MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BASIRON @ BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BASIRON @ BADRON Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Falsafah (Sains Halal) Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER 2014
iii Dedikasi Teristimewa untuk Ayahanda dan Bonda yang dikasihi, Hj Basiron Bin Hj Mohd Jais & Hjh Badriah Binti Hj Anuar, Isteri yang tercinta, Azlizawati Binti Abdul Rahman, Anak-anak tersayang, Iman Baihaqi, Muhammad Aydin Fakhri dan Muhammad Nafis Azraie Doa dan harapan, kesabaran dan penantian kalian, Sungguh aku amat berterima kasih. Para guru-guru dan sahabat yang dihormati, Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan dengan segala jasa baik yang kalian berikan.
iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dapat jua akhirnya saya menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi keperluan syarat penganugerahan ijazah Sarjana Falsafah Sains Halal. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua guru dan pensyarah yang telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar yang berguna selama ini, khasnya kepada Prof. Madya Dr. Aminuddin bin Ruskam selaku Penyelia Projek Sarjana ini. Jasa dan budi tuan, hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih juga saya tujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya, khasnya sekolah-sekolah kebangsaan daerah Kulaijaya yang terlibat serta guru-guru yang sedia bekerjasama dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada isteri, Pn. Azlizawati binti Abdul Rahman serta anak-anak yang begitu sabar dan memahami, kepada rakan-rakan seperjuangan serta kepada semua yang telah sudi memberikan kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi. Mudah-mudahan hasil kajian ini boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Segala patah perkataan dalam kajian ini adalah ilmu milik Allah S.W.T dan dapat dihasilkan dalam tesis sarjana ini. Sekian, terima kasih.
v ABSTRAK Merokok merupakan kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat walaupun ia memudaratkan. Isu utama kajian ini ialah merokok dan implikasinya dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan daerah Kulaijaya. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti pengetahuan guru-guru terhadap hukum merokok mengikut perspektif Islam, kesedaran guru-guru terhadap implikasi kesihatan akibat amalan merokok, kepekaan responden kepada peraturan-peraturan larangan merokok di kawasan sekolah dan mengenal pasti kewajaran kempen tidak merokok yang berteraskan tujuan perundangan Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk, menganalisis perbezaan yang signifikan antara kesedaran hukum merokok dengan faktor umur, jantina, taraf pendidikan, dan opsyen, serta menganalisis hubungan yang signifikan antara kempen tidak merokok yang berteraskan tujuan perundangan Islam dengan kesedaran hukum merokok. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan membina instrumen soal selidik berdasarkan objektif yang ditetapkan. Kajian ini dilaksanakan di 16 buah sekolah kebangsaan dalam daerah Kulaijaya dan melibatkan sampel kajian seramai 310 orang guru yang telah dipilih secara rawak. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 18. Dapatan analisis kajian tentang pengetahuan guru-guru terhadap hukum merokok berada pada tahap tinggi, iaitu nilai min 3.82, manakala kesedaran terhadap implikasi kesihatan akibat amalan merokok menunjukkan nilai min 4.27 dan kewajaran perlaksanaan kempen tidak merokok yang berteraskan tujuan perundangan Islam, iaitu nilai min 4.39. Kepekaan responden terhadap peraturan-peraturan larangan merokok di kawasan sekolah berada di tahap sederhana, iaitu nilai min 3.60. Dapatan kajian bagi keseluruhan dimensi menunjukkan nilai purata min adalah tinggi iaitu, 4.02 (SP= 0.90). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesedaran hukum merokok dengan faktor umur, taraf pendidikan, dan opsyen. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan antara kesedaran hukum merokok dengan faktor jantina. Seterusnya kajian kolerasi menunjukkan hubungan yang kuat antara program kempen tidak merokok dengan kesedaran hukum merokok. Penerimaan hukum merokok oleh responden menunjukkan kewajaran perlaksanaan kempen tidak merokok yang berteraskan tujuan perundangan Islam adalah perlu diutamakan bagi mengurangkan jumlah perokok di dalam negara.
vi ABSTRACT Smoking is a common habit that is practiced in today s society although it is harmful. The main issue of this research is about smoking and its implications among the primary school teachers in Kulaijaya district. There are six objectives in this research; to identify teachers knowledge on Islamic prohibition of smoking; to study the level of awareness among the teachers about the health risk of smoking; to understand the level of teachers sensitivity about the smoking rules and prohibitions in particular within the school compound; and to evaluate the effectiveness of nosmoking campaign in accordance to Islamic law. This study also endeavors to analyze the significant difference between respondents sensitiveness of smoking prohibitions and age factor, gender, level of education and option. It is also to also analyze the relationship between anti-smoking campaign that is in accordance to Islamic law and sensitiveness of smoking prohibitions. This research employed quantitative research methodology by utilizing questionnaire survey instrument that was constructed based on the pre-determined objectives. This survey was distributed in 16 primary schools in Kulaijaya and a random of 310 respondents among the teachers was selected as a sample. The data was the analyzed using SPSS 18 software. Findings from this research shows that teachers knowledge on smoking prohibitions is particularly high with 3.82 mean. Meanwhile, the mean of awareness of smoking risk is 4.27 and the mean of effectiveness of no-smoking campaign in accordance to Islamic laws is 4.39. In the meantime, teachers sensitiveness of rules and prohibitions of smoking in school compound shows a moderate mean of 3.60. The overall finding of the analysis shows an average mean of 4.02, that is quite high (SP=0.90). The results also shows that there are no significant differences between awareness of smoking prohibitions in Islam and age factor, education level and options. However, there is a significant difference on sensitiveness of smoking prohibitions between different genders. On the other hand, correlation analysis shows that there is strong relationship between no-smoking campaign and smoking prohibitions awareness. The respondents acceptance of smoking banned law proves that no-smoking campaign in accordance to Islamic law must be prioritized in order to reduce the number of smokers in the country.