanakan dalam keadaan individu yang solat tersebut zan dia dalam keadaan suci, maka solatnya dikira sah menurut pandangan golongan ini (al-namlah, 1999, jil. 1: 408-409). Kesimpulannya, sah (ا صذت) adalah sesuatu yang menepati tuntutan syarak.amalanamalan yang sah ialah yang mencukupi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan syarak(al-zuhailiy, 2008, jil. 1: 52).

118 Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) Contoh Aplikasi Hukum Sah dalam Ibadah Syarat sah wuduk Para ulama telah mengistinbat rukun-rukun dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memastikan sah atau tidak wuduk yangdilaksanakan, daripada ayat 6, surah al-maidah: غ ا ج ى أ ٠ ذ ٠ ى إ ٱ ش اف ك ٱ غ ذ ا ب ش ء ع ى أ س ج ى إ ٱ ى ؼ ب ١ ٠ أ ٠ بٱ ز ٠ ء ا ا إ ر ا ل ت إ ٱ ص ة ف ٲغ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah wajah kamu dan tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kakimu hingga ke buku lali. (al-maidah: 6) Berdasarkan ayat ini, ulama menyatakan bahawa rukun-rukun wuduk ada empat, iaitu membasuh wajah atau muka, membasuh tangan hingga ke siku, menyapu air di kepala dan membasuh kaki. Keempat-empat rukun ini disepakati oleh keempat-empat mazhab. Namun terdapat penambahan rukun lain yang diistinbat daripada dalil-dalil lain yang menjadi khilaf. Manakala syarat-syarat sah wuduk pula diistinbat daripada dalil-dalil hadith, seperti hadith riwayat Jabir : أخبش ػ ش ب ا خطببشض هللا ػ أ سجال ت ضأ فتشن ضغ ظفش ػ لذ فأبصش ا ب ص هللا ػ ١ ع فمبي:»اسجغ فأدغ ض ءن«فشجغ ح ص. )أخشج غ ( Maksudnya: Umar bin al-khattab telah memberitahuku, sesungguhnya seorang lelaki ص هللا ػ ١ عRasulullah telah berwuduk, lalu tinggalkan satu bahagian kuku kakinya, maka telah memaklumkannya seraya bersabda: Kembalilah dan sempurnakan wudukmu, lalu dia kembali berwuduk, kemudian dia pun solat. (Muslim (t.th), Kitab Taharah, no. hadith: 243, Jil. 1: 215) Hadith ini menjadi asas syarat sah wuduk, iaitu mesti dibasuh anggota wuduk dengan air secara menyeluruh dan sempurna, tanpa tertinggal mana-mana bahagian anggota wuduk. Maka apabila syarat ini tidak dipenuhi, ia menyebabkan wuduk tidak sah dan perlu diulangi. (البطالن) Batal Batal (ا بطال ) berasal daripada kalimah Arab ب ط. Definisi بط dan بطال bermaksud keciciran dan kerugian(ibn Manzur, 1995, jil. 11: 56).Menurut Syeikh Mustafa Ahmad Zarqa kalimah di dalam al-quran, secara umumnya mempunyai pengertian mutlak keagamaan dengan ا بطال maksud perlakuan-perlakuan baik yang tidak menghasilkan pahala di akhirat kelak, sebagaimana yang disebut oleh Allah Ta ala dalam ayat 264, surah al-baqarah: ٠ أ ٠ بٱ ز ٠ ء ا ا ال ت ب ط ا ص ذ ل ت ى ب ٲ ٱأل ر و ٲ ز ٠ ف ك ب ۥ س ئ ب ء ٱ بط Maksudnya: (Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia ). (al-baqarah: 264) Selepas itu, para fuqaha menggunapakai kalimah ini secara amali dengan pengertian tidak sahnya perlakuan yang mempunyai kesan-kesan syarak dalam perlakuan tersebut,jika dilakukan bertentangan dengan tuntutan syarak(al-zarqa, 2004, Jil. 2: 702). Menurut al-shatibiy, batal (ا بطال ) mempunyai dua pengertian: Pertama: tidak terlaksana kesan-kesan perlakuan tersebut di dunia menurut syarak, sepertimana dalam perlakuan ibadah yang mana ia tidak diterima dan tidak terlepas (ر ت) zimmah serta tidak mengugurkan tuntutan qada. Ibadah tersebut dianggap batal kerana menyalahi tuntutan syarak. Ianya disebabkan oleh perlakuan ibadah itu sendiri seperti solat

Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) 119 tanpa niat, atau solat yang kurang satu rakaat atau satu sujud, dan yang seumpamanya.ianya juga boleh disebabkan oleh sebab-sebab selain hakikat ibadah itu sendiri yang merosakkan hakikat ibadah berkenaan, seperti solat di dalam rumah yang dirampas, menurut sebahagian fuqaha (al-shatibiy, 1997, jil. 1: 452-453). Kedua: tidak terlaksana kesan perlakuan ibadah tersebut di akhirat, iaitu tidak beroleh pahala amalan ibadah tersebut (al-shatibiy, 1997, jil. 1: 455). Syeikh Mustafa Ahmad Zarqa mengatakan bahawa batal (ا بطال ) dalam ibadah solat dan puasa bererti tidak sah kedua-duanya, tidak terlepas (ر ت) zimmah seseorang mukallaf, dan dituntut mengulang semula ibadah berkenaan. Manakala batal dalam urusan muamalat ialah tidak menghasilkan kesan-kesannya, sebagaimana yang ditetapkan syarak, seperti pemilikan, hak memanfaatkan sesuatu dan segala bentuk hak yang terhasil daripada akad muamalat(al- Zarqa, 2004, jil.2: 702) (الفساد) dan Fasad (البطالن) Perbezaan Antara Batal Ulama Usul Fiqh berbeza pandangan dalam mendefinisi kalimah batal (ا بطال ) dan fasad golongan: dan mereka terbahagi kepada dua (ا فغبد) Pertama: Golongan mutakallimin yang berpandangan bahawa kedua-duanya mempunyai maksud yang sama kerana ا ببط menurut bahasa adalah ا فبعذ dan Maka.ا غبلظ batalnya sesuatu, jika (فغبد) fasad dan gugur hukum amalan berkenaan. Jika batal dan fasad mempunyai maksud yang sama dari segi bahasa, maka sepatutnya ia tidak berbeza dari segi istilah syarak. Oleh itu definisi kedua-duanya menurut istilah syarak ialah perlakuan yang bertentangan dengan tuntutan syarak.menurut mereka batal dan (فغبد) fasad dalam ibadah bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan tuntutan syarakdan tidak mengugurkan tuntutan qada, manakala batal dan fasad (فغبد) dalam muamalat adalah perlakuan yang bertentangan dengan hukum, serta terkeluarnya perlakuan tersebut daripada menjadi sebab yang mendatangkan faedah kepada hukum. Kedua: Golongan al-hanafiyyah yang berpandangan bahawa tiada perbezaan antara batal dan fasad dalam perkara-perkara ibadah tetapi kedua-duanya berbeza maksud dalam akad muamalat. Sesuatu yang batal menurut mereka adalah perlakuan yang tidak disyariatkan secara asalnya dan sifatnya, iaitu sesuatu yang gugur daripadanya makna muamalat dalam perlakuan tersebut.maka kekurangan pada akad muamalat berkaitan dengan rukun-rukunnya, seperti tidak berkelayakan, jual beli darah dan jual beli (فغبد) bangkai.manakalafasad pula adalah sesuatu yang disyariatkan asalnya, tetapi tidak disyariatkan pada sifatnya dan kekurangan adalah melibatkan sifat-sifatnya iaitu syarat-syaratnya, seperti jual beli satu dirham dengan dua dirham. Pada asal hukumnya, harus jual beli matawang, tetapi tidak dibenarkan berlakunya pertambahan nilai dalam pertukaran matawang yang sama (al-namlah, 1999, jil. 1: 413-415). Dalam erti kata yang lain sebarang kekurangan dan pelanggaran yang melibatkan rukun-rukun akad muamalat akan menyebabkan batalnya urusan muamalat tersebut, tetapi jika pelanggaran dan kekurangan tersebut melibatkan syarat-syarat dalam akad muamalat maka ia akan menyebabkan fasadnya urusan tersebut (Abu Zahrah, t.t: 66). (الفساد) dan Fasad (البطالن) Fi lu Al-Nahyi 5 dan Pengaruhnya Terhadap Batal Ulama telah membahaskan hubungan dan pengaruh fi lu ا ) al-nahyi (فؼ dalam menentukan sesuatu larangan itu bersifat batal atau fasad.perbahasan mereka boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu al-nahyu ا م ١ ذ) al-muqayyad (ا dan al-nahyu al.(ا ا ط ك) mutlak Al-nahyu al-muqayyad (ا ا م ١ ذ) ialah larangan syarak dalam perkara-perkara yang melibatkan pertuturan dan perlakuan yang disebabkan oleh sesuatu sifat dan dan faktor yang mengikat samada yang boleh dipisahkan atau tidak boleh dipisahkan, daripada pertuturan dan perlakuan yang dilarang tersebut.terdapat juga dalil-dalil larangan yang didapati terikat

120 Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) dengan sifat-sifat, dan faktor-faktor tertentu, yang melibatkan hakikat sebenar pertuturan dan perlakuan yang dilarang (al-durainiy, 2008: 548) Pertama:Perlakuan-perlakuan yang dilarang kerana keburukan yang terdapat di dalam perlakuan itu sendiri dalam perkara-perkara ibadah seperti solat tanpa rukuk, puasa tanpa niat dan menunaikan ibadah haji tanpa wukuf di Arafah. Dalam hal iniulama sepakat ص هللا ػ ١ ع Ini kerana RasululLah.(فغبد) fasad dan (ا بطال ) batal mengatakan ianya adalah telah bersabda, ػ ػ ال ١ ظ ػ ١ أ ش ب ف سد (س ا غ ) yang bermaksud, Setiap sesuatu yang tidak menurut perintah kami, maka ia tertolak (Muslim (t.th), Kitab al-aqdiyah, Hadith no: 1718, Jil 3:1343;al-Sa adiy, 2011:72; al-shaukani, 2011: 388) Begitu juga dalam perkara-perkara muamalat, jenayah dan munakahat, jika dalil syarakmenerangkan bahawa pada perlakuan itu sendiri terdapat keburukan, maka ulama Usul sepakat mengatakan larangan tersebut bersifat batal atau fasad,seperti larangan berzina, membunuh, minum arak dan kufur kepada Allah ta ala, kerana larangan itu sendiri menjadi bukti perlakuan tersebut secara hakikatnya terdapat keburukan dan terdapat balasan duniawi dan ukhrawi sebagi akibat daripadaperbuatan tersebut. Sebagai contoh, firman Allah ta ala di dalam ayat 32, surah al-isra : ت م ش ب ا ٱ ض إ ۥ و ب ف ذ ش ت ع ب ء ع ب ١ ال, ال yang bermaksud: Jangan kamu dekati zina kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan munkar (al-isra : 32). (al-duraini, 2008: 550) Kedua: Perlakuan dan perbuatan yang berkaitan sifat-sifat tertentu yang tidak mengikat hakikat pelakuan dan perbuatan tersebut seperti solat dengan memakai baju curi atau solat di tanah yang dirampas.sebagai contoh, larangan jual beli ketika seruan solat Jumaat seperti yang dilarang melalui firman Allah ta ala di dalam ayat 9, surah al-jumu ah: ش ٱ لل ر س ا ٱ ب ١ غ ر ى خ ١ لش ى إ و ت ت ؼ ٠ أ ٠ بٱ ز ٠ ء ا ا إ ر ا د ص ة ٠ ٱ ج ؼ ت ف ٲع ؼ ا إ ر و Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diserukan untuk mendirikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah (mendirikan solat) dan tinggalkan jual beli, yang demikian itu lebih baik untukmu jika kamu mengetahui. (al-jumu ah: 9) Jumhur ulama Usul Fiqh dan fuqaha sepakat mengatakan larangan sedemikian adalah berbentuk makruh, bukan berbentuk haram.asal perbuatan dan pertuturan daripada akad-akad dan tindakan-tindakan tersebut kekal sah serta menghasilkan kesan-kesan syarak padanya.namun ianya membawa kepada dosa kerana menyalahi kehendak syarak. Oleh itu, jual beli yang dilakukan ketika seruan mendirikan solat Jumaat adalah makruh, tidak batal dan tidak fasad kerana ia tidak melibatkanakad itu sendiri. Walaupun begitu, sebahagian ulama mazhab Hanbali, Imam Ahmad dan Imam Malik (ا ظب ش ٠ ت) dalam salah satu riwayat daripada kedua-duanya serta golongan al-zahiriyah berpandangan sebaliknya dan menyatakan bahawa larangan sedemikian adalah berbentuk.(ا بطال ) batal Mereka menyamakan larangan tersebut sama ada ianya melibatkan sifat perlakuan dan pertuturan itu sendiri atau melibatkan sifat dan faktor luaran kerana kaedah menyatakan iaitu sesuatu yang tiada menurut syarak adalah seperti sesuatu,(ا ؼذ ششػب وب ؼذ دغب) yang tiada menurut pancaindera. Ini kerana hal tersebut bercanggah dengan tuntutan syarak (al-duraini, 2008: 550-551; al-soleh, 2008, jil. 2: 323) Ketiga: Larangan yang disebabkan sifat yang mengikat perkara yang dilarang seperti larangan berpuasa pada hari raya Aidilfitri, berpuasa pada hari raya korban dan hari-hari س ا ) أ ػ ص ٠ ١ ٠ ا فطش ٠ ا ذش,ص هللا ػ ١ ع tasyriksebagaimana sabda Nabi yang bermaksud, Sesunggunya Allah ta ala telah melarang daripada berpuasa pada,( غ dua hari, hari Aidilfitri dan hari Aidil Adha. (Muslim (t.th), Kitab al-siyam, No. hadis: 1138, jil. 2: 800) Begitu juga larangan jual beli yang mempunyai unsur riba, sepertimana firman Allah di dalam ayat 275, surah al-baqarah:

Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) 121 ٱ ز ٠ ٠ أ و ٱ ش ب ا ال ٠ م إ ال و ب ٠ م ٱ ز ٠ ت خ ب ط ٱ ش ١ ط ٱ ظ ر ه ب أ ل ب ا إ ب ٱ ب ١ غ أ د ٱ لل ٱ ب ١ غ د ش ٱ ش ب ا خ ٱ ش ب ا Maksudnya: Orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di akhirat kelak) melainkan sepertimana bangkitnya orang yang kerasukan syaitan. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka berkata, bahawasanya jual beli itu sama dengan riba, dan Allah telah menghalalkan jual beli serta mengharamkan riba. (al-baqarah: 275) Jumhur fuqaha dan ulama Usul berpandangan larangan seumpama ini membatalkan akad atau perlakuan dan tidak terlaksana segala kesan syarak daripada akad tersebut. Mereka berhujah menyatakan bahawa tuntutan syarak dalam suruhan-suruhan dan larangan-larangan yang disertakan dengan sifat atau ciri khas yang memberikan bukti yang nyata bahawa ketika syarak menuntut perbuatan tersebut, ia mesti bebas daripada sifat atau ciri yang dilarang berkenaan. Jika perbuatan tersebut dilaksanakan bersama sifat atau ciri yang dilarang, maka perbuatan tersebut tidak diterima.oleh itu, kesan yang terbentuk daripada perbuatan tersebut juga terbatal kerana ianyatidak disyariatkan. Namun ulama mazhab Hanafi berpandangan bahawa, hanya sifat dan ciri yang dilarang itu sahaja yang fasad (فغبد) iaitu rosak, tetapi asal perbuatan tersebut kekal diterima dan terlaksana sebahagian kesan hasil daripada perbuatan tersebut. Mereka menyatakan, larangan syarak daripada sifat dan ciri tertentu dalam perbuatan yang asalnya disyariatkan menunjukkan kekalnya asal pensyariatan perbuatan tersebut dan tidak sama dengan larangan ke atas sesuatu perbuatan disebabkan oleh realiti perbuatan itu sendiri. Maka, dalam larangan berpuasa pada hari raya menurut mereka, tidak bermaksud larangan berpuasa itu sendiri, kerana ianya adalah mustahil menurut urf (ػشف) syarak dan kaedahnya, kerana hakikat puasa itu sendiri adalah satu ibadah yang mempunyai kesan iaitu diberikan pahala jika dilaksanakan (al-soleh, 2008, jil. 2: 326-328) Keempat: Larangan mutlak yang tidak disertakan sifat atau ciri tertentu sebab ianya dilarang dan ulama terbahagi kepada tiga golongan dalam menyatakan pandangan dalam persoalan ini. Golongan Pertama: Jumhur ulama Usul dari kalangan Malikiyyah, Syafi iyyah dan Hanabilah yang berpandangan bahawa jika larangan mutlak tersebut melibatkan perbuatanperbuatan, maka ianya bermaksud terbatalnya perbuatan tersebut serta tidak mendatangkan kesansyarak. Ini kerana larangan itu sendiri membawa maksud realiti dan hakikat perbuatan tersebut mempunyai keburukan. Mereka berhujah dengan beberapa dalil, antaranya: 1) Riwayat hadith daripada Aisyah,سض هللا ػ ب bahawa Nabi ص هللا ػ ١ ع telah bersabda: ا بخبس ) أدذث ف أ ش ب زا ب ١ ظ ف ١ ف سد (س ا yang bermaksud: Barangsiapa yang melakukan sesuatu yang baru yang tidak ada asal syarak padanya, maka ia ditolak (al-bukhari, Kitabal-Sulh, Hadithno: 2697, jil. 3: 183). Maksudnya: Sesuatu perbuatan yang dilarang syarak adalah merupakan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Nabi,ص هللا ػ ١ ع maka ianya wajib ditolak berdasarkan dalil ini. Penolakan tersebut hanya boleh berlaku dengan hukum batal (ا بطال ) dan tidak terlaksana kesansyarak daripada perbuatan itu. ال تمب صالة بغ ١ ش ط س,ص هللا ػ ١ ع 2) Hadith yang diriwayatkan daripada Nabi al- yang bermaksud, tidak diterima solat tanpa bersuci (Muslim, Kitab,( غ ),(س ا ا تش ز ) ال ىبح إال ب hadith, Taharah, Hadith no: 224, Jil. 1: 204) dan yang bermaksud, tiada nikah tanpa wali (al-tirmizi, Kitab al-nikah, Hadith no: 1101, Jil. 3: 399), serta hadith-hadith lain seumpamanya. Maksudnya: Tidak mungkin RasululLah ص هللا ػ ١ ع maksudkan dengan penafian tersebut, penafian hakikat perbuatan itu, tetapi penafian pensyariatan hukumnya iaitu.(بط ) batal 3) Ijma sahabat سض هللا ػ dalam fasad dan batal sesuatu akad dan perbuatan dengan sekadar terdapat larangannyasecara umum. Sebagai contoh hujah Saidina Umar ketikaسض هللا ػ menyatakan pandangan pengharaman menikahi

122 Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) perempuan-perempuan musyrik yang berdalilkan firman Allah ta ala dalam ayat 221, surah al-baqarah: ال ت ى ذ ا ٱ ش ش و ت د ت ٠ ؤ أل لت ؤ ت خ ١ لش ش ش و ت أ ػ ج ب ت ى ال ت ى ذ ا ٱ ش ش و ١ د ت ٠ ؤ ا ؼ ب لذ ؤ خ ١ لش ش ش ن أ ػ ج ب ى أ ئ ه ٠ ذ ػ إ ٱ بس ٱ لل ٠ ذ ػ ا إ ٱ ج ت ٱ غ ف ش ة ب ئ ر ۦ ٠ ب ١ ء ا ٠ ت ۦ بط ؼ ٠ ت ز وش Maksudnya: Jangan kamu (lelaki muslim) menikahi perempuan-perempuan musyrik sehinggalah mereka beriman. Seorang hamba perempuan yang beriman lebih baik daripada seorang perempuan musyrik walaupun dia kamu kagumi. Jangan pula kamu (perempuan muslim) menikahi lelaki-lelaki musyrik sehinggalah mereka beriman. Seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebihbaik daripada seorang lelaki musyrik walaupun dia kamu kagumi.mereka itu mengajak kamu ke neraka dan Allah mengajak kamu ke syurga serta keampunan dengan izinnya, juga bertujuan menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia, mudah-mudahan mereka beringat. (al-baqarah: 221) Para sahabat tidak membantah fatwa dan pandangan Umar yang melarang pernikahan berkenaan, maka ianya adalah ijmak sahabat dalam menerima pandangan beliau. Begitu juga dalam terbatalnya akad muamalat yang berunsurkan riba bersandarkan sabda Nabi SAW: ال تب ١ ؼ ا ا ز ب بب ز ب ال ا سق بب سق إال ص ب ب ص خال ب خ ع اء بغ اء (Riwayat Muslim, Kitabal-Musaqah, No. hadith: 1584, Jil. 3: 1209) Dalam kedua-dua permasalahan ini dalil larangan berbentuk mutlak tanpa menyatakan sifat atau ciri tertentu. 4) Mengqiyaskan larangan (ا ) dengan suruhan,(األ ش) iaitusebab dan tujuan sesuatu suruhan (األ ش) adalah kerana sesuatu itu baik realitinya, begitu juga dengan larangan (ا ) syarak yang sepatutnya mempunyaikeburukan dalam realiti larangan tersebut. Oleh itu, jika suruhan yang berdalilkan dalil yang mutlak, iaitu tanpa disertakan sifat atau ciri tertentu yang menjadi sebab suruhan tersebut disyariatkan, menunjukkan bahawa ianya adalah perlakuan dan perbuatan yang baik.maka secara qiyasnya, larangan yang berdalilkan dalil mutlak juga bermaksud ianya adalah sesuatu yang tidak disyariatkan, iaitu jika dilakukan secara sendirinya ianya adalah terbatal. 5) Sesungguhnya tujuan syarak melarang sesuatu kerana mengelakkan sesuatu keburukan yang terdapat padanya. Oleh itu syarak tidak menegah sesuatu yang mempunyai maslahah, maka tidak tertunainya hikmah larangan tersebut melainkan dihukumkan ia sebagai batal.(بطال ) (Hirzillah, 2005: 51-52) ` Golongan Kedua: Jumhur ulama mazhab Hanafi dan al-qafal al-shashiy al-syafi e yang berpendapat bahawa sesuatu larangan (ا ) jika dalilnya secara mutlak dan jika ianya melibatkan perbuatan tertentu, maka keburukan sebenarnya bukan dalam hakikat perbuatan tersebut, tetapi sifat dan ciri luaran tertentu.namun ianya bersifat mengikat perbuatan yang dilarang.oleh itu, perbuatan yang dilarang tersebut asalnya adalah sesuatu yang disyariatkan sebelum datangnya larangan. Jadi, mereka mengakui terdapatnya keburukan tetapi bukan pada perbuatan yang dilarang tersebut tetapi disebabkan sesuatu sifat atau ciri lain yang berkaitan dengan perbuatan itu. Menurut mereka apabila terdapat dalil secara mutlak dalam melarang sesuatu perbuatan, maka ia mempunyai dua kemungkinan; pertama: kerana perbuatan itu sendiri mempunyai keburukan, kedua: kerana ia membawa keburukan sampingan tetapi keburukan

Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) 123 tersebut berkait rapat dengan perbuatan yang dilarang. Mereka menolak kemungkinan pertama kerana ianyamembawa kepada batalnya asal pensyariatan perbuatan itu sendiri. Mereka berhujah dengan mengatakan bahawa, maksud fasad (ا فغبد) ialah bercanggahnya hukum dengan perbuatan-perbuatan yang disyariatkan dan terkeluarnya perbuatan-perbuatan yang dilarang daripada menjadi penyebab kepada hukum.oleh itu, fasad dalam erti kata begini, tidak membawa maksud larangan berkenaan berkaitan dengan perbuatan yang dilarang, kerana larangan daripada sesuatu perbuatan, tidaklah bertentangan dengan pensyariatannya dalam tafsiran sedemikian. Jika Syari (ا شبسع) menyatakan: Aku melarangmu daripada menjatuhkan talak ketika haid kerana haid itu sendiri, tetapi jika kamu lakukannya isterimu sah ditalakkan, maka tidak bersifat menghalang dan tidak bertentangan. Berbeza jika dinyatakan: aku haramkan ke atasmu talak dan aku perintahkanmu melakukannya serta aku haruskannya untukmu, maka ia bertentangan dan tidak logik kerana pengharaman bertentangan dengan kewajipan, tetapi ianya tidak bertentangan dari sudut ia boleh dinisbahkan kepada tanda pemilikan, halal dan hukum-hukum yang lain. (HirzilLah, 2005: 61-62; al-soleh,2008,jil. 2: 317-318) Kesimpulan Berdasarkan perbincangan di atas, kita dapati bahawa golongan Fuqaha dan Usuliyyun berbeza pandangan dalam memahami maksud sah dalam perkara-perkara ibadah.tidak dapat dinafikan bahawa sah atau tidak perbuatan-perbuatan seseorang manusia mesti berdasarkan dalil-dalil dan nas-nas syarak. Namun dalam beberapa perkara ulama berbeza pandangan dalam berhujah menggunakan dalil-dalil dan nas-nas tersebut pada perkara-perkara ibadah dan muamalat. Jumhur Usuliyyun dan ulama mazhab Hanafi telah berbeza pandangan dalam menetapkan pengertian dan definisi fasad (ا فغبد) dan perbezaan ini melibatkan perkaraperkara muamalat. Hukum sama ada sesuatu itu batal (ا بطال ) atau fasad (ا فغبد) bergantung kepada bentuk dalil dan nas dan ulama telah berselisih pandangan dalam menentukan sama ada perbuatan-perbuatan yang dilarang itu bersifat batal (ا بطال ) atau fasad (ا فغبد) dalam bab muamalat. Bagi al-hanafiyyah, jika ia melibatkan hakikat dan realiti perbuatan tersebut, maka ia adalah batal,(بطال ) namun jika ia berkaitan dengan sifat dan faktor luaran, maka ia adalah (ا فغبد) dan fasad (ا بطال ) Manakala Jumhur pula berpandangan bahawa batal.(فغبد) fasad adalah sama. Rujukan Abu Zahrah, Muhammad (t.t). Usul Fiqh. Beirut: Dar al-fikr al- Arabiy. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2002). Al-Jami al-musnid al-sahih Mukhtasar. Tahqiq: Muhammad Zahir bin Nasir al-nasir. Jil. 3. Damsyik: Dar Tawq al-najah. Al-Durainiy, Fathi (2008). Al-Manahij al-usuliyyah fi al-ijtihad bi al-ra yi.cet. 2. Damsyik: Muassasah al-risalah Nashirun. Al-Jurjani, Ali bin Muhammad (1989). Al-Ta rifat. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. HirzilLah, Abdul Qadir (2005). Al-Ta lil al-maqasidiy li Ahkam al-fasad wa al-butlan fi al-tasarrufat al-mashru ah wa Atharihi al-fiqhiy. Beirut: Maktabat al-rushd. Ibn Manzur, Muhammad bin Mukram bin Ali (1995). Lisan al- Arab.Jil. 11. Beirut: Dar Sadir. Muslim bin al-hajjaj (t.th).al-musnid al-sahih al-mukhtasar bi naqli al- Adl an al- Adl ila Rasulillah Tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi. Jil.1, 2 & 3.Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabiy. Al-Namlah, Abdul Karim bin Ali bin Muhammad (1999).Al-Muhazzab fi Ilmi Usul al-fiqh al- Muqaran.Jil. 1. Riyad: Maktabat al-rushd. Al-Raziy, Abu Husin Ahmad bin Faris (1979). Mu jam maqayis al-lughah. Tahqiq Abdul Salam Muhammad Harun. Jil. 3. Beirut: Dar al-fikr. Al-Sa adiy, Abdul Malik bin Abdul Rahman (2011). Al-Manahij al-usuliyyah fi al-ijtihad bi al-ra yi fi al-tashri al-islamiy. Amman: Dar al-nur al-mubin li al-dirasat wa al-nashr.

124 Jurnal Perspektif: Special Issue 1 (2017),(116-124) Al-Shatibiy, Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-lakhmiy (1997).Al-Muwafaqat fi Usul al- Syariah.Jil. 1. Dar Ibn Affan. Al-Shaukaniy, Muhammad bin Ali (2011). Irshad al-fuhul ila Tahqiq al-haq min Ilm al-usul. Cet. 4. Damsyik: Dar Ibn Katsir. Al-Soleh, Muhammad Adib (2008). Tafsir al-nusus fi al-fiqh al-islamiy.cet.5.jil. 2. Beirut: al-maktab al-islamiy. Al-Tahanawi, Muhammad bin Ali ibn al-qadhiy (1996). Kasyaf istilahat al-funun wa al- Ulum. Tahqiq Dr. Ali Dahruj. Beirut: Maktabat Lubnan Nashirun. Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa (t.t).sunan al-tirmizi.jil.3. Beirut: Dar Ihya al-turath. Zaidan, Abdul Karim (1976).Usul Fiqh.Baghdad: Muassasah Qurtubah. Al-Zarkashiy, Muhammad bin Bahadir bin Abdullah Badaruddin (2007).Al-Bahr al-muhit fi Usul al- Fiqh.Jil. 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Al-Zarqa, Mustafa Ahmad (2004).Al-Madkhal al-fiqhiy al- Amm.Jil. 2. Damsyik: Dar al-qalam. Al-Zuhailiy, Wahbah (2008).Al-Fiqh al-islamiy wa Adillatuhu. Jil. 1. Cet. 12. Damsyik: Dar al-fikr. 1 Dawabit (ض ابظ) adalah kata jamak kepada kalimah dhabitah (ضببطت) yang bermaksud hukum yang menyeluruh yang merangkumi pelbagai juzuk permasalahan daripada satu bab yang sama. Rujuk Al- Tahanawi, Muhammad bin Ali ibn al-qadhi, Kasyaf istilahat al-funun wa al- Ulum, juzuk 2, hlmn 1110. 2 Di dalam pengajian Ilmu Usul Fiqh, golongan ulama Usul terbahagi kepada dua, iaitu golongan fuqaha dan golongan mutakkalimun. Golongan fuqaha adalah dari kalangan ulama mazhab Hanafi yang membentuk kaedah Ilmu Usul berasaskan kepada furu dan cabang ilmu fiqh, iaitu membina kaedah Usul berdasarkan pendapat dan pandangan yang telah ada dalam permasalahan fiqh. Ini bermakna kaedah tersebut terikat dengan pandangan para imam mazhab Hanafi.Manakala golongan mutakallimun pula ialah golongan ulama yang membina kaedah Ilmu Usul tanpa terikat dengan mazhab mereka.mereka membina kaedah secara teori terbaik walaupun bertentangan dengan pandangan ulama mazhab.mereka ini adalah golongan ulama mazhab Syafie. Rujuk Abu Zahrah, Muhammad, Usul Fiqh, halaman 18-21. 3 Telah diterangkan dalam nota no. 2. 4 Zan ialah mengetahui sesuatu secara hampir pasti dan yakin dan di dalam perkara-perkara fiqh ia diterima di samping keyakinan penuh dalam satu-satu persoalan hukum. Sebagai contoh, apabila seseorang secara zan merasai yang beliau tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk, maka secara hukum fiqhnya wuduk beliau tidak batal. 5 Fi lu al-nahyi ا ) (فؼ adalah satu kaedah dalam tatabahasa Arab yang membawa maksud kata perbuatan yang melarang sepenuhnya sesuatu perlakuan.iamerupakankan salah satu kaedah penting dalam penentuan hukum haram atau makruh. Rujuk Abdul Karim Zaidan (1976), Usul Fiqh, Muassasah Qurtubah, Baghdad, hlmn 301.