UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Similar documents
SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

1PEKELILING PERBENDAHARAAN SOALAN LAZIM.

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P002 PROSEDUR PENGURUSAN BAHAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Peraturan Kewangan dan Perakaunan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-AST/P012. PROSEDUR PENGURUSAN ASET Tarikh: 22/08/2011

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAPUR LATIHAN GRED C17 FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PELANCONGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Veterinar (Fakulti Farmasi) yang dilantik terus;

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

Polisi ipad Pensyarah

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

ISI KANDUNGAN. iv v vi ix x

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-AST/P012. PROSEDUR PENGURUSAN ASET Tarikh: 18/08/2016

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

PEJABAT NAIB CANSELOR. Prosedur ini menerangkan tatacara pengurusan Mesyuarat JKKP-UPM dan JKKP-PTJ.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-AKN/P006. PROSEDUR PENGURUSAN PERAKAUNAN Tarikh: 05/06/2015

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-AST/P012. PROSEDUR PENGURUSAN ASET Tarikh: 05/06/2015

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (PTK1) BAGI JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

LAWS OF BRUNEI CHAPTER 183 HALAL MEAT

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Dasar Keselamatan ICT

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI FEBRUARI 2018 SKOP UTAMA PEJABAT TIMBALAN NAIB CONSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) FEB BILANGAN PERATUS

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, TINDAKAN PENCEGAHAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN myportfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ll&tvli ffitrfij' s,k. Naib Canselor "BERKHIDMAT &r{e nx>ranr}ttrn Tarikh : 12 Julai2013

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD) Peneraju Proses: Pejabat Naib Canselor, (Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

PEKELILING ICT BIL. 1 TAHUN 2009 DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

KURSUS ASAS PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

RE ORDER ADVISE STOR FARMASI KLINIK KESIHATAN UBAT BUKAN UBAT VAKSIN REAGENT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Transcription:

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia YBhg. Dato /Prof/Tuan/Puan, GARIS PANDUAN PEROLEHAN BERKAITAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) DAN RANGKAIAN INTERNET DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada semua Pusat Tanggungjawap (PTJ) berkenaan Garis Panduan Perolehan Berkaitan Information And Communication Technology (ICT) Dan Rangkaian Internet di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia seperti berikut :- (i) (ii) (iii) Perisian komputer, lesen pengguna termasuk naik taraf, pembaharuan lesen daripada pemilik atau pembekal tunggal/agen tunggal yang dilantik secara sah oleh pemilik perisian berkenaan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia; Langganan pangkalan data, jurnal dan maklumat secara atas talian termasuk pelanjutan tempoh langganan daripada pemilik atau pembekal tunggal/agen tunggal yang dilantik secara sah oleh pemilik berkenaan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan; dan Pelanjutan kontrak penyelenggaraan dan menaik taraf perkhidmatan rangkaian ICT dan perkhidmatan Internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada. 2.0 LATARBELAKANG 2.1 Pada masa ini, semua tatacara perolehan yang berkaitan dengan perolehan ICT adalah tertakluk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 5/2009, Pekeliling serta Surat Pekeliling Bendahari dan Perbendaharaan lain yang sedang berkuatkuasa. 2.2 Selaras dengan perkembangan teknologi dan penambahbaikan system penyampaian perkhidmatan awam, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengkaji dan mengemaskini perolehan berkaitan ICT sepertimana yang terkandung dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2011 1

Berkenaan Perolehan Berkaitan Information And Communication Technology (ICT) Dan Rangkaian Internet. 2.3 Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Lembaga pengarah Universiti Bil. 4/2011 yang telah bersidang pada 13 Disember 2011 telah meluluskan Garis Panduan Perolehan Berkaitan Information And Communication Technology (ICT) Dan Rangkaian Internet di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 3.0 PEROLEHAN PERISIAN KOMPUTER ATAU LESEN PENGGUNA 3.1 Semua PTJ adalah dibenarkan untuk membuat perolehan perisian komputer atau lesen pengguna bagi perisian khusus atau perisian umum secara rundingan terus berdasarkan kepada takrifan, had nilai, kuasa melulus dan syarat-syarat seperti berikut : 3.1.1 Takrifan (a) Perisian Khusus : Perisian yang mempunyai fungsi khusus melibatkan penggunaan spesifik seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), perubatan, kejuruteraan, keselamatan strategik, meteorologi dan lain-lain. (b) Perisian Umum : Perisian yang mempunyai fungsi umum yang diguna sama oleh kebanyakan PTJ. 3.1.2 Had Nilai Dan Kuasa Melulus (a) Perisian Khusus Had Nilai Kuasa Melulus Sehingga RM50 ribu Naib Canselor Melebihi RM50 ribu sehingga RM200 ribu Jawatankuasa Sebut Harga B Melebihi RM200 ribu sehingga RM500 ribu Jawatankuasa Sebut Harga A Melebihi RM500 ribu sehingga RM20 juta Lembaga Perolehan B 2

Melebihi RM20 juta sehingga RM50 juta Lembaga Perolehan A Melebihi RM50 juta Kementerian Kewangan Malaysia (b) Perisian Umum Had Nilai Sehingga RM50 ribu Naib Canselor Kuasa Melulus Melebihi RM50 ribu sehingga RM200 ribu Melebihi RM200 ribu sehingga RM500 ribu Jawatankuasa Sebut Harga B Jawatankuasa Sebut Harga A Melebihi RM500 ribu sehingga RM1 juta Lembaga Perolehan B Melebihi RM1 juta Kementerian Kewangan Malaysia 3.1.3 Syarat-syarat : (a) (b) (c) Peruntukan kewangan telah diluluskan dan mencukupi; Perisian berkenaan boleh diperoleh daripada pemilik perisian atau pembekal tunggal/agen tunggal sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan; Pembekal tunggal/agen tunggal hendaklah mempunyai surat lantikan yang sah daripada pemilik perisian berkenaan; (d) Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah dan menguntungkan Kerajaan selaras dengan peraturan semasa; (e) (f) Perolehan hanya untuk perisian komputer sahaja dan tidak termasuk perkakasan; dan PTJ perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal PTJ atau Jawatankuasa Teknikal Universiti selaras dengan peraturan yang sedang berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Universiti. 3

3.1.4 Bagi perolehan perisian khusus dan umum yang bernilai sehingga RM50,000.00, ianya perlu mendapat ulasan dan sokongan dari Bendahari sebelum dikemukakan kepada Naib Canselor untuk kelulusan. Carta alir dan format kertas kerja untuk perolehan bernilai sehingga RM50,000.00 ini adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B. 3.2 Had nilai, kuasa melulus dan syarat-syarat di Perenggan 3.1 di atas adalah juga terpakai untuk perolehan yang melibatkan naik taraf perisian komputer atau pembaharuan lesen. 4.0 PEROLEHAN PANGKALAN DATA, JURNAL DAN MAKLUMAT SECARA ATAS TALIAN 4.1 Semua PTJ adalah dibenarkan membuat perolehan pangkalan data, jurnal dan maklumat secara atas talian tertakluk kepada had nilai, kuasa melulus dan syarat-syarat seperti berikut : 4.1.1 Had Nilai Dan Kuasa Melulus Had Nilai Kuasa Melulus Sehingga RM50 ribu Naib Canselor Melebihi RM50 ribu sehingga RM200 ribu Jawatankuasa Sebut Harga B Melebihi RM200 ribu sehingga RM500 ribu Jawatankuasa Sebut Harga A Melebihi RM500 ribu sehingga RM20 juta Lembaga Perolehan B Melebihi RM20 juta sehingga RM50 juta Lembaga Perolehan A Melebihi RM50 juta Kementerian Kewangan Malaysia 4

4.1.2 Syarat-syarat a. Peruntukan kewangan telah diluluskan dan adalah mencukupi; b. Perolehan dibuat daripada mana-mana pemilik atau pembekal tunggal/agen tunggal sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan; c. Pembekal tunggal/agen tunggal hendaklah mempunyai surat lantikan yang sah daripada pemilik pangkalan data, jurnal dan maklumat berkenaan; d. Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah dan menguntungkan Kerajaan selaras dengan peraturan semasa; dan e. PTJ perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal PTJ atau Jawatankuasa Teknikal Universiti selaras dengan peraturan yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan oleh Universiti. 4.1.3 Bagi perolehan yang bernilai sehingga RM50,000.00, ianya perlu mendapat ulasan dan sokongan dari Bendahari sebelum dikemukakan kepada Naib Canselor untuk kelulusan. Carta alir dan format kertas kerja untuk perolehan bernilai sehingga RM50,000.00 ini adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B. 4.2 Had nilai, kuasa melulus dan syarat-syarat di Perenggan 4.1 di atas adalah juga terpakai untuk perolehan yang melibatkan pelanjutan tempoh langganan pangkalan data, jurnal dan maklumat atas talian. 5.0 PELANJUTAN KONTRAK PENYELENGGARAAN DAN MENAIK TARAF BAGI PERKHIDMATAN RANGKAIAN ICT DAN PERKHIDMATAN INTERNET DI UTHM 5.1 PTJ adalah dibenarkan melanjutkan kontrak penyelenggaraan dan menaik taraf bagi perkhidmatan rangkaian ICT dan perkhidmatan Internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada tertakluk kepada had nilai, kuasa melulus dan syaratsyarat seperti berikut : 5.1.1 Had Nilai Dan Kuasa Melulus Had Nilai Kuasa Melulus Sehingga RM200 ribu Naib Canselor Melebihi RM200 ribu sehingga RM500 ribu Jawatankuasa Sebut Harga A 5

Melebihi RM500 ribu sehingga RM20 juta Melebihi RM20 juta sehingga RM50 juta Lembaga Perolehan B Lembaga Perolehan A Melebihi RM50 juta Kementerian Kewangan Malaysia 5.1.2 Syarat-syarat (a) (b) (c) Kontrak semasa masih berkuat kuasa semasa perolehan dibuat; PTJ perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal PTJ atau Jawatankuasa Teknikal Universiti selaras dengan peraturan berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Universiti; Pembekal hendaklah mempunyai lesen yang sah daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan; dan (d) Harga hendaklah dirundingkan ke paras terendah yang menguntungkan Kerajaan selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa. (e) Tempoh kontrak yang munasabah dan hendaklah mengambil kira pelaksanaan 1GovNet yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan Universiti. 5.1.3 Bagi perolehan yang bernilai sehingga RM200,000.00, ianya perlu mendapat ulasan dan sokongan dari Bendahari sebelum dikemukakan kepada Naib Canselor untuk kelulusan. Carta alir dan format kertas kerja untuk perolehan bernilai sehingga RM200,000.00 ini adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B. 5.2 Had nilai, kuasa melulus dan syarat-syarat di Perenggan 5.1 di atas ini tidak terpakai untuk perolehan baru atau peluasan skop perkhidmatan rangkaian ICT dan perkhidmatan Internet. Walau bagaimanapun, PTJ hendaklah mendapatkan kelulusan sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling dan Surat Pekeliling Bendahari serta Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. 6

6.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUS BAHAGIAN Semua Pengurus Bahagian adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap perolehan perisian komputer, langganan pangkalan data, jurnal dan maklumat secara atas talian serta pelanjutan kontrak penyelenggaraan dan menaik taraf bagi perkhidmatan rangkaian ICT dan perkhidmatan Internet adalah berdasarkan keperluan Universiti. Pemantauan rapi hendaklah dibuat bagi memastikan syarat-syarat di atas dipatuhi sepenuhnya. Pengurus Bahagian juga hendaklah memastikan setiap perolehan digunakan secara optimum dengan dikongsi oleh seberapa ramai pengguna terutamanya bagi langganan perisian, jurnal dan maklumat atas talian. 7.0 KUATKUASA PEKELILING Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. 8.0 PEMBATALAN Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, perkara-perkara di para 3.3 dan 3.4 dalam Bab E, Pekeliling Bendahari Bil. 5/2009 adalah dibatalkan. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato /Prof./Tuan/Puan adalah diharapkan agar dapat memanjangkannya kepada staf di bahagian masing-masing. Sekian, terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar, ABU BAKAR BIN HUSSAIN Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : Samb: 7050 s.k - YBhg. Naib Canselor - YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) - - YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Ketua Unit Audit Dalam 7

LAMPIRAN A CARTA ALIR PEROLEHAN BERKAITAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) DAN RANGKAIAN INTERNET DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SECARA RUNDINGAN TERUS YANG DILULUSKAN OLEH NAIB CANSELOR Kembalikan dokumen kepada pemohon Tidak Lulus Mula Pemohon perlu menyediakan Kertas Kerja Rundingan Terus dan melengkapkan borang permohonan pembelian (BEN/UP/001A) Kelulusan Jawatankuasa Teknikal PTJ Tidak Disokong Lulus Ulasan dan sokongan Bendahari Tidak Lulus Disokong Kelulusan Naib Canselor Lulus Dokumen dikembalikan ke Pejabat Bendahari bagi penyediaan Purchase Requisition (PR) oleh PTJ @ Pej. Bendahari Pesanan Tempatan dikeluarkan oleh Pejabat Bendahari Selesai 8

LAMPIRAN B FORMAT KERTAS KERJA TAJUK PEROLEHAN 1.0 Pendahuluan 2.0 Latarbelakang 3.0 Objektif dan Tujuan Perolehan 4.0 Justifikasi Keperluan Perolehan 5.0 Implikasi Kewangan / Anggaran Kos 6.0 Cadangan / Pembekal Yang Disyorkan 7.0 Implikasi Sekiranya Cadangan Tidak Diluluskan 8.0 Penutup Disediakan oleh :- ( Pemohon) Disemak oleh :-... (Ketua Jabatan) 9

Disahkan dan Ulasan oleh :-.. (Pengurus Bahagian) Disokong dan Ulasan oleh :-.. (Bendahari, UTHM) Diluluskan / Tidak Diluluskan :.. (Naib Canselor,UTHM ) 10