ISU DAN PERMASALAHAN MUALAF (CINA) DI MALAYSIA

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Malay Culture in Chinese Muslim Newly Convert (Muallaf) Perspective: Selangor Case Study

Dakwah Kepada Saudara Baru di Kelantan (Preaching About Islam to the Reverts in Kelantan)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL UKHUWAH, JOHOR BAHRU CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

TRANSFORMASI HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA DARI SUDUT EMOSI SELEPAS MEMELUK ISLAM DI JOHOR

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN MUALAF: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

Pengurusan Agihan Zakat Asnaf Mu allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

SUMBANGAN ORGANISASI CINA-MUSLIM DALAM KEHARMONIAN BERAGAMA DI MALAYSIA: TINJAUAN TERHADAP PERANAN DAN CABARAN PERKIM DAN MACMA

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

ISLĀMMIYYĀT 36(1) 2014: Dakwah PERKIM kepada Etnik Cina di Malaysia

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Transcription:

1095 ISU DAN PERMASALAHAN MUALAF (CINA) DI MALAYSIA SYARUL AZMAN BIN SHAHARUDDIN MARIAM BINTI ABDUL MAJID MUHAMMAD YUSUF MARLON BIN ABDULLAH FAKHRI BIN SUNGIT ZULKIFLI BIN ABD. HAMID HANIS NAJWA BT SHAHARUDDIN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan beberapa isu dan permasalahan mualaf dalam kalangan kaum Cina di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti isu dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan mualaf Cina dan dalam proses usaha membantu dan menanganinya. Proses ini memerlukan suatu usaha menyusun perancangan serta pendekatan berstrategi untuk membantu golongan mualaf ini agar matlamat untuk menjinakkan hati mereka untuk kuat berpegang dengan akidah Islam dapat dicapai. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif iaitu kajian kepustakaan berkaitan isu-isu dan permasalahan mengenai mualaf Cina. Data kajian ini dikemukakan hasil perkongsian kajian-kajian yang telah dilakukan serta isu dan permasalahan mualaf yang berlaku kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab semua pihak sebagai saudara seislam untuk mengatur usaha menerusi pendekatan berstrategi dengan mengambil kira permasalahan dan elemen yang mendominasi diri golongan mualaf ini. Kata Kunci: Isu dan Permasalahan, Mualaf Cina, Malaysia PENGENALAN Istilah mualaf adalah sinonim dengan panggilan saudara kita, saudara baru atau saudara muslim di kalangan masyarakat di Malaysia (Mujaini Tarimin et al., 2010). Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, saudara baru Cina, saudara baru India atau lain-lain masyarakat dirujuk dan diistilahkan sebagai ' mualaf ' oleh masyarakat Islam amnya dan masyarakat Melayu khasnya (Anuar Puteh, 1999). Mualaf atau saudara baru diertikan sebagai orang-orang yang dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap Islam atau supaya tertarik untuk memeluk Islam (Amran Kasimin, 1985). Daripada pengertian di atas dapat disimpulkan mualaf, saudara baru dan saudara kita adalah golongan yang sama. Mereka telah yang dijinakkan hati untuk menerima Islam dan telah melafazkan dua kalimah syahadah sebagai pembuktian pengislaman. Terdapat beberapa kajian telah dilakukan berkaitan golongan mualaf antaranya bertajuk Saudara Baru di Wilayah dan Selangor (Amran Kasimin,1995), Mengapa Kami Memeluk Islam (Nawi Jusoh, 2001), Faktor Kecenderungan Saudara Kita Memeluk Islam: Satu Kajian Di Darul Ukhuwah, Tampoi, Johor (Taqiyah Abdul Hadi, 2004), Saudara Baru 1181

Tentang Penerimaan Masyarakat Islam Terhadap Mereka: Kajian Kes Di Darul Ukhuwah Johor Bahru (Fa`izah binti Paijalah, 2004), Muslim Converts In Malaysia: The Problem Of Cultural Adjustment, (Osman Chuah Abdullah @ Chuah Hock Leng & Abdul Salam Muhamad Shukri, 2008). Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim (Nur A`thiroh Masyaa`il binti Abdullah @ Tan Ai Pao & Fariza Md Sham,2009). Khidmat Nasihat Dalam Menangani Masalah Saudara Baru (Anuar Puteh., 2006). Terdapat juga kajian luar negara berkaitan mualaf yang pernah dilakukan antaranya Religious Conversion:The Personal Experience Of The Muslim Converts (Rafic Ali Al-Banawi,1994), Conversion to Islam in the United States: A Case Study in Denver, Colorado. (Patrick D. Bowen, 2009) dan The Increasing Conversion to Islam since 9/11: A Study of White American Muslim Converts In Northwest Ohio (Khaled Esseissah, 2011). Antara kajian khusus berkaitan golongan mualaf Cina adalah kajian bertajuk Nilai, Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap Masyarakat Dan Agama Islam (Iran Herman, 1998), Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim: Kajian Tentang Persepsi dan Keberkesanannya (Nur A thiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao, 2013) Interaction and Integration of Chinese Muslim Converts in Malaysia: A Historical Background (Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit, Anuar Puteh, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Abdul Ghafar Don, 2011) Social and Religious Integration of Chinese Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical Study (Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et. al., 2010), Penerimaan Islam Oleh Masyarakat Cina: Satu Kajian Kes Di Kampung Tirok, Kuala Terengganu, Terengganu (Azita Binti Abdullah,1999) Program Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur (Anuar Puteh, 1999) dan Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu di Negeri Selangor (Syarul Azman bin Shaharuddin, 2015). Terdapat juga kajian luar negara berkaitan mualaf Cina yang pernah dilakukan antaranya Migration and Assimilation of Rural Chinese in Trengganu dalam Malayan and Indonesia Studies. Ed. John Bastin and R. Roolvink. London: Oxford University Press (Gosling L.A.P., 1964). OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan isu dan permasalahan golongan mualaf Cina dalam usaha menyusun perancangan dan pendekatan berstrategi bagi membantu golongan 2181

mualaf ini agar matlamat untuk menjinakkan hati mereka untuk kuat berpegang dengan akidah Islam dapat dicapai. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dalam mengenal pasti isu isu dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan mualaf Cina. DAPATAN KAJIAN Terdapat beberapa sumbangan kertas ini. Pertama, kertas ini menyumbang kepada sumbangan keilmuan khususnya dalam bidang dakwah terhadap mualaf, Kedua meningkatkan usaha penerokaan terhadap aspek perancangan dan pendekatan berstrategi terhadap golongan mualaf Cina khususnya. Ketiga, dapatan ini berupaya melancarkan usaha dakwah agar lebih berpengaruh dengan strategi baru dalam mendekati golongan mualaf Cina di Malaysia. Topik perbincangan kertas difokuskan terhadap isu dan permasalahan yang dikategorikan berdasarkan beberapa aspek iaitu: I. Perkauman di Malaysia. Masalah integrasi kebudayaan Islam di negara kita sukar berkembang pada umumnya jika kita melihat kepada masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik, ianya disebabkan munculnya isu-isu perkauman di negara kita yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Isu-isu perkauman dan pelbagai anggapan seolah-olah telah dapat mempengaruhi perasaan, pemikiran dan tindakan antara golongan. Maka masalah pencapaian integrasi nasional sentiasa mendapat perhatian utama dalam pembinaan sejak awal kemerdekaan hingga sekarang (Sanusi Osman, 1986:3-4). II. Isu : Pendidikan 3181

Masyarakat di Malaysia terperangkap dengan sifat c asabiyyah 1 kaum akibat dari polisi dan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British. Peraturan ini adalah tidak baik untuk integrasi kebudayaan memandangkan ia membahagikan kepada bangsa masing-masing seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya (Mahayudin Yahaya, 1998). Sejak kemerdekaan, pendidikan di peringkat Sekolah Rendah dan Kebangsaan diubah dan disatukan semua bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekolahsekolah yang berunsurkan etnik masih wujud di kalangan kaum. Cina dan India. Begitu juga pondok yang hanya menempatkan golongan Muslim sahaja Justeru itu, pengasingan etnik terhadap golongan individu masih lagi dirasai seperti Melayu untuk Melayu atau Cina untuk Cina (Shamsul Amri Baharuddin, 2007: 33). III. Bimbang melupakan keturunan Cina - Masuk Islam, Masuk Melayu Atas dasar inilah, kesan yang mendalam jika diri seseorang yang bukan-melayu memeluk Islam. Masyarakat bukan Islam menganggap golongan mualaf ini telah mengkhianati asalusul, keturunan, budaya, warisan dan agama nenek moyang mereka. Ibu bapa mereka merasa marah akibat dari perbuatan mereka masuk Melayu adalah sama seperti meninggalkan kehidupan silam mereka (Che Ku Shalihah Bt Che Ku Abdul Satar, 2004). Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit, Anuar Puteh, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Abdul Ghafar Don (2011), bertajuk Interaction and Integration of Chinese Muslim Converts in Malaysia: A Historical Background memberi penekanan mengenai integrasi sosial dan keagamaan di antara golongan mualaf di kalangan kaum Cina dan kaum Melayu khususnya di Kuala Lumpur. Fokus kajian ini ialah berkisar mengenai dilema yang dialami oleh kaum Cina apabila mereka memeluk Islam, termasuklah perubahan dari segi tingkah laku, pengamalan gaya hidup, kehidupan sosial dan sebagainya. Hasil dari kajian ini, didapati, masyarakat Cina Muslim mempunyai hubungan yang sangat kuat terhadap etnik mereka. IV. Isu Perubahan Identiti 1 Penjelasan mengenai isu ini terdapat dalam bab 2, isu integrasi pendidikan. 4181

Golongan mualaf juga terpaksa bersedia untuk menerima perubahan identiti seperti menukar nama dan tabiat lama mereka seperti makanan, permainan, perayaan dan sebagainya. Dari segi perkahwinan pula, golongan Muslim hanya boleh mengahwini Muslim sahaja dan ini merupakan ketetapan hukum yang terdapat dalam undang-undang kekeluargaan Islam (Yusuf al-qaradawi, 2005). Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang Muslim untuk berkahwin dengan golongan etnik mereka sendiri. Memang terdapat di Malaysia perkahwinan antara dua etnik namun jumlahnya amat sedikit. Kajian kes yang dibuat oleh Rafic Ali al-banawi (1994), iaitu Religious Conversion: The Personal Experience Of The Converts melihat pengalaman golongan mualaf setelah memeluk Islam. Seramai 14 orang informen telah ditemubual dan kajian difokuskan terhadap 2 dimensi umum iaitu berkaitan faktor golongan mualaf memeluk Islam dan keadaan selepas Islam meliputi hubungan antara pertukaran agama dan kesihatan mental, peranan efektif dalam pertukaran agama, tempoh memeluk Islam serta peranan pertukaran agama dalam membentuk personaliti dan sosial. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang mencetuskan dorongan dalam memeluk Islam dan pertukaran agama mempengaruhi personaliti dan sosial malahan seluruh aspek kehidupan mereka. V. Isu Kurang Kefahaman dan Penerimaan Terhadap Integrasi Budaya Masyarakat Melayu/Islam Kajian yang dibuat oleh Gosling L.A.P. (1964) bertajuk Migration and Assimilation of Rural Chinese in Trengganu dalam Malayan and Indonesia Studies. Ed. John Bastin and R. Roolvink. London: Oxford University Press. Dalam kajian ini menceritakan bahawa masyarakat Cina di Malaysia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu; Pertama- Masyarakat Cina yang mengasimilasikan diri mereka ke dalam sosio-budaya masyarakat Melayu, disamping mengekalkan agama dan ciri-ciri kepercayaan asal mereka. Mereka ini seperti orang-orang Cina Baba Melaka dan orang-orang Cina Baba di Kuala Terengganu. Kedua- Masyarakat Cina yang mempunyai persamaan agama dengan orang Melayu iaitu beragama Islam, tetapi masih mengekalkan sosio-budaya Cina seperti yang terdapat di kalangan orangorang Cina berketurunan Yunnan di Kuala Terengganu. 5181

Berdasarkan Syarul (2015), menyatakan bahawa tahap kefahaman para golongan mualaf Cina berada pada tahap sederhana iaitu min keseluruhan = 2.85. Manakala penerimaan golongan mualaf Cina juga berada pada tahap sederhana iaitu min keseluruhan = 2.75. Ini menunjukkan isu kefahaman dan penerimanaan golongan mualaf Cina masih berada pada tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi bagi membantu para mualaf Cina terhadap integrasi kebudayaan masyarakat Melayu/Islam. VI. Isu Kurang Erat Hubungan Mualaf Dengan Masyarakat Islam Kajian Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et. al. (2010), bertajuk Social and Religious Integration of Chinese Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical Study. Kajian ini memberi penekanan mengenai integrasi sosial dan keagamaan di antara golongan mualaf di kalangan kaum Cina dan kaum Melayu khususnya di Kuala Lumpur. Fokus kajian ini ialah berkisar mengenai dilema yang dialami oleh kaum Cina apabila mereka memeluk Islam, termasuklah perubahan dari segi tingkah laku, pengamalan gaya hidup, kehidupan sosial dan sebagainya. Hasil dari kajian ini, didapati bahawa masyarakat Cina yang memeluk Islam di Kuala Lumpur kurang berlaku integrasi sosial di kalangan masyarakat Melayu. VII. Isu Program Pendidikan Mualaf Kurang Bersistematik Mohamad Zaid Bin Mohd Zain (2004) pula dalam kajiannya bertajuk, Kesan Pengajaran dan Pendidikan Agama di Kalangan Saudara Baru: Kajian di PERKIM Negeri Sembilan mengatakan bahawa program pengajaran dan pendidikan agama di kalangan saudara baru yang dijalankan di PERKIM Bahagian Negeri Sembilan dan juga aktiviti pendidikan yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak saudara baru. Hasil kajian menunjukkan kesan pendidikan agama di kalangan saudara baru masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Perkara ini, pihak PERKIM perlu merancang program pendidikan yang lebih sistematik dan juga menyelaras modul pendidikan untuk saudara baru. VIII. Isu Kurang Usaha Mensosialisasikan Integrasi Mualaf Kajian Hasan Basri bin Syahidin (2006) berjudul Integrasi Sosial Masyarakat Majmuk: Suatu Kajian di Kota Medan. Kajian memfokuskan kepada tahap integrasi sosial di kalangan masyarakat majmuk di kota Medan. Tumpuan kajian kepada aspek bahasa, pemukiman, 6181

perkahwinan, interaksi dan toleransi antara kelompok yang ada di kota ini. Kota Medan tersebut merupakan tempat bertemu dan berkumpulnya pelabgai etnik. Oleh itu berlaku interaksi antara mereka yang dianggap berpotensi berlaku konflik, kecurigaan antara etnik, golongan dan agama disebabkan wujudnya pandangan yang sering tidak wajar terhadap golongan lain.kajian ini mendapati bahawa tahap integrasi sosial masyarakat di kota ini boleh dikatakan secara relatifnya bagus. Namun beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai penghalang wujudnya tahap integrasi sosial yang lebih baik. Dapatan kajian juga mendapati kurangnya peranan para tokoh masyarakat dan agama untuk mensosialisasikan integrasi terutama dibidang pemukiman. IX. Isu Kurang Tenaga Dai Yang Dapat Menguasai Kehidupan Kaum Cina Kajian oleh Anuar Puteh (1999) yang bertajuk: Program Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur. Dalam kajian ini penulis memfokuskan untuk meneliti programprogram yang dapat membantu menerapkan kefahaman Islam saudara baru Cina Kuala Lumpur. Kajian ini juga turut melihat beberapa masalah yang dihadapi oleh pertubuhanpertubuhan berkaitan saudara baru Cina di Kuala Lumpur serta mencadangkan beberapa saranan yang difikirkan sesuai bagi memantapkan usaha dakwah bagi golongan yang terbabit. Melalui kajian ini didapati beberapa buah pertubuhan seperti JAWI 2, PERKIM 3 dan MACMA 4 telah memainkan peranan penting dalam memberikan didikan dan bimbingan keagamaan kepada saudara baru Cina di Kuala Lumpur. Pelbagai program telah dilaksanakan meliputi program harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Kajian ini mendapati 2 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974. Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001 (http://www.jawi.gov.my/profil/sejarah-penubuhan 2012). 3 PERKIM ditubuhkan oleh al-marhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada tahun 1964. PERKIM ialah singkatan daripada nama penuh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Muslim Welfare Organisation Malaysia (http://www.perkimselangor.net/latar_belakang_perkim 2012). 4 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah ditubuhkan pada 8 September 1994 (No. Pendaftaran 1964/94). MACMA merupakan badan gabungan PERKIM dan mempunyai 3 orang wakil yang dilantik dalam Majlis Kebangsaan PERKIM. Saudara Johari Yap pernah dilantik oleh MACMA Malaysia sebagai Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM dari tahun 2005-2007. Selain itu, MACMA juga adalah badan gabungan RISEAP (Regional Islamic Da wah Council of South East Asia and Pasific) dan ahli kepada pertubuhan WAMY (World Assembly of Muslim Youth) berpengkalan di Riyad, Arab Saudi (http://macmakelantan.org 2012). 7181

bahawa program-program tersebut mampu memberikan kefahaman pada golongan sasaran. Hasil kajian mendapati beberapa masalah yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan berkaitan seperti masalah tenaga pendakwah, komunikasi, kewangan, sikap prejudis dan sebagainya dapat dikurangkan. X. Isu Ugutan, Hilang Sumber Kewangan Ekoran Dibuang Keluarga Dan Majikan Antara permasalahan lain yang dihadapi oleh para mualaf iaitu isu ugutan dan kewangan selepas dibuang keluarga selepas memeluk agama Islam. Satu petikan daripada Fuadah Johari et al, 2013 menyatakan : There are a lot of stimuli around them that they are not used to, being thrown out of family,society, friends as well as loss their job and loss their financialsources. Often, Mualaf might look uncomfortable because theyare not used to their surroundings. Thus, they need help and mentors from Muslims community to teach them, support them,and guide them through their new journey as a Muslim. Whenthey have someone that has warned them about these issues andis constantly helping them, teaching them, and answeringquestions, they feel supported and confident that they havesomeone to go back to. SARANAN DAN CADANGAN Terdapat beberapa saranan dan cadangan untuk isu dan permasalahan yag dihadapi oleh golongan mualaf Cina. Antaranya daripada Syarul, 2015: 1. Pihak pengurusan perlu bertanggungjawab menyusun program dakwah dalam setiap lapisan masyarakat. Ia akan memudahkan penyelarasan dan pemantauan serta penambahbaikan kualiti setiap program yang dilaksanakan. 2. Perlu memilih metodologi yang tepat dalam melaksanakan dakwah kepada masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa, budaya dan kaum. 3. Tidak dinafikan bahawa mempengaruhi seseorang individu untuk meninggalkan amalan dan budaya sendiri bukannya mudah oleh itu adalah disarankan agar usaha merangka dan 8181

melaksanakan strategi melalui kepelbagaian pendekatan dipergiatkan untuk menarik kepada golongan bukan Muslim kepada Islam. 4. Peranan yang perlu dimainkan oleh MAIS dalam memperkenalkan kebudayaan masyarakat Melayu kepada golongan mualaf di Selangor. Jelasnya, perlu diingat bahawa metod dan wasilah dakwah adalah pelbagai bukan hanya terhad kepada satu manhaj sahaja. Oleh itu, memperkenalkan budaya masyarakat Melayu yang jelas tidak bertentangan dengan Islam amatlah dialu-alukan. 5. Golongan mualaf perlu memainkan peranannya supaya memberi pemahaman dan menjelaskan kepada ahli keluarga yang belum Islam mengenai budaya masyarakat Melayu. RUJUKAN Amran Kasimin 1995, Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor, Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Puteh 1999 yang bertajuk: Program Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur. Anuar Puteh 2006, Khidmat Nasihat Dalam Menangani Masalah Saudara Baru, Da\wah Dan Kunseling di Malaysia, Bangi: UKM. Fa`izah binti Paijalah 2004, Persepsi Saudara Baru Tentang Penerimaan Masyarakat Islam Terhadap Mereka: Kajian Kes Di Darul Ukhuwah Johor Bahru, (Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia). Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Faisol Ibrahim & Ahmad Fahme Mohd Ali. 2013. Zakat Distribution and Programme for Sustaining Mualaf Belief and Thought. Jurnal Teknologi (Social Science), Gosling L.A.P. 1964. Migration and Assimilation of Rural Chinese in Trengganu dalam Malayan and Indonesia Studies. Ed. John Bastin and R. Roolvink. London: Oxford University Press. Iran Herman 1998. Nilai, Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap Masyarakat Dan Agama Islam, Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode dan Pengalaman, Bangi:UKM. 9181

Khaled Esseissah 2011. The Increasing Conversion To Islam Since 9/11: A Study of White American Muslim Converts In Northwest Ohio (Tesis Master of Arts, Graduate College Of Bowling Green State University). Mariam Abd. Majid. 2012. Mualaf di Negeri Selangor Darul Ehsan: Kajian Tentang Kepuasan Diri Dalam Anutan Islam. Tesis Dr. Falsafah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya. Muhammad Nur Manuty, Dr., 1993. "Permasalahan Imej Islam Di Dunia Moden", Kefahaman Orang-Orang Bukan Islam Tentang Islam Pembangunan Imej Islam (Sirl Bengkel Kefahaman Islam. Kuala Lumpur, IKIM Mujaini Tarimin et al. 2010. Agihan Zakat Dan Program Pembangunan Mualaf: Statistik Lembaga Zakat Selangor, Prosiding Seminar Dakwah Kebangsaan Saudara Kita: Isu Dan Cabaran Semasa, Pulau Pinang: USM., h. 373. Nawi Jusoh 2001. Mengapa Kami Memeluk Islam, Shah Alam: DNJ Consultant Sdn. Bhd. Nur A`thiroh Masyaa`il binti Abdullah @ Tan Ai Pao dan Fariza Md Sham. 2009, Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim, Jurnal Hadhari, Bil.2, 2009. Osman Chuah Abdullah @ Chuah Hock Leng & Abd. Salam Muhamad Shukri 2008,.Muslim Converts In Malaysia: The Problem Of Cultural Adjustment, Gombak: Int. Islamic Univ. Malaysia Press. Patrick D. Bowen 2009. Conversion to Islam in the United States: A Case Study in Denver, Colorado, Intermountain West Journal of Religious Studies, v.1, no.1. Azita Binti Abdullah.1999. Penerimaan Islam Oleh Masyarakat Cina: Satu Kajian Kes Di Kampung Tirok, Kuala Terengganu, Terengganu Nur A thiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao. 2013. Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim: Kajian Tentang Persepsi dan Keberkesanannya Rafic Ali Al-Banawi 1994, Religious Conversion:The Personal Experience Of The Muslim Converts (Tesis Doktor Falsafah, School Of Education, Indiana Universiti). Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et al. 2010. Social and Religious Integration of Chinese Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical Study Syarul Azman B. Shaharuddin. 2015. Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Tesis Dr. Falsafah Institut Islam Hadhari (HADHARI). Bangi: UKM. 10181

Taqiyah Abdul Hadi 2004. Faktor Kecenderungan Saudara Kita Memeluk Islam: Satu Kajian Di Darul Ukhuwah, Tampoi, Johor. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 11181