KONSEP KOSHER DALAM AGAMA YAHUDI : ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF PEMIKIRAN HUKUM ISLAM MUHAMAD NORDIN BIN KASMON DESERTASI INI DIKEMUKANKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN 1 (SECARA DESERTASI) JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA 2011 ii
PERBANDINGAN AGAMA iii
ABSTRAK Persoalan halal dan haram pada masa kini amat meluas dibincangkan memandangkan Malaysia bakal menjadi pusat hub makanan halal dunia. Fenomena ini menunjukkan satu perubahan yang positif kerana kesedaran penguna Muslim khususnya di Malaysia untuk memilih produk makanan yang benar-benar halal telah mulai difahami, diutamakan dan diamalkan. Namun pengguna Muslim perlu prihatin terhadap produk berlogo Kosher dari negara Barat terutamanya dari Amerika Syarikat dan Eropah yang diwar-warkan mempunyai prinsip yang sama dengan maksud halal Islam. Secara umumnya, makanan Kosher merupakan makanan yang dibenarkan dalam agama Yahudi, dan dalam agama Islam, disebut sebagai makanan halal. Justeru, objektif kajian ini akan membincangkan aspek perbezaan dan persamaan konsep Kosher dan halal yang di analisis menurut pemikiran hukum Islam. Kajian ini juga akan menilai sejauh mana kesejajaran prinsip kosher dan halal. Maka, metodologi yang akan digunakan adalah melalui kajian perpustakaan dan lapangan kepada individu yang terlibat. Perbandingan akan dilakukan diantara kosher dan halal dari aspek pemikiran hukum islam. Secara asasnya, wujud pandangan yang berbeza dalam pandangan ilmuwan Muslim berkaitan status makanan kosher dan Ahli Kitab; ada pandangan yang menghalalkannya dan terdapat pandangan yang menolak dengan alasan yang berbeza beserta hujah yang dapat diterima akal. Tuntasnya, makanan Kosher bukanlah anjuran dalam agama Islam dan umat Islam wajib memilih makanan yang halal bersesuaian dengan tuntutan dan falsafah ajaran Islam yang diwahyukan Allah. iv
ABSTRACT Recently, the question of halal and haram is very widely discussed, as Malaysia will be the center of the global food halal hub. This phenomenon indicates a positive change because of the consumer awareness. Muslims in Malaysia are beginning to understand, emphasis and practice in choosing clean food product. However, users must be aware of Muslim Kosher brand products from Western countries, especially from the United States and Europe which have touted the same principles with Islamic halal purposes. In general, Kosher food is food that is permitted in Judaism, and Islam, referred to as halal food. Hence, the objective of this study will discuss the differences and the similarities between Kosher and halal concepts that have been analysed according to Islamic law thinking. This study will also assess the extent to which the principles of alignment in kosher and halal. Thus, the methodologies to be used is through the library and field research to the individuals involved. Comparisons will be made between kosher and halal base on islamic law thinking. Basically, there are different views in the eyes of Muslim scholars and People of The Book relating the status of kosher foods. Some allow it and there are views that reject the based on the different reasons with valid arguments. Kosher food is certainly not encouraged in Islam and Muslims are obliged choose foods, that are lawful in accordance with Islamic teachings and philosophy claims that God revealed. v
PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., para ahli keluarganya, sahabat-sahabat yang terbilang, para pejuang kebenaran, serta mereka yang berjihad mendaulatkan Islam di sepanjang zaman. Di kesempatan ini, saya ingin merafa kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas segala hidayah dan Inayah-Nya. Dengan keizinan daripada-nya dapatlah saya menyempurnakan kajian ini sebagai satu syarat untuk saya memperolehi Sarjana Usuluddin di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd. Hambali @ Khambali dan Prof Madya Dr. Anisah Abdul Ghani selaku penyelia yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya terutamanya dalam menyempurnakan kajian ini. Begitu juga tidak dilupakan kepada semua pensyarah dan tenaga pengajar di Akademi Pengajian Islam khususnya dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam yang tidak jemu mencurahkan ilmu mereka untuk dimanfaatkan. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. yang layak membalas segala jasa baik yang telah dicurahkan. Ribuan terima kasih dipersembahkan kepada kedua ibubapa, serta kaum keluarga yang selama ini telah banyak mendidik dan memberi semangat kepada saya untuk terus menuntut ilmu dan melanjutkan pengajian. Dorongan ini akan anakanda jadikan azimat dalam kehidupan untuk terus maju ke hadapan.seterusnya, tidak dilupakan buat pemaisuri hatiku, Masyfu ah Mokhtar dan permata hatiku, Muhammad vi
Mu izzuddin Bin Muhamad Nordin yang telah banyak berkorban demi perjuangan ini meneruskan perjalanan mencari ilmu. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang setia khususnya sahabat-sahabat dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam yang turut menyumbang idea dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Semoga perjuangan dan ukhuwah yang kita bina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Buat akhirnya, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam disertasi ini, ribuan terima kasih dilafazkan dan semoga Allah s.w.t. mengurniakan rahmat-nya kepada kita semua. Semoga usaha yang sekecil ini dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT dan mampu memberi manfaat yang besar buat dunia Islam seluruhnya. MUHAMAD NORDIN KASMON (IGB 090036) 3, SPG (3) PT. JAMIL, PARIT JAWA, 84150 MUAR, JOHOR DARUL TA ZIM NOVEMBER 2011 vii
DAFTAR ISI KANDUNGAN HALAMAN PRELIMINARI Abstrak Penghargaan Daftar isi Senarai Kependekan Panduan Transliterasi iv vi viii xii xiii BAB PERTAMA PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Masalah Kajian 3 1.3 Pengertian Tajuk 8 1.4 Objektif Kajian 11 1.5 Skop Kajian 11 1.6 Kepentingan Kajian 12 1.7 Kajian Semula Hasil-Hasil Penulisan (Literature Review) 13 1.8 Metodologi Penyelidikan 18 1.9 Susunan Penulisan 23 viii
BAB KEDUA KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI 2.1 Pengenalan 27 2.2 Kosher Dalam Kepercayaan Agama Yahudi 29 2.2.1 Konsep Kosher 32 2.3 Perintah Dan Peraturan Makanan Kosher 32 2.4 Status Makanan Kosher Dalam Agama Yahudi 37 2.4.1 Haiwan Yang Dibenarkan 38 2.4.1.1 Haiwan Daratan 38 2.4.1.2 Haiwan Air 44 2.4.1.3 Serangga dan Burung 45 2.4.2 Darah 46 2.4.3 Gelatin 47 2.4.4 Minuman Alkohol atau Arak 48 2.4.5 Penggunaan Susu, Keju Dan Enzim Dalam Makanan. 51 2.4.6 Peralatan Dalam Penyediaan Makanan 53 2.4.7 Makanan Bijirin 54 2.5 Makanan Therif Dalam Agama Yahudi 54 2.6 Pengaruh Makanan Kosher Terhadap Keperibadian Penganut Yahudi 55 2.7 Kesimpulan 57 ix
BAB KETIGA KONSEP HALAL MENURUT PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM 3.1 Pengenalan 59 3.2 Konsep Halal Dalam Islam 60 3.3 Dalil dan Pensyariatan Makanan Halal 63 3.4 Status Makanan Halal Dalam Islam 65 3.4.1 Haiwan Yang Dibenarkan 66 3.4.1.1 Haiwan Darat 67 3.4.1.1.1 Penyembelihan 69 3.4.1.2 Haiwan Laut 73 3.4.2 Darah 75 3.4.3 Gelatin 76 3.4.4 Minuman Alkohol 77 3.4.5 Susu, Enzim dan Keju. 79 3.4.6 Pemperosesan Dan Penyediaan Makanan 81 3.4.7 Makanan Bijirin 82 3.5 Hubungan Akidah Dan Perintah Halal 83 3.6 Makanan Haram Dalam Agama Islam 85 3.7 Pengaruh Makanan Halal Terhadap Pembinaan Sakhsiah Individu Muslim 87 3.6 Kesimpulan 91 x
BAB KEEMPAT KOSHER : ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF PEMIKIRAN HUKUM ISLAM 4.1 Pengenalan 93 4.2 Prinsip Kosher Dan Halal: Analisis Persamaan Menurut Perspektif Pemikiran Hukum Islam 95 4.3.1 Penyembelihan 97 4.3.2 Perkara Yang Haram Dan Therif Dalam Kedua-Dua Agama. 105 4.3.2.1 Babi 105 4.3.2.1 Darah 107 4.3 Proses Penyediaan Makanan Kosher Dan Halal : Analisis Perbezaan Menurut Pemikiran Hukum Islam. 108 4.3.1 Haiwan Yang Dibenarkan 108 4.3.2 Penyembelihan Kosher dan Ahli Kitab 111 4.3.3 Peralatan Dalam Penyediaan Makanan Kosher dan Halal 117 4.3.4 Gelatin 119 4.3.5 Arak 120 4.4 Persamaan Kosher Dan Halal: Analisis Menurut Perspektif Pemikiran Hukum Islam 124 4.5 Kesimpulan 125 BAB KELIMA PENUTUP 5.1 Rumusan Kajian 128 5.2 Saranan Kajian Masa Depan 137 xi
BIBLIOGRAFI LAMPIRAN SENARAI KEPENDEKAN & - dan Abd - Abdul b - bin Bil - Bilangan bt - binti dll - dan lain-lain dsb - dan sebagainya ed. - Editor et al., - Pengarang lebih daripada tiga orang h. - Halaman Hj. - Haji Ibid. - Ibidem; pada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama No. - Nombor Op.cit. - (Latin : Opera Citato) dalan karya yang sudah dipetik SAW - Sallallahu alaihi wa sallam Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad SWT - Subhanahu wa Ta ala t.t. - Tanpa tarikh / tanpa tahun terj. - Terjemahan xii
PANDUAN TRANSLITERASI Senarai pedoman tersebut adalah seperti berikut : 1 1. Huruf Konsonan Huruf Arab Nama Huruf Latin ا alif a / ب ba b ت ta t ث tha th ج jim j ح ha h خ kha kh د dal d ذ dhal dh ر ra r ز zay z س sin s ش syin sy ص sad s ض dad d ط ta t ظ za z ع ayn 1 Lihat Jawatan kuasa Tetap Bahasa Melayu (1992), Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ; Buku Panduan Penulisan Tesis/ Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam (2001), Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. xiii
غ ghayn gh ف fa f ق qaf q ك kaf k ل lam l م mim m ن nun n و waw w ه ha h ي ya y ة ta marbutah h xiv
2. Huruf Vokal Vokal Huruf Arab Huruf Latin Pendek Panjang Diftong (fathah) (dammah) (kasrah) آ ا و ا ي ا و ا ي ي و a u i a u i aw ay iy/i uww Nota : Istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab tetapi telah menjadi sebutan umum Bahasa Malaysia adalah dieja mengikut perkataan Bahasa Malaysia melainkan jika ia ditulis mengikut sebutan Bahasa Arab. xv