Leksis Periferal Indo -Arabo - Euro Dalam Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Nusantara

Similar documents
Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Pengaruh Leksis Peripheral Sanskrit dalam Bahasa Dusun. The Influence of Peripheral Sanskrit Lexis in Dusun Language

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Pengaruh Islam, Arab dan Parsi dalam Inovasi Sistem Tulisan Jawi

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Vol. 12, No. 3 (2017), 020 ISSN: x

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

CLASSROOM TECHNIQUES USED TO IMPROVE STUDENTS SPEAKING SKILL: A NATURALISTIC STUDY AT ENGLISH TUTORIAL PROGRAM AT UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURAKARTA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

KATA PINJAMAN ARAB DALAM BAHASA MELAYU ANALISIS KAJIAN DARI SUDUT PERUBAHAN MORFOLOGI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan di Malaysia

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PENGARUH BUDAYA DALAM DRAMA BISIKAN MALAYA CULTURAL INFLUENCE IN MALAY DRAMA BISIKAN MALAYA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

THE UNIQUENESS OF MYSTIC AMONG THE SOCIETY OF MANDAILING IN LONGAT

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Leksis Periferal Indo -Arabo - Euro Dalam Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Nusantara Indo-Arabo-Euro Peripheral Lexis In Internationalization of Malay Language In Nusantara Mohd Nor Azan Bin Abdullah 1, Saini Bin Ag. Damit 2. ABSTRAK Kertas kerja ini mengkaji pengantarabangsaan leksis bahasa Melayu dengan melihat sejarah kemasukan leksis Indo, Arab dan Eropah ke Alam Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan di zon geografi meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Madagaskar, Sri Lanka, Segenting Kra, dan Singapura. Secara tuntasnya bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca bagi penghuni di kepulauan Nusantara, namun ia dapat berasimilasi dengan beberapa perbendaharaan kata dari keluarga bahasa Indo-Eropah mahupun dari keluarga bahasa Semit. Oleh itu bahasa Melayu tergolong ke dalam salah satu bahasa yang terus menghadapi arus pembinaan yang pesat berkembang. Perkataan-perkataan Sanskrit, Arab dan Eropah telah lama terserap ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini akan memperlihatkan kemantapan dan kekuatan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bersifat fleksibel. Kefleksibelan ini dapat dibuktikan melalui asimilasi leksis bukan Austronesia, diubah suai unsur bunyinya mengikut sebutan bahasa Nusantara. Penulis akan memperlihatkan fleksibiliti leksis-leksis bukan Austronesia dalam bahasa Melayu yang bukan sahaja bertujuan membina, memperkaya dan memperkembangkan lagi bentuk-bentuk kata bahasa Melayu malah ianya secara tidak langsung memperlihatkan pengantarabangsaan leksis tersebut ke dalam bahasa Melayu itu sendiri. Penulis akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan iaitu dengan merujuk buku teks, dokumentasi yang berkaitan serta merujuk pelbagai bahan bertulis dan laman sesawang. Kata kunci: Leksis, Peripheral, Indo, Arabo, Euro, Pengantarabangsaan, Bahasa Melayu, Alam Nusantara. ABSTRACT This paper examines the internationalization of Malay lexicon by looking at the history of Indo, Arab and European lexis in the Malay World. Malay is spoken geographically in Malaysia, Indonesia, Brunei, Madagascar, South Thailand, and Singapore. The Malay language is ultimately the lingua franca of inhabitants of the region, but it can be modified lexically by some vocabulary from the Indo-European language or through Semitic language. Therefore, Malay is one of the languages that continue to develop rapidly in this modern era. The Sanskrit, Arabic and European words have long been absorbed and borrowed into Malay language. This study will demonstrate the strength of Malay as a flexible language. This flexibility can be seen through the non-austronesian lexical assimilation, modified by its pronunciation in the Nusantara language. The authors will demonstrate the lexical flexibility of non-austronesian languages in Malay that not only built, enriched and developed Malaylanguage forms, but also showcase the internationalization of lexis in the Malay language 1 Mohd Nor Azan Bin Abdullah PhD, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, azan@ums.edu.my. 2 Saini Ag. Damit Profesor Madya PhD, Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, saini@ums.edu.my. 274

itself.the author will use library research method by referring to textbooks, related documentation; and referring to various written materials and websites. Keywords: lexis, peripheral, indo, Arabo, Euro, Internationalization, Malay language, Nusantara. Pengenalan Pada awal abad ke 18, Francois Valentijin, seorang pendeta dan ahli sejarah berbangsa Belanda telah menulis mengenai bahasa Melayu dan pandanganya terhadap bahasa Melayu adalah seperti berikut: < Bahasa Mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina > (Tatabahasa Dewan, 2009: 15) Kenyataan oleh pendeta tersebut, mengkhabarkan, betapa tingginya martabat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, setanding dengan bahasa Latin mahupun bahasa Perancis di Eropah. Pengiktirafan terhadap kemasyhuran bahasa Melayu merupakan bukti pengiktirafan bangsa Eropah bahawa bahasa Melayu merupakan salah sebuah bahasa antarabangsa dan merupakan salah satu bahasa utama dunia. Tidak dinafikan terdapat sejumlah besar leksis daripada segala keluarga bahasa dunia diserapkan ke dalam bahasa Melayu lalu memberikan imej pengantarabangsaan leksis-leksis tersebut melalui asimilasi yang disesuaikan dengan sebutan Melayu Nusantara. Leksis periferal merujuk perbendaharaan kata tambahan daripada bahasa yang bukan sama bahasa pertuturan secara geo-lokal, datangnya dari berlainan keluarga bahasa. Kata tambahan ini terserap hasil pertembungan di antara budaya kehidupan yang berbeza. Pertembungan budaya setempat dengan budaya luar, menjalinkan hubungan secara tidak langsung dengan penutur bahasa yang dipertuturkan di ruang pertembungan geo-lokal tersebut. Leksis periferal dapat membantu memperkayakan perbendaharaan kata dan memperkuatkan kewujudan bahasa lokal itu sendiri. Sultan Brunei iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah Ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, pernah bertitah semasa majlis perasmian Jubli Emas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (1961-2011). Baginda mengingatkan agar bahasa Melayu tidak dikendurkan dan tidak dijadikan sebagai bahasa kelas kedua atau dikelasduakan. Ini kerana baginda sedari hanya penutur bahasa itu sendiri akan dapat memartabatkan serta memberi nilai bahasa yang dipertuturkan dan pengantarabangsaan bahasa Melayu adalah sesuatu yang tidak mustahil kerana bahasa Melayu pernah gemilang dan pernah menjadi bahasa lingua franca yang mesti dituturkan oleh semua bangsa di Melaka ketika era kegemilangan kerajaan Melayu Melaka. Pedagang 275

Eropah, Asia Barat, India dan China terpaksa bertutur bahasa Melayu untuk berdagang dengan pedagang Melaka. Pengantarabangsaan bahasa Melayu juga boleh dilihat dengan penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah seperti di Universiti Leiden, di Universiti Victoria Wellington, New Zealand dan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing, di China. Pengantarabangsaan bahasa Melayu juga merupakan satu proses untuk menjadikan sesuatu bahasa sebagai bahasa pertuturan sejagat seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dunia. Pengantarabangsaan sesuatu bahasa juga bermaksud, ianya boleh dipertuturkan oleh masyarakat dunia yang bukan bahasa ibunda mereka. Keinginan untuk mengetahui dan mempelajari bahasa kedua bukan disebabkan semata-mata oleh kepentingan keperluan hidup kerana seseorang itu berada di sebuah negara yang bukan bahasa ibundanya, akan tetapi keinginan mempelajari sesuatu bahasa itu juga timbul akibat daripada cetusan minat untuk mengetahui kewujudan perbendaharaan kata bahasa dari berbagai bahasa dunia yang diserapkan ke dalam bahasa yang ingin dipelajari itu sendiri. Pengetahuan mengenai assimilasi leksis ke dalam sesuatu bahasa, boleh dianggap pengantarabangsaan sesuatu bahasa. Diversiti perbendaharaan kata boleh memikat rasa ingin tahu penutur daripada keluarga bahasa yang lain untuk turut mempelajari bahasa tersebut. Proses diversiti perbendaharaan kata berlaku hasil daripada penjajahan, pembudayaan, perdagangan, penyerapan ilmu teknologi dari dunia luar, pelancongan serta beberapa kegiatan yang melibatkan perhubungan atau pertembungan di antara dua atau lebih budaya yang berbeza, lantas proses saling pinjam-meminjam perbendaharaan kata berlaku atas dasar keperluan semasa. Kaedah Kajian Penulis menggunakan kaedah kajian perpustakaan iaitu dengan merujuk buku teks, dokumentasi yang berkaitan serta merujuk pelbagai bahan bertulis dan laman sesawang. Penulis melihat perkembangan kosa kata secara diakronik. Diakronik dikaitkan dengan sejarah perubahan sesuatu kata melalui evolusinya. Evolusi tersebut merujuk etimologi, semantik, phonetik, leksis dan sintaksis. Dalam erti kata lain penyerapan leksis Indo-Eropah meliputi kosa kata Portugis, Belanda, Inggeris, Sanskrit, Parsi dan kosa kata daripada keluarga bahasa yang lain mengikut acuan dan sebutan Nusantara dalam pengantarabangsaan kandungan leksis Melayu itu sendiri sebagai bahasa dunia. Objektif Kajian Objektif umum adalah untuk melihat pengaruh periferal keluarga bahasa Indo, Euro dan Arabo dalam pengantarabangsaan kosa kata bahasa Melayu. Manakala, objektif khusus kajian ini adalah; 1. Untuk menjelaskan pengaruh kosa kata keluarga bahasa Indo-Eropah dalam pembentukkan kosa kata bahasa Melayu 2. Untuk menjelaskan peminjaman kosa kata Arabo dalam keluarga bahasa semitik, juga telah memperkayakan kosa kata bahasa Melayu sebagai di antara bahasa utama dunia. 276

Kajian ini untuk mendedahkan serta mencetuskan pemahaman terhadap pengertian Indo (Indo: bahasa yang berasal dari benua India) dan Indo-Eropah serta pengaruh bahasa keluarga Indo-Euro dalam memperkuatkan makna serta memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu. Kajian Literatur Penulis telah membuat kajian perpustakaan seperti merujuk buku-buku mahupun dokumen tokoh-tokoh seperti Collins dan Bernd Nothofer. Bernd Nothofer mengkaji kosa-kosa kata Melayu yang diambil daripada pelbagai keluarga bahasa yang bukan bahasa Austronesia bertujuan mengetahui asal-usul sesuatu kata dan mengkelaskan semula sejarah etimologi sesuatu perkataan ke dalam sebuah kamus besar Melayu. Bernd Nothofer (2008) dalam kajiannya kata pinjaman daripada bahasa Non- Austronesia ke dalam bahasa Melayu, mengupas asal usul kata serapan ke dalam bahasa Austronesia. Beliau mengharapkan maklumat etimologi yang disajikan dalam kajian akan dapat menyumbangkan pengertian yang lebih mendalam mengenai sejarah bahasa Melayu oleh penutur asli dan orang yang mempelajari sebagai bahasa asing. Beberapa contoh kajian yang diterbitkan dalam buku Leksikologi dan Leksikografi Melayu adalah mengenai penulisan Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan dan pengetahuan tentang susur galur bahasa Melayu. Harapannya adalah kamus tersebut dapat dicatat kandungan etimologi yang lebih terperinci lagi. Beliau membicarakan erti kata sumber yang tidak ada perbezaan dengan erti kata yang dipinjam, perbezaan erti, ketidaktentuan tentang kata sumber, kata sumber dalam bentuk Melayu, morfologi bahasa Melayu dan pengaruhnya terhadap perkembangan pinjaman perbendaharaan kata. Di antara contoh kata sumber yang tidak berubah erti pinjamannya seperti agama, syurga, nagara, sekoi, bikar dan sebagainya. Collins (2003) kerap kali membicarakan secara mendalam berkaitan asal usul sesuatu kosa kata, khususnya sejarah kosa kata bahasa Melayu. Beliau telah menelusuri perubahan makna dan cakupan yang telah berlaku dalam peredaran zaman. Di antara beberapa penemuan beliau ialah kosa kata awak yang berasal daripada kata Austronesia purba iaitu Sawak. Collins (2003) turut mengkaji fungsi imbuhan dalam memperkayakan morfologi kata bahasa Melayu terutamanya bila dicantumkan dengan pelbagai akar kata. Menurutnya, ahli-ahli bahasa Melayu di Eropah mengalami masalah mendapatkan korpus atau kumpulan teks bahasa Melayu. Setiap penelitian hanya bergantung kepada kamus yang sudah diterbitkan yang begitu kurang maklumat tentang sejarah kosa kata. Tee Boon Chuan (2008) pula menulis mengenai Leksikografi Melayu dari kaca mata Morfologi Sanskrit. Menurut beliau bahasa Sanskrit merupakan pewarna kosa kata bahasa Melayu dan menyatakan bahawa bahasa Melayu telah banyak memanfaatkan kosa kata Sanskrit dan Arab. Ianya dapat dilihat daripada tiga bentuk kata iaitu kata serapan (agama skt; agama mly), kata campuran (manusiawi: manusia; wi imbuhan akhiran diambil daripada bahasa Arab), kata terjemahan yang dipadankan dengan kosa kata Sanskrit (hanuman kera kecil). Penulis barat seperti Houtman 404 tahun lalu, telah menghasilkan tatabahasa Melayu dengan memaparkan jadual-jadual yang dinamakan konjugasi. Beliau mendeskripsi tatabahasa tentang kata kerja Melayu contohnya «adda» dengan kata kerja dalam bahasa Belanda «hebben» Linguistik Melayu (2007 : 185). Ini menunjukkan beliau adalah orang 277

yang bertanggungjawab meletakkan tatabahasa Melayu sejajar dengan tatabahasa Eropah yang menjadikan tatabahasa Latin sebagai ukuran. Ini merupakan pengiktirafan beliau bahawa bahasa Melayu merupakan di antara bahasa utama dunia. Menurut Bambang Dudi Utomo et al. (2009) berdasarkan perjalanan sejarah bangsa Melayu dan hubungannya dengan bangsa-bangsa asing maka ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap mempunyai ciri khasnya yang tersendiri iaitu tahap pertama merujuk bahasa Melayu kuno yang mempunyai ciri pengaruh Sanskrit dan ditulis dengan menggunakan aksara Pallawa. Tahap kedua merupakan tahap bahasa Melayu klasik yang mempunyai ciri-ciri pengaruh bahasa Arab dengan menggunakan aksara Arab iaitu tulisan Jawi manakala tahap ketiga adalah tahap bahasa Melayu moden yang banyak mendapat pengaruh bahasa Inggeris, Belanda dan Portugis dengan aksara yang digunakan adalah aksara Latin. Walaupun terdapat kajian mengenai beberapa kosa kata bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Sanskrit mahupun Arab, namun belum ada lagi penulis menjelaskan kaitan dan kepentingan melihat penyerapan kosa kata Sanskrit, Arab dan Indo-Eropah dalam konsep pengantarabangsaan bahasa Melayu itu sendiri. Kosa kata periferal Indo-Eropah dan Arabo mewarnai konsep pengantarabangsaan bahasa Austronesia khususnya bahasa Melayu kerana leksis Melayu dapat mengadaptasi kosa kata daripada pelbagai keluarga bahasa dunia non- Austronesia. Jammes T. Collins (2005) dalam bukunya Bahasa Melayu Bahasa Dunia, memperlihatkan pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui pengutusan surat menyurat rajaraja Nusantara yang ditujukan kepada pihak penjajah ditulis dalam bahasa Melayu, contoh surat Sultan Acheh kepada King James I, England 1612. Thomas Bowrey, seorang pedagang telah menulis Kamus Bowrey pada tahun 1701 Dictionary English and Malayo, Malayo and English. Oleh yang demikian, memperkasakan bahasa Melayu telah berlaku sebelum pasca kemerdekaan lagi bukan sahaja ianya diperkasakan oleh penduduk Nusantara itu sendiri malah oleh bangsa-bangsa non Nusantara dari luar Alam Melayu. Penulisan dalam artikel ini, melihat bagaimana penyerapan kosa kata dari pelbagai keluarga bahasa dunia itu sendiri telah memberi imej pengantarabangsaan kosa kata bahasa Melayu di Nusantara. Istilah Indo, Arabo, Euro dan Melayo Kata INDO datangnya daripada perkataan latin Indus. Kata tersebut merujuk elemen linguistik Sanskrit dalam rumpun bahasa purba Indo-Eropah. Leksis INDO berfungsi sebagai prefix dan membentuk istilah bahasa seperti bahasa Indo-European, Indo-Aryan termasuk bahasa Indonesia. Indo berindukkan pengaruh Sanskrit dan Nesia datangnya dari leksis nesos bererti pulau. Menurut Ismail Husein (Tatabahasa Dewan, 2009: 6), gelombang pertama dalam pengayaan bahasa Melayu berlaku melalui pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu mengalami evolusinya melalui pengaruh bahasa Sanskrit dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea baharu yang tinggi-tinggi. Asmah haji omar (2008: 6) pula menulis, bahasa asing yang pertama sekali tersebar di Alam Melayu adalah bahasa Sanskrit. Bukti yang menunjukkan bahawa bahasa itu telah 278

diserap ke dalam bahasa Melayu bilamana terdapat perkataan Sanskrit bersebati dengan sistem bunyi bahasa Melayu sehingga tidak lagi dirasakan sebagai unsur-unsur asing. Arabo dalam konteks linguistik merujuk rumpun bahasa semitik ARAB. Perkembangan bahasa Melayu tambah bercahaya lagi bilamana agama Islam mengantikan kepercayaan Hindu-Buddha dengan akidah Islam. Kedatangan Islam telah membawa bersama tulisan jawi. Pengenalan tulisan jawi membuka mata orang Melayu dari alam buta huruf ke alam celik huruf. Kebanyakkan orang Melayu mengenal jawi melalui pembacaan Al-Quran (Asmah Hj. Omar, 2010:16). Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan pesatnya terutama untuk memperkatakan idea-idea baharu yang dibawa oleh peradaban Islam. Bahasa Arab adalah bahasa yang amat penting bagi seluruh umat Islam di dunia, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa al-quran seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dalam bahasa Arab, semoga kamu (menggunakan akal) memahaminya (Surah al-zukhruf: 3). Umat Islam mempelajari bahasa Arab sebagai tanggungjawab untuk memahami ajaran al- Quran dan al-hadīth kerana kedua-duanya dalam bahasa Arab dan merupakan sumber rujukan utama kepada umat Islam. Pengaruh bahasa Arab di Alam Melayu amat besar. Leksis bahasa Arab yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu dianggarkan jumlahnya di antara 1700 hingga 2000 patah perkataan (Ab. Halim Mohamad & Wan Muhammad Wan Sulong: 2013). Di samping itu, tulisan jawi juga menggunakan abjad Arab dengan penambahan huruf-huruf tertentu yang tidak terdapat dalam huruf Arab. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan sebutannya dengan sebutan bahasa Melayu. Sehingga kini proses asimilasi bahasa terus berlaku, dan minat menggunakan leksis bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu terus berkembang dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pendek kata, kedatangan agama Islam telah membawa pengaruh besar terhadap pengantarabangsaan bahasa Melayu dalam konteks asimilasi leksis arab ke Alam Melayu telah mencetuskan sebutan Melayo-Arabo. Sebutan Arabo-Melayo merujuk perkataan Arab yang dibunyikan dengan sebutan Nusantara. Euro merujuk bahasa Indo-Eropah meliputi bahasa Aryan, Greek-Armania, Balto- Slavo- Germanik, Celtico-Italo-Tokharien dan Anatolien. Apa yang menarik dalam tulisan ini, penulis akan membicarakan beberapa bahasa Indo-Eropah yang ada kaitannya dengan penyerapan perbendaharaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Bahasa Indo-Eropah yang leksisnya banyak diserap ke dalam bahasa Melayu adalah datangnya dari sub-keluarga Latin (Portugis), Germanik (Inggeris dan Jerman) dan Indo-Iranian yang dicabangi oleh bahasa Parsi dan Sanskrit. Penggunaan leksis bahasa Eropah di antaranya merujuk faktor penjajahan ke atas Nusantara oleh Portugis, Belanda dan Inggeris manakala penyerapan perbendaharaan kata Sanskrit berpaksikan penyebaran pengaruh Hindu-Buddha manakala peminjaman leksis Parsi diharmonikan dengan pengaruh Islam di Malaysia seperti yang berlaku penyerapan leksis Semitik daripada tanah Arab. 279

Rajah 1 Rajah 1: Diversiti leksis bahasa Melayu melalui serapan perbendaharaan kata dari keluarga bahasa Semit dan Indo-Eropah (Mohd Nor Azan Abdullah, 2013) Melayo merujuk bahasa dalam rumpun bahasa Austronesia. Ianya dipertuturkan oleh populasi di pulau-pulau selatan kepulauan Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Istilah Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakolam atau malaikurram yang merujuk sebuah tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia manakala di dalam sebuah kitab Hindu purba iaitu Purana yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha telah ditemui istilah Malaya dvipa. Para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa yang dimaksudkan merujuk pulau Sumatera. Dalam buku catatan pengembara Cina pada dinasti T ang di sekitar tahun 644-645M terdapat istilah Melayu yang berbunyi MO-LO-YU. Para pengaji sependapat bahawa perkataan tersebut merujuk sebuah kerajaan Jambi di selatan pulau Sumatera dan Srivijaya yang terletak di Palembang. (Nik Safiah Karim, 2010: 2). 280

Rajah 2 Rajah 2: Bahasa Melayu dalam rumpun Austronesia (Mohd Nor Azan Abdullah: 2013) Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dalam rumpun Austronesia yang telah menjadi bahasa antarabangsa di Nusantara di zaman kerajaan Hindu-Buddha dan juga di zaman kesultanan Melayu-Melaka. Pedagang-pedagang dari negeri China, India dan Eropah terpaksa mempelajarinya untuk turut berdagang di Nusantara. Ianya bersesuaian seperti menurut Awang Sariyan bahasa utama dan bahasa penting di dunia berkait rapat dengan kebangkitan politik, ekonomi, perdagangan, penguasaan ilmu dalam segala bidang akan menarik manusia untuk menguna bahasa tersebut. Bahasa Melayu diperkayakan dengan kosa kata Sanskrit yang diukir dibatu-batu bersurat di Nusantara. Prasasti-prasasti yang terdapat di Kemboja, Indonesia dan Malaysia ditulis dengan tulisan palawi atau palawa sebelum kedatangan Islam mencerminkan internasionalisasi bahasa Melayu itu sendiri. Pemberian biasiswa kepada pelajar asing untuk belajar di universiti Malaysia dan mewajibkan mereka mempelajari bahasa Melayu serta semua kuliah utama dilaksanakan ke dalam bahasa Melayu boleh mempercepatkan pengantarabangsaan bahasa Melayu itu sendiri. Beberapa kosa kata periferal Indo-Eropah (Inggeris, Belanda, Portugis, Sanskrit, Parsi) dan Arabo (Arab) dimelayukan. 281

Jadual 1. Pengantarabangsaan kosa kata periferal pelbagai bahasa yang diterimaguna serta dimelayukan penggunaannya. Inggeris Melayu Belanda Melayu Portugis Melayu Sanskrit Melayu Lamp lampu docent dosen armário almari Syurga syurga Book buku kommentaar komentar camisa kemeja Bhasa bahasa Mind minda winkel bengkel falso palsu Malaiu melayu Coat kot schop sekop garfo garpu Raja raja Rail rel tragisch tragis jenela jendela Vaca baca Cent sen La(dje) laci escola sekolah Vamsa bangsa frequency frekuensi roken rokok algoz algojo Bhumi bumi fashion fesyen Deccaan /Deken dekan Igerja gereja Nagara negara Goal gol kamer kamar limão limau Balya belia meeting miting risico Risiko Roda roda Chaya cahaya campus Kampus mandaat mandat bola bola Anka angka Parsi Melayu Arab Melayu Dunia (دنيا) ( astana )آستان istana Ahad (أحد) (bandar) bandar بندر Akhlak (أخالق) (saluar) seluar شلوار Amanah (أمانة) ( kismis )کشمش kismis Haram (حرام) ( anggour )انگور anggur Ummah (اال م ة ( gandum ( gandum )گندم Adil (عادل) ( paeri )پری peri Akal (عقل) ( rubah )روباه rubah Zaitun (زيتون) ( nakhoda )اناخد nakhoda Umrah (عمرة) ( badam )مبادا badam Jadual 1 Jadual I, jelas mengesahkan bahawa bahasa Melayu mudah dibentuk dan dilentur sesuai dengan segala keadaan dan keperluan (Nik Safiah et al., 2008). Penyerapan kosa kata bahasa daripada Indo, Euro dan Arabo jelas membuktikan pengantarabangsaan leksis bahasa Melayu. 282

Rajah 3: Pengaruh keluarga bahasa Indo-Eropah dan penyerapan kosa kata dalam memperkayakan perbendaharaan kata Melayu. (Mohd Nor Azan Abdullah) Rajah 3 Pengaruh utama bahasa dari keluarga Indo-Eropah (Portugis, Belanda Inggeris, Sanskrit dan Parsi) ke atas bahasa Melayu amnya dan bahasa Austronesian khususnya telah mengangkat bahasa tersebut sebagai bahasa sarjana yang tinggi. Rajah 3 memperjelaskan hubungan leksis Indo-Eropah yang didahului oleh bahasa Sanskrit dan lain-lain keluarga bahasa sebagai titik mula pengayaan bahasa rumpun Austronesian dan bahasa Melayu itu sendiri. Kadar diversiti bahasa yang tinggi dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai kelompok bahasa yang berbeza tetapi mempunyai ikatan yang rapat dengan bahasa Melayu. Faktor penghijrahan penduduk Nusantara sehingga ke benua Afrika telah meletakkan bahasa Melayu tersebar ke lautan Pasifik, Hindi dan China. 283

Rajah 4: Kata serapan bahasa Semit (Arab) ke dalam keluarga bahasa Nusantara (Melayu, Indonesia dan Brunei meliputi bahasa etnik Nusantara), (Dr. Mohd Nor Azan Bin Abdullah). Melayu Arab Indonesia Brunei Bahasa Etnik Rajah 4 Rajah 4, menjelaskan bahawa beberapa bahasa etnik di Nusantara menerima pengaruh penyerapan leksis Arab secara tidak langsung melalui bahasa Melayu yang telah sedia mengadaptasi leksis Arab ketika kemasyhuran kerajaan Melayu di Nusantara. Ini kerana keseluruhan alam Melayu bukan sahaja merupakan kawasan penyebaran bahasa Melayu sebagai lingua franca malah sebagai pusat perkembangan Islam Nusantara. Kesimpulan Melalui kajian yang dijalankan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa, pengantarabangsaan bahasa Melayu dapat dilihat melalui penggunaan leksis pelbagai keluarga bahasa dunia diserapkan sebagai kosa kata bahasa Melayu seperti di jadual 1. Ianya dipertuturkan di zon geografi meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Madagaskar, Sri Lanka, Segenting Kra, dan Singapura serta merupakan di antara 10 bahasa utama yang dipertuturkan di dunia. Pengantarabangsaan bahasa Melayu juga dapat dilihat melalui, penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah, di Universiti Leiden, di Universiti Victoria, Wellington New Zealand, termasuk Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing, China. Ianya telah memperkembangkan lagi status kepentingan bahasa Melayu di dunia dan di Nusantara. Status pengantarabangsaan bahasa Melayu juga dapat diperkasakan dengan adanya pelajar asing yang belajar di universiti-universiti Malaysia dan mewajibkan mereka mempelajari bahasa Melayu serta mengikuti semua kuliah utama dalam bahasa tersebut. Perlaksanaan sedemikian dapat meletakkan bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa Ilmu tetapi ia juga menjadikan 284

bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi. Dengan adanya penyerapan pelbagai kosa kata daripada pelbagai keluarga bahasa dunia, ianya akan memudahkan pembelajaran dan pemahaman bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah dipelajari oleh segala lapisan masyarakat dunia. Bibliografi Asmah Haji Omar. 2010. Carik-carik Bulu Ayam Kisah Rundingan Bahasa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Dawama: Selangor. Awang Sarian. 2003. Penggunaan Istilah Kata Serapan. Kuala Lumpur: Temubual Abdul Razak Abu Chik, 3 Januari. Pendekatan Pengajaran Berasaskan Kata Serapan Bahasa Melayu untuk Meningkatkan Pemahaman Perbendaharaan Kata Bahasa Arab Tinggi. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Ab. Halim Mohamad & Wan Muhammad Wan Sulong. 2013. Teknik Pengajaran Bahasa Arab Menggunakan Kata Pinjaman Arab Dalam Bahasa Melayu, Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam seminar 3 rd International Conference on Islamic Education (ICIED 2013). Bambang Budi Utomo et al. 2009. Inskripsi Berbahasa Malayu Kuno di Asia Tenggara. Selangor. Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA). Bernd Nothofer. 2008. Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan: Sumbangannya kepada Pengetahuan Tentang Susur Galur Bahasa Melayu. Leksikografi dan Leksikografi Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James T. Collins. 2003. Mukadimah Ilmu Etimologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James T. Collins. 2005. Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Kamarul Shukri Mat Teh & Mohd Shahrizal Nasir. 2012. Penelusuran Pengaruh Agama Islam Terhadap Pendidikan Bahasa Arab Di Malaysia. Seminar Agama dan Masyarakat, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS, Sabah. Md. Sidin Md. Resad. 1985. Asal Usul Alam Melayu. Klang: Sinaran Bros. Mohd Nor Azan Abdullah. 2013. Thèse du doctorat: Étude Comparative Des Structures Et Des Systèmes Verbaux Du Francais Et Du Malais. Université de Franche-Comté, Besançon France. Nik Safiah Karim. 2010. Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 285

Nik Safiah Karim et al., 2015. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahim Aman. 2012. Malaysia. Bahasa Melayu Bahasa Universal. Bangi : Universiti Kebangsaan S. Takdir Alisjahbana. 1977. Dari Perjuangan dan Pertubuhan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Moderen. Jakarta: Penerbit Dian Rakyat. Tee Boon Chuan. 2008. Leksikografi Melayu dari Kaca Mata Morfologi Sanskrit dalam Nor Hashimah Jalaluddin dan Rusmadi Baharuddin (Editor), Leksikografi dan Leksikografi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Karim Harun. 2007. Sejarah Linguistik Melayu. Zulkifley Hamid et al. Linguistik Melayu. 185. Bab 12. Bangi Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia. Internet Les 10 langues les plus parlees dans le monde. http://populationsdumonde.com /classements/les-10-langues-les-plus-parlees-dans-le-monde 18.07.2017. Malay-words-sanskrit-origin.http://veda.wikidot.com/malay-words-sanskrit-origin.17.07. 2016 La famille Indo-Européenne.http://www.axl.cefan.ulaval.ca/monde/famindeur.htm. 21.07. 2016. Senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Meayu dan bahasa Indonesia https://ms.wikipedia.org/wiki/senarai_kata_pinjaman_dari_bahasa_arab_dalam_bahasa Melayu_dan_bahasa_Indonesia 21.07.2016. 286