Sumbangan Haji Mat Lintar dalam Pengajaran Al-Quran di Terengganu

Similar documents
The Biography of Haji Mat Lintar: An Al-Quran Scholar from Terengganu

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SUMBANGAN QARIAH WANITA DALAM BIDANG TARANNUM AL-QURAN DI NEGERI TERENGGANU

Pengajian Tarannum Sebelum Dan Semasa Era Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman

Contributions by Rogayah Sulong in Teaching and Learning the Al-Quran

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SEJARAH TOKOH TARANNUM DI MALAYSIA. Abdullah, 2 Wan Nasyrudin Wan Abdullah

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Biografi Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyong)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TOK SENGGORA : PEMEGANG SANAD KEMASUKAN BACAAN AL-QURAN DI MALAYSIA. SHAHARUDDIN SAAD MOHD FAIRUS A.

KETOKOHAN HAJI ABDUL RAHIM AHMAD DALAM BIDANG TARANNUM DAN KAEDAH TILAWAHNYA.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PENGAJIAN TAFSIR DI KELANTAN:

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sumbangan Haji Muhammad bin Ahmad Al Kelantani ( m) dalam Bidang Pengajian al-quran. Ahmad Najib Abdullah 1 Muhamad Zul Ikhwan Zahari 2

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SUMBANGAN MUALIM HAJI WAHID DALAM BIDANG DAKWAH DI MELAKA

Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan di Malaysia

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Sumbangan Tok Ku Paloh dalam Kegiatan Dakwah dan Pendidikan di Terengganu, Malaysia

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M

PENDAHULUAN. Kemantapan iman, ilmu dan amal individu dan masyarakat hanya akan berkekalan apabila

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

SUMBANGAN DATO HAJJAH ROGAYAH BINTI SULONG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TARANNUM AL-QURAN

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

HAJI MUHAMMAD SA'ID BIN JAMALUDDIN AL-LINGGI:

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Transcription:

Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-70-1 (2017), http: //www.inspire.unisza.edu.my Sumbangan Haji Mat Lintar dalam Pengajaran Al-Quran di Terengganu Najmiah Omar & Fatimah Zaharah Ismail Pusat Pengajian al-quran dan al-sunnah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin najmiah@unisza.edu.my fatimahzaharah@unisza.edu.my Abstrak: Haji Mat Lintar merupakan seorang tokoh yang sangat berjasa dalam bidang pengajian al-quran di negeri Terengganu. Beliau turut menjadi ikon ulama negeri Terengganu yang bergandingan dengan Sultan bagi menyebarluaskan ilmu bacaan al-quran. Namun, kajian berkaitan Haji Mat Lintar jarang dilakukan dan tidak diketengahkan dalam bidang akademik. Justeru, artikel ini bertujuan mengenengahkah ketokohan Haji Mat Lintar menerusi paparan latar belakang beliau dan sumbangan yang diberikan bidang bacaan al-quran. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menerusi temubual dan rujukan dokumentasi. Hasil analisis mendapati Haji Mat Lintar mempunyai peranan yang besar dalam empat lapangan utama iaitu bidang pendidikan, bidang pentadbiran, bidang kemasyarakatan dan bidang kepimpinan. Kajian ini dapat menjadikan Haji Mat Lintar sebagai tokoh inspirasi kepada golongan muda supaya mencontohi beliau yang memberi banyak sumbangan kepada dunia pengajian al-quran. Selain itu, telah terbukti bahawa gandingan antara ulama dan pemerintah memberi manfaat kepada masyarakat seterusnya berjaya melahirkan masyarakat yang celik al- Quran. Kata Kunci: Haji Mat Lintar, tokoh, al-quran, Terengganu, dan pengajian. LATAR BELAKANG PERIBADI HAJI MAT LINTAR Haji Mat Lintar dilahirkan pada 21 Mac 1900. 1 Nama penuh beliau ialah Haji Mohamad bin Haji Awang Kechik. Beliau adalah seorang hafiz al-quran. Mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup mendalam tentang ilmu tajwid, fasahah dan tarannum. Berdasarkan temubual dengan anak kepada Haji Mat Lintar iaitu Puan Hajjah Hasnah mengenai asal Haji Mat Lintar, beliau berasal dari Kg. Kemomin, Pengkalan Chepa, Kelantan. 2 Haji Mat Lintar mempunyai isteri lebih kurang seramai 18 orang. Ada yang berpisah dan ada yang meninggal dunia. Ada di kalangan mereka yang berada di Kelantan dan Terengganu. Justeru itu, kemungkinan besar Haji Mat Lintar meninggalkan zuriat yang ramai berada di merata daerah di negeri Terengganu, Kelantan dan ada juga di kalangan anak dan cucu beliau yang menetap di Kuala Lumpur. Salah seorang isteri Haji Mat Lintar bernama dengan Hajjah Aminah binti Ali. Mereka memperoleh anak sulung perempuan bernama Hajjah Ramlah. Ketika Hajjah Ramlah berusia tiga tahun, Haji Mat Lintar mempelajari ilmu agama di Mekah termasuk pengajian al-quran. Suami kepada Hajjah Ramlah bernama Haji Awang bin Ismail iaitu mantan Imam Masjid Putih atau Masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala-Terengganu. Ustaz Haji Awang bin Ismail adalah salah seorang anak murid kepada Haji Mat Lintar dan menantu kepada beliau. Ustaz Haji Awang bin Ismail sentiasa dijemput menjadi Hakim Tilawah al-quran peringkat negeri Terengganu. Beliau meninggal dunia pada tahun 2004. 3 Hajjah Hasnah adalah anak ketiga Haji Mat Lintar yang dilahirkan setelah beliau pulang dari Mekah. Puan Hasnah tinggal di daerah Dungun dan berumahtangga dengan Ustaz Omar bin Daud, seorang guru agama yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin manakala, anak bongsu kepada Haji Mat Lintar bernama Abdul Hadi iaitu adik kepada Puan Ramlah, ibu kepada Ustaz Mohamad Lokman. 4 Pada akhir hayat Haji Mat Lintar, beliau berada di Mekah al-mukarramah dan selalu berulang alik antara dari Malaysia ke Mekah. Hajjah Rogayah pernah mengunjungi beliau ketika berada di sana dan masih mengenali Hajjah Rogayah walaupun pada ketika itu beliau sudah uzur dan mata kabur. Beliau meninggal dunia pada tahun 1963 di Kg. Ladang dan dikebumikan di kawasan perkuburan bernama Kg. Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu. 5 297

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN HAJI MAT LINTAR Haji Mat Lintar pernah mendapat pendidikan di Kelantan, Mekah dan Madinah. Ketika berada di Mekah, rakan seguru dengan Haji Mat Lintar ialah Syeikh Mahmud Khalil. 6 Ketika di Mekah, budaya mereka membaca al-quran ala Hijazi. Berdasarkan suasana dan budaya ala Hijazi, suasana yang kering-kontang dan padang pasir. Oleh itu, Haji Mat Lintar lebih banyak terpengaruh dengan bacaan ala Hijazi. Tetapi selepas perang Jepun pada tahun 1940-an, Haji Mat Lintar lebih cenderung kepada tarannum ala Hijazi. 7 Bagi pandangan Datuk Paduka Haji Nik Jaafar, berbeza dengan orang Mesir, cara bacaan tarannum orang Mesir lebih sopan dan lembut sebagaimana hadis nabi iaitu bacaan secara Qirāah Layyinah. Justeru itu, perubahan tarannum ala Hijazi kepada ala Misri selepas tahun 1940-an ada mengikut peredaran masa dan penerimaan para qurra serta bertepatan dengan ciri-ciri yang terdapat dalam dalil al-quran dan hadith. Menurut beliau, dua kaedah bacaan al-quran dengan betul ialah: tahsin al-saut dan qiraah layyinah. 8 Guru Haji Mat Lintar Berdasarkan Sijil Ijazah Bersanad Hajjah Rogayah binti Sulong dalam tulisan jawi, antara guru kepada Haji Mat Lintar ialah Syeikh Hussein bin Ibrahim al-suyuti dan Syeikh Ibrahim al-sai r. 9 Salasilah guru beliau adalah seperti berikut iaitu melalui: Syeikh Hussin bin Ibrahim al-suyuti al-syahir bi al-sya ir al-muqri al-muqri negeri Madinah, dan gurunya Sheikh Hussein bin Muhammad Bayoumi, dan gurunya Sheikh Muhammad Sabiq Bisakandari, dan gurunya al-sheikh al-halil al-matubi dan gurunya al-sheikh Ali al-abyari biljami al-azhari. Gurunya al-sheikh Ali al-halawi bimakkah al-mukarramah dan gurunya al-sheikh Ahmad Abu Ma munah dan gurunya Sidi Muhammad bin Muhammad al-jazari dan gurunya Sayyid Abdul Rahman al-qastantani dan gurunya Sayyid Abdul Rahman al-azmiri dan gurunya Sultan al- Zahi dan gurunya Sayyid Ahmad al-masiri dan Sayyid Abi Jaafar al-syahir biauliya Afandi. 10 Haji Mat Lintar juga turut mempelajari ilmu tarannum dengan Haji Nik Wan bin Tengku Mahmud semasa beliau berada di Kelantan. 11 Haji Nik Wan mengajar di Kampung Kerasak, daerah Bunut Susu, jajahan Pasir Mas Kelantan. Sahabat Seperguruan Dengan Hj Mat Lintar Haji Mat Lintar mempunyai sahabat-sahabat yang bersepakaran dengan beliau. Antara mereka ialah Yusof Kedondong, Haji Ahmad bin Matsom Pergau, Hajjah Che Yam, Haji Mat Sering dan Yusof Slow Machang. 12 Mereka mahir dalam ilmu tarannum. Selain itu, ketika berada di Mekah, rakan seguru dengan Haji Mat Lintar ialah Syeikh Mahmud Khalil. 13 Yusof Kedondong adalah teman sealiran dengan Haji Mat Lintar. Beliau adalah Qari DiRaja negeri Kelantan sejak berusia 8 tahun. 14 Menurut Datuk Paduka Haji Nik Jaafar, Haji Yusuf Kedondong mempelajari ilmu tarannum daripada Haji Nik Wan bin Tengku Mahmud. Haji Yusuf Kedondong ialah datuk kepada Datuk Paduka Haji Nik Jaafar di sebelah ibu beliau. Ketika berlaku pergaduhan antara raja-raja di Kelantan, Haji Nik Wan lari ke Pattani. Ketika di Pattani, Haji Nik Wan mempelajari ilmu-ilmu agama termasuk ilmu tarannum dengan ulama-ulama di Pattani. Ada di kalangan ulama-ulama Pattani yang mempelajari ilmu-ilmu agama di Mekah. Setelah pulang ke Malaysia, Haji Nik Wan mengajar al-quran dan tarannum kepada masyarakat pada tahun 1800-an. Antara anak murid beliau termasuk Haji Yusuf Kedondong dan Haji Mat Lintar. Haji Yusuf Kedondong turut mempelajari ilmu tarannum al-quran daripada Syeikh Musa, seorang keturunan Arab yang tinggal di Kg. Apa-apa, Pasir Mas, Kelantan. Kubur Sheikh Musa dikenali sebagai kubur Sheikh Tok Panjang. Haji Abdul Majid, yang pernah menjadi johan antarabangsa adalah cucu kepada Sheikh Musa. Haji Yusuf Kedondong mengajar tarannum mengikut gabungan antara ala Hijazi dan Misri. SUMBANGAN HAJI MAT LINTAR Haji Mat Lintar merupakan salah seorang tokoh al-quran yang memainkan peranan penting dalam perkembangan seni lagu bukan sahaja di Terengganu, malahan di nusantara 15. Antara sumbangan beliau dalam menyampaikan ilmu agama dan al-quran adalah seperti berikut: 298

Menjadi Imam Besar Masjid Sultan Zainal Abidin Negeri Terengganu Haji Mat Lintar dilantik sebagai Imam Besar di Masjid Abidin bermula pada 26 Oktober 1927 sehingga 1 November 1953. Masjid Abidin mula dibina dalam zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Kemudian, masjid tersebut dibina semula dengan binaan batu pada zaman pemerintahan Sultan Umar. 16 Haji Mat Lintar mempunyai suara yang kuat, nyaring dan terang bagaikan halilintar sehingga dapat didengari hingga di saf paling belakang ketika mengimamkan solat di Masjid Abidin. Haji Mat Lintar juga menjadi Imam Istana kepada Sultan Ismail setiap kali hari Jumaat. Menurut anak kepada Haji Mat Lintar iaitu Hajjah Hasnah, setiap kali hari Jumaat, orang istana akan datang menjemput Haji Mat Lintar dengan kenderaan istana untuk menjadi imam di mana-mana masjid tempat Sultan Ismail hendak menunaikan solat Jumaat. 17 Haji Mat Lintar menyampaikan pengajian al-quran dan agama dan memahamkan masyarakat tentang kepentingan ilmu sepanjang beliau bertugas menjadi imam. Menjadi Qari Istana Negeri Terengganu Haji Mat Lintar adalah seorang Qari Istana semasa pemerintahan Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Beliau sentiasa menjadi qari jemputan untuk mengalunkan al-quran bertarannum dalam majlis-majlis rasmi seperti Maulud Nabi dan upacara keagamaan yang lain. Boleh dikatakan kehebatan Haji Mat Lintar sama kedudukan dengan Haji Yusof Kedondong di Kelantan. Kalau di Kelantan terkenal dengan Yusof Kedondong, maka negeri Terengganu pula terkenal dengan Haji Mat Lintar di kalangan masyarakat. Haji Mat Lintar adalah rakan kepada Haji Yusof Kedondong, Haji Mat Sering, Haji Ahmad bin Mat Som Pergau, Hajjah Che Yam, Pasir Mas iaitu ibu kepada Hajjah Faridah Mat Saman, dan Yusof Slow Machang. Setiap kali apabila datang bulan Ramadhan pada masa itu, pakar-pakar tukang lagu ini akan berada di rumah Haji Mat Lintar, di Kg. Tanjung Kapur kerana mereka dijemput oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah iaitu nenda kepada Sultan Mizan untuk mengalunkan ayat suci al-quran bertarannum di istana negeri Terengganu. 18 Haji Mat Lintar pernah belajar bersama Haji Ahmad Som Pergau semasa di Mekah. Haji Mat Lintar mempelajari ilmu Qiraat dengan ulama-ulama terkenal semasa berada di Mekah. Institusi pemerintahan pada masa itu menitikbertakan pengajian al-quran dan sekaligus menjadi salah satu faktor perkembangan seni lagu al-quran di Terengganu. 19 Mengajar Al-Quran Di Surau Haji Awang Abbas Pada tahun 1930-an, Haji Mat Lintar adalah antara guru agama yang aktif menyampaikan pengajaran al- Quran, tajwid, fasahah dan tarannum di Terengganu. Selain daripada masjid Abidin, beliau juga aktif mengajar al-quran dan tarannum di surau berdekatan dengan rumah beliau yang terletak di Kampung Tanjung Kapur, Kuala-Terengganu yang bernama surau Hj Awang Abbas. Surau tersebut dinamakan demikian sempena nama tuan tanah tersebut. Namun begitu, surau tersebut juga dikenali oleh penduduk kampung di situ dengan nama Surau Haji Mat Lintar. Surau tersebut melahirkan tokoh al-quran dan tarannum yang ramai. Haji Mat Lintar aktif mengajar di surau berhampiran dengan rumah beliau antara tahun 1952 hingga 1957. Antara murid yang terkenal ialah Dato Hajjah Rogayah binti Sulong dan Haji Megat Othman Bin Megat Chik, qari Mohamad Nor bin Mohamad iaitu sepupu kepada Dato Hajjah Rogayah binti Sulong, 20 Hajjah Wook binti Hassan, 21 dan Haji Salleh bin Awang, 22 Sehingga kini, surau Hj. Mat Lintar masih aktif dengan penyampaian ilmu dan pengajaran al-quran dan tajwid oleh mantan anak-anak murid kepada Haji Mat Lintar pada setiap hari Rabu di sebelah petang selepas solat Asar. 23 Berdekatan dengan surau tersebut, terdapat sebuah rumah yang merupakan kediaman Haji Mat Lintar pada masa hayat beliau. Kini, cucu kepada Haji Mat Lintar, atau generasi ketiga beliau tinggal di rumah tersebut. Cucu Hj. Mat Lintar bernama Ustaz Mohamad Lokman bin Awang. Ibu ustaz Lokman merupakan anak perempuan sulung kepada Haji Mat Lintar yang bernama Ramlah bin Muhammad. 24 Surau berdekatan ialah surau Haji Mat Kerinchi, surau Sheikh Abdul Kadir dan surau Besar. Pembelajaran al-quran dan tajwid adalah secara bersanad dan diberikan tauliah bersanad semenjak zaman Haji Mat Lintar kepada pelajar yang khatam al-quran dan pengijazahan ini berterusan sehingga pengajaran ustaz Haji Awang bin Ismail. 25 Kini, tugas pengajaran al-quran diambil alih oleh cucu kepada Haji Mat Lintar iaitu ustaz Lokman dan tenaga pengajar dari ahli Persatuan Qurra Terengganu. 299

Menubuhkan Persatuan Qurra Terengganu Haji Mat Lintar juga turut aktif menubuhkan sebuah persatuan yang diasas oleh beliau dengan nama Persatuan Qurra Terengganu. 26 Ahli-ahlinya terdiri daripada murid-murid yang telah tamat al-quran bersanad dengan beliau. Persatuan Qurra Terengganu turut memainkan peranan penting dalam memasyarakatkan al-quran dan ilmu tarannum di negeri Terengganu. Berdasarkan latar belakang awal penubuhan Persatuan Qurra Terengganu, ia diasaskan oleh Haji Mat Lintar. Persatuan ini masih wujud sehingga kini iaitu ketika kajian ini dijalankan. Ahli-ahli terdiri daripada bekas anak-anak murid Haji Mat Lintar dan berkesinambungan sehingga sekarang iaitu seramai 1000 orang yang pernah belajar al-quran dan tajwid dengan Haji Mat Lintar dan juga generasi anak murid kepada Haji Mat Lintar. Pembelajaran al-quran dan tajwid adalah secara bersanad dan diberikan tauliah bersanad semenjak zaman Haji Mat Lintar sehingga pengajaran ustaz Haji Awang bin Ismail. 27 Antara ahli-ahli yang pernah bergiat aktif ialah Ustaz Muda@ Jusoh bin Ismail. Haji Muda ialah bapa saudara kepada Ustaz Muhammad Lokman iaitu adik beradik sebelah bapa kepada Ustaz Lokman. Ustaz Haji Muda bin Ismail pernah belajar tarannum dengan Haji Mat Lintar dan pernah menjadi johan pada tilawah peringkat negeri Terengganu pada tahun 1961, dan 1967 28. 29 Ustaz Muda bin Ismail tinggal di Kg Bukit Payung yang terletak di daerah Marang, Terengganu. Antara aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Qurra Terengganu ialah mengajar al-quran dan tajwid kepada orang ramai dan masih bergiat aktif ketika kajian ini sedang dilaksanakan. Seorang qari negeri Terengganu iaitu Haji Ismail Embong menjelaskan: Ketika itu, saya berumur 28 tahun. Saya belajar mengaji al-quran bertajwid dan bertarannum hingga khatam. Setelah itu, Saya menjadi ahli Persatuan Qurra Terengganu dan mempelajari lagu Bayati di sana. Saya juga mempelajari al-quran bertajwid dengan Haji Awang iaitu menantu kepada Haji Mat Lintar. Di samping itu, saya berlatih tarannum dengan kawan-kawan sepengajian di Surau Haji Mat Lintar. 30 Kini, Persatuan Qurra Terengganu berpusat di Surau Haji Mat Lintar di Kg. Tanjung Kapur, Ladang, bersebelahan dengan rumah Hj. Mat Lintar. 31 Presiden Persatuan Qurra Terengganu ialah Cikgu Rahim, bekas Nazir Persekutuan dan beliau menetap di Kuala-Terengganu. Manakala Setiausaha Persatuan Qurra Terengganu pada masa ini ialah Haji Ku Tuan Razak, tinggal di Kg. Losong. Tuan Razak adalah bekas Pengetua Sekolah Sheikh Abdul Malek, Kuala-Terengganu. 32 Tokoh-tokoh qari yang menjadi ahli Persatuan Qurra Terengganu ialah Haji Muda@Jusoh bin Ismail 33, Haji Ismail bin Embong, 34 Haji Yusop bin Embong pada tahun 1980-an, 35 Haji Mohamad Yasin bin Embong 36, Ayah Long Awang Nobat Sungai Derhaka, 37 dan Hajjah Rogayah binti Sulong. Matlamat penubuhan Persatuan Qurra Terengganu adalah bagi melahirkan generasi yang celik al-quran dan mampu membaca dengan baik mengikut manhaj yang diterapkan oleh Haji Mat Lintar. Melahirkan Pakar Tarannum Yang Mahir Di Negeri Terengganu Haji Mat Lintar aktif mengajar al-quran, tajwid, fasahah dan tarannum semasa hayat beliau. Antara anak murid yang terkenal ialah Megat Othman Megat Chik, Yusof bin Abdullah, Dato Hajjah Rogayah binti Sulong, Muda@Jusoh bin Ismail, Wook binti Hassan, Yasin Embong dan Ismail Embong. Haji Yasin Embong, seorang qari yang menjadi johan peringkat negeri Terengganu dalam Majlis Tilawah al-quran dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada tahun 1975 dan 1977 mengatakan : Antara guru yang pernah mengajar tarannum kepada saya ialah Haji Mat Lintar di Kg Tanjung Kapur pada tahun 1958. 38 Selain daripada Haji Yasin, Hajjah Rogayah binti Sulong adalah salah seorang murid yang mahir, pakar dan terkenal dalam bidang tarannum al-quran. Beliau adalah qariah antarabangsa yang mewarisi ilmu dan kepakaran beliau serta terkenal di persada dunia. 39 Menjadi Guru Al-Quran Di Sekolah Menengah Agama Arab Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu. Haji Mat Lintar dilantik menjadi guru al-quran di Sekolah Menengah Agama Arab Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala-Terengganu. Pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan untuk membaca al-quran bertarannum, Haji Mat Lintar akan mengajak mereka untuk mempelajari tarannum dengan Haji Ahmad bin Mat Som Pergau yang berada di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Antara murid tersebut 300

ialah Ustaz Haji Muda bin Ismail. 40 Haji Muda menjelaskan bagaimana Haji Mat Lintar memilih beliau mempelajari tarannum. Menurut beliau: Semasa belajar di peringkat sekolah menengah, Pokcik mula mengenali Ustaz Haji Mat Lintar kerana beliau mengajar al-quran dan Tajwid di dalam kelas. Melihat kemahiran Pokcik dalam membaca al-quran dan mempunyai potensi untuk membaca al-quran berlagu, Haji Mat Lintar mengajak Pokcik ke negeri Kelantan untuk mempelajari ilmu tarannum al-quran dengan rakan-rakan seangkatan Haji Mat Lintar iaitu Haji Mat Som Pergau dan Haji Yusof Kedondong. Dari situ, Pokcik mengenali asas-asas tarannum dan berulang alik dari ke negeri Kelantan saban bulan dan tahun bermula dari tahun 1952 hingga 1957. 41 Di Terengganu, jika seseorang itu mengatakan dia adalah anak murid kepada Haji Mat Lintar, maka dia seorang yang hebat dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekitar negeri Terengganu. Kehebatan Haji Mat Lintar terletak pada kemahiran beliau membaca al-quran dari segala aspek berkaitan al-quran termasuk tajwid dan tarannum. KESIMPULAN Haji Mat Lintar adalah seorang tokoh al-quran yang disegani dan masyhur pada satu ketika dahulu. Beliau telah banyak memberi jasa kepada masyarakat di sekitar negeri Terengganu. Beliau melahirkan ramai tokoh al-quran di negeri Terengganu. Antara sumbangan terbesar beliau ialah terbinanya Persatuan Qurra Negeri Terengganu yang masih wujud sehingga ke hari ini. RUJUKAN Ahmad Azhar Harun, Biografi Tokoh-tokoh Pentadbiran Islam Terengganu ( Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu) 1911M-2014/1329H-1435H, 2014, Kuala-Terengganu: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. Mohd Ali bin Abu Bakar, Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, 1997, cet. Ke-2, Kuala Lumpur: Darul Fikir, 103. Mohd Zaini Zakaria, Mohd Yusuf Ismail, Penulisan Lagu Al-Quran Di Nusantara: Satu Tinjauan. Hlm.2. repository.um.edu.my/14867/1/2011-%20seminar%20usim%20-swat.pdf paparan pada 3 Oktober 2017. Muhammad Saleh Haji Awang, Sejarah Darul Iman Hingga 1361H=1942M, cet. Ke-3 1992, ( Kuala Terengganu: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Terengganu, ). Najmiah binti Omar, Fatimah Zaharah binti Ismail, Tasnim binti Abdul Rahman, Nik Nor Azeah binti Nik Azman, Faktor-faktor Kejayaan Qari Negeri Terengganu Dalam Kesenian Lagu Al-Quran. Jurnal Sains Insani: USIM. Volum 2. Hlm.108-109. File:///C: /users/unisza_fki/downloads/2151-793-7468-1-10-20170530%20(2).pdf paparan pada 3 Oktober 2017. Najmiah binti Omar, Pengajian Tarannum Al-Quran Di Terengganu Dari Tahun 1960-2013: Kajian Terhadap Metodologi Pengajaran Rogayah Binti Sulong. 2017. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Najmiah binti Omar dan Zulkifli@Md Yaakub bin Mohd Yusuf, Perkembangan Pengajian Tarannum Al- Quran Di Terengganu Pada Zaman Pra-Merdeka Sehingga Tahun 2014.hlm.108-109. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari Unisza. Vol.13. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/166/127 paparan pada 3 Oktober 2017. Temubual dengan Dato Hajjah Rogayah binti Sulong ( Guru Tarannum) di Surau Kg.Tepoh, Kuala Terengganu, pada 8 Januari 2015. Temubual dengan ustaz Mohamad Lokman bin Awang ( Imam Surau Kg. Tanjung Kapur, cucu kepada Haji Mat Lintar) pada 23 Februari 2015. Temubual telefon dengan Hajjah Hasnah binti Muhammad ( Anak ketiga Haji Mat Lintar, 903, Jln Bachik, Kg. Molek, Masjid Intan Zaharah, Dungun, Terengganu) pada 1 Mac 2015. Temubual dengan Ustaz Haji Muda @ Jusoh bin Ismail, ( Qari Negeri Terengganu, di Lot 1862, Hadapan Surau, Kg. Seberang Bukit Payung, Marang, Terengganu), pada 2 Mac 2015 pukul 3.30 petang. Temubual melalui pesanan ringkas telefon dengan Ustaz Mohamad Lokman bin Awang ( Imam Surau Hj. Awang Abbas, cucu Haji Mat Lintar, Kg. Tanjung Kapur), pada 3 Mac 2015. Temubual dengan Dato Hajjah Rogayah binti Sulong ( qariah antarabangsa, Surau Kg Tepoh, Kuala- Terengganu) pada 5 Mac 2015. Temubual dengan Hajjah Wook binti Hassan ( qariah negeri Terengganu, Kg. Pak Madah, Bukit Payung, Marang, Terengganu) pada 6 Mac 2015. Temubual dengan Ustaz Hj. Rashid bin Ali ( Guru Tarannum negeri Terengganu, Kg Mengabang Telipot), pada 12 Mac 2015. 301

Temubual dengan Datuk Paduka Haji Nik Jaafar ( Pakar Tarannum Malaysia, Kg Kangkong, Pasir Mas, Kelantan), pada 22 Mac 2015. Temubual dengan Ustaz Haji Ismail bin Embong ( Guru Tahsin al-quran, Kg. Jeram, Manir, Kuala- Terengganu) pada 20 Ogos 2015. Temubual dengan Haji Mohamad Yasin bin Embong ( Qari Terengganu, peniaga, Kg. Pasir Panjang, Kuala- 1 Ahmad Azhar Harun, Biografi Tokoh-tokoh Pentadbiran Islam Terengganu ( Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu) 1911M-2014/1329H-1435H, 2014, Kuala-Terengganu: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, 167. 2 Temubual telefon dengan Hajjah Hasnah binti Muhammad ( Anak ketiga Haji Mat Lintar, 903, Jln Bachik, Kg. Molek, Masjid Intan Zaharah, Dungun, Terengganu) pada 1 Mac 2015. 3 Ibid. 4 Temubual dengan ustaz Mohamad Lokman bin Awang ( Imam Surau Kg. Tanjung Kapur, cucu kepada Haji Mat Lintar) pada 23 Februari 2015. 5 Ibid. 6 Temubual dengan Haji Mohamad Yasin bin Embong ( Qari Terengganu, peniaga, Kg. Pasir Panjang, Kuala- 7 Temubual dengan Datuk Paduka Haji Nik Jaafar ( Pakar Tarannum Malaysia, Kg Kangkong, Pasir Mas, Kelantan), pada 22 Mac 2015. 8 Ibid. 9 Temubual dengan Dato Hajjah Rogayah binti Sulong ( Guru Tarannum) di Surau Kg.Tepoh, Kuala Terengganu, pada 8 Januari 2015. 10 Sijil Pentauliahan Ijazah Bersanad Hajjah Rogayah binti Sulong ( seperti yang tertera pada lampiran). 11 Temubual dengan Datuk Paduka Haji Nik Jaafar ( Pakar Tarannum Malaysia, Kg Kangkong, Pasir Mas, Kelantan), pada 22 Mac 2015. 12 Najmiah binti Omar, Pengajian Tarannum Al-Quran Di Terengganu Dari Tahun 1960-2013: Kajian Terhadap Metodologi Pengajaran Rogayah Binti Sulong. 2017. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Hlm.75. 13 Temubual dengan. Haji Mohamad Yasin bin Embong ( Qari Terengganu, peniaga, Kg. Pasir Panjang, Kuala- 14 Ibid. 15 Mohd Zaini Zakaria, Mohd Yusuf Ismail, Penulisan Lagu Al-Quran Di Nusantara: Satu Tinjauan. Hlm.2. repository.um.edu.my/14867/1/2011-%20seminar%20usim%20-swat.pdf paparan pada 3 Oktober 2017. 16 Dato Setia Jasa Dato Haji Muhammad Saleh Haji Awang, Sejarah Darul Iman Hingga 1361H=1942M, cet. Ke-3 1992, ( Kuala Terengganu: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Terengganu, ) 179. 17 Temubual telefon dengan Hajjah Hasnah binti Muhammad ( Anak ketiga Haji Mat Lintar, 903, Jln Bachik, Kg. Molek, Masjid Intan Zaharah, Dungun, Terengganu) pada 1 Mac 2015. 18 Temubual telefon dengan Hajjah Hasnah binti Muhammad ( Anak ketiga Haji Mat Lintar, 903, Jln Bachik, Kg. Molek, Masjid Intan Zaharah, Dungun, Terengganu) pada 1 Mac 2015. 19 Najmiah binti Omar dan Zulkifli@Md Yaakub bin Mohd Yusuf, Perkembangan Pengajian Tarannum Al-Quran Di Terengganu Pada Zaman Pra-Merdeka Sehingga Tahun 2014.hlm.108-109. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari Unisza. Vol.13. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/166/127 paparan pada 3 Oktober 2017. 20 Temubual dengan Dato Hajjah Rogayah binti Sulong ( qariah antarabangsa, Surau Kg Tepoh, Kuala-Terengganu) pada 5 Mac 2015. 21 Temubual dengan Hajjah Wook binti Hassan ( qariah negeri Terengganu, Kg. Pak Madah, Bukit Payung, Marang, Terengganu) pada 6 Mac 2015. 22 Temubual dengan Ustaz Hj. Rashid bin Ali ( Guru Tarannum negeri Terengganu, Kg Mengabang Telipot), pada 12 Mac 2015. 23 Ibid. 24 Ibid. 25 Temubual melalui pesanan ringkas telefon dengan Ustaz Mohamad Lokman bin Awang ( Imam Surau Hj. Awang Abbas, cucu Haji Mat Lintar, Kg. Tanjung Kapur), pada 3 Mac 2015. 26 Temubual dengan ustaz Mohamad Lokman bin Awang (Imam Surau Kg. Tanjung Kapur, cucu kepada Haji Mat Lintar) pada 23 Februari 2015. 27 Temubual melalui pesanan ringkas telefon dengan Ustaz Mohamad Lokman bin Awang ( Imam Surau Hj. Awang Abbas, cucu Haji Mat Lintar, Kg. Tanjung Kapur), pada 3 Mac 2015. 28 Najmiah binti Omar, Fatimah Zaharah binti Ismail, Tasnim binti Abdul Rahman, Nik Nor Azeah binti Nik Azman, Faktor-faktor Kejayaan Qari Negeri Terengganu Dalam Kesenian Lagu Al-Quran. Jurnal Sains Insani: USIM. Volum 2. Hlm.108-109. File:///C: /users/unisza_fki/downloads/2151-793-7468-1-10-20170530%20(2).pdf paparan pada 3 Oktober 2017. 29 Temubual dengan ustaz Mohamad Lokman bin Awang ( Imam Surau Kg. Tanjung Kapur, cucu kepada Haji Mat Lintar) pada 23 Februari 2015. 30 Najmiah binti Omar, Pengajian Tarannum Al-Quran Di Terengganu Dari Tahun 1960-2013: Kajian Terhadap Metodologi Pengajaran Rogayah Binti Sulong. 2017. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Hlm.106. 302

31 Temubual dengan Ustaz Haji Muda @ Jusoh bin Ismail, ( Qari Negeri Terengganu, di Lot 1862, Hadapan Surau, Kg. Seberang Bukit Payung, Marang, Terengganu), pada 2 Mac 2015 pukul 3.30 petang. 32 Temubual melalui pesanan ringkas telefon dengan Ustaz Mohamad Lokman bin Awang ( Imam Surau Hj. Awang Abbas, cucu Haji Mat Lintar, Kg. Tanjung Kapur), pada 3 Mac 2015. 33 Temubual dengan Ustaz Haji Muda @ Jusoh bin Ismail, ( Qari Negeri Terengganu, di Lot 1862, Hadapan Surau, Kg. Seberang Bukit Payung, Marang, Terengganu), pada 2 Mac 2015 pukul 3.30 petang. 34 Temubual dengan Ustaz Haji Ismail bin Embong ( Guru Tahsin al-quran, Kg. Jeram, Manir, Kuala-Terengganu) pada 20 Ogos 2015. 35 Temubual dengan Haji Yusop bin Embong ( Qari negeri Terengganu, Imam Masjid Tg Nik Haji, Kg. Batu Buruk, Kuala-Terengganu), pada 17 Ogos 2015. 36 Temubual dengan Haji Mohamad Yasin bin Embong ( Qari Terengganu, peniaga, Kg. Pasir Panjang, Kuala- 37 Ibid. 38 Najmiah binti Omar, Pengajian Tarannum Al-Quran Di Terengganu Dari Tahun 1960-2013: Kajian Terhadap Metodologi Pengajaran Rogayah Binti Sulong. 2017. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Hlm.103. 39 Ibid. 40 Ibid. 41 Ibid. 303