KEFAHAMAN DAN AMALAN FARDHU AIN DALAM KALANGAN BELIA MUSLIM DI SELANGOR: SATU SOROTAN KAJIAN

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Knowledge of Fardhu Ain Among Students with Hearing Difficulties

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

Kata Kunci: Remaja, Jati Diri, Aktiviti dakwah, Organisasi Islam.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Kefahaman Wanita Islam Kelas Menengah di Lembah Klang Terhadap Islam Liberal

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Transcription:

KEFAHAMAN DAN AMALAN FARDHU AIN DALAM KALANGAN BELIA MUSLIM DI SELANGOR: SATU SOROTAN KAJIAN Haslina Hamzah, Zetty Nurzuliana Rashed, Noor Shamshinar Zakaria, & Zakiah Hassan haslina@kuis.edu.my, zetty@kuis.edu.my, shamshinar@kuis.edu.my zakiah@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Belia adalah aset bernilai kepada negara bagi merealisasikan hasrat menjadi negara maju. Namun, dengan arus globalisasi yang melanda dunia, apa yang berlaku pada hari ini ialah penglibatan belia dalam permasalahan akhlak dan gejala sosial yang menyimpang daripada nilai dan prinsip Islam. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita tentang masalah sosial yang membabitkan belia. Kejahilan dalam beragama merupakan punca utama berlakunya pelbagai masalah terutamanya yang melibatkan belia.manusia kehilangan arah dan tujuan kehidupan dalam membina jati diri dan identiti yang menjadikan kehidupan dibelenggu kejahilan, kemaksiatan serta rasional akal menjadi pegangan. Justeru, manusia terutamanya belia perlu memahami dan mengamalkan ilmu-ilmu asas fardu ain bagi menjamin keterikatan diri kepada Allah dan membawa kebaikan serta rahmat kepada manusia. Ilmu fardu ain ialah ilmuilmu yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya. Contohnya ilmu yang berkaitan dengan penyempurnaan ibadat seseorang seperti solat, puasa dan zakat. Di sebalik amalan-amalan tersebut, terdapat hikmah dan rahsia tertentu yang memberi kesan kepada kehidupan manusia. Maka, jelaslah ilmu fardu ain adalah ilmu yang berkait rapat dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan. Ilmu-ilmu ini akan membolehkan manusia menghayati tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Justeru itu, kajian ini mengupas tentang konsep belia dan fardhu ain yang memfokuskan kepada solat,zakat dan puasa. Kajian ini mengggunakana kaedah kajian keperpustakaan yang mana mencari maklumat berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan. Kata kunci : Kefahaman, amalan, fardhu ain. 1

1.0 PENDAHULUAN Belia adalah aset yang bernilai kepada negara. Mereka adalah golongan yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.walau bagaimanapun, dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun (Dasar Pembangunan Belia Negara, 1997). Menurut Asnarulkhadi (2009), belia berpengaruh secara positif kepada pembentukan negara sama ada dari aspek politik (pengundi), sosial (perpaduan) dan ekonomi (modal insan). Justeru, generasi belia di Malaysia haruslah menjadi belia homo intelligence iaitu generasi era pasca moden berpengetahuan, mempunyai imej peribadi yang tinggi, pandai menggunakan ilmu untuk kemajuan hidup serta dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara (Jalaluddin, 2009). Aktiviti pembangunan belia juga perlu reaktif kepada keperluan belia dengan memberi tumpuan kepada penyerlahan potensi (Azimi, 2005) supaya semua hasrat murni yang diimpikan negara terhadap generasi ini dapat dijayakan. Namun, dengan arus globalisasi yang melanda dunia, apa yang berlaku pada hari ini ialah penglibatan belia dalam permasalahan akhlak dan gejala sosial yang menyimpang daripada nilai dan prinsip Islam. Masalah disiplin seperti membuli, bergaduh, berkhalwat, penyalahgunaan dadah, melepak, ponteng sekolah, gengsterisme dan vandalisme adalah pada tahap yang serius (Saidi Daud, 2008). Keadaan ini menimbulkan persoalan, adakah belia tidak melaksanakan fardhu ain dengan baik. Ini adalah kerana fardhu ain adalah ilmu yang berkaitan dengan penyempurnaan ibadat seseorang seperti solat, puasa, dan zakat. Di sebalik amalan-amalan tersebut, terdapat hikmah dan rahsia tertentu yang memberi kesan kepada kehidupan manusia. Ia juga adalah ilmu yang berkait rapat dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan yang membolehkan manusia menghayati tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini. Farihah Hussain dalam kajiannya Keruntuhan Akhlak di KalanganRemaja: Suatu Kajian di Alor Setar, mendapati tiada penghayatan ibadah khusus harian terutamanya solat fardu telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. 2

2.0 KONSEP BELIA 5th Belia adalah generasi harapan bangsa dan negara untuk masa kini dan masa akan datang. Mereka adalah pewaris kepimpinan dan tunjang pembangunan dalam merealisasikan matlamat negara dalam apa jua aspek penting yang boleh menyumbangkan kepada bangsa dan tanah air. Menurut Kamus Dewan (1994), belia ialah muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi. Mohd Ismail (1999) mengambil pengertian belia dalam satu pembentangan kertas kerja oleh Kementerian Belia Negara pada tahun 1995, iaitu belia merupakan seorang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan beberapa alasan: i. Ia merupakan takrif Majlis Belia Malaysia 1985. ii. Ia dianggap golongan yang mencapai taraf kematangan yang memuaskan dan mereka akan dapat menerima manfaat yang maksimum dari rancangan yang disusun. iii. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat di negara ini. Apa jua usaha pembinaan masyarakat akan meninggalkan kesan yang menyeluruh. Azizan Bahari (1995) dalam bukunya Pergerakan Belia: Persoalan dan Cabaran, memberi penjelasan bahawa definisi belia yang digunapakai kini iaitu golongan yang berumur antara 15 hingga 40 tahun terlalu luas. Bagi pendapat beliau, belia adalah golongan dalam lingkungan antara unur 15 hingga 30 tahun. Ia merupakan suatu lingkungan umur yang agak sesuai untuk digelar belia. Umur melebihi 30 tahun pada kebiasaannya seseorang itu sudah berkeluarga dan lebih mementingkan persoalan kerjaya di samping masa depan keluarga menjadi fokus dalam kehidupan. Definisi yang luas ini sudah tidak sesuai lagi bagi masyarakat kita yang cepat berkembang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya ESCAP menggunakan lingkungan umur 15 hingga 25 tahun, manakala Commonnwealth Youth Programme (CYP) menganggap kumpulan 18 hingga 35 tahun sebagai belia (Azizan 1995). 3

3.0 KONSEP FARDHU AIN Fardhu ain adalah asas pembinaan kemuliaan peribadi seseorang. Matlamatnya membina individu yang soleh dan bilangan inilah yang mencorakkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Ia merupakan perbuatan wajib yang tuntutannya ditujukan pada setiap mukallaf. Manakala,ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya. Ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu yang berkaitan dengan persoalan asas Islam, iaitu akidah, syariat dan akhlak. Al-Ghazālī (1971) mentakrifkan ilmu fardu ain sebagai ilmu tentang tata cara amal perbuatan yang wajib. Oleh itu, barang siapa yang telah mengetahui ilmu yang wajib berserta waktu wajibnya, bererti dia telah mengetahui ilmu fardu ain tersebut. Sebagai contohnya ialah seorang Muslim yang berakal telah baligh, maka wajib atas dirinya mempelajari dua kalimat shahadat dan memahami maknanya. Seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang wajib dilakukannya. Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang melakukannya.iajuga boleh definisikan sebagai melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah seperti keimanan,sembahyang, puasa, menuntut ilmu, berjihad dan seumpamanya. Setiap mukallaf dituntut untuk melakukan suatu tuntutan itu secara individu dan dihukumkan berdosa jika seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja. Dosa yang timbul hanya ditanggung oleh individu. Terdapat dua elemen penting untuk diketahui dalam fardhu ain iaitu: Pertama: Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah, keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah, Malaikat- Nya, Kitab-kitab- Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat.begitu juga rukunrukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Kedua: Mengetahui perkara haram yang qat i dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, riba, zina, qazaf, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat,pengharaman memakan bangkai, 4

memakan daging babi dan binatang yangdisembelih untuk selain Allah kecuali bagi mereka yang terpaksa. 4.0 KEPENTINGAN FARDHU AIN KEPADA BELIA Manusia termasuk belia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini.maksud khalifah ialah wakil dari Allah untuk mentadbir alam ini supaya ia aman, damai dan sejahtera.setiap peribadi manusia itu berhak memegang jawatan tersebut sebagaimana firman Allah bermaksud: Dialah menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi dan dialah yang meniggikan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain beberapa darjat (pangkat) dari hal apa yang dikerjakan (Surah Al-An am 165). Sebagai khalifah Allah di muka bumi, manusia khususnya umat Islam wajib mempelajari pelbagai ilmu untuk mentadbir alam ini terutamanya ilmu pengetahuan dan pengamalan dalam Fardhu Ain sebagai asas kekuatan dalaman peribadi muslim untuk mengharungi kehidupan yang mendatang (Mohd Huzairi Awang, 2010). Ini adalah kerana, beban berat kepercayaan (amānah) telah diletakkan di atas setiap manusia, iaitu amanah dan tanggungjawab untuk memerintah sesuai dengan kehendaknya. Selain daripada itu, tugas dan tanggungjawab manusia termasuk belia adalah menjalankan ibadah kepada Allah. Inilah tujuan sejati manusia, wajib taat kepada Allah sesuai dengan hakikat dasar (fiṭrah) yang telah diciptakan Allah baginya. Hal ini sebagaimana yang terkandung dalam al-qurʾān yang bermaksud: Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut [fitrah] tersebut. Tiada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Rum:30). Fitrah ini ialah kecenderungan dirinya untuk mengabdikan dirinya bagi melaksanakan perintah-nya yang sememangnya terkandung dalam faham dīn. Justeru, ilmu fardhu ain diperlukan untuk melaksanakan segala perintahnya. 5

Ilmu fardhu ain juga merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ia menjadi kerangka utama dalam membentuk disiplin manusia. Hal ini kerana intipati dalam ilmu fardhu ain yang meliputi akidah, syariah dan akhlak memainkan peranan penting dalam membentuk unsur dalaman individu (Abdul Raof Dalip, 1991). Unsur dalaman adalah merupakan sikap yang diterjemahkan melalui keyakinan terhadap nilai-nilai yang diyakini dan ianya mampu membentuk tabiat seseorang individu (Muhammad Imaduddin Abdulrahim, 1995). Maka elemen akidah, syariah dan akhlak ini menjadi kerangka utama dalam membentuk nilainilai yang dapat mendisiplinkan para pelajar. Fardhu ain menjadikan manusia patuh pada perintah Allah Ta ala dan meninggalkan larangan Allah Ta ala. Menurut Mohd Arshad (1999), solat dapat mengukuhkan iman dan memperisaikan diri dari amalan keji dan mungkar. Meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah berdosa dan Allah SWT telah mensyariatkan ibadah ini di dalam al-quran bahawa barang siapa yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat. 5.0 KEFAHAMAN DAN AMALAN FARDHU AIN KEPADA BELIA Menurut Abdul Halim El-Muhammady (1984) ilmu fardhu ain ialah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah, syariat dan akhlak wajib dipelajari serta diamalkan oleh setiap orang Islam yang berakal dan mencapai umur baligh. Begitu juga Imam al-ghazali (1988) menekankan konsep kesepaduan ilmu iaitu kesepaduan antara ilmu, amal dan akhlak. Konsep ilmu yang dibincangkan oleh Imam al-ghazali ini adalah dikaitkan dengan sumber akal yang diciptakan oleh Allah kepada manusia dan segala amalan manusia hendaklah dilakukan bersandarkan ilmu. Oleh itu, segala ilmu yang dipelajari hendaklah berlandaskan al-quran dan Sunnah serta wajib diamalkan. Konsep kesepaduan ilmu yang dikemukakan oleh Imam al-ghazali ini bersesuaian dengan kertas konsep yang berkaitan dengan kefahaman dan amalan fardhu ain di kalangan belia. 6.0 KAJIAN LEPAS Jamaliah Abdul Jalil, Mohd Isa Hamzah dan Maimun Aqsha Lubis (2017), kajian berkaitan dengan Tahap Pengetahuan Dan Amalan Fardhu Ain Anak-Anak Muallaf Sekolah Menengah Di 6

Bahagian Sri Aman Sarawak. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak muallaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak. Selain itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf terhadap amalan fardhu ain. Kajian ini terbatas kepada mengukur tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain daripada aspek solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup aurat. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang anak muallaf dari enam buah sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak yang mewakili 89% daripada jumlah keseluruhan populasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian Korelasi Pearson dilakukan dengan perisisan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf berada pada tahap tinggi manakala bagi amalan fardhu ain anak-anak muallaf pula berada pada tahap sederhana. Di samping itu, hasil kajian mendapati wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf dengan amalan fardhu ain mereka. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada ibu bapa, pihak sekolah terutama para guru dan institusi-institusi agama Islam untuk bersama-sama menggembeleng tenaga dan usaha dalam memberi didikan dan bimbingan fardhu ain kepada anak-anak mualaf agar dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan amalan fardhu ain mereka. Hasna Bidin, Ahmad Syukran Baharuddin, Mohd Ismail Mustari (2015), kajian berkaitan Kefahaman Ibadat Solat Fardu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman solat fardu dalam kalangan pelajar muslim di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Penyelidik telah menggunakan borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 20 item telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk melihat statistik deskriptif. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu kefahaman pelajar tentang solat fardu, kefahaman mereka tentang tuntutan solat berjemaah dan balasan ke atas orang-orang yang meninggalkan solat fardu. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar muslim semester akhir di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka seramai 75 orang yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Sampel-sampel ini diambil daripada lima program Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang terdapat di Kolej Komuniti tersebut iaitu Sijil Pemasangan Elektrik, Sijil Servis kenderaan Ringan, Sijil Kulinari, Sijil Operasi 7

Perhotelan dan Sijil Fesyen dan Pakaian. Hasil analisis menunjukkan bahawa kefahaman responden tentang solat fardu adalah tinggi. Begitu juga hal keadaannya dengan tahap kefahaman mereka tentang tuntutan solat berjemaah juga tinggi. Manakala tahap kefahaman mereka terhadap balasan ke atas orang-orang yang meninggalkan solat juga berada pada aras yang tinggi. Oleh itu, harapan pengkaji agar para pensyarah meningkatkan daya usaha dan komitmen bagi membimbing pelajar-pelajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti kerohanian. Di antara aktiviti-aktiviti kerohanian yang perlu dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar ialah kem ibadah, kursus-kursus dan program pemantapan solat bagi meningkatkan tahap kefahaman dan pelaksanaan solat fardu dalam kehidupan mereka seharian. Saadah Ibrahim (2012), kajian berkaitan Tahap Kefahaman dan Amalan Terhadap Kefarduan Menutup Aurat di Kalangan Pelajar di Tiga Buah Sekolah Menengah Agama Daerah Pekan. Tujuan utama kajian ini ialah untuk membincangkan tahap kefahaman dan amalan dikalangan pelajar terhadap kefarduan menutup aurat di tiga buah sekolah menengah agama di Daerah Pekan. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah agama di Daerah Pekan. Seramai 100 orang pelajar telah diambil sebagai sampel kajian. Kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data ialah borang soal selidik. Proses pengumpulan data dilakukan oleh penyelidik sendiri. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS for windows (Version 20.0). Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Kajian mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar berkaitan tuntutan menutup aurat berada pada tahap tinggi dengan purata min ialah 4.94. Manakala tahap amalan dan persepsi lebih rendah daripada apa yang mereka fahami iaitu masing-masing atas nilai 4.05 dan 4.78 tetapi masih berada di tahap yang tinggi. Ini kerana semua responden adalah bersekolah agama. Saranan yang dikemukakan untuk memperbaiki lagi tahap amalan mereka adalah melalui penekanan kepada didikan agama oleh semua pihak samada ibubapa, pihak sekolah dan masyarakat sekeliling. 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya tersendiri dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara. Belia sebagai pemimpin masa kini 8

dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh (A. Aziz 1984). Kesedaran perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi. Tuntutan masyarakat dan global yang semakin canggih, wajarnya memerlukan peranan yang rasional dan beridea daripada belia. Tugas belia serta masyarakat umumnya ialah memastikan agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya. 9

RUJUKAN A.Aziz Deraman. (1984). Belia dan Budaya. Kementerian Kebudayaan. Belia dan Sukan Malaysia. Abdullah Mat Zin. (2015). Utusan. Mengimbangi Tuntutan Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah. Abdul Ghafar Hj. Don Badlisham Mohd. Nasir, Ideris Endot, Muhammad Redzuan Mohd.Yunus (2007). Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Raof Dalip. (1992). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di Sekolah Menengah dalam Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Al-Ghazālī, (1971) Iḥyā ʿUlūm al-dīn (Beirut: Dār al-kutub al-ʿilmiyah, jil. I, 31. Asnarulkhadi AS (2009) Kelompangan Dasar Belia Negara - Menyangga potensi belia menerusi pendekatan transformasi konflik. Malaysian Journal of Youth Studies 1, 1-22. Azimi,H. (2005) Helping Malaysian Youth Move Forward: Unleashing The Prime Enablers. Syarahan Inaugural, 29 April 2005. Azizan Bahari. (1995). Belia dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Azizan Bahari. (1995). Pergerakan Belia: Persoalan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Dasar Pembangunan Belia Negara (1997). Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Farihah Hussain (2006). Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja: Kajian Di Alor Setar. Disertasi Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Hasna Bidin, Ahmad Syukran Baharuddin, Mohd Ismail Mustari (2015). Kefahaman Ibadat Solat Fardu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Hasna, Ahmad Syukran & Mohd Ismail / Sains Humanika 5:3 Jalaluddin AM (2009) Pasca bandar pintar dan pembangunan belia. Malaysian Journal of Youth Studies,1, 43-68. Jamaliah Abdul Jalil, Mohd Isa Hamzah Dan Maimun Aqsha Lubis, (2017). Tahap Pengetahuan Dan Amalan Fardhu Ain Anak-Anak Muallaf Sekolah Menengah Di Bahagian Sri Aman Sarawak,Asean Comparatve Education Research Journal On Islam And Civilization (Acer-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123. Kamus Dewan. (1994). Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Arshad (1999). Solat Fardhu sebagai Wadah Jamaah dan Perpaduan Ummah. Penulisan Ilmiah. Mohd Huzairi Awang. (2010). Persepsi pelajar bermasalah pendengaran terhadap pembelajaran fardhu ain: Cabaran terhadap guru. Proceedings of the 4th International Conference on Teacher Education:Joint Conference UPI & UPSI. 10

Mohd Ismail Mustari. (1999). Belia sebagai insan cemerlang dari perspektif Islam: Kajian status belia-belia Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Imaduddin Abdulrahim. Siri Monograf IKD. Semangat Tawhid & Motivasi Kerja. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar(IKD) Malaysia. Saadah Ibrahim (2012). Tahap Kefahaman Dan Amalan Terhadap Kefarduan Menutup Aurat Di Kalangan Pelajar Di Tiga Buah Sekolah Menengah Agama Daerah Pekan (Disertasi Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Pengajian Islam, Open University Malaysia). Saidi Daud. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar, Daerah Klang, Selangor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Pahrol Mohamad Juoi, (2010). Salah Faham Tentang Islam. Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. 11