BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

BAB 2 TEORI ASAL-USUL AGAMA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TOPIK 1 MANUSIA DAN AGAMA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Ulasan Buku / Book Review

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Kesan Semantik Tafsiran Perkataan Islam daripada Perspektif Muhammad Asad ke Atas Konsep Muslim

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

Implikasi Tafsiran Muhammad Asad bagi Perkataan Islam terhadap Pegangan Ahl al-sunnah wa al-jamaah

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Allah. Begitupun, proses kejadian 'Isa sentiasa dikaitkan sebagai kejadian yang

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Terdapat tanda-tanda jelas bahawa kitab Islam, al-quran, adalah kalam Tuhan dan kita mempunyai banyak sebab untuk menyokong tuntutan ini:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Takrifan Etika ethos

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

Alpha and Omega Apostasy in the writings of Ellen G. White. Pdt Donny Chrissutianto, PhD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari ah Islamiyah

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

Pendekatan Sastera Islam Moden

KONSEP KETUHANAN MENURUT AJARAN INAYAT KHAN: SATU PENILAIAN DENGAN AKIDAH ISLAM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Malam nisfu syaaban. 10/25/2017 Pavithra parthan 10/26/2017. How do you re rock meth 10/27/2017

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SEMESTER /2015 TUGASAN 2 TOKOH PEMIKIRAN KRITIS: IBN HAYTHAM

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

THE ABSURDITY OF BEING AS REFLECTED IN FRANZ KAFKA S THE METAMORPHOSIS NOVELLA (1915): AN EXISTENTIALISM APPROACH.

Sufisme (Sufism) dan Ahli Sufi (The Sufis) Menurut Inayat Khan ( )

KAJIAN KRITIS HUBUNGAN AGAMA DAN PEMIKIRAN TERORISME

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Tinjauan Falsafah Pragmatisme Dari Aspek Pemikiran Politik Perbandingan

Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

METODOLOGI AL-RADD ALĀ AL-NAṢĀRĀ PARA SARJANA MUSLIM. Methodology of al-radd alā al-naṣārā by Muslim Scholars

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Transcription:

Perkembangan Akidah Ketuhanan BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM Monotheism dan Polytheism Peristilahan tentang konsep ketuhanan dalam pengkajian agama wujud dalam berbagai bentuk. Antaranya kita menemui istilah Monotheism (kepercayaan kepada tuhan yang satu), monotheism (segala sesuatu tuhan), pantheism (tuhan melimpah ke dalam alam), panentheism (tuhan melimpah ke dalam alam dan ia juga maha suci), henotheism (sembah satu tuhan tidak nafi yang lain), oligatheism (menyembah beberapa tuhan yang dipilih), polytheism (menyembah semua tuhan yang dipercayai wujud) dan sebagainya. Walau bagaimanapun secara garis besarnya dua istilah paling penting yang dapat menjelaskan semua konsep ketuhanan ini ialah monotheism dan polytheism iaitu sama ada kepercayaan tuhan yang banyak atau yang satu. Persoalannya yang mana satukah yang bermula dahulu. Edward Burnett Tylor percaya bahawa agama bermula dengan animisme, kemudian menjadi polytheism dan yang paling akhir ialah monotheism (Phillip Koltak : 1994 ). Terdapat juga sarjana yang menyusun dengan lebih terperinci proses perkembangan ini iaitu bermula dengan animisme - polytheism - oligatheism - henotheism - monotheism dan monitheism (Aslam Hady, 1986: 32). Pengertian Khusus Monotheism dan Polytheism Mono = satu / esa, Poly = banyak / berbagai, Theist = Tuhan. Monotheism = kepercayaan tentang keesaan Tuhan / terhadap Tuhan yang satu. Polytheism = kepercayaan tentang banyak tuhan / berbagai tuhan. Kedua- duanya berlaku dalam berbagai bentuk. 1

Kepelbagaian Monotheism; i. Monotheism in practice: mempercayai berbagai tuhan / dewa tetapi menyembah yang satu. ii. iii. iv. Speculative Monotheism: Pemikiran spekulatif yang menggabungkan semua dewa/tuhan yang dipercayai menjadi satu. Monotheism in theory, dari segi teori mempercayai satu Tuhan tetapi dari segi praktis menyembah berbagai Tuhan. Absolute Monotheism: Kepercayaan mutlak kepada yang satu, penyerahan mutlak dan praktis yang mutlak kepada yang satu. Monotheism i, ii dan iii adalah ciri-ciri agama budaya - cultural religion. Monotheism Absolute adalah ciri agama langit - revealed religion. Kepelbagaian Polytheism; i. Paradoxes: good and evil....contoh - Zoroastrian (agama Parsi). ii. iii. iv. Pantheism: kepelbagaian dalam satu... Hindu scholars - "Nothing really exists but the one eternal omnipresent Spirit". Attributes', sifat-sifat dan perbuatan Tuhan dipisahkan lalu dijadikan dewa/tuhan yang berbagai contoh - Hinduism, Mesir Purba dan Arab Jahiliah. Spirits', kepercayaan terhadap semangat dan roh di kalangan masyarakat animisme, kepercayaan terhadap nenek moyang dalam agama-agama dari negeri China. v. Perubahan daripada monotheism kepada polytheism dalam agama langit (revealed religion); Contohnya dalam Islam; amalan dan kepercayaan yang membawa kepada Syirik - tersembunyi atau terang. Kristian; pengaruh falsafah melahirkan Trinity. 2

Pembuktian Wujudnya Monotheism dan Polytheism; i. Wahyu dan kitab - bagi agama langit. ii. iii. Scriptures dan hymns (tulisan dan nyanyian keagamaan) - bagi agama-agama budaya. Verbal stories - cerita-cerita lisan yang disampaikan daripada nenek moyang kepada generasi seterusnya. Kebiasaannya di kalangan masyarakat yang belum terdedah dengan tradisi penulisan. iv. Cults (upacara-upacara keagamaan) dan worships (ibadat-ibadat). Perkembangan Monotheism dan Polytheism. Monotheism dalam agama langit adalah "revealed from ultimate God". Ianya mempunyai latar belakang penurunan, diketahui masanya dan pembawanya (rasul) serta mempunyai sumber. Monotheism dalam agama budaya adalah lahir hasil daripada evolusi polytheism. Latar belakang kelahiran agak kabur, tidak ada yang benar-benar boleh dipertanggungjawabkan di atas kelahirannya serta sumbernya ditulis oleh berbagai pihak. Ianya terhad dalam satu masyarakat dan satu budaya. Agama langit yang terdiri daripada Judaism, Christianity dan Islam. Islam dan Judaism tidak mengalami perubahan ke arah Polytheism. Christianity mengalami perubahan drastik dengan kemunculan St. Paul sebagai pengasas doktrin Trinity. Dalam agama budaya, pencarian tentang "The Great One" bermula dengan polytheism. Ini akhirnya melahirkan pemikiran bahawa daripada sekian banyak yang "berkuasa" terdapat satu yang paling berkuasa. Ringkasnya ia adalah proses polytheism kepada monotheism. Proses perubahan daripada monotheism kepada polytheism juga berlaku seperti di kalangan pengikutpengikut yang telah diturunkan rasul kepada mereka. Dalam tradisi agama langit rasul dihantar untuk mengembalikan mereka kepada absolute monotheism". 3

Faktor-faktor Penyelewengan Daripada Aqidah Monotheism Absolute Monotheism atau Tauhidullah adalah konsep paling asas dalam semua ajaran yang dibawa oleh para rasul agama samawi. Keyakinan ini bukan sahaja dipegang oleh agama Islam bahkan di dalam agama-agama Yahudi dan Kristian yang juga bermula dengan dasar Tauhid. Persoalan kenapa rasul dan nabi didatangka dengan sebegitu banyak untuk manusia adalah persoalan menegakkan tauhid (absolute monotheism). Dalam agama-agama yang dilahirkan oleh kebudayaan manusia, konsep tauhid telah dipesongkan sama ada dengan menggunakan hujah "monotheism in practice" atau "speculative monotheism" atau "monotheism in theory'' Walau bagaimanapun wujud gerakan-gerakan dalam agama-agama tersebut yang memperjuangkan pengembalian kepada "absolute monotheism". Gerakan seumpama Brahmo Samaj dalam agama Hindu Unitarian Sects dalam Christianity dan lain-lain lagi adalah antara bukti wujudnya kecenderungan untuk kembali kepada absolute monotheism. Konsep asas absolute monotheism iaitu kepercayaan hanya Tuhan Yang Esa yang mencipta dan mentadbirkan alam ini serta seluruh isinya, penyerahan diri, memohon pertolongan dan memuja-muji dalam pengibadatan hanya kepada Tuhan Yang Esa dan tidak kepada yang lain dan kepercayaan bahawa Tuhan Yang Esa mempunyai semua sifat-sifat yang maha sempurna yang jauh sama sekali bersamaan dengan manusia. Melalui wahyu (revelation) dalam bentuk kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang diturunkan kepada rasul-rasul maka tertegaklah konsep-konsep tauhid ini. Oleh itu ianya bukan ciptaan manusia seperti mana kepercayaa kepercayaan budaya manusia. Persoalan di sini adalah mencakupi persoalan epistimologi atau sumber ilmu. 4

Sikap Islam Terhadap Polytheism Ajaran Islam adalah berdasarkan Absolute Monotheism ataupun Ketauhidan Mutlak terhadap Allah s.w.t yang mencipta dan mentadbir alam dan segala isinya. Ketauhidan mutlak ini dijelaskan melalui konsep utama tauhid kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah s.w.t adalah Maha Pencipta dan Maha Pentadbir kepada alam dan isinya, penyerahan diri dalam peribadatan hanya semata-mata untuk Allah s.w.t, dan keyakinan bahawa Allah s.w.t sahajalah yang mempunyai nama- nama dan sifat-sifat yang Maha Sempurna serta tidak serupa sama sekali dengan makhluk. Ianya bertentangan sama sekali dengan konsep polytheism ataupun monotheism teori, praktis atau spekulatif. Seseorang itu hanya boleh dianggap sebagai seorang Islam jika ia menerima konsep tauhid ini secara menyeluruh dan bersepadu serta tidak memisahkan antara satu sama lain. Islam menggunakan istilah "Syirk" atau dalam bahasa Melayunya "Syirik" bagi menggambarkan polytheism. Al-Qardhawi (1987) mendefinisikan syirik sebagai "...seseorang yang menjadikan Allah sekutu dengan sesuatu yang hanya berhak untuk Allah sahaja. Seperti seseorang menjadikan selain Allah satu tuhan atau beberapa tuhan lain lalu disembah atau ditaati ataupun dipohon pertolongan kepadanya atau mencintainya atau seumpamanya dimana itu sama sekali tidak layak kecuali hanya Allah sahaja". Ini berdasarkan kenyataan Al-Quran firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula memberikan) kemanfaatan dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Surah Yunus, ayat 18. 5

Semua orang-orang yang mcnentang rasul pada zaman mereka mengaku bahawa yang menjadikan alam dan segala isinya serta mentadbir dan mengawal hukum alam adalah Tuhan yang satu. Namun begitu apa yang mereka percaya tidak mereka terjemahkan dalam peribadatan mereka. Hal ini dijelaskan oleh Al-Quran, "Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?, nescaya mereka akan menjawab :"Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui". Surah A-Zukhruf, ayat 9. Selanjutnya mereka memberi alasan kenapa mereka menyembah selain daripada Allah, "Kami tidak menyembah mereka (yang selain daripada Allah) melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Surah Az-Zumar, ayat 3. Kesimpulannya Islam melihat bahawa kebanyakan manusia percaya bahawa yang menjadikan alam dan isinya ini adalah Tuhan yang satu. Namun begitu mereka tidak menyembah dan menyerahkan diri mereka kepada Tuhan yang satu itu. Sebaliknya mereka menyembah dan meminta pertolongan daripada makhluk- makhluk yang lain yang diletakkan setaraf dengan Tuhan yang satu. Inilah satu bentuk syirik atau polytheism yang paling banyak berlaku sepanjang sejarah manusia. Manusia secara semulajadinya mempunyai naluri beragama dan naluri ini memuncak ke arah mengetahui Tuhan yang satu. Dalam Islam hal ini telah diakui sejak lebih seribu empat ratus tahun yang lalu lagi iaitu lebih seribu tahun sebelum ditemui oleh ahli-ahli psikologi atau kejiwaan tentang ini (lihat Al-Quran surah Al-A'raf, ayat 172 dan 173). Ahli-ahli psikologi menemui naluri beragama dan kehendak mengetahui Tuhan yang satu hanya dalam lebih seratus tahun kebelakangan ini. Disebabkan akal tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan tentang Tuhan yang satu ini, maka manusia dengan usaha akalnya itu membuat berbagai spekulasi dan hasilnya sekalipun mereka mempercayai wujudnya Tuhan yang satu, mereka juga mengakui kewujudan tuhan-tuhan yang lain. Islam sebagai agama yang berdasarkan kepada wahyu memberikan penjelasan yang jelas tentang Tuhan yang satu ini dalam bentuk absolute monotheism. 6

Dalam pengkajian agama-agama, konsep ketuhanan yang satu ini sememangnya wujud dan kewujudannya adalah dalam bentuk sama ada Monotheism in Theory, Speculative Monotheism atau Monotheism in Practice. Hanya agama Islam yang berpegang dengan konsep Monotheism yang mutlak (absolute) dan agama Yahudi dibataskan dengan ketuhanan untuk bangsa mereka sahaja. Agama Kristian mengubah doktrin Absolute Monotheism dan menaikkan martabat Jesus dan Holy Spirit setaraf dengan Tuhan yang satu. Agama Hindu sekalipun mempercayai berbagai tuhan atau dewa mereka tetap mempercayai Yang Satu iaitu Brahman. Agama-agama yang berasaskan tuhan baik dan tuhan jahat seperti Zoroastrian (agama Parsi), akhirnya memenangkan tuhan yang baik. Agama Buddha sekalipun tidak mempunyai konsep ketuhanan yang jelas, mereka percaya tentang "enlightenment" yang akhirnya seseorang yang mencapai Nirvana akan menjadi seorang Buddha dan di sini dia dikira lepas dari segala penderitaan dan menjadi "Yang Satu"(khususnya dalam Hinayana) serta yang dapat melepaskan manusia lain daripada penderitaan (khususnya dalam Mahayana). Konsep-konsep ketuhanan yang pelbagai ini akhirnya mengarah kepada "Yang Satu". Namun begitu konsep Ketuhanan yang satu ini tidak benar-benar diterima secara menyeluruh dan bersepadu sehinggakan menimbulkan polytheism dalam amalan dan peribadatan. Inilah yang dilihat oleh Islam sebagai syirik. Syirik diletakkan oleh Islam sebagai kesalahan paling besar (the biggest sin) dalam agama. Pelakunya dianggap terkeluar daripada agama sekiranya melakukan perbuatan ini. Dalam sejarah perutusan rasul-rasul Tuhan, semua mereka sejak daripada Nabi Adam sehingga Nabi Ibrahim, Ishak dan Ismail menjangkau kepada Nabi Musa, Nabi Isa dan diakhiri oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah membawa satu intipati yang sama dan paling besar iaitu slogan "Tidak Ada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah" sekalipun dari segi hukum hakam mereka berbeza. Kenyataan ini menunjukkan bahawa konsep absolute monotheism adalah konsep asas dalam semua ajaran rasul-rasul. Dengan sebab konsep inilah juga Tuhan mengutuskan begitu banyak nabi dan rasul seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Oleh yang demikian, adalah tidak menghairankan kenapa perbuatan yang bertentangan dengan konsep ini dianggap sebagai kesalahan paling besar. 7

Islam juga berpandangan bahawa syirik mendatangkan unsur-unsur negatif kepada kehidupan manusia iaitu antaranya;- 1- Dianggap sebagai penghinaan kepada akal manusia, kerana secara semulajadinya akal manusia tidak boleh menerima kewujudan lebih daripada satu Tuhan. 2- Mengikat manusia dengan kepercayaan tahyul yang berbagai. 3- Satu kezaliman terhadap diri sendiri kerana memperhambakan diri kepada selain daripada Tuhan yang satu. 4- Menerbitkan rasa takut yang tidak berpenghujung kerana kepercayaan terhadap pelbagai tuhan yang tidak jelas asal-usul dan tindakannya. 5- Keyakinan terhadap kehidupan di dunia tidak dapat diwujudkan. Keyakinan di sini dimaksudkan bahawa manusia yakin dan tahu tujuan hidupnya yang singkat di dunia ini dan kemana ia akan pergi selepas ini. 6- Konsep balasan selepas mati - dimasukkan ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. Secara kesimpulannya, tujuan perbincangan tentang konsep ketuhanan monotheism dan polytheism adalah untuk melihat dengan jelas apakah ciri "theism " yang terkuat yang wujud di dalam kepercayaan beragama yang dianuti oleh manusia sejak dahulu sehingga kini. Jelas di sini bahawa unsur yang terkuat sekali adalah unsur mototheism atau ketuhanan yang satu. Unsurunsur yang lain khususnya polytheism adalah terlalu lemah untuk dipegang dalam keadaan ilmu yang semakin berkembang. Sesuai dengan penemuan-penemuan saintifik terkini yang semakin membuktikan betapa rasionalnya akal manusia yang mengarah kepada memikirkan kewujudan Tuhan yang satu. Hal ini akan diperjelaskan dalam perbincangan tentang sains dan agama pada bab yang akan datang. SOALAN PERBINCANGAN 1. Bincangkan isu Theist dan Atheist dalam hubungannya dengan perkembangan pemikiran semasa. 8

2. Senaraikam theism-theism yang wujud di kalangan penganut-penganut agama di dunia ini berserta penjelasannya. 3. Apakah pandangan E.B Tylor tentang kronologi pembentukan agama dari sudut "theistic". 4. Huraikan kepelbagaian yang wujud dalam konsep "monotheism " dan polytheism. 5. Apakah di antara faktor yang menyebabkan manusia menyelewengkan aqidah monotheism? 6. Bandingkan kepercayaan agama-agama selain daripada Islam dengan konsepkonsep; 1- Monotheism in theory 2- Speculative monotheism 3- Monotheism in practice 7. Pada pandangan Islam, pelanggaran terhadap konsep Tauhid adalah di antara punca yang melahirkan polytheism. Huraikan. 8. Syirik membawa mudarat yang besar kepada kehidupan manusia, huraikan. 9

RUJUKAN Durkheim, Emile (1947). Elementary Forms of Religious Life: A Study In Religious Sociology. Glencove: Free Press. Zakiah Darajat (1973). Ilmu Jiwa Agama. Jakarta: Bulan Bintang. Aslam Hady (1986). Pengantur Filsafat Agama. Jakarta: CV Rajawali. Yusof Al-Qardhawi (1987). Pengertian Tauhid. (terj. Abdul Majid Abdullah). Kuala Lumpur: pustaka Salam Koltak, Conrad Phillip (1994). Anthropology, The Exploration of Human Diversity. New York: Mc Graw Hill. Mohd. Sulaiman Yasin (1985) Islam dan Akidah Satu Pengantur. Subang Jaya: Percetakan Al-Omari Sdn. Bhd. Muhammad Abu Zahrah (1989). Akidah Islam Menurut Al-Quran. (Terj.) Singapura: Pustaka Nasional. Muhammad Al-Ghazali (1989). Akidah Muslim (terj. Mahyudddin Syaf). Selangor: Thinker's Library. Muhammad Nairn Yassin (1979). Al-Iman Arkanuhu Wa Haqiqatuhu. Al-Qahirah: Lujnah Ath-Thaqfiyah Al-'Ulya. Haron Din (et.al) (1993). Manusia dan Islam. 3 Jilid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anemarie de Waal Malefijt (1968), Religion and Culture: An Introduction To Anthropology of Religion. London: MacMillan. 10