ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

Similar documents
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

SIMBOLISME DALAM SENI PERTUKANGAN PERAHU TRADISIONAL MELAYU DI PANTAI TIMUR

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Sejarah Ukiran Kayu dan Hiasan Perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

CURRICULUM VITAE FOR GHAZALI YUSRI ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA. Ghazali Yusri Abd Rahman

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

SENARAI BUKU: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UiTM SHAH ALAM 12 JUDUL (m/s:1-3) & 9 JUDUL (m/s:4-5)

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KAJIAN ORNAMENTASI DALAM MUZIK MELAYU ASLI : PERMAINAN VIOLIN GAYA HAMZAH DOLMAT NIK SHAREENA ROSNY BINTI MOHD ROSLY

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

Penyelidikan Arkeologi di Johor dari Sudut Pandangan Warisan vs Pembangunan

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

WARISAN KETARA SENI ISLAM TEMPATAN: MAHKOTA ATAP MASJID TRADISIONAL MELAKA

Transcription:

ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH SEJARAH & & BUDAYA BUDAYA Prosiding Prosiding Seminar Seminar Antarabangsa Antarabangsa Ke-4 Ke-4 Arkeologi, Arkeologi, Sejarah Sejarah dan dan Budaya Budaya di di Alam Alam Melayu Melayu Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Kumpulan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Alam Melayu (ATMA) & Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) & Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) & Universitas Hasanuddin, Makassar Langkawi 2015

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2015 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Cetakan Pertama, 2015 Dicetak di Malaysia oleh: S&T PHOTOCOPY CENTER Jalan Reko, Sungai Tangkas 43000 Kajang, Selangor. ISBN 978-983-2457-79-4 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (Ke-4: 2015: Bangi, Selangor) ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA : Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi 25-26 November 2015 / Editor: Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin, Mulis Hadrawi, Akin Duli ISBN 978-983-2457-79-4 1. Archeology and History--Malaysia--Congresses. 2. Civilization, Malay--Malaysia--Congresses 3. Zuliskandar Ramli I. Mohd Samsudin II. Muhlis Hadrawi, III. Akin Duli.

v Kandungan Kandungan Prakata v x 1 Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Jilid Al-Quran Patani Abad Ke-19 Masihi: Warisan Kearifan Tempatan Islam Patani 1 2 Akin Duli Sistem Penguburan Akhir Jaman Prasejarah Di Sulawesi Selatan 11 3 Asriani Abbas Pengaruh Klitika Bahasa Makassar Terhadap Pemakaian Bahasa Indonesia 4 H. Muhammad Bahar Akkase Teng Islam Dan Peradaban Di Jazirah Gorontalo Dalam Perspektif Sejarah 5 Inriati Lewa, M.Hum Sastra Lisan Sinrilik Kappalak Tallumbatua: Latar Belakang Penciptaannya 6 Muhlis Hadrawi Peradaban Maritim Sulawesi Selatan Dan Kaitannya Dengan Kehadiran Orang Melayu:Kajian Berdasarkan Sumber Lontara 23 31 41 53 7 Tadjuddin Maknun Makassar, Bukan Bugis-Makassar 65 8 Abbas The Maritime Leadership Patterns Of Makassar Kingdom In 16 th 17 th Century 9 Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nasir Nayan, Yunus Sauman @ Sabin, Farhana Abdullah & Zuliskandar Ramli Arkeopelancongan Di Lembah Bujang: Satu Tinjauan Ke Atas Prospek Dan Cabaran 10 Kamsinah Darwis, M.Hum & Faura, SS, M.Hum The Study Of Systemic Functional Linguistic Toward The Inaugural Address Text Of President Joko Widodo 75 81 99 11 Lukman - Kesantunan Berbahasa Dan Revolusi Mental Dalam Dunia Pendidikan 107 12 Rosmawati Wujud Akulturasi Budaya Melayu Dan Budaya Lokal Pada Awal Islamisasi Di Luwu, Studi Kasus Pada kompleks Makam Lokko e Di Palopo 13 Nurhayati S., M.Hum. Sapaan Persona Dan Sapaan Kekerabatan Suku Mamuju: Kajian Norma Sosial Budaya 14 Sitti Wahidah Masnani, M.Hum - Barazanji Dalam Tradisi Mappacci Pada Perkawinan Masyarakat Bugis 1 15 Hanita Yusof, Fawazul Khair Ibrahim, Raja Nafida Raja Shahminan & Norazila Kamarulzaman Motif Dan Perletakan Ukiran Kayu Bagi Rumah-Rumah 115 123 129 135

vi Tradisional Melayu Di Muar 16 Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat Pemerhatian Awal: Kesedaran Komuniti Tempatan Terhadap Pemuliharaan Dan Penyesuaigunaan Semula Bangunan Warisan Di Perak 17 Shariful Bin Kamaruddin Sejarah Pendidikan Zaman Penjajah Dalam Pertumbuhan Dan Perkembangan Peradaban Melayu Masa Kini 18 Hamdzun Haron & Narimah Abd. Mutalib Kraf Tradisional Melayu: Makna Simbolik Motif Alam Semulajadi 19 Norlelawaty Haron, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Evolusi Perkembangan Blok Batik Di Negeri Kelantan 20 Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza Ismail, Mohd Syafiq Ali & Azni Hanim Hamzah Pengikat Tengkolok Kesultanan Perak Darul Ridzuan 21 Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin Pemeliharaan Digital Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Merealisasi Impian Menjadi Kenyataan 22 Anisah Bahyah Ahmad, Wan Kamal Mujani & Rosiah Othman Motif Dan Dekorasi Dalaman Masjid Tengkera, Melaka; Satu Tinjauan. 23 Bariyah Binti Hj. Basiran Masjid Zahir: Pentadbiran Dan Peranannya Di Era Kolonial 24 Emma Bazergan A Configuration Dynamic Language In Cell Ads (A Critical Discourse Analysis ) 25 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Peranan Persekitaran Dalam Arkeopelancongan Di Lembah Bujang 26 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Kajian Arkeologi Pelancongan Ke Atas Pelancong Tempatan Di Lembah Bujang 27 Fazlina Mohd Radzi, Shahariah Mohamed Roshdi, Nurkhazilah Idris, Shaliza Dasuki Kartunis Indie Facebook : Kritikan Politikal Dan Sosial Menggunakan Peribahasa Melayu Lama 28 Hashima Binti Sulaiman Latihan Perguruan Menengah Di Semenanjung Malaysia Selepas Merdeka Sehingga Tahun 1970 29 Ilinadia Binti Jamil Hajj Education Kiosk: A Supplementary Learning Aid For Hajj Course In Malaysia 30 Jamilah Omar, Maryam Syafiqha Mohd. Sayuti, Aminah Maimunah Rahmah Omar Penggunaan Permainan Tradisional Melayu: Dam Ular Dalam Pembinaan Interaksi Sosial, Komunikasi Interpersonal Dan Pemahaman Konsep Asas Pembelajaran Matematik Awal Kanak-Kanak 149 163 189 203 221 229 239 247 257 261 269 277 287 297 307

vii 31 Junaidi Bin Awang Besar, Mohd Faidz Bin Mohd Zain & Samsu Adabi Bin Mamat Analisis Pola Pengundian Parti Islam Semalaysia (Pas) Dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Kelantan 32 Khalid Jusoh, Teo Kok Seong & Mohd Samsudin Kepimpinan Penghulu Negeri Johor Tahun 1957 2012 33 Makmur Haji Harun, Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz, Muhammad Bukhari Lubis & Hazman Hasan Aplikasi Tulisan Jawi Dalam Manuskrip Di Alam Melayu: Satu Kajian Awal 34 Mohd Shazwan Bin Mokhtar, Mohd Samsudin Kill German Trade : Penilaian Terhadap Usaha British Membendung Perdagangan Musuh Di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama 35 Muhamad Shafiq Mohd Ali, Zuliskandar Ramli & Bambang Budi Utomo Analisis Komposisi Bata Purba Di Candi Blandongan (Seg V) 36 Muhammad Aslah Akmal Bin Azmi & Mohd Samsudin Keberkesanan Pentadbiran British Mengekang Singapore Mutiny 1915: Suatu Analisis 37 Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin Kegiatan Ekonomi Di Wilayah British Borneo Menjelang Abad Ke-19-38 Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan, Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Azni Hanim Hamzah, Nani Hartina Ahmad & Norwani Md Nawawi Keindahan Rekabentuk Masjid Melayu 39 Nor Hashikin Binti Bardan, Sakinah Shahrul Ariffin & Yunus Sauman Sabin Analisis Fizikal Seramik Di Felda Inas Utara, Kulai, Johor Bahru 40 Nor Samihah Nordin, Aleeja Eban, Sherrlyn Kang & Yunus Sauman Sabin Prospek Dan Cabaran Pelancongan Warisan Pulau Langkawi: Satu Penelitian Awal 319 333 353 371 379 387 397 413 423 451 41 Nizamuddin Alias & Rabaah Abdullah Ligor Dan Alam Melayu : Satu Sorotan 465 42 Ridayani Simanjuntak & Mohd Bin Samsudin Penglibatan Adam Malik Atas Penubuhan Asean (1967-1977 43 Siti Aliaa Binti Hashim Norazian Binti Abdul Razak & Yunus Sauman Sabin Pembukaan Tanah Di Kalumpang Dari Tahun 1900 Hingga 1910 44 Yunus Sauman Sabin, Adnan Jusoh, Nor Samihah Nordin, Siti Aliaa Hashim, Norazian Abdul Razak, Norhashikin Bardan Dan Sakinah Shahrul Ariffin & Zuliskandar Ramli Taburan Pengebumian Keranda Kayu Balak Di Sabah 45 Zainab Binti Roslan Konseptualisasi Pelancongan Semiotik Dalam Pembangunan Pelancongan Warisan: Kajian Kes Di Jugra, Selangor 479 489 509 535 46 Al-Amril Bin Othman Politik Melayu Di Persimpangan?: Antara Demokrasi 543

viii Liberal Barat, Kelangsungan Etnik Dan Penghayatan Semula Islam 47 Mohd Izuan Bin Razali Reaksi Petani Melayu Di Negeri Johor Terhadap Sistem Ekonomi Kapitalisme Kolonial British 48 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Pemetaan Kasar Bandar Islam Melayu Melaka Menurut Catatan Sejarah Melayu Dan Negara Luar 49 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Gambaran Kasar Bandar Dan Kota Islam Melayu Melaka 551 573 599 50 Farid Mat Zain Kitab Hikayat Patani: Satu Analisis Sejarah 627 51 Mohamed Anwar Omar Din & Norazlinda Mohamed Rosdi - Gendang Pahang: Suatu Warisan 52 Zuliskandar Ramli, Mazlin Mokhtar, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Muhammad Termiji Hasni & Ahmad Helmi Mohd Mukhtar - Pelestarian Warisan Kebudayaan Dan Warisan Semula Jadi Di Lembah Kinta: Satu Kajian Awal 53 Bambang Sulistyo - Mitos Kekuasaan Dunia Melayu : Suatu Kajian Historiografi Tradisional. 54 Muhammad Terimizi Hasni - Pemerhatian Semula Tapak Candi Permatang Pasir Kuala Sungai Muda 55 Nurtaqwa Amin - The Implications Of Neuro-Linguistic Programming (NLP) On The Process Of Forming Positive Characters Of Using Language 56 Zuraidah Hassan, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar & Zuliskandar Ramli - Tembikar Tanah: Proses Penghasilan Labu Sayong Secara Tradisional 57 Ahmad Helmi Bin Mohd Mukhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli - Nisan Kesultanan Perak: Analisis Saintifik Bahan 58 Naoko Sugiura & Mohd Samsudin - Perbandingan Dasar Warisan Di Malaysia Dan Jepun: Kajian Usaha Memelihara Khazanah Negara 59 Mohd Nasir Ismail, Noor Masliana Razlan, Zulkarnain Yusof & Mohd Faizal Ramli Penilaian Pemeliharaan Sumber Digital Warisan Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu Di Malaysia 60 Mohammad Anis Abdul Samad, Zuliskandar Ramli & Mohd Rohaizat Abdul Wahab Rehal Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia:Tinjauan Awal Tentang Motif Dan Corak 61 Mohamed Razeef Bin Abdul Razak, Azahar Bin Harun, Mumtaz Binti Mokhtar & D zul Haimi Bin Md. Zain - Wang Kertas Malaysia Siri Ketiga: Legasi Wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad 635 647 681 693 703 713 727 741 751 765 775 62 Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Nik Hassan Shuhaimi Nik Rahman, Zuliskandar 785

ix Ramli, Mohammad Anis Abdul Samad, Muhamad Syafiq Mohd Ali & Ahmad Helmi Mohd. Mokhtar - Simbol Maritim Kuno Pada Hiasan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia 63 Tammasse & Jumraini T. - Gangguan Berbahasa Disleksia: Suatu Perkenalan Awal 64 Ahmad Jaffri Ahmad Zaini & Mohd Samsudin Penentangan Pegawai-pegawai Melayu Terhadap Pemerintahan Jepun Semasa Perang Dunia Kedua 65 Muhammad Reduan Isahak, Fawazul Khair Ibrahim & Raja Nafida Raja Shahminan - Kajian Kadar Ketahanan Di Udara Wau Melalui Struktur Rangka 66 Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Muhammad Termizi Hasni, Ahmad Helmi Muhd Mukhtar, Muhd Shafiq Mohd Ali, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Anis Samad & Mohd Rohaizat Abd Wahab Analisis Tampak Jumpaan Permukaan Tembikar Tanah Di Gua Tok Sik, Gunung Baling 67 Muhammad Nur Latif, M. Hum - Rekonstruksi Vokal dan Diftong Bahasa Sulawesi Selatan Purba (BSSP) 68 Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Zuliskandar Ramli, Hamzun Haron & Noor Hafiza Ismail Manik Dalam Masyarakat Peribumi Sarawak 69 Noor Alina Syahida Binti Sorkawi & Yunus Sauman @ Sabin Sosioekonomi Masyarakat Melayu Mukim Sepang, 1957-1990. 70 Norazian Binti Abdul Razak, Siti Aliaa Binti Hashim & Yunus Sauman Sabin Kemudahan Dan Perkhidmatan Kesihatan Di Kulim, Kedah Pada Tahun 1945-1956 795 807 825 833 849 861 873 897

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu 62 SIMBOL MARITIM KUNO PADA HIASAN PERAHU TRADISIONAL MELAYU DI PANTAI TIMUR, SEMENANJUNG MALAYSIA MOHD ROHAIZAT ABDUL WAHAB 1,2, NIK HASSAN SHUHAIMI NIK RAHMAN 2, ZULISKANDAR RAMLI 2, MOHAMMAD ANIS ABDUL SAMAD 2, MUHAMAD SYAFIQ MOHD ALI 2 & AHMAD HELMI MOHD. MOKHTAR 2 1 Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor 2 Institut Tamadun dan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor. mrohaizat@gmail.com ABSTRAK Kajian terhadap seni hias dalam kebudayaan Melayu banyak dibincangkan oleh pengkajipengkaji dalam dan luar negara. Namun begitu perbincangan khusus kepada seni hias pada perahu tradisional Melayu masih lagi kurang dan banyak perkara boleh dibincangkan lagi. Artikel ini akan menyentuh mengenai jumpaan simbol-simbol kuno yang digunakan dalam seni hias perahu tradisional Melayu terutama di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk melihat persamaan pemahaman masyarakat maritim di seluruh dunia mengenai penggunaan simbol kuno yang digunakan pada perahu mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan analisa visual berdasarkan jumpaan imej-imej yang menyerupai simbol kuno yang terdapat pada hiasan perahu di seluruh dunia. Simbol-simbol ini akan diperihalkan maksud dan perkaitannya dengan menggunakan kaedah ikonografi. Hasil daripada kajian ini mendapati kefahaman dan kepercayaan masyarakat maritim di seluruh dunia hampir sama pada simbol kuno tersebut dan salah satu keunikan dihasilkan oleh masyarakat Melayu adalah pada penghasilan simbol kuno ini dengan cara yang tersendiri dan ia juga menjadi ikonik kepada masyarakat pelaut Melayu di Pantai Timur. Kata Kunci : seni hias, perahu tradisional, simbol kuno dan stailisasi PENGENALAN Kesenian Melayu terbentuk daripada adunan dan manifestasi daripada budaya setempat dan rangkuman daripada pelbagai budaya luar yang mewarnai kesenian Melayu. Kesenian ini juga memberi rupa kepada sifat dan identiti bangsa Melayu itu sendiri yang menerangkan mengenai nilai sesebuah masyarakat, cara hidup dan pengaruh kepercayaan. Istilah Melayu adalah merujuk kepada masyarakat yang berada di satu wilayah yang luas iaitu dari Pulau Paskah hingga ke Madagaskar dan mengamalkan budaya pesisir. Bangsa Melayu yang mahir dalam ilmu pembuatan perahu dan pelayaran telah merantau dan tersebar jauh hingga beberapa

786 / Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. pengkaji menemui budaya dan bahasa pertuturan yang sama walau pun pada jarak yang jauh. Penggunaan beberapa istilah seperti Malayo-Polynesian dan Austronesia oleh penyelidik barat adalah merujuk kepada sebuah bangsa yang sama iaitu bangsa Melayu. Walau pun bangsa Melayu memiliki kemahiran dan keupayaan tersendiri dalam menghasilkan perahu dan alat pengangkutan air, tetapi pengaruh dan penggunaan daripada unsur luar tetap wujud dalam penghasilan perahu dan hiasannya. Perkara ini berlaku hasil dari penyebaran pelayar bangsa Melayu ke kawasan-kawasan luar serta pemerhatian orang Melayu kepada perahu-perahu luar yang datang berdagang dan berlabuh di pelabuhan di Alam Melayu. Penghasilan seni hiasan pada perahu tradisional bukan sahaja wujud di Alam Melayu tetapi hiasan perahu wujud pada semua masyarakat maritim di seluruh dunia di Timur dan di Barat. Penggunaan figurehead pada perahu-perahu barat juga menjadi tumpuan kepada penyelidikan mengenai hiasan perahu di barat. Penggunaan figurehead oleh pelayar barat dikatakan bermula sekitar abad ke-15 dan dihasilkan pelbagai bentuk dan ukiran. Dalam kepercayaan mereka, hiasan figurehead ini dapat memberi tuah dan mengawal keselamatan mereka ketika berada di tengah laut. Ukiran daripada kayu yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan ini diletakkan di bahagian haluan perahu mereka. Dalam masyarakat Melayu juga, penggunaan hiasan pada perahu telah lama digunakan malah ia menjadi perhatian kepada beberapa pencatat barat yang telah sampai di Alam Melayu. Dalam catatan Tome Pires, beliau pernah melihat perahu yang digunakan oleh masyarakat Melayu dihiasi dengan pelbagai ukiran kayu yang berbentuk seperti naga 1. Manguin (2012) juga ada menyatakan mengenai perhiasan pada perahu besar Melayu sekitar abad ke-16 seperti berikut; The state lancaras of Bintan in 1520, had their bows and stern beautifully decorated in gold in the way the princes of these places showed off the dignity of their service. Gambar perahu Lancang yang dilukis oleh Manuel Godinho de Heredia sekitar abad ke-16 juga ada menunjukkan bentuk perahu Melayu yang mempunyai hiasan berukir pada haluan dan buritan perahu. Namun tiada gambaran mengenai perahu bersaiz kecil di alam Melayu yang mempunyai hiasan kecuali ilustrasi awal perahu Melayu yang mempunyai hiasan pernah dicatatkan oleh Smyth sekitar tahun 1906 2. PENYATAAN MASALAH Hiasan perahu yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu di Pantai Timur merupakan seni hias yang diperturunkan dari beberapa generasi terdahulu dan ia digunakan secara berterusan pada perahu tradisional. Hiasan perahu tradisional di Pantai Timur merupakan artifak kesenian Melayu yang tinggi dan ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Perahu tradisional Melayu di Pantai Timur dilengkapi dengan komponen hiasan yang pada dasarnya mempunyai fungsinya tersendiri. Komponen-komponen ini dihiasi dengan motif-motif tertentu dan menjadi standard kepada hiasan komponen perahu. Salah satu komponen yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah simbol kuno yang wujud dalam motif bangau. Simbol ini pernah dibincangkan oleh James Hornell dalam beberapa penulisannya seperti Survivals of the Use of Oculi in Modern Boats dan The Prow of the Ship: Sanctuary of the Tutelary Deity namun begitu, kajian mengenai penggunaan simbol kuno ini pada perahu tradisional di Alam Melayu masih belum dikaji oleh penyelidik. 1 Lihat http://www.nga.gov.au/crescentmoon/details/makara.cfm 2 Lihat http://www.thecheappages.com/smyth/mast_n_sail_00.html Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. / 787 PENGGUNAAN SIMBOL KUNO PADA PELAUT SELURUH DUNIA Ketika James Hornell bertugas sebagai Pengarah Perikanan di Madras, India sekitar tahun beliau telah mengkaji semua jenis perahu yang ada di India dan sekitarnya. Dalam pemerhatian beliau terdapat simbol yang seragam digunakan pada perahu-perahu oleh masyarakat Hindu di India. Penggunaan simbol oculus dan surul mendapat perhatian beliau di mana simbol ini boleh dilihat pada perahu-perahu tradisional di India. Kajian beliau berkaitan simbol ini bermula pada tahun 1923, beliau telah menjumpai simbol ini pada perahu di Portugal, sepanjang pantai di Mediterranean, Madagaskar, beberapa negara Afrika seperti Zanzibar, Swahili dan beberapa buah negara Amerika Tengah. Agius (2007) juga telah menjumpai simbol oculus dan surul ini pada perahu masyarakat Arab di sepanjang Laut Merah, Teluk Parsi dan di Laut Arab. Simbol ini juga dijumpai pada perahu-perahu di China, Vietnam, Singapura dan banyak lagi negaranegara lain seperti pada Jadual 1. Jumpaan di pelbagai tempat ini membuktikan bahawa penggunaan simbol ini sebagai satu simbol universal yang digunakan oleh pelbagai masyarakat pelaut di seluruh dunia. Simbol ini juga tidak mempunyai satu keseragaman dan bentuk khusus. Simbol ini juga tidak diletakkan pada tempat yang khusus seperti perahu Bahglah yang meletakkan simbol oculus pada bahagian buritan perahu. Oculus adalah simbol berbentuk mata yang kebanyakan ditempatkan di bahagian haluan perahu. Terdapat pelbagai bentuk mata dijumpai antaranya seperti pada jadual 1. Simbol ini membawa maksud penglihatan ketika perahu berlayar di tengah laut. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, oculus ini penting kerana setiap perahu perlu mempunyai mata bagi memudahkan perahu belayar. Oculus ini berfungsi sebagai penunjuk arah jalan bagi perahu yang di tengah lautan dan juga mempunyai semangat serta perlindungan daripada tuhan (Hornell 1923). Hornell juga menyatakan bahawa nelayan di Malta juga mempercayai bahawa dengan meletakan oculus, perahu mereka mempunyai nyawa dan mempunyai semangat untuk melihat di lautan. Forde (1928) juga menambah, oculus ini dimiliki oleh semua masyarakat pelaut di dunia, ia menjadi pelindung kepada pelayar yang memerlukan keselamatan ketika berada di tengah lautan. Surul adalah simbol berbentuk lingkaran atau spiral yang banyak dijumpai pada haluan perahu. Dalam masyarakat Melayu, surul atau sulur adalah bentuk gulungan dan seperti pucuk tumbuhan yang melilit-lilit yang juga banyak digunakan dalam ukiran dan hiasan lain. Haziyah Hussin et al. (2012) menyatakan bahawa surul atau sulur ini adalah daripada imej makara. Dalam kepercayaan Hindu, makara adalah haiwan akuatik yang menjadi kenderaan tunggangan Dewa Vishnu ketika bergerak di permukaan air (Mohd Sabrizaa 2008) dan burung pula menjadi kenderaan tunggangan di langit. Imej makara ini juga dapat ditemui di hadapan pintu masuk ke candi yang juga berfungsi sebagai penjaga dan pelindung. Negara Simbol Jenis Perahu India Jafna Dhoni Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

788 / Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. Itali Malta China Arab Baghlah Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. / 789 Arab Sanbuq Singapura Sampan Kotak Jadual 1 : Gambar-gambar penggunaan oculus dan surul di seluruh dunia Penggunaan Simbol Oculus dan Sulur dalam Masyarakat Melayu Penggunaan hiasan perahu merupakan perkara penting dalam masyarakat Melayu terutama pada masyarakat Melayu di Pantai Timur. Perbezaan nama perahu juga dapat dibezakan hanya dengan melihat pada hiasan perahu sebagai contoh perahu Pinis Gobel dan perahu Pinis Dogol. Perahu Pinis Gobel mempunyai hiasan berbentuk spiral pada haluannya seperti pada ilustrasi manakala perahu Pinis Dogol pula tidak mempunyai hiasan pada haluannya. Begitu juga nama Perahu Dogol yang digunakan oleh masyarakat Kelantan di mana perahu tersebut tidak mempunyai hiasan pada haluannya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, dogol bermaksud tidak mempunyai rambut, tanduk, balung pada kepalanya juga boleh ditafsirkan bahawa perahu tidak mempunyai hiasan pada haluannya. Ilustrasi 1: Sulur pada Pinis Gobel Terengganu Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

790 / Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. Salah satu perkara yang menarik perhatian pada perahu di Pantai Timur adalah menggunakan alat hiasan seperti kepala, bangau, okok, caping, sangga tengah, sangga kemudi, cagak dan koyang. Namun tidak semua perahu mempunyai keseluruhan alat hiasan ini. Hanya bangau dan okok menjadi alat yang sering digunakan pada semua jenis perahu tradisional Melayu di Pantai Timur. Bangau merupakan alat yang diletakkan pada haluan perahu dan berfungsi sebagai penyangga pada tiang layar dan galah-galah yang digunakan oleh nelayan. Bangau ini diperbuat daripada kayu yang keras seperti cengal, meranti, jelutung dan pulai. Kebanyakan bangau yang bersaiz besar yang melebih 1 meter panjang, 1 meter lebar dan 5.5 cm ketebalan manakala bagi bangau bersaiz biasa, ukurannya adalah sekitar 40-60 cm tinggi, 30-50 cm lebar dan ketebalan 4-5 cm. Bangau ini dihiasi dengan ukiran dan lukisan yang pelbagai menghiasi permukaan hadapan dan belakang bangau. Bahagian hadapan bangau adalah permukaan yang menghadap kepada anak perahu manakala bahagian belakang bangau adalah permukaan yang menghadap ke arah lautan. Analisis daripada jumpaan beberapa buah bangau, di dapati permukaan hadapan kebiasaannya mempunyai ukiran yang lebih cantik dan teliti berbanding permukaan belakang. Menurut Rosli (2014), menjadi amalan dan kepercayaan masyarakat nelayan di Pantai Timur bahawa anak perahu perlu menghadap ke arah bangau ketika perahu sedang berlayar dan anak perahu dilarang melangkah dan membelakangi bangau ketika perahu sedang berlayar. Menurut Nik Hassan (2012), dalam masyarakat Melayu, selain daripada berfungsi sebagai penyangga tiang layar, bangau juga mempunyai fungsi sebagai pelindung dan mempunyai semangat yang membantu nelayan ketika bekerja di laut. Ilustrasi 2: Hiasan Perahu pada Kolek Buatan Barat Penggunaan sulur ini juga dapat dilihat pada Kolek Buatan Barat di mana lukisan sulur seakan belalai gajah jelas kelihatan pada bahagian haluan dan buritan perahu. Analisis Visual pada Sampel Bangau Dalam analisis visual kepada motif yang digunakan pada 137 sampel bangau yang dianalisis didapati terdapat motif-motif yang sering dijumpai sampel bangau seperti motif sulur dan pada watak tertentu yang mempunyai imej mata. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. / 791 Jadual 2: Jumpaan Imej Sulur pada Hiasan Bangau Jadual 3: Jumpaan Imej Oculus (mata) pada Hiasan Bangau Imej-imej yang dijumpai ini telah distailisasikan mengikut kesesuaian dan pendekatan yang berbeza dengan perahu-perahu yang dijumpai di negara lain. Interpretasi dan kefahaman masyarakat laut di seluruh dunia pada simbol ini adalah sama dan gaya olahan masyarakat Melayu agak berbeza dengan masyarakat lain. PERBINCANGAN Simbol dan reka bentuk yang dihasilkan ini merupakan stailisasi daripada simbol yang digunakan oleh masyarakat pelaut kuno di seluruh dunia. Simbol ini menjadi kepercayaan dan ia digunakan pada perahu masyarakat pelaut terutama bagi masyarakat pelaut di India. Penggunaan simbol oculus dan surul dikesan digunakan dalam seni hiasan perahu tradisional Melayu di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia tetapi dengan olahan dan gaya yang berbeza. Penyebaran penggunaan pada simbol ini mungkin berlaku daripada adanya perhubungan dan interaksi masyarakat Melayu dengan masyarakat luar terutama masyarakat di India. Walau bagaimana pun dengan kelebihan dan kepandaian yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, simbol-simbol ini diolah dengan gaya yang lebih unik dan memperlihatkan identiti bangsa Melayu. Persamaan pemahaman masyarakat Melayu pada beberapa perkara dalam bidang kelautan juga ada persamaan dengan masyarakat lain sebagai contoh, kepercayaan bahawa terdapat makhluk atau kuasa luar yang berada di tengah lautan, adanya upacara atau ritual untuk meluncur perahu, upacara puja pantai dan sebagainya lagi. Pemahaman dan kepercayaan lama yang adalah dipengaruhi oleh kepercayaan lama dan pengaruh yang dibawa oleh pedagang luar. KESIMPULAN Kepandaian dan keaslian menghasilkan sesuatu kesenian merupakan salah satu ciri yang dimiliki oleh tukang Melayu namun penghasilan tersebut di dasari oleh satu hubungan kepercayaan dan kefahaman yang telah lama wujud dalam lingkungannya. Orang Melayu yang menguasai kemahiran mengukir dan seni pertukangan tangan dapat menghasilkan kesenian Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

792 / Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. yang berbeza dengan masyarakat lain. Walau pun kefahaman pada simbol tersebut mungkin sama tetapi dengan kelebihan dan kepandaian yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, ia dapat dihasilkan dengan gaya yang tersendiri. Kesenian ini juga terikat dengan ajaran Islam yang mencegah kepada kepercayaan luar dan dalam masa yang sama masyarakat Melayu tidak dapat mengikis sepenuhnya pengaruh yang dibawa oleh ajaran luar. Kesenian yang dihasilkan seperti bangau ini membuktikan kearifan tempatan dalam meletakkan simbol dan kepercayaan lama mengenai ilmu kelautan. RUJUKAN Agius, D.A. 2007. Decorative Motifs on Arabian Boats: Meaning and Identity. Dlm. Janet Starkey, Paul Starkey, & Tony Wilkinson (penyt.) Natural Resources and Cultural Connections of the Red Sea: Proceedings of Red Sea Project III held in the British Museum October 2006. (Society for Arabian Studies Monographs, No. 5). Oxford: Archaeopress. Alias. 2014. Hiasan Perahu pada Perahu di Kelantan. Temu bual 22 Oktober. Coatalen, P.J.1982. The Decorated Boats of Kelantan. Penang: Penerbit USM. Forde, C.D. 1928. Ancient Mariners: The Story of Ships and Sea Routes. New York: William Morrow & Company. Gibson-Hill, C.A.1952. Tongkang and Lighter Matters. J.Malay Br. Roy. Asiat. Soc. 25(1): 84-110. Gibson-Hill, C.A.1954. The Boats of Local Origin Employed in the Malayan Fishing Industry. J.Malay Br. Roy. Asiat. Soc. 27(2): 145-174. Latif Long. 2014. Pembuatan dan reka bentuk bangau. Temu bual 26 Oktober. Hornell, J. 1923. Survival of the Use of Oculi in Modern Boats. The Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland. Vol 53(2). Hornell, J. 1943. The Prow of the Ship: Sanctuary of the Tutelary Deity. Man, Vol. 43 (Nov.- Dec). Haziyah Hussin, Salmah Abu Mansor, Rahilah Omar, Hapsah Ismail & Aminuddin Hassan.2010. Seni, Seni Hias, Seni Reka, Reka Bentuk dan Estetika Daripada Persepsi Umum dan Orang Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 20(1). Haziyah Hussin, Zawiyah Baba, Aminuddin Hassan & Aishah@Eshah Haji Mohamed. 2012. The philosophy in the creation of traditional Malay carving motifs in Peninsula Malaysia. GEOGRAFIA Online TM. Malaysia Journal of Society and Space. 8(7): 88-95. Manguin, P.Y. 2012. Lancaran, Ghurab and Ghali: Mediterranean Impact on War Vessels in Early Modern Southeast Asia. Dlm. Geoff Wade and Li Tana (penyt.). Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past. Singapura: Institute of Southeast Studies (ISEAS). Mat Senik. 2014. Hiasan pada perahu nelayan tradisional di Pahang. Temu bual 18 Jun. Mohd Yusof Abdullah. 1999. Pengangkutan Air di Terengganu. Kertas kerja Seminar Peranan Maritim di Terengganu. Anjuran. Anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu. 1-2 September. Mubin Sheppard. 1963. Bangau: The Decorative Guard for Sails and Spars on Malay Fishing Boats. Federation Museums Journal. Vol: VII.1-2. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 2002. Sejarah Kelantan Sebelum Long Yunus Satu Gambaran Umum. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (penyt). Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah. Hlm. 1-14. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 2010. Seni Ukir Melayu Sebagai Hiasan pada Perahu Tradisional di Semenanjung Malaysia. Dlm. Zawiyah Baba (penyt). Warisan SeniUkiran Melayu. hlm. 117-127. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Mohd Rohaizat Abdul Wahab et al. / 793 Rosli. 2014. Perahu Buatan Barat. Temu bual 20 Februari. Siti Zainon Ismail. 1985. Getaran Jalur dan Warna. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu