KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

Similar documents
Concept and Execution of Talaqqi and Musyafahah Method in Learning Al-Quran

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Quran Spelling Bee Second Level (Third to fifth grade) competition words

Spelling. Fa kasrah, Ya. Meem fathah, Alif. Lam fathah, Alif

The seven ways of reading Suratu l-fatiha via the tariq of Imam al-shatibi,

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

from your Creator طه Ta, Ha. 20:1

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

Ayatul Kursi (2: )

Ways the Misguided Youth Bent on Takfīr & Bombings

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

The Virtues of Surah An-Nasr

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

This is the last class of phase One and our next class will be phase Two in shaa Allaah.

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Four

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

Race to Jannah - 6 Group E: Surah Taha

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Chapter 26: The Sin of Favoritism Be Just With Your Children

QUR ANIC ARABIC - LEVEL 1. Unit ٢٦ - Present Passive

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Six

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Being Grateful. From the Resident Aalima at Hujjat KSIMC London, Dr Masuma Jaffer address:

ITA AT: TO OBEY HIM WITHOUT QUESTION

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

K n o w A l l a h i n P r o s p e r i t y

Revealed in Mecca. Consist of 34 verses LESSONS FROM LUQMAN. Br. Wael Ibrahim. How can we implement the lessons in our daily lives?

Rabi`ul Awwal 13, 1439 H Fatah 2, 1396 HS December 2, 2017 CE

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SESSION 31 FREQUENT RECITATIONS. I. SPOKEN ARABIC: Use 3SP. For continuity, see Spoken Arabic in previous lesson.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A Glimpse of Tafsir-e Nur: Verses of Surah al-an am

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

Surah Mumtahina. Tafseer Part 1

Chapter 31: Islamic Ethics Regarding Asylum, Refugees, and Migration

23 MARCH JAMAD AL AWWAL 1435 CLASS #32

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

His supplication in Asking for Water during a Drought

Story #4 Surah Al-Qasas [Verses 76- ]

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

The Reason for the Revelation of this Surah and its Virtues

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

The Principles of Imāmah in the Qurʾān

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

23 FEBRUARY RABEE AL AKHAR 1435 CLASS #28

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Necessity of Qur an Tilawa during Ramadan. Sessions 1 & 2 of ALI 195 Ramadan 1432/ August 2011

The First Ten or Last Ten Verses of Sūrah al-kahf

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Chapter 28: The Rights of Aunts, Uncles, In-Laws, and the Extended Family

Adab 1: Prohibitions of the Tongue. Lecture 6

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Rules for The Quran Spelling Bee(Q-Bee)

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Knowing Allah (SWT) Through Nahjul Balagha. Khutba 91: Examining the Attributes of Allah

Chapter 29: Beyond Respect The Rights of the Elderly on Society

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

ALI 249: Qur'anic Sciences, Lv 1

As-Sarf (Morphology) ~Class Twenty

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

STARRY NIGHTS GUIDING STAR 17

So we are here today to facilitate the marriage of two human beings on the basis of love and companionship:

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

COMPREHENSIVENESS OF ISLAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

KHOJA SHIA ITHNA-ASHARI JAMAAT MELBOURNE INC. In the name of Allah (swt), the Most Compassionate, the Most Merciful

Qur'anic Stories. ALII 209: Deriving Lessons from

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

HE NEEDS TO COMPLETE RECITATION OF THE WHOLE QUR AN IN AN

The Virtues of Surah Al-Infitar

Transcription:

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI NOR HAFIZI YUSOF & NURUL HUDA ZAINAL ABIDIN Abstrak: Bacaan khusus Imam Hafs merupakan satu kaedah bacaan khusus al-quran yang hanya berlaku pada kalimah-kalimah tertentu dalam al-quran. Ia dianggap kaedah bacaan yang terkeluar dari kaedah usul Imam Hafs dan memerlukan kepada talaqqi dan musyafahah dari guru yang mutqin bagi menentukan kaedah sebutannya yang betul. Tinjauan yang dibuat mendapati masyarakat awam kurang menguasai bacaan khusus Imam Hafs ini kerana ia memerlukan kepada pembelajaran khusus, perlu bertalaqqi dengan guru dan tidak memadai dengan mempelajarinya melalui kita-kitab tajwid semata-mata. Kajian ini bertujuan meninjau sejauhmana penguasaan pelajar dalam menguasai bacaan khusus Imam Hafs dan apakah terdapat perbezaan gender antara pelajar lelaki dan perempuan dalam menguasai kaedah bacaan ini. Kajian gabungan antara kualitatif dan kuantitatif ini akan menggunakan kaedah diskriptif dan ujian bacaan Analisa data akan menggunakan program SPSS bagi mendapatkan peratusan penguasaan pelajar dan perbandingan antara mereka. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi gender dalam menentukan tahap penguasaan bacaan pelajar pada bacaan khusus Imam Hafs disamping factor faktor lain seperti usaha pelajar dalam mempelajarinya serta faktor bertalaqqi sama ada dengan guru, rakan atau bacaan contoh melalui audio atau You-Tube. PENGENALAN Bacaan khusus Imam Hafs merupakan satu kaedah yang hanya berlaku pada kalimahkalimah tertentu dalam al-quran. Bacaan ini juga sebenarnya merupakan bacan usul bagi imam-imam qiraat yang lain dan memerlukan pembelajaran yang khusus terutamamya para pelajar sekolah menengah bagi memastian bacaan mereka ada tepat dan betul. Kaedahkaedah ini melibatkan kaedah imlah, isymam, roum tashil dan ibdal. KAEDAH-KAEDAH KHUSUS DALAM BACAN AL-QURAN RIWAYAT IMAM HAFS Kajian ini akan dijelaskan contoh dan kaedah bacaan beberapa kalimah al-quran terpilih yang dijadikan ujian bacaan pelajar pelajar dalam menilai ketepatan bacaan mereka. Kalimah-kalimah tersebut ialah: ayat: pada م ج ر اه ا 1. (41 Hud: (surah و ق ال ار ك ب وا ف يه ا ب س م ه للا م ج ر اه ا و م ر س اه ا إ هن ر ب ي ل غ ف ور هرح يم Menurut riwayat Imam Hafs bin Sulaiman al-kufi kalimah ini dibaca dengan kaedah al- Imalah. Al-Imalah merupakan salah satu lahjah yang fasih dan sahih dalam Bahasa Arab yang diturunkan di dalam al-quran. Ia merupakan lahjah bagi qabilah Tamim, Asad dan Qis (Sayyin Lasyin Abu al-farh.khalid Muhammad al-hafiz, 2003:126) Menurut Qāmus 286

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 al-mu jam al- Arābi al-asāsi, dari sudut bahasa Imālah berasal dari perkataan ayat: seperti contoh (أمال,يميل,إمالة) قارئ القراءن استعمل اإلمالة في قراءته Maksudnya: Qari al-quran telah menggunakan Imālah di dalam bacaannya. Dari sudut istilah pula Imālah bermaksud menyebut baris fathah cenderung kepada baris kasrah dan huruf al-alif cenderung kepada al-ya dan dikenali sebagai Imālah Kubra, al-hafiz (Sayyin Lasyin Abu al-farh. Khalid Muhammad (إضجاع) idja dan (امالة كبرى) مجراها. Menurut riwayat Imam Hafs kaedah ini hanya terpakai pada kalimah 2003:126) sahaja. ayat: pada ت أ م ن ا 2. Yusuf:11) (Surah ق ال وا ي ا أ ب ان ا م ا ل ك ل ت أ م ن ا ع ل ى ي وس ف و إ ن ا ل ه ل ن اص ح ون Pada kalimah ini Imam Hafs membaca dengan dua wajah iaitu ikhfa harakah al-nun (al-syatibiy 2013: 61) atau al-ikhtilas atau al-roum dan bacaan dengan Isymam. Sayyin Lasyin Abu al-farh dan Khalid Muhammad al-hafiz (2003:292) dalam Taqrib al-maani syarah Matn al-syatibi menjelaskan bahawa kedua-dua kaedah bacaan ini adalah sahih dan dibaca oleh para Qurra namun bacaan dengan al-isymam lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakan qurra. Ini juga merupakan pendapat Syeikh Abd al-fattah Abd al-ghaniy al- Qadi (1999:284) dalam kitabnya al-wafi fi Syarh al-syatibiyyyah fi al-qiraat al-sab. i. Al-Ikhtilas atau al-roum Al- Ikhtilas bermaksud menyebut dengan sebahagian harakah (baris). Sebahagian ulama tajwid juga menyebut bahawa ia juga dinamakan al-roum. Namun sebahagian mereka membezakan antara keduanya dari segi kadar sebutan sebahagian huruf tersebut sama ada 1//3 atau 2/3. Bagi ulama yang membezakan antara maksud al-roum dan al-ikhtilas mereka memperincikan perbezaan seperti berikut (Abd Fattah al-mirsofi,1980: 510-511) : a. al-roum ialah sebutan dengan 1/3 harakah manakala al-ikhtilas ialah sebutan dengan 2/3 harakah. b. al-roum hanya berlaku ketika waqf manakala al-ikhtilas berlaku ketika waqf dan wasal (sambung) c. al-roum hanya berlaku ketika baris marfu dan dhommah serta majrur dan kasrah sahaja manakala al-ikhtilas berlaku pada semua keadaan baris yang tiga sama ada mu rab (menerima perubahan baris) dan mabni (tidak menerima perubahan baris) Justeru berdasarkan perbezaan ini serta dalam konteks kalimah تأمنا sebutannya ialah dengan 2/3 daripada baris dhommah maka ia sesuai diistilahkan sebagai al-ikhtilas. ii. al-isymam Dalam konteks kajian ini al-isymam merujuk kepada jenis yang kedua iaitu idgham al-nun pertama ke dalam al-nun yang kedua (idgham mutamathilain kabir) berserta isyarat muncung mulut ketika menyebut huruf nun. ((Taufiq Ibrahim Damrah. 2006: 17) 287

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 ayat: pada أ أ ع ج م ي 3. و ل و ج ع ل ن اه ق ر آن ا أ ع ج م ي ا ل ق ال وا ل و ل ف ص ل ت آي ات ه أ أ ع ج م ي و ع ر ب ي ق ل ه و ف ي آذ ان ه م و ق ر و ه و ع ل ي ه م ع م ى أ ول ئ ك ي ن اد و ن م ن م ك ان ب ع يد - 44:44 (Surah Fussilat:44) ل ل ذ ين آم ن وا ه د ى و ش ف اء و ال ذ ين ل ي ؤ م ن و ن (الهمزتين من كلمة ( kalimah Kalimah ini melibatkan kaedah dua Hamzah pada satu Asasnya pada kedah ini Imam Hafs membaca dengan kedah al-tahqiq (kaedah bacaan biasa dengan menyebut huruf hamzah dari makhrajnya iaitu aqsa al-halq ) kecuali pada kalimah ini beliau membaca dengan kaedah al-tashil. Tashil memberikan dua maksud iaitu: (Abd al-fattah Abd al-ghaniy al-qadi, 1999: 84): i. Berubah secara umum yang meliputi al- tashil baina baina, al-ibdal dan al-hazf. ii. Al-Tashil baina baina iaitu bacaan antara al-hamzah dan huruf yang sejenis dengan barisnya seperti fathah dengan al-alif kasrah dengan al-ya dan dhommah dengan al- Wau. Sehubungan itu pada kalimah ini Imam Hafs membaca dengan al-tashil baina baina iaitu bacaan antara al-hamzah dan al-alif. ayat: pada ائ ت ون 4. ق ل أ ر أ ي ت م م ا ت د ع ون م ن د ون للا أ ر ون ي م اذ ا خ ل ق وا م ن ا ل ر ض أ م ل ه م ش ر ك ف ي الس م او ات أ و أ ث ار ة م ن ع ل م إ ن ك نت م ص اد ق ين al-ahqaf:4) (Surah ائ ت ون ي ب ك ت ا م ن ق ب ل ه ذ ا Kalimah ini dibaca dengan ibdal al-ya dan Hamzah al-wasl berbaris kasrah. Al- Ibdal yang dimaksud di sini adalah mengganti hamzah sukun dengan al-ya. Ketika memulakan bacaan (ibtida ) semua imam qira at sepakat mengganti al-hamzah al-qat dengan al-ya sukun. Bagi menentukan kaedah baris untuk ibtida pula ia melihat kepada baris ketiga kalimah yang terdapat hamzah wasal tersebut. Sekiranya baris ketiga berbaris depan maka ibtida dengan baris dammah sekiranya baris ketiga berbaris fathah dan kasrah maka ibtida dengan baris kasrah (al-mirsofi, 1980: 481). Namun Pada kalimah ini terdapat sedikit kekeliruan bagi mereka yang tidak menguasai ilmu tajwid atau bahasa arab kerana secara zahirnya seolah oleh dibaca hamzah wasal dengan baris depan kerana huruf ketiga adalah berbaris depan. Pada situasi ini kaedah yang digunakan ialah melihat kepada asal baris huruf ketiga kerana pada kalimah ini telah berlaku perubahan baris daripada kalimah mufrad kepada jamak. Kalimah mufrad ialah ائت iaitu al-ta berbaris kasrah dan kalimah. ائت merupakan jamak bagi kalimah ائ ت ون Maka baris dhammah disini merupakan baris yang mendatang hasil perubahan tersebut. Justeru kalimah ketiga yang diambil kira ialah pada asal mufradnya iaitu berbaris bawah. PENGUASAAN BACAAN PELAJAR TERHADAP BACAAN IMAM HAFS Bahagian ini akan membincangkan tahap penguasaan pelajar terhadap bacaan khusus Imam Hafs dan perbezaan penguasaan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki pada bacaan terpilih. Kalimah-kalimah yang terpilih ini adalah kalimah yang dikategorikan sebagai bacaan yang memerlukan kepada talaqqi dan musyafahah daripada guru dan tidak memadai dengan bacaan daripada kitab-kitab tajwid. Responden yang dipilih adalah 288

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 pelajar-pelajar tingkatan tiga dan empat kelas Tamayyuz di sekolah Menengah Agama Marang seramai 35 pelajar. LATAR BELAKANG RESPONDEN Bahagian ini akan menerangkan maklumat diri responden yang dipilih dalam ujian bacaan terhadap bacaan khusus Imam Hafs. Ini kerana dalam menghuraikan persoalan serta bagi mencapai objektif kajian secara lebih terperinci dan komprehensif, maklumat diri responden adalah penting untuk dijelaskan. Oleh itu, sebelum menghurai hasil dapatan kajian tentang pelaksanaan talaqqi dan musyafahah, bahagian ini akan terlebih dahulu menerangkan hasil analisis maklumat diri responden. Ciri maklumat yang dipilih ialah tingkatan, dan jantina diri responden. i. Tingkatan Tingkatan Bilangan Peratus (%) Tiga 22 62.9 Empat 13 37.1 Jumlah 35 100 Jadual 3.1: Taburan Responden Mengikut Tingkatan Seramai 35 orang responden yang dipilih, 22 responden terdiri daripada pelajar tingkatan 3 iaitu sebanyak 62.9% manakala selebihnya 13 orang (37.1%) daripada pelajar tingkatan 4. ii. Jantina Jantina Bilangan Peratus (%) Lelaki 14 40 Perempuan 21 60 Jumlah 35 100 Jadual 3.2: Taburan Responden berdasarkan Jantina TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS Beberapa ayat yang berkaitan dengan bacaan khusus Imam Hafs telah dipilih iaitu yang melibatkan Imalah, Iltiqa Sakinah, Idgham, Isymam, Roum, Tashil dan Ibdal. Untuk menganalisis bacaan reponden dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan 3 skala bacaan iaitu 1 (tepat) 2 (kurang tepat) dan 3 (salah). Skala Keterangan 1 Tepat Membaca dengan kaedah dan sebutan yang betul 2 Kurang Tepat Membaca dengan kaedah bacaan yang dikehendaki tetapi sebutan kurang tepat 3 Salah Membaca dengan kaedah dan sebutan yang salah umpamanya imalah dibaca dengan kaedah lain seperti tashil atau roum atau dibaca dengan fathah atau kasrah 289

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Jadual 3.3: Keterangan Skala Skala Ayat Ujian Imalah (Surah Hud Ayat 41) Isymam (Surah Yusuf Ayat 11) Roum (Surah Yusuf Ayat 11) Tashil ( Surah Fussilat Ayat 44) Ibdal (Surah Al-Ahqaf Ayat 4) Tepat Kurang Salah Tepat Jum % Jum % Jum % 30 85.7 0 0 5p 14.3 (14l&16p) 11 31.4 14 40.0 10 28.6 (L6&P5) (L7&P7) (L1&P9) 3l 8.6 4 11.4 28 80.0 (L3&P1) (L8&P20) 2 5.7 4 11.4 29 82.9 (L1&P1) (L1&3p) (L12&P17) 1p 2.9 6 (L2&P4) 20.0 28 (L12&P16) 77.1 Jadual 3.4: Taburan Peratusan Responden Mengikut Ujian Bacaan (Bacaan Khusus Imam Hafs) Berdasarkan jadual Taburan Peratusan Responden Mengikut Ujian Bacaan (Bacaan Khusus Imam Hafs), 85.7% (30 orang) responden berada pada skala tepat pada ayat ujian Imalah. Manakala bakinya 14.3% (5 orang) terletak pada skala salah. Ini menunjukkan majoriti responden dapat membaca dengan tepat. Hasil penelitian yang dilakukan terhadap responden yang mencapai skala salah, 3 orang daripadanya membaca dengan fathah manakala seorang membaca dengan kasrah dan seorang lagi tidak mengabaikan langsung huruf ra. Hasil analisis yang dilakukan mendapati responden yang berada pada skala salah ini terdiri daripada mereka yang menghafaz antara juz 7 hingga juz 14, sedangkan ayat yang diuji berada pada juz 11. Seterusnya ayat ujian Iltiqa Sakinain, responden berada pada skala tepat dan salah. Analisis menunjukkan tidak wujud perbezaan yang ketara antara kedua-dua skala ini iaitu 51.4% (18 orang) untuk skala tepat dan 48.6% (17 orang) untuk skala salah. Kesalahan yang dikenalpasti oleh pengkaji ialah responden membaca dengan dhammah pada kalimah yang diuji. Ayat ujian seterusnya melibatkan hukum idgham, majoriti responden berada pada skala salah iaitu 51.4% (18 orang), skala tepat 31.4% (11 orang) dan selebihnya 17.1% (6 orang) berada pada skala kurang tepat. Hasil analisis ini menggambarkan sebahagian pelajar tidak dapat menguasai bacaan ini. Kesalahan responden yang dikenalpasti ialah sebahagian besar daripada mereka membaca dengan izhar dan bagi yang berada pada skala kurang tepat, responden tidak membaca dengan idgham secara sepenuhnya dan juga tidak dengung. Seterusnya ayat ujian Isymam, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara 3 skala iaitu 40.0% (14 orang) skala kurang tepat, 31.4% (11 orang) dan 28.6% (10 orang) bagi skala salah. Penelitian terhadap bacaan kurang tepat, kesemua responden yang terlibat mambaca tanpa menunjukkan muncung mulut yang betul. Manakala bagi yang berskala salah kesemua responden membaca dengan biasa tanpa menunjukkan pergerakan muncung pada mulut. Bagi ayat ujian Roum pula, dapat dilihat perbezaan yang ketara antara 3 skala iaitu 80.0% (28 orang) skala salah, 11.4% (4 orang) kurang tepat dan 8.6% (3 orang) bagi skala tepat. Hasil penelitian yang dilakukan kesemua responden yang berada pada skala salah tidak mengetahui tentang hukum roum. Temubual yang dilakukan juga mendapati kesemua pelajar tingkatan 4 tidak pernah mengetahui dan mempelajari tentang hukum ini. Analisis ini menunjukkan 290

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 sebahagian besar pelajar tidak dapat menguasai bacaan yang tepat bagi ayat ini. Ayat yang sama juga untuk hukum Roum iaitu keduanya dari Surah Yusuf ayat 11. Keadaan ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh guru yang hanya memberi penekanan kepada satu bacaan sahaja iaitu bacaan secara Isymam. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelajar tamayyuz yang mendalami al-quran seharusnya diberi penekanan kepada semua bacaan yang berkaitan. Seterusnya, ayat ujian Tashil, majoriti responden berada pada skala salah iaitu 82.9% (29 orang). Manakala 11.4% (4 orang) skala kurang tepat. Hanya 5.7% (2 orang) sahaja berada pada skala tepat. Kesilapan yang dikenalpasti bagi responden berskala salah ialah bacaan mereka secara tahqiq satu hamzah. Manakala bagi skala kurang tepat, bacaan mereka dengan tahqiq dua hamzah. Ini jelas menunjukkan sebahagian besar pelajar iaitu 94.3% (33 orang) tidak dapat membaca dengan tepat. Begitu juga dengan ayat ujian terakhir iaitu yang melibatkan hukum Ibdal, majoroti responden gagal membaca dengan tepat iaitu 97.1% (34 orang). 77.1% (27 orang) berada pada skala salah manakala 200% (7 orang) skala kurang tepat). Hanya seorang sahaja (2.9%) berjaya berada pada skala tepat. Antara kesalahan responden yang ketara ialah membaca tahqiq pada hamzah. Hasil analisis yang dilakukan satu-satunya pelajar yang berjaya membaca dengan tepat ialah pelajar yang telah khatam 30 juz al-quran. Kesemua 7 ayat ujian yang terlibat, 2 daripadanya di luar sukatan bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 iaitu hukum Tashil dan Ibdal. Hasil analisis yang dilakukan, kedua-dua ayat ini menunjukkan bilangan pelajar yang majoritinya tidak dapat membaca dengan tepat. Ini adalah kerana mereka belum lagi melakukan aktiviti talaqqi dan musyafahah bagi ayat-ayat tersebut. Walaubagaimanapun terdapat juga sebahagian kecil pelajar yang dapat menguasai bacaan ini dengan tepat. Antaranya ialah pelajar yang telah khatam 30 juz al-quran dan pelajar ini semestinya telah melakukan aktiviti talaqqi dan musyafahah sehingga khatam. Hasil daripada analisi diskriptif ini, peratus tertinggi bacaan pelajar berada pada ayat ujian Imalah iaitu 85.7% (30 orang) berada pada skala tepat. Ayat ini terletak pada juz ke 11 dan 60% daripada responden telah pun melepasi juz ini dalam hafazan mereka. Manakala peratus yang paling rendah ialah 2.9% (1 orang) iaitu skala tepat pada ayat ujian Ibdal. Bagi skala salah, peratus tertinggi pula terletak pada ayat ujian Tashil iaitu 82.9% (29 orang). Kedua-dua ayat ujian yang dinyatakan ini adalah ayat yang berada di luar sukatan bagi tingkatan 3 dan 4 dan dari segi praktikalnya mereka belum lagi melakukan aktiviti talaqqi dan musyafahah sehingga ke ayat ini. Daripada hasil analisis ini jelas menununjukkan sistem talaqqi dan musyafahah memberi kesan yang besar kepada ketepatan bacaan al-quran khususnya bacaan-bacaan khusus Imam Hafs. PERBEZAAAN PENGUASAAN BACAAN PELAJAR PEREMPUAN BERBANDING LELAKI Skala Ayat Ujian Imalah (Surah Hud Ayat 41) Isymam (Surah Yusuf Ayat 11) Roum (Surah Yusuf Ayat 11) Tepat Kurang Salah Tepat L (%) P (%) L (%) P(%) L(%) P(%) 100 76.2 0 0 0 23.8 42.9 23.8 50 33.3 7.1 43 21.4 0 21.4 4.8 57.1 95.2 291

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Tashil ( Surah Fussilat Ayat 44) Ibdal (Surah Al-Ahqaf Ayat 4) 7.1 4.8 7.1 14.3 85.7 81 0 4.8 14.3 19 85.7 76.2 Jadual 3.5 Perbandingan penguasaan bacaan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki Berdasarkan jadual 3.5 pada bacaan imalah seramai 76.2 peratus pelajar perempuan membaca dengan tepat berbanding 100% pelajar lelaki dan seramai 23.8% pelajar perempuan membaca dengan salah pada kalimah ini berbanding pelajar lelaki 0%. Ini menujukkan pada kaedah ini pelajar perempuan lebih lemah dan banyak kesalahan berbanding pelajar lelaki. Mankala pada bacaan isymam sebanyak 23.8% pelajar perempuan membaca dengan tepat berbanding 42.9% pelajar lelaki dan bacaan kurang tepat pelajar perempuan sebanyak 33.3% dan pelajar lelaki 55%. Manakala bacaan salah sebanyak 43% bagi pelajar perempuan berbanding hanya 7.1 peratus pelajar lelaki sekaligus menunjukkan bahawa pada kaedah bacan ini pelajar perempuan juga agak lemah berbanding pelajar lelaki. Bagi bacaan roum pula tiada pelajar perempuan yang membaca dengan tepat berbanding pelajar lelaki yang yang membaca dengan tepat sebanyak 21.4%. Manakalah bacaan kurang tepat pelajar perempuan sebanyak 48% berbanding pelajar lelaki senanyak 21.4%. Bacaan yang salah pada kalimah ini juga dikuasai oleh pelajar perempuan sebanyak 95.2 peratus berbanding pelajar lelaki sebanyak 57.1%. Hasil ini membuktikan bahawa pada ketiga-tiga skala pelajar perempuan menunjukkan peratusan yang lemah berbanding pelajar lelaki. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa pada bacaan tashil kadar ketepatan pelajar perempuan adalah rendah sebanyak 4.8% berbanding pelajar lelaki sebanyak 7.1% manakala yang membaca dengn kurang tepat pelajar perempuan 14.3% berbanding pelajar lelaki sebanyak 7.1%. Bacaan salah pula sebanyak 81% sedikit kurang berbanding lelaki sebanyak 85.7%. Pada kaedah ini menunjukkan pelajar perempuan lemah darisegi bacaan tepat tetapi sedikit baik bacaannya berbanding pelajar lelaki pada skala kurang tepat dan salah. Hasil ujian bacaan pada kaedah ibdal juga menunjukkan pelajar perempuan membaca dengan tepat lebih baik (4.8%) berbanding pelajar lelaki (0%) manakala yang membaca dengan kurang tepat pelajar perempuan sebanyak 19% berbanding peljar perempuan senanyak 14.3. Manakala yang membaca dengan salah juga menunjukkan pelajar perempuan(76.2%) lebih baik berbanding pelajar lelaki (85.7%) KESIMPULAN Secara keseluruhannya hasil analisi menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar hanya membaca dengan baik pada kaedah imalah dan isymam sahaja manakala pada kaedah roum, tashil dan ibdal menunjukkan bahaya majoriti mereka membaca dengan salah. Manakala dari segi perbezaan antara lelaki dan pelajar perempuan pula menunjukkan bahawa majoriti pelajar perempuan adalah lemah dalam membaca bacaan khusus imam Hafs pada kesemua kaedah kecuali sedikit baik pada kaedah tashil dan ibdal. 292

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 Rujukan Abd al-salam Muqbil al-majidi, 2000. Talaqqi al-nabiy Alfaz al-quran al-karim. Beirut : Muassasah al- Risalah. Ahmad Mahmud Abd al-sami, 2002, Qiraat al-kisaie min al-qiraat al-asyr al-mutawatirah. Beirut: dar alkutub al-ilmiyyah Al-Jazari, Muhammad bin Muhammad. 1994. Thayyibah An-Nasyr Dr Ahmad bin Faris al-salum. Manhaj al-mustasyriqin fi Ithbat al-nas al-qurani Ard wa Naqd. Kertas kerja dalam Muktamar al-ishtishraq Ma lahu wa Ma Alaih. Jamiah al-qasim pada: 14-16 Disember 2016 Haji Nik Ja far bin Nik Ismail (2004). Buku Qawaid Tarannum: Cara Berlagu. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Ibn al-jazari. T.th. al-nasyr fi al-qiraat al-asyr. Beirut: Dar al-kutub al-ilmiyyah Ibn Kathir Ismail bin Umar (1416H) Fadhail al-quran. Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyyah Ibn Mujahid, 1980. Abi Bakr bin Ahmad, t.th. al-sab ah fi al-qiraat. Kaherah: Dar al-maarif Ishak Abbas. 1985. Memahami Tajwid dan Tartil al-quran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jamaludin Ridhuan. 2000. Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-quran. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Buku panduan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Manna Khalil Qattan. T.t. Mabahis fi Ulum al-quran. Maktabah Wahbah : Kaherah. Mohd Yusuf Ahmad. 2000. Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-quran. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya Muhammad al-dusuki Amin, 2012. al-nur Wa al-burhan fi Ahkam Tilawah al-quran. Kaherah : Maktabah Aulad al-sheikh Li al-turath. 293