Efesus 1:1 1 Efesus 1:11. Efesus. Allah, Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Isa al-masih:

Similar documents
1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

2 Tesalonika 1:1 1 2 Tesalonika 1:9. 2 Tesalonika. Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah, Bapa kita dan dalam Isa al-masih:

1 Tesalonika 1:1 1 1 Tesalonika 1:9. 1 Tesalonika. Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa dan Junjungan Isa al-masih:

Titus 1:1 1 Titus 1:8. Titus

Yuda 1 1 Yuda 6. Yuda. saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Isa al- Masih:

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Ibrani 1:1 1 Ibrani 1:6. Ibrani. aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. 2 Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

1 Petrus 1:1 1 1 Petrus 1:9. 1 Petrus

Janji-janji Laluan Berkhutbah

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

International Memory of the World Register

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Para saudara dan saudari, saya

Laluan Berkhutbah. Teks: Kolose 3:12-17 (bersambung ke muka surat 2)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Bahasa Melayu. 200 Soalan tentang Bible dan Al-Quran. Daniel Wickwire

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Alpha and Omega Apostasy in the writings of Ellen G. White. Pdt Donny Chrissutianto, PhD

Register Doa Shalat Istikharah Sesuai Sunnah

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Indonesian Body Language and Gestures

RAHSIA RUMAHTANGGA HARMONI

APOCRYPHA 2 nd MACCABEES KING JAMES BIBLE Maccabees. Buku kedua Maccabees dalam

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 1

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Amar Makruf Nahi Mungkar

Konsep Isti anah dalam Surah al-fatihah Mempengaruhi Kehidupan Muslim Melalui Amalan Ibadah

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

20 Muharram 1423 AH. 4 April 2002 SOALAN :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Malam nisfu syaaban. 10/25/2017 Pavithra parthan 10/26/2017. How do you re rock meth 10/27/2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

Tasawuf dan Kuliah Agama

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Syarah Hikam (Inbnu Abbas)

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

We press on into the new year, trusting God to fulfil His purposes and plans for the various ministries. CHILDREN S MINISTRY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

ADAB UNGGUL ISLAM DALAM PERSAHABATAN ANTARA INSAN (Islamic Outstanding Manners in Friendship Amongst Human)

Takrifan Etika ethos

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

CONTEXTUAL MEANING OF NATURE IN WORDSWORTH S ELEGIAC STANZAS INDAH PERMATA ADJIE

Manusia baru, Manusia yang beroleh hidup kekal. PRA PASKAH IV MINGGU, 11 MARET 2018 Pk , 08.00, & WIB

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

A Bi-Monthly Publication Of Calvary Church

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Transcription:

Efesus 1:1 1 Efesus 1:11 Efesus 1 Daripada Paulus, rasul Isa al-masih dengan kehendak Allah, Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Isa al-masih: 2 Kasih kurnia dan sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Junjungan Isa al-masih. Berkat rohani dalam al-masih 3 Segala puji bagi Allah, Bapa Junjungan kita Isa al- Masih, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam al-masih. 4 Ini kerana Dia telah memilih kita dalam al-masih sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan- Nya. Dalam kasih, 5 Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Isa al-masih kepada diri-nya, menurut keredaan dan kehendak-nya 6 supaya terpujilah kemuliaan kasih kurnia-nya, yang dianugerahkan-nya kepada kita dalam Dia yang dikasihi- Nya. 7 Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-nya 8 yang dilimpahkan-nya kepada kita dengan segala kebijaksanaan dan pengertian. 9 Dia memberitahu kita rahsia kehendak-nya, menurut keredaan-nya yang sudah ditentukan-nya dalam al-masih, 10 bahawa setelah sampai masa pelaksanaannya Dia akan menyatukan segala sesuatu di bawah al-masih sebagai kepala, baik yang di syurga mahupun yang di bumi. 11 Dalam-Nya juga kita telah mendapat warisan, kerana telah ditentukan dari mulanya menurut maksud

Efesus 1:12 2 Efesus 1:23 Allah yang melakukan segalanya seperti pertimbangan kehendak-nya, 12 bahawa kami yang mula-mula menaruh harapan pada al-masih akan mendatangkan puji bagi kemuliaan-nya. 13 Kamu juga dalam al-masih setelah mendengar kata kebenaran, iaitu Injil tentang penyelamatanmu. Dan dalam-nya, setelah mempercayai-nya, kamu telah dimaterai dengan Roh Suci yang dijanjikan- Nya, 14 yang menjadi jaminan bagi warisan kita hingga penebusan orang yang dimiliki Allah segala puji bagi kemuliaan-nya. Syukur dan doa 15 Oleh itu aku juga, setelah mendengar bahawa kamu beriman kepada Junjungan Isa dan mengasihi semua orang yang salih, 16 tidak putus-putus bersyukur tentangmu dan menyebutmu dalam doaku. 17 Aku berdoa semoga Allah Tuhan Junjungan kita Isa al- Masih, Bapa kemuliaan, memberimu roh kebijaksanaan dan wahyu untuk mengenali-nya. 18 Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-nya, limpah kemuliaan warisan-nya dalam orang yang salih, 19 dan betapa besar kuasa- Nya bagi kita yang beriman. Demikianlah pelaksanaan kuasa-nya yang agung itu 20 dalam al-masih apabila membangkitkan-nya daripada kematian dan mendudukkan-nya di sebelah kanan-nya di syurga. 21 Allah meletakkan al-masih jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang. 22 Allah meletakkan segalanya di bawah kaki-nya dan menjadikan-nya kepala semua hal ehwal jemaah, 23 yang merupakan tubuh-nya,

Efesus 2:1 3 Efesus 2:12 disempurnakan oleh Dia yang menyempurnakan segalagalanya. 2 Dihidupkan dalam al-masih 1 Kamu telah mati akibat kesalahan dan dosa 2 yang dahulu kamu lakukan menurut jalan dunia, menurut raja segala kuasa di udara, roh yang sekarang bertindak dalam diri anak-anak derhaka. 3 Kami semua juga pernah hidup sedemikian, memuaskan hawa nafsu, menunaikan kehendak tubuh dan fikiran, dan secara tabii merupakan anak-anak yang dimurkai, seperti yang lain juga. 4 Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih- Nya yang amat besar kepada kita, 5 walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama al-masih kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-nya. 6 Allah telah membangkitkan kita bersama al-masih, serta mendudukkan kita bersama- Nya di syurga, 7 supaya pada zaman-zaman akan datang Allah dapat menunjukkan limpah kekayaan kasih kurnia- Nya dalam keihsanan-nya kepada kita dalam Isa al- Masih. 8 Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia- Nya melalui iman ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah 9 bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorangpun yang dapat bermegah. 10 Kerana kita ini buatan-nya, dicipta dalam Isa al-masih untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan. Dipersatukan dalam al-masih 11 Oleh itu ingatlah bahawa dari segi tubuhmu kamu ini dahulu orang bangsa asing, disebut orang tidak bersunat oleh mereka yang disebut orang bersunat (iaitu sunat yang dibuat dengan tangan orang pada tubuh). 12 Pada

Efesus 2:13 4 Efesus 3:1 masa itu kamu tanpa al-masih, terasing daripada perhimpunan orang Israel dan daripada perjanjian Allah, tanpa harapan dan tanpa Tuhan di dunia ini. 13 Tetapi sekarang dalam Isa al-masih, kamu yang dahulu jauh sudah dibawa dekat oleh darah al-masih. 14 Kerana Dia sendiri adalah perdamaian kita, Dia menyatukan kedua-dua pihak dan meruntuhkan dinding pemisah, iaitu perseteruan. 15 Dia menghapuskan dengan tubuh-nya perseteruan itu, iaitu Taurat dengan hukumhukum yang diperintahkan di dalamnya, untuk mencipta dalam diri-nya seorang yang baru daripada dua, dan mengadakan perdamaian demikian, 16 serta untuk mendamaikan kedua-duanya dengan Allah dalam satu tubuh melalui salib, dengan itu mematikan perseteruan itu. 17 Dan Dia datang membawa ajaran perdamaian kepada kamu yang jauh dan kepada mereka yang dekat. 18 Kerana melalui-nya kita, kedua-dua pihak, dapat menghampiri Allah Bapa dengan satu Roh. 19 Oleh itu, sekarang, kamu bukan lagi orang asing dan pendatang, tetapi sesama warganegara dengan orang yang salih dan ahli-ahli keluarga Allah, 20 yang telah dibina atas asas para rasul dan para nabi, dengan Isa al-masih sendiri sebagai batu penjuru utama. 21 Dalam al-masih seluruh bangunan itu disatukan lalu menjadi tempat ibadat suci dalam Tuhan, 22 maka dalam-nya kamu pun dibina bersama menjadi tempat kediaman Allah dalam Roh. 3 Paulus penginjil kepada orang bukan bani Israel 1 Dengan demikian aku, Paulus, yang terpenjara kerana Isa al-masih untuk kamu, orang bukan bani Israel.

Efesus 3:2 5 Efesus 3:13 2 Tentu kamu telah mendengar, bahawa aku diberi tugas melaksanakan kasih kurnia Allah untukmu. 3 Melalui wahyu, Allah telah memberitahuku rahsia itu sebagaimana sudah kutuliskan secara ringkas. 4 Apabila kamu membacanya kamu akan mengerti pengetahuanku dalam rahsia al-masih. 5 Pada zaman-zaman silam rahsia itu tidak diberitahu kepada anak Adam, sebagaimana sekarang telah dinyatakan oleh Roh kepada para rasul dan para nabi-nya yang suci 6 bahawa orang bukan bani Israel sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam al-masih melalui Injil. 7 Aku telah menjadi seorang hamba Injil dengan kasih kurnia Allah yang telah diberikan-nya kepadaku melalui pelaksanaan kuasa-nya. 8 Kepadaku, yang lebih rendah daripada orang salih yang paling rendah, kasih kurnia ini telah diberikan supaya aku pergi mengajar orang bukan bani Israel tentang kekayaan al-masih yang tidak mungkin dapat dicari itu, 9 dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya. 10 Dengan demikian sekarang pelbagai kebijaksanaan Allah diberitahu oleh jemaah kepada segala pemerintah dan kuasa di syurga. 11 Ini adalah menurut maksud-nya yang kekal yang telah ditunaikan- Nya dalam Isa al-masih, Junjungan kita; 12 yang dalam- Nya kita mendapat kebebasan dan keyakinan menghampiri Allah melalui iman. 13 Oleh itu aku meminta kepadamu, janganlah tawar hati akibat kesusahan yang kutanggung keranamu, ini adalah kemuliaanmu. Doa Paulus untuk orang Efesus

Efesus 3:14 6 Efesus 4:8 14 Dengan sebab itulah aku bertelut kepada Bapa, 15 yang daripada-nya seluruh bangsa di syurga dan di bumi telah dinamakan. 16 Aku berdoa semoga Dia mengurniakan kepadamu, menurut limpah kemuliaan-nya, kekuatan melalui Roh-Nya dalam dirimu. 17 Semoga al- Masih mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, 18 akan mengerti bersama semua orang salih berapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih al-masih, 19 dan mengetahui kasih ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. 20 Kepada Allah yang berkuasa melakukan segalagalanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-nya yang bertindak dalam diri kita, 21 kepada-nya kemuliaan dalam jemaah melalui Isa al-masih zaman-berzaman selama-lamanya! Amin. 4 Kesatuan dalam tubuh al-masih 1 Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu. 2 Kamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak-ansur satu sama lain dalam kasih, 3 dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. 4 Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu 5 satu Junjungan, satu iman, satu pengimadan; 6 satu Allah iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian. 7 Tetapi masing-masing diberi kasih kurnia sekadar pemberian al-masih. 8 Oleh itu firman-nya: Apabila Dia naik ke atas, Dia menawan tawanan,

Efesus 4:9 7 Efesus 4:19 dan memberi pemberian kepada manusia. 9 (Apakah maksud Dia naik ke atas? Tentulah ertinya bahawa sebelum itu Dia telah turun ke bahagian terbawah di bumi. 10 Dia yang telah turun itu adalah juga Dia yang naik jauh ke atas semua lapisan langit, untuk memenuhi segala-galanya.) 11 Dan Dialah yang memberi sesetengah orang menjadi rasul, nabi, penyebar Injil, pembimbing jemaah dan pengajar, 12 untuk menyediakan orang yang salih bagi kerja melayani, untuk meneguhkan tubuh al- Masih. 13 Dengan itu kita semua mencapai kesatuan dalam iman dan pengetahuan akan Putera Allah, agar menjadi dewasa, dan memiliki pertumbuhan yang sesuai dengan kadar kesempurnaan al-masih. 14 Maka, kita tidaklah lagi berupa kanak-kanak, dipukul ombak dan ditiup ke sana ke mari oleh setiap angin pengajaran orang, tipu daya manusia, dan putar belit muslihat jahat. 15 Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu al-masih. 16 Daripada- Nya, seluruh tubuh yang dihubungkan dan dijalin erat oleh setiap sendi dalam kelengkapannya manakala setiap bahagian menjalankan peranan masing-masing, bertumbuh untuk meneguhkan dirinya dalam kasih. Hidup sebagai anak cahaya 17 Oleh itu aku berkata demikian dan bersaksi demi Tuhan, janganlah lagi kamu hidup seperti orang yang tidak mengenal Allah, menurut pemikiran yang sia-sia. 18 Akibatnya, daya pengertian mereka dimalapkan, dan diri mereka tersisih daripada kehidupan Allah, kerana kejahilan mereka, kerana kedegilan hati mereka. 19 Oleh sebab sudah hilang perasaan, mereka telah menceburkan

Efesus 4:20 8 Efesus 5:1 diri dalam kancah maksiat, bergelumang dalam segala noda dengan rakus. 20 Tetapi bukan demikian yang kamu pelajari tentang al-masih, 21 jika kamu telah mendengar-nya dan diajar oleh-nya, sebagaimana kebenaran itu dalam Isa. 22 Berkenaan kelakuanmu yang dahulu, kamu menyingkirkan dirimu yang lama, yang dirosakkan oleh hawa nafsu tipu daya; 23 dan kamu dibaharui dalam roh pemikiranmu; 24 serta berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam kebenaran dan kesucian sejati. 25 Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota. 26 Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa. Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27 dan jangan beri tempat kepada iblis. 28 Orang yang mencuri hendaklah berhenti mencuri dan mula bekerja, membuat sesuatu yang baik dengan tangannya, supaya dapat memberi kepada orang yang kekurangan. 29 Janganlah biarkan kata-kata yang kesat keluar dari mulutmu, tetapi lafazkanlah teguran yang membina, mengikut keperluannya, supaya membawa berkat kepada yang mendengar. 30 Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Suci Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. 31 Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32 Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam al-masih. 5 1 Oleh itu ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang

Efesus 5:2 9 Efesus 5:15 dikasihi. 2 Hiduplah dalam kasih, sebagaimana al-masih mengasihi kita dan menyerahkan diri-nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah. 3 Tetapi perzinaan dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun di kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih. 4 Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran. 5 Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan al-masih dan Allah. 6 Jangan tertipu dengan kata-kata kosong, kerana itulah sebabnya kemurkaan Allah menimpa anak-anak derhaka. 7 Oleh itu, janganlah kamu sepakat dengan mereka. 8 Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan kita. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya 9 (kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar), 10 maka kajilah apa yang diredai oleh Tuhan. 11 Jangan bersubahat dengan perbuatan gelap yang tidak berfaedah, sebaliknya dedahkan perbuatan itu. 12 Ini kerana perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka secara rahsia itu, jika disebut pun adalah memalukan. 13 Tetapi segala yang didedahkan itu dinyatakan oleh cahaya, kerana yang menyatakan adalah cahaya. 14 Oleh itu firman Tuhan: Bangunlah, hai kamu yang tidur, bangkit daripada kematian, dan al-masih akan memberimu cahaya. 15 Hiduplah dengan hati-hati bukan seperti orang tidak

Efesus 5:16 10 Efesus 5:31 arif tetapi sebagai orang bijaksana, 16 dan pergunakan setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. 17 Dengan demikian janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan. 18 Dan janganlah mabuk anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. 19 Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu. 20 Sentiasalah bersyukur atas segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Junjungan kita Isa al-masih. 21 Tunduklah kepada satu sama lain dengan takut akan Tuhan. Suami dan isteri 22 Isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan. 23 Kerana suami adalah kepala kepada isteri sebagaimana al-masih kepala jemaah dan Penyelamat tubuh itu. 24 Oleh itu, sebagaimana jemaah tunduk kepada al-masih, begitulah juga isteri terhadap suaminya dalam segala hal. 25 Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana al-masih mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-nya untuk jemaah. 26 Dengan demikian Dia dapat menyucikan dan membersihkan jemaah dengan air melalui firman, 27 dan menghadapkannya kepada diri-nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan sempurna. 28 Demikian juga, suami harus mengasihi isterinya seperti tubuhnya, lelaki yang mengasihi isterinya itu mengasihi dirinya sendiri. 29 Tiada siapapun pernah membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan menyayanginya, seperti dilakukan oleh al-masih kepada jemaah 30 kerana kita adalah anggota tubuh-nya. 31 Oleh sebab itu seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua

Efesus 5:32 11 Efesus 6:9 menjadi satu. 32 Ini adalah suatu rahsia besar tetapi aku bercakap tentang al-masih dan jemaah. 33 Walau bagaimanapun, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasihi isterinya seperti dirinya sendiri, dan isteri hendaklah menghormati suaminya. 6 Anak dan ibu bapa 1 Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. 2 Hormatilah ibu bapamu iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji 3 supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini. 4 Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan. Hamba dan tuan 5 Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini, dengan takut dan hormat, dengan hati yang ikhlas, seperti kepada al-masih. 6 Janganlah lakukan secara bermuka-muka, sekadar menyukakan hati orang, tetapi sebagai hamba al-masih, melakukan kehendak Allah setulus hati. 7 Bekerjalah dengan niat bersih, seperti untuk Tuhan, bukan untuk manusia. 8 Ketahuilah bahawa apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas sewajarnya oleh Tuhan, baik hamba mahupun orang merdeka. 9 Kamu, tuan kepada hamba, hendaklah juga berbuat baik kepada mereka, dan jangan lagi mengugut mereka, kerana kamu tahu bahawa Tuan mereka dan Tuanmu sendiri ada di syurga, dan Dia memandang semuanya sama rata. Senjata Allah

Efesus 6:10 12 Efesus 6:22 10 Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-nya. 11 Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis. 12 Ini kerana kita berlawan bukan dengan manusia tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di langit. 13 Oleh itu pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya. 14 Dengan demikian, berdirilah dengan tegap setelah mengikat pinggangmu dengan kebenaran, memakai keadilan sebagai perisai dada, 15 menyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian. 16 Paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana, 17 dan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah. 18 Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih. 19 Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil, 20 sedangkan aku adalah utusan yang terpenjara, supaya dengannya aku dapat bertutur dengan berani, sebagaimana sepatutnya aku bertutur. Salam penutup 21 Tetapi supaya kamu tahu hal ehwalku dan bagaimana keadaanku, maka Tikhikus, seorang saudara yang dikasihi dan hamba yang beriman kepada Tuhan, akan memberitahu segalanya kepadamu. 22 Aku menghantarnya

Efesus 6:23 13 Efesus 6:24 kepadamu untuk tujuan ini, supaya kamu mengetahui hal ehwal kami dan dia dapat menetapkan hatimu. 23 Salam sejahtera kepada saudara-saudara kita, dan kasih dengan iman daripada Allah Bapa dan Junjungan Isa al-masih. 24 Kasih kurnia Allah bagi semua yang mengasihi Junjungan kita Isa al-masih dengan kasih yang kekal.

14 Kitab Suci Zabur dan Injil Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia. Copyright 2013 Pengamat Kitab Mulia Language: Bahasa Malaysia (Malay) This translation is made available to you under the terms of the Creative Commons Attribution-No Derivatives license 4.0. You may share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format, provided that: You include the above copyright and source information. You do not make any derivative works that change any of the actual words or punctuation of the Scriptures. Pictures included with Scriptures and other documents on this site are licensed just for use with those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respective copyright owners. 2014-04-01 PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 21 Apr 2018 from source files dated 21 Apr 2018 648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827