Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid

Similar documents
The seven ways of reading Suratu l-fatiha via the tariq of Imam al-shatibi,

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

The Virtues of Surah An-Nasr

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Surah Mumtahina. Tafseer Part 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

Spelling. Fa kasrah, Ya. Meem fathah, Alif. Lam fathah, Alif

The First Ten or Last Ten Verses of Sūrah al-kahf

Introduction to Sahifa Sajjadiyya

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Rabi`ul Awwal 13, 1439 H Fatah 2, 1396 HS December 2, 2017 CE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Ayatul Kursi (2: )

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Ways the Misguided Youth Bent on Takfīr & Bombings

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Chapter 26: The Sin of Favoritism Be Just With Your Children

Sirah of Sayyida Fatima al-zahraa d

Quran Spelling Bee Second Level (Third to fifth grade) competition words

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

K n o w A l l a h i n P r o s p e r i t y

The Difference between a Prophet and Messenger

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Muharram 23, 1439 H Ikha 14, 1396 HS October 14, 2017 CE

Surah al-kafiroon Chapter 109 Academy for Learning Islam ( Shaykh Saleem Bhimji

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

Race to Jannah - 6 Group E: Surah Taha

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

ITA AT: TO OBEY HIM WITHOUT QUESTION

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

The Prayer of Repentance Salāh al-tawbah Its Description and Rulings

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Qur'anic Stories. ALII 209: Deriving Lessons from

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

ا ح د أ ز ح ا س اح ني ح ث ع ا ت س اح ث ا بس أ ج ع ني, أ ال إ إ ال ا و ح د ال ش س ه ا ه ا ح ك ا ج ني و أ ش ه د أ س د ب

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

Fiqh of Dream Interpretation. Class 2 (24/7/16)

Being Grateful. From the Resident Aalima at Hujjat KSIMC London, Dr Masuma Jaffer address:

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ABSTRACT The Title: The contribution of the Endowment in supporting the Scientific an Educational Foundations in Makkah Al-Mukarram during Othmani

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Ulasan Buku / Book Review

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Saudi Arabia s Permanent Council of Senior Scholars on Takfīr 1

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

آفح انكغم و انرغى ف. Procrastination, Laziness & Sedentary

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

Konsep Pertandingan Sukan Tradisional Menurut al-quran dan al-sunnah di Selatan Thailand

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

His supplication in Asking for Water during a Drought

Transcription:

Teori Hukum Mad Far i Dari Perspektif Ilmu Qiraat Felza Zulhibri Abd Hamid Nor Hafizi Yusof Abstrak Teori hukum mad far i adalah satu kaedah yang dicipta oleh para qurra dalam memastikan kadar pemanjangan sesuatu mad itu tidak terkeluar daripada apa yang telah diputuskan oleh para qurra sebagai bacaan yang mutawatirah. Namun begitu berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia tentang kefahaman yang sebenar berkaitan dengan teori hukum mad far i. Hal ini demikian kefahaman terhadap teori tersebut hanya bergantung kepada kefahaman riwayat Hafs bin Sulayman al-kufi sahaja sedangkan kefahaman yang sebenarnya perlu meliputi keseluruhan ikhtiyar imam yang mutawatirah. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai teori hukum mad far i berdasarkan ikhtiyar kesemua imam yang mutawatirah. Ia juga bertujuan memperlihatkan secara umum bahawasanya kefahaman tentang ilmu tajwid itu perlu selari dengan kefahaman ilmu qiraat. Kajian berbentuk diskriptif ini membahaskan pandangan para qurra berkaitan hukum mad far i serta kesimpulannya yang menatijahkan teori hukum tersebut. Semua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kefahaman sebenar tentang teori mad far i memerlukan kefahaman yang menyeluruh terhadap ikhtiyar para imam yang mutawatirah terhadap pemanjangan mad far i itu sendiri. Jikalau teori ini hanya disandarkan kepada pemanjangan mad far i berdasarkan riwayat Hafs bin Sulayman al-kufi sahaja, ia akan membantutkan kefahaman yang sebenar tentang ruang lingkup riwayat Hafs bin Sulayman al-kufi khasnya dan kesemua bacaan al-qur an yang mutawatirah amnya. Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid Abstract The theory of mad far i was created by qurra to ensure the lengthenings of any mad are within the guides outlined in mutawatirah readings. However, there is still confusion in terms of the genuine theory of mad far i among the Muslim community, especially in Malaysia. It is due to the limitation of knowledge that based only on the reading of Hafs bin Sulayman al- Kufi, whereas the knowledge includes the overall ikhtiyar of the mutawatirah imams. Therefore, this study aims to explore the genuine theory of mad far i based on the overall ikhtiyar of the mutawatirah imams. It also targets to reveal that the knowledge of tajwid should also be based on the knowledge of qiraat. This descriptive study discusses the views of qurra with regard to mad far i and its conclusion that leads to the outcome of the rules. All data are analysed using inductive and deductive approaches. The findings reveal that the understanding of the theory of mad far i needs a comprehensive knowledge on the ikhtiyar of the mutawatirah imams on the lengthenings of mad far i. If the theory of mad far i is only based on the reading of Hafs bin Sulayman al-kufi, it especially limits the overall knowledge of the reading itself and generally the overall various mutawatirah readings. 59

Abstract: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Knowledge of Tajwid Pendahuluan Untuk melahirkan golongan yang ahli dalam sesuatu ilmu perlulah golongan tersebut mendalami sesuatu ilmu sehingga ke akar umbi. Dengan ini juga secara tidak langsung sesuatu ilmu itu telah mewujudkan satu garis panduan yang dipersetujui oleh ahlinya agar ilmu itu tidak sewenangwenangnya diperkatakan oleh mereka yang bukan ahlinya. Rasullullah SAW (al-bayhaqi, 2003) berkata: إ هللا ي ح ة إ ذ ا ع م أ ح د ك ى ع ال أ ي ر ق Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai amalan seseorang itu yang mana amalannya dilakukan secara bersungguh-sungguh. Selari dengan objektif kajian ini yang hasilnya diharap dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk membina kemantapan pengetahuan dalam kalangan umat Islam khususnya kepada mereka yang bertanggungjawab dalam mengajar bacaan riwayat Hafs bin Sulayman al-kufi. Justeru mereka sepatutnya tidak boleh berpuas hati dengan pengetahuan setakat tahap bacaan riwayat ini sahaja. Mereka juga perlu mendalami kefahaman bacaan riwayat yang lain agar dapat menjadi rujukan yang mantap lagi diyakini. Apabila mereka yang dipertanggungjawabkan ini hanya bergantung kepada tahap kefahaman bacaan riwayat Hafs sahaja, maka dikhuatiri mereka tidak mampu menjelaskan permasalahan yang melibatkan kefahaman teori tajwid yang kadang-kala melibatkan kefahaman riwayat- riwayat yang lain. Justeru kefahaman terhadap kajian ini dapat membantu para guru al-quran agar tidak terkeliru dalam memahami teori hukum mad far i ini, sekaligus dapat menerangkan kepada masyarakat berdasarkan maklumat yang tepat. Permasalahan Kajian Kefahaman sesetengah pengajar al-quran yang terlibat dalam pengajaran ilmu tajwid kadangkadang terlalu bergantung kepada maklumat yang hanya berkisar kepada riwayat Hafs bin Sulayman al-kufi di bawah aliran tariq al-shatibiyyah. Perkara ini jelas terbukti berdasarkan mushaf-mushaf yang ada di Malaysia adalah mengikut riwayat Hafs. Hal ini boleh dirujuk pada pengenalan mengenai mushaf rasm Uthmani pada setiap mushaf yang telah diluluskan oleh Kementerian dalam Negeri (KDN). Begitu juga dengan pembelajaran ilmu tajwid serta buku-buku tajwid yang menjadi rujukan bagi silibus pembelajaran di sekolah-sekolah adalah mengikut riwayat Hafs. Malah pertandingan Musabaqah al-quran yang melibatkan tilawah mahupun hafazan kesemuanya ditetapkan di bawah riwayat Hafs. Menurut kata Aytani (1998), riwayat ini merupakan ikhtiyar yang dominan bagi 95% masyarakat Islam dunia termasuklah Malaysia yang secara khususnya membaca riwayat ini berdasarkan tariq al-shatibiyyah. Iktiyar yang dimaksudkan ialah pilihan bacaan daripada imam qiraat yang diakui mutawatirah yang menjadi ikutan kepada umat 60

Islam. Walau bagaimanapun, sekiranya pengajar al-quran hanya bergantung sepenuhnya dengan tariq ini sahaja, dikhuatiri kefahaman terhadap beberapa perkara akan tersasar daripada yang sebenarnya. Antara perkara yang akan terjejas ialah kefahaman teori hukum mad far i. Hal ini disebabkan teori yang melibatkan hukum wajib, ja iz dan lazim ini memerlukan kefahaman yang menyeluruh terhadap kesemua riwayat yang mutawatirah. Ia sama sekali tidak boleh disandarkan hanya kepada riwayat Hafs sahaja sepertimana yang telah digambarkan oleh sebahagian buku-buku tajwid tempatan yang sekaligus mengundang kefahaman yang kurang tepat terhadap teori ini. Sebagai contoh kenyataan dalam buku Tajwid al-quran Rasm Uthmani ( Abdul Qadir, 2016) yang menyebutkan Ia juga dinamakan mad wajib kerana ulama qurra telah bersepakat memadkannya lebih daripada mad asli iaitu empat, lima atau enam harakat. Sedangkan yang sebetulnya adalah tiga, empat, lima dan enam harakat (secara mad). Hal ini demikian kerana terlalu terkongkong dengan kefahaman tariq al-shatibiyyah yang permulaan pemanjangannya bagi muttasil ialah empat harakat sehinggakan menutup kefahaman yang sebenar, iaitu yang dikatakan atas daripada dua harakat itu bermula dengan tiga harakat. Justeru kajian ini dilakukan untuk memperjelaskan teori hukum mad far i dari perspektif ilmu qiraat kepada para pengajar al-quran agar dapat memperbetulkan penjelasan mereka kepada masyarakat sekaligus membuka ruang pemikiran mereka terhadap perlunya perbahasan ilmu tajwid itu bertepatan dengan ilmu qiraat. Objektif Kajian Kajian ini dilakukan bagi menjelaskan beberapa perkara berikut: 1. Mengkaji teori hukum mad far i dari perspektif ilmu qiraat. 2. Membahas ikhtiyar semua imam yang mutawatirah terhadap teori ini. 3. Menjelaskan keperluan kefahaman ilmu qiraat dalam memahami ketepatan fakta ilmu tajwid. Mad dan Qasr Berdasarkan Ilmu Qiraat Sebelum membicangkan teori hukum mad far i, perlu dijelaskan tentang pengertian mad dan qasr. Pengertian mad dan qasr ini adalah bersifat umum terhadap semua qiraat yang ada dan sudah pasti bagi mereka yang ingin mendalami kedua-dua bab ini perlulah memiliki pengetahuan serba sedikit tentang ilmu qiraat agar kefahaman mereka tidak tersasar daripada yang sebenar. Oleh itu, bagi mereka yang terlibat dalam pengajaran bacaan al-quran seharusnya tidak boleh berpuas hati dengan sekadar mengetahui ilmu bacaan riwayat Hafs sahaja. Hal ini dibimbangi 61

secara tidak sengaja boleh menyebabkan mereka tersilap tersilap mengajar khususnya melibatkan pengajaran bab mad kerana bab ini memerlukan pengetahuan tentang kesemua bacaan imam yang mutawatirah. Perihal mad dan qasr ini boleh dikhususkan mengikut qira at, riwayat dan turuq tertentu hanya kepada perkara yang melibatkan kadar harakat pemanjangan sesuatu hukum sepertimana yang terdapat dalam buku-buku tajwid tempatan. Selain itu, ia perlu dibincangkan secara umum melibatkan kesemua imam. Al-Banna (1987) mengulas permasalahan ini dengan mengatakan yang dimaksudkan sebagai mad ialah far i, iaitu tambahan pemanjangan daripada mad asli seperti kata al-shatibi (1996): إ ذ ا أ ن ف أ ي اؤ ا ت ع د ك س س ج * أ ان ا ع ض ى ن ق ان ص ط ل Maksudnya: Apabila huruf alif (sebelumnya fatíah) atau ya (sebelumnya kasrah) atau waw sebelumnya dommah berjumpa hamzah, maka dipanjangkan bacaan. Manakala qasr pula bermaksud meninggalkan pemanjangan tambahan tersebut. Rumusan daripada kefahaman pengertian tersebut, secara peribadinya penulis berpendapat: i. Apabila dikatakan mad, ia merujuk kepada mad far i yang mana istilah ini biasa digunakan bagi menggambarkan pemanjangan tambahan yang menuntut kepada penglibatan huruf hamzah atau huruf yang sakin. Ini termasuk mad badal, meskipun ia dibaca dengan dua harakat di sisi riwayat Hafs serta kebanyakan imam. Bagi sesuatu hukum pemanjangan yang tidak ada penglibatan huruf hamzah atau huruf yang sakin tidak termasuk dalam pengertian ini walaupun ia dinamakan dengan mad seperti mad asli atau mad tabi i. ii. Apabila dikatakan qasr, ia merujuk kepada mana-mana hukum bacaan yang meninggalkan pemanjangan tambahan tersebut, iaitu dibaca dengan dua harakat sahaja tanpa tambahan, walaupun hukum tersebut dinamakan dengan mad seperti mad asli atau mad tabi i. Termasuk juga daripada bahagian mad far i yang dihukumkan harus seperti mad badal. Ini melibatkan semua imam yang memilih untuk membaca dua harakat kecuali riwayat Warsh. Juga mad munfasil (melibatkan imam yang memilih untuk membaca dua harakat pada munfaîil), mad lin (melibatkan bacaan semua imam yang memilih untuk membaca dua harakat ketika waqaf), mad silah kubra (melibatkan imam yang memilih untuk membaca dua harakat pada mad munfasil kerana pemanjangan pada mad silah kubra secara umumnya akan mengikut kadar pemanjangan mad munfasil) dan mad arid li al-sukun yang melibatkan bacaan semua imam yang memilih untuk membaca dua harakat ketika waqaf. Rumusan ini juga secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa perkataan mad ini meliputi pemanjangan yang mesti bermula daripada tiga harakat dan ke atas, iaitu Melibatkan semua imam yang memilih untuk membaca dua harakat kecuali riwayat Warsy. Manakala qasr pula hanya dua harakat. 62

Teori Hukum Mad Far i Apabila disebut mad far i, ia tidak melibatkan perbahasan mad asli kerana mad asli hukumnya wajib dua harakat berdasarkan penamaan terhadap mad itu sendiri. Teori ini hanya wujud terhadap pemanjangan yang melibatkan pertemuan huruf mad sama ada dengan huruf hamzah ataupun huruf yang sakin. Teori ini melibatkan tiga hokum, iaitu wajib, ja iz dan lazim seperti kata Shaykh Sulayman al-jamzuri (al-dabba, 1997): ن ه د أ ح كاو ث الث ح ذ د و * ي ان ج ب انج اش انه ص و Maksudnya: Bagi mad ada tiga hukum iaitu wajib, ja iz dan lazim. Wajib Wajib di sini bermaksud mesti membacanya dengan mad. Membaca dengan mad pula bermaksud pemanjangan itu mesti melebihi dua harakat iaitu tiga ke enam harakat oleh jumhur ulama secara ittifaq (al-banna, 1987). Ini kerana hukum ini pula hanya eksklusif bagi mad muttasil sahaja seperti yang disebutkan oleh Shaykh Sulayman al-jamzuri (al-dabba, 1997) : ف اج ة إ جاء ص ت ع د ي د * في ك ه ح ذا ت ر ص م ي ع د Maksudnya: Sekiranya datang hamzah selepas huruf mad dalam satu kalimah ianya dikira muttasil Mad Muttasil Mad muttasil adalah satu-satunya kumpulan mad far i yang wajib hukumnya. Pembacaan secara qasr adalah dilarang dan dianggap tidak ada nas daripada Rasullullah SAW berdasarkan kajian yang dibuat oleh Ibn al-jazari RA sehingga beliau mengatakan ( Atiyyah, 1997) : "ذ ر ث ع د ق ص س ا ن ر ص م ف ه ى أ ج د ف ي ق س اء ج ص ح يح ح ل ش اذ ج " Maksudnya: Telah aku kaji secara mendalam tentang qasr pada mad muttasil, tidak langsung aku jumpa bacaan sebegini dalam qira at yang sahih mahupun yang shadhah Ibn al-jazari mengukuhkan lagi kajian beliau dengan berkata: Malah aku lihat nas yang sahih daripada hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas ud (al-tabrani, 1978) ketika seorang lelaki membaca ayat 60 dari surah al-tawbah: إ ا انص د ق اخ ن ه ف ق س اء ان س اك ي 63

Lelaki tersebut membaca ن ه ف ق س اء secara qasr (pada mad muttasil). Maka Ibn Mas ud berkata: Bukan begitu yang Rasullullah SAW baca kepada aku. Lantas ditanya: Bagaimanakah bacaan yang dibaca oleh baginda kepadamu wahai Abi Abd al-rahman? Ibn Mas ud menjawab: Baginda mengajarku sebegini : إ ا انص د ق اخ ن ه ف ق س اء ان س اك ي Beliau membaca secara mad (pada mad muttasil). Hadith di atas secara umum menyebut pemanjangan mad muttaîil adalah secara mad iaitu melebihi qasr (dua harakat) tanpa memperincikan kadar harakat yang khusus. Mad yang Dihukumkan Wajib (Muttasil) dari Perspektif Ilmu Qiraat Berdasarkan hadith di atas, dapatlah difahami bahawa secara tawqifiyyah (melalui tunjuk ajar dari Rasulullah SAW) mad muttasil mesti bertepatan dengan syarak (al-dabba, 1997) dipanjangkan melebihi dua harakat dan telah dipersetujui oleh semua qurra (Muhaysin, 1993). Walau bagaimanapun, mereka berselisih pendapat pada menentukan kadar harakatnya mengikut ikhtiyar masing-masing. Kadar harakat mad muttasil yang khusus bagi sesuatu qira at, riwayat mahupun turuq bergantung kepada ikhtiyar imam yang tertentu dan inilah antara konsep ikhtiyariyyah dalam pembacaan al-quran. Terdapat imam yang memilih tiga atau empat atau lima harakat dan ada yang memilih enam harakat. Pilihan kadar pemanjangan imam-imam tersebut tetap dianggap mutawatirah selagi mana tidak terkeluar dari lingkungan yang telah ditetapkan iaitu melebihi dua harakat hinggalah enam harakat. Berikut disenaraikan ikhtiyar para imam terhadap pemanjangan mad muttasil di sisi riwayat pembacaan mereka. i. Enam harakat bagi Hamzah, Warsh daripada tariq al-azraq dan Ibn Dhakwan daripada tariq al-akhfash seperti yang disebutkan oleh Ibn al-jazari (1994): إ ح س ف ي د ق ث م ص ط ل * ج د ف د ي ص خ ه فا Maksudnya: Sekiranya selepas huruf mad terdapat hamzah dibaca panjang (enam harakat) oleh Warsh, Hamzah (secara qawlan wahidan) dan Ibn Dhakwan secara khilaf. ii. Lima harakat bagi Asim. Ibn al-jazari menyebutkan (1994): ق يم د ى م Maksudnya: Dan ada pendapat yang mengatakan lima harakat bagi Asim. Menurut Qamhawi (t.t) kalimah د ى merujuk kepada pengurangan satu tahap daripada tahap yang sebelumnya, iaitu enam ke lima harakat. 64

iii. Empat harakat bagi Ibn Amir, al-kisa i dan Khalaf seperti yang dinyatakan Ibn al-jazari (1994) : ث ى ك م ز Maksudnya: Kemudian empat harakat bagi Ibn Amir al-kisa i dan Khalaf. iv. Tiga harakat bagi Qalun, Warsh daripada tariq al- Asbahani, Ibn Kathir, Abu Amru, Abu Ja far dan Ya qub. Ibn al-jazari berkata (1994): ف ث اق ي ى Maksudnya: Maka baki imam (yang tidak disebut) memilih tiga harakat. Kekeliruan Fakta Tentang Maksud Wajib Berdasarkan maklumat yang diambil daripada ikhtiyar para qurra' yang disokong dengan dalil daripada matan Ibn al-jazari, harakat mad muttasil berada dalam lingkungan tiga hingga enam harakat. Fakta ini sekaligus menguatkan makna wajib di awal perbahasan tadi iaitu ia adalah satu had pemanjangan bermula daripada tiga harakat dan ke atas, bukannya kadar harakat sesuatu pemanjangan. Ini kerana kadar harakat adalah bergantung kepada ikhtiyar para qurra' berdasarkan had tersebut yang telah pun dibentangkan sebelum ini. Kefahaman sebenar tentang makna wajib ini sekaligus menafikan pengertian wajib dalam sesetengah buku tajwid tempatan yang mengatakan wajib bermaksud wajib dipanjangkan mad muttasil dengan kadar empat dan lima harakat (Surur, 2007). Kenyataan sedemikian sudah tidak munasabah dengan hakikat yang sebenarnya kerana tidak mungkin pemanjangan yang berstatus wajib mempunyai dua kadar pemanjangan sebagai pilihan. Kekeliruan ini timbul disebabkan kefahaman kepada makna wajib yang merujuk kepada mad muttasil itu hanya berlegar di bawah riwayat Hafs sahaja. Jikalau kefahaman tersebut diperluaskan kepada kesemua imam yang mutawatirah nescaya kekeliruan ini akan terlerai kerana natijah kepada kefahaman itu akan memperjelaskan bahawasa makna wajib adalah had pemanjangan, bukan kadar pemanjangan. Jikalau maksud wajib itu dikhususkan kepada kadar pemanjangan kepada sesuatu periwayatan bacaan (riwayat Hafs misalnya), ia akan mengelirukan teori hukum mad far i dan ini sekaligus menyalahi disiplin kefahaman ilmu qiraat yang sepatutnya diutamakan dahulu apabila melibatkan kesahihan maklumat terhadap sesuatu bentuk pembacaan al-quran. Ja iz (Harus) 65

Ja iz atau harus di sini bermaksud pemanjangannya harus dibaca dengan qasr (dua) harakat dan dengan mad (melebihi dua) harakat (Sabir, 1997). Seperti dalam isu wajib, kebanyakan masyarakat masih keliru tentang maksud harus kerana mereka menjadikan pengertian harus adalah khusus untuk riwayat Hafs sahaja, sedangkan pengertiannya merangkumi semua imam yang ada. Mad yang Dihukumkan Ja iz atau Harus dari Perspektif Ilmu Qiraat Antara mad yang dihukumkan dengan ja iz atau harus ini adalah mad munfasil, badal, lin dan arid li al-sukun seperti kata Shaykh Sulayman al-jamzuri (al-dabba, 1997):...إ ف ص م * ك م ت ك ه ح را ان ف ص م ي ث م ذا إ ع س ض انس ك * ق ف ا ك رعه س رعي أ ق د و ان ص عه ان د ذ ا * ت د ل كآي ا إي ا ا خ ر ا Maksudnya: Sekiranya (huruf mad dan Íamzah) terpisah kedua-duanya pada kalimah berlainan, itulah munfaîil dan bersamaan (dengan munfaîil merujuk kepada keharusan mad dan qasr) sekiranya datangnya sukun ketika waqaf seperti تعلمون dan نس تعين ataupun Íamzah mendahului huruf mad ianya. إيمان ا dan آمنوا dinamakan badal seperti Adapun mad lin diqiyaskan dengan mad arid li al-sukun. Justeru adalah menjadi kesalahan jika kita menggelarkan mad munfaîil dengan panggilan mad ja iz kerana bukan mad munfasil sahaja yang dihukumkan ja iz. Sebaiknya dipanggil dengan mad munfaîil sahaja kerana itulah namanya, manakala ja iz adalah hukumnya. Mengikut kajian penulis terhadap kandungan sebahagian besar kitab qiraat apabila membicarakan tentang bahagian mad far i, pasti menamakan mad munfasil dan mad muttasil. Perkataan wajib dan ja iz akan menyusul kemudian apabila membicarakan hukumnya. Adapun sesetengah tenaga pengajar al-quran menamakan mad munfasil sebagai mad ja iz dan mad muttasil sebagai mad wajib kerana mengikut kefahaman orang awam yang sudah sebati dengan keadaan sebegitu. Kefahaman yang sedikit mengelirukan ini akan membuka ruang kepada kesalahan dalam memahami bab mad ini. MunfaÎil Mad munfasil adalah salah satu bahagian mad yang hukumnya harus, iaitu harus dibaca dengan mad dan qasr. Bermaksud pemanjangan mad munfasil ini boleh dipanjangkan melebihi dua harakat (mad) ataupun sekadar dua harakat (qasr). 66

Di bawah ini disenaraikan pemanjangan mad munfasil di sisi semua imam yang mutawatirah sebagai bukti hukum ja iz atau harus bagi mad ini bertepatan dengan pengertian harus atau ja iz yang telah diterangkan sebelum ini. i. Dua harakat bagi Qalun, Hisham, Abu Amru, Ya qub dan Hafs (secara khilaf), manakala qawlan wahidan bagi Ibn Kathir dan Abu Ja far seperti kata Ibn al-jazari (1994):... ق ص س ا ن ف ص م * ت ن ي ح ا ع خ ه ف ى د اع ث م Maksudnya: Dan dibaca secara qasr pada munfaîil oleh Qalun, Hisham, Abu Amru, Ya qub, Hafs secara khilaf, manakala Ibn Kathir dan Abu Ja far secara qawlan wahidan. ii. Empat harakat bagi sebahagian imam seperti kata Ibn al-jazari (1994): ع ت اق ي ا ن ال س ط Maksudnya: Dan baki imam yang lain membaca (muttasil dan munfasil) secara tawassut iaitu empat harakat. iii. Lima harakat bagi Asim seperti kata Ibn al-jazari (1994): ق يم د ى م Maksudnya: Dan ada pendapat yang mengatakan lima harakat bagi Asim. iv. Enam harakat bagi Hamzah, Warsh daripada tariq al-azraq dan Ibn Dhakwan daripada tariq al-akhfash seperti kata Ibn al-jazari (1994): إ ح س ف ي د ق ث م ص ط ل * ج د ف د ي ص خ ه فا Maksudnya: Sekiranya selepas huruf mad terdapat Íamzah dibaca panjang (enam harakat) oleh Warsh, Hamzah (secara qawlan wahidan) dan Ibn Dhakwan secara khilaf. Badal Pemanjangan mad badal juga dihukumkan sebagai harus atau ja iz seperti kata Shaykh Sulayman al-jamzuri (al-dabba, 1997): أ ق د و ان ص عه ان د ذ ا * ت د ل كآي ا إي ا ا خ ر ا Maksudnya: (had pemanjangannya adalah harus) ataupun Íamzah إيمان ا dan آمنوا mendahului huruf mad ianya dinamakan badal seperti Riwayat Hafs memilih untuk memanjangkan mad badal sekadar dua harakat sahaja dan apabila hanya bergantung di bawah riwayat ini sahaja, masyarakat seolah-olah memahami 67

pemanjangan mad badal ini hanya dua harakat dan adalah tidak mungkin mad ini dihukum harus. Tetapi jikalau diperluaskan lagi kefahaman terhadap bacaan para qurra' yang lain, pasti akan ditemui bacaan Warsh yang membaca dua, empat dan enam harakat pada mad badal seperti kata al-shatibi (1996): يا ت ع د ص ثا ت د أ ي غ ي س * ف ق ص س ق د ي س ن ز ش ي ط ل س ط ق و... * Maksudnya: Dan apa yang selepas hamzah (merujuk kepada huruf mad selepas hamzah) yang thabit atau yang berubah, dibaca dengan qasr dan terdapat riwayat daripada Warsh ianya diisyba kan. Dan terdapat juga segolongan (daripada riwayat Warsh) yang membaca tawassut. Maka dengan kefahaman ini, menguatkan lagi hujah bahawasa teori hukum mad far i adalah bertepatan dengan kefahaman semua imam bukan hanya khusus kepada riwayat Hafs sahaja. Arid li al-sukun Pemanjangan bagi mad arid li al-sukun juga termasuk dalam kategori mad yang dihukum ja iz atau harus had pemanjangannya seperti kata Shaykh Sulayman al-jamzuri (al-dabba, 1997): ي ث م ذا إ ع س ض انس ك * ق ف ا ك رعه س رعي Maksudnya: Dan bersamaan (dengan munfasil merujuk kepada keharusan mad dan qasr) sekiranya datangnya sukun ketika waqaf seperti تعلمون dan. نس تعين Ibn al-jazari (1994) menterjemahkan keharusan tersebut dengan katanya: ك س اك ان ق ف...*... Maksudnya: (dengan tiga wajah iaitu mad, tawassut dan qasr) begitu juga dengan mad yang terbentuk dari sukun akibat diwaqafkan). Maka dengan ini terbukti kadar pemanjangan mad arid li al-sukun di sisi semua imam yang mutawatirah adalah bertepatan dengan kefahaman ja iz atau harus. Lin Pemanjangan bagi mad lin juga termasuk dalam kategori yang dihukum ja iz atau harus had pemanjangannya seperti kata al-shatibi (1996):... * ع د س ك ان ق ف ن ه ك م أ ع ال 68

ع ى س ق ط ان د ف ي... *... Maksudnya: Dan pada sukun yang mendatang kerana waqaf (khusus selepas huruf lin) kesemua imam mengamalkan ishba (enam harakat) dan tawassut (empat harakat), dan mereka juga menggugurkan mad padanya (iaitu membaca juga dengan qasr). Oleh itu, dengan pencerahan ini, kadar pemanjangan semua imam bagi mad lin juga bertepatan dengan pengertian ja iz atau harus. Kekeliruan Fakta tentang Maksud Ja iz atau Harus Setelah dihuraikan kadar mad yang dihukumkan ja iz di sisi semua imam qiraat yang mutawatirah, maka terserlahlah kekeliruan yang timbul akibat meletakkan kefahaman hukum ini hanya berlegar di bawah riwayat Hafs sahaja. Masyarakat disalurkan dengan teori yang kurang tepat apabila membicarakan maksud hukum ja iz. Bermula dengan gelaran ja iz tersebut hanya diaplikasikan kepada munfaîil sahaja seolaholah menggambarkan kepada masyarakat hanya munfaîil sahaja yang dihukumkan ja iz sehinggalah kepada kekeliruan menghuraikan makna ja iz itu sendiri. Seperti yang berlaku kepada pengertian wajib sebelum ini, makna ja iz telah disalah ertikan dan cuba dieksklusifkan hanya kepada riwayat Hafs sahaja. Maka timbullah fakta kurang tepat yang kebiasaannya tercatit di buku-buku tajwid tempatan. Antara fakta tersebut adalah: i. Mad munfasil hukumnya harus (ja iz), iaitu harus dibaca dengan empat atau lima harakat. ii. Mad arid li al-sukun dan mad lin hukumnya harus (ja iz), iaitu harus dibaca dengan dua atau empat atau enam harakat. iii. Adapun mad badal, daripada kajian penulis, ianya tidak disandarkan pula kepada ja iz. Ini kerana ikhtiyar daripada riwayat Hafs hanya dua harakat sahaja. Fakta-fakta yang telah dibentang tadi terbukti menyalahi maksud hukum ja iz itu sendiri, iaitu ja iz bermaksud had pemanjangan (iaitu boleh dipanjangkan dari dua harakat sehinggalah keenam harakat) bukan kadar pemanjangan kerana kadar pemanjangan adalah berdasarkan ikhtiyar imam tertentu. Lazim Lazim bermaksud pemanjangan adalah tetap enam harakat tanpa ada pilihan yang lain. Ia melibatkan mad lézim dan pembahagiannya. Syeikh Sulayman al-jamzuri (al-dabba, 1997: 107) menyebutkan: 69

لش و إ انس ك أ ص ال * ص ال ق ف ا ت ع د ي د ط ل Maksudnya: Mad lazim (terjadi) dengan pemanjangan enam harakat sekiranya terdapat sukun asli ketika waqaf dan wasal selepas huruf mad. Dalam kajian penulis, tiada kekeliruan dalam memahami teori hukum mad far i yang melibatkan hukum lazim kerana lazim yang membawa maksud had pemanjangan mad yang terlibat mesti enam harakat yang sudah tentu menatijahkan ikhtiyar kesemua imam yang mutawatirah mestilah enam harakat juga. Walau bagaimanapun, lazim tetap diertikan sebagai had pemanjangan walaupun had tersebut bersamaan dengan kadar pemanjangan daripada ikhtiyar para qurra. Kesimpulan Dengan penjelasan yang telah dibuat, terserlah kekeliruan dalam memahami teori hukum mad far i. Sekali imbas kita akan bersetuju dengan kenyataan tersebut, tetapi dari segi kefahaman ilmu qiraat yang sebenar, kenyataan tersebut mungkin tersasar sedikit kerana pengertian kepada teori hukum mad far i tidak boleh dikhususkan kepada imam tertentu. Ia adalah pengertian yang umum terhadap semua qiraat. Ini menggambarkan secara dasarnya, apabila membicarakan tentang hukum mad, ia hanya melibatkan had pemanjangan sesuatu hukum dan perbahasannya meliputi kesemua imam yang ada. Berlainan pula jika membicarakan tentang jumlah kadar pemanjangan yang mana perbahasannya secara total bersandarkan kepada ikhtiyar imam tertentu sahaja. Rujukan Abdul Qadir Leong. (2016). Tajwid al-quran Rasm Uthmani. Selangor Darul Ehsan: Sri Saujana Marketing. Atiyyah Qabil Nasr. (1997). Ghayah al-murid fi Ilm al-tajwid. Jeddah: Maktabah Kunuz al-ma rifah. Aytani, Abd al-rahman. (1998). al-mufad fi Ilm al-tajwid. Beirut: Mu assasah al-rayyan. Al-Banna, Muhammad. (1987). Ittihaf Fudhala al-bashar. Beirut: Alam al-kutub. Al-Bayhaqi, Abu Bakr bin Ahmad al-husayn. (2003). al-jam li Shu b al-iman. Riyad: Maktabah al- Rushd. Al-Dabba, `Ali Muhammad. (1997). Minhah Dhi al-jalal fi Sharh Tuhfah al- Atfal. Riyad: Maktabah Adwa al-salaf. Al-Jazari, Muhammad b. Muhammad. (1994). Tayyibah al-nashr. Jeddah: Maktabah Dar al-huda. Muhaysin, Muhammad Salim. (1993). al-mughni fi Tawjih al-qira at al- Ashr al-mutawatirah. Beirut: Dar al-jil. Sabir Hasan Muhammad. (1997). Umdah al-bayan fi Tajwid al-qur an. Riyad: Dar Alam al-kutub. Al-Shatibi, al-qasim b. Firruh. (1996). Hirz al-amani wa Wajh al-tahani. Madinah: Maktabah Dar al-huda. Surur Shihabuddin An-Nadawi. (2007). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs an Asim melalui Toriq asy-syatibiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd. 70

Al-Tabrani, al-hafiz Abi al-qasim. (1978). al-mu jam al-kabir. Baghdad: al-dar al- Arabiyyah li al- Taba ah. Felza Zulhibri Abd Hamid Pelajar Doktor Falsafah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin zulhibri@gmail.com Nor Hafizi Yusof Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin nhafizi@unisza.edu.my 71