PENYUSUAN KANAK-KANAK MELEBIHI USIA DUA TAHUN: STATUS ANAK ANGKAT MENJADI MENJADI ANAK SUSUAN Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir & Mohd Daud Awang

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PENYUSUAN SUSU IBU: PRINSIP, HAK DAN KEWAJIPANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM NORMADIAH BINTI DAUD 1 ZULIZA MOHD KUSRIN 2

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN KESAN PENYUSUAN TERHADAP ANAK SUSUAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN SEBAGAI HAK DAN KEWAJIPAN IBU

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN DERMA SUSU ABSTRAK

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

ISU BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN DALAM ISLAM: SATU SOROTAN LITERATUR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP PENYUSUAN SUSU IBU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU KAJIAN RINTIS

The Virtues of Surah An-Nasr

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page ), Corrrespondence: Norita Kamaruddin

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

ILMU FARAID DALAM PENGURUSAN HARTA KELUARGA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM-HUKUM PENYUSUAN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Analisis Pandangan Ulama Fiqh Mengenai Kesan Kematian (Al-Maut) Terhadap Akad Jual Beli

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Keywords: Inheritance, Female, Shariah, Gender Inequity, Islamic Law.

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Sustaining Islam in a Multicultural Environment in Malaysia - Family Values

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

E-mel: 2 Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

AL-TAKĀFUL AL-IJTIMĀʿĪ SECARA ETIMOLOGI DAN TERMINOLOGI MENURUT KONTEKS BAHASA AL-QURAN DAN HADIS

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KONSEP YAWM AL-MA AD DAN SUNAN AL-SITTAH. Kalimah Yawm al-ma ad bererti hari kembali. Dalam bahasa yang lebih mudah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Transcription:

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 5, No. 1, June 2018: 65-78 PENYUSUAN KANAK-KANAK MELEBIHI USIA DUA TAHUN: STATUS ANAK ANGKAT MENJADI MENJADI ANAK SUSUAN Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir & Mohd Daud Awang ABSTRAK Anak angkat tidak mempunyai status mahram kepada keluarga angkat. Antara kaedah untuk menjadikan anak angkat mempunyai status mahram ialah kaedah susuan. Namun begitu antara syarat penyusuan untuk menjadi anak susuan ialah penyusuan bayi yang belum sampai usia dua tahun. Namun anak angkat mempunyai usia yang berbeza bahkan melebih dua tahun apabila mula dipelihara sebagai anak angkat. Artikel ini memfokuskan penyusuan dewasa sebagai alternatif dalam kes pengambilan anak angkat. Metodologi penulisan artikel ialah kajian perpustakaan dengan merujuk kepada kitab turath dalam fiqh dan hadis. Kata kunci: mahram, susuan, anak angkat, anak susuan. BREASTFEEDING CHILDREN EXCEED TWO YEARS: FOSTER CHILD STATUS BEING A FEEDING CHILD. ABSTRACT Foster child does not have a mahram status to the host family. Among the methods to be adopted for mahram status ia feeding methods. However, among the breastfeeding conditions is the age that not reached two years. However, foster children have diffrent age when first observed as a foster child. This article focuses on adult breadfeeding as an alternative in case of adoption. Methodolgy used is library research with reference to turath book in fiqh and hadith. Keywords: mahram, feeding, foster child, feeding child. PENDAHULUAN Pengambilan anak angkat dibenarkan dalam peruntukan undangundang. Manakala Islam tidak menegah konsep anak angkat kerana ia tidaklah sama sebagaimana isu al-tabanni iaitu anak angkat dinisbahkan kepada keluarga angkat. Namun begitu, hukum anak angkat akan kekal sebagai anak angkat yang tidak mempunyai status mahram

66 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat dengan keluarga angkat. Status ini adalah status bukan mahram. Status bukan mahram ini menimbulkan beberapa masalah yang berkait dengan dosa. Antaranya persentuhan tanpa lapik, aurat dan berduaduaan antara anak angkat dengan keluarga angkat yang berbeza jantina. Persentuhan tanpa lapik antara anak angkat lelaki yang sudah baligh dengan ibu angkatnya adalah salah dan berdosa. Begitu juga persentuhan tanpa lapik antara anak angkat perempuan yang sudah baligh dengan bapa angkatnya juga dikira sebagai dosa. Manakala masalah aurat mewajibkan penutupan aurat yang sempurna di hadapan anak angkat dengan keluarga angkat yang berbeza jantina walaupun mereka berada di dalam rumah sahaja. Islam juga menegah khalwat iaitu keadaan anak angkat yang tiada hubungan mahram dengan keluarga angkat yang berbeza jantina. Tiga perkara ini menimbulkan keresahan dalam hubungan antara anak angkat dan keluarga angkat. Bagi tujuan memelihara hubungan yang baik dan halal antara anak angkat dan keluarga angkat, antara penyelesaian yang boleh dilakukan ialah dengan kaedah penyusuan. Penyusuan akan menukarkan status anak angkat kepada anak susuan. Dengan status anak susuan maka status hukum sebagai bukan mahram akan menjadi mahram. Namun penyusuan mempunyai syarat-syaratnya. Antaranya umur bayi yang tidak melebih dua tahun. Manakala dalam amalan pengambilan anak angkat, ada yang mengambil anak angkat yang usianya sudah melebihi dua tahun. Tujuan Penyusuan Tujuan penyusuan kanak-kanak adalah bagi memberi perlindungan kepada bayi. Dengan penyusuan, kanak-kanak mendapat zat makanan yang mencukupi. Tujuan ini dapat difahami dalam hadis Nabi s.a.w. (al-son ani, 1995: (5) 1538): ال ي ح ر م م ن الر ض اع إ ال م ا ف ت ق األ م ع اء Terjemahan: Sesungguhnya tidak mengharamkan dari penyusuan melainkan yang menetas akan perut. Juga sabda Nabi s.a.w. (al-sajastani, 2007: (358) 2058): إ ن م ا الر ض اع ة م ن الم ج اع ة Terjemahan: Sesungguhnya penyusuan itu dengan kelaparan.

67 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat Dalam dua hadis ini, penyusuan bertujuan memberikan minuman dan zat makanan kepada kanak-kanak yang menyusu. Maka tujuan utama penyusuan adalah perlindungan termasuk minuman dan makanan kepada kanak-kanak. Tujuan Penyusuan Dewasa Tujuan utama penyusuan juga adalah agar hubungan kekeluargaan antara anak angkat dengan keluarga angkat tidak dibelenggu oleh dosa. Ini kerana hubungan anak angkat sahaja masih lagi menjadikan anak angkat sebagai bukan mahram kepada keluarga angkat. Jika anak angkat adalah lelaki, maka anak angkat ini adalah halal untuk bernikah dengan ibu angkatnya. Manakala pemeliharaan aurat perlu dijaga kerana mereka masih lagi bukan mahram. Oleh itu, bagi menjadikan sebagai mahram maka kaedah penyusuan wajar digunakan. Tujuan penyusuan ini diamalkan sejak zaman Nabi s.a.w. Dalam riwayat hadis, Abu Huzayfah ibn Utbah mengambil Salim sebagai anak angkat. Abu Huzayfah menganggap bahawa Salim adalah anaknya. Namun apabila wahyu al-quran agar seseorang dinisbahkan kepada bapa kandungnya, maka Salim tidaklah lagi dianggap sebagai anak Abu Huzayfah. Maka ketika itu, Sahlah bintu Suhayl iaitu isteri kepada Abu Huzayfah datang menemui Nabi s.a.w. Sahlah menjelaskan bahawa mereka dulunya menganggap bahawa Salim anak mereka dan Salim masuk ke dalam rumah sedangkan Sahlah terbuka kepalanya dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Maka oleh kerana Salim bukanlah anak kandung mereka, maka menjadi kewajipan kepada Sahlah untuk menutup auratnya dengan sempurna di hadapan Salim. Keadaan ini menimbulkan kerumitan kerana mereka hanya mempunyai sebuah rumah sahaja. Sebagai jalan keluar, Nabi s.a.w. menyarankan agar Sahlah menyusukan Salim sebanyak lima kali penyusuan agar Salim menjadi mahramnya dengan sebab susunya (alnawawi, 1998: 10-26). Begitu juga amalan Aishah r.ha. yang pernah menghantar Salim ibn Abdillah ibn Umar kepada saudari kandungnya Ummu Kalthum binti Abi Bakr al-siddiq r.ha. Maka Aishah meminta agar Ummu Kalthum menyusukan Salim sebanyak sepuluh kali penyusuan hingga Salim dapat masuk berjumpa dengan Aishah tanpa hijab (Ibn Anas, 1997: 375).

68 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat Berdasarkan dua riwayat ini, adalah jelas bahawa antara tujuan utama penyusuan adalah agar hubungan mahram wujud antara anak angkat dengan keluarga angkat. Dalam kes Sahlah, beliau tidak menutup aurat dengan sempurna di hadapan Salim sedangkan Salim sentiasa berada di rumah tersebut. Hubungan antara Sahlah dan Salim ketika itu hanyalah sekadar hubungan anak angkat dengan ibu angkat sahaja namun mereka masih lagi dihukum sebagai bukan mahram. Maka jalan keluar adalah dengan menukar status anak angkat kepada anak susuan agar hubungan mahram wujud. Begitu juga amalan Aishah r.ha. yang memohon agar Ummu Kalthum menyusukan Salim ibn Abdillah. Dengan sempurna penyusuan maka Ummu Kalthum akan menjadi ibu susu kepada Salim manakala Aishah akan menjadi ibu saudara susu kepada Salim. Ibu saudara susu juga adalah mahram. Dalam konteks keluarga angkat, tujuan mewujudkan hubungan mahram melalui kaedah penyusuan adalah penting. Dengan status susuan, maka isu aurat, batal wudhuk dan bersentuhan tanpa lapik akan dapat diatasi. Maqasid iaitu tujuan di sebalik penyusuan sebagaimana dalam hadis dan athar adalah agar wujud hubungan mahram antara mereka. Syarat-Syarat Penyusuan Bagi tujuan penyusuan yang menjadikan anak angkat sebagai anak susuan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum status susuan dihukum sebagai sah. Syarat-syarat tersebut ialah: i. Susu wanita ii. Jumlah penyusuan iii. Umur anak angkat yang diberi penyusuan iv. Kaedah penyusuan Susu Wanita Penyusuan yang menjadikan sebagai anak susuan adalah dengan penyusuan susu manusia yang perempuan. Oleh itu, hukum penyusuan tidak berlaku dalam kes penyusuan dengan susu kambing, susu lembu, susu tepung dan sebagainya. Maka anak angkat yang menyusu dengan susu kambing dan sebagainya tidaklah dihukum sebagai anak susuan (al-zuhayli, 1997 (10): 7283). Dalam Kifayat al-akhyar dinyatakan (Taqiyyudin, 1994 (2): 110-111):

69 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat ثم الرضاعة المحرمة لها أركان منها المرضعة ولها ثالث شروط األول كونها امرأة فلبن البهيمة ال يتعلق به تحريم Terrjemahan: Penyusuan yang mengharamkan baginya beberapa rukun. Antaranya penyusu dan baginya tiga syarat. Pertama keadaan penyusu adalah wanita. Maka susu haiwan tidak memberi kesan hukum keharaman. Dalam hal ini, tidak menjadi syarat bahawa wanita yang menyusukan sudah berkahwin atau mempunyai suami (al-syirbini, t.t (5): 131). Bahkan wanita yang tidak mempunyai suami, wanita yang belum pernah berkahwin dan anak dara juga diharuskan untuk menjadi ibu susu dengan syarat mereka menyusukan anak angkat dengan susu mereka sendiri. Dengan ini, wanita yang belum berkahwin juga berpeluang memelihara anak angkat yang diubah statusnya sebagai anak susuan. Kaedah pengeluaran susu itu wajar diteliti dengan kaedah perubatan moden dan sebagainya (Siti Fatimah, 2015: bil 9). Sebahagian para ulama juga meluaskan maksud susu kepada beberapa keadaan. Contohnya susu yang dibekukan dan susu yang dicampur dengan bahan yang lain. Ini bermakna bahawa hukum penyusuan berlaku walaupun dengan susu yang dibekukan. Imam Nawawi menyatakan (al-syirbini, t.t (5): 132): ولو جبن أو نزع منه زبد حرم ولو خلط بمائع حرم إن غلب Terjemahan: Jika susu dibekukan atau dicabut daripadanya akan mentega maka penyusuan dengan susu tersebut tetap mengharamkan hubungan, dan jika susu dicampur dengan cecair maka susu tersebut tetap mengharamkan jika susu lebih banyak. Berdasarkan huraian tersebut, susu yang digunakan mestilah susu wanita sahaja. Ini agar wujud hubungan sebahagian daripada pembesaran kanak-kanak itu adalah dengan sebahagian susu wanita yang menyusukannya. Jumlah Penyusuan Jumlah penyusuan menjadi perbezaan pendapat dalam kalangan ijtihad para ulama. Dalam kes penyusuan anak angkat, kebiasannya jumlah penyusuan menjadi isu yang besar bagi kalangan wanita. Ini kerana

70 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat terdapat wanita yang mengambil anak angkat kerana masalah tidak mempunyai zuriat sendiri. Dalam erti kata yang lain, wanita ini belum pernah mengandung dan belum pernah melahirkan anak. Keadaan ini menjadi masalah penghalang dalam proses pengeluaran susu badan. Dalam kes yang lain, terdapat juga wanita yang belum berkahwin mengambil anak angkat lelaki. Sebagai wanita yang belum pernah berkahwin dan belum pernah melahirkan anak, maka proses pengeluaran susu badan menjadi semakin sukar. Justeru itu, jumlah penyusuan amat penting. Jumlah penyusuan yang banyak akan melambatkan proses perubahan status anak angkat sebagai anak susuan. Maka dalam hal jumlah penyusuan ini, terdapat perbezaan ijtihad dalam kalangan para ulama. Terdapat empat pendapat dalam kalangan ijtihad para ulama iaitu (al-nawawi, 1998 (10): 25): i. Sepuluh kali penyusuan ii. Lima kali penyusuan iaitu pendapat Imam Syafii dan Imam Ahmad iii. iv. Tiga kali penyusuan iaitu pendapat Imam Dawud al-zahiri Satu kali penyusuan iaitu pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik Perbezaan pendapat jumlah penyusuan ini adalah kerana pegangan terhadap kefahaman nas syarak. Pendapat lima kali penyusuan berdasarkan kepada athar Aishah r.ha. yang menyatakan bahawa penyusuan yang mengharamkan ialah lima kali penyusuan (ibn Qudamah, 2004 (11): 134. Manakala pendapat tiga kali penyusuan berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa sekali hisapan susu dan dua kali hisapan susu tidaklah mengharamkan (al- Sajastani, 2007 (358), 2063). Ini bermakna status anak angkat tidak menjadi anak susuan jika sekadar dua kali penyusuan sahaja. Oleh itu, jumlah penyusuannya mestilah sekurang-kurangnya tiga kali penyusuan iaitu melebihi daripada apa yang disebut dalam hadis. Bagi pendapat yang menyatakan bahawa cukup sekadar sekali penyusuan, maka pendapat ini berpegang kepada nas al-quran yang tidak menyebut bilangan penyusuan (Burhan al-din al-marginani,, 2006 (2):523). Imam Malik juga menyebut riwayat jumlah penyusuan sebanyak sepuluh kali dan lima kali dalam karyanya al-muwatta. Namun beliau menyatakan bahawa amalan bukanlah berdasarkan jumlah tersebut (Ibn Anas: 378).

71 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat Sebenarnya perbezaan pendapat ini tidaklah besar. Ini kerana sesuatu penyusuan yang dikehendaki tidaklah dengan kadar yang lama. Maka apabila seseorang anak menyusu kemudian si anak berhenti seketika lalu menyambung semula menyusu maka ia dikira dua kali penyusuan (Taqiyuddin, 2: 111). Apapun, ia kembali kepada adat yang sesuai kerana syarak tidak menetapkan masanya (Ibn Qudamah, al-mughni, 11: 136). Justeru itu, maksud beberapa kali penyusuan ialah penyusuan yang berbeza waktunya. Contohnya anak angkat diberi susu pada jam 8 pagi kemudian diberikan pula minum susu pada jam 11 pagi. Ini bermaksud dua kali penyusuan. Dalam Kifayat al-akhyar dinyatakan (Taqiyy al-din, 2: 111): ثم شرط الرضعات أن يكن متفرقات والرجوع في الرضعة والرضعتين إلى العرف Terjemahan: kemudian syarat penyusuan bahawa ia dalam keadaan terpisah, dan penetapan pada sekali penyusuan dan dua kali penyusuan kembali kepada adat uruf. Umur Anak Angkat Yang Diberi Penyusuan Isu umur ini adalah isu yang besar dalam penyusuan anak angkat. Ini kerana terdapat anak angkat yang mula dipelihara ketika usianya sudah melebihi dua tahun. Menurut majoriti para ulama, umur yang dikira adalah umur kanakkanak yang dalam lingkungan usia dua tahun. Maka penyusuan seorang wanita terhadap kanak-kanak yang belum berusia dua tahun akan menukar status kepada anak susuan. Pendapat majoriti para ulama ini berdasarkan dalil-dalil berikut: 1. Firman Allah: }والوالدات يرضعن أوالدهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم الرضاعة..{ Terjemahan: Dan si ibu menyusukan anaknya dalam tempoh dua tahun bagi sesiapa yang ingin menyempurnakan penyusuan. (Surah al-baqarah (2) : 233). Nas al-quran menyatakan tempoh masa penyusuan iaitu dalam tempoh umur dua tahun. Sudah tentu hikmah di sebalik umur dua

72 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat tahun adalah agar wujud ikatan susuan yang tidak lagi wujud jika si anak melebihi usianya dua tahun. 2. Terdapat beberapa riwayat hadis yang menyebut tempoh masa dua tahun. Antaranya sabda Nabi s.a.w. (Abu Isa al- Tirmidhi, 2010 (242): No. 1152): ال ي ح ر م م ن الر ض اع ة إ ال م ا ف ت ق األ م ع اء ف ي الث د ي و ك ان ق ب ل الفطام Terjemahan: Tiada mengharamkan dalam penyusuan melainkan apa yang mencarik perut di buah dada wanita dan ia adalah sebelum berhenti menyusu. Dalam hadis ini, dijelaskan bahawa penyusuan yang mengharamkan ialah penyusuan dalam tempoh dua tahun daripada umur kanak-kanak. Maka jika melebihi dua tahun maka penyusuan tersebut tidak dikira sebagai penyusuan yang mengubah status. Ini adalah pendapat majoriti para ulama. Namun begitu, wujud sedikit perbezaan dalam kalangan para ulama dalam kadar usia dua tahun ini. Imam Syafii menetapkan dua tahun sahaja. Manakala Imam Malik membenarkan umur dua tahun sebulan. Imam Abu Hanifah berpendapat ia adalah umur sehingga dua tahun enam bulan (Burhan al-din al-marginani, 2:524). Manakala pendapat yang kedua adalah pendapat yang membenarkan penyusuan kanak-kanak dewasa. Maka umur kanak-kanak tidak dihadkan sekadar dua tahun bahkan boleh melebihi dua tahun. Dalil bagi pendapat ini adalah hadis penyusuan Sahlah kepada Salim yang sudah besar ketika diberi penyusuan. Sahlah memberitahu Nabi s.a.w. bahasa Salim sudah besar ketika itu. Sahlah berkata: Bagaimana saya memberikan Salim akan penyusuan sedangkan dia adalah lelaki yang sudah besar. Maka Nabi s.a.w. tersenyum lalu bersabda (al-nawawi, Syarh Sahih Muslim, 10: 26; Abu Dawud al-sajastani, 357, no hadis 2061): ق د ع ل م ت أ ن ه ر ج ل ك ب ي Terjemahan: Saya tahu bahawa sesungguhnya Salim adalah lelaki yang sudah besar.

73 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat Dalam riwayat hadis ini, Nabi s.a.w. tidak menarik balik suruhannya kepada Sahlah agar beliau menyusukan Salim walaupun Sahlah memberitahu bahawa Salim sudah besar ketika itu. Bahkan Nabi s.a.w. tersenyum dan menyatakan bahawa Nabi juga tahu bahawa Salim sudah dewasa. Ini memberi kefahaman bahawa had umur kanak-kanak yang disusukan agar statusnya menjadi anak susuan tidaklah terhad kepada usia dua tahun sahaja. Inilah kefahaman isteri Nabi s.a.w. iaitu Aishah r.ha. Dalam isu umur ini, tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan dalil berpihak kepada pendapat majoriti para ulama. Ini kerana beberapa hadis menetapkan bahawa usia kanak-kanak dalam had dua tahun sahaja. Namun begitu, maqasid daripada situasi Sahlah yang menghadapi masalah untuk tinggal bersama dengan anak angkatnya Salim sewajarnya tidak diabaikan. Situasi Sahlah r.ha. juga dihadapi oleh keluarga angkat dengan anak yang makin meningkat dewasa. Contohnya anak angkat yang diambil untuk dipelihara selepasnya usianya dua tahun. Katakan usianya empat tahun, lima tahun dan seterusnya. Dalam usia sebegini, hubungan anak angkat dengan keluarga angkat tidak terdedah kepada perkara haram kerana usia anak angkat yang belum mencapai usia baligh. Namun apabila usia kanakkanak ini sampai kepada tahap baligh sekitar dua belas tahun, maka isu aurat, bersentuhan dan berduaan akan muncul. Situasi ini adalah sama dengan situasi yang dihadapi oleh Sahlah r.ha. Justeru itu, mengambil pendekatan untuk menghindarkan dosa adalah kaedah yang lebih baik. Dalam hal ini, pengamalan hadis Sahlah wajar diamalkan. Bahkan Aishah r.ha. beramal dengan riwayat tersebut. Ibn Taymiyyah menyatakan (Ibn Taymiyyah, 2006, 34: 173): وهذا الحديث أخذت به عائشة وأبى غيرها من أزواج النبي أن يأخذن به مع أن عائشة روت عنه قال الرضاعة من المجاعة لكنها رأت الفرق بين أن يقصد رضاعة أو تغذية فمتى كان المقصود الثاني لم يحرم إال ما كان قبل الفطام وهذا هو إرضاع عامة الناس. وأما األول فيجوز إن احتيج إلى جعله ذا محرم. وقد يجوز للحاجة ما ال يجوز لغيرها وهذا قول متوجه Terjemahan: Dan Aishah r.ha. beramal dengan hadis ini manakala para isteri Nabi yang lain menolak amalan dengan hadis ini, sedangkan

74 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat Aishah r.ha. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda bahawa penyusuan itu dari hasil kekenyangan akan tetapi Aishah r.ha. melihat perbezaan antara perkara yang dikehendaki dengan penyusuan atau makanan. Apabila maksud yang kedua (iaitu kekenyangan) maka tidak haram melainkan penyusuan yang berlaku sebelum usia dua tahun. Ini adalah penyusuan kebanyakan manusia. Dan jika maksud yang pertama (iaitu penyusuan) maka ia adalah harus jika berhajat kepada pertukaran statusnya sebagai mahram. Dan harus kerana hajat pada perkara yang tidak harus kerana bukan hajat. Ini adalah pendapat yang logik dan munasabah. Pendapat Ibn Taymiyyah adalah pendapat yang meraikan maslahat berasaskan maqasid syariah. Ibn Taymiyyah mengakui bahawa pendapat majoriti ulama adalah kuat dalam aspek dalil syarak, namun wujud keperluan hajat untuk menerima pendapat yang lemah. Majoriti ulama menetapkan usia kanak-kanak yang menyusu tidak melebih dua tahun, namun dalam kes anak angkat yang diambil ketika usianya melebihi dua tahun maka wujud keperluan hajat dalam kes sebegini. Keperluan hajat mempunyai kekuatan dalam prinsip Islam (al-suyuti, 1938: 89). Pendapat Ibn Taymiyyah turut disokong oleh Imam al- Son ani (Muhammad al-son ani, 1995 (3): 1533). Kaedah Penyusuan Kaedah penyusuan yang asal adalah dengan kanak-kanak menghisap susu secara terus dari buah dada wanita. Namun begitu, penggunaan botol susu tertentu juga tidak bercanggah dengan maksud kaedah di atas. Ini kerana yang utama ialah kanak-kanak meminum susu wanita. Ibn Qudamah menyatakan: والسعوط كالرضاع وكذلك الوجور Terjemahan: Menuangkan susu ke dalam hidung kanakkanak daripada bekas hukumnya seperti penyusuan. Demikian juga menuangkan susu ke dalam halqum kanak-kanak. Imam Nawawi pula menyatakan (al-syirbini, 5: 132): ويحرم إيجار وكذلك إسعاط

75 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat Terjemahan: Dan menuangkan air ke dalam halqum adalah mengharamkan demikian juga menuangkan air ke dalam hidung. Manakala dalam Kifayat al-akhyar dinyatakan bahawa Antara rukun penyusuan ialah tempat iaitu perut kanak-kanak yang masih hidup dan apa juga yang dalam erti perut. Maka ini tiga ikatan. Pertama ialah perut. Maka sampainya susu kepada perut mensabitkan keharaman samada kanak-kanak menyusu atau diperah atau dituang ke dalam halqum atau dituang ke dalam hidung (Taqiyy al-din, 2: 111): Kesan Perubahan Status Sebagai Anak Susuan Perubahan status anak angkat sahaja kepada anak susuan memberikan kesan hukum mahram antara anak angkat dan keluarga angkat. Dalam nas al-quran dinyatakan bahawa seorang lelaki diharamkan untuk bernikah dengan wanita yang menyusukannya sebagaimana firman Allah: }حرمت عليكم أمهاتكم وبناتكم وأخواتكم وعماتكم وخاالتكم وبنات األخ وبنات األخت وأمهات الالتي أرضعنكم... } Terjemahan: Diharamkan (berkahwin) dengan ibukamu, anak-anak kamu, saudara perempuan kamu, emak saudara kamu sebelah ibu dan bapa, anak saudara perempuan kamu (sebelah adik lelaki atau perempuan), ibu yang menyusu kamu (ibu susuan). (Surah al-nisa (4) : 23). Dalam ayat ini, seorang lelaki tidak diharuskan untuk bernikah dengan wanita yang telah menyusukannya. Begitu juga dengan mana-mana perempuan yang juga telah menyusu daripada wanita ibu susunya. Dengan ini, anak angkat lelaki menjadi mahram kepada wanita yang menyusukannya. Manakala dalam riwayat hadis, Nabi s.a.w. menerangkan konsep asas keharaman dengan sebab susuan dengan bersabda (Ibn Anas, 377): ي ح ر م م ن الر ض اع ة م ا ي ح ر م م ن الو ال د ة Terjemahan: Haram dengan sebab susuan akan apa yang haram dengan sebab kelahiran. Anak angkat yang mempunyai status anak susuan mempunyai kedudukan yang lebih rapat dengan ramai ahli keluarga. Perkara paling utama ialah hubungan antara anak angkat dengan ibu bapa angkat. Ini

76 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat kerana mereka berada dalam satu rumah. Tanpa hubungan mahram maka anak angkat yang sudah dewasa nanti akan terdedah kepada dosa apabila bersama sebahagian keluarga angkatnya. Dosa ini meliputi dosa bersentuhan, dosa pendedahan aurat dan dosa berduaan dalam rumah tanpa ada orang yang lain. Adalah jelas dalam nas al-quran bahawa anak angkat lelaki adalah mahram kepada ibu susuannya. Begitu juga mahram kepada anak-anak ibu susuannya yang lain. Manakala anak angkat perempuan juga menjadi mahram kepada suami ibu susuannya. Ini kerana suami ibu susuannya adalah bapa susuannya. Dinyatakan dalam teks fiqah Hanafi (Burhan al-din al-marginani, 2: 525): ولبن الفحل يتعلق به التحريم وهو أن ترضع المرأة صبية فتحرم هذه الصبية على زوجها وعلى آبائه وأبنائه ويصير الزوج الذي نزل لها منه اللبن أبا للمرضعة Terrjemahan: Keharaman berkait juga dengan susu suami iaitu seorang wanita menyusukan seorang anak perempuan maka haramlah anak perempuan ini ke atas suami wanita tersebut, bapa kepada suami wanita tersebut dan anak kepada suami wanita tersebut. Oleh itu, suami yang mana susu wanita tersebut keluar dengan sebabnya sebagai bapa susuan. Isu Anak Angkat Pengambilan anak angkat adalah langkah yang baik dan mulia. Ia satu usaha memberi perlindungan demi kebajikan kanak-kanak. Namun begitu, status anak angkat sahaja menyebabkan unsur-unsur keharaman dalam hubungan kekeluargaan terjadi tanpa disedari. Unsur keharaman yang paling utama ialah pendedahan aurat, sentuhan tanpa lapik dan berduaan di rumah tanpa ada ahli keluarga yang lain. Oleh itu, satu usaha perlu dilakukan agar unsur keharaman dalam hubungan anak angkat dengan keluarga angkat dapat dihapuskan. Antara langkah yang dapat dicadangkan ialah perubahan status anak angkat kepada anak angkat dan juga anak susuan. Namun begitu, masalah muncul apabila syarat penyusuan menetapkan bahawa usia kanak-kanak yang diberi penyusuan mestilah dalam lingkungan dua tahun. Jika melebihi usia dua tahun, maka hubungan

77 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat susuan tidak akan berlaku. Dalam hal ini, situasi yang dialami oleh Sahlah dengan anak angkatnya Salim boleh dijadikan sebagai asas ijtihad. Situasi yang sama dialami oleh keluarga angkat hari ini. Maka jika boleh diambil maqasid kekeluargaan yang mementingkan hubungan yang baik dan mesra antara ahli keluarga, maka sudah sewajarnya para ulama kontemporari berijtihad dalam meluaskan had umur penyusuan dalam kes anak angkat. Begitu juga masalah jumlah penyusuan yang mungkin menimbulkan sedikit masalah bagi wanita yang belum bernikah atau belum melahirkan anak. Jumlah penyusuan juga boleh diijtihadkan dan dipilih pendapat yang sesuai dengan kes anak angkat. Jumlah lima kali susuan tidaklah banyak tetapi mungkin agak sukar bagi wanita yang belum pernah melahirkan anak. Selain wanita yang mengambil anak angkat menyusukan, kaedah penyusuan kepada adik-beradik terdekat juga boleh dilakukan. Jika anak angkat perempuan, maka penyusuan boleh dibuat dengan adik perempuan atau kakak kepada bapa angkat. Dengan ini, status bapa angkat akan menjadi bapa saudara susu. Jika anak angkat lelaki, maka penyusuan boleh dibuat dengan adik perempuan atau kakak kepada ibu angkat. Dengan ini, status ibu angkat akan menjadi ibu saudara susu. Imam Nawawi menyatakan: وإخوتها وأخواتها أخواله وخاالته Terjemahan: Saudara lelaki kepada ibu susu dan saudari perempuan kepada ibu susu adalah bapa saudaranya dan ibu saudaranya. KESIMPULAN Perlu galakan agar anak angkat ditukar statusnya menjadi anak susuan. Perlu juga wujud garis panduan agar anak angkat dapat diubah statusnya menjadi anak susuan. Secara umumnya, masyarakat Islam tidak mengambil berat persoalan aurat antara anak angkat dengan keluarga angkat. Mereka menganggap ia tidak mengapa kerana anak angkat sudah dipelihara sejak kecil. Namun hakikatnya anak angkat tetap dikira sebagai bukan mahram. Justeru itu, antara tujuan penyusuan adalah agar wujud hubungan mahram. Dalam kes anak angkat, penyusuan antara kaedah berkesan agar wujud hubungan mahram antara anak angkat dan keluarga angkat. Oleh itu, pihak berkuasa yang menguruskan pengambilan anak angkat sewajarnya

78 Penyusuan Kanak-Kanak Melebihi Usia Dua Tahun: Status Anak Angkat memberi garis panduan agar status anak angkat diubah menjadi anak susuan. Garis panduan ini sewajarnya dibuat setelah mendapat persetujuan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu teknikal berkaitan jumlah penyusuan dan umur kanak-kanak yang boleh ditetapkan melebihi usia dua tahun. RUJUKAN Abu Isa al-tirmidhi. Sunan al-tirmidhi. (2010). Riyad: Dar Tuwayq. Abu Dawud Sulayman al-sajastani. (2007). Sunan Abi Dawud. Riyad: Maktabat al-ma arif. Abu Muhammad Abdullah ibn Qudamah. (2004). al-mughni. Qaherah: Dar al-salam. Ahmad ibn Taymiyyah. (2006). Majmu ah al-fatawa, Qaherah: Dar al- Hadith. Al-Nawawiy, Muhy al-din. (1998). Syarh Sahih Muslim. Cet. Ke4. Damsyiq: Dar al-khayr. Al-Son ani, Muhammad ibn Isma il. (1995). Subul al-salam Syarh Bulugh al-maram. Jilid 3, No. 1533. Beirut: Dar al-fikr. Al-Suyuti, Abd al-rahman. (1938). al-asybah wa al-nazair. Qaherah: Mustafa al-halabi. Al-Syarbini, Muhammad ibn Muhammad al-khatib. (T.T). Mughni al-muhtaj. Qaherah: al-maktabah al-tawfiqiyyah. Al-Zuhayli, Wahbah. (1997). al-fiqh al-islami wa Adillatuhu. Cet. Ke4. Damsyiq: Dar al-fikr. Burhan al-din Ali ibn Abi Bakr al-marginani. (2006). al-hidayah Syarh Bidayat al-mubtadi. Qaherah: Dar al-salam. Ibn Anas, Malik. (1997). al-muwatta. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Ibn Muhammad, Taqiyy al-din Abu Bakr. (1994). Kifayat al-akhyar. Beirut: Dar al-fikr. Ibn Qudamah, Abu Muhammad Muwafaq al-din. (1968). al-mughni, Kahirah: maktabah al-qahirah. Siti Fatimah Salleh et al. (2015). Pengambilan Suntikan Hormon Sintetik Dalam Penyusuan. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari., Kuala Trengganu: UnisZa. Bil. 9, Januari 2015. Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Serdang Selangor Dr. Mohd Daud Awang Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Serdang, 43400 Selangor E-mail: amdaud@upm.edu.my