PERSEPSI PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP ISU PENUKARAN AGAMA (MURTAD) MASRINAH BINTI MASLIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Kefahaman Wanita Islam Kelas Menengah di Lembah Klang Terhadap Islam Liberal

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP ISU PENUKARAN AGAMA (MURTAD) MASRINAH BINTI MASLIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Tandatangan : Nama Penyelia : P.M AMINUDDIN RUSKAM AL-DAWAMY Tarikh : 2 MEI 2008

i PERSEPSI PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP ISU PENUKARAN AGAMA (MURTAD) MASRINAH BINTI MASLIH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Nama Penulis : MASRINAH BINTI MASLIH Tarikh : 2 MEI 2008

iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah yang membawa rahmat ke seluruh alam. Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya kajian ini dapat disiapkan walaupun sekali-sekala bertemu rintangan dan cabaran. Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat Profesor Madya Aminuddin Ruskam selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong dan memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana muda ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang tidak jemu memberi dorongan dan sokongan dalam perjuangan menuntut ilmu. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha ini akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat daripada kajian ini kepada semua pembaca.

v ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama (murtad). Populasi kajian ini adalah seramai 439 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 132 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.864. Min untuk mengkaji kepekaan pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama ialah 4.54. Seterusnya, untuk mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada murtad menunjukkan min sebanyak 4.19, manakala pengetahuan terhadap faktor-faktor luaran pula ialah 4.09. Min bagi mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai kesan-kesan daripada penukaran agama ialah 4.24. Kajian menunjukkan pelajar bimbang terhadap pertambahan kes murtad. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi masalah murtad ini antaranya ialah ibu bapa hendaklah menekankan pendidikan agama kepada anak-anak sejak dari peringkat awal lagi.

vi ABSTRACT This study was carried out to assess the perceptions of the muslim students of Faculty of Education, University Technology Malaysia toward the issue of religion conversion. The population of the study counts 439 students from 14 different courses. The sampling was done at random and 135 student were chosen as respondents. This study follows by quantitative method using questionnaire which consists of 40 items as instrument. The descriptive statistical analyses were used to obtain the frequency value, percentage and mean. The data were analyzed using the statistical package of social sciences (SPSS) software. The reliability value this questionnaire was α =0.864. The mean to study the students awareness on the conversion issue is 4.54. Next, the mean to know the students knowledge for the internel contributing factors of the conversion is 4.19. While, the mean to know the students knowledge for the external contributing factors of the conversion is 4.09. Finally, the mean to identifying the students understanding on the effects of the conversion is 4.24. Result of this study show that respondent were concerned about the increment in apostate cases. There are also several suggestions to overcome this conversion issue, and the most important one is the parents should give their children a proper Islamic (educations) eversince childhood.

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Agama Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Antara rahmatnya ialah Islam menganjurkan konsep kebebasan beragama. Ini bermakna setiap individu di dunia ini bebas memilih agama yang diyakininya, walaupun Islam sahaja adalah agama yang benar. Islam sama sekali tidak memaksa sesiapa supaya menganutinya (Arieff Salleh Rosman, 2001:1). Namun demikian, sekiranya seseorang itu telah menerima Islam, maka dia diwajibkan agar melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh Islam terhadap penganutnya. Seseorang Muslim juga dilarang keras keluar daripada Islam (murtad) dan hukuman yang wajib dikenakan kepada orang murtad adalah hukum bunuh sekiranya sahih kemurtadannya. Walaupun telah jelas di dalam Islam menukar agama merupakan satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah, namun demikian masih ada permohonan untuk menukar agama sehinggakan ia telah menjadi satu isu yang menimbulkan keresahan yang menakutkan kepada umat Islam kerana mampu menggugat keamanan negara. Justeru, jika masalah ini tidak dibendung dikhuatiri rahmat yang dibawa oleh Islam tidak dapat lagi dikecapi oleh umatnya kerana salah satu maqasid syar iyyah yang perlu dijaga semakin tergugat disebabkan oleh pelbagai faktor.

2 1.2 Latar Belakang Masalah Isu penukaran agama (murtad) bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita, sebaliknya telah lama berlaku. Cuma sejak akhir-akhir ini masalah tersebut mengundang perhatian ramai kerana diwar-warkan oleh media. Malahan bagi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), gejala murtad bukan suatu perkara asing kerana pernah mengendalikan puluhan kes murtad khususnya yang membabitkan anak muda melayu (Masridzi Sat, 2006:27). Tambahan pula, sejak negara kita mencapai kemerdekaan, institusi kehakiman tidak pernah sunyi daripada tuntutan-tuntutan untuk menukar pegangan agama Islam kepada agama-agama lain. Di dalam rekod perundangan Malaysia tercatat kes-kes seperti Daud Mamat, Jamaluddin Othman, Kamariah Ali, Dhalip Kaur, Soon Singh, Aishah Bukhari, Mohamad Said Nabi dan ramai lagi yang menunjukkan kepada kita betapa seriusnya gejala murtad ini (http://www.malaysiakini). Selain kes-kes tersebut, berikut adalah contoh kes-kes lain di mahkamah yang melibatkan individu-individu yang memilih untuk keluar daripada agama Islam berdasarkan sumber daripada Pusat Penyelidikan Parti Islam se-malaysia:- Kes Hartinah binti Kamarudin (No KP 740315-08-58240) bertukar ke agama Hindu dan menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan telah berkahwin dengan Rajeswaran a/l Jeyaraman di Malaysia Hindu Sangan, Wilayah Persekutuan pada 24 haribulan Mac 1996. Kes Siti Mariam binti Mohamed Ismail, seorang wanita yang bertudung labuh (No KP 750307-06-5048) telah bertukar ke agama Hindu melalui surat akuan bersumpah bertarikh 14 haribulan Oktober 1997 dan menukar namanya kepada M.Tarini dan telah berkahwin dengan Kalaicheleven a/l Alagapan di Malaysia Hindu Sangan,Wilayah Persekutuan pada 15 haribulan Februari 1999.

3 Kes Siti Salmiah binti Abdullah Halim (No kes R1-24-10-98) yang telah bertukar ke agama kristian dan bertukar nama kepada Catherine Josephine melalui perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato K.C Vohrah pada 9 haribulan November 1998. Kes Hajee Ismail bin Suppiah@Salim (No kes R1-24-31-95) yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Ganesan a/l Suppiah melalui perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato (sekarang Tan Sri) Ahmad Fairuz bin Dato Sheikh Abdul Halim pada 26 haribulan September 1995. Kes Fadzillah binti Mustafa (No Kes MT2-21-108-89) yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato Wira Haji Mohd Noor bin Haji Ahmad pada 18 haribulan November 1998. Kes Othman Narasiman bin Abdullah (No Kes MT4-21-109-98) yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Narasiman a/l Kaveri melalui perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato Chin Fook Yen pada 7 haribulan Disember 1998. Kes Habibamma binti Abdul Jabar (No Kes R1-24-11-98) yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Habimai Rao melalui perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato K.C Vohrah pada 9 haribulan September 1998 (Pusat Penyelidikan PAS, 2007:2-3). Apa yang sangat menyedihkan lagi, permohonan untuk menukar agama telah menular kepada keberanian memohon menggugurkan perkataan Islam dalam MyKad melalui muka pengadilan, sepertimana dalam kes Lina Joy. Beliau adalah berketurunan Melayu dan nama Islamnya ialah Azlina Jalani. Kes Lina Joy ini

4 mencerminkan ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat dan pemerintah kita (Abdul Aziz Bari, 2006:26). Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi kes penukaran agama bertambah dari masa ke semasa di negara kita. Menurut Abdul Aziz Bari (2005:122) sejak akhirakhir ini kes-kes murtad dikatakan semakin menjadi-jadi. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa sehingga 1999 ada sebanyak 5000 deed poll, afidavit, notis dan iklan mengisytiharkan niat mahu meninggalkan agama Islam. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam yang murtad di negara kita. Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang Islam Melayu yang telah mengisytiharkan diri mereka masuk kristian (Pusat Penyelidikan PAS, 2007:1). Menurut Abdul Aziz Bari (2006:26) kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria mengenai bilangan orang murtad di Malaysia yang sudah mencecah ke angka 100,000 harus direnung dengan penuh keinsafan. Soal sama ada angka tersebut tepat atau sebaliknya tidak perlu menjadi punca perbalahan, kerana yang pastinya masalah orang murtad sudah semakin membarah. Selain itu, sama ada disedari atau tanpa disedari faktor-faktor yang menyumbang ke arah isu ini semakin berkembang dengan subur dan meluasnya di negara kita. Walaupun Islam tidak pernah memaksa seseorang untuk masuk ke dalamnya, namun demikian Islam tidak membenarkan agamanya menjadi mainan yang mana seseorang bebas untuk masuk ke dalamnya pada hari ini dan keluar darinya besok hari (Yusuf Qardhawi, 2000:51). Dalam konteks perundangan Islam, akidah adalah asas kepada kesetiaan seseorang yang mempunyai refleksi kepada masyarakat dan negara. Akidah

5 mencerminkan kesetiaan dan ketaatannya kepada negara dan pimpinan. Lantaran itu, tidak keterlaluan kalau perundangan Islam menetapkan hukuman mati ke atas mereka yang murtad kerana orang yang sedemikian telah mengkhianati akidah dan negaranya (Mohd Daud Bakar,1995:12). Malahan menurut Ikbal Salam (2007, 13) ada baiknya mereka yang murtad ini tidak terus disimpan menjadi virus di dalam agama. Justeru, jika masalah ini tidak dibendung secara serius, tidak ada ketelusan di pihak yang berwajib untuk mengawal gejala ini, malahan sanggup pula mempertikai kenyataan ulama tanpa memberikan statistik sebenar, maka umat Islam di negara ini bakal merasa kesannya kerana mempertahankan dan menjamin kesucian akidah samalah seperti menjamin dan menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Bahaya yang paling besar dalam masyarakat Islam ialah apabila diuji dengan tersebarnya gejala murtad di dalam masyarakat namun tiada sesiapa yang mampu menghadapinya serta melawannya. Ia adalah sepertimana yang diungkapkan oleh seorang ulama tentang murtad dengan katanya Riddah Wa La Abu Bakar Laha (kemurtadan dalam keadaan tiada individu seumpama Abu Bakar yang membenteraskannya)(yusuf Qardhawi, 2000:45). 1.3 Pernyataan Masalah Masalah penukaran agama yang semakin berleluasa kini, sewajarnya mendapat perhatian daripada semua pihak. Namun demikian, pertambahan kes murtad dari masa ke semasa sebagaimana yang digambarkan pada bahagian latar belakang masalah, seolah-olah mencerminkan ketidakprihatinan pelbagai pihak terhadap isu ini. Malahan institusi pengajian tinggi (IPT) yang diharapkan dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai jati diri yang tinggi turut dicatatkan terlibat dalam kes ini. Harian Metro bertarikh 20 Mei 2007 misalnya, menceritakan tujuh penuntut IPT murtad

6 dalam tempoh dua tahun. Apa yang pastinya cerita murtad di IPT bukanlah satu cerita yang baru. Oleh itu, kajian ini adalah perlu bagi mengkaji sejauhmana kepekaan atau sensitiviti pelajar sebagai satu anggota masyarakat yang penting terhadap isu penukaran agama ini, di samping pengetahuan mereka terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada berleluasanya isu ini serta kefahaman mereka terhadap kesan penukaran agama terhadap diri individu yang terbabit dalam masalah ini. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: 1.4.1 Mengkaji sejauhmana tahap kepekaan pelajar terhadap isu penukaran agama (murtad). 1.4.2 Mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada penukaran agama (murtad). 1.4.3 Mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor luaran yang mendorong kepada penukaran agama (murtad). 1.4.4 Mengenal pasti kefahaman pelajar terhadap kesan daripada penukaran agama (murtad).

7 1.5 Persoalan Kajian Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat mencetuskan jawapan kepada beberapa persoalan seperti yang disenaraikan: 1.5.1 Adakah pelajar peka terhadap isu penukaran agama (murtad)? 1.5.2 Adakah pelajar mengetahui faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada penukaran agama (murtad)? 1.5.3 Adakah pelajar mengetahui faktor-faktor luaran yang mendorong kepada penukaran agama (murtad)? 1.5.4 Adakah pelajar memahami kesan yang timbul daripada perbuatan menukar agama (murtad)?