KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Lubna Abd Rahman Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERJEMAHAN KATA PANGGILAN BANGSAWAN DALAM WACANA AL-

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Tinjauan Terhadap Unsur Kesopanan Dalam Sosiolinguistik Melayu

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

MOHD SHAHRIZAL NASIR. Kata kunci: Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab.

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG DALAM TERJEMAHAN ARAB MELAYU

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan di Malaysia

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

The Virtues of Surah An-Nasr

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TERJEMAH, TAFSIR DAN TAKWIL DALAM AL-QURAN. DR. MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL MANAF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

HBT 105 KAEDAH PENTERJEMAHAN

Sustaining Islam in a Multicultural Environment in Malaysia - Family Values

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

KOHESI DALAM RENCANA PENGARANG AKHBAR TAMIL SANTHY A/P MUTTAPPAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

The Principles of Imāmah in the Qurʾān

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Transcription:

1037 KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI Dr. Nasimah Abdullah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) nasimah@kuis.edu.my 012-9837495 Nor Fatihah Suliman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) fatihahsuliman@gmail.com ABSTRAK Tafsir Pimpinan Ar-Rahman terjemahan Abdullah Basmeih merupakan satu terjemahan makna al-quran ke bahasa Melayu yang sangat popular dan telah diulang cetak beberapa kali dan yang terakhir adalah pada tahun 2013. Masyarakat Melayu khususnya di Malaysia memberi sambutan yang menggalakkan kepada terjemahan tersebut disebabkan oleh cara terjemahan makna al-quran yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh setiap pembaca. Penulisan ini bertujuan mengkaji kesepadanan terjemahan kata ganti nama diri daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu dengan memilih beberapa ayat al-quran sebagai sampel kajian. Dalam bidang linguistik teks, penggunaan kata ganti nama yang salah atau tidak jelas boleh menjejaskan keutuhan teks secara keseluruhannya. Ini adalah kerana kata ganti nama adalah salah satu elemen yang membentuk kohesi dalam teks. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis teks. Kajian ini pada asasnya adalah bersifat linguistik bandingan antara struktur sintaksis Arab dan Melayu di mana penulis membandingkan antara kata ganti nama diri Arab (ضمير) dengan kata ganti nama diri Melayu untuk meneliti kesepadanan terjemahan yang digunakan. Penulis memilih lima (5) contoh ayat al-quran secara rawak iaitu ayat 42 Surah Maryam, ayat 11 Surah al-qasas, ayat 80 Surah Yusuf, ayat 25 dan 26 Surah al-syu ara. Berdasarkan 5 contoh ayat al-quran yang dikaji, kertas kerja ini mendapati terdapat ketidaksepadan dalam menterjemah kata ganti nama Arab ke bahasa Melayu dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dari sudut linguistik bandingan. Walau bagaimanapun, ketidaksepadanan itu memberi tiga (3) implikasi yang sedikit berbeza iaitu i) makna nahuan yang tidak tepat, ii) makna nahuan yang salah dan iii) tiada implikasi pada makna nahuan kerana konteks keseluruhan ayat dan unsur-unsur linguistik lain yang mengiringi ayat tersebut boleh membina sebuah wacana yang lebih komunikatif berbanding meraikan kesepadanan dari sudut kontrastif. Oleh itu, dalam usaha memastikan wujudnya ketenunan teks terjemahan, disarankan agar ada semakan terhadap cetakan terkini terjemahan al-quran demi penambahbaikan terhadap hasil terjemahan tersebut. Kata kunci: Kohesi, Kata Ganti Nama Diri, Abdullah Basmeih, Terjemahan al-quran 1. Pendahuluan Robert de Beaugrande dan Wolfgang Dressler (1981: 3-12) telah menggariskan tujuh (7) piawaian atau unsur yang boleh menentukan tahap tekstualiti wacana iaitu kohesi (ketenunan teks), koheren (aliran tematik), tujuan teks, penerimaan pembaca sasar, maklumat (informativity), kontekstualiti, intertekstualiti. Tekstualiti adalah satu perkara utama dalam bidang pengajian linguistik teks dan Idris Aman mendefinisikannya sebagai pembinaan wacana atau teks berasaskan input linguistiknya (dalam Mohammad Fadzeli Jaafar : 2014: 119). Manakala, penterjemahan pula ialah proses penggantian teks asal dengan teks lain (Juliane House: 2013: 3) dan semasa menterjemah, yang diganti bukanlah semata-mata konstituen- 270

konstituen dalam teks asal tetapi teks berkenaan secara keseluruhan yang perlu berfungsi sebagai sebuah wacana yang komunikatif. Oleh itu Robert de Beaugrande (2007: 576) berpandangan bahawa semua unsur tekstualiti yang dibincangkan dalam bidang pengajian linguistik teks sangat relevan dengan bidang ilmu terjemahan. Kita menyedari bahawa terjemahan makna al-quran mempunyai fungsi yang agak signifikan kepada masyarakat Melayu Islam yang tidak mempunyai latar belakang pengetahuan dalam bahasa Arab. Mereka akan merujuk kepada terjemahan makna al-quran sebagai satu usaha untuk memahami isi kandungan dan mesej yang terdapat dalam al-quran. Apa sahaja yang dipaparkan dalam teks terjemahan yang mereka baca akan memberi kesan kepada tahap pemahaman mereka terhadap mesej al-quran. Oleh itu, penggunaan dhamir atau kata ganti nama yang salah atau kabur, akan menjadikan teks tidak mempunyai ketenunan tek atau kohesi dan keadaan ini secara tidak langsung akan menyukarkan pembaca memahami teks tersebut. Ironinya, teks terjemahan makna al-quran mestilah betul dari segi linguistiknya agar makna dapat disampaikan kepada pembaca sasaran dengan tepat. 2. Kohesi Melalui Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Hal ini bertepatan dengan apa yang dijelaskan oleh Idris Aman (dalam Mohammad Fadzeli Jaafar: 2014: 120) bahawa kohesi bermaksud bagaimana teks atau wacana dibina secara berkaitan melalui alatalat linguistik seperti alat nahuan dan alat leksikal. Halliday dan Hasan (1983: 5-6) mengkategorikan kohesi kepada dua (2) jenis iaitu i) kohesi nahu dan ii) kohesi leksikal. Kohesi nahu dibahagikan kepada empat (4) jenis iaitu i) rujukan ii) elipsis, iii) substitusi dan iv) konjungsi. Alat kohesi rujukan pula terbahagi kepada anaphora dan katafora, Semua jenis kohesi nahu tersebut mempunyai alat-alat kohesi yang berfungsi menghubungkan satu unsur wacana dengan unsur yang lain mengikut tatacara yang ditetapkan dalam lingkungan jenis kohesi masing-masing. Dalam tatabahasa Arab, kata ganti nama diri dikenali sebagai dhamir (ضمير) dan ia adalah dalam kategori alat kohesi rujukan anaphora. Dhamir ada tiga (3) jenis iaitu munfashil digunakan pada (منفصل) Kata ganti nama diri.(مستتر) dan mustatir (متصل) muttashil,(منفصل) kata nama, dan kata ganti nama diri (متصل) digunakan pada kata nama, kata kerja dan partikel atau huruf, manakala kata ganti nama diri (مستتر) hanya digunakan pada kata kerja iaitu fi il kedua-duanya terbahagi kepada tiga jenis, iaitu (متصل) dan dhamir (منفصل) Dhamir.(فعل) mutakallim,(متكلم) mukhatab (مخاطب) dan gha ib (غائب) (Majdi Wahbah & Kamil al- Muhandis: 1984: 230-231). Mohd Azidan (2011: 61) menyatakan bahawa dhamir merupakan salah satu alat kohesi rujukan dalam wacana Arab. Secara relevannya, kata ganti nama diri juga adalah merupakan salah satu alat kohesi rujukan dalam wacana Melayu. Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am (Tatabahasa Dewan: 2006: 103) dan digunakan bagi mengelakkan berlakunya pengulangan dan kekerapan yang terlalu banyak bagi perkataan yang sama dalam sesuatu ayat. (Muhammad Bukhari Lubis, Mohd Fauzi Jumingan dan Khairunnawa Mohamed: 1998: 40). 271

3. Implikasi Alat Kohesi Rujukan Kepada Makna Nahuan Sebagaimana yang telah kita maklumi bahawa dalam bidang linguistik teks, kata ganti nama adalah salah satu elemen yang membentuk ketenunan atau kohesi dalam teks. Kesilapan memilih kata ganti nama dalam menghubungkan antara satu ayat dengan ayat selepasnya akan memberi kesan kepada kekaburan makna nahuan. Contoh kohesi adalah seperti dua ayat berikut: 1- Fatimah, Husna dan Zainab ke balai raya. 2- Mereka ke sana untuk belajar memasak dan beramah mesra dengan komuniti setempat. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Fatimah, Husna dan Zainab, sementara perkataan sana merujuk kepada balai raya. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Kedua-dua ayat ini juga mempunyai unsur koheren kerana aliran maklumatnya adalah jelas, bermakna dan difahami. Cuba perhatikan pula empat ayat berikut: 1. Fatimah, Husna dan Zainab ke balai raya. 2. Mereka berdua ke sana untuk memancing. 3. Dia akan mengajukan beberapa masalah masyarakat setempat kepada wakil rakyat. 4. Mereka sepakat untuk ke Kuala Lumpur menaiki bas. Dalam contoh di atas, tidak terdapat tautan antara keempat-empat ayat tersebut kerana aliran maklumatnya adalah tidak jelas serta makna mengelirukan dan sukar difahami. Perkataan mereka berdua dalam ayat kedua sepatutnya diganti dengan mereka tanpa berdua supaya boleh merujuk kepada Fatimah, Husna dan Zainab. Selain itu, ayat pertama tidak mempunyai keserasian hubungan dengan ayat kedua untuk menghasilkan wacana yang mantap. Jika frasa untuk memancing dalam ayat kedua diganti dengan untuk membersih balai raya atau untuk menghadiri mesyuarat, maka kelihatan aliran tematiknya adalah lebih jelas dan relevan. Manakala ayat ketiga dalam contoh di atas tidak menyumbang kepada makna keseluruhan wacana serta tidak membawa ciri kesinambungan kerana kata ganti nama diri dia tidak dapat dikaitkan dengan unsur sebelumnya walaupun temanya kelihatan logik dengan kewujudan kata nama balai raya pada ayat pertama. Dapat diperhatikan daripada contoh di atas bahawa kohesi boleh dicapai melalui penggunaan kata ganti nama diri yang betul. Sebaliknya, penggunaan kata ganti nama yang salah atau tidak jelas akan menjejaskan keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks secara keseluruhan. 4. Kohesi Dan Hubungannya Dengan Penterjemahan Dalam amali penterjemahan, penterjemah perlu peka dengan faktor keseragaman atau padanan antara kata ganti nama teks sumber dan kata ganti nama teks sasaran kerana ia mempunyai implikasi nahuan dan makna yang begitu signifikan terhadap pembaca sasaran. 272

Dalam konteks terjemahan Arab-Melayu, penterjemah perlulah menguasai konsep ganti nama dalam kedua-dua bahasa ini (Muhammad Bukhari Lubis, Mohd Fauzi Jumingan dan Khairunnawa Mohamed: 1998: 43). Hal ini kerana bahasa Arab dan Melayu mempunyai persamaan dan perbezaan sifat, bentuk dan penggunaan. Dengan erti kata lain, penterjemah perlu peka dengan persamaan dan perbezaan sifat, bentuk dan penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri Arab dan Melayu. Oleh itu, penterjemah perlu mendalami ilmu linguistik bandingan untuk membuat padanan yang sepatutnya antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa dan linguistiknya tersendiri. Bahasa Arab berbeza daripada bahasa Melayu dalam penggunaan kata ganti nama dalam isu tertentu. Sebagai contoh, bahasa Arab mempunyai kata ganti nama yang bersifat bariz (nyata) dan mustatir (tersembunyi). Ciri istitar ini tidak wujud dalam bahasa Melayu yang hanya mempunyai kata ganti nama yang zahir dan nyata. Berdasarkan analisis kontrastif antara kata ganti nama diri Melayu dan Arab, semua kata ganti nama diri orang dalam bahasa Melayu merujuk kepada manusia sahaja (Tatabahasa Dewan: 2006: 89), kecuali ia yang boleh merujuk kepada benda yang dibicarakan dan berfungsi sebagai subjek dalam ayat atau frasa (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007: 556). Ini berbeza sama sekali dengan kata ganti nama diri dalam bahasa Arab iaitu (ضمير) yang boleh merujuk kepada manusia, haiwan, benda dan perkara abstrak (Mohd. Hilmi Abdullah: 2008: 84). Kata ganti nama Arab juga berbeza mengikut gender. Sebagai contoh, kata ganti nama diri (ك ) dan (هي) digunakan untuk maskulin yang tunggal, manakala kata ganti nama (ك ) dan (هو) pula untuk feminin yang tunggal. Kata ganti nama diri (هم) dan (كم) digunakan untuk maskulin yang jamak, manakala kata ganti nama diri (هن) dan (كن ) pula untuk feminin yang jamak. Ini berbeza dengan bahasa Melayu yang tidak mempunyai ciri tersebut. Sebaliknya, bahasa Melayu menggunakan perkataan tambahan lelaki bagi yang berakal seperti doktor lelaki,(الطبيب) atau jantan bagi yang tidak berakal untuk maskulin seperti ayam jantan dan perkataan tambahan perempuan bagi yang berakal seperti doktor perempuan,(الديك).(الدجاجة) dan betina bagi yang tidak berakal untuk feminin seperti ayam betina (الطبيبة) Dengan lain perkataan, kata ganti nama diri bahasa Arab membezakan antara jantina lelaki dan perempuan tetapi kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu tidak membezakan jantina tersebut. Ini adalah kerana bahasa Arab menitikberatkan gender dan kala, manakala bahasa Melayu pula tidak menitikberatkan gender dan kala. Kesilapan pemilihan kata ganti nama untuk maskulin, feminin, tunggal dan jamak dalam konteks tertentu akan menyebabkan wacana menjadi bercelaru. Secara perbandingan linguistik, kata ganti nama diri dalam bahasa Arab merujuk kepada tiga (3) bentuk iaitu tunggal,(مفرد) dua (مثنى) dan jama,(جمع) tetapi kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada bentuk tunggal dan jama. Justeru, penterjemah perlu menguasai penggunaan kata ganti nama dalam bentuknya yang berbeza. Untuk menunjukkan bilangan yang berbeza, maka perkataan (berdua) sering dimasukkan kepada terjemahan berbentuk muthanna dan perkataan (semua) sering dimasukkan kepada terjemahan berbentuk jamak. Walau bagaimanapun, bentuk kata ganti nama diri yang sama digunakan dalam 273

bahasa Melayu untuk menunjukkan bilangan dua atau lebih. Ini bermakna kata ganti nama kamu juga boleh digunakan untuk menunjukkan bilangan jamak dalam situasi tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua: 2015: 357) Selain itu, penterjemah perlu juga mengambilkira sudut sosiolinguistik bahasa Melayu dan konteks wacana agar penggunaan kata ganti nama diri tersebut sesuai dengan budaya orang Melayu. Ketidakpatuhan kepada peraturan sosiolinguistik boleh menyebabkan kekaburan pada keseluruhan wacana yang berlangsung dalam sesuatu teks. Berdasarkan sosiolinguistik Melayu, pemilihan kata ganti nama diri perlulah sesuai dengan konteks hubungan kedua-dua pihak yang berinteraksi untuk memastikan wujudnya unsur kesantunan bahasa. Sebagai contoh, kata ganti nama diri pertama dan kedua Melayu agak berbeza mengikut konteks sosiolinguistik bahasa tersebut. Kesilapan pemilihan kata ganti nama dalam konteks tertentu akan menyebabkan wacana menjadi kaku dan samar. Asmah Omar (2014: 87) menjelaskan bahawa dari segi sosiolinguistik Melayu, kata ganti nama diri ada yang dikhususkan kepada penggunaan diraja atau di istana seperti beta, patik, baginda dan tuanku, dan ada pula penggunaan bahasa biasa seperti saya, aku, dia, kamu. Berdasarkan analisis kontrastif, penterjemahan kata ganti nama yang salah atau tidak jelas akan menjejaskan keutuhan teks sasaran secara keseluruhannya. Hal ini kerana dalam penterjemahan seseorang itu bukannya menterjemah satu siri ayat yang terpisah daripada konteks tetapi apa yang ditanganinya ialah sebuah teks. Teks ialah satu siri ayat yang saling sambung menyambung dan tidak mungkin boleh diperikan secara terpisah daripada konteks keseluruhan wacana. 5. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis teks yang dilakukan terhadap Tafsir Pimpinan Ar-Rahman yang diterjemah oleh Syeikh Abdullah Basmeih. Kajian ini tertumpu pada terjemahan kata ganti nama diri Arab ke bahasa Melayu. Kajian ini pada asasnya adalah bersifat linguistik bandingan antara struktur sintaksis Arab dan Melayu. Untuk tujuan tersebut, penulis membandingkan antara kata ganti nama diri Arab (ضمير) dengan kata ganti nama diri Melayu untuk meneliti kesepadanan terjemahan yang digunakan. Penulis memilih beberapa contoh ayat al-quran secara rawak sebagai contoh ketidaksepadanan dalam menterjemah kata ganti nama diri bahasa Arab ke bahasa Melayu daripada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Sampel tersebut adalah seperti berikut: (i) Surah Maryam (19): ayat 42 (ii) Surah al-qasas (28): ayat 11 (iii) Surah Yusuf (12): ayat 80 (iv) Surah al-syu ara (26): ayat 25 (v) Surah al-syu ara (26): ayat 28 6. Analisis Dan Perbincangan Penulis mengemukakan di sini beberapa contoh dari terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman yang menunjukkan berlaku ketidaksepadanan dari segi kontrastif atau linguistik bandingan dalam menterjemahkan kata ganti nama Arab ke Melayu. Hal ini mengakibatkan kekeliruan pada pembinaan wacana secara keseluruhannya. Kemudian penulis mengemukakan padanan yang sepadan dari segi kontrastif supaya dapat menghasilkan wacana yang lebih mantap 274

dengan wujudnya keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam satu wacana. Jadual 1: Kesilapan penggunaan kata ganti nama diri Ia Bil. Ayat al-quran Terjemahan Abdullah Basmeih إ ذ ق ال ل أ ب يه ي ا أ ب ت ل م ت ع ب د م ا ل ا.1 ي س م ع و ل ا ي ب ص ر و ل ا ي غ ن ي ع نك ش ي ئ ا Surah Maryam (19): 42 و ق ال ت ل أ خ ت ه ق ص يه ف ب ص ر ت ب ه.2 ع ن ج ن ب و ه م ل ا ي ش ع ر ون Surah al-qasas (28): 11 275 Tatkala ia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun? (hlm: 756) Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: Pergilah cari khabar beritanya. (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya. (hlm: 1004) Contoh 1 dalam Jadual 1 di atas adalah dialog antara nabi Ibrahim A.S. dengan ayahnya, manakala contoh 2 adalah dialog antara bonda nabi Musa A.S. dengan anak perempuannya. Dapat diperhatikan bahawa Abdullah Basmeih telah menterjemahkan kata ganti nama diri bagi kedua-dua kata kerja (قال) dan (قالت) yang terdapat dalam kedua-dua ayat di atas kepada ia. Berdasarkan ilmu linguistik bandingan, padanan tersebut adalah tidak seragam. Hal ini kerana kata ganti nama ia hanya boleh merujuk kepada benda yang dibicarakan dan berfungsi sebagai subjek dalam ayat atau frasa (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007: 556). Sedangkan pelaku bagi kata kerja (قال) dalam contoh 1 adalah manusia iaitu nabi Ibrahim A.S., manakala pelaku bagi kata kerja (قالت) dalam contoh 2 adalah bonda nabi Musa A.S.. Oleh itu, kata ganti nama yang sepadan untuk kata kerja (قال) dan (قالت) adalah dia, bukan ia. Jadual 2: Kesilapan penggunaan kata ganti nama diri Kami Bil. Ayat al-quran Terjemahan Abdullah Basmeih ف ل م ا اس ت ي ئ س وا م ن ه خ ل ص وا ن ج ي ا.1 ق ال ك ب ير ه م أ ل م ت ع ل م وا أ ن أ ب اك م ق د أ خ ذ ع ل ي ك م م و ث ق ا م ن الل ه و م ن ق ب ل م ا ف ر ط ت م ف ي ي وس ف ف ل ن أ ب ر ح ال أ ر ض ح ت ى ي أ ذ ن ل ي أ ب ي أ و ي ح ك م الل ه ل ي و ه و خ ي ر ال ح اك م ين Surah Yusuf (12): 80 Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolongannya, merekapun mengasingkan diri lalu bermesyuarat tentang hal itu. Berkatalah ketua mereka (saudaranya yang sulung): Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah mengambil janji dari kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dahulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf? Oleh itu, aku tidak sekali-kali akan meninggalkan negeri (Mesir) ini sehingga bapaku izinkan aku (kembali), atau sehingga Allah menghukum bagiku (untuk meninggalkan negeri ini), dan Dialah Hakim yang seadil-adilnya. (hlm: 564-565)

Contoh 1 dalam Jadual 2 di atas adalah dialog antara adik-beradik nabi Yusuf A.S.. Dapat diperhatikan bahawa Abdullah Basmeih telah menterjemahkan kata ganti nama diri yang terdapat pada frasa (أباكم) kepada bapa kita iaitu dhamir (كم) dipadankan dengan kata ganti nama diri kita. Berdasarkan ilmu linguistik bandingan, penggantian tersebut adalah tidak.(نا) atau (نحن) sepadan. Hal ini kerana kata ganti nama diri kita adalah sepadan dengan Oleh itu, kata ganti nama yang sepadan untuk frasa (أباكم) adalah bapa kamu, bukan bapa kita. Jadual 3: Penggunaan kata ganti nama diri Kamu untuk bentuk jamak Bil. Ayat al-quran Terjemahan Abdullah Basmeih Firaun berkata kepada orang-orang ق ال ل م ن ح و ل ه أ ل ا ت س ت م ع ون 1. Surah al-syu ara (26): 25 yang ada di sekelilingnya: Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya? (hlm: 943) Nabi Musa (menerangkan lagi ق ال ر ب ال م ش ر ق و ال م غ ر ب و م ا 2. ب ي ن ه م ا إ ن ك ن ت م ت ع ق ل ون tentang keesaan Allah dan Surah al-syu ara (26): 28 kekuasaan-nya dengan) berkata: Dialah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahaminya! (hlm: 944) Contoh 1 dalam Jadual 3 di atas adalah dialog antara Firaun dengan rakyatnya, manakala contoh 2 adalah dialog antara nabi Musa A.S. dengan Firaun. Dapat diperhatikan bahawa Abdullah Basmeih telah menterjemahkan kata ganti nama diri bagi kata kerja (ت س ت م ع ون ) dalam contoh 1 di atas dan frasa (ك ن ت م ) dalam contoh 2 di atas kepada kamu, sedangkan secara kontrastif (ت س ت م ع ون ) dan (ك ن ت م ) adalah merujuk kepada bentuk jamak. Berdasarkan ilmu linguistik bandingan, padanan yang tepat adalah kamu semua untuk menunjukkan bilangan yang berbeza. Pada pandangan penulis, kaedah yang digunakan oleh Abdullah Basmeih dalam menterjemah dua ayat di atas boleh diterima pakai dengan mengambilkira konteks keseluruhan ayat dan unsur-unsur linguistik lain yang mengiringi ayat tersebut untuk membina sebuah wacana yang komunikatif. Abdullah Basmeih telah mengguna perkataan jamak iaitu orang-orang untuk kedua-dua contoh 1 dan contoh 2. Ini secara tidak langsung membantu pembaca sasaran memahami bahawa konteks atau suasana sebenar adalah merujuk kepada jumlah jamak. 7. Rumusan Berdasarkan 5 contoh ayat al-quran yang dikaji, kertas kerja ini mendapati terdapat ketidaksepadan dalam menterjemah kata ganti nama Arab ke bahasa Melayu dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dari sudut linguistik bandingan. Walau bagaimanapun, ketidaksepadanan itu memberi tiga (3) implikasi yang sedikit berbeza iaitu seperti berikut: 276

i) makna nahuan yang tidak tepat kerana menterjemahkan pelaku manusia kepada ia bagi ayat 42 Surah Maryam dan ayat 11 Surah al-qasas. ii) makna nahuan yang salah kerana menterjemahkan dhamir (كم) kepada kami bagi ayat 80 Surah Yusuf. iii) tiada implikasi pada makna nahuan kerana konteks keseluruhan ayat dan unsur-unsur linguistik lain yang mengiringi ayat tersebut boleh membina sebuah wacana yang lebih komunikatif berbanding meraikan kesepadanan dari sudut kontrastif. Ini jelas pada ayat 25 dan ayat 28 daripada Surah al-syu ara. Oleh itu, kertas kerja ini merumuskan bahawa teks terjemahan perlu kepada semakan semula jika melibatkan makna nahuan yang tidak tepat atau makna nahuan yang salah demi memastikan wujudnya kohesi dalam teks terjemahan. Rujukan (2007). Kamus Dewan. (edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Pelajar. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-qur an. (cetakan. 12). Kuala Lumpur: DarulFikir. Asmah Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir. (Edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. De Beaugrande, Robert. (2007). Al-Nas wa al-khitab wa al-ijra. Translated by Tammam Hassan. Kaherah: Alam al-kutub. De Beaugrande, Robert. And Dressler, Wolfgang. (1981). Introduction to Text Linguistics. London: Longman. Halliday, M.A.K. dan Ruqaiya Hasan. (1983). Cohesion in English. London: Longman. House, Juliane. 2013. Penterjemahan. Terjemahan oleh Haslina Haroon. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad. Idris Aman. (2014). Analisis Wacana. dalam Pengenalan Linguistik : Teoretis dan Aplikasi. (Cetakan Pertama). Penyunting Mohammad Fadzeli Jaafar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Azidan Abdul Jabar. (2011). Analisis Wacana Arab. (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Hilmi Abdullah. (2008). Teori & Kaedah Penterjemahan Arab-Melayu. (Cetakan Pertama). Kota Bharu: Pustaka Hilmi. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Fauzi Jumingan & Khairunnawa Mohamed. (1998). Penerjemahan Arab Melayu Arab Peraturan & Dasar. (Cetakan Pertama). Penerbit Universiti Putra Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2006). Tatabahasa Dewan. (Cetakan 11). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wahbah, Majdi & al-muhandis, Kamil. (1984). Mu jam al-musthalahaat al-arabiyyah fi al- Lughah wa al-adab. (Cetakan Kedua). Beirut: Maktabah Lubnan. 277