Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya.

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE RELIABILITY OF AL-MAFQUD LIFE DETERMINATION PERIOD BASED ON THE PHYSICAL AND HEALTH ASPECTS

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Tanggungjawab dan Pelaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

KE ARAH PENUBUHAN BADAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA 1

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Kedaulatan Kesultanan Selangor Dari Perspektif Sejarah Perundangan

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

WAQF MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA: ITS IMPLEMENTATION FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION November 2017, Vol. 5, Issue 2

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN SEBAGAI HAK DAN KEWAJIPAN IBU

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

Transcription:

Kedudukan Calon Non Muslim Dan Wanita Dalam Sistem Pilihan Raya Di Malaysia: Kajian Terhadap Perbandingan Antara Perundangan Dan Fiqh Siyasah Mohd Ridzuan Mohamad Basri Ibrahim Mohd Sufian Moktar Abstrak Pilihan raya merupakan satu mekanisme penting dalam sesebuah negara bagi memilih pemimpin secara aman dan harmoni. Kedudukan calon non Muslim dan wanita sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penglibatan calon non Muslim secara umumnya adalah dilarang dari sudut fiqh siyasah berdasarkan al-qur an (5: 51) dan calon wanita berdasarkan al-qur an (4:34). Objektif kajian ini bagi menjelaskan kedudukan larangan calon non Muslim dan wanita dalam fiqh siyasah yang perlu diteliti semula dari sudut perundangan atau pindaan akta menurut nilai-nilai Islam. Kajian ini bersifat kualitatif iaitu penelitian perpustakaan yang melibatkan kajian kitab turath serta maklumat temu bual di lapangan. Dapatan kajian ini menjelaskan kedudukan perundangan tidak selari dengan dasar fiqh siyāsah di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 47 (b) dan Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19 Seksyen 13 (1). Justeru, perlu kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 40 (2) (a) melantik seorang Perdana Menteri dipinda kepada melantik seorang Perdana Menteri yang beragama Islam agar ianya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 yang memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama bagi persekutuan. Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya. Abstract Election is an important mechanism for one country to choose leaders in a safe and harmonious way. The position of non-muslim candidates and women is enshrined in the Federal Constitution. The involvement of non-muslim candidates is generally prohibited from the perspective of Fiqh Siyasah based on the Qur'an (5: 51); and female candidates based on the Qur'an (4:34). The objective of this study was to clarify the position of non-muslim candidates and women in Fiqh Siyasah which needed to be reviewed from the perspective of the legislative or amendment of the deed according to Islamic values. This study was qualitative that was a library research which involved studies of Turath book and information from field interviews. This study found that the legal status was not in line with the policy of Fiqh Siyāsah under the Federal Constitution Article 47 (b) and the Election Act 1958 (Act 19 Section 13 (1). Therefore, it was a necessary for the Federal Constitution Article 40 (2) 'appointment of a Prime Minister' to be amended to 'appointment of a Muslim Prime Minister' to be consistent with the Federal Constitution of Article 3 which has constituted that Islam is the religion of the federation. 14

Keywords: Non-Muslim Candidate, Woman Candidate, Fiqh Siyasah, Legislation and Election. Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsp demokrasi. Pada dasarnya manamana negara yang mengamalkan sistem demokrasi mempunyai beberapa elemen seperti, pilihan raya, kepelbagaian parti politik, hak asasi manusia, kebebasan hak bersuara dan sebagainya (Afzan Ayub 2001: 2). Walau bagaimanapun demokrasi yang diamalkan bagi setiap negara mempunyai ciri-ciri yang berbeza termasuk sistem pilihan raya. Terdapat dua sistem pilihan raya yang masih diamalkan oleh kebanyakan negara pada masa kini iaitu sistem district dan proportional. Di Malaysia sistem pilihan raya yang masih diamalkan adalah sistem district (Institut Tadbiran Awam Negara 2006: 62). Pilihan raya yang mengamalkan sistem district iaitu satu wilayah atau negeri yang kecil akan diwakili oleh calon single-member constituency dan calon tersebut akan dipilih melalui kaedah pemilihan suara terbanyak atau disebut sebagai suara majoriti. Sistem pilihan raya ini merupakan sistem pilihan raya yang tertua di dunia sejak ia diperkenalkan. Sistem ini juga berasaskan kesatuan masyarakat mengikut etnik geografi yang berskala kecil. Berdasarkan sistem ini wilayah akan dipecahkan kepada beberapa bahagian disebabkan kurangnya hak kebebasan bersuara sebagaimana yang terjadi di negara-negara yang ramai penduduk seperti British, Amerika dan India (Maurice Ducerger 1954: 263). Elemen yang wujud dalam sistem pilihan raya di Malaysia seperti kedudukan calon iaitu calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat iaitu warganegara Malaysia, bermastautin di negara ini, berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon dan tinggal di negeri di mana dia akan bertanding. Sementara calon yang hilang kelayakan adalah calon yang diisytiharkan tidak siuman, seorang yang bankrap, memegang jawatan berkepentingan 'office of profit', gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya, telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia (dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 serta belum mendapat pengampunan dan telah memperoleh kewarganegaraan asing (Tun Salleh Abbas 2006: 174). Melihat dari sudut sejarah calon merupakan salah satu mekanisme daripada Barat yang muncul dalam sistem demokrasi pada abad ke 18 (Miriam Budiardjo 2008: 30). Oleh karana kedudukan calon dalam pilihan raya bukan bersumberkan ajaran Islam, perbincangan dari sudut fiqh siyāsah merupakan satu perkara penting dilakukan. Jika persoalan-persoalan agama yang mempunyai kaitan dengan mekanisme Barat, sewajarnya para sarjana Islam perlu bertanggungjawab sepenuhnya meneliti kedudukan hukum tersebut, sama ada dibenarkan atau tidak oleh syarak. Justeru itu, salah satu kaedah bagi menyelesaikan masalah ini ialah melalui kajian fiqh siyāsah. 15

Para ulama silam mengemukakan siyasah melalui elemen syarak seperti al-qur an dan hadis (Ibn Qayyim 1953: 13). Manakala dari sisi lain pula elemen siyāsah melibatkan kebajikan umum atau maslahah yang perlu diterapkan dalam sesebuah negara (Abdul Wahab Khalaf 1977: 15). Sehubungan itu, jika calon non Muslim dan calon wanita di Malaysia merupakan suatu keperluan kepada rakyat untuk memilih dan menjadikan mereka sebagai pemimpin secara aman, tetapi pelantikan mereka menimbulkan persoalan dari sudut adakah ia dibenarkan menurut kacamata fiqh siyasah.? Terdapat beberapa permasalahan calon dalam sistem pilihan raya di Malaysia iaitu perkaraperkara yang termaktub dalam perundangan masih tidak selari dengan dasar-dasar fiqh siyasah seperti Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) Seksyen 13 (1) dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) yang mana membenarkan non Muslim melibatkan sebagai calon. Manakala Perkara 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan juga tidak menyentuh larangan non Muslim sebagai calon. Bagi calon wanita pula telah diperuntukan dalam Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) Seksyen 2. Sehubungan itu melihat kepada dasar perundangan ini, sememangnya ia bertentangan dengan dasar fiqh siyāsah. Justeru itu, perkara ini perlu diteliti kembali selaras dengan dasar Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) bahawa agama rasmi bagi persekutuan adalah agama Islam. Objektif penulisan ini menjelaskan kedudukan calon non muslim dan wanita di Malaysia dari sudut fiqh siyasah. Perkara ini adalah penting untuk diketahui bagi lapisan masyarakat kerana pada umumnya setiap masyarakat yang berumur 20 tahun ke atas adalah berhak menjadi seorang pengundi. Justeru para pengundi perlu mengetahui kedudukan calon non muslim dan wanita dari sudut kaca mata Islam sama ada ia dibenarkan oleh syariat atau sebaliknya. Terdapat beberapa penulisan mengenai fiqh siyasah seperti Yusuf al-qardawi dalam kitbanya Fiqh al-dawlah fi al-islam (2001), al-mawardi, dalam kitabnya al-ahkam al-sultaniyyah (2006) dan beberapa buku yang lain namun penjelasan mengenai calon bukan Islam dan wanita di Malaysia dari sudut fiqh siyāsah masih belum ditemui. Penulisan ini berbentuk kualitatif iaitu melibatkan kajian kitab fiqh siyāsah serta proses temubual dari beberapa jabatan iaitu Jabatan Mufti Terengganu, Jabatan kehakiman Syariah Terengganu dan Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu. Calon Non Muslim Jika diperhatikan status agama bagi calon dari sudut fiqh siyasah dalam konteks Malaysia sebagaimana menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) Seksyen 3 dengan tertakluk kepada Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) Seksyen 13 (1) ia menjelaskan sebagaimana berikut: Calon bagi sesuatu pilihan raya yang mendapat bilangan undi sah yang terbesar daripada pemilih bahagian pilihan raya itu hendaklah disifatkan sebagai ahli yang dipilih bagi bahagian pilihan raya itu 16

Peruntukan di atas menjelaskan kedudukan status agama bagi calon tidak disyaratkan sebagai seorang muslim malah non Muslim boleh menjadi calon dalam sistem pilihan raya. Dasar pelantikan non Muslim sebagai ketua kerajaan di negara Islam berdasarkan fiqh siyasah melarang sama sekali kecuali segelintir sahaja yang membenarkan non Muslim menjadi pemimpin dalam sesebuah Negara Islam. Antara aliran yang melarang termasuk tokoh-tokoh Islam terdahulu dan juga kontemporari seperti al-jassas, al-alusi, Ibn `Arabi, al-harasi, Ibn Kathir, al-sabuni, al- Zamakhshari, `Ali al-sayyis, Tabataba i, al-qurtubi, Wahbah al-zuhaili, al-shaukani, al-tabari, Sayyid Qutub, al-mawardi, al-juwayni, `Abdul Wahab Khallaf, Muhammad Diya al-din al-rayis, Hasan al-banna, Hasan Hudaibi, al-maududi, Taqiyuddin al-nabhani dan ramai lagi (Mujar Ibn Syraif 2006: 56). Dasar-dasar pengharaman tersebut terdapat dalam sebelas ayat al-qur an sebagaimana yang dijelaskan oleh para sarjana Islam kontemporari dan sebelas ayat tersebut terdapat pula dua larangan (pemilihan sebagai pemimpin) iaitu bersifat khusus dan bersifat umum. Larangan bersifat khusus iaitu para Muslim dilarang memilih para Yahudi dan Nasrani, sementara larangan bersifat umum iaitu larangan para Muslim memilih semua non Muslim (Mujar Ibnu Syarif 2006: 60). Antaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia (mu), mereka satu sama lain saling melindungi; barang sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang yang zalim. (Al-Qur an 5:51) Menurut al-qurtubi sebagaimana diriwayatkan daripada al-suddi, ayat di atas pada asalnya diturunkan kepada umat Islam yang berada dalam keadaan ketakutan pada hari peperangan Uhud (Qurtubi 1964: 216). Manakala menurut pandangan Ibn Kathir pula umat Islam dilarang membuat hubungan kekuasaan (diplomatik) و ا ل ة 'م dengan kaum Yahudi dan Nasrani (Ibn Kathir 1997: 120). Rashid Rida berpendapat ayat idi atas diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. menetap di Madinah dan membuat hubungan diplomatik dengan golongan musyrik terutama sekali golongan Yahudi. (Rashid bin Ali Rida 1990: 350). Sementara menurut pendapat al-khuluwi perkataan ل ت ت خ ذ وا ال ي ه ود و الن صارى أ و ل ياء iaitu ditafsirkan sebagai jangan menaruh kasih sayang terhadap mereka terutamanya ketua atau pimpinan atasan dalam kalangan mereka (Yahudi dan Nasrani), kerana golongan tersebut akan bersatu untuk memudaratkan umat Islam (al-khuluwi t.th: 402). Jika diperhatikan pula pandangan sarjana Islam kontemporari seperti Wahbah al-zuhaili ayat di atas melarang sama sekali umat Islam menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai pembantu (al- Zuhaili 2001: 469). Justeru itu, ayat tersebut menunjukkan larangan kepada orang Islam terlibat dalam pelantikan non Muslim di mana-mana tempat dalam Negara Islam termasuk di Malaysia. 17

Berkenaan para calon non Muslim di Malaysia, mereka mempunyai peluang untuk menjadi ketua kerajaan di Malaysia dan perkara ini bertentangan dengan dasar fiqh siyāsah. Melihat kepada perundungan Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan: Yang dipertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri Ia menjelaskan sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 sehingga sekarang, Perdana Menteri masih dalam kalangan daripada bangsa Melayu dan Islam walaupun dalam perlembagaan tersebut tidak dinyatakan keperluan Perdana Menteri mesti seorang yang beragama Islam. Kedudukan calon tidak dinyatakan status beragama Islam dalam perundangan sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) Seksyen 13 (1): ianya berhak menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negeri jika menang dalam pilihan raya Melihat kepada kepada aspek yang lain pula syarat kelayakan bagi para calon hanyalah menyentuh status umur iaitu Perkara 47 (b) Perlembagaan Persekutuan: Tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan adalah layak menjadi ;- (b) ahli Dewan Rakyat, jika ia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun, Sekiranya non Muslim tidak bertindak sebagai ketua kerajaan tetapi berstatus wakil rakyat, adakah perkara ini dilarang oleh syariah.? Menurut al-jassas, non Muslim tidak boleh sedikit pun terlibat dalam segala urusan kekuasaan pemerintahan terhadap umat Islam (al-jassas t.th: 401). Pendapat ini selari dengan pendapat al-juwayni dan Ibn Jama`ah (Mujar Ibn Syarif 2006: 130). Menurut al-mawardi, non Muslim dibenarkan terlibat dalam urusan politik setakat wazir tanfiz 1 sahaja (al-mawardi 2006: 56). Wazir tanfiz bermaksud pembantu imamah bagi melaksanakan urusan sesebuah negara. Namun perkataan wazir tanfiz dalam konteks pemerintahan di Malaysia termasuk para jemaah menteri selaras Perlembagaan Pesekutuan Perkara 43 2. Jika diperhatikan 1 Wazir tanfiz iaitu pembantu kepada imamah (ketua negara) dalam sebuah sistem pemerintahan khilafah. Sementara kedudukan kekuasaannya adalah terhad dan bergantung kepada arahan imamah. Manakala wazir tafwid pula terdapat beberapa kelebihan berbanding wazir tanfiz, iaitu boleh melantik gabenur, mencampuri urusan mahkamah, boleh menjadi panglima perang dan mempunyai kekuasaan ke atas harta negara iaitu baitulmal. Kesemua kekuasaan ini tidak ada pada wazir tanfiz (Khamami Zada, 2008: 312). 2 Wazir tanfiz dalam konteks pemerintahan di Malaysia tidak termasuk Timbalan Perdana Menteri dan para menteri yang bertanggungjawab bagi urusan hal ehwal Islam seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengurus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Lembaga Tabung Haji dan lain-lain lagi. 18

kedudukan wakil rakyat non Muslim di Malaysia dengan wazir tanfiz dalam sistem khilafah, ia mempunyai beberapa persamaan. Antaranya non Muslim boleh terlibat dalam aspek pemerintahan tetapi tidak boleh menjadi ketua kerajaan dalam sistem demokrasi dan imamah dalam sistem khilafah. Proses pelantikan ketua kerajaan dalam sistem demokrasi mempunyai tapisan sebagaimana kedudukan rajah di bawah; Larangan non Muslim dari sudut fiqh siyasah pada lapisan ini Perdana Menteri Menteri Ahli Dewan Rakyat & Negeri Para Calon Non Muslim Perbincangan non Muslim di Malaysia hanya pada lapisan ini Rajah 1.1: Kedudukan non Muslim di Malaysia dalam konteks fiqh siyasah Berdasarkan rajah 1.1 di atas, kedudukan non Muslim dalam konteks pemerintahan di Malaysia hanya pada peringkat lapisan keempat, namun mereka akan melangkah ke lapisan kedua iaitu Menteri Kabinet dan tidak akan mencapai lapisan pertama iaitu Perdana Menteri. Walau bagaimanapun untuk menjamin Perdana Menteri seorang beragama Islam, perlu diletakkan syarat tersebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika dilihat kedudukan perundangan sedia ada iaitu Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Senarai 2 Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, menjelaskan: Ugama bagi Persekutuan iaitu Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan. Berkaitan calon non Muslim di Malaysia, Mufti Terengganu tidak menyokong secara mutlak sama ada pada lapisan pertama, kedua, ketiga atau keempat sebagaimana rajah 1. Beliau juga menyokong perlunya ada cadangan perubahan dalam Perkara 47 (b) Perlembagaan Persekutuan dengan disesuaikan mengikut perundangan sedia ada (Zulkifli Muda 2016). Manakala menurut Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Terengganu calon non Muslim tidak menggambarkan ke arah negara Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia. Susulan itu beliau juga menyokong agar 19

Perdana Menteri mesti dalam kalangan yang beragama Islam supaya termaktub dalam perlembagaan selaras dengan pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar bagi negeri Terengganu adalah beragama Islam sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Bagi Negeri Terengganu (Wan Abd Malik 2016). Berdasarkan hasil temubual yang dijalankan oleh pengkaji, setelah dianalisis mengikut perundangan sedia ada, dicadangkan perlu dilakukan pindaan pada Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana lapisan pertama pada rajah 1. Manakala lapisan kedua, ketiga dan keempat didapati berlawanan dengan peruntukan yang lain iaitu Perkara 47 (b) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) Seksyen 13 (1), perkara ini adalah sukar untuk dilaksanakan. Suruhanjaya Pilihan Raya bersetuju dengan pindaan ini kerana tidak bertentangan dasar Perlembagaan Persekutuan, sementara dari sudut perlaksanaan eksekutif, ia tidak memberi impak yang besar terhadap dasar pengurusan (Mohd Yasir 2016). Calon Wanita Terdapat elemen-elemen tertentu dalam sistem pilihan raya di Malaysia yang bertentangan dengan fiqh siyasah berkaitan wanita yang terlibat sebagai calon dalam pilhan raya. Status hak gender juga masih tidak disentuh dalam perundangan berkaitan pilihan raya dan yang menyentuh hanya status umur (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan), sempurna akal (Perkara 48 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan), bukan seorang muflis (Perkara 48(1)(b) Perlembagaan Persekutuan) dan tidak memegang jawatan yang berkeuntungan (Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan). Sementara dalam Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) juga tidak menyentuh hak gender dalam pencalonan. Dalam fiqh siyasah pelantikan pemimpin atau ketua kerajaan mestilah seorang lelaki berdasarkan nas al-qur an yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita. (Al-Nisa 4: 34) Menurut al-qurtubi, golongan lelaki bertanggungjawab terhadap nafkah rumah tangga termasuk urusan pemerintahan dan penghakiman (al-qurtubi 1964 :168). Manakala Rashid Riḍa pula, berpendapat golongan lelaki mempunyai sifat semula jadi bagi menuruskan pemerintahan dan peperangan. Tanggungjawab ini juga merupakan kefardhuan bagi golongan lelaki dan tidak kepada golongan wanita (Rashid bin Ali Rida 1990: 55). Terdapat juga beberapa pandangan daripada sarjana Islam lain seperti Taqiyuddin Al-Nabhani, Muhammad Diya al-din al-rayis dan ramai lagi yang mensyaratkan ketua kerajaan mestilah seorang lelaki (al-maqadisi t.th: 318). Manakala menurut pandangan al-mawardi pula imam (ketua kerajaan) mestilah berani berdepan dengan musuh sebaliknya para wanita lemah dalam perkara tersebut (al-mawardi 2006: 58). Berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah) : 20

لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة. Maksudnya: Tidak akan beruntung satu kaum jika mereka melantik para wanita menjadi pemimpin. (Bukhari 1987: 1610 Menurut Yusuf al-qardawi, larangan tersebut bersifat umum tetapi terdapat perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak seperti urusan fatwa, saksi, ijtihad, pengajaran, pentadbiran dan sebagainya. Beliau menukilkan pandangan Ibn Qayyim bahawa hadis tersebut bukan bersifat larangan secara keseluruhan terhadap semua aktiviti yang dilakukan oleh wanita. Wanita muslimah berhak terlibat dalam urusan politik dan dibenarkan menjadi calon dalam pilihan raya asalkan mematuhi peraturan syariah seperti menutup aurat dan sebagainya (Yusuf al-qardawi 2001: 275). Hasil temubual dengan Mufti Terengganu berkaitan calon wanita di Malaysia, beliau bersikap terbuka jika para wanita menjadi ketua kerajaan, kerana kedudukan ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri tidak termasuk larangan dalam fiqh siyasah dari sudut Imamah iaitu pemerintahan sistem khilafah terdahulu. Dalam konteks sekarang tiada lagi sistem khilafah dan dibenarkan para wanita menjadi pemimpin sama ada Perdana Menteri atau Presiden (Zulkifli Muda 2016). Manakala menurut Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Terengganu pelantikan calon dalam kalangan wanita dibolehkan kerana beliau membandingkan perlantikan para hakim wanita syariah di Mahkamah Syariah Terengganu adalah dibenarkan (Wan Abd Malik 2016). Kesimpulan Berdasarkan hasil penelitian terhadap kitab-kitab turath serta hasil temubual dengan pegawai di beberapa seperti Jabatan Mufti Terengganu, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Dan Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu kesemuanya bersetuju agar dibuat pindaan pada perkara 40 (2) (a) Perkara Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik seorang Perdana Menteri ditambah dengan perkataan melantik seorang Perdana Menteri yang beragama Islam. Perkara ini telah dijelaskan dalam rajah 1 iaitu pada lapisan pertama. Manakala menggubal peruntukkan perundangan supaya non Muslim tidak boleh terlibat dalam pilihan raya seperti pengundi, adalah berlawanan dengan peruntukan yang lain iaitu Perkara 47 (b) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) Seksyen 13 (1) dan perkara ini adalah sukar untuk dilaksanakan. Suruhanjaya Pilihan Raya tidak bersetuju dengan pindaan tersebut kerana sukar dilaksanakan dari sudut pengurusan kerana rakyat Malaysia mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan agama (Mohd Yasir, 2016). Kini ketua kerajaan atau Perdana Menteri Malaysia masih lagi dipimpin oleh para Muslim sejak kemerdekaan. Melihat kepada dasar pentadbiran Islam di Malaysia seperti kedudukan JAKIM, mahkamah syariah, majlis agama Islam, pusat kewangan Islam dan sebagainya ianya masih terkawal dan menepati dasar perlembagaan.. 21

Sementara calon wanita pula, hakikatnya kedudukan mereka sama dengan calon non Muslim kerana bukan berstatus ketua kerajaan sebagaimana Perdana Menteri. Di Malaysia.Perdana Menteri masih dilantik dalam kalangan lelaki walaupun para calon wanita menang dalam pilihan raya. Namun demikian, kedudukan wanita hanya setakat di lapisan kedua, ketiga dan keempat. Justeru tidak perlu kepada cadangan pindaan perundangan sedia ada. Cadangan ini juga disokong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana penggubalan sesebuah Akta Pilihan Raya sememangnya terdapat sedikit kesukaran (Mohd Yasir 2016). Walau bagaimanapun perkara ini bukan dikategorikan sebagai perkara yang dituntut dalam agama kerana ia termasuk perkara ijtihadi. Rujukan Abu Bakar Ahmad Ibn `Ali al-razi al-jassas. (t.th.). al-ahkam al-qur an, jld.2. Kaherah: Syirk Maktabah wa al-matba`ah. Abdul Wahab Khallaf. (1977). al-siyasah al-syar`iyyah aw al-nizam al-dawlah al-islamiyyah fi al- Syu`un al-dusturiyyah wa Kharijiyyah wa Maliyyah, ed.1. al-kaherah: Dar al-ansar. Afzan Ayub. (2001). Demokrasi dan Pilihan Raya, ed.1. Selangor: Pustaka Minda Aktif. al-bukhari, Abu Abdullah. (1987). Sahih Bukhari Jami` Sahih Mukhtasar Sahih Bukhari, taḥqiq oleh: Musṭafa Dib, Beirut: Dar Ibn Kathir, ed.3. jld.6. al-khuluwi. (t.th). Ruhul Bayan, ed.1. jld.2. Beirut: Dar Fikr, t.th, jld.2. al-mawardi, Abi Hassan Ali Bin Muhammad Bin Habib al-basri. 2006. al-ahkam al-sultaniyyah, tahqiq oleh Ahmad Jad, ed.1. Kaherah: Dar Hadis. al-maqadisi, Kamaluddin Muhammad Ibn Muhammad. (t.th). al-musamirah bi Sharhi al-musharah, Kaherah: al-maktabah al-tijariyyah al-kubra. al-qurtubi, Abu `Abdullah Mohamad bin Ahmad. (1964). Jami` Ahkam al-qur an Tafsir Qurtubi, ed.2. Kaherah: Dar Kitab. al-zuḥaili, Wahbah bin Mustafa. (2001). Tafsir al-wasit li Zuhaili, Damshik: ed.3. jld.1.darul Fikr. Ibn Kathir, Ismail Bin Umar. (1997). Tafsir Qur an `Azim Ibn Kathir, ed.1. jld.4. Beirut: Dar Kitab Ilmaniyyat. Ibn Qayyim Al-Jawzi. (1953). al-turuq al-hukmiyyah fi al-siyasah al-syar`iyyah ed.1. Riyad: Dar al- Watan. Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia. (2006). Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Khamami Zada. (2008). Siyasah Syar`iyyah Doktrin dan Pemikiran Politik Islam, ed.1. Jakarta: Penerbitan Erlangga. Lembaga Penyelidik Undang-Undang, Perlembagaan Persekutuan. (2013). ed.1. Selangor: Internasional Law Book Service. Malayan Law Journal Sdn Bhd & Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19), (2006). ed. 1. Selangor: Percetakan Nasional Bhd. (2006). Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), ed.1. Selangor: Percetakan Nasional Bhd. Maurice Ducerger. (1954). Political Parties, ed.1. London: Methuenad. 22

Miriam Budiardjo. (2008). Dasar-dasar Ilmu Politik, ed.30. Jakarta: Pustaka PT Gramedia. Mohammad Rashid bin `Ali Rida. (1990).Tafsir Al-Manar, ed. 12, jld.5. Mansurah: Haitul Kutub. Mohd Yasir Khan Bin Abd Malik, Suruhanjaya Pilihan Raya Bahagian Operasi dan Persempadanan Pilihan Raya (2016, Januari 16) Pilihan Raya Dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia Menurut Fiqh Siyasah (Ridzuan Mohamad, Interviewer). Mujar Ibn Syarif. (2006). Presiden Non Muslim Di Negara Muslim, ed.2. Jakarta: PT Pustaka Sinar Harapan. Sahibus Samahah Dato Dr Zulkifli Bin Muda, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu (2016, Januari 5) Pilihan Raya Dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia Menurut Fiqh Siyāsah (Ridzuan Mohamad, Interviewer). Tun Salleh Abbas. (2006). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, ed.3. Ampan Hulu Klang Selangor Darul Ehsan: Dawanan Sdn Bhd. Wan Abd Malik bin Wan Sidik, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Terengganu (2016, Januari 17) Pilihan Raya Dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia Menurut Fiqh Siyāsah (Ridzuan Mohamad, Interviewer). Yusuf al-qardawi. (2001). Fiqh al-dawlah fi al-islam, di terjemah oleh: Kathur Suhardi, Editor: Abu Ahmad, Malaysia, ed.1. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada. Mohd Ridzuan Mohamad Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) 20519 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman ridzuan@maidam.gov.my Basri Ibrahim Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) basri@unisza.edu.my Mohd Sufian bin Moktar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akhisufian@yahoo.com 23