HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

Similar documents
ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Ulasan Buku / Book Review

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

AKADEMIKA 63 (Julai 2003) Chinese Women in Industrial Home-based Sub-contracting in the Garment Industry in Kuala Lumpur: Neither Valued nor Costed

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

PENDAHULUAN SUMBANGAN DANIEL DJUNED ( ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

2.1 Kandungan kertas kerja hendaklah mengandungi: a. Pendahuluan b. Sub topik atau topik-topik kecil c. Penutup/kesimpulan d.

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

SUMBANGAN MUALIM HAJI WAHID DALAM BIDANG DAKWAH DI MELAKA

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Transcription:

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin Abstract The article discusses the rapid development ofda'wah throughout the world in the early days. The evidence has shown that da'wah was strongly supported by the corporate sectors. It means, in the early da'wah the corporates played a very important role. Thus, it could be established that the relationship between the two parties was very close. PENDAHULUAN Dakwah satu tuntutan ke atas setiap orang Islam mengikut kemampuan masingmasing. Dakwah mempunyai pendekatan tertentu untuk menjamin keberkesanannya. Satu dari pendekatannya ialah bahawa ia didokong oleh golongan tertentu yang mempunyai potensi dalam masyarakat. Artikel ini mendedahkan antara golongan yang telah memainkan peranannya secara berkesan mendokong usaha dakwah, iaitu golongan korporat. Dengan perbincangan ini dapat dilihat betapa dekatnya hubungan antara dakwah dengan golongan korporat, sekaligus menjawab persoalan kenapa usaha dakwah sekarang kurang berkesan. MEMAHAMIISTILAH Sebelum dilanjutkan perbincangan mengenai tajuk ini, dua istilah perlu diberikan perhatian, supaya dapat difahami tajuk ini dengan jelas. Istilah tersebut ialah dakwah dan korporat. Dakwah bererti usaha membawa manusia kepada agama Allah dengan cara yang sesuai, bagi menjamin kesejahteraan hidup.1 Setiap usaha yang membawa kepada 1 Muhammad al-ghazaii, Ma 'a Allah, Beirut, 1981, h. 17; Dr. Yusuf al-qaradawi, Thaqqfah al- Da'iyah, Beirut, 1978, h. 5. 59

Jurnal Usuluddin kesejahteraan hidup yang berteraskan Islam termasuk ke dalam usaha dakwah. Korporat berasal dari bahasa Inggeris, corporate, yang mengandungi makna perbadanan atau syarikat.2 Pengertian tersebut sama dengan makna yang diberikan oleh Akta Syarikat Di Malaysia.3 Berdasarkan keadaan semasa yang misi perbadanan dan syarikat adalah lebih tertumpu kepada perniagaan, maka secara mudahnya korporat adalah perniagaan dan perdagangan. Dengan itu, ahli korporat mengikut penggunaan sekarang lebih cenderung kepada ahli perniagaan dan perdagangan. HUBUNGAN YANG RAPAT Perkembangan dakwah masa silam, sama ada di Semenanjung Tanah Arab atau di luar Semenanjung Tanah Arab menunjukkan betapa dakwah disebarkan di kalangan masyarakat dalam masa yang sangat cepat. Keberkesanan dakwah masa silam sangat menakjubkan. Kalaulah dikaji, satu daripada sebab perkembangan seperti itu ialah dakwah didokong oleh golongan korporat. mi bererti, ahli korporat bukan sahaja aktif dalam perniagaan, tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah. Misi berdagang dan misi berdakwah menjadi satu misi yang bersepadu, atau paling kurang adanya kerjasama yang rapat antara pedagang dan pendakwah. Dalam hal ini, Dr. Ibrahim Imam menjelaskan, fakta sejarah menunjukkan bahawa pedagang-pedagang telah memikul tanggungjawab yang besar dalam dakwah. Kedudukan peniaga-peniaga yang sering berhubung dengan orang ramai secara terus, berdasarkan kemahiran mereka dalam komunikasi dengan orang ramai memungkinkan mereka senang mempengaruhi sasaran untuk tujuan dakwah.4 Nabi (s.'a.w) sendiri berkait rapat dengan perniagaan. Walaupun Nabi (s.'a.w) tidak termasuk ke dalam golongan ahli korporat, Baginda pernah terdedah dengan urusan perniagaan. Sejarah menunjukkan bahawa dua kali Baginda ke Syam atas urusan perniagaan. Pertama, bersama bapa saudaranya, Abu Talib ketika Baginda berumur 12 tahun dan kedua membawa dagangan Khadijah binti Khuwailid ketika Baginda berumur 25 tahun.5 Dengan itu, alam perniagaan menjadi sebahagian dari alam kehidupan Nabi (s.'a.w) sebelum dilantik menjadi rasul. Ada beberapa sebab kenapa dakwah berhubung rapat dengan ahli korporat. Pertama, kerana terdapat unsur persamaan antara perniagaan dan dakwah. Kedua, 2 DBP, Kamus Dwibahasa, Kuala Lumpur, 1985, h. 273. 3 Malaysia Companies Act and Companies Regulations.Kuala. Lumpur, 1988, h. 3. 4 Dr. Ibrahim Imam, al-1 'lam al-hlami: al-marhalah al-shafahiyah,kahetaki, 1980, h. 76. 5 Ibn Hisham, Al-Slmh al-nabawiyah, Tahqiq Mustafa al-saqa dan kawan-kawan, Dar al- Kunuz, Bahagian 1, h. 180 dan 187-188. 60

Hubungan Dakwah Dengan Ahli Korporat kerana penyebaran dakwah banyak didokong oleh ahli korporat. Ketiga, kerana keduadua golongan ini tinggi darjatnya di sisi Allah. UNSUR PERSAMAAN Unsur persamaan antara perniagaan dan dakwah ialah dari segi tawaran dan penerimaan. Pendakwah menawarkan Islam kepada sasaran supaya diterima. Peniaga juga menawarkan barangan kepada pelanggan supaya diterima atau dibeli. Penawar, sama ada pendakwah atau peniaga harus menawarkan barangan masing-masing dengan cara yang dapat mempengaruhi sasaran. Kalau tidak, ia tidak diterima oleh sasaran. Oleh itu, metodologi dakwah dan strategi pemasaran merupakan ilmu yang penting dalam bidang masing-masing. Dengan akhlak yang tinggi, seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab semasa membawa dagangan Khadijah binti Khuwailid di Syam Nabi (s.'a.w) telah menarik dan memuaskan hati pembeli, sehingga mendapat keuntungan yang besar kepada dagangan itu dan inilah yang menarik perhatian Khadijah kepada Nabi (s.'a.w).6 Ini bererti Nabi (s.'a.w) telah menunjukkan sikap dan cara yang baik dalam memasarkan barangannya, sehingga bukan sahaja mempengaruhi pembeli, malah Khadijah sendiri. Pengalaman Nabi (s.'a.w) dalam perniagaan merupakan kemahiran untuk digunakan dalam dakwah. Sebab itu, Nabi (s.'a.w) dilatih berniaga sebelum memulakan dakwah. Malah, dalam banyak ayat Allah menggunakan perkataan yang digunakan secara khusus oleh ahli korporat, iaitu perkataan membeli atau menukar. Contohnya, ayat yang menjelaskan bahawa Allah membeli jiwa dan harta benda orang mukmin (untuk digunakan kepada perjuangan Islam) dengan bayaran syurga.7 Maka, pendakwah yang baik ialah pendakwah yang sering memikirkan tentang keberkesanan dakwah kepada sasarannya, sama ada dari sudut pendekatan, strategi, pengurusan atau sebagainya. Begitu juga, ahli korporat yang baik ialah ahli korporat yang sentiasa memikirkan tentang pasaran barangannya, dengan langkah-langkah pengurusan, pendekatan dan strategi yang perlu, supaya barangannya mendapat sambutan pelanggan. PENDOKONG DAKWAH Pendedahan ini tidaklah menafikan pendokong dakwah itu terdiri dari berbagai-bagai golongan, kerana sejarah menunjukkan bahawa dakwah dan jihad dilakukan oleh 6 Al-Sayyid Abu al-hasan al-nadwi, al-sirah al-nabawiyah, Jeddah, 1977, h. 78. 7 Al-Tawbah, 111. 61

Jumal Usuluddin semua golongan orang Islam. Apa yang hendak didedahkan ialah peranan yang dimainkan oleh golongan korporat dalam sejarah dakwah yang menampakkan bahawa golongan ini telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam dakwah. 1. Khadijah binti Khuwailid Khadijah binti Khuwailid adalah isteri Nabi (s.'a.w) yang pertama. Beliau adalah seorang saudagar yang mulia dan berharta. Dengan hartanya yang banyak beliau mengupah orang menjalankan urusan perdagangannya, termasuk Nabi (s.'a.w) sendiri.8 Khadijah menjadi tulang belakang yang kuat kepada dakwah Nabi (s.'a.w). Dengan pengaruh harta yang ada Khadijah menjadi seorang yang penting dalam dakwah di Mekah. Beliau disifatkan sebagai nikmat Allah yang besar yang diberikan kepada Nabi (s.'a.w), kerana peranannya dalam mengembangkan risalah Islam.9 2. Abu Bakr al-siddiq Dalam sejarah dakwah Nabi (s.'a.w), sahabat Baginda yang paling utama ialah Abu Bakr al-siddiq. Beliau adalah di antara orang yang mula-mula memeluk Islam. Apabila Nabi (s.'a.w) mengajak kepada Islam, beliau terus memeluknya tanpa teragakagak.10 Abu Bakr al-siddiq seorang saudagar yang terkenal dengan akhlak yang mulia. Selepas memeluk Islam, beliau berusaha mengajak orang lain berbuat demikian. Dengan usaha beliau, ramai sahabat-sahabatnya dari golongan yang berpengaruh memeluk Islam, seperti Othman bin 'Affan, al-zubayr bin al-'awwam, 'Abd al- Rahman bin 'Auf dan Sa'd bin Abf Waqqas.11 Dengan pengaruh dan harta, Abu Bakr al-siddiq menjadi tulang belakang yang kuat kepada perjuangan Islam dan sehingga peperangan Tabuk (9H) beliau telah menyumbangkan seluruh hartanya untuk perjuangan Islam.12 Begitu juga sahabat-sahabat Nabi (s.'a.w) yang lain yang tergolong ke dalam golongan korporat dan hartawan, seperti 'Abd al-rahman bin 'Auf dan Othman bin 'Affan telah menggunakan kekayaan masing-masing untuk memperjuangkan Islam. Peranan yang dimainkan oleh para sahabat dari golongan korporat dalam perkembangan dakwah pada masa Nabi (s.'a.w) sangat besar dan mengkagumkan. Dengan kekayaan dan pengaruh yang ada pada mereka digunakan untuk kepentingan Muhammad al-ghazali, Fiqh al-s'irah, 'Alam al-ma'rifah, h. 78. 9 Ibid, h. 128. 10 Ibn Hisham, S'irah al-nabawiyyah, Dar al-fikr, jil. 1, h. 268. 11 Ibid. 12 Dr. Mustafa al-siba'i, al-sirah al-nabawiyah, Beirut, h. 110, 62

Hubungan Dakwah Dengan Ahli Korporat Islam, yang menyebabkan Islam berkembang dengan cepatnya. Hubungan golongan ini dengan perkembangan dakwah pada masa Nabi (s.'a.w) sangat dekat. Adapun tokoh-tokoh ulama yang terkenal dengan sama ada tokoh fekah, tokoh hadis atau tokoh tafsir, yang tidak ramai terlibat dengan pemiagaan adalah disebabkan kerana tumpuan mereka diberikan sepenuhnya kepada ilmu. Walaupun begitu, sejarah telah mencatatkan bahawa Imam Abu Hanifah (80-150H) juga merupakan seorang ahli pemiagaan. Di samping kesibukan sebagai seorang ulama ijtihad, beliau sempat muncul sebagai saudagar kain di Kufah.13 3. Penyebaran Dakwah Di Nusantara Kemasukan Islam ke Nusantara, khususnya ke Semenanjung Tanah Melayu (Ma laysia) ada hubungan yang rapat dengan golongan korporat. Mengikut ahli sejarah, pedagang Islam yang datang dari Semenanjung Tanah Arab ada mesej dakwah. Dr. Hasan 'Abd al-qadir Saleh menjelaskan bahawa peranan saudagar Arab dalam penyebaran Islam pada peringkat permulaan sangat besar. Mereka datang ke kawasan sini bukan sahaja dengan tujuan bemiaga, tetapi juga sebagai pendakwah.14 Selain daripada pengaruh yang besar, mereka berada di Tanah Melayu dalam masa yang cukup untuk berdakwah, kerana kepulangan mereka bergantung kepada musim angin.15 Walaupun terdapat beberapa pendapat di kalangan ahli sejarah tentang golongan manakah yang mula-mula menyebarkan dakwah di Nusantara, namun kebanyakan mereka tertumpu kepada ahli pemiagaan yang memainkan peranan yang besar dalam hal ini.16 Bagi G.E. Marrison adalah jelas bahawa mubaligh (pendakwah) dan pedagang Arab memainkan peranan yang penting dalam proses pengislaman di Malay sia. Meskipun demikian, beliau tidak menafikan tentang adanya pengaruh dari India dan China dalam usaha menyebarkan dakwah di Malaysia.17 Demikian juga S.Q. Fatimi, menjelaskan bahawa penulis-penulis Barat moden berpendapat bahawa kemasukan Islam di Malaysia dibawa bersama-sama barang dagangan oleh pedagang-pedagang Islam dari Arab, Persia, Gujerat dan Iain-lain.18 Beliau menjelaskan bahawa Van Leur berpendapat saudagar-saudagar Islam berjaya 13 Wahbah al-zuhayli, al-fiqh al-istami wa Adillatuh, jil. 1, Lubnan, 1985, h. 30. 14 Dr. Hasan 'Abd al-qadir Saleh, "Ittihad Mafiziya", al-buldan al-isramiyah, Riyad, 1978, h. 281. ' 15 Wan Hussein Azmi, Isu Dakwah Di Malaysia, h. 8-9. 16 Lihat: S.Q. Fatimi, Islam Comes to Malaysia, MSRIL, Singapore, 1963, h. 71. 17 G.E. Marrison, Persian Influence in Malayan Life, Singapore, 1955, jil. 28, h. 1. 18 Fatimi, loc. cit. 63

Jurnal Usuluddin mengislamkan rakan-rakan peniaga mereka yang lain.19 Pendapat-pendapat tersebut sama dengan pendapat Dr. Mustafa Mu'min yang menjelaskan bahawa Islam dibawa ke kawasan Melayu (Malaysia dan Sumatera) pada kira-kira abad ke-13 oleh orang-orang Arab dengan mesej berniaga dan berdakwah.20 Dengan itu, kesimpulan yang dibuat oleh S.Q. Fatimi dalam hal ini ialah Islam datang ke Malaysia bersama-sama peniaga Muslim.21 Pengaruh pedagang-pedagang Arab sangat besar, kerana mereka merupakan satu golongan yang tinggi kedudukannya di kalangan anak tempatan, terutamanya disebabkan mereka golongan hartawan dan pandai bergaul.22 Dr. Ra'uf Shalabi menjelaskan bahawa pendakwah-pendakwah tersebut dengan ikhlas menggunakan saluran perdagangan untuk penyebaran Islam ke Nusantara bagi memperbaiki mutu rakyat di sebelah sini. la berbeza dengan penjajah-penjajah Barat yang tujuan kedatangan mereka untuk menghisap kekayaan bumi dan milik anak tempatan untuk dibawa ke negara mereka.23 Dengan sumbangan yang diberikan oleh pedagang-pedagang Arab dan India menamatkan pengaruh Hindu-Buddha di kawasan ini.24 Berdasarkan kenyataan-kenyataan tersebut jelas menunjukkan hubungan yang rapat antara dakwah di Nusantara dengan peniaga-peniaga yang memainkan peranan yang besar dalam perkara ini. 4. Penyebaran Islam Di China Penyebaran Islam ke China juga ada hubungkait dengan golongan korporat. Pendakwah-pendakwah yang sekaligus pedagang-pedagang Arab menyebarkan Islam di China. Dengan itu, mereka membawa dua mesej, iaitu berdagang dan berdakwah.25 Mahmud Muhammad Shakir menjelaskan pendakwah dari kalangan pedagang tertumpu di kawasan-kawasan pantai dan pelabuhan. Adapun kawasan-kawasan pedalaman China, Islam datang bersama dengan pembukaan kawasan oleh tentera Is lam dan mubaligh-mubaligh.26 19 Ibid. 20 Mustafa Mu'min, Qasamat al- 'Alam al-istami al-murasir, Dar al-fath, 1974, h. 278. 21 Fatimi, op.cit, h. 99. 22 Ismail Hamid, Perkembangan Islam Di Asia dan Alam Melayu, Heineman, 1986, h. 156. 23 Dr. Ra'uf Shalabi, al-isldm fi Arkhabil al-malayu, al-sa'adah, 1981, h. 40. 24 Hashim Md. Isa (editor), Information Malaysia 1998 Yearbook, Kuala Lumpur, 1998, h. 1. 25 Dr. Abdullah Ishak, Islam Di India, Nusantara Dan China, Kuala Lumpur, 1992, h. 237-238. 26 Mahmud Muhammad Shakir, "al-muslimun fi al-sin",al-buldan al-islamiyah, op.cit. h. 613-614.

Hubungan Dakwah Dengan Ahli Korporat Dr. Sobri Salamon menjelaskan kemasukan Islam ke China pada peringkat pennulaan dengan tiga risalah, iaitu agama, pemiagaan dan politik.27 Beliau menambah bahawa ajaran Islam yang diperkenalkan oleh pedagang-pedagang menarik ramai or ang. Dengan itu, kaum Turko-Mongolian dan penduduk-penduduk Asia Tengah dengan sukarela memeluk Islam secara beramai-ramai.28 Seorang penulis Cina, Pai So Yi juga bersetuju bahawa kemasukan Islam ke China dibawa oleh pedagang-pedagang, iaitu pedagang-pedagang Tazi dari dunia Is lam pada kira-kira abad kelapan.29 Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kemasukan Islam ke China sama dengan kemasukan Islam ke Nusantara, iaitu keduaduanya ada hubungan yang sangat rapat dengan pedagang-pedagang. 5. Perkembangan Islam di Afrika Timur ada hubungan dengan ahli korporat. Kajian menunjukkan bahawa ahli korporat telah memainkan peranannya mengembangkan Islam di Afrika Timur di samping berperanan sebagai peniaga. ^ Dari pendedahan fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa peranan golongan korporat sangat besar dalam penyebaran Islam masa dahulu. DARJAT YANG TINGGI Islam sangat mementingkan pemiagaan dan menyeru kuat umatnya supaya melakukannya.31 Selaras dengan itu, peniaga diberi kelebihan yang besar di sisi Allah. Orang yang melaksanakan dakwah dengan baik dan orang yang mengusahakan pemiagaan dengan baik, sama-sama menikmati kelebihan dan darjat di sisi Allah. Tentang dakwah Allah menjelaskan bahawa tiada yang lebih baik daripada kata-kata orang yang menyeru ke jalan Allah.32 Tentang peniaga Nabi (s.'a.w) bersabda yang maksudnya; "Peniaga yang benar dan amanah itu akan bersama-sama dengan golongan nabi, golongan yang benar dan golongan yang mati syahid".33 Kelebihan besar yang diberikan kepada kedua-dua golongan ini sebagai balasan 27 Dr. Sobri Salamon, Mengenal Islam Di Tanah Besar China, Kuala Lumpur, 1988, h. 10. 28 Ibid. h. 12. 29 Pai So Yi, Catalan Sejarah Di Cina, (terj. dari bahasa Cina), Yin Chuang, 1982, h. 2-3. 30 Dr. Muhammad Aman al-jaml, 'Adwa' 'ala Tariq al-da'wah al-istamiyah,beirul, 1992, h. 252-253. 31 Al-Qaradawl, al-hajal wa al-hafamfi al-mam, Beirut, cet. ke-12, h. 132. 32 Fussilat, 33. 33 Al-JamV al-sahih (Sunan al-tirmidh~i),mqsii, 1976, jil. 3, h. 506. 65

Jurnal Usuluddin atas usaha mulia yang dilakukan. Pendakwah berusaha membawa manusia kepada kesejahteraan hidup, terutama di akhirat nanti. Manakala peniaga yang amanah dan jujur berusaha memberi kesenangan kepada manusia, terutama di dunia ini. Keduaduanya berusaha untuk membawa kesenangan kepada manusia, dengan itu golongan ini diberikan kelebihan dan darjat yang tinggi. KESIMPULAN Kajian artikel ini menyimpulkan bahawa: 1. Untuk perkembangan yang lebih cepat dan berkesan, dakwah sepatutnya didokong oleh golongan yang berpengaruh dalam masyarakat, sepertimana yang berlaku pada masa-masa dahulu. 2. Golongan korporat Islam pada masa dahulu bukan sahaja membawa misi perniagaan, malah juga misi dakwah. 3. Dakwah bukan sahaja memerlukan ilmu wahyu atau yang dinamakan ilmu agama, tetapi juga wang, pengaruh, kemahiran komunikasi dan Iain-lain bagi melicinkan perkembangannya. 4. Tokoh-tokoh besar yang menyumbangkan usahanya kepada Islam pada peringkat perkembangan awal Islam ramai yang terdiri dari golongan korporat. Dengan pengaruh yang ada, mereka gunakan untuk mengembangkan Islam. 5. Dakwah hari ini sepatutnya didokong oleh pendokong-pendokong seperti masa silam. Untuk itu, usaha kesedaran dilakukan kepada golongan yang berpotensi ini. 6. Golongan korporat, jika berada di atas landasan yang betul diberikan sanjungan yang sangat tinggi oleh Islam. 7. Keperluan sasaran harus diberikan perhatian dalam dakwah, supaya dakwah itu lebih menarik perhatian dan berkesan. 8. Antara kemahiran yang perlu ada pada pendakwah supaya dakwahnya lebih berkesan ialah kemahiran perniagaan, terutamanya yang berhubung dengan pemasaran dan pengurusan. 9. Pendakwah bukan sahaja setakat menyampaikan Islam kepada sasaran, tetapi cuba memikirkan langkah-langkah pendekatan dan strategi supaya sasaran dapat menerima dakwahnya, sebagaimana ahli korporat yang sering berbuat demikian terhadap barangannya. 10. Jambatan kerjasama yang erat antara golongan yang berpengaruh di kalangan masyarakat harus diusahakan pembinaanya untuk tujuan dakwah. 66