IJMAc DI DALAM AL-TARJAMAH AL-MURSALAH MENURUT JAMIc AL-TIRMIDHI

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Explanation of Imam Al-Tirmidhi in Conflicting Islamic Jurisprudence

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

KAEDAH DAN PENDIRIAN IMAM AL-TIRMIDIHI ( H) KETIKA MENJELASKAN DALIL IMAM AL-SHAFI I DI DALAM JAMI AL-TIRMIDHI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

1 Lihat al-dhahabi, Shams al-din Muhammad bin Ahmad bin 'Uthman,Siyar a 'lam al-nubala',

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

Analisis Terhadap Pengaruh Syair dan Ucapan Arab Dalam Tafsiran Tafsir Al-Māturidī Dan Al-Ṭabarī

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM NORMADIAH BINTI DAUD 1 ZULIZA MOHD KUSRIN 2

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN SEBAGAI HAK DAN KEWAJIPAN IBU

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

KAEDAH SYARH AL-HADITH DALAM PENGAJIAN HADITH DI INSTITUSI MASJID DI DAERAH MUALLIM NEGERI PERAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

Transcription:

1 IJMAc DI DALAM AL-TARJAMAH AL-MURSALAH MENURUT JAMIc AL-TIRMIDHI Siti Mursyidah binti Mohd Zin & Mohd Norzi bin Nasir Jabatan al-quran dan al-sunnah Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sitimursyidah@kuis.edu.my Ahamad Asmadi bin Sakat Jabatan al-quran dan al-sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia aas@ukm.edu.my ABSTRAK al-tarjamah al-mursalah adalah salah satu kaedah penyusunan bab atau tarajum di dalam Jamiс al-tirmidhi. Penggunaan al-tarjamah al-mursalah ini telah diulang sebanyak 275 kali di dalam Jamiс al-tirmidhi. Kajian ini akan menjelaskan makna al-tarjamah al-mursalah dan ijmac beserta contoh hadis al-tarjamah al-mursalah di dalam abwab al-talaq. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan terhadap Jamic al-tirmidhi. Kajian telah mendapati terdapat tiga metode yang berlainan yang digunakan oleh Imam al-tirmidhi ketika menerangkan al-tarjamah al-mursalah di dalam bab ijmac. Ketiga-tiga metode tersebut ialah ijmaс pada perkara yang usul atau dalil al-quran, ijmaс bersandarkan kepada beberapa istilah yang dilafazkan dan ijmaс bersandarkan kepada tajuk bab hadith. Justeru, pemahaman terhadap metode penulisan Imam al-tirmidhi adalah amat penting kerana keunikan beliau menghuraikan hadis ijmac di dalam menerangkan al- Tarjamah al-mursalah. Implikasi daripada kajian ini dapat menjelaskan kekeliruan di dalam memahami metode ijmac dalam al-tarjamah al-mursalah menurut Jamic al-tirmidhi. Kata Kunci: Metodologi, Imam al-tirmidhi, Jamic al-tirmidhi, Ijmac, al-tarjamah al- Mursalah.

2 PENGENALAN Penyusunan tajuk ataupun kaedah tabwib di dalam setiap bab bagi sesebuah kitab hadith merupakan elemen yang sangat penting bagi seorang pengarang, ini kerana melalui kaedah ini ia akan menonjolkan cara pemikiran pengarang tersebut malah ia merupakan jalan pintas buat para pembaca untuk melihat isi kandungan yang ingin disampaikan oleh pengarang kitab tersebut. Justeru, pastinya kaedah tabwib di dalam sesebuah kitab hadith memerlukan kepada penelitian dan pemikiran yang sangat mendalam kepada para muhaddith, ini kerana daripada penyusunan tarjamah sesebuah kitab atau tarajum sahaja akan memggambarkan pemikiran, kefahaman dan fiqh seseorang muhaddith tersebut. Sepertimana kata Nur al-din catr (1988, 273) Fiqh Imam al-bukhari terletak pada tarjamahnya (tajuk-tajuk) Maka di dalam cara penyusunan Jamic al-tirmidhi, Ahamad Asmadi dan Wan Nasyrudin (2009) dan disokong oleh Udah bin Mohsin (2009) telah menyatakan, Imam al- Tirmidhi telah menggabungkan antara fiqh dan hadith di dalam penulisan Jamic al-tirmidhi. Ini jelas terbukti apabila Imam al-tirmidhi menunjukkan kemahiran beliau di dalam bidang hadith dengan meletakkan sanad yang merangkumi isharah, mutabacat dan shawahid, manakala penyusunan beliau terhadap tajuk-tajuk tarjamah atau tarajum di dalam Jamic al- Tirmidhi pula lebih menjurus kepada permasalahan fiqh. Pendapat ini turut disokong oleh Ahmad Sutarmadi (1998, 182). Menurut beliau Imam al-tirmidhi menyusun mengikut kaedah fiqh adalah untuk memudahkan para pembaca menyesuaikan dengan keadaan semasa pada zaman tersebut lantaran di waktu itu saat berkembangnya perbahasan fiqh serta pendapat para ulama. PERMASALAHAN KAJIAN Nur al-din catr (1988, 291) telah menyatakan kaedah tabwib Imam al-tirmidhi ini secara umum iaitu dengan memberikan penerangan di dalam perkara yang berkaitan tarjamah atau tarajum dari sudut pentakrifan dan beserta satu contoh sahaja, namun begitu Nur al-din catr juga tidak menghuraikan dengan begitu mendalam di dalam bab al-tarjamah al-mursalah. Malah menurut Nur al-din catr (1988, 273) dan Ahamad Asmadi (1998, 153-154) juga penyusunan tajamah atau tarajum di dalam Jamic al-tirmidhi, telah dibahagikan kepada tiga kaedah iaitu (1) al-tarjamah al-zahiriyyah 1 (2) al-tarjamah al-istinbatiyah 2 dan (3) al-tarjamah al-mursalah. Ahamad Asmadi (1998,251) menjelaskan lagi bahawa isu ijmac dan khilaf merupakan perkara yang sering diutarakan oleh Imam al-tirmidhi di dalam penulisan hadith beliau. Ahamad Asmadi (1998,252) telah mengutarakan perkara yang sama bahawa di dalam Jamic al-tirmidhi terdapat perbahasan yang terperinci di dalam menerangkan berbagai masalah di kalangan para ulama sama ada masalah tersebut merupakan tajuk yang disepakaiti (ijmac) atau terdapat khilaf ulama. Justeru, sekiranya permasalahan tersebut dipersetujui dan diijmackan oleh para ulama maka beliau akan menyebutnya, sekiranya berlaku percanggahan pendapat ataupun khilaf beliau akan mengupas dan menerangkannya. 1 Tajuk-tajuk yang berbentuk zahir yang merupakan tajuk yang menepati apa yang terdapat dalam kandungan hadith secara jelas tanpa berhajat kajian yang mendalam (Ahamad Asmadi, 1998,155). 2 Tajuk-tajuk yang bertepatan dengan kandungan tajuk bab menerusi kajian atau setelah difikirkan secara mendalam. (Ahamad Asmadi, 1998,155).

3 Penggunaan al-tarjamah al-mursalah ini telah diulang sebanyak 275 kali di dalam Jamic al-tirmidhi di dalam menjelaskan ijmac, khilaf, furu dan nasikh wa mansukh. Namun begitu sehingga kini, hanya terdapat satu kajian yang dilakukan secara komprehensif oleh Ahnaf Wafi bin Alias (2015). Beliau telah menghuraikan khilaf fiqhi, serta mengambil contoh dari Jamic al-tirmidhi dan menfokuskan kepada tajuk-tajuk al-tarjamah al-mursalah di dalam abwab al-salah sahaja. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian yang berbentuk analisis kandungan ke atas Jamic al-tirmidhi yang dikarang oleh Abu cisa Muhammad bin cisa bin Sarwah bin Musa bin al-dihak al-tirmidhi dengan kaedah mengkaji manhaj Imam al-tirmidhi secara khusus tentang ijmaс di dalam al-tarjamah al-mursalah. Cara pengumpulan data yang digunakan di dalam kajian ini ialah dengan merujuk kepada sumber-sumber primer dan sekunder iaitu kitab-kitab hadith amnya dan Jamic al- Tirmidhi khususnya, tesis-tesis, jurnal serta bahan bacaan yang mengandungi perkaraperkara yang berkaitan dengan manhaj atau metode Imam al-tirmidhi secara khusus di dalam bab ijmaс dan al-tarjamah al-mursalah. PEMAHAMAN TERHADAP AL-TARJAMAH AL-MURSALAH DAN IJMAс Dari sudut bahasa Kamus Lisan al-carab menjelaskan al-tarjamah berasal daripada perkataan tarjama iaitu ت رج م bermaksud menjelaskan atau terjemahan. Manakala al- Tarjamah Kalamah ialah mentafsirkan percakapannya dengan bahasa lain (Ibn Mandhur, 2008, 159, Jil 5). al-mursalah merupakan perkataan yang berasal dari perkataan أرسل yang bermaksud yang diutuskan. (Ibn Mandhur, 2008, 553, Jil 4). Manakala menurut Bahr al- Muhit menjelaskan Hadith al-mursalah bermaksud sesuatu yang diriwayatkan seorang almuhadiith kepada tabiin, kemudian tabiin, itu berkata: Sabda Rasulullah SAW dan tabiin, tidak menyebut nama sahabat. (al-fairuz Abadi, 1998, 1006). al-tarjamah al-mursalah mengikut definisi yang telah diterangkan oleh Nur al-din catr (1988, 274) bermaksud sebuah daripada jenis tajuk-tajuk apabila pembaca atau pengkaji menemui kalimah " "باب atau bab minh " باب منه " dan selepas lafaz lafaz tersebut tersebut tidak dikemukakan apa-apa tajuk dan ditinggalkan begitu sahaja. Menurut Kamus Lisan al-carab, ijmac berasal daripada perkataan jamaс.(جمع) Ia merupakan masdar dari aficl al-rubacii ajmaa.( يجمعوا- إجاعا (أجمع Ajma Yajmiсu- Ijmacan yang memberi makna ia yang mengumpulkan ke atasnya. Dari sudut bahasa pula ijmac mempunyai dua makna. Makna yang pertama ialah penentuan dan penetapan ke atas sesuatu. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Oleh itu, tetapkanlah keazaman kamu. (al-quran, Yunus 10 :71)

4 Sabda Rasulullah SAW : 3 :" Ishaq bin Mansur menceritakan kepada kami Ibn Abu Maryam memberitahu kepada kami Yahya bin Ayub memberitahu kepada kami dari cabdullah Abu Bakar dari Ibn Shihab dari Salim bin cabdullah telah dari ayahnya berkata dari Hafsah dari Rasulullah SAW bersabda: Tidak dianggap berpuasa bagi orang yang tidak berazam untuk berpuasa sebelum fajar maka dia tidak berpuasa. Maka ia menjukkan penentuan atau penetapan ke atas sesuatu. Manakala berdasarkan hadith ijmac memberi makan bersandarkan niat dan penetapan. (Ibn Mandhur, 2008, 643, Jil 3). Definisi dari sudut bahasa yang kedua pula ijmac bermaksud bersepakat, sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya : Dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian) (al-quran Yusuf 12:15) Di dalam hadith Rasulullah SAW: 4 : - Dari Ibn cumar Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan persepakataan atau berkumpul ke atas umatku atau umat Muhammad di atas kesesatan. Dan sesungguhnya Allah SWT bersama para jamaah (ulama). Ayat al-quran dan hadith ini ijmac memberi makna mereka bersepakat di atas perkara tersebut. Iaitu bersepakat sesuatu kaum di atas sesuatu yang teleh mereka sepakati. (al-shathri, 2004, 31). 3 Imam al-tirmidhi, Jamic al-tirmidhi, Abwab al-saum сan Rasulullah SAW, Bab Ma Jaa li-man Lam Yuaczzim min al-lail. No 726. 4 Ibid No. 2255

5 Selain itu merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat ijmaс membawa maksud kesepakatan berhubung dengan sesuatu perkara (agama dan lain-lain), kesesuaian pendapat alim ulama atau persetujuaan ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, 478), manakala di dalam Kamus Besar mendefinisikan ijmac sebagai persepakatan, persetujuaan yang merupakan salah satu dari sumber Islam. KAEDAH MENGENAL PASTI AL-TARJAMAH AL- MURSALAH DI DALAM MENERANGKAN IJMAC Ahamad Asmadi (1998, 247) telah menyatakan bahawa keistimewaan yang dimiliki oleh Imam al-tirmidhi di dalam menyatakan ilmu fiqh beliau di dalam Jamic al-tirmidhi dengan beberapa kaedah iaitu (1) beliau menyebut amalan ulama dan umat Islam berhubung hadith yang terkandung di dalam bab yang dikemukakan, (2) mentarjih antara mazhab-mazhab yang dikemukan dan (3) membuat cabang masalah bab tertentu dengan ahkam yang dikeluarkan. Menurut Ahamad Asmadi lagi (1998, 249), kadang kala Imam al-tirmidhi tidak menyebut pendapat ulama atau umat Islam dalam membicarakan masalah sesuatu bab apabila bab itu telah diketahui secara nyata (zahir) ia adalah ijmac para ulama dan apabila beliau menyatakan mengenai fadail al-amal sekalipun hadith yang dikemukan oleh beliau adalah hadith daсif. Namun penggunaan kaedah ini tidak banyak digunakan dalam Jamic al- Tirmidhi. Justeru, daripada kaedah yang telah dinyatakan menurut pemerhatian pengkaji kaedah yang sama ini ia juga turut diaplikasi oleh Imam al-tirmidhi di dalam sistem tabwib al-tarjamah al-mursalah di dalam menerangkan ijmac. Maka pengkaji mendapati terdapat tiga kaedah yang dapat disimpulkan seperti berikut di dalam menerangkan al-tarjamah al- Mursalah di dalam bab ijmac iaitu: (1) ijmac berdasarkan kepada perkara yang usul atau dalil al-quran (2) menyebut ijmac menggunakan istilah-istilah tertentu dan (3) ijmac bersandarkan kepada tajuk hadith. Kaedah Pertama: Ijmaс bersandarkan kepada perkara yang Usul atau Dalil al-quran. Imam al-tirmidhi telah menyebut metode al-tarjamah al-mursalah yang seterusnya dengan menjelaskan ijmaс bersandarkan ijmaсnya pada perkara yang usul atau dalil al-quran. Sebagai contoh: Abwab al-nikah, Bab Ma Jaa fi Muhur al-nisa 5.Seperti yang di ketahui memberikan mahar atau mas kahwin diberikan kepada wanita adalah wajib ini bersandarkan firman Allah SWT: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. ( al-quran, al-nisa 4: 4) 5 Imam al-tirmidhi, Jamic al-tirmidhi, Abwab al-nikah an Rasullillahi SAW, Bab Ma Jaa fi al-muhur al- Nisa. No 1113.

6 Maka bersandarkan dalil ini, maka tajuk باب ما جاء في مهور النساء juga termasuk di dalam bab ijmac walaupun hadith di dalam bab ini menceritakan hukum penentuan kadar bayaran minima mahar bagi seseorang wanita yang merupakan perkara yang khilaf di kalangan para ulama. Kaedah Kedua: Ijmac bersandarkan kepada beberapa Istilah yang sering digunakan. Pengkaji telah meneliti beberapa istilah yang sering digunakan oleh Imam al-tirmidhi dalam menerangkan ijmac seperti c Amal c inda ahl al- c Ilm min Ashab al-nabi SAW wa ghairihim, c amal c inda cammatan ahl al- c Ilm la naclamu bainahum ikhtilafan, c amal alaihi c inda ashabi al-nabi SAW dan c Amal c inda akthar ahl al- c Ilm min ashab al-nabi SAW. Ini dapat dilihat dengan jelas lagi dengan contoh berikut di dalam Abwab al-salah. Bab Ma Jaa fi al- Takbir cinda al-rukuc wa al-sujud 6. Di akhir hadith tersebut Imam al-tirmidhi menyatakan: 7. Dan beramal di atas tajuk bab ini merupakan amalan di sisi sahabat Nabi SAW iaitu: Abu Bakar, cumar, cuthman dan cali dan lain-lain lagi, dan selepas mereka iaitu para tabiin, dan kesemua fuqaha dan ulama. Maka apabila beliau meletakkan sebegini maka ia jelas menunjukkan perkara ini telah disepakati oleh ijmac ulama. Kaedah Ketiga: Ijmac bersandarkan kepada Tajuk Hadith. Contoh yang dapat menjelaskan lagi kedah ini apabila Imam al-tirmidhi telah menamakan tajuk bab ما جاء أن الماء ال ينجسه شيء seperti 8.باب Menurut pengkaji tajuk bab yang diutarakan oleh Imam al-tirmidhi seperti ini merupakan ijmac, kerana beliau telah menyatakan dengan jelas tentang hukum tersebut. Selain itu beliau tidak meletakkan sebarang perbahasan yang mendalam di dalam hadith tersebut melainkan beberapa penerangan fuhaqa di dalam menjelaskan hadith tersebut. Justeru, menurut pengkaji tiga kaedah ijmac ini merupakan hasil kajian yang diperolehi dan ditemui oleh pengkaji apabila berinteraksi dengan hadith-hadith al-tarjamah al-mursalah, namun begitu tidak dapat dinafikan mungkin masih banyak lagi metode ijmac yang digunakan oleh Imam al-tirmidhi di dalam bab yang berlainan. Justeru rajah 1.0 merupakan rumusan kajian di dalam menerangkan metode ijmac al- Tarjamah al-mursalah. 6 Imam al-tirmidhi, Jamic al-tirmidhi, Abwab al-salah, Bab Ma Jaa fi Takbir сinda al-rukuс wa al- Sujud. No 253 7 Ibid m/s 63. 8 Imam al-tirmidhi. Jamic al-tirmidhi. Abwab al-taharah. Bab Ma Jaa anna al-ma la Yanjis Shai. No 66.

7 Ijmac 1. bersandarkan ijmac kepada perkara yang usul atau dalil al-quran. 3.Menyebut ijmac bersandarkan tajuk bab 2. Menyebut ijmac menggunakan istilah tertentu CONTOH PENGGUNAAN TEKNIK AL-TARJAMAH AL-MURSALAH DALAM BAB AL IJMAc Hadith Talak Orang yang Tidak Sempurna Akal Imam al-tirmidhi berkata: : ". 9 Muhammad bin cabd al-acla menceritakan kepada kami, Marwan bin Muacwiyah al-fazari menceritakan kepada kami dari сata bin cajlan, dari cikrimah bin Khalid al-mahzumi dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap talak, talaknya akan dikira kecuali talak orang yang gila yang kurang akalnya. Abu cisa berkata: Hadith ini tidak diketahui marfuc kecuali hadith yang diriwayatkan daripada сata bin cajlan. сata bin cajlan adalah seorang yang dacif, iaitu lemah hafalannya. Telah beramal dengan hadith ini oleh para ulama dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan selain mereka. Sesungguhnya talak orang gila yang kurang akalnya tidak dikira kecuali orang gila itu kadang-kadang baik (sedar) dan dia menceraikannya di waktu sedar. (al-tirmidhi, 1999, 290). 9 Imam al-tirmidhi, Jamic al-tirmidhi, Abwab al-talaq wa al-lican. Bab Ma Jaa fi al-talaq al- Mactuh. No 1191.

8 Talaq al-mactuh ialah lafaz talak yang dilafazkan oleh seorang kurang akalnya atau rosak akalnya. Manakala Ibn al-jazari mengatakan al-mactuh ialah orang yang gila. Maglub сala caqlih berkata Zain al-arab ia adalah mabuk bukan yang dibuat-buat, atau gila atau dalam sedang tidur iaitu mimpi, sakit sehingga hilang akalnya disebabkan sakit tersebut. Maka semua keadaan ini tidak jatuh talak mereka sepertimana talak seorang kanak-kanak. ( al-mubarakfuri, 2008, 415, Jil 4) Walau bagaimanapun di dalam hukum talak orang yang mabuk, para ulama berkhilaf pendapat. Bersandarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik ini, Ibn сumar berkata jatuhnya orang yang mentalak isterinya ketika mabuk dengan saksi wanita. Ini dipersetujui oleh сata, Mujahid, Hasan, Ibn Sirin, Ibn Musayyab, cabdul caziz, Sulaiman bin Yasa, al- Nakhaici, Zuhairi dan Shacbi. Manakala al-hakim berkata: Sesiapa yang mentalak isterinya di dalam keadaan mabuk yang datang dari Allah, maka talaknya tidak dikira, tetapi sekiranya dia mentalakkan isterinya ketika mabuk yang disebabkan oleh syaitan, maka jatuh talaknya. (al-kandahlawi, 2010, 401, Jil 11). Selain itu Imam Malik berkata, di sisi kami ia adalah masalah khilaf. Imam Ahmad menyatakan di dalam masalah ini terdapat tiga riwayat: 1. Jatuh talak orang yang mabuk. Ini adalah yang dipegang oleh Abu Bakar al-khalal, al- Qadi iaitu mazhab Ibn Musayyab, сata, Mujahid, Hasan, Ibn Sirin, Shacbi, al- Nakhaici, Malik, al-thauri, al-auzaci, al-shafici dan Abu Hanifah dan sahabatnya. 2. Tidak jatuh talak tersebut. Dari Ahmad yang dipilih oleh Abu Bakar cabdul caziz daripada kata-kata cuthman r.a. dan mazhab cumar bin cabdul caziz, al-qasam, Tawuss, Rabicah, Yahya al-ansari, al-layth, Ishaq, Abu Thaur, al-mazini. Ibn Mundhir berkata, ia adalah tetap dari cuthman, dan kami tidak mengatahui sesiapa pun dari kalangan sahabat yang menyalahinya. 3. Tawaquf dari menjawab. (al-kandahlawi, 2010, 401, Jil 11). al-baji berkata sekiranya mentalak orang yang mabuk, maka jatuh talak tersebut. Ini adalah mazhab cumar, cali r.a., Ibn Sirin, kesemua fuqaha manakala di sisi al-shafici terdapat dua pandangan, iaitu: (1) jatuh talaknya, dan ia adalah pandangan kebanyakan mazhab Shafici. Ini berdasarkan qias orang yang mencuri di potong tangannya, orang yang membunuh ada hukuman qisas maka begitu juga orang yang talak. (2) Tidak jatuh talaknya, ini adalah pandangan al-muzani. (al-kandahlawi, 2010, 402, jil 11). Setelah itu Imam al-tirmidhi mendatangkan hadith bab iaitu:.

9 ). 10. }229: Qutaibah menceritakan kepada kami, Yacla bin Shabib menceritakan kepada kami dari Hisham bin curwah dari ayahnya dari caishah berkata: Adalah orang-orang lelaki terdahulu menceraikan isterinya mengikut kehendaknya dan apabila mereka ingin merujuc selalunya di dalam iddah meskipun dia telah meceraikkannya seratus kali atau lebih. Sehingga berkata seorang lelaki kepada isterinya, Demi Allah! saya menceraikan kamu supaya kamu dan supaya kamu tidak dapat kembali kepadaku dan saya tidak menyediakan tempat tinggal untuk selamanya. Isterinya bertanya: Mengapa begitu? Suaminya menjawab: Saya telah menceraikanmu. Maka ketika tempoh iddah hampir tamat suami berkata, kamu saya ruju kamu semula. Maka perempuan tersebut pergi kepada сaisyah dan memberitahu tentang keadaanya. caishah diam sehinggalah datang Nabi Muhammad SAW dan caishah memberitahu hal tersebut kepada Baginda, dan Rasulullah SAW juga diam sehinggala turun ayat al-quran: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. сaishah berkata: Maka berterusan talak pada masa selanjutnya, di antara mereka ada yang ingin bercerai dan ada yang ini menahan dari talak. (. Abu Kuraib bin Muhammad bin al-сala menceritakan kepada kami dia berkata, cabdullah bin Idris telah menceritakan kepada kami dari Hisham bin curawah dari ayahnya, dia telah menceritakan seperti hadith di atas. Tetapi dia tidak menyebut di dalamnya dari caishah. Abu cisa berkata: Hadith ini lebih asah (tepat) daripada hadith Yacla bin Shabib. (al- Tirmidhi, 1999, 290). Hadith bab ini menceritakan manusia di zaman jahiliyyah mereka mentalakkan isteri mereka dan merujuk kembali walaupun setelah ditalak seratus kali atau lebih. Sehingga turun firman Allah SWT seperti di atas bahawa talak yang boleh dirujuc hanyalah dua kali dan tidak boleh dirujuc untuk kali ketiga melainkan isteri tersebut bernikah terlebih dahului dengan lelaki lain. (al-mubarakfuri, 2008, 418, Jil 4). al-mubarakfuri (2008) menjelaskan bahawa tafsir al-khazin turut menjelaskan bahawa setelah dirujuk si isteri maka hendaklah suami itu menjaga dan memegang isterinya dengan cara yang baik iaitu dengan tidak memberi kemudharatan kepada si isteri iaitu seperti yang diketahui di dalam sharaс memberikan hak-hak pernikahan dan jika suami 10 Imam al-tirmidhi, Jamic al-tirmidhi, Abwab al-talak wa al-lican. Bab. No 1120.

10 tersebut melepaskan atau menceraikan isterinya maka hendaklah dilakukan dengan cara yang baik iaitu seperti memberi wang, makanan yang merupakan kewajipan harta benda dan janganlah diungkitkan dengan perkara buruk selepas berpisah dan jangan menjauhkan manusia daripadanya. (al-mubarakfuri,2008, 418, Jil 4). Selain itu al-qurtubi menjelaskan perkataan تسريح bermaksud: 1. Diceraikan isteri sehingga habis tempoh iddah dari talak yang kedua. Ini adalah pandangan al-suddiy wa al-dahaq. 2. Iaitu menceraikan isterinya untuk kali ketiga. Ini adalah pandangan Mujahid, сata dan lain-lain, dan ini yang lebih asah (tepat) dengan tiga sebab: 1. Hadith yang diriwayatkan oleh Dar al-qutni: Dari Anas seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah SAW, Allah SWT telah berfirman: Talak itu dua kali, maka bagaimana yang ketiga. Maka Baginda menjawab: Peganglah ia dengan baik atau lepaskan ia dengan baik, di dalam riwayat lain ia adalah yang ketiga. 2. Tasrih itu daripada lafaz talak. 3. al-tasrih atas wazan al-tafсil memberi makna perbuatan yang berulang di atas talak yang kedua, dan ia bukan perbuatan yang meninggalkan. أو تسريح ( SWT Abu cumar berkata: Para ulama telah berijmac di dalam firman Allah 11). ia adalah talaq kali ketiga. (al-kandahlawi, 2010, 398, jil (بإحسان al-mubarakfuri (2008) menjelaskan bahawa Ibn Khazin mengatakan di dalam tafsirnya, Imam al-shafici berpendapat jatuhnya talak sekiranya dilafazkan talak tiga dengan satu lafaz. Namun ada yang mengatakan ayat itu memberi makna talak yang shariсi ialah talak yang dijatuhkan secara berpisah-pisah iaitu bukan sekali gus di dalam satu lafaz tanpa menggabungkan atau melafazkan talak dalam satu sebutan, ini adalah tafsir bagi meraka yang mengatakan menggabungkan ketiga-tiga talak dalam satu lafaz adalah haram kecuali Abu Hanifah berkata: ia tetap jatuh tiga talak walapun ianya haram. (al-mubarakfuri, 2008, 418, Jil 4) Selain itu Ibn Munzir juga telah mengatakan di dalam kitabnya telah berijmac bahawa talak orang yang gila dan tidak betul akalnya adalah tidak dikira (Ibn Mundhir, 1988, 44). Justeru, kajian mendapati hadith pertama menunjukkan bahawa ijmac di sisi Imam al-tirmidhi menunjukkan tidak jatuh talak bagi orang yang kurang akal melainkan di dalam beberapa keadaan tertentu. Ini jelas dibuktikan dengan kata-kata beliau Telah beramal dengan hadith ini oleh para ulama dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan selain mereka.

11 Setelah itu Imam al-tirmidhi mendatangkan hadith bab yang merupakan pelengkap bagi hadith pertama yang menceritakan tentang bilangan talak yang dibolehkan di dalam Islam. KESIMPULAN Maka dapat dirumuskan bahawa al-tarjamah al-mursalah merupakan kaedah ketiga yang digunakan oleh Imam al-tirmidhi di dalam sistem tabwib Jamic al-tirmidhi. al-tarjamah al- Mursalah ini dapat dikenali apabila pembaca menemui sesebuah tajuk bab kemudian diikuti tajuk bab seterusnya dengan tajuk bab atau bab minh atau bab minh iadan atau bab minh akhar atau bab akhar minh atau bab akhar sahaja tanpa penambahan tajuk lain. Ijmac merupakan salah satu daripada objektif al-tarjamah al-mursalah yang empat. Penggunaan metode al-tarjamah al-mursalah di dalam bab ijmac ini banyak digunakan oleh Imam al- Tirmidhi ketika membicarakan hadith yang berkaitan dengan ahkam fiqh seperti di dalam bab sembahyang, puasa, zakat dan haji. Di dalam memahami metode ijmac di sisi Imam al- Tirmidhi beliau akan menyatakan sekiranya sesebuah hadith yang diutarakan merupakan hadith yang disepakati atau tidak. Namun begitu, Imam al-tirmidhi tidak menggunakan lafaz ijmac itu secara jelas atau terang-terangan sepertimana yang selalu digunakan oleh para fuqaha, ini kerana kajian mendapati beliau banyak menyatakan ijmac itu secara tidak langsung. Justeru diharapkan kajian ini dapat menjelaskan kekeliruan di dalam pemahaman para pembaca kitab Jamic al-tirmidhi di dalam pemasalahan tabwib Jamic al-tirmidhi secara amnya dan al-tarjamah al-mursalah secara khususnya. al-quran al-karim RUJUKAN Abu Zakaria, Mahyidin bin Sharaf al-nawawi. 1996. al-majmuc Sharh al-muhadha. Jil 7. Beirut, Lubana: Dar al-fikr. Ahamad Asmadi bin Sakat dan Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah. Isu-Isu Permasalahan Hadith dan al-kutub al-sittah. Bank al-hadith : Satu Keperluan. Hlm 1-31. Bangi: Jabatan Pengajian al-quran dan al-sunnah, Universiti Kebangasaan Malaysia. Ahamad Asmadi bin Sakat dan Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah. Isu-Isu Permasalahan Hadith dan al-kutub al-sittah. Methodologi Imam al-tirmidhi dalam meriwayatkan Hadith-hadith yang menunjukkan Bab Tertentu.. Hlm 43-58. Bangi: Jabatan Pengajian al-quran dan al-sunnah, Universiti Kebangasaan Malaysia. Ahamad Asmadi bin Sakat. 1998. Metodologi Imam al-turmidhi dalam Kitab Sunannya (Jaminya): Kajian Perbandingan dengan Metodologi Sunan Ibn Majah. Tesis Ijazah Sarjana. Jabatan al-quran dan al-sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahamad Asmadi bin Sakat. 2007. Junal Islamiayyat Jil 29: Jenis dan Istilah dalam Jamic al- Tirmidhi: Satu Kajian. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahamad Asmadi Bin Sakat. 2007. Metodologi Imam al-tirmidhi dalam Kitab al-jamic. Batu Caves, Selangor: Pustaka Abdul Majid. Ahnaf Wafi bin Alis. 2015. Metodologi Imam al-tirmidhi dalam Menerangkan Khilaf Fiqhi. Tesis Ijazah Sarjana. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

12 Ahmad Sutarmadi. 1998. al-imam al-tirmidhi Peranannya dalam Perkembangan Hadits dan Fiqh. Pengantar: Mohd Quraish Shihab. Jakarta: Logos. al-busi, сabdullah bin Mubarak.1999. Mawsuaсh al-ijmac al-shaykh al-imam Ibn Taymiyah. Saudi Maktabah Dar al-bayan al-hadith. al-fairuz Abadi, Majd al-din Abu Tahir Muhammad bin Yacqub. 1998. al-qamus al-muhit. Beirut, Lubnan: Muasasah al-risalah. H. Mohd. Zuhri, Drs. 1993. Terjemahan Sunan At-Tirmidzi. Judul Asal: Sunan al-tirmidhi. Jil 1&2&3&4. Kuala Lumpur: Victoria Agencie. Ibn Mandhur, Jamaludiin Muhammad bin Mukram. 2008. Lisan carab. Jil.&4&5. Beirut Lubnan: Dar al-fikr. Kamus Besar Arab Melayu. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Besar Arab Melayu Dewan al-muсjam al-carabi al-malayuwiyi al-kabir. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-kandahlawi al-madani, Muhammad Zakaria. 2008. Awjaz al-masalik ila Muata Malik. Di tahqiq oleh : Thaqiyuddin al-nadawi. Dimasq: Dar Qalam. al-kandahlawi. Muhammad Zakaria. t.th. Muqaddimah al-kawakib al-durri. Sahranfur, India: Maktabah Rasyidiyyah. al-mubarakfuri, Muhammad bin сabdul Rahman bin сabdul Rahim. 2008. Tuhfat al-ahwadhi bi Sharah Jamic al-tirmidhi. Jil 1&2&3&4&5&6&7. Beirut: Dar Ihya Thurath al-carabi. Nur al-din catr. 1988. Imam al-tirmidhi wa al-muwazanah bayna Jamicihi wa bayna al- Sahihain. Beirut: Muassasah al-risalah. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengetian al-quran. 2010. Kuala Lumpur: Darul Fikir al-tirmidhi. Muhammad Bin cisa bin Saurah. 2000. Jamic al-tirmidhi. Riyad, Dar Salam Lil Nasyar wa Tauzi. al-tirmidhi. Muhammad Bin cisa bin Saurah. 1999. Faharis Jamic al-tirmidhi. Jil 6. Qaherah, Dar al-hadith. Udah@Budah bin Mohsin. Isu-Isu Permasalahan Hadith dan al-kutub al-sittah. Kepentingan Memahami Ulum al-hadith bagi Mempelajari al-hadith dan Kepentingan al-kutub al- Sittah dalam al-hadith. Hlm 33-41. Bangi: Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al Sunnah, Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM).