SUMBANGAN ULAMA TASAWUF KALIMANTAN SELATAN ABAD KE-18 (CONTRIBUTION OF SUFI SCHOLARS IN SOUTH KALIMANTAN IN THE 18 TH CENTURY)

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

AN EARLY OVERVIEW : THE BIOGRAPHY OF 'UTHMAN SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI A MALAY INDONESIAN ARCHIPELAGO TRANSLATION SCHOLAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

International Memory of the World Register

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Ulasan Buku / Book Review

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUTIRAN PERIBADI

HAJI MUHAMMAD SA'ID BIN JAMALUDDIN AL-LINGGI:

SOROTAN PERKEMBANGAN TASAWUF DI ALAM MELAYU, TOKOH-TOKOH DAN KARYANYA. Rosni binti Wazir. Abstrak

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

Karya Utama Syeikh Muhammad Nafis Al-Banjari: Analisa Teks Manuskrip Al-Durr Al-Nafis (MSS 225)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE MEANINGS AND FUNCTIONS OF DAYOK NABINATUR FOR THE SOCIETY OF SIMALUNGUN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

2.1 Kandungan kertas kerja hendaklah mengandungi: a. Pendahuluan b. Sub topik atau topik-topik kecil c. Penutup/kesimpulan d.

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Tema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia. Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Legasi Intelektual al-tabari dan Ibn Kamil dalam Tajarib al-umam Karya Miskawayh

MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAM DI VIETNAM: KAJIAN MENGENAI ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

TOK SENGGORA : PEMEGANG SANAD KEMASUKAN BACAAN AL-QURAN DI MALAYSIA. SHAHARUDDIN SAAD MOHD FAIRUS A.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan di Malaysia

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Transcription:

Borneo Research Journal, Volume 5, December 2011, 87-99 SUMBANGAN ULAMA TASAWUF KALIMANTAN SELATAN ABAD KE-18 (CONTRIBUTION OF SUFI SCHOLARS IN SOUTH KALIMANTAN IN THE 18 TH CENTURY) Mohd. Roslan Mohd Nor & Noor Syahidah Mohamad Akhir Academy of Islamic Studies University of Malaya (m_roslan@um.edu.my) Abstract The application of the Sufism knowledge in the Malay world was parallel with the coming of Islam to the Archipelago. South Kalimantan was one of the areas which have received the coming of Islam through the influence of the Sufis. The development of Sufism knowledge can be seen from the birth of many leaders of Sufism in South Kalimantan from the 16 th century until today. The heap of Sufis ulama in South Kalimantan happened in the 18 th century and flourished after that. Hence, this article will focus on the Sufis scholars in the 18 th century, as the peak in the phase of the development of Sufism knowledge, even when the same period marked the Dutch colonial intervention. In short, this article will present the history of Sufism development in South Kalimantan, as well as the prominent figures of Sufism in the 18 th century, along with their contribution in the field. Keywords: Tasawuf scholar, Sufi, South Kalimantan, Islam in the 18 th century, Malay World Pengenalan Kemasukan Islam ke Alam Melayu amat berkait rapat dengan peranan ahli sufi atau ulama tasawuf. Hakikatnya, Islam dan tasawuf tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dan saling berhubung. Ilmu tasawuf masuk ke Alam Melayu bersama Islam dan Islam sampai ke Alam Melayu bersama ilmu tasawuf sebagai ilmu tazkiah al-nafs (penyuci jiwa). Kebanyakan daripada mereka datang ke Nusantara sebagai pendakwah secara langsung atau tidak langsung sebagai para pedagang. Agama Islam turut mempengaruhi kepulauan Borneo terutamanya Kalimantan Selatan dengan tertubuhnya kerajaan Islam hasil daripada peranan ahli sufi. Peranan yang dimainkan oleh 87

Mohd Roslan Mohd Nor & Noor Syahidah Mohamad Akhir ahli sufi di Kalimantan Selatan tidak hanya terhenti di awal abad kedatangan Islam sahaja sebaliknya lebih menonjol pada abad ke-18m hasil peranan yang dimainkan oleh ulama tasawuf antara mereka ialah Syeikh Muhammad Nafis al-banjari, Syeikh Abdul Hamid Abulung dan Syeikh Abdurrahman Siddiq. Tidak banyak kajian yang dilakukan berkenaan ketokohan ulama Kalimantan Selatan, sebaliknya kebanyakan kajian berhubung Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah yang lebih masyhur melahirkan tokoh Islam. Sejarah Kalimantan Selatan merupakan sejarah yang perlu diteliti dan dikaji dengan lebih meluas kerana kekurangan ahli sejarah yang menulis tentang sejarah Kalimantan. Ini selaras dengan pendapat Aliansyah Ludji yang mengatakan para ahli sejarah terlalu sikit, sejarah Kalimantan masih terlalu gelap bagi semua padahal bahan-bahan untuk menyusun sejarah Kalimantan yang lengkap bukan tidak ada (Basuni, 1986, p. 1). Walau bagaimanapun, kertas kerja ini lebih menumpukan kepada sejarah tokoh ulama Kalimantan Selatan di samping pandangan berhubung sejarah perkembangan tasawuf di sana. Perkembangan Tasawuf di Kalimantan Selatan Kalimantan Selatan yang juga sebahagian dari alam Melayu tidak terlepas daripada kepercayaan animisme yang dikenali sebagai Kaharingan oleh masyarakat Banjar (Kertodipoero, 1963, p. 14). Kemudian kepercayaan tersebut beralih kepada Hindu Buddha dan akhirnya bertukar kepada agama Islam. Sejarah berhubung zaman-zaman tersebut dapat diteliti menerusi Hikayat Banjar yang merupakan salah sebuah sumber historiografi Banjar. Kerajaan Islam pertama ialah kerajaan Banjar yang terletak di Banjarmasin. Sebelum kedatangan Islam telah wujud beberapa kerajaan iaitu kerajaan Dipa yang bertukar kepada kerajaan Daha yang akhirnya berubah kepada kerajaan Banjar setelah pemerintahnya memeluk Islam. Ulama memainkan peranan dalam penyebaran Islam di Borneo (Ismail, Wan Ahmad, & Wan Abdullah, 2009; Wan Ali & Ismail, 2009) termasuklah di Kalimantan Selatan. Pengislaman pemerintah Banjar ini juga mempunyai hubungan dengan ahli sufi dan ia menandakan kemasukan Islam secara rasmi ke Kalimantan Selatan pada abad ke-16m. Walau bagaimanapun, Islam telah lama masuk secara perlahan di kalangan masyarakat terutamanya di pesisir pantai hasil gerakan dakwah ahli sufi secara tidak langsung menerusi perdagangan antaranya Sunan Giri (Salleh, 1990, p. 328). Sunan Giri merupakan salah seorang daripada wali songo di Gresik, Jawa Timur. Selain gelaran Sunan Giri, beliau juga mempunyai beberapa gelaran lain iaitu Raden Paku, Prabu Satmata, Sultan Abdul Faqih, Raden Ainul Yaqin dan Joko Samudra. Pengaruh beliau berkembang sehingga Madura, Lombok, Kalimantan, Sulawasi dan Maluku. 88

Sumbangan Ulama Tasawuf Kalimantan Selatan Abad Ke-18 (Contribution Of Sufi Scholars In South Kalimantan In The 18 th Century) Sunan Giri banyak melakukan pendakwahan kepada golongan bawahan agar beliau dapat menyesuaikan diri dengan adat tempatan untuk menarik perhatian masyarakat (Mat, 2002). Hikayat Banjar menceritakan pengislaman Pangeran Samudera yang diberi gelaran Sultan Suriansyah yang menandakan kemasukan Islam secara rasmi di Kalimantan Selatan. Berikut merupakan teks tersebut: Maka Pangeran Samudra itu, sudah tetap kerajaannya di Bandjarmasih itu, maka masuk Islam. Diislamkan oleh penghulu Damak itu. Maka waktu itu ada orang negeri Arab datang, maka dinamainya Pangeran Samudra itu Sultan Surjanu llh. Banyak tiada tersebut. (Salleh, 1990, p. 328). Besar kemungkinan orang Arab tersebut merupakan seorang ulama dan sufi yang datang untuk menyebarkan Islam di samping tujuan dan aktiviti-aktiviti lain. Ini adalah kerana ulama Arab pada abad-abad awal kebanyakan merupakan ahli sufi sama ada secara langsung atau tidak langsung terutama yang datang dai Hadramaut, Yaman. Petikan tersebut menyatakan bahawa pengislaman tersebut dilakukan oleh penghulu Damak iaitu Penghulu Rahmatullah. Penghulu tersebut telah menghantar wakil iaitu Khatib Dayyan atau nama asalnya Sayyid Abdul Rahman untuk pengislaman tersebut dan mengembangkan Islam di wilayah kerajaan Banjar (Sjarifudin & Usman, 2007, p. 94). Jadi, pengislaman tersebut bukanlah secara langsung dilakukan oleh Penghulu Damak, sebaliknya dilakukan oleh wakilnya Khatib Dayyan yang juga merupakan ahli sufi. Perkembangan tasawuf di Kalimantan Selatan memperlihatkan kemajuannya apabila seorang ulama Banjar menghasilkan sebuah karya tasawuf pada abad ke-17m iaitu Syeikh Ahmad Syamsuddin al-banjari yang mengarang kitab Asal Kejadian Nur Muhammad (Ahmad, 2008, p. 19). Kitab ini mempunyai pengaruh pemikiran Ibn Arabi dan lebih cenderung kepada Wahdatul Wujud. Kitab tersebut kemudiannya dihadiahkan kepada Ratu Aceh ketika itu. Menurut R.O. Winstedt seperti yang dipetik dari Sejarah Banjar menyatakan bahawa Hikayat Nur Muhammad yang paling tua yang dijumpai di Jakarta ditulis pada tahun 1668M oleh seorang ulama Banjar yang bernama Sham al-din untuk Sultan Taj al-alam Syafiat al-din yang memerintah Aceh (Ideham & Sjarifudin, 2003, p. 124). Ini menunjukkan terdapatnya hubungan luar antara kerajaan Banjar dengan Aceh yang ketika itu sebagai pusat intelektual dengan kemunculan tokoh ternama seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin ar-raniri, Syamsuddin al-sumatrani dan ramai lagi pada abad ke- 16M lagi. Pemikiran mereka inilah yang sedikit sebanyak menyerap ke Kalimantan Selatan melalui pelbagai cara terutama perkapalan dagang atau haji. Sememangnya masyarakat Banjar yang ingin atau telah menunaikan haji 89

Mohd Roslan Mohd Nor & Noor Syahidah Mohamad Akhir perlu singgah di pelabuhan Aceh terlebih dahulu untuk menunggu pertukaran angin sebelum mereka meneruskan pelayaran. Tempoh menunggu tersebut ada kalanya agak lama dan kemungkinan besar pemikiran atau fahaman yang ada di Aceh meresap kepada masyarakat Banjar. Perkembangan tasawuf di Kalimantan Selatan tidak terhenti di situ sahaja, sebaliknya mencapai puncak kemajuan pada abad ke-18m dengan melahirkan ramai ulama Banjar dalam bidang tasawuf. Mereka kebanyakannya menuntut ilmu agama di Timur Tengah dan pulang ke tanah air untuk berdakwah. Pelbagai sumbangan dan pengaruh mereka tidak dapat dinafikan lagi dalam menyebar luaskan Islam di Kalimantan Selatan. Mereka adalah Syeikh Muhammad Nafis al-banjari, Syeikh Muhammad Arsyad al- Banjari dan Syeikh Abdul Hamid Abulung. Pada abad seterusnya lahir pula seorang tokoh yang juga berpengaruh dalam ilmu tasawuf di Kalimantan Selatan iaitu Syeikh Abdurrahman Siddiq. Walaupun Kalimantan Selatan pada abad ke-18 sehingga abad ke-19m menghadapi campur tangan penjajah Belanda, namun Islam tetap mampu berkembang hasil sokongan daripada masyarakat. Pada abad ke-20m, telah lahir lebih ramai ulama Banjar dalam bidang tasawuf. Walau bagaimanapun, perkembangannya lebih mendatar dan tiada kontroversi yang besar seperti mana yang berlaku sebelum ini iaitu pada abad ke-18m. Ulama Banjar pada zaman ini kebanyakannya menggunakan karyakarya ulama pada abad ke-18m dan terdahulu sebagai rujukan penulisan dan pengajian mereka. Ada di antara mereka yang menghurai, membahaskan, meneliti atau menterjemah karya-karya yang ada sebelum ini. Antara ulama Banjar dalam bidang tasawuf pada abad ini ialah H.Gusti Abdul Muis, Rafi ie Hamidi, H. Abdul Muthalib Muhyiddin, Muhammad Laily Mansur, K. H. Dja far Sabran, Tuan Guru H. Muhammad Syukri Unus, K.H. Muhammad Zaini Ghani, K.H. Muhammad Bakhiet dan ramai lagi (Tarwilah, 2010). Ulama Tasawuf yang Berpengaruh Pada Abad Ke-18 di Kalimantan Selatan Abad ke-18 dan 19M menyaksikan kemajuan ilmu tasawuf di Kalimantan Selatan dengan kemunculan ramai ulama tasawuf Banjar. Pada abad ini juga tidak terlepas daripada kontroversi seperti yang berlaku kepada Hamzah Fansuri di Aceh dan Siti Jenar di Jawa. Dalam artikel ini, penulis hanya akan membincangkan tentang beberapa ulama Banjar dalam bidang tasawuf seperti berikut. Syeikh Muhammad Nafis al-banjari Syeikh Muhammad Nafis al-banjari atau lebih dikenali sebagai Datu Nafis merupakan keturunan bangsawan daripada kerajaan Banjar. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Nafis al-banjari Bin Idris Bin Husein Bin Ratu 90

Sumbangan Ulama Tasawuf Kalimantan Selatan Abad Ke-18 (Contribution Of Sufi Scholars In South Kalimantan In The 18 th Century) Kasuma Yoada Bin Pangeran Kasuma Negara Bin Pangeran Dipati Bin Sultan Tahilillah Bin Sultan Saidullah Bin Sultan Inayatullah Bin Sultan Musta in Billah Bin Sultan Hidayatullah Bin Sultan Rahmatullah Bin Sultan Suriansyah (Tim Sahabat, 2010a). Istilah al-banjari menunjukkan beliau merupakan etnik Banjar yang berasal dari Kalimantan Selatan. Beliau dilahirkan di Martapura dan tarikh kelahiran dan kematiannya masih belum dapat dipastikan dengan tepat. Walau bagaimanapun, ada pandangan yang mengatakan beliau lahir pada tahun 1148H/1735M (Musa, 2004, p. 47). Pandangan ini sama dengan pandangan yang diketengahkan oleh Laily Mansur yang merupakan sarjana yang mengkaji berhubung pemikiran tasawuf Durrun Nafis mengatakan bahawa tarikh kelahiran Syeikh Muhammad Nafis al-banjari adalah pada tahun 1735M berikutan tarikh penulisan karyanya Durrun Nafis yang selesai pada tahun 1200H/1785M ketika usianya 50 tahun. Walau bagaimanapun, penulis kurang bersetuju dengan data tersebut kerana Syeikh Muhammad Nafis al-banjari dikatakan hidup sezaman dengan Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari yang lahir pada 1122H/1710M (Syukur, 2009, p. v). Mereka berdua merupakan rakan seguru yang belajar di Haramain. Jika Syeikh Muhammad Nafis lahir pada tahun 1735M sudah tentu perbezaan umur mereka adalah 25 tahun dan ini adalah suatu yang agak mustahil untuk mereka menjadi rakan seperguruan. Tambahan pula, Syeikh Muhammad Nafis al-banjari hanya mencatatkan bahawa karangannya Durrun Nafis siap ditulis pada tahun 1200H/1785M tanpa menyebut usianya ketika itu. Ini berbeza seperti mana yang dinyatakan oleh Laily Mansur. Justeru, penulis berpendapat bahawa tarikh kelahiran Syeikh Muhammad Nafis al-banjari adalah sekitar tahun 1700-1720M yang tidak jauh dengan kelahiran Syeikh Muhammad Arsyad al- Banjari. Berhubung dengan tempat beliau di makamkan, terdapat tiga lokasi yang dikatakan tempat persemadiannya iaitu di Desa Binturu, Kelua di Kabupaten Tabalong, tempat kedua ialah Desa Tungkaran, Paliat di Kabupaten Tanah Laut dan tempat ketiga ialah di Daerah Kusan Kota Baru. Syeikh Muhammad Nafis al-banjari telah diambil menjadi anak angkat di istana oleh Sultan Tahmiddillah (1700-1734M) kerana beliau seorang yang pintar dan mampu membaca al-quran pada usia tujuh tahun (Zarjasyi, 2008, p. 40). Beliau kemudiannya telah dihantar ke Haramain untuk mendalami ilmu agama. Di sana beliau telah berguru dengan beberapa ulama terkenal antaranya ialah Syeikh Abdullah Hijazi as-syarqawi al-misriyy, Maulana Syeikh Siddiq Bin Umar Khan, Maulana Syeikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz al-maghribi al- Amri Rahimahu Allah, Saiyyidi Mustafa Bin Kamal al-din al- Bakri, Maulana Syeikh Muhammad Bin Abdul Karim as-samman dan ramai lagi. Beliau akhirnya pulang ke tanah air pada zaman pemerintahan Sultan Tahmidillah II (1778-1801M). Syeikh Muhammad Nafis al-banjari merupakan ulama kedua berpengaruh dalam perkembangan Islam di Kalimantan Selatan selepas Syeikh 91

Mohd Roslan Mohd Nor & Noor Syahidah Mohamad Akhir Muhammad Arsyad al-banjari. Ini selaras dengan ungkapan Dr. Azyumardi Azra yang mengatakan Syeikh Muhammad Nafis menepati urutan kedua setelah Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari dalam pengaruh yang dimainkannya atas kaum Muslim di Kalimantan (Azra, 1998, p. 255). Walau bagaimanapun, jika dalam bidang tasawuf, Syeikh Muhammad Nafis lebih berpengaruh kerana ia merupakan bidang utama beliau adalah tasawuf berbanding Syeikh Muhammad Arsyad yang lebih menumpukan hal syariat. Syeikh Muhammad Nafis al-banjari yang mempunyai sifat rendah diri serta keinginan untuk melakukan dakwah sanggup melepaskan kesenangan sebagai keluarga bangsawan dengan berpindah ke kawasan-kawasan pedalaman untuk menyebarkan Islam. Antara kawasan yang menjadi pilihan ialah Kelua, Pulau Bali, Pulau Sumbawa dan Kota Baru (Abdullah, 2000, p. 49). Beliau yang juga menerima ijazah dan dibenarkan untuk mengajarkan ilmu tasawuf kepada masyarakat merupakan tokoh yang membawa tarekat Sammaniyyah masuk ke Kalimantan Selatan (Bruinessen, 1994, p. 4). Tarekat ini telah berkembang luas di sana dan menjadi tarekat utama yang diminati oleh masyarakat di Kalimantan Selatan sehingga kini. Syeikh Muhammad Nafis al-banjari juga tidak terlepas untuk menghasilkan karya ilmiah dalam bidang tasawuf. Beliau telah menulis kitab Durrun Nafis, Majmu al-asrar, Kanzus Sa adah dan beberapa kitab kecil yang lain iaitu Huruf-huruf Abjad Dalam Al-Quran, Ilmu Haqiqat Yang Sebenar dan Masalah Orang Yang Dijadikan Imam. Naskhah asal kitab-kitab tersebut boleh didapati di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Namun, kitab Kanzus Sa adah tiada dalam koleksi simpanan tersebut dan belum ada kajian yang dapat memastikan dengan tepat adakah kitab tersebut benar-benar wujud atau sebaliknya. Karya yang paling terkenal dan berpengaruh ialah kitab Durrun Nafis. Kitab ini menimbulkan pelbagai perbahasan yang kontroversi pro dan kontra berhubung isi kandungannya yang dikatakan lebih cenderung dengan wahdatul wujud. Tiada kontroversi yang berlaku pada zaman beliau walaupun ia cenderung dengan wahdatul wujud kerana isi kitabnya digabungkan dengan persoalan tauhid sehingga ia menjadi antara kitab yang sedikit sukar untuk difahami tanpa berguru. Kitab ini pernah diharamkan oleh Belanda kerana bimbang akan menimbulkan kesedaran dan sikap tidak takutkan mati untuk menentang pihak penjajah. Ini jelas menunjukkan bahawa Syeikh Muhammad Nafis al-banjari dan kitabnya Durrun Nafis mempunyai pengaruh dalam bidang ilmu tasawuf serta perkembangan Islam di Kalimantan Selatan. Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari merupakan tokoh ulama yang sangat dikenali dan berpengaruh di Kalimantan Selatan. Beliau lebih dikenali sebagai 92

Sumbangan Ulama Tasawuf Kalimantan Selatan Abad Ke-18 (Contribution Of Sufi Scholars In South Kalimantan In The 18 th Century) ulama fiqh atau syariat berbanding tasawuf. Terdapat juga perbahasan sama ada beliau adalah ulama syariat atau ulama sufi. Walau bagaimanapun, beliau juga memberi sumbangan dalam bidang tasawuf dengan mengarang beberapa kitab tasawuf disamping kitab-kitab fiqh. Beliau dilahirkan di Desa Lok Gabang sekitar 12KM dari Martapura pada tahun 1710M iaitu ketika pemerintahan Sultan Hamidullah (1700-1734M) (Ideham & Sjarifuddin, 2003, p. 133). Beliau yang pada awalnya mendapat pendidikan di kampungnya sendiri telah diambil menjadi anak angkat sultan ketika itu dan kemudiannya dihantar ke Haramain untuk mendalami ilmu agama. Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari menetap di Makkah selama 30 tahun dan di Madinah selama lima tahun. Beliau juga telah berguru dengan ulama terkenal antaranya Syeikh at-thailah bin Ahmad al-azhari, Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-kurdi, Syeikh Seman, Ibrahim al-kurani, Ahmad a-qusyasyi dan ramai lagi. Di sana, beliau bukan sahaja belajar, malah turut menyampaikan ilmu di Masjid al-haram. Beliau akhirnya pulang ke Kalimantan Selatan pada Disember 1772 ketika pemerintahan Pangeran Nata Dilaga bin Sultan Tamjidillah untuk membangunkan masyarakat berorientasikan Islam. Banyak sumbangan tajdid dan islah yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad Arsyad dari segi pembangunan Islam. Beliau wafat pada 6 Syawal 1227H bersamaan 13 Oktober 1812M. Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari sememangnya lebih banyak sumbangan dalam bidang syariat dengan membuat beberapa pembaharuan antaranya memperbetulkan arah kiblat beberapa masjid di Batavia, membuka pusat pengajian di tanah yang dihadiahkan oleh sultan kepadanya setelah pulang ke Kalimantan Selatan, memperbetulkan akidah masyarakat ketika itu, membentuk mahkamah syariah dan mengarang pelbagai karya ilmiah (Dahlan, 2009, pp. 166-171). Beliau cuba sedaya upaya untuk membasmi fahaman wujudiyyah yang berkembang di Kalimantan Selatan antaranya dengan menjatuhkan hukuman kepada Syeikh Abdul Hamid Abulung seperti yang akan dibincangkan nanti. Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari tidak terlepas daripada mengarang kitab-kitab ilmiah. Beliau banyak mengarang kitab dalam pelbagai bidang iaitu ilmu fiqh, ilmu tauhid dan ilmu tasawuf. Dalam bidang tauhid dan tasawuf, beliau telah mengarang beberapa buah kitab iaitu Risalah Kanzul Ma rifah, Fathu al-rahman Bi Syarhi Risalati Wali al-ruslan, Risalah Mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah, Qadariyah Dan Jabariyyah dan beberapa lagi kitab yang lain (Syukur, 2009). Dua daripada kitab terawal yang disebutkan oleh penulis merupakan kitab tasawuf. Kitab tasawufnya yang paling berpengaruh adalah Risalah Kanzul Ma rifah. Kitab ini membicarakan tentang cara mengenal diri iaitu mengenal asal kejadian, mematikan diri sebelum mati dan memfanakan diri. Kitab ini juga mengajarkan cara untuk berzikir. Kitab ini berkembang luas dan masih digunakan oleh masyarakat di Kalimantan Selatan. 93

Mohd Roslan Mohd Nor & Noor Syahidah Mohamad Akhir Walaupun sumbangannya banyak dalam bidang fiqh, namun sumbangan beliau dalam bidang tasawuf tidak dapat disangkal sama sekali. Dengan menghasilkan pelbagai karya dan sumbangannya yang lain telah mewarnai dunia keintelektualan tasawuf di Kalimantan Selatan. Syeikh Abdul Hamid Abulung Syeikh Abdul Hamid Abulung atau dikenali sebagai Datu Abulung atau Datu Habulung atau Datu Ambulung merupakan gelaran yang diambil sempena nama sebuah kampung Dalam Pagar iaitu Abulung. Tidak diketahui bila tarikh sebenar kelahirannya, namun beliau dikatakan lebih tua daripada Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari. Berdasarkan kajian Tim Peneliti IAIN Antasari, H. Zaini Muhdar yang menukilkan kitab Risalah Tasawuf mengatakan Syeikh Abdul Hamid Abulung berasal dari negeri Yaman, dilahirkan pada tahun 1148H/1735M dan wafat pada 12 Zulhijjah 1203/1788M kerana dihukum mati atas perintah Sultan Tahmidullah II (1785-1808) (Tim Peneliti, 2003, p. 8). Beliau menuntut ilmu di Haramain dan mempunyai ramai murid. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau telah melebar luas dakwahnya di Kalimantan Selatan. Beliau sangat berpengaruh dalam bidang tasawuf dalam aliran wahdatul wujud. Aliran ini mendapat tempat dalam pentadbiran sehingga ia dijadikan sebagai fahaman rasmi kerajaan ketika itu. Syeikh Abdul Hamid Abulung mempunyai kedudukan yang penting iaitu sebagai penasihat raja iaitu sebelum kepulangan Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari. Selepas Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari pulang ke Kalimantan Selatan, beliau telah menggantikan posisi Syeikh Abdul Hamid Abulung. Beliau yang tidak sealiran dengan Syeikh Abdul Hamid Abulung telah mempengaruhi pemerintah ketika itu agar menjatuhkan hukuman kepada beliau kerana membawa ajaran yang sesat. Ajaran tersebut dikatakan sukar untuk difahami berdasarkan fahaman syariat. Antara ajaran atau ungkapan Syeikh Abdul Hamid Abulung ialah : Tiada yang maujud melainkan hanyalah Dia, tiadalah aku melainkan Dia, Dialah aku dan aku adalah Dia. (Ideham & Sjarifuddin, 2003, p. 129). Menurutnya lagi, syariat yang diajarkan selama ini hanya sekadar kulit dan belum sampai kepada isinya lagi. Sedangkan pegangan syariat yang dipegang adalah: Tiada yang berhak dan patut disembah hanya Allah. Allah adalah Khalik dan selainnya adalah makhluk, tiada sekutu baginya. 94

Sumbangan Ulama Tasawuf Kalimantan Selatan Abad Ke-18 (Contribution Of Sufi Scholars In South Kalimantan In The 18 th Century) Di sebabkan perbezaan fahaman ini, maka ia menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Akhirnya pengetahuan ini sampai ke pengetahuan pihak istana yang seterusnya memanggil beliau untuk menghadap Sultan Tahmidillah II yang memerintah ketika itu. Syeikh Abdul Hamid Abulung akhirnya dihukum agar dikurung dalam kurungan besi sempit yang hanya cukup untuk berdiri sahaja. Kurungan tersebut dibenamkan di dalam Sungai Luk Buntar. Dikatakan, beliau tidak mati, sebaliknya setiap kali tiba waktu solat, kurungan tersebut akan muncul di permukaan air dan Syeikh Abdul Hamid Abulung akan mendirikan solat di situ (Dahlan, 2009, p. 187). Diceritakan pada waktu subuh, seorang penangkap ikan telah menyaksikan keanihan tersebut, kemudian beliau telah menjadikan Syeikh Abdul Hamid Abulung sebagai gurunya. Bilangan murid semakin bertambah sebanyak sepuluh orang dan mereka dikenali sebagai Orang Sepuluh. Berita bahawa Datu Abulung masih hidup sampai kepada pengetahuan sultan yang akhirnya memerintahkan agar beliau dipancung. Walau bagaimanapun, Datu Abulung memberi tahu ia tidak dapat dibunuh melainkan dengan senjata yang berada di dinding rumahnya dan kemudian perlu ditikam di belikatnya. Beliau sempat menunaikan solat sunnah sebelum hukuman tersebut dijatuhkan. Dikatakan darahnya yang memancut keluar perlahan-lahan membentuk kalimah La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah (Tim Sahabat, 2010b, p. 56). Syeikh Abdul Hamid Abulung dikebumikan di Desa Abulung Sungai Batang Martapura Kabupaten Banjar. Selepas zaman beliau pegangan kerajaan Banjar telah bertukar kepada tasawuf berasaskan fahaman Sunni yang moderat. Apa yang jelas, Undang-undang Sultan Adam (1935) yang berfahaman sunni telah digubal. Peristiwa yang berlaku kepada Syeikh Abdul Hamid Abulung sama seperti yang berlaku kepada Hamzah Fansuri di Aceh dan Siti Jenar di Jawa, Suhrawardi di Mesir dan al-hallaj di Baghdad yang juga menerapkan aliran wahdatul wujud. Hampir kebanyakan ulama tasawuf memberi sumbangan dalam bidang keintelektualan dengan menghasilkan pelbagai karya yang kini dikenali sebagai warisan khazanah keintelektualan. Kebanyakannya adalah kitab kuning bertulisan jawi yang lebih dikenali sebagai manuskrip atau naskhah Melayu. Antara kitab yang ditulis oleh Syeikh Abdul Hamid Abulung ialah Risalah Tasawuf yang mempunyai dua jilid. Walaupun beliau tidak menghasilkan banyak karya, namun beliau telah mewarnai bidang tasawuf di Kalimantan Selatan dari segi pemikiran yang sealiran dengan ajaran Abu Yazid Bisthami (874M) dan Husein bin Mansur al-halaj (858-922). Kitab tersebut kemudiannya dinukilkan oleh H. Zaini Muhdar dengan merujuk kepada kumpulan-kumpulan kitab yang lain antaranya Durrun Nafis dan al-hikam. Ini menunjukkan karangan Syeikh Abdul Hamid Abulung tetap mendapat tempat dan mempunyai pengaruhnya tersendiri. Syeikh Abdul Hamid Abulung turut menyumbangkan hidupnya untuk mengajarkan ajaran Islam khususnya ilmu tasawuf kepada masyarakat di 95

Mohd Roslan Mohd Nor & Noor Syahidah Mohamad Akhir daerah kesultanan Banjar. Beliau berjaya mempengaruhi masyarakat dan menpunyai pengikut setia iaitu Orang Sepuluh yang disebutkan sebelum ini. Hasil daripada sokongan yang memberangsangkan, Syeikh Abdul Hamid Abulung telah membuka tiga tempat pengajian utama iaitu di Sungai Batang Martapura, Danau Panggang dan Haur Gading Amuntai di Kabupaten Hulu Sungai Utara. Ini menggambarkan sumbangan Syeikh Abdul Hamid Abulung dalam bidang pendidikan dan keintelektualan khususnya ilmu tasawuf di Kalimantan Selatan. Selain dalam bidang pendidikan, Syeikh Abdul Hamid Abulung juga menyumbangkan tenaganya dengan menjadi penasihat sultan iaitu sebelum kembalinya Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari. Hakikatnya, aliran wujudiyah sebelum ini sememangnya mendominasi pemerintah semenjak zaman kesultanan Sultan Suriansyah lagi, namun aliran ini bertukar setelah diubah oleh Syeikh Muhammad Arsyad (Dahlan, 2009, p. 185). Datu Sanggul Datu Sanggul merupakan tokoh yang tidak banyak diketahui berhubung tentang dirinya. Kebanyakan cerita diperoleh dari mulut ke mulut sahaja. Pada awalnya, beliau dikenali oleh masyarakat sebagai orang biasa sahaja dan tidak menonjol, namun setelah Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari menziarahi pemakaman Datu Sanggul, barulah masyarakat mengetahui bahawa Datu Sanggul berilmu tinggi. Datu Sanggul atau dikenali sebagai Datu Muning bukanlah nama sebenar, sebaliknya ada pandangan yang mengatakan nama sebenar beliau ialah Abdussamad. Menurut H. Alimaki H. Matsaman mengatakan nama beliau adalah Abdussamad yang berasal dari Palembang yang datang untuk berguru dengan Datu Suban yang tinggal di Muning. Ada juga pandangan yang mengatakan beliau adalah orang yang sama dengan Syeikh Abdussamad al-falimbani. Walau bagaimanapun, penulis kurang bersetuju dengan perkara tersebut dan kemungkinan besar mereka adalah orang yang berbeza. Ini kerana Syeikh Abdussamad al-falimbani adalah seorang tokoh agung yang lebih dikenali dengan penghasilan beberapa karya iaitu Sairu al-salikin dan Hidayatu al-salikin. Banyak catatan berhubung dengan diri beliau sebaliknya catatan berhubung Datu Sanggul banyak tidak diketahui. Datu Sanggul lebih cenderung dengan karyanya Kitab Barincung sebaliknya Syeikh Abdussamad al-falimbani lebih menonjol dengan kitabkitabnya yang lain. Kemungkinan namanya sahaja hampir serupa, namun ia adalah individu yang berbeza. Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari banyak menceritakan tentang Datu Sanggul ketika di Makkah. Syeikh Muhammad Arsyad telah meminta Datu Sanggul membawa kepadanya buah mangga yang berada di halaman istana di mana ia ditanam oleh Syeikh Muhammad Arsyad. Pada hari Jumaat selepasnya, Datu Sanggul telah membawa buah mangga yang masih ada 96

Sumbangan Ulama Tasawuf Kalimantan Selatan Abad Ke-18 (Contribution Of Sufi Scholars In South Kalimantan In The 18 th Century) getahnya seolah-olah baru dipetik. Ketika itu, juga heboh mengatakan bahawa buah mangga yang paling besar di istana hilang dipetik orang. Ini menunjukkan perkara luar bias kerana tidak mungkin seseorang ketika itu mampu berulang alik dari Alam Melayu ke Timur Tengah dalam waktu yang singkat (Ideham & Sjarifuddin, 2003, p. 131). Dicatatkan bahawa beliau tidak mempunyai murid kerana beliau pada awalnya beliau dianggap sebagai orang biasa sahaja. Hakikatnya, tiada banyak catatan berhubung dengannya dari sudut biografi sehingga agak sukar untuk pengkaji mengukur pengaruh dan sumbangannya dalam masyarakat di Kalimantan Selatan. Datu Sanggul meninggal pada malam Jumaat, bulan Ramadhan 1186H atau Disember 1772M. Tidak banyak catatan berhubung sumbangan Datu Sanggul dalam bidang tasawuf di Kalimantan Selatan. Walau bagaimanapun beliau pernah berdialog dengan Syeikh Muhammad Arsyad al-banjari di Haramain berhubung ilmu tasawuf yang telah ditulis dalam sebuah kitab iaitu Kitab Barincung (Abdurrahman, 1996, p. 25). Syeikh Muhammad Arsyad telah menanyakan tentang ilmu yang dimiliki dan menyatakan hasrat untuk mempelajarinya. Datu Sanggul menjelaskan bahawa kitab yang diberi oleh Datu Nuraya harus dipotong dua secara miring. Kerana itulah kitab tersebut dikenali sebagai Barincung. Apabila kedua bahagian ini dicantum barulah dapat difahami. Datu Sanggul menyerahkan sebahagian kepada Syeikh Muhammad Arsyad dan sebahagian lagi akan diberi ketika datang berjumpa dengannya setelah pulang ke tanah air dengan membawa tiga helai kain putih. Dikatakan, sebaik sahaja Syeikh Muhammad Arsyad ingin bertemu beliau, beliau baru sahaja wafat dan dikebumikan (Dahlan, 2009, p. 156). Dikatakan, potongan yang ada kepada Syeikh Muhammad Arsyad lebih menjurus kepada ilmu fiqh dan sebahagian lagi yang ada pada Datu Sanggul lebih kepada ilmu tasawuf. Kitab Barincung membincangkan tentang pengertian tasawuf, mengenal diri, mengenal Allah, proses penciptaan yang terdiri daripada Nur Muhammad, martabat tujuh dan banyak lagi. Jika diperhatikan, walaupun sumbangan beliau dalam bidang tasawuf tidak banyak diketahui, namun beliau juga telah mewarnai dan mengembangkan ilmu tersebut di Kalimantan Selatan. Penutup Alam Melayu umumnya dan Kalimantan Selatan khususnya sememangnya telah berjaya melahirkan ramai tokoh dalam bidang tasawuf. Maka tidak hairanlah jika terdapat ratusan manuskrip Melayu lama yang menjurus dalam bidang tasawuf ditulis oleh para ulama dari wilayah tersebut. Pengajian tasawuf juga sangat digemari oleh masyarakat suatu ketika dahulu sebelum bidang fiqh mengambil posisi sebagai pengajian yang popular. Dengan adanya 97

Mohd Roslan Mohd Nor & Noor Syahidah Mohamad Akhir ramai ulama tasawuf pada abad ke-18m, ia sebenarnya menggambarkan bahawa bidang tasawuf sangat dominan walaupun ketika itu masyarakat Kalimantan sedang menghadapi cabaran penjajahan Belanda. References Abdullah, W. M. S. (2000). Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, j. 8. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. Abdurrahman, H. (1996). Menguak Tabir Sisi-sisi Gelap Dari Sejarah Perkembangan Agama Islam Di Kalimantan Selatan. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. Ahmad. (2008). Pengajian Tasawuf Sirr Di Kalimantan Selatan. Disertasi Master, IAIN Antasari, Banjarmasin. Azra, A. (1998). Jaringan Ulama Timur Tengah Dan Kepulauan Nusantara Abad XVII Dan XVIII. Bandung: Penerbit Mizan. Basuni, A. (1986). Nur Islam Di Kalimantan Selatan. Surabaya: PT Bina Ilmu. Bruinessen, M. V. (1993). Studi Tasawuf Pada Akhir Abad Ke-18M : Amalan Dan Bacaan Abd al-samad al-falimbani, Nafis al-banjari Dan Tarekat Sammaniyah. In Laporan Seminar Nilai Tasawuf Dalam Abad Modern (pp. 1-17). Banjarmasin: IAIN Antasari. Dahlan, B. (2009). Ulama Banjar Dan Karya-karyanya. Banjarmasin: Antasari Press. Ideham, M. S. dan Sjarifuddin. (2003). Sejarah Banjar. Banjarmasin: Badan Penelitian Dan Pengembang Daerah Propinsi Kalimantan Selatan Ismail, Z., Wan Ahmad, W. I., & Wan Abdullah, W. A. R. K. (2009). Cabaran Ulama Borneo dalam Penyebaran Agama Islam di Sarawak. Borneo Research Journal, 3, 173-186. Kertodipoero, S. (1963). Kaharingan Religi Dan Penghidupan Di Penghuluan Kalimantan. Bandung: Sumur Bandung. Mat, Z. (2002). Peranan Agama Islam Dan Kesannya Ke Atas Perkembangan Peradaban Umat Islam Khususnya Di Alam Melayu. Disertasi Master, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Musa, H. (2004). Siri Kajian Peradaban Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Salleh, S. H. (1990). Hikayat Banjar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sjarifuddin, H., & Usman, G. (2007). Sejarah Banjar. Kalimantan Selatan: Balitbangda. Syukur, A. (2009). Pemikiran-pemikiran Syeh Muhammad Arsyad Al Banjari Dalam Bidang Tauhid Dan Tasawuf. Banjarmasin: COMDES. Tarwilah, S. (2010). Kitab-kitab Manakib Karya Ulama Banjar. Tashwir Jurnal Penelitian Agama Dan Sosial Budaya. iv(1), 79-113. 98

Sumbangan Ulama Tasawuf Kalimantan Selatan Abad Ke-18 (Contribution Of Sufi Scholars In South Kalimantan In The 18 th Century) Tim Peneliti. (2003). Risalah Tasawuf Syekh Abdul Hamid Abulung. Banjarmasin: IAIN Antasari. Tim Sahabat. (2010a). Datu-datu Terkenal Kalimantan Selatan. Banjarmasin: SAHABAT. Tim Sahabat. (2010b). Seri Manakib Syekh Muhammad Nafis al-banjari Dan Ajarannya. Kalimantan Selatan: SAHABAT. Wan Ali, W. Z. K. & Ismail, A. Z. (2009). Masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam: Kajian Mengenai Isu dan Cabaran dalam Pemikiran Islam di Era Globalisasi. Borneo Research Journal, 3, 187-208. Zarjasyi, M. (2008). Pemikiran Tasawuf Muhammad Arsyad al-banjari Dalam Risalah Fath al-rahman Dan Kanz al-ma rifah. Disertasi Master, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 99