Penghargaan. Pengenalan Seni Batik Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu 3-4

Similar documents
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PENDEKATAN SOSIOTERMINOLOGI DALAM PENGISTILAHAN SENI KRAF MELAYU. Hasnah Mohamad Norazlina Haji Mohd. Kiram (Malaysia)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

WARISAN KETARA SENI ISLAM TEMPATAN: MAHKOTA ATAP MASJID TRADISIONAL MELAKA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Kandungan / 3. disunting oleh. Abdul Latif Samian Nazri Muslim

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Sejarah Ukiran Kayu dan Hiasan Perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

ISLAMIC ARTS IN THE CIVILIZATION HERITAGE KESENIAN ISLAM DALAM WARISAN KETAMADUNAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

SIMBOLISME DALAM SENI PERTUKANGAN PERAHU TRADISIONAL MELAYU DI PANTAI TIMUR

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KAJIAN ORNAMENTASI DALAM MUZIK MELAYU ASLI : PERMAINAN VIOLIN GAYA HAMZAH DOLMAT NIK SHAREENA ROSNY BINTI MOHD ROSLY

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Penonjolan Identiti Budaya Melayu Menerusi Aplikasi Batik dalam Pembuatan Bot Gentian Kaca (Fibreglass Boat) di

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Transcription:

Isi Kandungan Penghargaan Halaman i Pengenalan 1 1. Seni Batik 2-3 1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu 3-4 1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis MelayuYang Berkonsepkan Islam 5 2. Seni Ukiran 6 2.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Ukiran Melayu 6-7 2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Islam 7-8 3. Seni Tenunan Songket 9 3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu 9-10 3.2 Analisis Mengenai Contoh Tenunan SongketMelayu Yang Berkonsepkan Islam 10-11 4. Seni Anyaman Melayu 11 4.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Anyaman Melayu 11-12 4.2 Analisis Mengenai Contoh Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Islam 12-13 Kesimpulan 13 Rujukan ii-iii

Penghargaan ب س م اهلل الر ح من الر ح يم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Kraf Tradisional HBAE3103 pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, Pn Maria Mohammad. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor, Encik Muhamad Ali Bin Zakaria,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS. Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.

Pengenalan i HBAE3103:Kraf Tradisional Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysia bukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkan yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan pelbagai perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf tangan, apa jua hasil seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur seni dengan memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses yang awal sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang agama.unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akan dikupas bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada 1

hasil seni yang berkonsepkan Islam dilakukan. Seni kraf yang dipilih ialah batik, ukiran, tenunan songket, dan anyaman. Diharap apa yang dirungkaikan ini nanti dapat memenuhi kehendak tugasan pada kali ini. 1. Seni Batik Melayu Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada Kepulauan Jawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di kawasan Kelantan dan Terengganu berkemungkinan daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu pemidang. Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan bermula. Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat batik yang mahir. Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan dibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batik agak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat berpatutan dengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang dihasilkan di sini. Antaranya ialah; a. Batik Blok Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi mengecap kain yang dikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri daripada kain kapas, kain sutera dan organza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara. Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik. b. Batik Canting Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses yang tinggi untuk menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregang pada menggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas 2

lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting memerlukan ketelitian dan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Reka corak dan warna yang indah bukan sahaja menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turut dijadikan sebagai alat perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakan untuk batik canting terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas. c. Batik Skrin Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan teknik lakaran corak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di atas pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang boleh disapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik. 1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang tinggi perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatan manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Mereka menjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik. Namun begitu, tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana para pengusaha 3

batik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam, maka motif-motif yang dipilih adalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan Islamik. Dalam Islam juga sendiri menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakannya kepada diri manusia. Budaya Melayu itu sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalam menghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam. Jika di Indonesia atau kepulauan Jawa, mereka menghasilkan batik tanpa mengira motif subjek. Ini kerana pengaruh agama seperti Hindu telah meresapi budaya di sana. Jadi terhasillah motif fauna seperti kuda, harimau, ular, naga dan sebagainya, malahan motif figura seperti manusia juga dipersembahkan sebagai karya seni batik yang digemari di sana. Ini adalah bercanggah dengan konsep seni Islam yang kita amalkan yang mana unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak digalakkan kerana dikhuatiri menjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Dalam Islam itu sendiri melalui para ulama Islam, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al- Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal, menyatakan bahawa membuat gambar atau mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana menurut hadith Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu dihasilkan untuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT. Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis objek ini dibenarkan walaupun makruh. Pada pendapat penulis adalah lebih baik kita mengelakkan dari melakukan sesuatu yang bercanggah agama kerana itu akan mendatang keburukan daripada kebaikan. Berbalik kepada motif yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora sering menjadi pilihan seperti dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannya yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometri juga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kaki kain atau gigi. Kadang-kadang, garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi. Gambar pada rajah 1 adalah salah satu contoh batik canting yang dibeli oleh penulis daripada seorang teman di Terengganu. 4

1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Rajah 1 Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif Terengganu Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis,akar kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat, susunan motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untuk menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Pembuat batik mungkin melihat objek-objek tersebut di sekitar rumah mereka. Contohnya bungaan dan dedaunan,akar serta corak paku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap makluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang dituntut dalam Islam. 5

2. Seni Ukiran Melayu Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool (Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan. 2.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati 6

ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut. 2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Contoh Ukiran 1 Foto ini diambil daripada: http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ. Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara tersendiri. Di sini juga kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan 7

manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002) Contoh Ukiran 2 Foto diambil daripada blog: http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yangterbiar-old-and.html Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anakanak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam. 8

3. Seni Tenunan Songket Melayu HBAE3103:Kraf Tradisional Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagangpedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu. 3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buahbuahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam(dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang 9

diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motifmotif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakan olehnya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptanya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan songket yang akan di analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya Melayu itu sendiri. 3.2 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Contoh Tenunan Songket yang diambil dari blog: http://seni-art.blogspot.com/2010/01/seni-tenunsongket-melayu-pekanbaru.html Tenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain samping songket yang menggunakan motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian Islam kerana ia lahir dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir dalam pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai estetika. Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya pemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan 10

bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi. Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan makna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum) 4. Seni Anyaman Melayu Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna. 4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu. Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai 11

Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri. Lihat Rajah 2. Rajah 2: Dipetik dari Blog; http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html 4.2 Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Foto dipetik dari Blog Work of Art: http://intan-hmd.blogspot.com/ Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman 12

ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama. Kesimpulan Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsurunsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih. 3774 patah perkataan 13

Rujukan HBAE3103:Kraf Tradisional Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd. Anyaman http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html Batik http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95 Contoh Ukiran Kayu Melayu http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea Contoh Kelarai http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambarmenurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&itemid=69 Hukum Melukis Objek dan Binatang http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html Motif Songket Bercirikan Orang Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarg a&pg=ke_04.htm&arc=hive Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art. http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html Seni Lama Melayu http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html ii

Tenunan Songket http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html HBAE3103:Kraf Tradisional Ukiran Kayu Tradisional http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html iii