EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi, Kedah. 21-22 September 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Muhammad Rizal Razman Deni Efizon Sharifah Zarina Syed Zakaria Kadir Arifin Muhamad Syafiq Mohd Ali Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) SERTA Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan Universitas Riau (UNRI) DAN Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN Prosiding Seminar Antarabangsa ke-8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi, Kedah. 21-22 September 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Muhammad Rizal Razman Deni Efizon Sharifah Zarina Syed Zakaria Kadir Arifin Muhamad Syafiq Mohd Ali Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) SERTA Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan Universitas Riau (UNRI) DAN Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2015 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Cetakan Pertama, 2015 Dicetak di Malaysia oleh: Pusat Fotokopi Kajang, No. 13, Jalan Hentian 3, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43300 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Seminar Antarabangsa Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran (Ke-8: 2015 : Langkawi, Kedah) Ekologi, habitat manusia dan perubahan persekitaran : prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi, Kedah, Malaysia, 21 22 September 2015 / editor Zuliskandar Ramli, Muhammad Rizal Razman, Deni Efizon, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Kadir Arifin, Muhamad Shafiq Mohd. Ali, Ku Adriani Ku Ayob. ISBN 978-967-2457-78-7 1. Human ecology Congresses. 2. Human beings -- Effect of environment on Congresses. 3. Human Settlements -- Environmental aspects Congresses. I. Zuliskandar Ramli. II. Muhammad Rizal Razman. III. Deni Efizon. IV. Sharifah Zarina Syed Zakaria. V. Kadir Arifin. VI. Muhamad Shafiq Mohd. Ali. VII. Judul. 363.7
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran 2015 30 KAJIAN KEBUDAYAAN PALEOLITIK DI SABAH JEFFREY ABDULLAH 1, MOKHTAR SAIDIN 1 DAN PETER MOLIJOL 2 1 Pusat Penyelidikan Arkeologi Global 2 Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah ABSTRAK Kajian Arkeologi di Sabah hanya bermula sekitar 1960an oleh Tom dan Barbara Harrison. Bagaimanapun kajian ini hanya bersifat tinjauan dengan sedikit ekskavasi berbentuk ekskavasi cubaan telah dijalankan. Hasil tinjauan tersebut telah memberikan rangka awal prasejarah di Sabah yang mana dikatakan bermula sekitar 40,000 BC. Oleh itu, Zaman Paleolitik di Sabah didapati bermula agak lewat. Bagaimanapun, usia tersebut tidak berdasarkan kepada pentarikhan mutlak. Pada tahun 1980an, Peter Bellwood daripada Universiti National Australia (ANU) telah menjalankan kajian arkeologi yang lebih sistematik dan saintifik di Lembah Tingkayu. Malah, pentarikhan radiokarbon telah digunakan dalam kajian ini. Susulan daripada pentarikhan mutlak tersebut maka buat pertama kalinya kronologi budaya di Lembah Tingkayu dapat dibina. Bagaimanapun, usia awal Zaman Paleolitik di Lembah Tingkayu dikatakan bermula sekitar 28,000 tahun dahulu. Pentarikhan ini telah mewakili usia awal Paleolitik di Sabah. Bagaimanapun kajian terkini menunjukkan bahawa kemungkinan Zaman Paelolitik di Sabah bermula jauh lebih awal lagi. Ini berdasarkan kepada kajian di Lembah Mansuli yang telah memberikan pentarikhan mutlak dengan kaedah pandar kilauan rangsangan optik iaitu 235,000 tahun dahulu. Maka ini telah merubah prasejarah Sabah jauh lebih awal daripada sebelumnya. Selain itu, kajian arkeologi di Sabah juga telah menunjukkan bahawa bukan sahaja di sebelah timur Sabah mempunyai bukti kebudayaan Paleolitik tetapi di Bahagian Pendalaman sebelah barat Sabah juga telah dijumpai tapak terbuka Paleolitik. Tapak ini dikatakan berusia sekitar 53,000 hingga 44,000 tahun dahulu berdasarkan kepada pentarikhan mutlak kaedah pandar kilauan rangsangan optik. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan bahagian barat dan pendalaman Sabah agak lewat diduduki oleh masyarakat Paleolitik berbanding dengan di timur Sabah. Selain itu, di bahagian utara Sabah juga turut dijumpai tapak terbuka Paleolitik. Keduadua tapak ini dikatakan merupakan bengkel pembuatan alat batu. Penyelidikan arkeologi di Sabah juga turut menunjukkan bahawa material batuan untuk penghasilan alat batu juga berbeza mengikut kawasan. Di Bahagian Pendalaman Sabah, batuan kuarzit telah digunakan sebagai sumber material batuan, sementara batuan rijang pula telah digunakan di bahagian utara dan timur Sabah. Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik di Sabah mengetahui jenis material batuan yang sesuai untuk dijadikan alat batu yang terdapat di persekitarannya. Kebolehdapatan sumber bahan asas batuan ini juga berkemungkinan menjadi salah satu faktor sesuatu kawasan tersebut diduduki oleh masyarakat Paleolitik.